1. Begitu bersungguh DAP menolak Kempen Mengutamakan Produk Muslim sehinggakan Ketua Pemuda DAP menyeru kaum Muslim supaya meneladani Rasulullah. Tindakan ini benar-benar memperlihatkan wajah DAP sebagai penunggang agama sebenar.
2. Ketika Rasulullah dihina, sebahagian mereka beriya mempertahankan pesalah yang menghina Nabi umat Islam. Sehingga Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman terhadap penghina Nabi tersebut adalah terlalu berat.
3. Rasulullah adalah peribadi yang cintakan perpaduan Muslim. Namun perpaduan Muslim ini dibenci DAP. YB Nga Kor Ming pernah menyifatkan kerjasama kesatuan umat Islam sebagai tindakan menuju ke arah kerajaan Taliban.
4. Rasulullah adalah pemimpin yang menyekat ruang dan pintu maksiat. Namun perkara ini tidak digemari oleh DAP. YB Nga Kor Ming menyifatkan dasar penutupan wayang di Kelantan yang dimulakan oleh TG Nik Abdul Aziz bagi mengawal maksiat sebagai langkah mundur malah menyifatkan sebagai Taliban.
5. Rasulullah adalah pejuang yang membersihkan ummah dari penyelewengan akidah. Anehnya DAP membantu pula kumpulan yang menyesatkan umat Islam. YB Hannah Yeoh direkodkan pernah menyumbangkan peruntukan wang kepada Sisters in Islam, gerakan Liberal yang telah difatwakan sesat oleh Fatwa Selangor.
6. Bahkan perkahwinan Rasulullah dengan Aisyah pernah dijadikan perlian oleh YB DAP. YB Batu Kawan dalam satu coretan di dalam Facebook memerli Kelantan dengan menyatakan seolah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan dan ia seakan secara tidak langsung terkait dengan peribadi Baginda Nabi.
6. Kalau benar DAP mengajak Muslim meneladani Rasulullah, mengapa mereka membenci perpaduan Muslim yang diperjuangkan Rasulullah? Mengapa DAP mempertahankan orang yang menghina Rasulullah? Mengapa DAP membantu golongan yang menyesatkan umat Islam? Adakah mereka mempermainkan Rasulullah dan ajaran Islam?
Semoga Allah membimbing kita
Dr. Ahmad Sanusi Azmi