Wajib bergabung dengan Jamaah Islam - Ust Nasaruddin Daud
MENGAPA SERTAI PAS?
Sebab:
- Setiap muslim/muslimah wajib menyertai Jamaah Islam.
- Tidak bersama Jamaah ( فارق الجماعة )adalah kesalahan besar di sisi Allah.
- PAS adalah Jamaah Islam.
- Dasar dan praktik PAS menepati ciri-ciri Jamaah Islam seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadith.
Keterangan am:
Al-Quran
dan Hadith memerintahkan setiap muslim dan muslimah supaya menyertai
Jamaah Islam. Maksud Jamaah Islam ialah organisasi umat Islam yang
'berstruktur lengkap' seperti pertubuhan atau persatuan atau parti dalam
konteks hari ini. Organisasi itu bergerak untuk mencapai cita-cita
Islam yang menyeluruh (syumul) dengan menggunakan kaedah dan pendekatan
dakwah yang diteladankan oleh Rasulullah SAW.
Iltizam
(komitmen) kepada kerja-kerja organisasi ini disebut sebagai 'amal
jamaie' yang disifatkan sebagai jihad di jalan Allah. Seorang muslim
atau muslimah yang ikhlas dalam kesungguhannya melaksanakan tugasan ini,
berpeluang untuk memperolehi darjat kematian syahid di sisi Allah.
Di
antara dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang membawa kepada
rumusan tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam, adalah seperti
berikut:
Dalil 1:
ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولىْك هم المفلحون
"Dan
hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji), dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang
berjaya."
Ali-'Imran: Ayat 104
Keterangan Ayat:
Ayat
ini (Ali-'Imran 104) merupakan perintah utama tentang kewajiban
membentuk atau menubuhkan Jamaah. Perkataan ولتكن منكم امة yang bererti
'hendaklah ada satu ummah di kalangan kamu' membawa maksud umat Islam
'mestilah' atau 'wajiblah' membentuk Jamaah di mana sahaja mereka
berada.
Perkataan
أمة (ummah) bermaksud جماعة (jamaah) atau طأىفة (to'ifah). Definisi
semua perkataan ini ialah 'satu organisasi yang jelas strukturnya'
seperti sebuah persatuan, pertubuhan atau parti yang wujud di mana-mana
pun hari ini.
Maksud inilah juga yang dibawa oleh perkataan صفا (soffan) di dalam ayat berikut:
Dalil 2:
ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
"Sesungguhnya
Allah mengasihi orang yang berperang (berjuang) untuk membela AgamaNya
dalam saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang
tersusun kukuh."
As-Saf: Ayat 4
Organisasi
ini mestilah jelas misinya iaitu menyeru kepada kebajikan ( يدعون الى
الخير ), menyuruh berbuat kebaikan ( يأمرون بالمعروف ) dan mencegah
kemungkaran ( ينهون عن المنكر ). Nilai kebajikan, kebaikan dan
kemungkaran itu mestilah mengikut ketetapan Al-Quran dan Hadith Nabi
SAW.
Organisasi
ini mestilah menjadikan Al-Quran dan Hadith (serta ijma' ulama' dan
qiyas) sebagai dasar, pegangan, sumber rujukan dan penentu kepada
segala-galanya.
Dalil 3:
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال كان الناس يسىْلون رسول الله صلى
الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسْله عن الشر مخافة ان يدركني فقلت يا رسول
الله انا كنا فى جاهلية وشر فجأناالله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر
قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت ونا دخنه قال
قوم يستنون بغير سنتى ويهدون بغير هديى تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك
الخير من شر قال نعم دعاة على ابواب حهنم من اجابهم اليها قذفوه فيها فقلت
يا رسول الله صفهم لنا قال قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول
الله فما ترى ان ادركنى ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وامامهم فقلت فان لم
تكن لهم جماعة ولا امام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو ان تعض على أصل شجرة
حتى يدركك الموت وانت على ذلك
"Diriwayatkan daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, katanya: Manusia
sering bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan-amalan yang baik,
tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat, kerana aku takut
ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: wahai Rasulullah! dahulu kami
berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan
kepada kami kebaikan ini (Islam yang datang melaluimu), adakah selepas
kebaikan ini akan berlaku pula "kejahatan". Rasulullah menjawab "Ya".
Aku
bertanya lagi: adakah akan berlaku pula datangnya kebaikan selepas era
kejahatan itu? Rasulullah SAW menjawab "Ya, tetapi ketika itu terdapat
kekurangan dan perselisihan".
Aku
bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan
itu? Rasulullah menjawab: iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan
sunnahku dan mereka mengikuti jalan yang lain dari jalanku. Di antara
mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang tidak kamu mengenalinya.
Aku
bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah SAW menjawab: Ya, ketika itu ramai yang menyeru manusia ke
neraka jahannam. Sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu
akan dicampakkan ke dalam neraka.
Aku
berkata lagi: wahai Rasulullah, terangkan kepada kami tentang sifat
mereka itu. Rasulullah SAW menjawab: baiklah, mereka adalah sebangsa
dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku
bertanya lagi: wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku masih
hidup lagi ketika itu? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu bersama
dengan Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah
Islam).
Aku
bertanya lagi: bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak
mempunyai Jamaah dan tiada pemimpin? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah
kamu memencilkan diri dari semua kumpulan yang ada (yang telah rosak
iman dan akhlak mereka), walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa
memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu
mati kerananya namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian
(mempertahankan iman).
Keterangan Hadith:
Dalam
Hadith ini Rasulullah SAW menggambarkan suasana dunia akhir zaman yang
penuh dengan maksiat dan kezaliman. Keadaan itu digambarkan dengan
kata-katanya "ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam".
Keadaan
yang disebut oleh Rasulullah SAW itu sedang melingkari kehidupan kita
hari ini. Seruan dan ajakan agar melakukan maksiat sememangnya
berleluasa. Manusia yang mempertahankan iman dan menegakkan keperibadian
Islam sentiasa dicemuh dan diganggu. Pelaku maksiat berbangga dengan
cara hidup mereka yang menyanggah ketetapan Allah dan Rasul. Malah
mereka bersungguh-sungguh mengajak orang ramai supaya hidup dengan cara
mereka yang sesat. Dengan kata lain mereka menyeru ke neraka jahannam.
Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini?
Rasulullah
SAW telah memberikan jawaban yang sangat jelas di dalam Hadith ini,
dengan katanya "hendaklah kamu bersama Jamaah Islam dan mengikuti
pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam)".
Ia
bukan setakat syor atau cadangan daripada Rasulullah SAW, bahkan ia
adalah perintah yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah.
Para Ulama' Muhaddithin sepakat merumuskan bahawa Hadith ini merupakan
salah satu dalil utama tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.
Sa'id
Hawa di dalam kitabnya 'Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan' menjelaskan
bahawa hukum jihad untuk menumpaskan penyebab kemaksiatan yang
merajalela ini adalah fardhu Ain. Ertinya, wajib bagi setiap manusia
yang mengikrarkan dirinya muslim dan muslimah supaya berada di dalam saf
mempertahan dan menegakkan Islam, sekaligus menggempur untuk
menumpaskan penyeru ke neraka jahannam. Itulah jihad siyasi atau jihad
politik yang dimaksudkan oleh Sa'id Hawa di dalam kitabnya.
Tanggungjawab
tugasan ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang perseorangan
secara persendirian, sebaliknya mestilah dilaksanakan secara bersama
dalam satu kumpulan, secara tersusun dan terarah, dengan
menggembelingkan potensi semua orang yang terlibat.
Itulah intisari perintah Rasulullah SAW تلزم جماعة المسلمين وءامامهم ketika menjawab soalan Huzaifah RA.
Oleh
itu kita hanya ada satu pilihan. Tidak dua dan tidak tiga. Kita wajib
menyertai Jamaah Islam yang melaksanakan misi amar makruf nahi mungkar
berdasarkan wahyu dan sunnah. Kita wajib memberikan sepenuh komitmen
kepada misi dan visi Jamaah Islam untuk menumpaskan golongan penyeru ke
neraka Jahanam. Kita wajib istiqomah bersama Jamaah Islam walau apa pun
risikonya, seperti sabda Nabi kepada Huzaifah “walaupun akibatnya
sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan
kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya, namun kamu tetap dalam
keadaan yang demikian (mempertahankan iman)”.
Dalil 4:
Saiyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata:
لا اسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا امامة ولا امامة بلا طاعة
“Tiada Islam tanpa Jamaah, dan Jamaah tidak akan wujud tanpa kepimpinan, dan tidak wujud kepimpinan tanpa ketaatan.”
Kata-kata
Saiyidina Umar ini merupakan penegasan yang kuat tentang kewajiban
menyertai Jamaah Islam. “Tiada Islam tanpa Jamaah” boleh difahami dengan
dua maksud, iaitu:
1. Tak
kan tertegak Islam itu sebagai sistem hidup ( نظام الحياة ) yang
benar-benar membawa rahmat kepada seluruh alam melainkan ia diusahakan
oleh umat Islam secara jamaie (berorganisasi).
2. Tidak diiktiraf keIslaman seseorang itu melainkan dia bersama dengan Jamaah Islam (organisasi umat Islam yang memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh).
Sama
ada kita meyakini maksud yang pertama atau yang kedua, kesimpulannya
tetap sama iaitu wajib atas setiap muslim dan muslimah agar menyertai
Jamaah Islam.
Seterusnya,
Rasulullah SAW turut mengingatkan kita tentang ancaman Allah terhadap
orang yang enggan menyertai Jamaah Islam atau orang yang lari
meninggalkan Jamaah.
Dalil 5:
من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلغ بربقة الاسلام من عنقه
“Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah, maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya.”
( Al-Hadith )
Keterangan Hadith :
Ancaman di dalam Hadith ini lebih jelas dan lebih berat lagi. Kengganan menyertai Jamaah Islam atau tindakan meninggalkan Jamaah dikaitkan secara langsung dengan status keIslaman seseorang. Islam seseorang itu sah sekiranya dia bersama Jamaah Islam dan memberikan komitmen kepada pelaksanaan kerja serta matlamat Jamaah itu. Sebaliknya seseorang itu dikira ‘tidak Islam’ sekiranya dia tidak bersama Jamaah Islam, apatah lagi jika dia berpendirian berlawanan dengan Jamaah dan menentang Jamaah Islam.
Ancaman di dalam Hadith ini lebih jelas dan lebih berat lagi. Kengganan menyertai Jamaah Islam atau tindakan meninggalkan Jamaah dikaitkan secara langsung dengan status keIslaman seseorang. Islam seseorang itu sah sekiranya dia bersama Jamaah Islam dan memberikan komitmen kepada pelaksanaan kerja serta matlamat Jamaah itu. Sebaliknya seseorang itu dikira ‘tidak Islam’ sekiranya dia tidak bersama Jamaah Islam, apatah lagi jika dia berpendirian berlawanan dengan Jamaah dan menentang Jamaah Islam.
Dalil 6 dan 7 :
Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berulangkali mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersama-sama dengan Jamaah, dengan ungkapan sabdanya :
Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berulangkali mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersama-sama dengan Jamaah, dengan ungkapan sabdanya :
عليكم بالجماعة
“Hendaklah kamu bersama dengan jamaah”
( Al-Hadith )
عليكم بالجماعة والعامة والمسجد
“Hendaklah kamu bersama dengan Jamaah, mengambil berat urusan orang ramai dan mengimarahkan masjid”
( Al-Hadith )
Dalil 8 dan 9 :
اياكم والفرقة وعليكم بالجماعة فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين ابعد، من اراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة٠
“Janganlah
kamu berpisah (daripada jamaah), dan hendaklah kamu bersama dengan
jamaah (beriltizam), kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang
menyendiri, manakala ia (syaitan) lebih menjauhkan diri daripada dua
orang (yang bersama). Sesiapa yang inginkan kedudukan di tengah-tengah
syurga, maka hendaklah ia beriltizam bersama jamaah.”
( Al-Hadith : riwayat Tirmizi, dalam Sunannya, 9:10 dari Hadith Ibnu Umar)
يد الله مع الجماعة
“Tangan (naungan, pertolongan dan keberkatan) Allah bersama dengan jamaah.”
( Al-Hadith : riwayat Tirmizi )
Dalil 10 :
وانا
امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل
الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان
يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه
مسلم٠
“Aku perintahkan
kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku,
iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin
jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah.
Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal,
bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah
dia kembali semula bersama jamaah.” Para Sahabat RA bertanya: “Wahai
Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan
berpuasa?” Baginda SAW menjawab: “(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa,
serta menyatakan bahawa dia seorang muslim.”
( Al-Hadith : riwayat Ahmad )
وانا
امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل
الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان
يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه
مسلم٠
“Aku perintahkan
kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku,
iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin
jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah.
Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal,
bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah
dia kembali semula bersama jamaah.” Para Sahabat RA bertanya: “Wahai
Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan
berpuasa?” Baginda SAW menjawab: “(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa,
serta menyatakan bahawa dia seorang muslim.”
( Al-Hadith : riwayat Ahmad )
Dalil 11:
Dalil 12:
Dalil 13 dan 14:
Rasulullah SAW juga memberikan amaran berikut:
Keterangan Hadith :
Apa kaitannya dengan PAS?
Dalil 15 :
Dalil 16:
Dalil 17:
Keterangan ayat :
Dalil 18 :
Keterangan ayat :
1. Urusan keluarga.
2. Urusan harta dan perniagaan.
3. Urusan kualiti keselesaan kediaman.
من خرج من الطاعة وفارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية٠
“Sesiapa
yang keluar daripada ketaatan dan meninggalkan jamaah, lalu dia mati
(dalam keadaan itu), maka matinya adalah mati jahiliah….”
( Al-Hadith : riwayat Muslim,dalam Sahihnya,
Kitab Al-Imarah, 3:1476-1477, dari Hadith Abu Hurairah )
Dalil 12:
من فارق الجماعة شبرا فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه٠
“Sesiapa yang meninggalkan jamaah hanya sejauh sejengkal, maka dia telah melucutkan ikatan Islam daripada lehernya.”
( Al-Hadith : riwayat Ahmad, Sahih Al-Jami’us Soghir, 5:326 )
Dalil 13 dan 14:
Rasulullah SAW juga memberikan amaran berikut:
من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات ميتة جاهلية
“Sesiapa
yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang
(berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang
(berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati jahiliah”.
( Al-Hadith )
من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات على شعبة من النفاق
“Sesiapa
yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang
(berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang
(berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati dalam salah satu
cabang nifaq (munafiq)”.
( Al-Hadith )
Keterangan Hadith :
Apabila
dikatakan bahawa kematian orang yang tidak berperang (berjuang di jalan
Allah) adalah ‘mati jahiliah’ dan ‘mati seorang munafiq’ maka ianya
bermaksud orang yang mati itu tidak diiktiraf keIslamannya. Pendek kata,
dia bukan seorang Muslim di sisi Allah SWT.
Apa kaitannya dengan Jamaah Islam?
Berperang
adalah urusan berkumpulan, sama ada bersama pasukan tentera yang
dibentuk oleh negara Islam atau bersama pasukan yang ditubuhkan oleh
umat Islam untuk berdepan dengan kezaliman dalam negara yang bukan
negara Islam.
Peperangan
tidak boleh berlaku dengan tindakan seorang diri. Ia adalah tindakan
berkumpulan iaitu secara jama’ie. Dengan kata lain, peperangan adalah
urusan Jamaah Islam yang bangkit berdepan dengan kezaliman musuh-musuh
Allah SWT.
Orang yang
berperang di jalan Allah ialah orang yang menyertai Jamaah Islam.
Sebaliknya, orang yang enggan menyertai Jamaah Islam adalah orang yang
enggan berperang di jalan Allah. Golongan inilah yang mati dalam keadaan
jahiliah dan munafiq.
Apa kaitannya dengan PAS?
Seperti
yang telah dinyatakan di sepanjang bab ini, PAS adalah Jamaah yang
menepati ciri-ciri Jamaah Islam sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran
dan Hadith.
PAS melaksanakan
kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dan berdepan dengan golongan yang
mengingkari serta memusuhi pelaksanaan Islam yang syumul.
Oleh
itu, PAS berada di atas landasan ‘berperang’ ( الغزو ) di jalan Allah
SWT, yang juga bermaksud ‘berjuang di jalan Allah’ seperti yang dituntut
oleh Hadith ini.
Maka
sepatutnya kita bertambah yakin bahawa kita wajib menyertai PAS supaya
dapat berada di atas landasan ‘berperang’ di jalan Allah, lalu dengan
itu terhindarlah kita daripada mati jahiliah dan mati munafiq. Dengan
perkataan lain, kita dapat berada di atas landasan yang menuju ke arah
mati sebagai seorang muslim.
Seterusnya
di dalam surah At-Taubah, Allah memerintahkan hambanya supaya
‘berangkat’ melaksanakan tugasan pada jalanNya. Ia adalah tugas besar
yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa. Sekiranya kita meneliti
ayat-ayat ini, semakin jelas kelihatan penekanan Allah tentang kewajiban
menyertai Jamaah Islam.
Bersama
dengan perintah itu, Allah SWT turut memberikan ancaman kepada
hamba-hambanya yang enggan menunaikan perintah ‘berangkat’ ke jalanNya
itu. Golongan yang ‘enggan berangkat’ itu diancam dengan azab siksa yang
bersangatan pedihnya.
Dalil 15 :
يا
ايها الذين امنوا ما لكم اذا قيل لكم انفروا فى سبيل الله اثاقلتم الى
الارض ارضيتم بالحيا ة الدنيا من الاخرة فما متاع الحياة الدنيا فى الاخرة
الا قليل. الا تنفروا يعذبكم عذابا اليما ويستبدل قوما غيركم ولا تضروه شيأ
والله على كل شيء قدير
“Wahai
orang-orang yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepadamu :
"Berangkatlah kamu berjuang di jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan
lebih suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)?
Adakah kamu lebih suka kehidupan dunia ini berbanding kehidupan
akhirat? (Kesukaan kamu itu salah, kerana) kenikmatan hidup di dunia ini
hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) di akhirat kelak. ◊
Jika kamu tidak berangkat (untuk berjuang di jalan Allah - membela
agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya, dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan
kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya, dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
( At-Taubah : ayat 38-39 )
Dalil 16:
.انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا باموالكم وانفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون
“Berangkatlah
kamu (untuk berjihad pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan
(dan mudah bergerak) ataupun dalam keadaan berat (disebabkan pelbagai
tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada
jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui.”
( At-Taubah : ayat 41 )
Kita
juga patut bimbang kehilangan status ‘iman’ dan bimbang terjerumus ke
dalam golongan ‘fasiq’ akibat keengganan menyertai amal Islami bersama
Jamaah Islam. Ayat-ayat berikut amat menggentarkan hati;
Dalil 17:
لا
يستأذنك الذين يوء منون بالله واليوم الاخر ان يجاهدوا بأموالهم وأمفسهم
والله عليم بالمتقين. انما يستأذنك الذين لا يوءمنون بالله واليوم الاخر
وارتابت قلوبهم فهم فى ريبهم يترددون
“Orang-orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin
kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa
mereka, dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui siapakah sebenarnya yang
benar-benar bertaqwa. ◊ Sesungguhnya yang akan meminta izin daripadamu
(wahai Muhammad) – (untuk tidak turut serta berjuang di jalan Allah)
hanyalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan
hati mereka (sangat) ragu-ragu, oleh itu mereka sentiasa bingung
teragak-agak dalam keraguan itu.”
( At-Taubah : ayat 44-45 )
Keterangan ayat :
Allah
menegaskan bahawa orang yang beriman tidak mungkin meminta pelepasan
daripada tanggungjawab jihad yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa (
باموالهم وانفسهم ). Penunaian tanggungjawab itulah yang mengangkat
darjatnya ke tahap ‘muttaqin’ (orang bertaqwa).
Seterusnya
Allah menjelaskan hakikat manusia yang meminta pelepasan atau mengelak
daripada turut serta dalam tugasan jihad. Hakikatnya ialah mereka itu
‘tidak beriman’.
Hakikatnya mereka tidak percaya tentang Allah dan tidak percaya tentang Akhirat - (لا يوءمنون باالله واليوم الاخر ).
Sebenarnya hati mereka ragu-ragu tentang Allah dan lain-lain binaan iman -
( ارتابت قلوبهم ).
Keraguan
itulah yang menyebabkan mereka bingung dan teragak-agak untuk menyertai
jihad dengan sepenuh komitmen - ( فهم فى ريبهم يترددون ).
Dalil 18 :
قل
ان كان أبأوكم وأبنأوكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال ن اقترفتموها
وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب اليكم من الله ورسوله وجهاد فى
سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لا يهدى القوم الفاسقين
“Katakanlah
(wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan
kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan
yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu
sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih
daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad di jalanNya, maka
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); dan
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang fasik (derhaka).”
( At-Taubah : ayat 24 )
Keterangan ayat :
Allah
memberi amaran kepada manusia supaya tidak silap menyusun keutamaan
tumpuan dalam hidup. Orang yang beriman wajib meletakkan urusan Allah,
urusan Rasul dan urusan jihad mengatasi semua urusan kehidupan yang
lain, termasuk urusan-urusan yang biasanya menjadi fokus manusia, iaitu;
1. Urusan keluarga.
2. Urusan harta dan perniagaan.
3. Urusan kualiti keselesaan kediaman.
Sekiranya
manusia lebih mengutamakan mana-mana urusan ini berbanding tumpuan
kepada Allah, Rasul dan jihad – maka layaklah mereka menerima hukuman
daripada Allah SWT. Ancaman Allah tentang hukuman ini amat menakutkan,
iaitu “tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab
seksaNya)” - ( فتربصوا حتى يائتي الله بامره ). Manusia yang salah fokus
ini disifatkan oleh Allah sebagai golongan yang fasiq ( القوم الفاسقين
).
Berdasarkan semua dalil
dan hujah ini, maka kita patut insaf bahawa wajib atas diri kita supaya
menyertai PAS dan memberikan sepenuh komitmen kepada kerja-kerja Jamaah
Islam ini, dalam perjuangan menegakkan Kalimah Allah di negara ini dan
seluruh dunia. Insafi wahyu Allah ini;
واصبر
نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغدوة والعشي يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم
تريد زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان
أمره فرطا
“Dan jadikanlah
dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada
Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan
Allah semata-mata; dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada
mereka hanya kerana mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah
kamu mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati
dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa
nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
( Al-Kahfi : ayat 28 )