Ahad, 31 Disember 2017

PAS akan terus berlayar di lautan persada dakwah dan politik Malaysia

Kalau PAS Betul, Kenapa Ada Yang Keluar?

Berada dalam PAS yang dipenuhi dengan program Tarbiyyah sangat mendidik dan membentuk jiwa agar sentiasa sedia berkorban demi Islam, sama ada dalam keadaan susah dan senang, kedua situasi tersebut tidak pernah menjadi penghalang untuk menjadi penolong kepada agama Allah SWT.

Para amilin PAS  begitu bersemangat untuk hadir dengan harapan agar program anjuran PAS
berjaya dan juga sebagai tanda sokongan kepada PAS dan kepimpinannya tanpa berbelah bagi. Tiada manusia yang sanggup berpenat lelah secara percuma, melainkan jika ada impaknya, sama ada dunia mahupun Akhirat.

Mereka datang tanpa dibayar, malahan merekalah yang membayar, sejak dulu sehingga kini, itu lah PAS, yang telah berjaya mendidik ahlinya untuk berkorban demi Islam, tiada lain yang diharapkan kecuali untuk melihat PAS terus berkembang dan terus berkembang sehingga satu tahap yang melayakkan PAS untuk memerintah dengan hukum Allah SWT, apabila masanya, hanya Allah SWT yang tahu.

Namun apa yang dapat dilihat, PAS kini telah menjadi sebuah jamaah yang kuat dan ramai dan memiliki pengikut yang tegar berjuang demi dasar Islamnya, sukar untuk digugat oleh segala bentuk fitnah yang cuba untuk meruntuhkannya.

Seorang yang dianggap pakar oreantalis barat dari Belanda, Dr Snouck Hurgronje yang lahir pada 1857, ketika mana tanah jajahan Belanda iaitu Hindia Belanda ataupun Indonesia sering mendapat tentangan daripada pejuang dari Acheh.

Acheh yang terkenal sebagai Serambi Mekah, yang ramai para ulama dan ketumbuhan serambi ilmunya dipelosok bumi Acheh, mereka bangun menentang penjajahan Belanda, kesukaran tunduk kepada penjajah ini dicetuskan oleh semangat jihad yang dicetuskan oleh para ulama dan ilmunya.

Dr Snouck Hurgronje yang mahir dengan Ilmu Islam telah menulis, "Kekuatan yang ada pada umat Islam di Acheh adalah kerana al-Quran yang berada di dalam dada mereka, itu adalah senjata paling tajam yang dimiliki mereka, jika senjata itu hilang daripada dada mereka, nescaya mereka akan menjadi seorang Belanda".

Begitulah juga dengan PAS, kebanyakan orang menyokong PAS kerana Islam, dalil perjuangan ini diambil daripada al-Quran dan Hadis, juga dari kalam para ulama, setiap inci perjalanan parti dan juga sebarang keputusan semuanya disandarkan kepada al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias para Ulama.

Nak buang semua ni dari dada orang PAS yang telah terdidik sejak dulu, bukannya semudah menukar warna pakaian, walaupun ada yang keluar, ia digantikan oleh Allah SWT dengan lebih ramai. Ada yang bertanya, "Ustaz, kalau PAS betul, kenapa ada orang keluar PAS?" Saya menjawab dalam bentuk pertanyaan, "Apakah kita boleh menganggap Islam itu tidak betul, apabila ada orang yang keluar dari Islam?" Dia tidak menjawabnya.

Tidak betul kita menghukum Islam itu tidak betul, jika ada penganutnya berbuat salah, begitulah juga dengan PAS, tidak betul tindakan menghukum PAS jika kita tidak bersetuju dengan individu di dalam PAS.

Selagi Islam menjadi dasar PAS, selagi para ulama bersama PAS, selagi al-Quran dan Hadis mengalir di dalam jiwa ahli dan penyong PAS, selagi ahli PAS terus mendapat tarbiyyah, selagi ahli PAS sentiasa berada di dalam majlis ilmu, selagi ada manusia yang mencintai Islam, selagi itulah mereka yang cinta kepada Islam akan terus mencintai perjuangan PAS.

Insya-Allah, selagi itulah juga bahtera PAS akan terus berlayar di lautan persada dakwah dan politik Malaysia dan sanggup meredah gelombang fitnah dan Istiqamah hingga kemenangan, sama ada di dunia mahupun Akhirat.

MENJAWAB FITNAH-FITNAH TERBARU TUN DR MAHATHIR MENGENAI PERISTIWA MEMALI

Di dalam ucapan penggulungan beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menyebut:

“Saya tertarik dengan ucapan daripada (perwakilan) Kelantan. Baru dia sedar bahawa PAS itu jual agama, bukan Parti Islam, dia parti yang memperalatkan Islam.

Saya ingin bertanya kepada Mufti-Mufti yang menjadi penasihat kepada Raja kita, apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapakah Mufti-Mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? Mereka berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka setuju, setuju dengan pendapat Parti PAS ini.

Kalau mereka setuju dengan pendapat Parti PAS, mereka tidak masuk Parti PAS, maka Mufti-Mufti kita juga kafir, dan orang yang dinasihati oleh Mufti-Mufti kita juga kafir. Tapi tak berani siapa cakap, senyap seribu bahasa sampaikan Amanat Hadi dikeluarkan dan pengikut-pengikutnya, Ibrahim Libya, merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan.

Apa yang kita lihat ialah Peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir. Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan oleh orang politik yang tidak ditangkis oleh Mufti-Mufti. Saya fikir Mufti-Mufti patutlah bertanggungjawab. Kenapa berlakunya Peristiwa Memali? Ianya tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi Mufti-Mufti mencabar.

Kenapakah Amanat Hadi tidak disangkal oleh mereka?”

Secara ringkasnya, melalui ucapan beliau ini, Tun Dr Mahathir telah:

(1) Memfitnah PAS “dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS (termasuk Mufti-Mufti dan Raja-Raja) adalah kafir”.

(2) Memfitnah “Ibrahim Libya merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan”.

(3) Memfitnah “pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir”.

(4) Memfitnah Mufti-Mufti dengan mendakwa bahawa mereka, bukan beliau, bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali.

Suka saya tegaskan bahawa sepanjang penelitian menyeluruh saya, sebagai pengkaji PAS, ke atas dokumen-dokumen, kenyataan-kenyataan dan ucapan-ucapan PAS dan pemimpin PAS selama ini, tidak pernah saya temui mana-mana dakwaan yang dibuat oleh PAS atau pemimpin PAS bahawa “orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir”.

Jika Tun Dr Mahathir bertanggungjawab, beliau sepatutnya memberikan bukti spesifik bila, siapa dan di mana wujudnya dakwaan sebegini jika beliau tidak mahu dikatakan berbohong.

Jika yang mahu dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa yang mengkafirkan “orang yang tidak menyertai PAS” ini adalah “Amanat Haji Hadi” maka ia jelas adalah satu pembohongan kerana apa yang terkandung di dalam “Amanat Haji Hadi” hanyalah ayat “kita menjadi kafir dengan mengatakan agama suku politik suku” sahaja.

Jika pengikut Tun Dr Mahathir tidak menerima pandangan saya maka mereka boleh sahaja merujukkan kepada Dr Maszlee Malik, seorang pengkagum Tun Dr Mahathir, yang pernah menulis pada 1 Januari 2013 bahawa beliau “tidak nampak ada isu mengkafirkan UMNO dalam Amanat Haji Hadi”.

Tindakan Tun Dr Mahathir memfitnah PAS “dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS (termasuk Mufti-Mufti dan Raja-Raja) adalah kafir” adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilihat cuba melaga-lagakan PAS dengan Mufti-Mufti dan Raja-Raja kerana tidak pernah dalam sejarahnya PAS mengkafirkan Mufti-Mufti dan Raja-Raja. Cubaan mengheret Mufti-Mufti dan Raja-Raja di dalam isu politik ini, khusus bagi membolehkan PAS dihentam, adalah satu perbuatan yang sangat tidak sihat, apatah lagi bila yang bermasalah dengan Mufti-Mufti dan Raja-Raja bukanlah PAS, tetapi Tun Dr Mahathir.

Tindakan Tun Dr Mahathir memfitnah “Ibrahim Libya merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan” juga adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana ia tidak disertakan sebarang bukti. Malah, OCPD Baling waktu Peristiwa Memali ini berlaku, iaitu Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim, telah menulis di dalam buku “Memali: A Policeman Remembers” bahawa Ibrahim Libya bukan seorang penjenayah dan bukan seorang pengganas komunis (“was not a criminal nor was he a communist terrorist”) tetapi adalah seorang ahli politik yang dihormati dan seorang pemimpin agama yang disanjungi (“a respected politician and revered religious leader”).

Surat Ketua Polis Kedah/Perlis kepada Ketua Polis Negara pada waktu itu juga menyebut bahawa “sasaran (Ibrahim Libya) bukanlah ‘criminal fugitive’ yang mesti ditangkap dengan apa cara dan kekerasan beserta dengan ‘harbourer’nya yang sama bersalah, tetapi sasaran adalah sasaran politik yang sudah tidak lagi ada pengaruh dan tidak boleh bergiat lagi di luar kawasan rumah yang lebih terseksa daripada orang yang kena sekatan tempat kediaman”.

Tindakan Tun Dr Mahathir memfitnah “pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir” pula adalah jelas satu tuduhan liar yang turut tidak disertakan sebarang bukti. Soal siapa yang memulakan tembakan dan atas motif apa, serta siapa yang bunuh empat orang polis dan atas motif apa, adalah isu-isu yang memerlukan kepada wujudnya suruhanjaya siasatan diraja.

Tindakan Tun Dr Mahathir memfitnah Mufti-Mufti dengan mendakwa bahawa mereka, bukan beliau, bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali juga adalah jelas satu lagi tuduhan liar yang merupakan satu tindakan untuk melepaskan tanggungjawab ke atasnya.

Bahawa pihak polis tidak bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali ini juga tergambar di dalam buku Tunku Muszaffar Shah itu yang menyebut cubaan menangkap Ibrahim Libya di kampung beliau sendiri (Kampung Memali) adalah tindakan bodoh (“had been foolhardy”) dan bukan satu langkah yang baik (“was not a wise move").

Begitu juga dengan surat Ketua Polis Kedah/Perlis itu yang menyebut bahawa “tindakan lanjut terhadap sasaran (Ibrahim Libya) perlulah dirancang dengan penuh kebijaksanaan supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali’ dan kesan-kesan negatif tidak dipikul oleh polis serta tidak mendatangkan sebarang ancaman keselamatan” dan yang hanya mengesyorkan supaya “sasaran (Ibrahim Libya) ditangkap bila dia keluar dari kawasan rumahnya di tempat dan masa yang sesuai yang tidak mendatangkan huru-hara atau pertumpahan darah”.

Sangatlah tidak munasabah bahawa Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada waktu berlakunya Peristiwa Memali tidak terlibat di dalam insiden ini kerana beliau sendiri pernah mendedahkan, dalam satu majlis tertutup dengan pemimpin tempatan di Kuala Terengganu pada 26 Ogos 2017, bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sepatutnya telah ditahan di bawah ISA selepas berlakunya Peristiwa Memali, malah Tun Dr Mahathir sendiri telah direkodkan memberikan amaran untuk menahan Datuk Seri Abdul Hadi (lihat umpamanya “Amaran kepada pengikut PAS di Rusila”, dlm. Berita Harian, 31 Januari 1986).

Malah, dalam sidang Dewan Rakyat pada 25 Mac 2002, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, menyatakan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika Peristiwa Memali berlaku, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, pernah mendedahkan bahawa “arahan untuk operasi serangan (terhadap Ibrahim Libya di Memali) itu dibuat secara direct, terus oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kepada pihak yang berkuasa”.

Kenapa sehingga sekarang Tun Dr Mahathir gagal memberikan sebarang maklum-balas kepada dakwaan Datuk Mahfuz dan Tan Sri Mohd Radzi bahawa beliaulah yang sebenarnya memberikan arahan untuk operasi serangan terhadap Ibrahim Libya di Memali ini?

Dr Kamarul Zaman Yusoff
31 Disember 2017

Sabtu, 30 Disember 2017

Kewajipan Berjemaah

Hadis Nabi s.a.w :
“Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang islam, maka dia bukan daripada mereka. ” (Riwayat At-Tabarani)

Islam bukan sekadar dibibir tapi juga harus dengan perbuatan, islam bukan datang dan pergi sebagaimana ideologi-ideologi manusia tapi islam datang dan kekal sehingga Kiamat.

Dalam kitab “ Bustanul ‘Arifin “ karangan Imam An-Nawawi pada Hadis ke dua puluh dua, ertinya:

“ Daripada Abu Zarr dan Muaz radhiyallahu ‘anhuma, daripada asulullah s.a.w, Baginda bersabda : “Bertakwalah kamu akan Allah Ta’ala dimana sahaja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikkan nescaya ia menghapuskan akan dosa kejahatan itu, dan bergaullah akan manusia dengan akhlak yang baik. ” (Riwayat At-Tarmzi)( hadis ini hadis hasan)

Berakhlak baik dengan manusia itu juga merupakan dakwah yang harus dilaksanakan dalam kehidupan seorang muslim, dan bukan kah berakhlak baik juga merupakan dakwah? Lihat agama islam, islam sendiri merupakan agama dakwah.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya” (Muttafaq’alaih)

Dakwah semestinya dilakukan secara berkumpulan, semestinya kita tidak mampu dalam melaksanakannya keseorangan. Cuba teman-teman bayangkan, ada 10 orang mat rempit dengan seorang individu dakwah, adakah individu dakwah tersebut punyai keberanian dan kekuatan? Adapun punya keberanian adakah pendakwah tersebut mampu berdakwah dengan baik? Ataupun pendakwah tersebut meninggalkan dakwah bertukar menjadi mat rempit juga?, kita kena sedar dalam dunia akhir zaman ini, iman kita tersangatlah lemah, maka kekuatan, nasihat, dorongan, panduan, perbincangan method dakwah mesti dilakukan dan bukan kah dengan semua perbuatan tersebut memerlukan individu lain untuk bersama-sama kita dalam membantu menyebarkan risalah dakwah ini? Maka inilah dikatakan wujudnya kumpulan islam atau jemaah islamiyyah, maka jelas bahawa kita sangat-sangat memerlukan kepada perbentukkan kumpulan dakwah yang dapat menggerakkan dakwah dalam segenap skop dan medium yang ada yang mungkin lebih meluas. Disini hamba tidak nyatakan Ciri-ciri Jemaah Islamiyyah kerana Ianya memerlukan ruang khusus untuk diterangkan dan dijelaskan dengan detail berkenaannya dan diharapkan teman-teman dapat mencarinya sendiri.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
“ Hendaklah kamu sentiasa dengan Jamaah kerana tangan Allah bersama dengan Jamaah, dan sesiapa yang menyimpang dia akan menyimpang ke dalam api neraka ” (Riwayat At-Tarmizi)

Topik perkongsian yang ingin dibuat kali ini adalah berkenaan dengan Kewajipan Berjemaah dan Tanggungjawab dalam Jemaah yang telah dikupas dengan cantik dalam kitab “‘Amal Jama’i (Pengertian dan Tuntutanya)” oleh Allahyarham Murabbi Pas Ustaz Yahya Othman.

Marilah kita bersyukur kepada Allah s.w.t diatas limpah rahmatNya kepada kita, iaitu rahmat kesedaran berjemaah dalam satu jemaah Islamiyyah. Ini adalah satu nikmat yang sangat besar yang diberikan Allah kepada kita, sesudah nikmat Al-Islam dan nikmat Al-Iman, kerana masih ada di hari ini orang-orang islam yang belum menggolongkan diri mereka dalam jemaah Islamiyyah, masih ada orang-orang islam yang tidak mengendahkan suruhan Allah supaya berjemaah sepertimana terdapat di dalam sabda-sabda Baginda berikut :

Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh daripada kumpulannya ” (Hadith Riwayat Al-Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w kepada Huzaifah bin Al-Yaman r.a :
“ Kamu hendaklah bersama-sama jemaah muslimin dan imam mereka ” (Hadith riwayat Al-Syaikhan dan Abu Daud)

Rasulullah s.a.w Bersabda :
“ Tangan Tuhan (keredhaanNya) bersama-sama jemaah, barangsiapa keluar (mengasingkan diri) atau (menyimpang) daripada jemaah maka ia menyimpang ke neraka ” (Hadith riwayat At-Tarmidzi)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Sesiapa yang mahu keluasan syurga, maka hendaklah berpegang kepada jemaah ”
(Hadith riwayat At-Tarmidzi)

Sambungan hadith ini:
“ Bahawasanya syaitan bersama orang berkeseorangan dan ia lebih jauh daripada orang berdua. ” (Hadith Riwayat Ahmad)

Orang islam yang menggabungkan dirinya dengan jemaah sudah selesai satu tuntutan agama yang besar, tetapi apabila seseorang itu berada dalam jemaah maka keanggotaannya itu meletakkannya kepada satu “mas’uliyyah” tanggungjawab yang tertentu pula, sebagai anggota jemaah, tugasnya tidak tamat dengan menjadi angota semata-mata, di sana ada disusuli dengan beberapa kewajipan-kewajipan yang tertentu yang mesti dikerjakan, dan ditunaikannya.

Imam Al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Saayyidina ‘Umar bin Al-Khattab r.a, bahawa beliau berkata :

“ Tidak ada islam melainkan dengan jemaah dan tidak sempurna jemaah tanpa pemimpin (imam), tidak ada, ertinya; kepimpinan tanpa ketaatan. ”

Didalam jemaah ada ahli biasa dan pula ahli jawatankuasa (atau ada pimpinan, yang terdiri daripada ketua, setiausaha, bendahari, dan sebagainya) yang menjalankan tugas menurut bahagian masing-masing, menyusun kerja-kerja, mengaturkan tugas, mengeluarkan arahan-arahan atau menyampaikan arahan, mengatur segala langkah yang diperlukan.

Supaya urusan orang-orang islam berjalan lancar, maka Allah s.w.t yang telah melantik manusia sebagi khalifahNya di bumi telah menggariskan panduan kerja, dengan mewajibkan kita ta’at kepadaNya dan ta’at kepada RasulNya dan ta’at kepada “Ulul-Amri” orang yang bertanggungjawab di kalangan orang-orang islam, di semua peringkat.

Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa’ :
“Wahai orang beriman! Ta’atlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang-orang yang bertanggungjawab daripada kalangan kamu, iaitu ketua-ketau kamu…”
(Surah An-Nisa’ : Ayat 59)

Bahawa tidak syak lagi, taat kepada amir atau imam adalah sebahagian daripada ta’at kepada Allah dan RasulNya, selain daripada ayat diatas, Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Bahawa sesiapa ta’at kepada aku, maka ia sudah ta’at kepada Allah. Dan bahawa sesiapa yang derhaka kepada aku, maka ia derhaka kepada Allah. Dan barangsiapa ta’at kepada amir (Ketua), maka ia telah ta’at aku. Dan barangsiapa derhaka kepada ketua, maka ia derhaka kepada aku. ” (Muttafaq’alaih)

Daripada renungan kita kepada ayat-ayat Allah, sabda Rasulullah s.a.w dan perkataan ‘Umar Al-Kahttab r.a, jelas kepada kita bahawa keta’atan dan kepatuhan kepada pemimpin perlu dipertingkatkan lagi dalam jemaah kita, kadangkala keta’atan kepada kepimpinan masih kurang, kepatuhan kepada keputusan jemaah masih belum penuh, begitulah juga segala kerja menjadi lembab.

Jumaat, 29 Disember 2017

IMAM MAHDI, DAJJAL DAN NABI ISA

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

AL-MAHDI

Kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman disebut dalam hadis-hadis mutawatir. Semua umat Islam percaya baik sunni mahupun syiah. Cuma berbeza pendapat dari sudut bagaimana dan bilakah ia muncul. Ini tidak menjadi masalah. Apabila beliau benar-benar muncul, tiada lagi khilaf. Syiah dan sunni akan bersatu.

Akan berlaku perang besar yang disebut Malhamah al-Kubra sebelum kemunculan beliau. Juga disebut dalam hadis bahawa tiga anak raja akan berperang selepas kematian raja. Mekah jadi huru-hara.

Pada waktu itu umat Islam mencari-cari siapa akan jadi pemimpin. Akhirnya berjumpa Imam al-Mahdi, lalu diajak untuk dibaiah Mamun beliau lari tidak mahu! Bukan macam sekarang, berebut-rebut kata sayalah jadi PM dam sebagainya.

Beliau lari sampai ke Madinah. Dikejar oleh orang Islam. Bawa semula beliau ke Mekah lalu dibaiah di hadapan Kaabah. Pada waktu itu hanya 313 orang sahaja dikalangan umat Islam berbaiah. Menyamai bilangan ahli Badar. Adapun yang lain masih tidak percaya.

Tetapi Allah peliharakan beliau. Akan muncul pula bala tentera Sufyani daripada Syria untuk menyerang Imam al-Mahdi. Disebut dalam hadis, apabila sampai antara Mekah dan Madinah, bumi akan menelan kesemua mereka dari awal sampai akhir.

Pada waktu itu barulah orang percaya beliau adalah al-Mahdi sebenar. Lalu datanglah orang Islam beramai-ramai bernaung bawah pimpinan beliau.

AL-MASIH

Akan turun juga bersama Imam Mahdi iaitu Nabi al-Masih Isa bin Maryam. Adapun orang-orang Amerika, orang-orang Eropah yang menganut mazhab Kristian Katolik dan Protestan bersama dengan Yahudi Zionis, percaya akan muncul al-Masih daripada bangsa Yahudi. bagi kita, ia adalah al-Masih Dajjal.

Mereka percaya al-Masih itu akan menguasai dunia. Memang betul Nabi sebut mereka akan berkuasa, tetapi sekadar 40 hari sahaja. Selepas itu kerajaan mereka akan jatuh. Turun al-Masih Isa membunuh al-Masih Dajjal. Orang-orang Islam akan bergabung dengan kristian Ortodoks untuk menentang Dajjal.

Nabi Isa akan turun ketika Imam Mahdi sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh. Baginda diturunkan oleh malaikat dalam rupa yang segak. Melihat Nabi Isa, Imam Mahdi berundur bagi memberi laluan kepada Nabi Isa menjadi imam solat. Tetapi baginda meminta Imam Mahdi terus menjadi Imam, sebagai memuliakan umat Nabi Muhammad SAW.

Selepas itu barulah Nabi Isa bersama Imam Mahdi membunuh Dajjal dan memerangi pengikutnya.

JIHAD

Bilakah semua ini akan berlaku? Dalam ilmu Allah taala. Macam-macam orang buat andaian tentangnya. Ada andaian yang menyatakan berlaku pada tahun-tahun yang sudah berlalu, namun belum muncul. Imam Abdul Wahab as-Syarani, seorang ulama tasauf di dalam kitabnya al-Yawaqit wal Jawahir yang ditulis 200-300 tahun lepas menjangkakan tahun tertentu lebih kurang 100 tahun dulu berpandukan kepada mimpi. Tetapi bila tiba waktunya yang disebut, tidak juga muncul. Ada juga syeikh-syeikh arab jangkakan tahun ini 2017, tapi nak habis dah tahun ini masih belum nampak.

Semuanya dalam ilmu Allah. Tanggungjawab kita hanyalah menegakkan Islam.

Ada pula orang kita kata tak perlu berjuang lagi. Duduk dirumah duduk masjid sahaja. Tunggu Imam Mahdi muncul dulu baru kita berjihad bersama. Ini adalah pandangan yang salah. Jihad adalah wajib, sebagaimana solat, puasa, zakat dan haji. Sebagaimana kita perlu terus solat, kita juga perlu terus berjihad.

الجهاد ماض الى يوم القيامة

Jihad itu berpanjangan sehingga hari kiamat.

Tidak boleh memberikan alasan tidak mahu solat, sehinggalah ada imam yang betul-betul qari. Ini berdosa. Jangan tidak datang masjid selagi belum ada imam yang betul-betul kita puashati. Ini adalah satu perkara yang salah.

Samalah dengan orang yang tunggu Imam Mahdi dulu baru nak berjihad. Ini salah. Setiap zaman ada kewajipan sendiri. Kita zaman kita, Imam Mahdi zaman dia. Masing-masing ada kewajipan sendiri. Dimana bumi tempat kita berpijak, disitu kita tegakkan Islam.

Adapun soal kemunculan Imam Mahdi itu cerita lain. Nabi SAW berpesan, sekiranya muncul Imam al-Mahdi, maka berbaiahlah dengannya
walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Walau macam mana sekalipun kena pergi baiah juga. Akan tiba saatnya pada akhir zaman nanti.

PARANOID

Apa yang menjadi masalah hari ini, ada kalangan negara arab yang mencari Imam Mahdi. Untuk apa mereka cari? Untuk bunuh! Mereka takut Imam Mahdi akan menjatuhkan kerajaan mereka. Dicari setiap orang bernama Muhammad bin Abdullah. Akan ditangkap, ditahan dan disiasat tak pasal-pasal. Kerana takut kerajaan mereka akan jatuh. Kebimbangan ini sudah ada dalam kepala mereka.

Yahudi akan lawan, dan kita pun akan lawan. Masing-masing berdasarkan kepercayaan sendiri. Kita percaya apa yang Nabi kata. Yahudi percaya cerita-cerita dongeng mereka. Nabi Musa suruh ikut Nabi kita, tapi mereka ikut ulama-ulama mereka yang menyeleweng.

Bahkan ada satu mazhab di kalangan Yahudi bernama Naturei Karta, mereka percaya bahawa Yahudi akan dikuburkan di Palestin. Kerana itu mereka menentang penubuhan negara Israel. Mereka tahu semua itu adalah cari pasal.

Ini menandakan benarnya apa yang dibawa oleh Nabi kita. Di kalangan orang Yahudi pun percaya. Malangnya di kalangan orang kita tak tahu perkara ini. Ini disebutkan dalam kitab-kitab dan hadis-hadis yang kita baca secara mendalam.

Masjid Rusila

10 Rabiul Akhir 1439
29 Disember 2017

#Alang_Ibn_Shukrimun

PAS BAHTERA PENYELAMAT UMMAT

Allah s.w.t. berfirman dalam surau al Maidah ayat 54,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya..."

1. Ayat ini merupakan asas seruan kepada tujuan dan sebab ditubuhnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang bermula dengan perjuangan Hizbul Muslimin kemudian kepada Parti Islam SeMalaya dan Parti Islam Se Malaysia.

2. Faktor utama penubuhan PAS adalah kerana perintah Allah s.w.t. yang menuntut sebuah kumpulan atau jamaah sebagai respon terhadap kepincangan aqidah dan pegangan ummat manusia dan mengembalikan dan menyelamatkan ummat manusia kepada ketauhidan setelah mereka berpaling daripada agama Allah.

3. PAS yang diasaskan oleh para alim ulamak bergerak dengan menepati ciri yang dilakarkan oleh ayat Al Quran dalam surah al Maidah iaitu, mengasihi Allah lebih daripada segalanya, sekaligus ingin memperolehi cintaNya, merendah diri sesama orang beriman, bertegas atas prinsip terhadap orang kafir, berjihad di jalan Allah dan tidak gentar terhadap cercaan.

4. Atas sifat ini maka PAS berlainan dengan penubuhan jamaah dan kumpulan lain di negara ini khasnya parti politik yang bercambah
yang dilihat rata-rata bermatlamatkan semata-mata samada kuasa, perjuangan suku kaum dan juga yang mendambakan kepentingan duniawi sahaja.

5. Ini adalah bertepatan dengan Perlembagaan PAS yang dasarnya Islam dan bertujuan untuk memperjuangkan dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang tertegak dalamnya nilai-nilai Islam dan hukumnya menuju keredhoan Allah s.w.t.

6. PAS melihat bahawa Aqidah ummat adalah perkara dhorury atau keutamaan untuk diselamatkan dan di atas dasar itu PAS menjadikannya sebagai agenda " premier " disamping PAS berusaha berjihad dalam lapangan politik untuk menerapkan segala ajaran Islam secara syumul.

7. Kepincangan aqidah adalah faktor utama kepada segala bentuk kepincangan yang lain. Apabila manusia sudah tersasar arah dan sesat dalam kehidupan di atas dunia, tidak lagi mengenali Allah, hilang rasa gerun dan takut kepada Allah, jahil dalam agama, tidak berperanan sebagai khalifah Allah dengan hakikat sebenar dan pelbagai lagi yang menjadi punca kepada bermacam-macam masalah seperti salahguna kuasa, rasuah, kezaliman, penindasan, pencabulan hak asasi, menurut hawa nafsu, ketinggalan dalam ilmu, jahil dalam urusan agama dan menentang hukum Allah.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al Alaq ayat 6-7,

كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَىٰ

"..Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya).."

أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَىٰ

"..Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya..."

8. Pertembungan PAS dengan UMNO BN selama lebih 60 tahun serta dengan parti-parti lain di negara ini bukan semata-mata disebabkan PAS menagihkan kuasa dan pemerintahan akan tetapi adalah kerana PAS berpegang dengan prinsip Aqidah Islamiyyah dan kerana seruan PAS ialah Islam dan kesyumulan ajarannya.
Lihatlah firman Allah s.w.t. dalam surah al Buruj ayat 8,

وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

"..Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!.."

9. Ini bukan bermakna PAS tidak inginkan kuasa sebagaimana yang disalahertikan oleh sebahagian pihak. Malah tidak perlu disangsikan bahawa PAS berjuang bukan kerana kuasa, Ya, kuasa itu perlu. Tetapi kuasa bagi PAS adalah alat dan bukannya matlamat. Begitulah juga politik bagi PAS bukannya matlamat tetapi ia juga adalah alat untuk PAS menyampaikan dan menegakkan mesej Islam. Ini adalah kerana matlamat perjuangan PAS adalah berjuang untuk menegakkan Islam dan menyampaikan mesej Islam. Apabila matlamat ini tercapai maka terlaksanalah impian perjuangan PAS.

10. Lihatlah contoh sejarah kemasukan Islam ke Tanah Melayu, apabila para pendakwah tiba di tanah Melayu dan mengIslamkan Raja Melayu dan rakyat jelatanya, para pendakwah tidak menagihkan kuasa raja itu. Apabila raja itu menerima Islam dan ajaran Islam serta kesyumulannya, maka raja itu yang kemudiannya diubah kepada sultan,  meneruskan pemerintahannya dan legasinya diteruskan selama mana Islam itu menjadi teras pemerintahan kesultanan tersebut.

11. Inilah sikap PAS dan juga ditegaskan oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan ungkapan satu ketika dahulu dalam ucapan al Marhum, "..jikalau UMNO terima Islam, PAS akan dibubarkan.."
Begitu juga pernyataan Presiden PAS yang diucapkan oleh beliau dalam menegaskan bahawa "..PAS bersedia untuk menasihat kerajaan dalam pentadbiran bagi menperbetulkan kepincangan kerajaan dan sekiranya Kerajaan UMNO BN enggan menerimanya maka PAS akan menumbangkan UMNO BN dalam pilihanraya.."

12. PAS senantiasa bersedia memimpin negara ini jika diberi peluang oleh rakyat dan pengundi dalam pilihanraya umum. Malah PAS mampu mengembalikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara ini menurut acuan Islam yang digarispandukan oleh petunjuk Al Quran dan As Sunnah serta Ijtihad Ulamak.

13. Inilah keyakinan PAS dan ia datang daripada keyakinan pegangan Aqidah Islam yang menjadi teras perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kebenaran Islam dan keyakinan terhadapnya adalah kekuatan yang ada pada PAS yang tiada pada UMNO dan sekalipun pada parti politik yang lain walaupun dipimpin oleh orang Melayu Islam.

14. Baru-baru ini dalam kenyataan Dato' Seri Najib Razak menyebut berkenaan PAS bersedia bekerjasama dengan UMNO adalah merupakan kenyataan yang tidak tepat. Akan tetapi hakikat sebenarnya PAS bersedia menggantikan UMNO untuk mengemudi negara ini dengan Islam melalui bahtera PAS selepas pilihanraya umum yang akan datang. Bahkan bahtera PAS adalah cukup besar untuk menerima kemasukan orang UMNO untuk bersama dengan PAS dalam keadaan bahtera UMNO yang sudah dipenuhi air yang menunggu bila-bila masa sahaja akan karam.

15. Ketahuilah bahawa menyelamatkan aqidah ummat adalah priority lebih daripada segalanya. PAS mengambil tanggungjawab ini adalah sebagai tugas yang diamanahkan oleh Allah azzawajalla bagi meneruskan tugas dan peranan para nabi dan rasul a.h.s.

16. Kerana PAS adalah bahtera penyelamat ummat dan diwujudkan di atas negara ini sebagai " the savior. " v Wallahua'alam

Catatan

Al Faqir ila Robbihi

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor.
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
10 Disember 2015 / 27 Safar 1437h.
Sg Penchala, KL.

✳Layari website DUPP
http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/7064-pas-bahtera-penyelamat-ummat

✳Like & share Fb DUPP
https://www.facebook.com/dewanulamakpas

Khamis, 28 Disember 2017

Perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor mematangkan PAS

Allahyarham Ustaz Fadzil yang digagas untuk membawa PAS kepada satu tapak perjuangan yang semakin hari semakin diterima oleh rakyat dalam negara ini.

Ustaz Fadzil telah membawa PAS ke tahap yang sangat matang dan ianya terbukti apabila PAS semakin diterima oleh pelbagai golongan termasuklah profesional serta cerdik pandai di samping dikukuhkan oleh para alim ulama.

Seni seseorang individu amat berbeza dengan orang lain tetapi bila diterjemahkan pandangan dan cadangan secara kolektif ianya akan menjadi kepunyaan semua dan organisasi yang dipegangnya, inilah pemikiran yang diterjemah oleh Allahyarham Datuk Fadzil ketika memimpin PAS.

Watak, pergerakan badan dan cara berfikir Allahyarham tidak dapat dilupakan oleh kawan dan lawannya, ini kerana sifatnya sebagai tokoh besar ketika itu memberikan pendekatan yang amat berbeza sama sekali.

Ustaz Fadzil disanjungi serta dihormati oleh semua pihak termasuklah pimpinan BN itu sendiri seperti Tun Dr Mahathir Mohamed yang memegang jawatan Perdana Menteri Ketika itu. Tun Mahathir amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Almarhum bijak menguruskan permasalahan yang timbul termasuklah di dalam dan luar parti. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu tindakan dengan berfikir di segenap penjuru agar tindakan yang akan dilakukannya akan menghadirkan satu kejayaan.

Ini tidak termasuk semua peringkat parti, sama ada di peringkat PAS Cawangan, PAS Kawasan, PAS Negeri hatta kepimpinan semua peringkat amat tersentuh cara Allahyarham Datuk Fadzil berkomunikasi dengan mereka yang jarang-jarang berlaku dengan kata lain mesra kepada semua orang di kelilingnya.

Dengan tidak menafikan tokoh-tokoh yang pernah menyandang jawatan Presiden parti dan sedia ada hari ini, PAS sentiasa menjadi perhatian sama ada kawan dan lawan di semua peringkat termasuk antarabangsa dan sudah pasti kelebihan kepada jawatan Presiden parti menjadikan kelebihan kepada PAS sehinggi kini setelah era Ustaz Fadzil.

Sudah tentu konflik dalaman setiap penyandang Presiden parti akan melalui pelbagai rencam kepahitan sebagai 'orang nombor satu' dalam parti, Allahyarham Datuk Fadzil tidak terlepas berhadapan dengan situasi ini yang dapat dilihat kematangannya dan pemaafnya beliau sebagai seorang Negarawan Terulung.

Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan daripada Timbalan Perdana Menteri, antara yang terawal menziarahinya ialah Ustaz Fadzil Noor. Sewaktu itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu iaitu Mahfuz Omar. Rata-rata dari kalangan kami tertanya-tanya, kenapa Ustaz Fadzil ziarah Anwar? Kenapa Ustaz Fadzil beria-ria membela Anwar? Tidakkah mereka lupa Anwar adalah antara orang yang telah menzalimi PAS pada suatu ketika dahulu?

Rata-rata Pemuda PAS ketika isu Anwar dipecat melahirkan rasa marah dengan tindakan Ustaz Fadzil kerana melihat seolah-oleh melebihkan persahabatan daripada prinsip. Ibrahnya rakyat bangun dan rakyat biasa berbangga dengan sifat berjiwa besar PAS. Tindakan Ustaz Fadzil rupa-rupanya merentasi zaman. Kesannya ialah wujudnya tahaluf siyasi yang digagaskan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sekarang. Unik dan manisnya gandingan mereka.

Pemikiran Ustaz Fadzil sangat menakjubkan yang di luar daripada kotak pemikiran masyarakat biasa termasuklah pimpinan PAS itu sendiri. Beberapa tindakan beliau yang telah melahirkan rasa tidak puas hati pada awalnya, namun akhirnya keputusan atau hasil daripada tindakan itu ternyata memberikan kebaikan kepada PAS itu sendiri.

Tahap Allahyarham Datuk Fadzil tidak dinafikan mana-mana pihak dengan kelantangannya dan komitmennya sebagai memimpin sebuah Parti Islam di Malaysia yang di akhir kepimpinannya bersama komponen yang terdapat bangsa lain iaitu Cina dan India di dalamnya.

Tugas inilah yang kini digalas oleh pimpinan utama PAS iaitu Tuan Guru Abdul Hadi di dalam membawa bahtera perjuangan dan memartabatkan Islam di dalam negara kita yang dicintai ini.

Pemimpin PAS ketika ini khususnya di peringkat pemuda iaitu pelapis pimpinan perjuangan ini agar dapat melihat akan sifat-sifat kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil yang telah berjaya merubah PAS menjadi satu wadah perjuangan yang mantap! 

http://azmieyusoff.blogspot.my/?m=1 M

Rabu, 27 Disember 2017

Cara Mendekatkan Diri Kepada Allah? Ini Dia Rahasianya

Segala musibah yang diberikan Allah kepada kita semata-mata merupakan bentuk ujian untuk menempa iman, apakah ujian tersebut dapat semakin mendekatkan diri kita kepada Allah, atau justru sebaliknya.

Sudah saatnya berhenti mengutuki Allah atas musibah yang menimpa kita. Kini, saatnya kita bangkit dan kembali mendekatkan diri kepada-Nya.

Cara mendekatkan diri kepada Allah?

1. Banyak Mengingat Allah dan Segala Nikmat-Nya

“Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.” Kutipan firman Allah dalam Surat Ar-Ra’du ayat 28 tersebut hendaknya dijadikan pedoman tiap kali hati kita merasa sedih. Banyak cara dapat dilakukan untuk mengingat keagungan Allah, salah satunya adalah dengan berzikir dan menyebut asma-Nya. Sempatkan untuk berzikir sehabis salat dan memanjatkan doa agar kita dikuatkan menjalani segala ujian hidup.

Ketika kita merasa rezeki sempit atau kenyataan yang terjadi tidak sesuai harapan, cobalah untuk mengingat nikmat yang selama ini diberikan Allah dan berbaik sangka kepada-Nya. Hal tersebut sesuai dengan sabda Rasulullah: 

“Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku, jika ia mengingat-Ku saat sendirian, Aku akan menginganya dalam diri-Ku. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

2. Banyak Mengerjakan Ibadah Sunah

Cara mendekatkan diri kepada Allah selanjutnya adalah dengan memperbanyak ibadah sunah setelah mengerjakan ibadah wajib. Ibadah sunah tersebut dapat berupa salat rawatib, salat malam, puasa tiap Senin dan Kamis, serta bersedekah dengan niat mengharap rida Allah Swt. Usahakan pula untuk meniatkan segala hal yang kita lakukan semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

3. Membaca dan Menadaburkan Alquran

Alquran sudah seharusnya kita jadikan sebagai tuntunan hidup bukan hanya pajangan di rak buku. Di dalam Alquran terdapat firman Allah dan kisah para Nabi dan Rasul yang patut kita jadikan teladan. Allah sendiri mengganjar satu pahala untuk setiap huruf dalam Alquran yang kita baca, terlebih lagi jika kita mau mencari tahu makna dari setiap firman Allah tersebut atau menadaburkannya.

4. Berkumpul dengan Orang-orang yang Mencintai Allah

Sebaik-baiknya kawan ialah mereka yang senantiasa membawa kita pada kebaikan. Kecintaan kepada Allah dapat ditumbuhkan dengan membuka hati dan banyak bergaul dengan orang-orang yang tidak pernah lelah mengingatkan kita kepada Allah Swt.

Hal tersebut sesuai dengan sabda Rasul: 

“Permisalan teman yang baik dan buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak tetap bisa mendapatkan bau harum darinya. Sementara pandai besi bisa jadi percikan apinya mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tidak sedap.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Menjauhi Segala Hal yang Menjauhkan Kita dari Allah

Takwa artinya menjalankan seluruh perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Jika kita mencintai Allah dan mengharapkan rida-Nya, kita harus mampu menjauhi segala larangan yang dapat menjauhkan kita dari keridaan-Nya. Tidaklah Allah memerintahkan kita untuk melakukan atau menjauhi sesuatu melainkan untuk kebaikan kita.

Itulah beberapa cara mendekatkan diri kepada Allah yang harus kita tanamkan dalam diri kita. Semoga kita termasuk golongan orang yang mampu beristikamah dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Selasa, 26 Disember 2017

Besar pahala orang berjuang mengubah sistem

Mengubah sistem politik dan pemerintahan sehingga manusia mengikut sistem Islam adalah satu bentuk jihad yang besar. Demikian ditegaskan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS

Beliau membacakan firman Allah dari surah at-Taubah yang mengingatkan orang beriman agar sedia untuk berangka ke medan perjuangan sama ada ketika ringan ataupun berat. Ayat ini menjadi peringatan buat orang yang tidak ingin berjuang dan sengaja mencari alasan untuk mengelak. Jihad menegakkan agama adalah sesuatu yang besar. Allah perintah supaya berkorban dengan harta dan nyawa. Orang yang sanggup korbankan sesuatu ialah kerana sayangkan sesuatu. Orang yang tahu nilai sesuatu, dia akan pertahankannya. Maka, pengorbanan akan berlaku apabila kita tahu nilai sesuatu.

Beliau juga menekankan bahawa tahap pengorbanan bergantung dengan sifat yakin. Sifat yakin pula bergantung dengan iman. Iman paling hebat berada di zaman Nabi SAW. Kurun terbaik ialah kurun Nabi, kemudian selepasnya dan kemudian berlaku pembohongan. Dalam surah al-Waqiah, Allah sifatkan golongan almuqarrabun (yang hampir dengan Allah), tetapi mereka ramai dari kalangan terdahulu, dan sedikit dari kalangan orang kemudian. Para sahabat berebut mencari kebaikan, sama ada dalam ibadat, jihad, sumbangan duit, harta-benda dan sebagainya.

Datuk Tuan juga menyebut bahawa Islam datang dengan mesej rahmat. Tetapi kenapa Islam diperangi? Nabi adalah orang paling baik atas dunia. Logiknya beliau tidak ada musuh. Namun, bukan sahaja Baginda SAW, bahkan semua Nabi didustakan oleh kaum masing-masing.

PAS nak bawa Islam. Ia datang dari keyakinan. Keyakinan tentang tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Nabi. Ia ditanam oleh Nabi dalam diri sahabat.

Justeru, jadilah petugas Islam untuk mengubah sistem. Pahalanya sangat besar. Nabi sebut para sahabat yang masuk syurga: Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Talhah dan lain-lain. Semua mereka adalah sama ada khalifah atau menjadi gabenor di zaman kemudiannya. Kesemua mereka ahli politik. Politik yang tiada Tuhan, kotor. Ekonomi pun begitu. Politik Islam berteras kepada ketuhanan. Masih ada yang masuk masjid tapi tidak terima politik Islam. Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah sebut: ‘Terimakasih kepada pengundi PAS, kerana PAS Kelantan dapat laksana hukum syarak. Besar pahala orang yang mengundi PAS hingga Islam dapat dilaksanakan dalam bentuk sistem pemerintahan’. Oleh itu mengubah sistem hingga manusia ikut Islam adalah bentuk jihad yang besar.

Allah juga tidak akan biarkan gerakan Islam begitu sahaja. Dalam sirah, Aisyah pernah difitnah, tersebar berita palsu. Allah turunkan ayat bersihkan Aisyah selepas lebih 40 hari. Kenapa Allah tidak turunkan ayat dengan segera? Ia berlaku dengan penuh hikmah, agar boleh dikenal mana munafiq dan mana mukmin. Begitu juga supaya mukmin tolak segera berita palsu. Hari ini berita palsu tersebar terhadap Presiden PAS. Tolaklah berita palsu itu, termasuk kononnya PAS terima wang dari pihak lain.

Timbalan Presiden PAS itu juga menasihatkan agar penyokong perjuangan Islam mesti ada ciri-ciri khusus yang terbeza dari orang lain: Allah sayang dia, dia sayang Allah, rendah hina terhadap mukmin, tegas terhadap kafir yang menentang, jihad di jalan Allah, tidak takut celaan orang yang mencela.

Kita jangan tengok sahaja orang lain buat kerja Islam. Kita kena rasa sedih kerana tidak buat kerja untuk menangkan Islam. Keputusan sudah ada di Lauh Mahfuz, tetapi kita diperintah untuk berusaha dan berikhtiar. Usaha dengan tenaga, ikhtiar dengan idea, doa, serah kepada Allah. Contoh, Tok Guru Presiden PAS bawa usul pindaan RUU355, kita hanya berusaha, cari redha Allah, serah kepada Allah. Jangan hiraukan pelbagai komen negatif.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Timbalan YDP PAS Kemaman

Isnin, 25 Disember 2017

Patutkah calon PM diperbincangkan?

SAYA tidak berhasrat untuk membalas pertikaian mengenai tulisan terbaru Presiden PAS soal calon PM. Beliau berpandangan sikap itu tidak selari dengan prinsip politik Islam berasaskan ijtihad, berpandukan dialog Baginda Nabi S.A.W dengan Bani Amir sebelum peristiwa hijrah.

Cuma suka untuk saya bawakan dari naratif prinsip dan sikap dalam menguruskan perbezaan ijtihad. Juga sudut pandang politik.

Ijtihad Politik

Perkara bersifat ijtihadi sepatutnya tidak perlu dipertikaikan apatah lagi dikecam. Sebaliknya ia perlu dihormati walaupun kita berbeza pandangan. Sikap terbuka dan meraikan pendapat perlu diamalkan. Kita nyatakan pandangan kita dan kalian nyatakan pandangan kalian. Kemudian bincang secara ilmiah tanpa ayat-ayat provokatif.

Tidak setuju dengan pandangan Presiden PAS bukan menjadi satu masalah bagi pihak lain. Yang menjadi salah adalah mengatakan pandangan kita adalah absolute truth, dan pihak lain absolute wrong. Ini jelas menyimpang dari prinsip ijtihad.

Apatah lagi menuduh orang yang berijtihad sebagai mempergunakan agama demi menghalalkan tindakan. Ia juga menggambarkan sikap tidak terbuka dalam berkhilaf. Sememangnya berijtihad perlu menggunakan agama, kerana agama sahaja yang mengajar disiplin ini. Ia tidak ada dalam disiplin ilmu geografi apatah lagi ilmu perbidanan.

Kelayakan berijtihad

Tuan Guru Presiden PAS bukan sekadar alim dalam ilmu sejarah dan feqah, malah beliau juga mahir dalam ilmu siasah dan menjadi tempat rujuk berbagai gerakan Islam lain di dunia. Beliau sendiri terlibat di bidang politik sebagai pemimpin parti dan pernah mengetuai kerajaan. Lebih jauh dari itu, beliau turut terlibat secara langsung dalam politik antarabangsa sudah puluhan tahun. Sudah tentu segala pandangan beliau tidak mengambil kira literal nas semata-mata, bahkan memahaminya berdasarkan real politics.

Justeru bagi saya, ijtihad beliau lebih pantas untuk dipersetujui berbanding pihak lain yang hanya melihat isu politik dari jauh dan tidak faham selok terajang apatah lagi tidak bergelumang dengan liku-liku perjuangan politk. Pihak lain bebas berijtihad di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, tetapi ijtihad mereka yang terlibat secara langsung lebih diyakini.

Contoh yang boleh diberikan, berkenaan ijtihad Imam Abu Hanifah berbanding imam-imam lain dalam bab muamalat. Pandangan beliau menjadi pilihan pakar-pakar muamalat moden kerana lebih praktikal untuk keadaan semasa. Ini kerana beliau juga merupakan peniaga yang terlibat secara langsung dalam bab muamalat.

Prinsip berjemaah

Bagi saya sebagai ahli jemaah, ijtihad Presiden sebagai pemimpin dalam perkara melibatkan bidang kuasa beliau adalah wajib didokong. Pandangan beliau mewakili pandangan jemaah. Ini prinsip berjemaah yang perlu difahami berasaskan hadis perintah beriltizam dengan jemaah dan pemimpinnya. Walaupun kita memiliki pandangan berbeza, kita perlu mengenepikannya dan menyokong pandangan beliau.

Dalam isu Brexit, beberapa orang MP baik dari Parti Konservatif mahupun Parti Buruh  tidak bersetuju. Tetapi setelah referendum dicapai, semua mereka mendokong keputusan ini di Parlimen. Apabila ditanya, mereka menjawab bahawa walaupun berbeza pandangan, tetapi mereka berada di Parlimen mewakili rakyat bukan mewakili diri sendiri. Nah! orang kafir pun faham konsep 'aqliah jamaiah' dalam berorganisasi.

Walaubagaimanapun, ia tidaklah bermakna keputusan jemaah itu menutup ruang perbincangan. Kita masih boleh berbincang dengan beliau secara beradab dan mengikut saluran yang sepatutnya.

Siapa calon PM kamu?

Berbalik kepada calon PM. Walaupun ada berpandangan tidak menjadi salah untuk menamakan calon, tetapi secara realitinya perkara tersebut tidak membawa kebaikan apa-apa. Yang timbul hanya pertikaian yang menemui jalan buntu. Sejak berada dalam Pakatan Rakyat lagi, PAS tidak bersetuju membincangkan isu PM.

Kerugiannya boleh dilihat jelas hari ini. Dalam satu pakatan politik seperti PH, masih tidak dapat menentukan siapa PM secara muktamad. Masing-masing berebut memposisikan diri. Ada yang berpandangan Anwar masih relevan, ada yang mengangkat bekas PM Mahathir, dan DAP pula pernah membayangkan non-Muslim sebagai PM.

Ke mana mahu bawa isu calon PM ini? Apa untungnya kepada rakyat?

Mungkin itulah hikmahnya Nabi tidak melayan tuntutan Bani Amir, walaupun terpaksa menggadaikan dokongan kaum tersebut terhadap Islam. Nabi seolah sudah boleh membaca polemik yang akan tercetus.

Polemik khilafiah Mat Jenin

Siapa calon PM ibarat isu khilafiah yang perlu dihindarkan bagi mengelak perpecahan. Perkara khilaf bukan wujud dalam kitab feqah sahaja. Aplikasi Feqh Aulawiyat juga perlu diperluaskan ke segenap ruang kehidupan.

Biar menang dahulu baru bincang tentang jawatan. Kalau awal-awal lagi sudah larut dengan isu ini, ia tidak membantu ke arah kesatuan amal menjelang PRU, bahkan boleh membawa kepada perselisihan yang merugikan dalam pakatan. Makin menyukarkan jalan untuk menang.

Kalau pilih Anwar, penyokong Mahathir tak setuju. Kalau pilih Mahathir, geng reformasi tak setuju. Kalau pilih Kit Siang, majoriti orang Melayu tolak. Tak semena-mena pakatan berantakan.

Bak kata Ayah Chik suatu masa dahulu, perbincangan perkara ini hanya ibarat angan-angan Mat Jenin. Padahnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Barah Populisme

Dari sudut politik, tindakan menamakan calon PM hanya bersifat populis. Oleh kerana rakyat bertanya siapa akan jadi PM, maka politikus pun menjawab mengikut kehendak rakyat tanpa mengira apakah ianya baik atau buruk, perlu atau tidak kepada rakyat.

Berdasarkan kriteria BPMS, PAS menentang budaya populis dalam politik. Kerana itu fokus PAS adalah berkenaan dasar dan prinsip dalam menguruskan negara. Siapa calon PM tidak penting kerana siapa jua yang naik, mereka perlu menjalankan tanggungjawab berasaskan dasar dan prinsip yang telah digariskan. Segala keputusan akan dibuat secara kolektif dan tidak akan lari dari rangka perancangan WINS 2051.

Siapa sahaja yang naik, sama sahaja. Ini bukan zaman autokratik atau diktator yang mana hala tuju negara ditentukan oleh individu. Justeru dasar dan visi pemerintahan yang perlu diketengahkan kepada rakyat, bukan siapa calon PM.

Hakikat individu

Mengetengahkan individu sebagai kempen politik adalah budaya yang tidak kompeten dan tidak memiliki unsur sustainability. Individu adalah objek yang sering berubah dan mudah dipengaruhi. Hari ini mereka mungkin boleh berkata macam-macam sebelum jadi PM. Tetapi bila sudah berkuasa, segalanya boleh berlaku. Tiada indikator yang jelas mereka akan berpegang kepada prinsip perjuangan sampai ke akhir.

Lihat sahaja Stalin. Sebelum naik sebagai pemimpin Komunis, beliau membawa perjuangan rakyat bawahan terutama golongan buruh. Retoriknya adalah untuk menentang monopoli kapitalis dan membahagikan kekayaan negara kepada rakyat secara adil. Tetapi apabila menaiki takhta, mereka membolot harta negara dengan sangat rakus.

Lihat juga Aun San Suu Kyi. Sebelum menang, beliau memperjuangkan demokrasi. Tetapi setelah menang, beliau menafikan hak demokrasi etnik Rohingya. Sebelum menang beliau dianggap pejuang kebebasan. Tetapi setelah menang, beliau begitu prejudis kepada kebebasan kaum Rohingya.

Pilihan Raya tanpa calon; Satu idea

Pencalonan PM tidak boleh disamakan dengan pencalonan wakil rakyat dalam pilihan raya atau pemilihan parti. Kedua perkara ini merupakan tuntutan undang-undang yang wajib dipatuhi untuk bertanding. Jika tidak dilakukan, maka mana-mana parti politik tidak boleh diundi. Justeru ia termasuk dalam bab kewajipan yang perlu dilakukan bagi mencapai kewajipan sebenar, iaitu mencapai kekuasaan.

Sedangkan pencalonan PM tidak menjadi syarat dari sudut perundangan pada peringkat ini. Justeru menyamakannya adalah sangat tersasar.

Menuju ke arah kemajuan politik, suka untuk dicadangkan satu kaedah baru dalam pilihan raya. Pengundian berasaskan parti semata-mata tanpa menamakan calon. Rakyat hanya menilai berasaskan dasar, idea, visi dan manifesto parti tanpa perlu melihat kepada peribadi seseorang. Soal siapa yang akan menjadi wakil di kawasan yang menang ditentukan sendiri oleh parti.

Kaedah ini mirip pengundian straight-ticket yang diamalkan di beberapa wilayah di US. Tetapi ia masih mengetengahkan calon. Idea yang saya datangkan pula adalah berasaskan parti semata-mata, tanpa dinamakan calon.

Ini bermakna anggota parti bertanggungjawab secara kolektif terhadap kawasan yang dimenangi. Di dewan Parlimen atau Dun, parti boleh memilih wakil yang dikehendaki dan boleh menukarnya.

Selain memberi kelebihan kepada parti dalam menjaga dasar dan halatuju mereka dari digugat kepentingan individu, ia juga dapat menangani isu lompat parti yang sering menimbulkan masalah buat negara.

Balik jadi nelayan

Ringkasnya, isu pencalonan PM tidak boleh dilihat dari sudut akademik semata-mata. Bahkan isu-isu lain juga begitu. Ia perlu dipandang secara holistik. Walaupun aspek akademik juga penting, tetapi ia hanyalah sebahagian dari proses penentuan tindakan. Banyak lagi yang perlu diteliti dan dijadikan pertimbangan.

Sebagai penutup, suka untuk saya bawakan pendirian Presiden PAS sewaktu dalam Pakatan Rakyat dahulu berhubung siapa bakal menjadi PM. Jawab beliau kepada wartawan,

"Terserah kepada keputusan perbincangan lepas menang nanti, siapa yang akan jadi PM. Kalau dah ada orang yang sanggup dan boleh jadi PM, saya balik jadi nelayan pun tak apa."

Apapun, ia satu perbincangan yang baik ke arah kematangan berpolitik. Semoga lontaran ini memberi manfaat.

6 Rabiul Akhir 1439
24 Disember 2017

ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 24/12/2017

Ahad, 24 Disember 2017

APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

*(Pertama)* kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah;

*_”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”._*
(Surah an-Nahl, ayat 89).

Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut.

*(Kedua)* Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan.

*(Ketiga)* Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, Baginda saw tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti Baginda saw sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

*APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK LAIN, AGAMA LAIN”?*

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular.

Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya.

Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

*ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?*

Ya, politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah.

Menurut sekelian ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat;

*(pertama)* dilakukan kerana Allah,
*(kedua)* mengikut Syari’at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah).

Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik yang berleluasa hari ini), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.

*BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AS-SUNNAH?*

Iaitu dengan kita menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kita dalam berpolitik.

*(Pertama)* Dari sudut tujuan dan matlamat kita berpolitik, hendaklah selari dengan matlamat politik al-Quran dan as-Sunnah.

*(Kedua)* Dalam melantik pemimpin, hendaklah kita melantik pemimpin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

*(Ketiga)* Seorang pemimpin apabila telah dilantik, wajiblah ia memimpin rakyatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

*(Keempat)* Rakyat hendaklah sentiasa memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya berpandukan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

*(Kelima)* Kedua-dua pemimpin dan rakyat hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

*APAKAH MATLAMAT BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?*

Iaitu untuk menegakkan Syari’at Allah (yakni peraturan dan hukum-hakam Allah) di dalam negara dan memimpin rakyat berdasarkan Syari’at tersebut.

Dalam pengertian yang lain, untuk menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan Syari’at Islam.

Matlamat ini menepati tugas Khalifah (penguasa) yang ditegaskan Allah kepada Nabi Daud di dalam al-Quran;

*_“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Syari’at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah”._*
(Shad; 26)

*KENAPAKAH MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH AMAT PENTING DI DALAM NEGARA?*

Agar negara kita sentiasa dijaga oleh dilimpahi barakah oleh Allah. Negara yang diberkati Allah ialah negara yang penduduknya bertakwa dan makna takwa ialah mematuhi perintah Allah (yakni Syari’atNya) dan menjauhi maksiat serta munkar. Firman Allah;

*_”Sekiranya penduduk suatu negeri atau negara itu, mereka beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, akan tetapi mereka mendustakan (ajaran Rasul kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”._*
(al-A’raf; 96)

*APA AKIBAT PENGABAIAN HUKUM SYARIAT DI DALAM NEGARA?*

Pengabaian Syari’at Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah. Firman Allah;

*_“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”._*
(al-An’am; 6)

Kebinasaan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi keluarga dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan.

Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk dalam masyarakat kita.

*KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?*

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik.

Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan mungkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir).

Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

*BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?*

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

*_“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”._*
(al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

Wallahu a'lam

Sabtu, 23 Disember 2017

Apa lagi yang tak kena dengan PAS?.

Dulu..  orang kata PAS tak boleh memerentah kerana tak ada pengalaman.  Tok tok Lebai dengan serban dan kain pelekat..  dengan ilmu tinggi agama saja, tapi ilmu ekonomi tak tau..  mana pandai tadbir negeri?.

Sekarang.. Tok Lebai PAS telah buktikan sudah suku abad lebih pegang negeri miskin,  hasil mahsul terhad,  dibuli lagi kerajaan pusat dengan  royaliti minyak dilarikan..   elok saja PAS tadbir.

Bukan main ego Umno/Bn kata Kelantan akan bankrap dalam masa tiga bulan. Sekarang apa jadi?..  bahkan berjaya bayar hutang lagi. Audit Negara pun amat puas hati,  tak ada sorang pun Tuan Tuan Guru yang pernah jadi MB diheret ke mahkamah!.

Bandingkan dengan umno yang dipuja melangit tu.. berapa orang dah MB yang terpalit rasuah?.  cuba baca sejarah Dato Harun Idris, Mat Taib, Isa Samad,  Khir Toyo, Montoya.. dll. Berapa banyak pulak kes yb yb serta menteri yang sebenarnya diintip sprm?. Hanya kerana kuasa mereka masih bertahan.

Rekod apa lagi yang perlu PAS kemukakan sebagai bukti bahawa PAS mampu?. Jauh lebih mampu dari kerajaan yang baru setahun jagung itu. Baru kena banjir sikit dah menangis..

Berapa banyak idea idea PAS yang umno/bn ambil?.. tapi ada PAS kesah?.  Asal untuk kebaikan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Ambil contoh mudah saja.. pacak papan tanda menunjukan arah masjid tu pun ameno tak tefikir.

.. PAS masih ada terlalu banyak idea sebenarnya kalau berkuasa.  Sebabnya kerana PAS menimba dari sumber galian yang tak habis habis; al Quran dan as Sunnah. Parti lain dah semakin kehabisan minyak. Hanya menanti masa akan rebah.

Sudah sudahlah percayakan parti keramat kononnya.  Mengapa masih marahkan PAS?. PAS telah buktikan, .. cuma entah di mana silapnya, masih tak terima bukti nyata.  Ataukah bukti itu masih tak sampai ke tangan ke? Atau.. belum pandai menilai kesahihan bukti?.

Agaknya ada betulnya juga dakwaan orang.. bahawa yang kurang bukan bukti atau bakti,  tetapi soal hati. Kalau hati dah benci, permata tetap dikata kaca. Rela hidup derita.. Asal ISLAM tidak dijadikan dasar pemerentahan.

Ustaz Abdul Karim

Jumaat, 22 Disember 2017

Usaha Mengkhianati Islam

Usaha mengkhianati Islam bukanlah perkara baru, ia sudah berlaku sejak berita mengenai akan lahirnya seorang nabi yang bukan dalam kalangan Bani Israel, berita kelahiran tersebut menjadi sesuatu yang amat menakutkan. Dalam kitab-kitab suci pelbagai agama telah mengesahkan seseorang yang bernama Muhammad akan diutus bagi membetulkan akidah manusia yang sudah terpesong, kerana menjadikan agama sebagai faktor memusnahkan sesama manusia.

Penyelewengan ajaran agama terutamanya dalam kalangan agama Samawi telah menyebabkan sengketa yang berpanjangan antara pihak yang berlainan fahaman, bahkan antara penganut Katholik dan Protestan berlaku pertumpahan darah yang besar. Antara penganut agama Yahudi dan Kristian berlaku konflik yang menyebabkan sebahagian mereka tersingkir dan dibunuh.

Menurut Karen Armstrong dalam bukunya Perang Suci, tidak ada agama yang buruk, tetapi oleh kerana berlakunya penyimpangan dalam amalan menjadikan agama itu dilihat buruk.

Dari segi Islam, menurut Karen Armstrong bahawa al-Qur’an memberikan petunjuk kepada manusia secara lengkap, tidak ada pemisahan antara keperluan amalan spiritual dan kehidupan dunia, menyebabkan agama-agama lain tercabar. Agama-agama lain hanya mengajarkan manusia bagaimana untuk hidup selepas mati, sedangkan Islam meletakkan kehidupan dunia sebagai jambatan yang menghubungkan akhirat.

Dari segi sejarah juga mencatatkan bahawa praktik Islam sebagai “cara hidup” di mana antara penguasa atau elit tidak mempunyai jurang yang lebar kecuali dari segi keilmuan dan ketakwaan menyebabkan Islam cepat diterima oleh penganut-penganut agama lain. Kehidupan penganut agama lain amat berbeza antara seorang pendeta, elit yang berkuasa dan rakyat biasa.

Sifat unik yang dimiliki oleh Islam itu menyebabkan para elit agama memulakan gerakan untuk menghancurkan agama terakhir yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk mengkhianati Islam, elit agama melakukan pelbagai cara termasuk mengkritik secara langsung mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, mencemoh Nabi Muhammad SAW dan menuduh Islam menghina wanita.

Pertentangan secara langsung itu dikatakan bermula semasa permulaan kehadiran Islam lagi namun ianya berjaya dihadapi dengan baik apabila sebahagian besar mereka yang menentang Islam mula memahami bahawa kesederhanaan dan kemesraan yang diteladankan oleh Nabi Muhammad berjaya melembutkan hati yang memberontak. Mereka itu kemudiannya menjadi srikandi Islam dan sanggup berkorban atas perjuangan Islam antaranya Amr al-As, Umar al-Khattab, Saad ibni Waqs dan sebagainya.

Pada abad pertengahan, kerana Islam muncul sebagai kuasa baru manakala Eropah berada dalam zaman kegelapan, pihak gereja mula mengatur langkah untuk melumpuhkan Islam. Pada tahun 1095M, Pope Urbanus II membakar emosi penganut Kristian dalam satu pidatonya yang membawa kepada berlakunya Perang Salib.

Pope Urbanus II berkata,”Khabar buruk telah tiba dari Jerusalem dan Konstantinapol, bahawa sebuah bangsa asing yang terkutuk dan menjadi musuh Tuhan, yang tidak lurus hatinya, dan yang jiwanya tidak setia kepada Tuhan, telah menyerbu tanah orang-orang Kristian dan membumihanguskan mereka dengan pedang dan api secara paksa.

Tambah Pope lagi, “kewajipan siapa lagi kalau bukan kalian, yang harus membalasa dendam dan merebut kembali daerah-daerah itu? Ingatlah, Tuhan telah memberikan kalian banyak kelebihan dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain: semangat berjuang, keberanian, keperkasaan dan ketidakgentaran menghadapi sesiapa pun yang hendak melawan kalian.

Ingatlah pada keberanian nenek moyang kalian, pada kekaisaran Karel Agung dan Louis, anaknya serta raja-raja lainnya yang telah membasmi Turki dan menegakkan agama Kristian di tanah mereka. Kalian harus tergerak oleh makan kudus Tuhan Jesus Juru Selamat kita, yang kini ada di tangan orang-orang najis; kalian harus bangkit berjuang, kerana kalian telah tahu, banyak tempat-tempat suci telah dikotori, diperlakukan secara tidak senonoh oleh mereka.”

Setelah Yahudi menjadi sebuah gerakan yang berpengaruh apabila disusun semula oleh Thedr Herzl melalui protokolnya terkenal, usaha menghancurkan Islam menjadi semakin kuat atas alasan untuk mendapatkan kembali bumi Palestin dengan dakwaan bahawa di situlah “tanah yang dijanjikan.”

Gerakan mengkhianati Islam dilaksanakan melalui satu lagi pendekatan iaitu memesongkan akidah para penganutnya. Cara yang dilakukan ialah menyenaraikan pelbagai fitnah terhadap Islam melalui pendekatan ilmiah dan rasional pemikiran selaras dengan perkembangan falsafah ilmu di Barat. Negara-negara Islam yang telah dijajah terus ditekan sehingga berjaya mengubah kaedah pemikiran masyarakat bahawa agama adalah bersifat individu dan personal.

Kini, timbul semula gerakan mengkhianati Islam secara terbuka apabila George Walker Bush mula menggunakan pendekatan “melawan terrorisme” setelah Amerika Syarikat dimalukan oleh Revolusi Islam Iran,dan “diperintahkan oleh Tuhan” untuk berperang di Iraq dan Afghanistan.

Kemunculan pelbagai kaedah mengkhianati Islam menjadi semakin semarak kemudianya di Eropah, misalnya menyiarkan kartun Nabi Muhammad sebagai pengganas dalam akhbar, menerbitkan filem dokumentari memburuk-burukkan Islam, mengajak masyarakat umum menulis mesej kepada Nabi Muhammad, propaganda al-Qur’an sebagai hasil tulisan manusia, mengumpul pendapat awam mengenai ikon Islam (kubah masjid, pakaian menutup aurat muslimah dan kemasukan imigran muslim) dan menggunakan lagu mencaci al-Qur’an.

Salman Rushdie yang menulis mengenai ayat-ayat setan telah diwartakan sebagai “boleh dihukum mati” oleh bekas pemimpin tertinggi Iran manakala Naslim Taslima yang menulis menghina Islam turut dikecam dan diancam bunuh oleh mereka yang marahkannya. Apa yang menyedihkan ialah apabila orang Islam sendiri telah hilang akar keislamannya, sanggup dipergunakan oleh pelbagai pertubuhan asing (bukan Islam) untuk menghancurkan Islam secara halus melalui rangkaian program kemanusiaan dan kesejahteraan sosial.

Sebenarnya ingatan telah diberikan oleh Allah SWT bahawa: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi orang kepercayaanmu orang-orang yang di luar dari kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebenaran dari mulut mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya, Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, pada hal mereka tidak menyukai kamu dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menemui kamu, mereka berkata,”Kami Beriman” dan apabila mereka bersendirian, mereka menggigit hujung jari dengan marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka), “Matilah kamu kerana kemarahan itu.” Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.” Ali-Imran (3):118-119.

Catatan:Kamarun KH

Sabtu, 16 Disember 2017

Budaya Politik Matang & Sejahtera - Siri 4

Siri 4
Oleh : Tongkat Sunan

Budaya Politik Matang & Sejahtera
1. Bertunjang Prinsip
2. Politik Dakwah
3. Amar Makruf Nahi Mungkar
4. Fokus Penyelesaian Islam
5. Pertentangan Dasar Bukan Fizikal
6. Utamakan Kepentingan Rakyat, Kurangkan Politiking
7. Politik Aman & Diplomasi
8. Politik Sebenar Bukan Persepsi
9. Politik Rasional & Profesional

*Politik Dakwah*

Sekarang berleluasa fitnah yang mengatakan bahawa PAS kini sudah bersekongkol dengan Barisan Nasional, lebih banyak berdiam diri dan menyokong di dalam diam, menerima pula imbuhan daripada kerajaan dan kini PAS tidak lagi menjadi bahan cercaan kerajaan. Mereka menggunakan hadis-hadis Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bagi menyokong tuduhan dan fitnah jahat mereka.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, PAS konsisten dengan pendekatan Dakwah & Siasah serta dalam masa sama tidak melupakan Tarbiyah kepada ahli-ahlinya. Inilah barangkali strategi PAS yang tidak pernah ditinggalkan sejak dari mula penubuhan PAS pada tahun 1951 hinggalah ke saat ini. Cuma barangkali pendekatannya tidak sama mengikut peredaran zaman.

Firman Allah swt yang berbunyi;

وَمَاۤ اَرۡسَلۡنٰكَ اِلَّا كَآفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيۡرًا وَّنَذِيۡرًا وَّلٰـكِنَّ اَكۡثَرَ النَّاسِ لَا يَعۡلَمُوۡنَ

Artinya : "Dan Kami tidak mengutus kamu, malainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui." (QS. Saba: 28)

Sebagai ummat Nabi Muhammad saw, maka setelah kewafatan Baginda saw, tanggungjawab dakwah itu terbeban ke atas setiap yang mukallaf daripada kita baik lelaki mahupun perempuan. Namun pendekatan dakwah tersebut justeru mempunyai kaedah-kaedah yang pelbagai sehingga ianya boleh diasimilasikan dengan gerak kerja siasah atau tanpanya. Dan terbukti di Malaysia ini sebahagian masyarakat mengambil pendekatan dakwah melalui saluran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau juga melalui premis-premis pendidikan rasmi dan swasta.

Firman Allah swt lagi;

اُدۡعُ اِلٰى سَبِيۡلِ رَبِّكَ بِالۡحِكۡمَةِ وَالۡمَوۡعِظَةِ الۡحَسَنَةِ​ وَجَادِلۡهُمۡ بِالَّتِىۡ هِىَ اَحۡسَنُ​ؕ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعۡلَمُ بِمَنۡ ضَلَّ عَنۡ سَبِيۡلِهٖ​ وَهُوَ اَعۡلَمُ بِالۡمُهۡتَدِيۡنَ‏

Artinya : "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. An-Nahl:125)

Dalam hal ini pula, Allah swt menunjukkan bagaimana kaedah dakwah itu harus dilaksanakan kepada mad'u atau sasaran dakwah itu sendiri. Bukan hanya pendekatan serang dan serang tanpa memberi peluang untuk mad'u membuat pembetulan atas kesilapannya dan tanpa memberi peluang kepada mad'u untuk berubah. Dakwah itu mesti dengan bijaksana, setiap mad'u maka berbeza kaedah dan caranya. Mad'u dalan kelompok siasah atau politik pendekatan dakwahnya berbeza dengan mad'u masyarakat umum dan mad'u kepada pemerintah yang zalim pastinya juga mempunyai pendekatan yang berbeza.

Secara bahasa Mau'izhah hasanah terdiri dari dua kata, yaitu Mau'izhah dan hasanah. Kata mau'izhah berasal dari kata Wa'adza ya'idzu-wa'adzun- I'dzatan yang berarti nasehat, bimbingan, pendidikan dan peringatan. Sementara hasanah atau merupakan kebaikan dari sayyi'ah yang berarti kebaikan.

Tuduhan melulu kepada PAS untuk bergabung dengan Barisan Nasional @ UMNO adalah satu tuduhan yang jelas bersifat fitnah dan jahat, yang mana tuduhan ini dilihat untuk memusnahkan perjuangan Islam yang didominasi oleh PAS di Malaysia.

PAS sendiri tidak pernah menghalang mana-mana pertubuhan atau parti yang hendak mengangkat Islam sebagai wadah perjuangannya, namun dengan mengkhianati perjuangan PAS dan dalam masa yang sama menidakkan perjuangan Islam ini, adalah suatu perkara yang tidak dapat dibenarkan.

Allah SWT berfirman:

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ.  إِذْ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلْوَادِ ٱلْمُقَدَّسِ طُوًى. ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ. فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ. وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ.

“Sudah sampaikah kepadamu (ya Muhammad) kisah Musa. Tatkala Tuhannya memanggilnya di lembah suci ialah lembah Thuwa; “Pergilah kamu kepada Fir’aun, Sesungguhnya Dia telah melampaui batas, dan Katakanlah (kepada Fir’aun): “Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)”. Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?“” (QS. An-Nazi’at: 15-19).

Mengapa Allah swt memberitahu kepada Nabi Muhammad saw tentang kisah Nabi Musa as ini? Adakah hanya sekadar untuk bercerita? Jadi di sini dapat diambil pengajaran daripada ayat tersebut akan kaedah dakwah yang dianjurkan dalam Islam.

Bersesuaian pula dengan pendekatan PAS untuk mengambil pemerintahan secara muwajahah silmiah iaitu secara aman sejahtera melalui jalan pilihanraya.

Namun itu tidak bermakna PAS akan bergerak dengan dakwah semata-mata, kerana PAS bergerak atas konsep Dakwah, Siasah dan Tarbiyah.

Apabila ramai penentang-penentang PAS mempersoalkan kenapa PAS tidak mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang ada sekarang ini atas isu 1MDB? Adakah PAS kononnya telah menerima dedak yang bukan sedikit daripada beliau? Tetapi jawapan PAS adalah kerana dengan  kita menumbangkan individu, maka selepas itu akan naik lagi individu yang mungkin lebih teruk daripada itu. Maka yang perlu ditumbangkan adalah sistem itu sendiri bukannya individu. Namun penjelasan PAS ini amat sukar dipahami oleh mereka yang memang tidak mahu membuka akal fikir mereka.

Samalah juga dengan menerima kembali Tun M sebagai bakal Perdana Menteri akan datang sekiranya Pakatan Harapan menang, maka ianya bakal mengulang sejarah kediktatoran selama 22 tahun dahulu.

Maka dakwah PAS adalah menukar sistem sekular yang ada sekarang kepada sistem Islam, mengubah pendekatan sekularisme kepada pendekatan Islamik. PAS bukan mahu memaksa bukan Islam untuk memeluk Islam, tetapi apa yang PAS mahu ialah meletakkan Islam sebagai method pentadbiran yang bakal memberi keuntungan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Ini barulah sesuai dikatakan yang Islam itu "rahmatan lil aalamin", slogan dan tindakannya hendaklah berjalan seiring dan bukan hanya slogan di bibir atau di atas kertas semata-mata.

Akhir kalam, pejuang-pejuang RAHMATAN LIL AALAMIN hendaklah berfikir panjang dengan akal yang sihat dan sejahtera, usah dibungkam dengan benci dan dendam maka segala yang baik turut menjadi buruk kerana bersebab yang baik itu daripada PAS. Lihatlah dengan mata hati dan bukan dengan mata kaki.

Wallahu 'alam...
Siiru 'ala barakatillah..

#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM
Jom KLIK dan LIKE
https://www.facebook.com/mampu.centre

Khamis, 14 Disember 2017

Malaysia Terus Rosak Jika Diserah Kepada Mahathir – PAS

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat usaha Pakatan Harapan (PH) untuk memberi mandat kepada Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi, akan menjerumuskan negara kepada kerosakan yang lebih teruk. Kerosakan yang telah dibuat melalui dasar dan amalan semasa 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, sehingga hari ini masih membebankan rakyat. Pelbagai usaha pembetulan semula telah dilakukan di zaman pemerintahan dua Perdana Menteri selepas Dr Mahathir juga oleh kerajaan-kerajaan negeri yang pernah dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihanraya Umum (PRU) tahun 2008, masih belum berupaya membaiki kerosakan tersebut. Oleh sebab itu, usaha PH untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir sekali lagi adalah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang berfikiran waras.

Selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, beliau telah memperkenalkan dasar dan amalan pemerintahan yang merugikan negara dan rakyat. Ketika pemerintahan Dr Mahathir, beliau telah melakukan pemusatan kuasa yang cukup jelas dengan menjadikan kuasa Perdana Menteri begitu besar sehingga berlaku campurtangan terhadap Institusi Kehakiman dan Legislatif. Malah lebih daripada itu, beliau sebagai Perdana Menteri telah berjaya menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui dua pindaan Perlembagaan Persekutuan iaitu pada tahun 1983 dan 1993. Beliau juga telah menghakis dasar dan amalan berkaitan dengan faderalisme sehingga melanggar perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri seperti dalam isu yang berkaitan dengan royalti petroleum. Sekiranya Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi, diyakini beliau akan menjadi lebih ‘kuku besi’ dari sebelum ini.  

Di dalam aspek ekonomi pula, Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar dan amalan yang banyak merugikan negara dan rakyat. Akibat dari dasar dan amalan tersebut menyebabkan rakyat menanggung bebannya sehingga hari ini, seperti kenaikan kos sara hidup, hutang isi rumah terus meningkat dan jurang kaya-miskin yang melebar. Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir yang semakin kelihatan kegagalannya ialah Dasar Penswastaan. Dasar inilah yang telah menyebabkan rakyat sehingga hari ini menanggung kenaikan kadar tol, tarif elektrik dan air yang tinggi, bebanan hutang PTPTN dan lain-lain. Selain daripada dasar tersebut, terdapat beberapa lagi dasar dan amalan zaman pemerintahan Dr Mahathir yang membebankan rakyat seperti penggalakan pemilikan kenderaan peribadi, peminggiran sektor pertanian, penyuburan peranan orang tengah dan lain-lain lagi.

Semasa pemerintahan Dr Mahathir juga, rakyat turut menghadapi pelbagai kesan buruk dalam aspek sosial. Salah satu perkembangan sosial yang tidak sihat semasa pemerintahan beliau ialah mengurangkan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menentukan rupabentuk bangsa dan jatidiri rakyat Malaysia. Beliau telah memperkenalkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Metematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah secara langsung menghakis peranan Bahasa Kebangsaan dalam pendidikan. Di zaman Dr Mahathir juga, berlakunya liberalisasi Pendidikan tinggi sehingga Bahasa Kebangsaan semakin terpinggir di peringkat Pendidikan tinggi. Selain daripada itu, tidak dapat dilihat kejayaan-kejayaan Dr Mahathir semasa pemerintahannya dari segi pengukuhan perpaduan kaum, pembasmian penyalahgunaan dadah, pengurangan jenayah dan lain-lain.

Berdasarkan sebab-sebab yang dipaparkan secara ringkas di atas, PPP berpendirian usaha PH untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya PH menang selepas PRU ke-14 ini akan menyebabkan negara dan rakyat terus terjerumus dengan kerosakan politik, ekonomi dan sosial. Tanpa niat untuk mencampuri urusan rumahtangga PH, PPP berpandangan PH sepatutnya mengemukakan calon Perdana Menteri yang dapat meneruskan agenda reformasi yang dicetuskan oleh Ketua Umum mereka, Dato Seri Anwar Ibrahim. Mengembalikan Dr Mahathir ke tampuk pemerintahan negara bermakna agenda reformasi yang diperkenalkan sejak dua dekad yang lalu akan berkubur. Oleh sebab itu, PPP melihat langkah PH ini tidak menyumbang kepada agenda membaiki kerosakan negara yang akibat dari dasar dan amalan semasa zaman Dr Mahathir.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

14 Disember 2017
25 Rabiuawal 1439

Isnin, 11 Disember 2017

POLITIK DAN PENYATUAN UMMAH

Ada sebahagian org berpendapat politik memecahkan ummah.. Mereka menyarankan ketepikan politik jika ingin ummah bersatu.. Org melayu n Islam berpecah kerana politik n politik adalah kotor.Kesannya ada sebahagian org Islam tak ambil tahu pasal politik n pilihanraya .. Biarlah org yg kotor memerintah selamanya?  Hizbu Tahrir menolak politik demokrasi secara total dan menwar2kan Khilafah.. Tapi bila ditanya mcm mana nak menubuhkan Khilafah mereka sendiri tak boleh beri jawapan. Ada yg berhujah nak tegakkan Islam dgn berdakwah.. Jika semua org terima Islam lahirlah negara Islam.. Itu antara hujah n kelompok yg menolak politik di negara.. Hakikatnya mereka sebenarnya menyerang PAS sebuah jamaah Islam sebagai satu uslub dlm menegakkan  Islam..Jika PAS tiada hanya ada BN n PH adakah Islam akan ditegakkan???  Pk.

PAS satu2 parti yg meletakkan secara jelas islam sebagai dasar perjuangannya. Ada yg mendakwa PAS serpihan dari umno.. Mungkin secara umumnya nampak begitu tapi hakikatnya tidak.. PAS adalah kesinambungan dari HIZBULLAH yg diharamkankan oleh BRITISH.. ketika seblm merdeka hanya UMNO parti politik yg dibenarkan oleh British n org melayu tiada pilihan selain bersama umno utk menentang Malayan Union. PAS ditubuhkan oleh ulama setelah merasakan umno hanya menjadi proksi British.. Dan British hanya proksi gerakan Zionist sedunia..

PAS menentang umno bukan kerana nak kuasa semata2 ..PAS menentang umno kerana umno mengikut arahan British dgn melaksanakan dasar sekular iaitu memisahkan agama dari politik..Perpecahan ummah bukan disebabkan politik kepartian tetapi soal dasar samada mempertahankan sistem sekular atau menerima Islam secara keseluruhannya.. Inilah punca utama perpecahan ummah kerana Ada org Islam yg menerima dasar sekular dlm berpolitik..

Sekular adalah memisahkan agama dari politik.. Mereka tetap solat,  puasa,  menunaikan haji,  Zakat dll tetapi utk perundangan, ekonomi,  pendidikan n pentadbiran negara mereka mengambil selain dr Islam.. Inilah sebenarnya punca perpecahan ummah bilamana org Islam sendiri mempertahankan sistem sekular bukan politik kepartian.. Maka sebab ini PAS ditubuhkan utk mendapat kuasa bagi melaksanakan Islam..

Agak lucu jika ada org mendakwa PAS mempolitikkan ugama.. Termasuk agamawan yg selesa  Di bawah kerajaan sebagai Mufti, Pensyarah n jawatan2 tinggi kerajaan.. Hakikatnya sebab PASlah mereka mendpt Jwtn tinggi dlm kerajaan kerana digunakan utk menyekat pengaruh PAS. Lihatlah dasar negara yg bercampur haq n batil.. Ada riba ada perbankkan Islam.. Ada Judi halal ada Judi haram,, Ada undang2 sivil ada undang2 syariah.. Ada Pencetus ummah Ada gegar vaganza dll.

Ada yg marah PAS bawa bendera semasa perhimpunan solidariti Palestine.. Jgn libatkan politik dlm himpunan.. Pelikkan program anjuran PAS tapi PAS tak bole bawak panji PAS!! NGO2 yg bersama bawa bendera dan lambang mereka bg menunjukkan mereka bersama2 bersolidariti dgn rakyat Palestine tapi ada yg marah PAS bawak bendera dlm himpunan tersebut.. Yg marah tu haram tak dtg!! PAS tak marah sapa2 nak bwk lambang mereka bg menzahirkan kebersamaan dgn rakyat Palestine.. Hakikatnya merekalah yg nak mempolitikkan semua perkara..

Politik bukan punca sebenar perpecahan ummah tapi pendirian mereka yg menolak Islam as way of life.. Selamanya ummah takkan bersatu jika mereka mengikut ideologi2 ciptaan manusia.. Ummah takkan bersatu jika umat Islam sendiri tidak yakin dgn Islam.. Marilah kita bersatu atas dasar Islam bersama PAS.Tak Kira Kamu ahli politik, ahli Sufi,  profesional, pelajar pondok, rakyat marhain,  jutawan, ahli dakwah, NGO2 .aktivis2 dll kita bersatu utk mengangkat Islam dlm PRU 14  . PAS hanyalah alat bukan matlamat.. Pilihanraya hanya wasilah utk mendapat kuasa utk melaksanakan Islam.. Pemimpin datang n pergi tapi perjuangan tetap diteruskan.Marilah kita bersama2 PAS utk meletakkan Islam ditempatnya.

SAMADA MENANG ATAU KALAH PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN.

JOM BERSAMA PAS..

FASTAQIM
# UP

Sumber dari Abu Afiq

Sistem Politik Dalam Islam

1.0 Pengertian Politik Menurut Islam

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'

Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam.

Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.

la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"

2.0 Asas asas Sistem Politik Islam Asas asas sistem politik Islam ialah:

2.1 Hakimiyyah Ilahiyyah Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.

Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang memiliki suatu bahagian daripadanya.

Fir man Allah yang mafhumnya: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya."
(Al-Furqan:2)

"Bagi Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan (hokum) dan kepada Nya kamu dikembalikan." (A1 Qasas: 70)

"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." (A1 An'am: 57)

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:

-Bahawasanya Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa

 -Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya dan ber'ibadat kepada Nya

 -Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu satu Nya Pencipta

 -Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan peraturan, sebab Dialah satu satu Nya Pemilik

 -Bahawasanya hukum Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.

2.2 Risalah Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan jalan hidayah.

Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan daripada Allah untuk diri mereka dan juga untuk umat umat mereka.

Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at Nya kepada manusia.

Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik Islam.

Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.

Para rasul menyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan mereka.

Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah s.a.w.

Manusia diwajibkan tunduk kepada perintah perintah Rasulullah s.a.w dan tidak mengambil selain daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara mereka.

Firman Allah yang mafhumnya: "Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggatkanlah." (Al Hasyr: 7)

"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah."
(An Nisa': 64)

"Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang orang mu'min, akan Kami biarkan mereka bergelimang daiam kesesatan yang telah mereka datangi, dan Kami masukkan ia ke dalam jahannam dan jahannam itu adalah seburuk buruk tempat kembali." (An Nisa: 115)

"Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An Nisa': 65)

2.3 Khalifah Khalifah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah.

Ini juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang undang Allah dalam batas batas yang ditetapkan.

Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik yang sebenarnya.

Firman Allah yang mafhumnya: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi... " (Al Baqarah: 30)

"Kemudian Kami jadikan kamu khalifah khalifah di muka bumi sesudah mereka supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat." (Yunus: 14)

Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar benar mengikuti hukum hukum Allah.

- Oleh itu khilafah sebagai asas ketiga dalam sistem politik Islam menuntut agar tugas tersebut dipegang oleh orang orang yang memenuhi syarat syarat berikut:

-Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang benar benar menerima dan mendukung prinsip prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam pengertian khilafah

-Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh Nya -Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang ber'ilmu, berakal sihat, memiliki kecerdasan, kea'rifan serta kemampuan intelek dan fizikal -Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa keraguan

3.0 Prinsip prinsip Utama Sistem Politik Islam Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara di antaranya:

3.1 Musyawarah - Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah.

-Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang orang yang akan menjawat tugas tugas utama dalam pentadbiran ummah.

-Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undangundang yang telah dimaktubkan di dalam al gur'an dan al Sunnah.

-Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan jalan menentukan perkara perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.

3.2 Ke'adilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam.

Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip ke'adilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak anaknya.

Oleh sebab kewajiban berlaku 'adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut.

Pemeliharaan terhadap ke'adilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

3.3 Kebebasan Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan.

Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan negara Islam.

3.4 Persamaan Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah.

Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang ditetapkan oleh undang undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang undang.

3.5 Hak Menghisab Pihak Pemerintah Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemeriritah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya.

Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.

Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusankeputusan pihak pemerintah.

Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)

"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26) 4.0 Tujuan Politik Menurut Islam Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam.

Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.

- Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam.

-Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam

-Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih

-Menjaga keamanan daerah daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai

-Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak manusia

-Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar

-Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam

-Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'

 -Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir

-Mengangkat pegawai pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara

-Menjalankan pengaulan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal amam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din. 

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Islma untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'ALLAH' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Amirul Amin
Universiti Utara Malaysia