Jumaat, 19 April 2019

HUKUM PEGUAM MEMBELA KES YANG SALAH ATAU ZALIM?

Oleh:
Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Dr MAZA)

Mufti Negeri Perlis

Ada beberapa peguam bertanya saya mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu sebenarnya pihak yang dibela itu berada di pihak yang salah ataupun zalim. Namun, dengan kepakaran atau kepandaian peguam di sudut teknikal, mereka membela kes-kes tersebut kerana upah guaman yang dibayar. Apakah kedudukan mereka dalam hal ini. Berikut adalah jawapan saya;

1. Menjadi prinsip Islam, menyuruh kita membela yang benar dan mengharamkan kita membela yang salah ataupun yang dosa. Kebenaran dan kesalahan itu diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut. Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.

2. Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah, atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya, atau sikapnya yang tidak adil maka dia berdosa. Seseorang itu di samping ilmu yang dimiliki, dia hendaklah bertakwa kepada Allah dengan bertanya dirinya apakah tindakan membela atau menentang dalam sesuatu kes itu diredhai oleh Allah.

3. Atas asas ini, maka seseorang peguam patut menilai kes-kes yang dia ambil untuk dibela. Jika kes yang seorang peguam itu ambil pada keyakinannya berada di pihak yang benar, maka tindakannya itu diterima dan berpahala di sisi syarak. Jika dia tahu bahawa kes itu berada di pihak yang salah tetapi dia membelanya atas bayaran anak guamnya, maka itu adalah dosa dan wang guaman itu merupakan rezeki yang haram. Dosa wang yang diambil itu lebih buruk dari pelacur kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain.

4. Al-Quran dalam Surah al-Nisa ayat 105 mengingatkan kita agar adil dan jangan membela golongan yang khianat dalam hal ini:

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيما

(maksudnya) Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah tunjukkan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela orang-orang yang khianat.

5. Nabi s.a.w menyebut dalam hadis tentang mereka yang memenangi kes kerana kepetahan hujah padahal berada di pihak yang salah:

وَإِنَّكُمْ تَخْتَصِمُونَ إِلَيَّ وَلَعَلَّ بَعْضَكُمْ أَنْ يَكُونَ أَلْحَنَ بِحُجَّتِهِ مِنْ بَعْضٍ وَأَقْضِيَ لَهُ عَلَى نَحْوِ مَا أَسْمَعُ فَمَنْ قَضَيْتُ لَهُ مِنْ حَقِّ أَخِيهِ شَيْئًا فَلَا يَأْخُذْ فَإِنَّمَا أَقْطَعُ لَهُ قِطْعَةً مِنْ النَّارِ

"Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bayangkan, jika kemenangan itu diberikan oleh Nabi s.a.w atas kepandaian dan kepetahan hujah di hadapan penghakiman baginda tetap dihukum neraka, apatah lagi kes-kes yang dimenangkan oleh hakim-hakim selain Nabi s.a.w. Ini kerana mahkamah sebenar ialah di akhirat kelak. Segala kes akan dibicarakan semula dengan seadil-adilnya.

6. Cenderung jiwa kepada golongan yang zalim merupakan satu dosa dan membawa kepada neraka. Apatahlagi menyediakan hujah dan bertindak membela perbuatan yang zalim. Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

(maksudnya) “Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan tiada bagi kamu pelindung-pelindung selain Allah dan kamu tidak akan ditolong”

Maka tindakan para peguam yang membela kes-kes yang mereka tahu zalim atau salah, merupakan perbuatan yang membawa kepada neraka.

7. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang lain:

مَنْ أَعَانَ عَلَى خُصُومَةٍ بِظُلْمٍ، أَوْ يُعِينُ عَلَى ظُلْمٍ، لَمْ يَزَلْ فِي سَخَطِ اللَّهِ حَتَّى يَنْزِعَ

Sesiapa yang menolong sesuatu pertelingkahan dengan cara yang zalim, atau menolong atas satu kezaliman maka dia sentiasa dalam kemurkaan Allah sehingga dia meninggalkannya (bertaubat).

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah -lafaz di atas lafaz Ibn Majah-, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Al-Hakim menilai sahih ini sebagai sahih, disetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menilai sebagai sahih)

Hadis ini jelas menyatakan menolong pihak yang batil atau zalim dengan penghujahan yang batil atau zalim menyebabkan kemurkaan Allah. Hanya taubat yang dapat menghilangkan kemurkaan itu. Jika penghujahan itu telah menyebabkan kezaliman kepada pihak yang lain, maka hendaklah peguam itu memohon kemaafan pada pihak yang dizalimi. Ini kerana syarat taubat yang membabit kezaliman kepada pihak lain ialah dengan memohon maaf atau meminta halal.

8. Segala pendapatan yang diperolehi untuk membela kes-kes yang diketahui salah atau batil atau zalim adalah pendapatan yang haram. Janji Allah kepada mereka seperti yang disebut dalam hadis Nabi s.a.w riwayat al-Imam al-Bukhari:

إِنَّ رِجَالًا يَتَخَوَّضُونَ فِي مَالِ اللَّهِ بِغَيْرِ حَقٍّ، فَلَهُمُ النَّارُ يَوْمَ القِيَامَةِ

“Sesungguhnya lelaki-lelaki yang terlibat dengan harta Allah tanpa cara yang benar, maka bagi mereka itu nereka pada Hari Kiamat”

9. Maka, para peguam hendaklah sentiasa ingat akan perintah Allah dalam al-Quran yang melarang tolong menolong dalam dosa dan permusuhan. Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

(maksudnya) “Dan bertolong menolonglah atas kebaikan dan takwa. Jangan kamu tolong menolong atas dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras balasanNYA”.

10. Para peguam hendaklah ingat, sesungguhnya pembelaan yang batil itu mungkin memenangkan pihak yang diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang. Kezaliman itu akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang zalim akan memburu para orang yang zalim. Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah masih ada kehidupan peguam itu sendiri. Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain.

Selasa, 9 April 2019

Berubahlah Melayu

Oleh: AZMAN HUSSIN

SEBENARNYA tahap celik politik sebahagian daripada anda sebagai orang-orang Melayu begitu teruk.

Anda seolah-olah tidak dapat membaca apa yang sedang dan akan berlaku dalam politik Malaysia hari ini.

Seumpama anda hampir tenggelam lemas, tetapi anda masih tidak menyedarinya. Ia sepatutnya perkara yang mudah difahami tanpa perlu diperjelaskan lagi.

Contohnya, tindakan-tindakan Dr Mahathir mutakhir ini. Ia sepatutnya tidak perlu diperjelaskan lagi jika anda memiliki akal yang sihat.

Adakah perlu dijelaskan lagi bagaimana beliau telah berubah prinsip?

Anda mungkin berkata beliau mahu menyelamatkan negara.

Logiknya, adakah menyelamatkan negara dengan cara bersekongkol dengan DAP?

Kita tidak boleh mendakwa kita berniat melakukan kebaikan, sedangkan tindakan kita membawa kepada keburukan.

Beliau dihormati dan disokong kerana prinsip dan perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanahair. Tetapi apabila beliau berpaling daripada prinsip-prinsip itu, adakah kita patut mengikuti beliau lagi?

Adakah prinsip-prinsip itu yang perlu ditentang untuk menyesuaikan dengan tindakan beliau hari ini?

Sudah tentulah tidak.

Apabila diterangkan berkenaan bahaya DAP, iaitu apa perjuangan dan agenda DAP, anda menganggap itu satu propaganda dan perang saraf murahan untuk menakut-nakutkan rakyat agar terus menyokong Barisan Nasional.

Apa yang akan anda katakan?

Anda berkata, adakah DAP yang menjual negara selama ini? Tentulah soalan ini tidak dapat dijawab kerana DAP belum pernah memerintah negara, setakat Pulau Pinang.

Kita tidak boleh membandingkan dua keadaan yang berbeza. Jika benar pun UMNO menjual negara, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk menafikan bahaya DAP. Ia dua konteks yang berbeza.

Anda akan berkata lagi, bagaimana dengan MCA? Bukankah MCA juga selalu bersikap keras dalam hal-hal berkaitan orang-orang Melayu-Islam?

Soalan ini nampak benar.

Tetapi, ia sekadar suara burung kakak tua yang mengajuk percakapan orang, sedangkan ia sendiri tidak faham apa maksudnya.

Ya, anda seolah-olah tidak faham bahawa MCA berada di bawah kuasa UMNO yang mengetuai Barisan Nasional (lantaran itulah majority orang-orang Cina tidak lagi menyokong MCA).

Dan, adakah sama keadaan ini dengan DAP yang mengawal dan mendominasi Pakatan Harapan?

Anda tidak dapat memahami bagaimana pilihanraya ini sedang dimanipulasi oleh DAP untuk menguasai negara ini.

Apakah salahnya DAP?

Soalan ini seolah-olah anda langsung buta pada perjuangan dan agenda DAP ke atas negara.

Ambil contoh, DAP mahu menyamaratakan semua bangsa.

Apa yang anda fahami daripada pernyataan ini?

Jika anda tidak tahu, biar saya terangkan. Maksudnya secara tersirat adalah DAP akan menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Fikirlah apa risiko-risikonya ke atas orang-orang Melayu dan negara ini jika ia berlaku.

Sebaliknya, anda berkata DAP tidak mempunyai kerusi yang cukup untuk menguasai kerajaan baru Pakatan Harapan.

Anda silap. DAP tidak perlu memiliki kerusi parlimen terbanyak dalam Pakatan Harapan untuk menguasai kerajaan. Cukuplah jika Barisan Nasional tumbang.

Dengan mengemukakan tuntutan-tuntutan dan mengugut untuk keluar daripada kerajaan jika tuntutan-tuntutan itu tidak dipenuhi, bukankah itu sudah bermakna DAP menguasai kerajaan?

Malangnya, pada PRU13 kerusi parlimen pembangkang yang terbanyak adalah kerusi DAP. Ini lebih memungkinkan DAP paling berkuasa.

Bahkan sebagai contoh terkini, Selangor memerintah dengan kawalan DAP, dan Perak juga pernah memiliki kerajaan boneka DAP.

Pilihanraya bagi anda adalah perkara biasa. Jika kerajaan sedia ada kalah, kerajaan baru pula mentadbir.

Isu-isu yang anda bawa adalah remeh-temeh sehingga mengabaikan isu pokok yang lebih besar.

Anda fikir jika kerajaan baru tidak berkhidmat dengan baik, PRU akan datang, tukarlah semula.

Sesingkat itu anda berfikir. Anda begitu cetek memahami politik. Seolah-olah anda hanya memikirkan berkenaan perut anda semata-mata dan memuaskan apa kehendak-kehendak anda, sedangkan anda tidak melihat kesan daripada pertukaran kerajaan.

Pemikiran politik anda adalah tidak realistik. Anda mengharapkan dengan menukar kerajaan, harga barang akan turun.

Jika anda berfikir, mengundi adalah untuk menghapuskan GST atau menurunkan harga barang, itu semuanya silap.

Anda mengulang-ngulang berkenaan GST. Berapa banyakkah anda bayar GST sehari sebenarnya?

Apakah harapan anda ketika mengundi?

Adakah anda mengharapkan harga barang-barang menjadi murah?

Jika anda fikir begitu, ia adalah suatu kesilapan dan kekeliruan. Tidak ada negara yang dapat menetapkan harga semua barang. Ia bergantung kepada permintaan dan penawaran. Harga ditentukan oleh pasaran. Ia tidaklah sepenuhnya berkaitan dengan politik.

Di negara-negara maju lain, adakah isu harga barang dijadikan topik dalam kempen pilihanraya mereka?

Hapuskan GST harga barang akan turun?

Logiknya, semua negara di dunia ini mempunyai cukai seperti ini. jika tidak ada cukai GST, bagaimanakah kerajaan baru akan menguruskan negara? Dari manakah mereka akan mendapatkan sumber kewangan?

Jadi, kembali kepada SST sebanyak 10%?

Semua ini adalah cakap-cakap yang merepek.

Jika ada parti-parti politik membicarakan isu-isu ini, ia hanya bermaksud mengelirukan dan kemudian meraih sokongan anda agar mengundi mereka. Sebenarnya, apa yang ingin saya katakan adalah, pembangkang hanyalah mahu memanipulasi anda agar memilih mereka.

Kehidupan anda tidak akan berubah jika kerajaan bertukar kerana isu-isu yang dibawa oleh mereka adalah tidak realistik. Ia hanyalah untuk mempengaruhi pemikiran anda yang tidak mahu berfikir secara mendalam.

Bahkan, apa yang paling ditakuti adalah keadaan huru-hara dan ketidakstabilan mungkin akan berlaku apabila Pakatan Harapan berkuasa.

Orang yang waras tentu mengakui kerjasama parti-parti dalam Pakatan hanyalah sementara dan bukan atas asas-asas yang kukuh.

Melihat keadaan hari ini, persamaan pembangkanglah hanyalah matlamat sementara mereka, iaitu menumbangkan kerajaan. Selain itu mereka tidak ada banyak persamaan. Mereka hanya saling mengeksploitasi sesama mereka.

Tidak ada ketua yang jelas dalam pimpinan mereka. Persepakatan politik mereka hanyalah atas kepentingan bersama, bukan untuk rakyat dan negara.

Di saat-saat bangsa lain mengundi untuk kepentingan dan kelangsungan bangsa mereka, anda masih lagi terkepung dalam pemikiran sempit, yang mengharapkan harga barang murah, GST dihapuskan, subsidi dan perkara-perkara lain yang percuma.

Malangnya, semua perkara itu adalah tidak realistik untuk diharapkan.

Apabila orang menyarankan perkara-perkara seperti ini sudah tentu dia akan dianggap menerima bayaran untuk menjalankan kempen menyokong kerajaan.

Tetapi, cubalah berfikir sedikit dengan membuang prasangka dan fahaman politik anda, adakah perkara-perkara yang saya katakan ini salah atau penipuan.

Berubahlah dirimu, Melayu; bukannya melakukan perubahan.

Rujukan:
https://www.mysuara.net/berita/berubahlah-melayu/

Rabu, 3 April 2019

Dari fail SPRM dan meja RPK

Mohon jasa baik netizen untuk viralkan supaya yang hak itu jelas  hak dan yang batil itu nampak batil agar kita tidak memiliki saham menyebarkan fitnah, malah punya saham mencegah yang Munkar dan mengajak kepada kebaikan.

*Dari fail SPRM dan meja RPK*

First: The MAC has confirmed that Rameli Musa did, in fact, pay Clare Rewcastle Brown RM1.4 million.

🖍Pertama: SPRM telah mengesahkan bahawa sebenarnya Rameli Musa yang membayar Clare Rewcastle Brown RM1.4 juta.

Second: The MACC has confirmed that Rameli signed the RM1.4 million cheque in front of lawyer Americk Singh Sidhu.

🖍Kedua: SPRM telah mengesahkan sesungguhnya Rameli Musa yang tanda tangan cek RM1.4 juta di hadapan peguam Americk Singh Sidhu.

Third: The MACC has confirmed that Americk witnessed Rameli signing the RM1.4 million cheque and has, in fact, admitted that he witnesses Rameli signing the cheque.

🖍Ketiga: SPRM telah mengesahkan bahawa  Americk menyaksikan Rameli menandatangan cek RM1.4 juta dan sesungguhnya
Americk mengaku yang dia menyaksikan cek berkenaan ditanda tangan.

Fourth: The MACC has confirmed that Americk prepared the agreement between Clare and Rameli stating that the RM1.4 million is an out-of-court settlement on the civil suit between PAS President Abdul Hadi Awang and Clare in a London court.

🖍Keempat: SPRM telah mengesahkan bahawa Americk yang menyediakan surat perjanjian antara Clare dan Rameli yang menyatakan RM1.4 juta adalah untuk penyelesaian di luar mahkamah kes sivil antara Presiden PAS dengan Clare di mahkamah London.

Fifth: The MACC has confirmed that the purpose of this agreement between Rameli and Clare was so that they can get Bank Negara's approval to bring the RM1.4 million out of Malaysia and to show the British authorities when Clare brings the money into the UK to avoid any complications with the tax office.

🖍Kelima: SPRM telah mengesahkan bahawa tujuan perjanjian antara Rameli dan Clare adalah supaya mereka mendapat kebenaran dari Bank Negara Malaysia  bagi membawa keluar RM1.4 juta DAN menunjukkan kepada pihak berkuasa UK bagi mengelak masalah dengan Jabatan Cukai.

Sixth: The MACC has confirmed that the instructions to prepare that agreement for Rameli and Clare to sign came from Clare.

🖍Keenam: SPRM telah mengesahkan yang Clare sendiri memberi arahan untuk menyediakan surat perjanjian antara Rameli  dengan dia.

Seventh: The MACC has confirmed that Hadi never met Americk and that at all times Americk dealt with only Rameli and Clare.

🖍Ketujuh: SPRM telah mengesahkan Hadi tidak pernah berjumpa dengan Americk dan di semua keadaan Americk hanya berurusan dengan Rameli dan Clare.

Eight: The MACC has confirmed that Hadi was not a party or a signatory to the agreement that Rameli and Clare signed.

🖍Kelapan: SPRM mengesahkan Hadi bukan pihak yang terlibat atau menjadi penandatangan perjanjian antara Rameli dan Clare.

Nine: The MACC has confirmed that they have sighted the out-of-court settlement agreement between Hadi and Clare and it states there are no costs involved.

🖍Kesembilan: SPRM mengesahkan telah memeriksa surat perjanjian penyelesaian luar mahkmah antara Hadi dan Clare dan surat perjanjian itu menyatakan tiada kos terlibat.

Ten: The MACC has confirmed that the only crime that has been committed is the crime of falsely declaring the RM1.4 million as an out-of-court settlement to obtain approval from Bank Negara to bring the money out of Malaysia and to declare to the British authorities that the money is not income or profits.

🖍Kesepuluh: SPRM telah mengesahkan bahawa jenayah yang telah dilakukan ialah memalsukan pengisytiharan RM1.4 juta sebagai penyelesaian luar mahkamah, padahal ianya bertujuan untuk mendapat kebenaran dari Bank Negara  membawa wang keluar dari Malaysia serta sebagai pengisytiharan kepada pihak berkuasa yang wang berkenaan bukan pendapatan atau keuntungan.

Eleven: The MACC has confirmed that Hadi has not committed any crime or is involved in the crime of falsely declaring the RM1.4 million as an out-of-court settlement to obtain approval from Bank Negara to bring the money out of Malaysia and to declare to the British authorities that the money is not income or profits.

🖍Kesebelas: SPRM telah mengesahkan bahawa Hadi tidak melakukan jenayah atau terlibat dengan memalsukan pengisytiharan
RM1.4 juta sebagai penyelesaian luar mahkamah, padahal ianya bertujuan untuk mendapat kebenaran dari Bank Negara  membawa wang keluar dari Malaysia serta sebagai pengisytiharan kepada pihak berkuasa yang wang berkenaan bukan pendapatan atau keuntungan.

Twelve: The MACC has confirmed that they have found no evidence that Najib Tun Razak paid Hadi and/or other PAS leaders RM90 million and hence the RM1.4 million cannot be linked to the RM90 million.

🖍Keduabelas: SPRM telah mengesahkan
bahawa SPRM tidak mendapati sebarang bukti yang Najib Tun Razak telah membayar Hadi dan/atau pemimpin PAS RM90 juta maka yang demikian RM1.4 juta tidak boleh dikaitkan dengan RM90 juta.

Thirteen: The MACC has confirmed that there is no basis for arresting and prosecuting Hadi for either the RM90 million or the RM1.4 million and that any case they wish to pursue will be thrown out of court.

🖍Ketigabelas: SPRM telah mengesahkan bahawa tiada asas untuk menahan atau mendakwa Hadi di mahkamah sama ada kerana RM90 juta atau kes RM1.4 juta dan sebarang kes selanjutnya bakal digugurkan oleh mahkamah.

Fourteen: The MACC has recommended that no further action (NFA) can be taken or is required.

🖍Keempatbelas: SPRM telah mencadangkan "tiada tindakan selanjutnya"  diambil atau diperlukan.

Fifteen: The MACC has recommended that an announcement be made confirming that the case be marked NFA because the evidence is not conclusive rather than announce they have found nothing.

🖍Kelimabelas: SPRM telah mencadangkan suatu pengumuman  pengesahan kes RM90 juta dan kes RM1.4 juta sebagai NFA (no further action) dibuat sebab bukti tidak meyakinkan bukan sekadar mengumumkan tidak mendapati bukti.

Sumber
https://www.malaysia-today.net/2019/03/27/rameli-musas-rm1-4-million-angpow-to-clare-brown-what-did-the-macc-discover/q