Rabu, 4 Januari 2012
Kezaliman Polis Terhadap Rakyat
Isu kezaliman polis terhadap rakyat yang bangun membantah kezaliman pemerintah, bukanlah suatu isu yang baru. Malahan di seluruh dunia polis dieksplotasi sebagai 'senjata' pemerintah melepaskan kemarahan mereka kepada anasir politik yang cuba mengganggugat kedudukan kerusi politik mereka selama ini.
Sebagai menyelamatkan maruah diri, parti dan kekuasaan maka rakyat yang membantah secara aman sesuai dengan amalan demokrasi, akan dipanggil dengan seribu satu istilah yang hina lagi menghinakan. Mereka akan diistilahkan sebagai perusuh, pengacau, perusuh jalanan, pemecahbelah keamanan, pencetus huru hara dan berbagai-bagai lagi.
Namun biar apa pun gelaran yang diberikan, mereka yang berada dalam golongan ini harus disifatkan sebagai 'wira negara' kerana berani menyatakan kebenaran dan mencegah kezaliman dan kemungkaran yang berlaku.
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Jika kamu melihat satu kemungkaran, maka hendaklah kamu mengubahnya dengan tangan-tangan (kuasa) kamu, jika kamu tidak mampu maka ubahlah dengan perkataan (teguran lisan). Jika kamu tidak mampu (juga) maka ubahlah dengan hatimu. Demikian itulah selemah-lemah iman.
Sebagai umat yang terbaik sebagaimana Allah nyatakan dalam surah Ali Imran ayat 110: Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah....
Maka sebagai umat Islam yang Allah sifatkan sebagai umat terbaik, tugasan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini tidak kan sempurna jika kita gagal menunaikan tanggungjawab kita kepada diri, ugama, bangsa dan tanah air tercinta.
Justeru itu kita perlu berjuang mengikut kadar kemampuan diri sendiri. Jika perlu kita mengadakan perbincangan tertutup dengan penzalim maka perlu kita turuti. Namun jika kita tidak berpeluang berada dalam situasi itu, maka perlulah kita berunding dengan pihak ketiga yang dihormati oleh sipenzalim. Jika itu juga gagal kita usahakan maka sebaik-baiknya kita wujudkan satu isyarat sebagaimana hadis di atas iaitu dengan menyatakan kepada mereka bahawa 'kezaliman itu patut dihentikan'.
Akhir sekali jika itu pun tidak mampu, maka di hati setaip mereka yang mengaku Islam dan beriman kepada hari akhirat, maka sekurang-kurangnya dalam hati kita perlulah kita nyatakan bahawa kita tidak meredhoi akan kezaliman dan kita 'boikot' si penzalim. Jangan bertemu dengannya dan anda harus menunjukkan memekkan muka seolah-olah isyarat yang menyatakan anda bencikan kezaliman yang dilakukannya!
Timbul pula di hati rakyat negara ini maka apakah yang diistilahkan sebagai zalim itu? Jika anda buka kamus dewan bahasa anda tidak akan menemui istilah zalim itu sebagaimana yang sebenarnya. Istilah zalim dalam kamus mungkin berbunyi penindasan, kejam, kuku besi, tidak adil dalam perkara yang dilakukan dan lain-lain istilah baru ciptaan manusia.
Didalam Al-Quran, Allah menyatakan orang yang zalim sebagai manusia yang tidak mengikuti perintah Allah dan gemar pula melakukan maksiat atau kemungkaran. Jika manusia itu seorang pemerintah, maka dia disifatkan zalim sekiranya enggan melaksanakan hukum Allah sebagai perundangan pemerintahannya.
Mari kita hayati beberapa sifat zalim sebagaimana ayat di bawah:
SIFAT-SIFAT DAN PERUMPAAN SIPENZALIM
LALU ORANG-ORANG YANG ZALIM MENGGANTIKAN PERINTAH DENGAN (MENUNAIKAN) YANG TIDAK DIPERINTAHKAN KEPADA MEREKA. SEBAB ITU KAMI TIMPAKAN ATAS ORANG-ORANG ZALIM ITU SIKSA DARI LANGIT, KERANA MEREKA BERBUAT FASIK - ALBAQORAH:59
DAN KALAU KAMI MENGHENDAKI, SESUNGGUHNYA KAMI TINGGIKAN (DARJAT) NYA DENGANN AYAT-AYAT ITU, TETAPI DIA CENDERUNG KEPAD DUNIA DAN MENURUTKAN HAWA NAFSUNYA YANG RENDAH, MAKA PERUMPAMAANNYA SEPERTI ANJING JIKA KAMU MENGHALAUNYA DIJELIRKAN LIDAHNYA. DAN JIKA KAMU MENDIAMKAN DIRI DIJELIRKAN (LIDAH)NYA PULA. DEMIKIAN ITULAH PERUMPAMAAN ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KAMI. MAKA CERITAKANLAH (KEPADA MEREKA) KISAH-KISAH AGAR MEREKA BERFIKIR - ALA'RAAF:176
DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG MEMBUAT DUSTA TERHADAP ALLAH? MEREKA ITU AKAN DIHADAPKAN KEPADA TUHAN MEREKA DAN PARA SAKSI (TERMASUK ANGGOTA BADAN MEREKA) AKAN BERKATA 'MEREKA INILAH YANG TELAH BERDUSTA TERHADAP TUHAN MEREKA'. INGATLAH KUTUKAN ALLAH DIITIMPAKAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG ZALIM DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG DIPERINGATKAN DENGAN AYAT-AYAT DARI TUHANNYA LALU DIA BERPALING DARIPADANYA DAN MELUPAKAN APA YANG TELAH DIKERJAKANNYA OLEH KEDUA-DUA TANGANNYA? SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MELETAKKAN TUTUPAN DI ATAS HATI MEREKA (SEHINGGA MEREKA TIDAK MEMAHAMINYA), DAN KAMI (LETAKKAN PULA) SUMBATKAN DI TELINGA MEREKA; DAN SEKALI PUN KAMU MENYERU MEREKA KEPADA PETUNJUK, NESCAYA MEREKA TIDAK DAPAT PETUNJUK SELAMA-LAMANYA. - ALKAHFI:57
DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG MENGADAKAN DUSTA TERHADAP ALLAH SEDANG DIA DIAJAK KEPADA (MELAKSANAKAN) UGAMA ISLAM. DAN ALLAH TIDAK AKAN MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADA ORANG YANG ZALIM - ASHSHAAF:7
ORANG ZALIM MUSUH ALLAH DAN BOLEH DIPERANGI
DAN PERANGILAH MEREKA ITU (PEMFITNAH), SEHINGGA TIDAK ADA FITNAH LAGI DAN JADILAH AGAMA ITU HANYA UNTUK ALLAH. JIKA MEREKA BERHENTI (DARI MEMFITNAH DAN MEMUSUHI KAMU) MAKA TIDAK ADA 'PERMUSUHAN' LAGI, MELAINKAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG ZALIM - ALBAQORAH:193
LARANGAN BERSEKUTU DENGAN YANG ZALIM
DAN JANGANLAH KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM, YANG MENYEBABKAN KAMU DISENTUH API NERAKA. DAN SEKALI-KALI KAMU TIDAK MEMPUNYAI SEORANG PENOLONG PUN SELAIN ALLAH, KEMUDIAN KAMU TIDAK AKAN DIBERI PERTOLONGAN (JIKA TERUS CONDONG TERHADAP KEZALIMAN ITU) - HUD:113
AMARAN YANG PERLU KITA PERHATIKAN
DAN TUHANMU SEKALI-KALI TIDAK AKAN MEMBINASAKAN NEGERI-NEGERI SECARA ZALIM, SEDANGKAN PENDUDUKNYA BERBUAT KEBAIKAN - HUD:117
DAN KAMI TURUNKAN DARI AL-QURAN SESUATU YANG MENJADI PENAWAR DAN RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN AL-QURAN ITU TIDAKLAH MENAMBAH APA-APA KEPADA ORANG YANNG ZALIM SELAIN KERUGIAN - ALISRAA':82
KEMUDIAN KAMI AKAN MENYELAMATKAN ORANG-ORANG YANG BERTAKWA DAN MEMBIARKAN ORANG-ORANG ZALIM DI DALAM NERAKA DALAM KEADAAN BERLUTUT - MARYAM:72
DAN BALASAN KEJAHATAN ADALAH KEJAHATAN YANG SERUPA, MAKA BARANG SIAPA MEMAAFKAN DAN BERBUAT BAIK MAKA PAHALANYA ATAS (JAMINAN) ALLAH. SESUNGGUHNYA DIA TIDAK MENYUKAI ORANG YANG BBERBUAT ZALIM - ASSYURA:40
DAN DIANTARA MANUSIA ADA YANG MENYEMBAH DARIPADA TANDINGAN (MENGANGUNGKAN) SELAIN ALLAH, MEREKA MENCINTANYA SEBAGAIMANA CINTA KEPADA ALLAH. ADA PUN ORANG BERIMAN SANGAT CINTANYA KEPADA ALLAH. DAN JIKA SEANDAINYA ORANG YANG BERBUAT ZALIM ITU MENGETAHUI KETIKA MEREKA MELIHAT SIKSA DI HARI KIAMAT , BAHAWA KEKUATAN ITU MILIK ALLAH SEPENUHNYA DAN DAN BAHAWA ALLAH ITU AMAT BERAT SIKSAANYA (NESCAYA MEREKA MENYESAL) - ALBAQORAH:165
Jika hendak bicarakan kezaliman nescaya tidak akan habis pembicaraan ini. Justeru maka kita harus melihat kepada situasi masakini dan kezaliman akibat perbuatan Pemimpin Umno, maka negara kita mengalami kerugian dari berbagai sudut seperti kegawatan ekonomi, kemelaratan dan keruntuhan sosial dan terkini kegawatan sokongan dan politik.
Maka bagi menghindarkan lebih banyak 'bala' Allah timpakan maka mahu tidak mahu manusia tidak mempunyai pilihan melainkan diwajibkan berjihad menentang kezaliman. Justeru itu jihad perlu dilaksanakan mengikuti berbagai pertimbangan kerana jihad juga mempunyai pengertan yang luas.
Jihad bolehlah dirumuskan sebagai menggunakan segala kepakaran dan kemampuan kita untuk menegakkan Islam sebagai addin dalam kehidupan peribadi dan negara amnya. Di alaf baru pengertian jihad menjadi lebih luas kerana selain daripada kita melakukan apa yang sudah kita lakukan sebagai ikhtiar dan jihad kita, maka teknologi maklumat juga adalah jihad yakni menggunakan kepakaran kita untuk menegakkan Islam sebagaimana kehendak Allah.
Justeru kezaliman Mahathir perlu ditangani dengan sebaiknya supaya kita juga tidak akan merasa dianiayai oleh kekejaman polis yang menjadi benteng kezaliman dan runtuhnya kredibiliti mereka di sisi Allah dan di mata masyarakat.
Tindakan kita perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan dengan cara bijaksana supaya hancurlah kezaliman itu atas jihad kita dengan cara bijaksana lagi membingungkan di pihak penzalim!