Jumaat, 20 November 2020

LARANGAN BENCI MEMBENCI ANTARA SATU SAMA LAIN

Daripada Abu Hurairah ( r.a ), Rasulullah SAW telah bersabda: “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tawar menawar harga yang lebih tinggi tanpa ada niat untuk membelinya, janganlah kamu saling benci-membenci….” ( Diriwayatkan oleh Muslim )

Takrif

Kebencian adalah satu perasaan tidak sukakan sesuatu atas sebab sesuatu yang buruk. Rasulullah SAW telah melarang kaum Muslimin dari benci-membenci sesama mereka yang bukan kerana Allah SWT, sebaliknya disebabkan hawa nafsu, lantaran kaum Muslimin itu adalah bersaudara yang saling berkasih sayang.

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”

( Surah al-Hujurat: 10 )

Rasulullah SAW bersabda:

“ Seorang muslim adalah saudara kepada muslim lainnya.”

( Diriwayatkan oleh Muslim )

Benci membenci terjadi di antara dua orang, sama ada berpunca dari satu pihak atau satu pihak yang lain. Jika membenci bukan kerana Allah SWT maka hukumnya adalah haram, Allah SWT berfirman, maksudnya:

“… wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman-teman setia…”

( Surah al-Mumthahanah: 1 )

Wajib ke atas setiap Muslim untuk menasihati dirinya sendiri dan berjaga-jaga terhadap rasa benci semata-mata kerana hawa nafsu dan persahabatan serta adat kebiasaan. Kerana semua ini menghalang terjadinya kebencian itu semata-mata kerana Allah SWT, bahkan termasuk ke dalam kategori marah yang diharamkan.

Pengharaman atas semua perkara yang menyebabkan permusuhan dan kebencian

Allah SWT mengharamkan ke atas orang-orang yang beriman setiap perkara yang menjatuhkan mereka atau menjerumuskan mereka ke dalam permusuhan dan kebencian, antaranya Allah SWT mengharamkan arak dan judi. firmanNya yang bermaksud:

“ Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran ( meminum ) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu ( dari mengerjakan pekerjaan itu ).”

( Surah al-Ma’idah: 91 )

Allah SWT juga mengharamkan menyebarkan “ namimah “ ( mengada-adakan cerita dan memfitnah orang lain ), justeru padanya wujud punca berputiknya permusuhan dan kebencian. Manakala Allah SWT memberi rukhsah ( kelonggaran ) untuk berdusta demi memperbaiki perhubungan antara sesama manusia. Allah SWT menggalakkan perbaikan hubungan sesame insan dan meninggalkan perpecahan.

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia ) memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia….”

( Surah an-Nisa’: 114 )

والله أعلم

semoga Bermanfaat…

Daripada Abu Hurairah ( r.a ), Rasulullah SAW telah bersabda:

“ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tawar menawar harga yang lebih tinggi tanpa ada niat untuk membelinya, janganlah kamu saling benci-membenci….”

( Diriwayatkan oleh Muslim )

Takrif

Kebencian adalah satu perasaan tidak sukakan sesuatu atas sebab sesuatu yang buruk. Rasulullah SAW telah melarang kaum Muslimin dari benci-membenci sesama mereka yang bukan kerana Allah SWT, sebaliknya disebabkan hawa nafsu, lantaran kaum Muslimin itu adalah bersaudara yang saling berkasih sayang.

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”

( Surah al-Hujurat: 10 )

Rasulullah SAW bersabda:

“ Seorang muslim adalah saudara kepada muslim lainnya.”

( Diriwayatkan oleh Muslim )

Benci membenci terjadi di antara dua orang, sama ada berpunca dari satu pihak atau satu pihak yang lain. Jika membenci bukan kerana Allah SWT maka hukumnya adalah haram, Allah SWT berfirman, maksudnya:

“… wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman-teman setia…”

( Surah al-Mumthahanah: 1 )

Wajib ke atas setiap Muslim untuk menasihati dirinya sendiri dan berjaga-jaga terhadap rasa benci semata-mata kerana hawa nafsu dan persahabatan serta adat kebiasaan. Kerana semua ini menghalang terjadinya kebencian itu semata-mata kerana Allah SWT, bahkan termasuk ke dalam kategori marah yang diharamkan.

Pengharaman atas semua perkara yang menyebabkan permusuhan dan kebencian

Allah SWT mengharamkan ke atas orang-orang yang beriman setiap perkara yang menjatuhkan mereka atau menjerumuskan mereka ke dalam permusuhan dan kebencian, antaranya Allah SWT mengharamkan arak dan judi. firmanNya yan bermaksud: