Adalah termaklum dalam sejarah bahawa, manusia itu yang sengaja menempah bahana dan sesungguhnya
manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah yang
dianugerahkan pada mereka. Sebagai manusia yang lemah dan dhoif, kita
perlu ingat bahawa setiap yang apa kita lakukan untuk kepuasan hidup ini
hanyalah nikmat sementara sahaja. kalau kita mahu sombong dan angkuh
pada Allah, ia tidak sedikit pun menjejaskan kestabilan politik dan
martabat Allah bahkan menjadi bahana dan kemudaratan yang besar pada
kita.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat: 42,
Maksudnya: ”Dan janganlah
sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang
diperbuat oleh orang-orang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh
kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mara (mereka) terbeliak”.
Oleh kerana manusia itu tidak sedar dan berlagak dengan title ’manusia’ yang diberikan kepada mereka. Mereka menjadikan kehidupan dan dunia ini sebagai tempat untuk melakukan segala kerosakan dan kefadatan serta menjadikan bumi yang subur ini sebagai kem untuk merancang dan melakar strategi untuk melawan dan menentang perintah dan hukum Tuhan. Mereka juga merasakan bahawa merekalah yang paling hebat dan berhak menguasai bumi dan dunia ini. Dan menundukkan manusia secara zalim pada kehendak dan menurut hawa nafsu mereka dalam melakukan kerosakan di muka bumi ini.
Kita melihat perjalanan kehidupan
manusia sejak berabad lagi, telah melakarkan dalam sejarah dan
ketamadunan manusia bahawa merekalah makhluk yang paling bengis dan
zalim kepada semua makhluk yang mendiami dunia ini khususnya kepada
manusia itu sendiri. Bahkan boleh kita katakan bahawa manusia itu lebih
bersifat kebinatangan dari jenis binatang biasa kerana mereka sudah
dikurniakan oleh Allah dengan 1001 nikmat dan kurniaan tetapi apa yang
berlaku adalah sebaliknya. Ia telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam
Al-Quran surah Al-Araf, ayat:179:
Maksudnya: ”…Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat (terpesong) lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah”.
Manusia sanggup membunuh
dan meletupkan manusia lain demi untuk memuaskan hawa nafsu binatang
mereka. Seperti apa yang berlaku kepada beberapa peristiwa dalam sejarah
umat manusia khususnya umat Islam. Peristiwa berdarah yang dilakukan
oleh Soviet Union pada tahun 1917-1918 ke atas umat Islam di Wilayah
Khukand telah menyebabkan kematian 1juta nyawa, harta benda mereka
dirampas, tempat kediaman dan tanaman mereka dimusnah dan dibakar,
berlakulah selepas itu, kebuluran dan wabak penyakit yang berlarutan
hingga bertahun lamanya yang meningkatkan kadar kematian hampir 20 juta.
Letupan bom atom (Amerika) pada tahun 1945 di
Hiroshima dan Nagasaki, Jepun atau ia lebih dikenali gelaran dengan
Pearl Harbour. Jutaan nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan
ini dan kemusnahan harta benda serta kawasan yang masih dapat terasa
kehangatannya sehingga hari ini. Dan peristiwa berdarah yang berlaku
kepada umat Islam di perkhemahan Sabra dan Syatila. Dilakukan oleh
tangan-tangan Zionis pimpinan Areal Sharon pada tahun 1982 yang meragut
nyawa hampir puluhan ribu manusia, ia termasuk orang tua, wanita, dan
kanak-kanak.
Pembuhuhan Tentera Nazi pimpinan Adolf Hitler penakluk, peneraju kuasa paksi dalam Perang Dunia Kedua,
ke atas umat manusia di Jerman dan negara sekitarnya terutama bangsa
yahudi, malapetaka buatan manusia ini telah mengorbankan 130 ribu nyawa
dan yang terbaru, penjajahan dan penaklukan tentera Amerika keatas
negara umat Islam di Afghanistan, Iraq, dan lubnan. Pada tahun 1999
sehingga 2006 yang mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa. Semua
peristiwa ini telah meninggalkan episod ngeri yang mendalam dalam
lipatan sejarah tamadun kemanusian.
Firman Alla Taala dalam surah Ar-Rum, ayat: 41:
Maksudnya: ”Telah nampak kerosakkan
di darat dan di laut kerana disebabkan kerana tangan perbuatan manusia,
supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan
mereka, agar mereka kembali ( ke jalan yang benar)”.
Akibat dari perbuatan ini, ia adalah
punca kepada kehinaan dan hilangnya kemuliaan pada manusia. Ditambah
lagi dengan kerosakkan yang dilakukan oleh manusia kepada
makhluk-makhluk lain dan penciptaan ediologi-ediologi yang memusnahkan
keadaan sekeliling. Melenyapkan terus kedudukan dan martabat manusia
yang berakal itu dari title mereka sebagai manusia dan mereka yang
memerintah alam ini.
Maka kesudahannya, segala perkara yang
berlaku di atas muka bumi ini dari sekecil-kecil perkara hinggalah
sebesarnya yang menimpa manusia adalah balasan Allah pada mereka.
keadaan yang berlaku sekarang sudah tidak dapat dibendung lagi bahkan,
bahkan manusia itu sendiri tidak menjumpai keadah atau cara untuk
menyelesaikan masalah yang berlaku dan cara bagaimana untuk
mengatasinya. Gejala sosial yang melanda seluruh umat manusia, virus
yang melanda seperti HIV, JE, Selsema Burung, Jerebu, masalah
pemerintahan kemiskinan, kebuluran dan banyak lagi adalah balasan Allah
Taala pada manusia yang tidak berpegang dengan ajaran dan arahanNya. Ia
jelas diterangkan di dalam Al-Quran.
Firman Alla Taala dalam surah Ali Imran ayat:112:
Maksudnya: “Mereka diliputi dengan
kehinaan d imana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang
dengan tali (agama) Allah dan (tali perjanjian dengan manusia), dan
mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi
kerendahan. Yang demikian itu, kerana mereka kafir ayat-ayat Allah dan
membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu,
disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas”.
Sesungguhnya, mengejar
kehidupan dunia ini adalah satu tuntutan kepada kita khususnya mereka
yang bergelar manusia. Ditambah lagi dengan tanggungjawab yang diberikan
kepada manusia sebagai penghulu untuk mentadbir muka bumi ini. Tetapi
sudah diingatkan oleh Allah dalam Al-Quran dan SunnahNya supaya kita
tidak melampaui batas kemanusiaan dan mezalimi diri sendiri serta
makhluk lain khususnya sesama manusia. Kerana Kehidupan kita sebagai
manusia ini adalah sementara untuk kembali kealam yang kekal abadi.
Dunia ini juga boleh diumpamakan sebagai syurga bagi orang-orang kafir
dan penjara bagi orang-orang yang beriman.
Jikalau kita melihat kebinasaan yang
banyak berlaku ini adalah berpunca dari mereka yang tidak beriman pada
Allah Taala, maka oleh yang demikian, merekalah manusia yang paling
banyak melakukan kezaliman dan penindasan kepada manusia dan melakukan
kemurkaan dan keingkaran kepada Maha Pencipta. Merekalah manusia yang
bertopengkan binatang, ia ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran
surah Al-Anfal, ayat: 55 yang berbunyi:
Maksudnya: “Sesungguhnya binatang
(makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang kafir,
kerana mereka itu tidak beriman (menderhakai Allah)”.
Jelaslah kepada kita, bahawa
manusia ini mampu melakukan lebih dari apa yang mereka hajati. Dan untuk
memanusiakan manusia bukanlah susah seperti mana yang kita sangkakan.
Tetapi ia perlu kepada satu tindakan yang hikmah dan perancangan yang
ilmiah untuk mengembalikan manusia itu kepada manusia dan mereka yang
bersifat berperikemanusiaan. Kaedah-kaedah untuk mengembalikan manusia
kepada manusia yang sebenar seperti mana yang dijelaskan oleh Allah dan
As-sunnah adalah:
1. Mengembalikan manusia kepada landasan
kehidupan yang sebenar yang berpaksi kepada Al-Quran dan As-Sunnah dari
pelbagai aspek kehidupan ini.
2. Mengenalkan manusia tentang kehidupan
dan urusan-urusan alam semulajadi ini. Urusan-urusan keduniaan seperti
pertanian, perniagaan, perubatan, perindustrian dan sebagainya tidak
boleh dipisahkan dengan urusan agama.
Kesimpulannya, manusia itu perlu kembali
kepada hadaf dan matlamat akan kewujudan mereka dimuka bumi ini.
Melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah Taala dan meninggalkan
segala apa yang dilarang. Dan mereka perlulah berpegang teguh dengan
tali Allah (agama) dalam setiap gerak-geri mereka dan segala urusan
kehidupan mereka. Kerana dengan beragama itu adalah satu-satunya jalan
untuk manusia menjadi sejenis makhluk yang paling mulia dan tinggi
darjatnya disisi Allah S.W.T amnya dan disisi makhluk lain amnya. Apatah
lagi mereka yang betul-betul bertakwa kepadaNya, maka akan diangkat
lebih tinggi lagi darjatnya disisi penduduk dunia dan seisinya.
Firman Allah Taal dalam suruh Al-Hujurat, ayat: 13 yang berbunyi:
Maksudnya: ”Sesungguhnya orang yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha
mengenal”.