Selasa, 30 Ogos 2011

Budak Memberi Nasihat Bab Solat

Menjawab kekeliruan Umno terhadap perjuangan PAS | Blog Tok Guru

Sesungguhnya Umno menyambung kerja Inggeris, sebab itu mudah bagi dia untuk mempengaruhi rakyat yang sekian lama terdidik secara sekular. Kita, PAS pula menyambung kerja Nabi Muhammad SAW sehingga semua manusia yakin kerja politik dan agama tak boleh dipisahkan. Sebab itu Umno marah kepada PAS kerana melaksana kerja Nabi yang berlawanan dengan ajaran sekular. Pagar kita diceroboh oleh ayam kambing mereka. Kita kena tutup pagar kita daripada diceroboh, walaupun dimarah oleh Umno.

Biar ada beza mufti dengan rakyat

GUNUNG STONE: ISLAM vs MELAYU ?


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
:
MELAYU Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kuran...

Kedah La: "Saya tak pernah sebut, Mat Indera itu komunis"

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.: Written by Bashir Ishak   KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno...

Isnin, 29 Ogos 2011

JALAN PULANG: Bukti Umno-APCO Pengkhianat Kemerdekaan Sebenar

JALAN PULANG: Bukti Umno-APCO Pengkhianat Kemerdekaan Sebenar: Kenalkah anda siapa dalam gambar ini?? Malapetaka, malapetaka buat Tanah Melayu!!
Berikut ialah koleksi video klip yang mendedahkan ...

MIMPI SENJA: Mat Sabu dan komunis bukan isu, tapi sebenarnya Ma...

MIMPI SENJA: Mat Sabu dan komunis bukan isu, tapi sebenarnya Ma...: Mat Sabu dan ‘komunis’ — Fahmi Fadzil 29 OGOS — Baru-baru ini kita baca tentang usaha pihak Utusan serta media lain milik Umno untuk membu...

Aris Awang: Tok Janggut Tikam Sarjan Sulaiman: UMNO pilihlah s...

: Nama seb enar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat.

PASPB: Yang mati dibunuh dalam Tragedi Memali juga Islam,...

Pada 23 Febuarari 1950 berlaku serangan nasionalis dan komunis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Mata-mata British ...:

HARI RAYA - JADIKAN AMALAN KITA SEBAGAI IBADAH BUKAN SEBAGAI ADAT

ASAL-USUL HARI RAYA

Diriwayatkan di dalam beberapa kitab hadith dan sejarah diwaktu Rasulullah SAW berhijrah dan menetap selama kira-kira dua tahun di Madinah, didapati masyarakat Madinah samada yang telah beragama Islam atau sebaliknya masing-masing mengadakan perayaan pada tiap-tiap tahun yang dikenali sebagai hari "Nairuz' dan 'Mahrajan'. Kedua-dua hari perayan itu diwarisi daripada tradisi bangsa Parsi.

Rasulullah SAW pun bertanyakan perkara ini kepada kaum muslimin "Perayaan apakah ini? Mereka menjawab " Hari Raya kami yang kami warisi sejak zaman jahiliah lagi, pada hari itu kami bersuka-ria."

Mendengar jawapan itu, Rasulullah SAW pun bersabda :"Sesungguhnya ALLAH SWT telah menggantikan dua perayaan itu dengan yang lebih baik daripada kedua-duanya iaitu dengan Hari Raya Idul-fitri dan Hari Raya Idul-adha."

Lalu ditetapkanlah dua musim perayaan itu iaitu pada tanggal 1 Syawal selepas puasa Ramadhan dan pada 10 Zulhijjah pada musim haji.

Hukum Solat Sunat 'Idul-fitri'

Sunat Muakkad (amat dituntut) kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak disyariatkan pada tahun 2H sehingga baginda wafat. Ia dituntut oleh semua mukallaf lelaki dan wanita, bermukim dan musafir, merdeka dan hamba. Dituntut dilakukan secara berjemaah tetapi sah dilakukan bersendirian.

Waktu Solat Sunat 'Idul-fitri'

Waktu bermula dari terbit matahari sehingga tergelincir matahari. Waktu yang paling afdal ialah ketika matahari naik kadar tinggi segalah kerana itulah waktu yang selalu didirikan oleh Rasulullah SAW.

Persiapan Hari Raya

1. Bangun awal pagi dan mandi sunat hari raya.

2. Memakai pakaian yang terbaik, cantik dan baharu.

3. Mengenakan harum-haruman dan bau-bauan.

4. Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum pergi solat sunat hari raya (bagi yang raya 'idul-fitri sahaja)

5. Sunat pergi awal-awal ke tempat melakukan solat sunat hari raya keculai imam/khatib yang bertugas pada hari itu.

6. Sunat pergi berjalan kaki (kalau tiada kesukaran). Pergi melalaui jalan yang dekat dan pulang melalui jalan lain yang jauh sedikit.

7. Disunatkan seluruh umat Islan samada tua atau muda, lelaki dan perempuan termasuk yang dalam haid untuk menghadiri perhimpunan solat sunat Hari Raya.
Ummu 'Athiyah R.A berkata :- "Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan wanita-wanita yang haid pada dua hari raya ('Idul-fitri dan 'Idul-Adha) agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum muslimin, tetapi wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat."
[Hadith Riwayat : Muttafaq'alaih]

8. Menunaikan solat sunat Hari Raya dan mendengar khutbah.

9. Sunat memperbanyakkan takbir dan tahmid. Takbir raya terbahagi kepada dua iaitu takbir mutlaq dan takbir muqayyad.

10. Sunat beribadah pada malam hari raya antaranya solat sunat, bacaan Al-Quran, berzikir, bertakbir dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW :- "Barang siapa menghidupkan dua malam Hari Raya ('Idul-fitri dan 'Idul-Adha), ALLAH SWT akan menghidupkan hatinya di hari matinya hati-hati manusia."

11. Bermaaf-maafan.

12. Ziarah-menziarahi bagi tujuan mengeratkan hubungan kekerabatan (silaturrahim). Sabda Rasulullah SAW :- "Hubungan silaturrahim adalah jalinan dengan arasy. DIA (ALLAH SWT) berfirman : Sesiapa yang menyambungKU, ALLAH SWT juga akan berhubung dengannya dan siapa yang memutuskanku, ALLAH SWT memutuskan hubungan dengannya."
[Hadits Riwayat : Muslim]

13. Bersikap sederhana dalam menyambut Hari Raya. Jangan melakukan pembaziran dan keterlaluan dalam berbelanja.

14. membataskan pergaulan dalam sambutan. Jangan berlaku pergaulan yang terlalu bebas dan melanggar hukum yang ditetapkan syara'.

15. Memelihara seluruh ibadah dalam menyambut Hari Raya khususnya solat samada solat qasar, jama' atau solat tamam (sempurna).

Ucapan Ketika Bertemu Pada Hari Raya

Berjabat tangan antara satu sama lain sambil mengucapkan :-

"Semoga sepanjang tahun anda berada di dalam keadaan baik"

atau

" Semoga anda kembali dalam kesucian dan kejayaan"

atau

"Semoga ALLAH SWT menerima amalan kami dan kamu" Jawablah "Terimalah Ya ALLAH SWT yang maha pemurah"

Perisik Rakyat®: UMNO Itu Kejahatan, Kejahatan Itu UMNO

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini , sini , sini , sini , sini , sini , & sini sebagai baha...:

2009 : Sejarah Tahun Kejahatan UMNO-BN

Marhaen dan dunia menyaksikan tahun 2009 adalah tahun dimana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO diambang keruntuhan dan penuh kejahatan. Ia bukan dicanang oleh pencatat tetapi dilakukan sendiri oleh tangan-tangan jijik UMNO-BN

KERENGGA: Menjawab Tohmahan kpd Mat Sabu: Bagaimana DGN kejatuhan OTHMANIAH?

Sejarah sebenarnya ditipu oleh British di semua negara Islam jajahannya dgn menggunakan kaedah yg sama iaitu dgn bekerjasama dgn wakil penduduk setempat, menaikkan nama mereka kemudian melantik mereka sebagai pemerintah.

Addin: Panas!! Dakwaan Chegubard Benar, SPRM Siasat Pengu...

Pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin telah menggugurkan bom dalam pos terbaru blog beliau. Pegawai-pegawai SPRM telah pergi ke Lapangan ...:

KELAB GREENBOC: [Video] Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lag...

Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Sabtu, 27 Ogos 2011

ADA AKU KESAH??: Perpecahan Melayu atau Perpecahan Umno??

Rakyat kini di persimpangan. Cara terbaik untuk memperbetulkannya ialah membuat perubahan besar. Berikan mandat kepada kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Mungkin jika Umno/BeEnd duduk di kerusi pembangkang, mungkin mereka akan muhasabah diri dan akhirnya akur kepada amalan dan budaya demokrasi yang selama ini telah mereka pincangkan.: Hari ni  Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff pula bersetuju dengan pandangan yang di lontarkan oleh Mufti Perak dalam isu perpecahan melayu...

Pencacai SeMalaysia®: Kenapa Pas Berkawan Dengan Dap..??

Menurut beliau, teras perjuangan Islam PAS melalui Negara Berkebajikan dan asas demokrasi sosial DAP mempunyai banyak persamaan untuk kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam usaha mewujudkan peluang saksama untuk semua.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru

Mungkin niat askar melayu di bawah British tu betul, berniat nak pertahankan negara. Tapi masalahnya depa tersalah faham, depa-depa tu berada di pihak yang salah. Depa mempertahankan penjajah British, malah berkhidmat di bawah arahan penjajah British. Kalau yang berjuang menentang penjajah British digelar penganas, orang yang bersekongkol dengan penjajah British dan mempertahankan penjajah British mungkin sesuai digelar pengkhianat tanahair.

Rabu, 24 Ogos 2011

PASPB: Liwat Fasa 2: Terperangkap dengan bukti rekaan sen...

PASPB: Liwat Fasa 2: Terperangkap dengan bukti rekaan sen...: Pada hari kedua perbicaraan berprofil tinggi kes liwat yang ditekan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim oleh musuh ketatnya, Perdana ...

Isnin, 22 Ogos 2011

Apa itu 1 Malaysia

Perisik Rakyat®: Kalau UMNO Benar2 Berjuang Islam, Perjuangkan Tudu...

: Wahai juak2 dan puak2 UMNO sakalian. Hari Jumaat ni korang nak berdemo sempena keputusan Mahkamah Tinggi (yang telah pun ditangguhkan) yang ...

Hindari Sifat Munafik

Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menghadapi manusia yang memiliki sifat munafik. Sejarah pernah memaparkan dakwah Rasulullah saw telah beberapa kali mendapat tentangan yang dilakukan oleh orang-orang munafik. Mereka ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Antara kejahatan Abdullah ini ialah dia pernah menaburkan fitnah terhadap Ummahatul Mukminin Saidatina Aisyah r.anha. Aisyah telah tertinggal daripada rombongan kafilah yang hendak pulang ke Madinah lalu ditemui Safwan bin Mu’attal yang bertugas sebagai peronda untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan. Saidatina Aisyah kemudian dihantar pulang, namun kesempatan ini diambil oleh orang-orang munafik untuk memfitnahnya. Fitnah ini merupakan ujian yang sangat berat kepada Siti Aisyah. Fitnah ini tidak dapat dikawal kerana orang-orang munafik telah menyebarkannya. Walaupun fitnah ini sukar dibuktikan, tetapi ia juga sukar dinafikan. Akhirnya Allah SWT telah menurunkan wahyu dan membersihkan maruah Saidatina Aisyah daripada difitnah. Peristiwa ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menghadapi fitnah orang-orang munafik. Hanya dengan berpandukan Al-Quran, hadis dan sejarah perjuangan baginda Rasulullah saw sahaja akan kita dapat mengetahui rahsia tipuan mereka dan bagaimana menghadapinya.

Secara kasarnya syariat telah menggariskan sifat-sifat asas orang-orang munafik ini iaitu “melahirkan suasana Islam dan menyembunyikan kekufuran.” Mereka ini muncul di peringkat Madinah iaitu ketika umat Islam telah membina kekuatan ekonomi, ketenteraan, undang-undang, pertanian dan lain-lain bidang kehidupan. Orang-orang munafik menyembunyikan kekafiran terhadap Allah SWT, Rasul-Nya dan kitabullah. Orang-orang munafik akan ditimpa seksaan sebagaimana firman Allah swt: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada darjat yang paling bawah sekali dalam neraka.” (Surah An-Nisa :145)

Sifat-sifat munafik terlalu banyak dan ada di antaranya sangat seni sehingga memungkinkan seseorang Muslim tidak dapat bebas daripadanya. Sering terjadi campur aduk antara kekafiran dan iman yang sentiasa berbolak-balik dalam jiwa seseorang. Apabila ini terjadi, dia disifatkan sebagai orang yang mempunyai “tanda-tanda munafik.” Justeru itulah, para sahabat Rasulullah saw sangat bimbang dengan tanda-tanda munafik yang mungkin terselit dalam hati mereka.

Orang-orang munafik merupakan orang-orang yang sangat berbahaya. Allah SWT sendiri telah mengingatkan kita akan tipu helah mereka hampir setiap surah dalam Al-Quran. Jadi, apakah tanda-tanda munafik yang diberitahu Allah kepada kita? Sifat-sifat orang munafik menurut Al-Quran adalah seperti berikut:

Menuduh orang beriman bersifat bodoh

Allah SWT telah menjelaskan sifat munafik ini dalam firman-Nya: “Apabila dikatakan orang kepada mereka, “ Berimanlah kamu sebagaimana manusia yang telah beriman, mereka berkata: Masakan kami beriman, sebagaimana orang-orang bodoh yang telah beriman. Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh tetapi mereka tidak tahu.” (Al-Baqarah: 13)

Setiap kali ada umat Islam yang ingin mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan dituduh kolot atau ketinggalan zaman. Sekiranya ada di antara mereka ingin meninggalkan amalan riba dalam pembelian, mereka telah dituduh bodoh dan menjalani perniagaan tidak menguntungkan. Sekiranya mereka menjaga batas-batas syariat dalam pergaulan, mereka giat dituduh sebagai penghalang kepada kemajuan dan sebagainya. Kerja-kerja yang tidak menyenangkan ini dilakukan oleh orang-orang munafik.

Menyuruh kepada yang mungkar dan melarang yang makruf

Firman Allah SWT: “Orang munafik lelaki dan orang munafik yang perempuan sesetengah serupa dengan yang sesetengah. Mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang daripada membuat kebajikan, mereka menggenggam tangannya (bakhil). Mereka lupa akan Allah SWT, oleh yang demikian Allah melupakan mereka pula. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah: 67)

Keras kepala dan berbangga dengan dosa

Firman Allah SWT: “Apabila dikatakan kepadanya: Takutlah kepada Allah. Kesombongan menjadikan dia berbuat dosa. Maka cukuplah api neraka untuk balasannya dan adalah api neraka itu seburuk-buruk tempat tinggal.” (Surah Al-Baqarah: 206)

Orang-orang munafik sangat sukar untuk diberi keinsafan. Mereka rela mati dalam mempertahankan kebatilan yang mereka sembunyikan itu. Sejarah pernah menceritakan bagaimana Abdulllah bin Ubai telah terperangkap beberapa kali dalam 'lubang' yang digalinya sendiri, tetapi masih terus-terusan tidak insaf. Seluruh umurnya digunakan untuk menentang Islam.

Membantu orang kafir dan mengintip-intip orang beriman

Sifat munafik ini diceritakan Allah SWT dalam firman-Nya: “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih iaitu orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu?”

“Iaitu orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan daripada Allah, mereka berkata: “Bukankah kami (turut berperang) berserta kamu?” Dan jika orang-orang kafir mendapat keuntungan (kemenangan), mereka berkata; “Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu daripada orang-orang mukmin?” Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nisaa': 138 - 141)

Pendirian orang munafik umpama lalang. Arah mana angin bertiup, ke situlah ia condong. Sebenarnya orang-orang munafik cuba mendapatkan keuntungan daripada kedua-dua belah pihak, Islam ataupun kafir. Walaupun begitu, hati mereka lebih kasih kepada orang kafir dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kekuasaan orang-orang kafir terhadap orang Islam.

Penipu, riak dan malas melaksanakan ajaran Islam

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Jika mereka berdiri mengerjakan solat, mereka berdiri dengan malas, serta riak (menunjuk- nunjuk) kepada manusia. Tiadalah mereka itu mengingati Allah kecuali sedikit. Mereka itu di dalam keraguan antara kafir dengan iman.” (Surah An-Nisaa': 142-143)

Orang munafik tidak akan merasa kemanisan bahkan seolah-olah rasa terpaksa setiap kali melakukan ibadah. Semuanya dilakukan demi mengelabui mata manusia. Sifat malas, cuai, suka bertangguh-tangguh dan bermudah-mudah akan dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana itu sudah menjadi tradisi bagi Khalifah Ur Rasyidin yang empat, mereka tidak akan menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang cuai beribadah (terutamanya solat) kerana khuatir amanah rakyat jatuh ke tangan orang-orang munafik.

Memecah-belahkan orang beriman dengan projek-projek yang tidak ikhlas

Rasulullah saw pernah menyuruh para sahabat meruntuhkan sebuah masjid yang didirikan oleh orang-orang munafik. Peranan masjid yang asalnya suci telah dijadikan tempat untuk memecah-belah perpaduan orang-orang beriman. Orang munafik merasakan tindakan mereka bertopengkan agama itu akan berjaya. Namun Rasulullah saw lebih tahu apa yang tersirat di hati mereka. Allah SWT telah memberitahu hal ini melalui firman-Nya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.

Mereka sesungguhnya telah bersumpah: “Kami tidak mengehendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (Surah At-Taubah : 107)

Begitulah sifat-sifat orang munafik. Mungkin ada manusia bersifat munafik ini sangat hampir dengan kita seperti mana hampirnya Abdullah bin Ubai dengan Rasulullah saw. Mereka sanggup mengorbankan tenaga dan harta seolah-olah untuk membangunkan Islam tetapi hakikatnya adalah untuk menghancurkan perjuangan Islam. Bak kata pepatah, “tangan kanannya membangunkan Islam, namun tangan kiri meruntuhkan.”

Apakah tindakan kita selama ini seperti mana pepatah ini? Bagaimanakah kita dapat meng hadapi golongan munafik ini? Pertama, kita mestilah mempelajari Islam sedalam yang boleh dengan mengikuti kelas-kelas pengajian supaya kita tidak mudah tertipu. Kita tidak mahu disebabkan oleh kejahilan, kita sendiri yang mencemarkan Islam. Kedua, berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan. Sekiranya kawan kita itu mengajak kepada yang mungkar dan meninggalkan yang makruf, nasihatilah dengan baik. Tanganilah segala permasalahan berpandukan syariat Islam. Sentiasalah bermuhasabah diri supaya setiap hari kita dijauhi daripada memiliki sifat-sifat munafik.

Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.” (Surah At-Talak: 2)

RAKYAT MARHAEN: Fakta : UMNO Pengkhianat Bangsa

Isu gadai melayu bukan suatu isu kecil yang boleh dipermainkan. Begitu mudah UMNO menuduh kerajaan rakyat serta DAP terutamanya sebagai petualang menggadai Melayu dalam masa yang sama rakyat dialpakan seumpama ‘kuman seberang laut nampak, gajah sebelah tidak kelihatan’.
Bagaimana dengan usaha menidakkan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu. Negeri yang miskin itu sebenarnya dikayakan oleh Allah dengan hasil bumi bernama petroleum.
: Umno jual masa depan Melayu kerana dendam pada PAS Walaupun terdedah luas saham bumiputera yang hanya tinggal 2 bilion selepas ter...

ZAKRI ALI RANGKUTI: UMNO/BN tobat tak keluar sejarah ni..nak mampuih.....

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.
: KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN KITA   Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana ...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Suatu Perkembangan Yang Membahayakan Umat Islam.

KE ARAH KESEDARAN ISLAM SEMULA 
Suatu Perkembangan Yang Membahayakan Umat Islam.
Suatu pengaruh dan fahaman yang merosakkan umat Islam ialah menularnya fahaman sekular dalam masyarakat Islam. Pengaruh sekularisma ke atas negara-negara Islam dikatakan bermula dari abad ke 18M hinggalah ke abad ini.
 
 Suatu contoh yang jelas di zaman moden ini ialah apa yang telah berlaku kepada Daulah ‘Othmaniyyah Turki di mana telah diadakan pembaharuan undang-undang dengan memasukkan undang-undang yang bukan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Undang-undang ini datangnya daripada “code” orang-orang barat semenjak Zaman Renaissance lagi.Ia telah menjayakan sekularisasi. Pengaruh tersebut semakin lama semakin menyeluruh memasuki semua bidang hidup hingga menyebabkan soal-soal kehidupan harian terpisah daripada dasar-dasar kerohanian Islam. Unsur barat itu diterima dengan alasan menjalankan pemodenan, pembangunan serta kemajuan.
 
Di Tanah Melayu, ketika zaman penjajahan British, sekularisasi dalam bidang pentadbiran mulai berlaku dalam abad 19M dengan termeterinya Perjanjian Pangkor (1874).
 
Sekularisasi terus berjalan hingga ke abad ini. Meskipun terdapat beberapa perubahan namun sekularisasi semakin menebal hinggakan Din Islam itu dipersempitkan menjadi amalan peribadi bukan lagi menjadi sistem pengatur kehidupan ini.
 
Perkembangan ini sangat membahayakan umat Islam yang memegang amanah Allah S.W.T. untuk menegak dan melaksanakan kehidupan Islam dan nilai-nilainya berdasarkan tauhid.
 
Pendewaan Nilai-nilai Barat.
Sebahagian masyarakat Islam kini juga sedang menghadapi bahaya kerana mendewakan idea-idea barat buatan manusia. Hal ini amat membimbangkan kerana dikhuatiri mereka akan termasuk ke dalam golongan yang disifatkan dalam firman Allah S.W.T.:
 
“Mereka (ahli Kitab) mengambil bijak pandai dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan-tuhan mereka selain dari Allah.”-Surah at-Taubah: ayat 31.
 
Mujahid Sa’id Hawwa telah memberikan penjelasan  dalam kitabnya, Jundu Allah Thaqafatan Wa Akhlaqan, bahawa Imam Tarmizi meriwayatkan bahawa ‘Adi Bin Hatim at-Ta’i datang berjumpa Rasulullah S.A.W. sedang baginda membaca ayat tersebut. ‘Adi berkata kepada Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya Ahli-ahli kitab itu tidak pernah menyembah pendita-pendita mereka”. Maka Rasulullah S.A.W. berkata kepada ‘Adi: “Ya!, sesungguhnya mereka mengharamkan ke atas ahli Kitab sesuatu yang halal serta menghalalkan sesuatu yang haram dan mereka (Ahli Kitab) mematuhinya, maka itulah bentuk penyembahan kepada mereka (pendita-pendita) tersebut.”
 
Mujahid Sa’id Hawwa menjelaskan lagi bahawa jika dilihat kepada realiti masyarakat Islam kini ternyata bahawa mereka melaksanakan hukum-hukum selain daripada hukum Allah S.W.T.
Di kalangan orang ramai terdapat berbagai sikap dan pandangan. Ada yang berterus terang mengajak kepada perlaksanaan hukum lain selain hukum Allah S.W.T. Ada yang bertindak sedemikian secara bersembunyi. Ada yang berpendapat bahawa hukum-hukum Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan. Ada yang berpuas hati dengan sistem kufur yang berjalan hingga jika diajak untuk merubahnya maka ia enggan. Ada yang mempersendakan dan mengejek apabila diajak kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa kerja-kerja untuk melaksanakan hukum-hukum Islam itu telah ketinggalan zaman serta tidak bertamaddun lagi.Sikap-sikap sedemikian amat merbahaya serta dibimbangkan akan termasuk ke dalam golongan yang difirmankan oleh Allah S.W.T. :
“Tidakkah kamu melihat mereka yang menyangka mereka itu beriman dengan apa yang ditanzilkan kepada engkau (Muhammad) dan apa yang telah ditanzailkan sebelum engkau, mereka mahu berhukum kepada Taghut (sistem selain Islam) sedangkan mereka diperintahkan menolak Taghut, dan syaitan itu mahu menyesatkan mereka sesesat-sesatnya.” -Surah an-Nisa’: ayat 60.
 
Kejahilan Masyarakat Tentang Hakikat Islam.
Menurut Asy-Syahid Dr. Abdul Qadir ‘Audah di dalam kitabnya, Al-Islam Wa Audha’una as-Siyasiyyah, bahawa semua orang Islam di dunia ini mengaku beragama Islam dan kebanyakan mereka berbangga dengan nama tersebut. Tetapi dukacita sekali kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya. Islam tidak ada hubungan dengan hati mereka meskipun ada hubungan dengan tutur kata mereka.
 
Kejahilan terhadap Islam telah membawa mereka jauh daripada hukum-hukum Islam. Mereka menolak hukum-hakamnya yang menyebabkan berlaku keruntuhan umat Islam itu sendiri.
Sebenarnya Islam adalah satu sistem hidup pilihan Allah S.W.T. Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Din di sisi Allah hanya al-Islam.” - Surah Ali-’Imran: ayat 19.
“Dan Aku redha bagi kamu al-Islam sebagai ad-Din” - Surah al-Maidah: ayat 2.
Allah S.W.T. sama sekali tidak menerima sistem hidup yang lain daripada sistem hidup Islam. Hal ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya :
"Sesiapa yang mencari selain daripada  al-Islam sebagai Din (cara hidup), maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak terdiri daripada golongan orang yang rugi.” - Surah Ali ‘Imran: ayat 85.
“Apa yang ada selepas kebenaran melainkan kesesatan.” - Surah Yunus: ayat 32.
 
Allah S.W.T. juga tidak mengutuskan seseorang rasulNya melainkan dengan kebenaran dan al-Kitab . Firman Allah S.W.T.:
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab dengan kebenaran.”
- Surah an-Nisa’: ayat 105
“Dialah yang mengutuskan rasul yang memberi pertunjuk dan dengan Din yang benar.”  - Surah at-Taubah: ayat 33.
 
Jika demikian sifat Islam maka mengapa masih kedapatan ramai yang masih mencari-cari sistem yang lain daripada sistem Islam? Sesungguhnya mereka yang menolak sistem Islam yang merupakan jalan menuju Allah S.W.T., menolak al-Quran dan menukar gantinya dengan ideologi-ideologi yang lain, maka mereka sebenarnya telah diselaputi dengan kegelapan dan kesesatan.Mereka jahil terhadap hakikat Islam itu sendiri.
 
Kejahilan itu membawa mereka yakin terhadap ideologi-ideologi seperti demokrasi , kapitalisme barat, yakin komunisme dan sosialime Timur,meskipun mereka mengaku percaya kepada Allah S.W.T. Kejahilan  menyebabkan ada yang menyatukan Islam dengan ideologi-ideologi lain seperti melaungkan demokrasi Islam dan sosialis Islam  dengan harapan supaya diterima oleh masyarakat. Sebenarnya penamaan tersebut bererti menzalimi Islam,sedangkan Islam bersih daripada penamaan-penamaan tersebut. Islam adalah Islam.Tidak ada sistem tiruan dan cedokan daripada mana-mana sistem lain.Ia tidak boleh sama sekali disamakan dengan mana-mana sistem kerana ia ditanzilkan oleh Allah S.W.T.
 
Mesti Kembali Kepada Sumber-Sumber Islam Yang Sahih.
Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi telah menekankan dalam kitabnya, al-Hill al-Islami Faridhah Wa Dharurah, bahawa kita mesti kembali kepada sumber Islam yang suci lagi bersih iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.Kita mesti kembali kepada fahaman Islam yang sebenarnya sepertimana yang ditanzilkan oleh Allah S.W.T, kepada Rasulullah S.A.W. serta yang difahami oleh para sahabat r.a. serta pengikut-pengikut mereka.
 
Dalam hal ini Mujahid Fathi Yakan juga telah menjelaskan dalam kitabnya, Musykilah ad-Da’wah Wa ad-Da’iyah, bahawa kita perlu menimba kefahaman dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. serta Sirah an-Nabawiyyah. Juga amat perlu kita merujuk kepada kitab-kitab yang  muktabar semoga kita jelas mengenai konsep yang sebenar mengenai Din al-Islam. Ini meliputi hukum-hakam, perundangan, ‘aqidah, ‘ibadah dan haluan hidup  individu, masyarakat dan negara.
 
Tumpuan yang berat mestilah diberi kepada al-Quran al-Karim yang disifatkan sebagai cahaya hati dan sistem hidup kita.Penerimaan ayat-ayat al-Quran hendaklah disifatkan seperti kita sedang menerima wahyu (perintah Allah S.W.T.).Dengan itu, barulah kita merasai bahawa al-Quran itu menghalakan  perintahnya kepada kita dalam semua hal. Barulah Al-Quran akan berkesan kepada jiwa dan menghasilkan natijah.
 
Kembali Kepada Generasi Awal
Kita perlu melihat kembali kepada generasi awal Islam yang telah dijelaskan di dalam kitab-kitab muktabar seperti Ma’alim Fi at-Tariq ( Sayyid Qutb ) dan Maza Khasira ad-’Alam Bi Inhitat  al-Muslimin ( Abu al-Hasan Ali al-Husni an-Nadawi ) di mana generasi tersebut  dikenali sebagai Generasi al-Quran yang hanya mengambil sistem yang ditanzilkan oleh Allah S.W.T. sahaja. Mereka tidak mencipta sistem hidup menurut kehendak nafsu mereka sendiri. Mereka faham adalah punca kezaliman, kesesatan dan kejahilan adalah akibat kehidupan tanpa hidayah dari Allah S.W.T. Mereka tidak secara meraba-raba memilih jalan hidup, sistem politik dan corak sosial. Mereka telah menerima wahyu dari Allah S.W.T. bagi menerangi serta memandu jalan hidup mereka.
 
Generasi tersebut sebenarnya telah menjalani latihan dan tarbiyyah yang lama di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. berpandukan wahyu Allah S.W.T. sebagai sumber pembentukan hingga lahir peribadi-peribadi Muslim yang berjiwa tauhid, tidak terpengaruh atau dipengaruhi oleh nilai tamak keduniaan .Mereka hanya bermatlamatkan keredhaan Allah S.W.T. semata-mata. Kehidupan jahiliyyah sudah tidak bernilai lagi bagi mereka. Mereka hanya menyerah kepada panggilan Iman di bawah arahan Rasulullah S.A.W. pada hal mereka sedar bahawa mereka akan menghadapi ancaman daripada masyarakat jahiliyyah di sekeliling mereka. Mereka  faham bahawa orang-orang mu’min pasti diuji keimanan mereka. Firman Allah S.W.T:
 
“Apakah menusia itu menyangka bahawa mereka itu akan dibiarkan mereka berkata: Kami telah beriman. sedangkan mereka tidak lagi diuji.”
- Surah al-Ankabut: ayat 2.
 
Generasi pertama Islam itu telahpun berjaya menghapuskan al-Ghurbah al-Awwal. Kita generasi sekarang wajiblah pula bekerja untuk menghapuskan al-Ghurbah ath-Thaniyah. Hal ini pernah ditegaskan oleh Prof. Muhammad Qutb dalam suatu ceramahnya yang bertajuk Falana’rif Haqiqah Islamina.
 
Umat Perlu Dibangunkan Mengikut Kehendak Allah
Kita tidak boleh memahami Islam hanya sekadar melihat sepintas lalu amalan hidup ummat yang mengaku Islam hari ini.Sekarang, Islam telah dikelirukan. Masyarakat Arab 14 abad yang lalu juga tidak dapat melihat kebenaran kerana kebenaran itu telah dikelirukan oleh sifat-sifat fujur yang menguasai manusia itu sendiri.
 
Rasulullah S.A.W. telah diutuskan dengan membawa kembali nilai yang betul terhadap Islam, manusia dan kehidupan melalui jalan Iman kepada Allah S.W.T. Melalui Imanlah kita akan dapat menilai alam, manusia dan kehidupan ini dengan betul.
 
Perlu diyakini bahawa mana-mana umat yang tidak diproses mengikut saluran yang Allah S.W.T. kehendaki  tentulah tidak dapat melahirkan natijah hidup Islam .
 
Kita tidak gemar untuk bercakap banyak dalam hal ini, tetapi oleh kerana ketiadaan Ummah yang benar-benar menghayati Islam maka kita perlu memberi kefahaman serta kesedaran Islam sebenar. Kita tidak menafikan bahawa di sana-sini ada individu-individu melakukan amalan Islam, tetapi tidak dinyatakan dalam satu Jamaah.
 
Untuk mendapatkan kefahaman dan kesedaran itu kembali,maka perlulah kita kembali kepada proses tarbiyyah yang pernah berjalan di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. atau yang disebut sebagai Madrasah Rasulullah.
 
Wallahu A’alam .

http://hasan98.tripod.com/kearah.htm
 

Ceramah Agama

Pemimpin Zalim - Ustaz Azhar Idrus
http://www.youtube.com/watch?v=nC7eRauWFKY&feature=share

Pemimpin Zalim Dan Fasik -Ustaz Azhar Idrus
http://www.youtube.com/watch?v=zgeSzwplA64&feature=share

Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 1- 4 | Ustaz Baderudin Bin Haji Ahmad

Perkara-perkara yang merosakkan iman dan islam - Ustaz Halim Naser

Pencacai SeMalaysia®: AMARAN KERAS Untuk Najib, Teruskan Tekan Rakyat Dan Anda Tersungkur Lebur!

Penganalisis-penganalisis pula mendakwa Najib sudah mula tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga menggambarkan beliau berperwatakan seperti penyandang jawatan itu sebelum ini.Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan Najib mengendalikan perkara-perkara yang mendesak seperti Himpunan Bersih 2.0, dilihat antara faktor penyumbang kepada kebimbangan rakyat.

Khamis, 18 Ogos 2011

Selasa, 16 Ogos 2011

Terlalu banyak kenyataan pemimpin UMNO yang telah dengan terang-terangan menolak hukum Islam atau syariat Islam dan negara Islam.

Untuk renungan....!!!!!

oleh Sinar Kejayaan pada pada 03hb Ogos 2011 pukul 3.05 pagi
Terlalu banyak kenyataan pemimpin UMNO yang telah dengan terang-terangan menolak hukum Islam atau syariat Islam dan negara Islam. Bukan sahaja mereka enggan, bahkan telah turut menghina hukum Allah swt. itu sebagai primitif, kolot, dan akan merugikan umat Islam. Secara tidak langsung mereka seolah-olah mendakwa bahawa merekalah yang lebih bijak dalam memutuskan hukum-hakam yang sudah pun ditetapkan oleh Allah swt di dalam al-Quran. Sikap ini bukan sahaja berdosa, malah boleh mencacatkan aqidah mereka dan membawa mereka keluar dari agama Islam.antaranya:
Kenyataan pemimpin umno:
  • 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahathir: 3/3/94)
  • 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Mahathir: 14/7/92)
  • 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. (Mahathir: 2/5/92)
  • 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Mahathir: 1994)
  • 'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam'. (Mahathir:14/8/94)
  • 'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'. (Mahathir:3 Mac, Nilam Puri).
  • 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Najib: 20/4/93)
  • 'Apa erti negara Islam jika mundur'. (Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99)
Percanggahan dengan Al-Quran
  • "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)
  • "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)
  • "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)
  • "Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya (iaitu kitab-kitab sebelumnya), maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu". (al-Maidah:48)
  • "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa mereka" (al-Maidah:49)
  • "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)
  • "Menetapkan hukuman itu hanyalah haq Allah swt." (al-An'am:57)
  • "Celupan Allah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah?" (al-Baqarah:138)
  • "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasakan dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (al-Nisa':65)
  • "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min dan perempuan yang mu'min apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata" (al-Ahzab:36)
sumber: http://members.tripod.com/minda_rakyat/1112605.htm
satu undi anda kpda umno membawa anda ke neraka...renung-renungkan...

Isnin, 15 Ogos 2011

Fitnah Terhadap DS Anwar Ibrahim

Video Seks: Ku Li Bidas UMNO

Pendedahan Dalang Video Fitnah 4

Penerangan Terkini Rentetan Fitnah Ke Atas Anwar Ibrahim

Video 1


Video 2


Video 3


video 4


video 5


video 6


Video 7

Jumaat, 12 Ogos 2011

KETENANGAN HIDUP

Sejarah Kebangkitan Islam Di Tanah Melayu

Dosa besar salahguna wang zakat- Bekas mufti Wilayah

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution semalam mendedahkan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribuJumlah itu dikatakan diguna bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

UMNO TERUSKAN ‘BUDAYA BABI’ DALAM BERKEMPEN

Budaya babi yang dibawa oleh UMNO sangat merbahaya kepada kehidupan rakyat dalam Negara ini kerana sifat babi ialah suka menyondol (takrif menyondol saya tidak akan jelaskan, saya harap pembaca faham-fahamlah sendiri) , makan berbagai jenis makanan (tidak seperti hidupan lain) sebab itulah Allah mengharamkan memakan daging babi sehingga tidak boleh menyentuh babi kerana ia bernajis besar.Begitu juga dengan UMNO. Ia akan melakukan apa sahaja yang ada di alam ini tanpa mengambilkira hukum-hakam beragama, undang-undang (dia mengusasai institusi kerajaan), adat dan budaya dan membelakangkan moral serta akhlak, asalknya ia kekal berkuasa.

Khamis, 11 Ogos 2011

MENGAPA SERTAI PAS (SIRI 1 - DALIL 1-10)

SEBAB
  1. Setiap muslim/muslimah wajib menyertai Jamaah Islam.
  2. Tidak bersama Jamaah ( فارق الجماعة )adalah kesalahan besar di sisi Allah.
  3. PAS adalah Jamaah Islam.
  4. Dasar dan praktik PAS menepati ciri-ciri Jamaah Islam seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadith.
Keterangan am:

Al-Quran dan Hadith memerintahkan setiap muslim dan muslimah supaya menyertai Jamaah Islam. Maksud Jamaah Islam ialah organisasi umat Islam yang 'berstruktur lengkap' seperti pertubuhan atau persatuan atau parti dalam konteks hari ini. Organisasi itu bergerak untuk mencapai cita-cita Islam yang menyeluruh (syumul) dengan menggunakan kaedah dan pendekatan dakwah yang diteladankan oleh Rasulullah SAW.

Iltizam (komitmen) kepada kerja-kerja organisasi ini disebut sebagai 'amal jamaie' yang disifatkan sebagai jihad di jalan Allah. Seorang muslim atau muslimah yang ikhlas dalam kesungguhannya melaksanakan tugasan ini, berpeluang untuk memperolehi darjat kematian syahid di sisi Allah.

Di antara dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang membawa kepada rumusan tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam, adalah seperti berikut:

Dalil 1:
ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولىْك هم المفلحون

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang berjaya."

Ali-'Imran: Ayat 104
Keterangan Ayat:

Ayat ini (Ali-'Imran 104) merupakan perintah utama tentang kewajiban membentuk atau menubuhkan Jamaah. Perkataan ولتكن منكم امة yang bererti 'hendaklah ada satu ummah di kalangan kamu' membawa maksud umat Islam 'mestilah' atau 'wajiblah' membentuk Jamaah di mana sahaja mereka berada.

Perkataan أمة (ummah) bermaksud جماعة (jamaah) atau طأىفة (to'ifah). Definisi semua perkataan ini ialah 'satu organisasi yang jelas strukturnya' seperti sebuah persatuan, pertubuhan atau parti yang wujud di mana-mana pun hari ini.

Maksud inilah juga yang dibawa oleh perkataan صفا (soffan) di dalam ayat berikut:

Dalil 2:
ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang (berjuang) untuk membela AgamaNya dalam saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
As-Saf: Ayat 4

Organisasi ini mestilah jelas misinya iaitu menyeru kepada kebajikan ( يدعون الى الخير ), menyuruh berbuat kebaikan ( يأمرون بالمعروف ) dan mencegah kemungkaran ( ينهون عن المنكر ). Nilai kebajikan, kebaikan dan kemungkaran itu mestilah mengikut ketetapan Al-Quran dan Hadith Nabi SAW.

Organisasi ini mestilah menjadikan Al-Quran dan Hadith (serta ijma' ulama' dan qiyas) sebagai dasar, pegangan, sumber rujukan dan penentu kepada segala-galanya.

Dalil 3:

عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال كان الناس يسىْلون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسْله عن الشر مخافة ان يدركني فقلت يا رسول الله انا كنا فى جاهلية وشر فجأناالله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت ونا دخنه قال قوم يستنون بغير سنتى ويهدون بغير هديى تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على ابواب حهنم من اجابهم اليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى ان ادركنى ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وامامهم فقلت فان لم تكن لهم جماعة ولا امام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو ان تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وانت على ذلك

"Diriwayatkan daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat, kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: wahai Rasulullah! dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan ini (Islam yang datang melaluimu), adakah selepas kebaikan ini akan berlaku pula "kejahatan". Rasulullah menjawab "Ya".

Aku bertanya lagi: adakah akan berlaku pula datangnya kebaikan selepas era kejahatan itu? Rasulullah SAW menjawab "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan".

Aku bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mereka mengikuti jalan yang lain dari jalanku. Di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang tidak kamu mengenalinya.

Aku bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah SAW menjawab: Ya, ketika itu ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam. Sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka.

Aku berkata lagi: wahai Rasulullah, terangkan kepada kami tentang sifat mereka itu. Rasulullah SAW menjawab: baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu bersama dengan Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam).

Aku bertanya lagi: bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai Jamaah dan tiada pemimpin? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu memencilkan diri dari semua kumpulan yang ada (yang telah rosak iman dan akhlak mereka), walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman).

Keterangan Hadith:

Dalam Hadith ini Rasulullah SAW menggambarkan suasana dunia akhir zaman yang penuh dengan maksiat dan kezaliman. Keadaan itu digambarkan dengan kata-katanya "ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam".

Keadaan yang disebut oleh Rasulullah SAW itu sedang melingkari kehidupan kita hari ini. Seruan dan ajakan agar melakukan maksiat sememangnya berleluasa. Manusia yang mempertahankan iman dan menegakkan keperibadian Islam sentiasa dicemuh dan diganggu. Pelaku maksiat berbangga dengan cara hidup mereka yang menyanggah ketetapan Allah dan Rasul. Malah mereka bersungguh-sungguh mengajak orang ramai supaya hidup dengan cara mereka yang sesat. Dengan kata lain mereka menyeru ke neraka jahannam.

Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini?

Rasulullah SAW telah memberikan jawaban yang sangat jelas di dalam Hadith ini, dengan katanya "hendaklah kamu bersama Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam)".

Ia bukan setakat syor atau cadangan daripada Rasulullah SAW, bahkan ia adalah perintah yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Para Ulama' Muhaddithin sepakat merumuskan bahawa Hadith ini merupakan salah satu dalil utama tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.

Sa'id Hawa di dalam kitabnya 'Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan' menjelaskan bahawa hukum jihad untuk menumpaskan penyebab kemaksiatan yang merajalela ini adalah fardhu Ain. Ertinya, wajib bagi setiap manusia yang mengikrarkan dirinya muslim dan muslimah supaya berada di dalam saf mempertahan dan menegakkan Islam, sekaligus menggempur untuk menumpaskan penyeru ke neraka jahannam. Itulah jihad siyasi atau jihad politik yang dimaksudkan oleh Sa'id Hawa di dalam kitabnya.

Tanggungjawab tugasan ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang perseorangan secara persendirian, sebaliknya mestilah dilaksanakan secara bersama dalam satu kumpulan, secara tersusun dan terarah, dengan menggembelingkan potensi semua orang yang terlibat.

Itulah intisari perintah Rasulullah SAW تلزم جماعة المسلمين وءامامهم ketika menjawab soalan Huzaifah RA.

Oleh itu kita hanya ada satu pilihan. Tidak dua dan tidak tiga. Kita wajib menyertai Jamaah Islam yang melaksanakan misi amar makruf nahi mungkar berdasarkan wahyu dan sunnah. Kita wajib memberikan sepenuh komitmen kepada misi dan visi Jamaah Islam untuk menumpaskan golongan penyeru ke neraka Jahanam. Kita wajib istiqomah bersama Jamaah Islam walau apa pun risikonya, seperti sabda Nabi kepada Huzaifah “walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya, namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman)”.

Dalil 4:

Saiyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata:

لا اسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا امامة ولا امامة بلا طاعة

“Tiada Islam tanpa Jamaah, dan Jamaah tidak akan wujud tanpa kepimpinan, dan tidak wujud kepimpinan tanpa ketaatan.”

Kata-kata Saiyidina Umar ini merupakan penegasan yang kuat tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam. “Tiada Islam tanpa Jamaah” boleh difahami dengan dua maksud, iaitu:

1. Tak kan tertegak Islam itu sebagai sistem hidup ( نظام الحياة ) yang benar-benar membawa rahmat kepada seluruh alam melainkan ia diusahakan oleh umat Islam secara jamaie (berorganisasi).

2. Tidak diiktiraf keIslaman seseorang itu melainkan dia bersama dengan Jamaah Islam (organisasi umat Islam yang memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh).

Sama ada kita meyakini maksud yang pertama atau yang kedua, kesimpulannya tetap sama iaitu wajib atas setiap muslim dan muslimah agar menyertai Jamaah Islam.

Seterusnya, Rasulullah SAW turut mengingatkan kita tentang ancaman Allah terhadap orang yang enggan menyertai Jamaah Islam atau orang yang lari meninggalkan Jamaah.

Dalil 5:
من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلغ بربقة الاسلام من عنقه

“Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah, maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya.”
( Al-Hadith )
Keterangan Hadith :

Ancaman di dalam Hadith ini lebih jelas dan lebih berat lagi. Kengganan menyertai Jamaah Islam atau tindakan meninggalkan Jamaah dikaitkan secara langsung dengan status keIslaman seseorang. Islam seseorang itu sah sekiranya dia bersama Jamaah Islam dan memberikan komitmen kepada pelaksanaan kerja serta matlamat Jamaah itu. Sebaliknya seseorang itu dikira ‘tidak Islam’ sekiranya dia tidak bersama Jamaah Islam, apatah lagi jika dia berpendirian berlawanan dengan Jamaah dan menentang Jamaah Islam.

Dalil 6 dan 7 :

Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berulangkali mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersama-sama dengan Jamaah, dengan ungkapan sabdanya :
عليكم بالجماعة

“Hendaklah kamu bersama dengan jamaah”
( Al-Hadith )
عليكم بالجماعة والعامة والمسجد

“Hendaklah kamu bersama dengan Jamaah, mengambil berat urusan orang ramai dan mengimarahkan masjid”
( Al-Hadith )
Dalil 8 dan 9 :

اياكم والفرقة وعليكم بالجماعة فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين ابعد، من اراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة٠

“Janganlah kamu berpisah (daripada jamaah), dan hendaklah kamu bersama dengan jamaah (beriltizam), kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang menyendiri, manakala ia (syaitan) lebih menjauhkan diri daripada dua orang (yang bersama). Sesiapa yang inginkan kedudukan di tengah-tengah syurga, maka hendaklah ia beriltizam bersama jamaah.”

( Al-Hadith : riwayat Tirmizi, dalam Sunannya, 9:10 dari Hadith Ibnu Umar)

يد الله مع الجماعة

“Tangan (naungan, pertolongan dan keberkatan) Allah bersama dengan jamaah.”

( Al-Hadith : riwayat Tirmizi )

Dalil 10 :

وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠

“Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah.” Para Sahabat RA bertanya: “Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?” Baginda SAW menjawab: “(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim.”

( Al-Hadith : riwayat Ahmad )

وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠

“Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah.” Para Sahabat RA bertanya: “Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?” Baginda SAW menjawab: “(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim.”
( Al-Hadith : riwayat Ahmad )

Adab Mengkritik Kesilapan Ulama

Di sini saya terjemahkan penerangan Imam al-Nawawi di dalam karyanya al-Majmuk Syarah al-Muhazzab (jilid 1, muka surat 47 dan 48) mengenai akibat daripada tindakan sebilangan manusia yang menyakiti atau menghina ulama, seperti mana berikut:...... Fasal:Larangan Dan Ancaman Keras Bagi Sesiapa Yang Menyakiti dan Menghina Para Fuqaha’ Serta Gesaan Untuk Memuliakan Dan Mengagungkan Kehormatan Mereka  Firman Allah SWT bermaksud: Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.(Surah al-Hajj: Ayat 32).

Rabu, 10 Ogos 2011

Masjid Nabawi


SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH), SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:- 

" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi'li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud. 

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa 

"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan".
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:- 

"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani). 

Cerita Sujud:
Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT. 

1. SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH) 

Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat. 

Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula. 

Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi.
"Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya". 

Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan jika banyak kali adalah lebih baik. Maka dengan sebab itulah orang-orang yang bermazhab Syiah bersolat di atas bumi atau dengan membawa kemana-mana sapu tangan yang khas ada di atasnya tanah untuk lapik sujud. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15). 

Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT dan penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang" didalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna. 

Sayugia dilakukan setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT (Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung dan apabila ia merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu ia juga harus merasai dirinya itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah. 

Dengan sujud itu bererti telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu. 

Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. 

Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. 

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, "Subhana Rabbial- A'la wa-Bihamdih". 

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh)

Kedah La: Undang2 Murtad: UMNO LIDAH BERCABANG!!!

"2 KALI UNDANG-UNDANG MURTAD DICADANGKAN DI PARLIMEN OLEH PAS, UMNO YANG TOLAK KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Aki...":

Pakdoe Allan: SPR: PARTI PEMBANGKANG TERLIBAT BERSIH 2.0 SATU AL...

"S PR telah mengeluarkan kenyataan melalui pengerusinya mempertikaikan keikhlasan Bersih dalam tuntutan mereka. Keadaan ini dilihat satu perm...":

| Syukron atas kunjungannya | Zadanallah ilman wa hirsha -- -- Assalamu a'laykum waromatulloh wabarokatuh

| Syukron atas kunjungannya | Zadanallah ilman wa hirsha -- -- Assalamu a'laykum waromatulloh wabarokatuh

Isnin, 8 Ogos 2011

Misteri Kisah Baitulmaqdis dan Haikal Sulaiman | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud 'tempat yang aman untuk didiami'.

Yob Tualang Sekah: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain.....

"Asri berkata semua pihak tidak patut menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan. — Foto fail KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Prof...":

King Of Goblok: Najib di panggil Mahkamah.Soalnya.beranikah Najib?...

"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Mente...":

Yob Tualang Sekah: UMNO PINGGIR GURU AGAMA, DAP BELA GURU AGAMA..

Kesesatan Akidah Umno : Fahaman Kebangsaan dan Melayu Islam

Bukankah dalam hadis Rasulillahu menegaskan,: Barangsaiapa yang menegakkan kebangsaan dan mati kerna kebangsaan, matinya, mati jahiliyyhah.yakni. bukan sahaja jadi bodoh ; tetapi sesat dan hadis lain nabi tiada mengaku umat. Seluruh umat Islam hendaklah membuang Umno kerna menganut akidah sesat dan menyesatkan orang Melayu yang sudah Islam berpegang kepada Islam sebagai “ad-Deen” diubah kiblat oleh Umno kepada akidah baru ;iatiu fahaman kebangsaan Melayu yang dihiasi dengan “MelayuIslam” untuk menghalalkan perjuangan assobiyyah Melayu( Kebangsaan Melayu ).

Kerajasam Pas dan Dap Satu Penjelasan


2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untu
Terbitkan Catatan
k masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa  "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.