Ahad, 30 April 2017

Keperluan Kesatuan Fikrah dan Amal Umat Islam

Kesatuan Ummah adalah harapan para pejuang Islam yang ikhlas dalam perjuangan. Ini adalah pasti. Kesatuan ummah amat diperlukan untuk membina kekuatan umat Islam masa kini.

Sekarang  pula wujud kepelbagaian jemaah Islam, sama ada di dalam Malaysia atau di peringkat antarabangsa. Tidak dinafikan, setiap jemaah ada ciri dan kelebihan tersendiri yang membezakannya dengan jemah-jemaah Islam yang lain. Walau bagaimanapun, perbezaan yang wujud adalah akibat perbezaan cara berfikir dan berijtihad (berdasarkan nas, sudah pasti) dan metod dakwah yang digunakan oleh sesebuah gerakan Islam.

Perbezaan JIM, ABIM, Hizbut Tahrir, Tabligh dan beberapa gerakan Islam yang lain dengan gerakan Islam PAS adalah penglibatan PAS secara langsung di dalam medan politik tanah air. Ini perbezaan ketara antara PAS dan gerakan-gerakn Islam yang lain kerana gerakan Islam lain menafikan penglibatan mereka secara terus di dalam medan politik kepartian di Malaysia.

Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya PAS juga akan mengikut jalan seperti jalan-jalan dakwah yang dilalui oleh NGO-NGO Islam yang lain.

Siapakah yang akan berusaha mendaulatkan Islam secara berhadapan dengan parti-parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka yang berpolitik?

Siapa yang akan menjadi suara dominan yang mempertahankan kesucian Islam melalui perundangan-prundangan atau dasar-dasar yang diputuskan di dalam dewan mulia Parlimen?

Adakah NGO-NGO Islam berpeluang untuk duduk dikerusi Parlimen dan mempertahankan kesucian serta menyebarkan dakwah Islam di dalam dewan Parlimen? Sudah tentu tidak, kerana mereka tidak terlibat dengan politik kepartian dan layak untuk menjadi calon.

Ini berbeza dengan PAS yang merupakan wadah keberlangsungan dakwah Islam di tanah air Malaysia yang mengguankan politik sebagai salah satu wasilah disamping wasilah-wasilah dakwah yang lain.

Dari pengamatan saya, dalam situasi semasa, PAS mampu menjadi wadah penyatuan ahli-ahli gerakan Islam dari pelbagai jemaah atau gerakan-gerakan Islam yang lain untuk bersama-sama mempertahankan Islam di Malaysia daripada musuh-musuh Islam. Kekuatan umat Islam dari pelbagai pecahan jemaah Islam yang lain harus di salur dakn diperkasakan melalui satu tanzim yang tersusun. Adalah tidak releven untuk mewujudkan gerakan Islam yang baru untuk menentang musuh-musuh Islam melalui medan politik kepartian sedangkan sudah ada yang berjuang melaluinya. Apa yang perlu sekarang adalah kesatuan ummah.

Ya, dari sudut jemaah masing-masing, ada metod pentarbiyyahan dan dakwah tersendiri, sedikit berbeza dari satu dengan yang ain, tapi yang pastinya, untuk melihat syariat Allah tertegak di diri setiap muslim dan bumi Malaysia adalah menjadi impian da cita-cita bagi setiap gerakan Islam yang wujud. Boleh sahaja, pada saya, setiap gerakan Islam memainkan peranan dengan melaksanakan amal-amal islami melalui gerakan Islam masing-masing, tetapi untuk penyatuan yang lebih besar dan lebih utama, adalah diharapkan agar ahli-ahli gerakan Islam dari pelbagai gerakan Islam lain utuk berpayung di bawah satu payung yang diharapkan mampu menjalankan syariat slam secara syumul di bumi Malaysia melalui medan politik tanah air.

Saya ingin memetik salah satu bab atau pelajaran oleh Ustaz Sa’id Hawwa di dalam bukunya, ‘Beberapa pelajaran Dalam Amal ISlami 1’:

PERLUNYA MENCARI SUATU CORAK PENYUSUNAN DEMI UNTUK

HARAKAH ISLAMIYYAH YANG SATU

 Allah Subhanahu Wata‘ala memerintahkan kepada orang-orang Islam supaya mereka menjadi seperti tangan yang satu. FirmanNya di dalam Al Qur’an:

 “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (ugama) Allah, dan jangan berceraiberai.”

(Surah Ali-Imran: Ayat 103)

 “Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar

dan hilang kekuatan.”

(Surah Al-Anfal: Ayat 46)

 Orang-orang Islam secara keseluruhannya berkewajipan untuk bekerja bagi melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala ini. Tetapi bagaimanakah dapat kesemua orang-orang Islam di dalam sesuatu negeri bersatu sehingga menjadi seperti tangan yang satu, dan bagaimanakah pula seluruh orang-orang Islam di dalam suatu daerah dapat bersatu sehingga menjadi seperti tangan yang satu; dan bagaimana pula semua orang-orang Islam di dalam sesuatu benua atau di seluruh dunia dapat bersatu menjadi seperti tangan yang satu, menjadi blok yang satu?

 Sesungguhnya kita berkewajipan untuk mencari dan memeriksa corak-corak penyusunan ( الصيغ التنظيمية ) yang dengannya matlamat di atas, dapat dicapai, serta berkewajipan memeriksa dan mencari individu-individu yang dapat bergerak ke arah pencapaian matlamat-matlamat ini. Begitu juga kita berkewajipan menyelidiki halangan-halangan yang merintangi usaha-usaha ke arah ini sehingga dapat kita membersihkannya. Orang-orang Islam tidak akan lemah dengan fadilat Allah untuk mencapai satu tahap yang sempurna di dalam usaha ini. Dan mereka mestilah bersatu buat mengahadapi sesiapa sahaja yang menghalang dan terlaksananya suruhan ini. Sesungguhnya di antara perkara-perkara yang membantu kita ke arah ini adalah dengan adanya langkah-langkah permulaan penyusunan yang tunggal di kalangan orang-orang Islam.

 Oleh itu hendaklah wujud kesedaran Islam ( وعي الاسلامي ) yang luas terhadap apa yang semestinya kita kerjakan. Telah pun kita perkatakan dan Insyã’ALlah akan kita perkatakan lagi di dalam kitab ini sesuatu yang dapat membantu kita dalam usaha ke arah pencapaian matlamat-matlamat yang disebutkan di sini adalah merupakan satu ijtihad yang boleh diperbahaskan Ianya bukanlah merupakan satu-satunya corak yang tunggal, malah corak yang paling istimewa sekali adalah sesuatu yang dihasilkan melalul perbahasan dan sesuatu yang dilahirkan oleh pengalaman. Apa yang perlu ialah setiap orang-orang Islam menghulurkan tangan masing-masing kepada satu sama lain dan mendapatkan tahap minima dan maksima supaya kesemuanya dapat dipertemukan.

 

Ingatlah, selagi mana seluruh orang-orang Islam tidak dapat disusun dan selagi mana penyusunan-penyusunan Islam tidak dapat bertemu pada matlamat—matlamat yang tertentu, maka sesungguhnya satu pengabaian yang sangat merbahaya telah berlaku. Untuk itu orang-orang Islam perlu memiliki ‘aqal yang menyusun ( العقلية المنظمة )di mana ‘aqliyyah ini mampu melahirkan suatu tanzim yang sihat dan yang mampu kelahirkan perubahan-perubahan; semuanya ini mestilah bermula dari sekarang. Tanpa kesemuanya ini, kedudukan orang kafir akan bertambah kukuh dan lebar betapa ngerinya natijah di masa hadapan : Betapa sukarnya untuk mengelakkan bencana ini dan betapa banyak pula dosanya…


Ini antara saranan beliau untuk melihat umat Islam dapat bersatu, dalam konteks sekarang, kepelbagaian gerakan Islam agar dapat bersatu untuk merealisasikan matlamat Islam yang jelas dan besar. Tindakan ke arah penyatuan ini memerlukan kelapangan dada untuk menerima kepelbagaian perbezaan pandangan yang bersifat furu’ akan tetapi adalah perlu untuk disatukan dari sudut fikrah dan amal secara menyeluruh.

 Sebelum ini atau sekarang, mungkin wujud secara rasmi atau tidak rasmi hebahan-hebahan kononnya ‘jemaah sekian-sekian dipihak kita’ atau ‘jemaah sekian-sekian puak sana’. Ini adalah apa yang selalu didengari. Walau bagaimanapun, saya belum melihat wujudnya kesepakatan yang konkrit untuk menyatukan amal Islami mengikut kepakaran dan kebolehan masing-masing. Kesatuan kehebatan umat Islam dari pelbagai ahli jemaah-jemaah Islam, masih belum dapat dilihat secara jelas pada ketika ini. Yang ada hanyalah kritikan dari jauh, rendah-merendahkan jemaah lain dan yang seangkatan dengannya.

 Secara peribadi, saya ada keinginan yang tinggi untuk melihat bersatunya gerakan-gerakan Islam serta ahli-ahlinya di bawah satu payung utama sebagai jalan awal untuk melihat kejayaan umat Islam bersatu di dalam satu wadah, fikrah dan amal. Dari sudut NGO, memang bergerak ikut perancangan, tetapi sangat diharapkan agar perancangan tersebut dapat mencapai matlamat yang besar dan tidak ‘clash’ atau langsung jauh dari keutamaan yang perlu dicapai. Kesepaduan ini hanya dapat dicapai melalui berlakunya kesepaduan yang besar untuk capai matlamat yang lebih jelas.

 Bersediakan kita bersatu?

 P/S: Belajar berlapang dada dengan perbezaan pandangan sesama ahli gerakan Islam, tetapi ukhwah tetap dijaga, sifat tajarrud tetap terpelihara.

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

Jumaat, 28 April 2017

“Islam itu suci dan bersih. PAS boleh membawa isu seperti ini ke peringkat yang lebih tinggi.”

KOTA SARANG SEMUT, 30 Rejab 1438H, Khamis – “Islam itu suci dan bersih. PAS boleh membawa isu seperti ini ke peringkat yang lebih tinggi.”

Demikian kata wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Kumutha Raman ketika memberi ucapan pada Muktamar Dewan Muslimat PAS, malam tadi.

“Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar,” kata Kumutha yang memetik ayat 17 surah Al-Hujurat ketika memberi ucapan.

Kumutha memang tidak asing lagi di kalangan perwakilan dan penyokong PAS, khususnya di Johor

Beliau turut teruja untuk terus bekerjasama dengan muslimat PAS dan menyokong apa yang dibawa oleh parti itu, seperti Akta 355 dan hukum hudud yang hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja.

Katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang mengikhtiraf masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama.

Beliau turut mengingatkan betapa pentingnya untuk sama-sama menyoroti penindasan masyarakat negara lain, terutama etnik Rohingya, di mana umat Islam dibunuh dengan kejam, wanita dirogol, tidak diberikan peluang pendidikan, malah dinafikan hak untuk tinggal di sana dan akhirnya terpaksa menjadi pelarian di negara lain.

“Muslim di sana juga tidak dibenarkan menunaikan haji dan melaksanakan korban sedangkan ia merupakan tuntutan utama untuk orang Islam,” katanya.

Kumutha mencadangkan Malaysia bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menghentikan kekejaman dan meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya, seperti mana pergolakan di Syria yang meraih simpati masyarakat seluruh dunia.

Islamkan Politik, Jangan Politikkan Islam.

Mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan dan pegangan. Walaupun setiap pihak berhak dengan pendapat masing-masing, Islam memerintahkan agar setiap muslim bertindak dengan bijak berlandaskan agama.  Dengan mengislamkan politik, kita akan memastikan gerak kerja politik itu tidak bercanggah dengan Islam. Sekiranya ada pengamalan politik yang belum Islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya. Islam adalah panduan sebelum tindakan.

Orang yang menjadikan Islam sebagai panduan sentiasa bersedia menarik balik sesuatu pandangan atau tindakan sekiranya ia didapati bercanggah dengan ajaran Islam. Dia sentiasa menegakkan keadilan, menjadi  saksi yang menerangkan kebenaran kerana Allah, walaupun keputusan itu tidak memihak kepada diri sendiri, ataupun kaum kerabat.

Pertentangan pendapat dengan seseorang atau sesuatu golongan tidak mendorongnya untuk tidak berlaku adil kepada individu atau golongan tersebut. Baginya sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.

Berpolitik berdasarkan Islam akan membebaskan seseorang daripada ketaksuban, hukuman membabi-buta, kepuakan, permusuhan melampaui batas dan segala akhlak yang jelek. Terasnya adalah prinsip Islam. Rela membelakang parti atau puak, asalkan prinsip terbela.

Mempolitikkan Islam pula adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Segala yang dibuat adalah mengikut gerak kerja politik dan bukan berpandu kepada prinsip Islam. Dia tidak bersedia mengakui kesilapan tindakan diri atau partinya. Berbagai alasan akan dicari demi membela diri atau puaknya. Ada yang sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka lahirlah suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadangkala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.

Sejak dahulu lagi sentiasa ada individu dan golongan yang memperalatkan Islam sebagai bahan untuk sesuatu tujuan yang bersifat puak atau peribadi, bukan bagi kepentingan Islam hakiki. Nas-nas agama disalahguna bagi menjustifikasi tindakan sendiri. Agama digunakan agar orang ramai tertarik dan percaya kepada mereka sedangkan hakikat agama bukan seperti itu.

Menjadikan agama sebagai modal politik atau apa sahaja, boleh berlarutan di kalangan mereka yang jahil sehingga tidak dapat membezakan antara isu politik dan isu agama yang sebenar. Jika ia isu politik semata-mata, Islam menyerahkan kepada kebijaksanaan manusia membuat jalan penyelesaiannya. Namun, jika ia benar-benar isu akidah dan hukum, penentu benar atau salahnya adalah al-Quran dan Sunnah, bukan pandangan politik kepuakan. Sebab itu kita mesti tahu membezakan antara berpolitik berdasarkan prinsip Islam, dengan mempolitikkan Islam.

Dalam sejarah, menjadikan agama sebagai modal politik telah dilakukan oleh pihak pemerintah dan pihak yang menentang pemerintah. Dalil-dalil agama yang bukan pada tempatnya digunakan oleh kedua belah pihak bagi mengekalkan pengikut yang mempunyai sentimen agama.

Bahkan dalam sejarah, antara sebab kemunculan hadis-hadis palsu ialah politik. Golongan yang lahapkan habuan dan pangkat ada di mana-mana. Mereka sanggup menggunakan dalil bagi menyokong slogan atau tindakan pemerintah.

Sebagai tindak balas, golongan agama yang menentang pemerintah juga akan memainkan nas-nas agama bagi menghalalkan tindakan mereka menentang sesuatu pemerintahan.

Fungsi agama yang sepatutnya menjadi hidayah pembimbing manusia bertukar menjadi alat yang membolehkan manusia memijak di atasnya untuk sampai ke matlamat mereka.

Berpolitik berdasarkan agama memang tanggungjawab kita. Namun kita wajar berhati-hati. Jika terleka kita akan tergelincir dan mempolitikkan agama. Sebagai contoh berniaga berdasarkan prinsip Islam memang diperintahkan. Namun berhati-hati, jangan sampai memperniagakan Islam. Justeru itu, bezakanlah antara menjadikan Islam sebagai prinsip, dengan menjadikan Islam sebagai alat. Bezakanlah antara berpolitik berdasarkan Islam dengan mempolitikkan Islam.

Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap orang yang berjuang kerana agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakan, sepatutnya bertanya pada diri sendiri, betulkah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa atas nama agama? Jika dia telah membetulkan niatnya, dia hendaklah memastikan semua tindakannya selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka Islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita!

(Diadaptasi dari tulisan Dr. Muhammad Asri Zainul Abidin)

Yang kalah jangan buat perangai!

*Yang kalah jangan buat perangai!*
_Oleh Hj. Subky Latif_

TAHNIAH buat TG Presiden Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menang tanpa bertanding untuk terus memimpin PAS sekali lagi. Khusus buat Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim. Kemenangan tanpa bertandingnya untuk jawatan itu adalah kali pertama sejak TG Haji Hadi menjadi Presiden lebih 10 tahun lalu.
Sejak PAS di bawah konsep kepimpinan ulama awal tahun 80-an dulu, jawatan Presiden tidak dicabar hinggalah sekali tahun 2015 dulu TG Haji Hadi dicabar Ustaz Ahmad Awang. Entah apa kena padanya!

Timbalan Presiden, sejak ketiadaan Ustaz Fadzil Noor lebih sepuluh tahun lalu, entah apa kenanya bertanding, hinggalah giliran Tuan Ibrahim, tiada dicabar bagi mempertahankn jawatannya.

Tahniah buatnya dan ia petanda baik bagi masa depan pimpinan parti Islam itu. Dan dipercayai pemilihan baru kali ini dengan mereka yang terpilih nanti, adalah permulaan bagi memperkasa kepimpinan ulama yang tercabar beberapa tahun kebelakangan ini dan ia juga wajar mengorak langkah memperkasa rukun jemaah parti itu.

Adapun tiga Naib Presiden yang terpaksa bertanding kerana seorang pendatang baru bersetuju bertanding bagi tiga jawatan saja yang ada. Pencabar itu pula bukan orang luar pimpinan tetapi Ketua Penerangan, Ustaz Nasruddin Tantawi. Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan pula mengundur diri. Dan sekitar 40 orang lagi merebut 18 kerusi yang diperuntukkan bagi Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat.

Sekadar ingatan kepada mereka yang bertanding. Jika tidak terpilih nanti terimalah ketentuan Allah itu dan kebijaksanaan perwakilan yang membuat keputusan. Semua setuju bahawa Muktamar adalah badan pembuat dasar terpenting parti dan semuanya menerima ia adalah syura yang bijaksana.

Maka ingatan kepada yang kalah jangan buat perangai lagi, merajuk daripada parti, minta cuti panjang yang tidak bertempoh, suatu yang tidak pernah dibuat oleh ahli jemaah dan orang politik sejak zaman berzaman.

Atau buat perangai menubuhkan parti baru.

Jangan merajuk. Ia bukan pembawa orang laki-laki. Lainlah yang merajuk itu orang perempuan. Kalau perempuan itu Muslimat, ia bukan yang wajar bagi jemaah Islam. Dan kalau yan merajuk itu orang tua lagilah huduh rupanya.

Menang adalah amanah. Kalah adalah satu kesempatan yang baik terlepas daripada tanggungjawab yang berat. Yang menang bukanlah bererti yang terbaik daripada semua. Mereka dipilih bagi memikul amanah besar, yang jika boleh Saidina Abu Bakar Sidiq dan Saidina Umar al-Khatab suka jika amanah itu diberi kepada orang lain. Yang tidak menang, ada amanah lain untuknya.
Yang merajuk dan lari adalah kurang sabar dan lari daripada amanah. Amanah ada di dalam, bukan di luar.

Yang menyebab jemaah bercempera sedikit hari lalu, mungkin rukun jemaah itu terlepas pandang dan tidak diperkasa. Cara mana rukun jemaah itu hendak diperkasakan. Ia boleh dijawab jika kepimpinan ulama dapat diperkasakan.

Mungkin mahu membuat contoh yang tidak popular. Syiah demi Syiahnya dapat memperkasa rukun jemaahnya. Pengikutnya tinggi bai’ah dan walaknya kepada pemimpin. Mungkin ia boleh dipelajari.
Mempelajari rukun tidak mengapa. Jika kita boleh mempelajari demokrasi daripada Greek dan Rom purba serta Eropah yang berkembang bersama Kristian bagi mencari dasar demokrasi terbaik dan terkini, mengambil rukun jemaah Syiah tidaklah merugikan asal tidak mengambil fiqahnya.

Pemilihan baru ini ibarat robohnya Kota Melaka, bersatulah umat seluruh belaka, membangun PAS yang perkasa.

Khamis, 27 April 2017

Matlamat Perjuangan PAS

Matlamat Perjuangan PAS

1. Masih terdapat mereka yang keliru dalam menilai bagaimana cara PAS berjuang. Bagaimana PAS beraksi di pentas politik. Mereka hairan kenapa PAS menjadikan agama sebagai asas perjuangannya. Cemburu mereka bukan kepalang apabila PAS terus meraih sokongan ummah meskipun diselubungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut.

2. Mereka sangat terdesak melihat risalah perjuangan PAS kian diterima masyarakat dari pelbagai latar. Sebahagian mereka berusaha untuk menyingkirkan PAS dari saingan politik negara lalu menggesa supaya PAS menyertai Jamaah Tabligh dan Tarikat Sufi.

3. Secara tidak langsung mereka sebenarnya telah memberi penghormatan tinggi kepada PAS dengan gesaan tersebut justeru Jamaah Tabligh dan Kumpulan Tarekat adalah sahabat PAS dipentas dakwah Islam dan Amal Islami.

4. Mereka jahil tentang perjuangan PAS. Mereka gagal memahami seni politik yang dibawa oleh PAS. Tidak tergapai dek aqal mereka bagaimana PAS berpencak di pentas politik guna melunaskan tanggungjawab perjuangan Islam. Mereka sangka, Islam tidak boleh diperjuangkan dipentas politik.

5. Secara peribadi, saya maafkan mereka justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara masakini. Biarlah saya tegaskan kembali bahawa ;

i - Dasar perjuangan PAS adalah Islam. Penegasan ini boleh dirujuk pada Perlembagaan PAS Fasal ke 3. Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kepatuhan dan ketundukan itu adalah bermaksud untuk meraih Redha Allah swt.

ii - PAS pula ditubuhkan untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah swt. Juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Objektif ini tercatat di dalam Perlembagaan PAS Fasal ke 5.

iii - Antara usaha PAS ialah menyeru ummat manusia kepada Syariat Allah swt dan Sunnah RasulNya saw melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal ke 6 dibawah tajuk usaha-usaha PAS.

6. Biarpun halangan sebesar gunung, PAS tidak pernah gentar mendepaninya demi melunaskan cita-cita perjuangan Islam. Perlembagaan PAS, Fasal ke 4 menegaskan bahawa Seruan PAS ialah Allahu Akbar (Allah Yang Maha Besar). Tiada yang lebih besar dan hebat selain Allah swt. Tiada siapa yang boleh menghalang dan menyekat perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt.

Sekian

Nasrudin bin Hassan

Ahad, 9 April 2017

ISLAM DIBENCI OLEH MUSUH ALLAH

Kenapa pejuang Islam selalu dimusuhi, karena itu merupakan resiko perjuangan. Disaat kita menyampaikan yang hak pasti akan ada orang-orang yang tidak suka.

"Jangankan kita, Nabi kita tercinta Sayyiduna Muhammad SAW adalah manusia yang akhlaknya paling mulia, sikapnya paling lembut, tidak pernah mengganggu orang lain, manusia yang ucap kata tutur sapanya begitu santun, tetapi tetap beliau dimusuhi, difitnah, dicaci maki, diperangi, bahkan beliau diusir dari kota Mekkah dan berapa banyak pihak yang ingin membunuh beliau,"

Kenapa Nabi dimusuhi? karena Nabi menyampaikan yang hak, karena mengajak manusia kepada kalimat Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah.

"Jadi kalau Nabi saja yang begitu mulia, begitu santun, begitu ramah tidak luput dari fitnah, caci maki, permusuhan dan kebencian, apalagi kita yang banyak kekurangan," .

Kisah Imam Syafi'i ketika ditanya muridnya terkait ujian dakwah yang menimpa gurunya tersebut.

"Imam Syafi'i ra ketika muridnya melapor, disaat banyak orang yang membenci dan menjelekan dirinya. Imam Syafi'i mengatakan, jangankan saya, Allah saja yang maha mulia difitnah punya anak, itu fitnah paling kejam. Dan Nabi yang merupakan makhluk Allah yang paling baik itu juga difitnah sebagai tukang sihir. Jadi kalau Allah saja yang maha mulia tidak luput dari caci maki manusia, begitu juga Nabi muhammad tidak luput dari caci maki manusia, bagaimana saya? kata Imam Syafii,"

Jadi Allah saja yang maha mulia difitnah, apalagi kita yang banyak kekurangan.

Imam Syafii mengajarkan agar tidak usah heran dengan fitnah dalam perjuangan. Jangan pernah mundur dalam perjuangan, jalan saja terus, sampaikan yang hak walaupun pahit rasanya. Banyak ayat Al-Quran yang mengingatkan kita bahawa musuh-musuh kita tidak akan diam selesa. Mereka sentiasa dan berterusan melakukan pelbagai rencana JAHAT untuk merosakkan kita.

seperti yang telah diperingatkan Allah, musuh Islam tidak berehat. Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk merosakkan kita.

Tidaklah mahu saya kata musuh-musuh Islam ini licik. Tetapi mungkin kita, umat akhir zaman ini, terlalu lalai diulik keselesaan. Kita mungkin tidak nampak RENCANA JAHAT musuh yang mengguna pelbagai baju, persatuan, slogan dll.

Musuh tidak leka dan berehat. Kita yang leka dengan keselesaan. Kita mudah terima tipu helah musuh. Kenapakah begitu sukar untuk kita mengenali musuh walaupun sudah terang lagi bersuluh?

‘SERANGAN ALAMI’

Muhammad SAW adalah sosok pemimpin dan manusia terulung, bijak dan luar biasa pengaruh ajarannya terhadap pengikutnya. Begitu banyak ahli sejarah dan para penulis yg dikagumi, tak kurang mulai dari meletakkan ia sebagai manusia yang paling berpengaruh di seluruh dunia dan meletakkan ajarannya sebagai yang paling cepat sebarannya ke seluruh penjuru.

Walau begitu, seseorang dengan akhlak dan tingkah laku yang terpuji tentu tidak hanya mempunyai banyak teman dan peminat. Nyata tentunya, lebih banyak yang membencinya.

Pencapaian seseorang dengan kadar yang tidak ada bandingannya ini tentu juga memunculkan kebencian yang dahsyat dari sekumpulan orang atau golongan yang merasa pengaruh yang disebarkan oleh ajaran Muhammad SAW ini mulai meroboh kesahihan pihak berkuasa, doktrin dan nilai - nilai yang dianggap menjadi symbol pelindung mereka. Tentu ini tidak berpengaruh terhadap pengikut kumpulan tersebut. Tetapi jelas ini berpengaruh terhadap para pemuka -pemuka golongan tersebut yang mana mereka mengambil keuntungan tidak sedikit daripada 'pihak berkuasa simbolik' yang mereka kuasai.


Muhammad SAW dengan ajarannya tak pernah terbukti menyebarkan ajarannya dengan paksa (ini konkrit di tuliskan dalam Al-Quran), dan bukti konkrit lain adalah jika Islam disebarkan dengan paksa tentu tidak ada umat beragama minoriti di Negara - Negara majoriti muslim. Adakah tercatat dalam sejarah Islam masuk di Malaysia dan Indonesia dengan peperangan?. Aspek ini adalah salah satu yang paling banyak di penyelewengan oleh sarjana - sarjana kaki tangan kumpulan yang membenci Muhammad SAW dan ajarannya dan tentu banyak aspek serangan lain.

Kita kembali kepada 'serangan alami'. Serangan alami di sini bukanlah bersifat negatif, jadi biarlah saya takrifkan: 'Revolusi ilmu pengetahuan dan tekhnologi akan mendedahkan dan menjelaskan hal - hal yang sebelumnya di anggap selama beribu-ribu tahun sebagai kegaiban, yang mana hal - hal yang belum diketahui dahulunya telah dijadikan oleh pihak berkuasa agama, kumpulan , golongan untuk memalsukan, memutarbelitkan ajaran - ajaran murni demi kepentingan dan tujuan politik dan ekonomi. 'Muhammad SAW dan ajarannya tak pernah melakukan serangan frontal, jadi 'serangan alami ' inilah yang bekerja.

"Lalu, apa relevannya Muhammad SAW dan ajarannya menjadi kambing hitam dari 'serangan alami' oleh kumpulan yang membencinya?"

SAKSI Yang begitu dibenci

Ketika Ibrahim berlalu, Musa, Daud, Isa, Muhammad dan Gautama meninggalkan dunia maka, harta paling berharga yang mereka tinggalkan adalah saksi akan kewujudan mereka. Saksi itu tak lain tak bukan adalah: 'kitab suci'.

Tidak akan mengkomparasi Al-Qu'ran dengan kitab suci mana-mana, tapi jika ingin mengetahui sumber yang paling dipercayai dan benar dalam menuliskan sejarah Al-Quran dari wahyu dan kompilasi dapat membaca: The History of TheQur'anic text- From Revelation to Compilation -Sejarah Teks Al-Quran - Dari Wahyu Sampai Kompilasinya - Prof. Dr. M.M al A'zami.

Al-Quran ini rupanya juga jadi ikut dibenci, karena begitu luar biasa, diantaranya ;

1. Dapat dihafalkan dengan mudah (by heart). Hulagu Khan sewaktu menyerang wilayah Iraq, memerintahkan membakar dan memusnahkan kitab suci orang muslim, yaitu Qur'an, setelah panglimanya selesai melakukan ia datang menghadap dan berkata, "kita tak boleh memusnahkan semuanya, kerana Al-Qur'an mereka dihafal di dalam dada. Hulagu Khan pun terhenyak dan tak dapat berkata lagi. Jadi, tak ada kitab suci manapun yang dapat dihafalkan selain Al-Qur'an. Al-Qur'an dapat dihafalkan bahkan oleh kanak-kanak berumur 4 tahun. Artinya, jika ingin menghancurkan Al-Quran dan ajaran Muhammad, musuhnya harus membunuh seluruh umat muslim yang berjumlah hampir 2 bilion.

2. Quran tak boleh dibandingkan dengan apapun, walau dengan hadith sekalipun. Dalam mazhab Sunna (Sunni), mereka wajib memegang teguh Quran dan hadith sebagai sumber hukum. Akan tetapi, jika mereka terdesak dalam pilihan terjadinya pertentangan antar ke dua sumber tersebut, tentu mereka lebih memilih Qur'an. Dan, memang tak dapat dinafikan, kerana hadith ini bersifat sejarah, kisah atau sejarah maka hadith boleh dengan mudah di susupi oleh cerita - cerita palsu yang didongeng. Ini banyak dilakukan oleh pihak -pihak yang berkepentingan dalam politik dahulunya, maupun oleh kelompok dan golongan yang memusuhi Muhammad dan ajarannya. Dari 700,000 ribu hadith yang tersebar, maka secara peratusan hanya 0.1 peratus yang sahih (yang dapat dibenarkan). 

3. Al-Quran satu - satunya yang 'MEMILIKI NAMA SEBENARNYA dan AL-QURAN menyebut namanya sendiri di dalamnya. Artinya, jika ia adalah saksi maka, ia sudah semestinya mengenalpasti dirinya sendiri . Sekali lagi, Al-Qur'an satu - satunya yang secara konkrit menyebut keberadaannya.

4. Al-Quran kitab suci yang paling selaras dengan ilmu pengetahuan. Artinya, Qur'an bukan kitab pengetahuan tapi kitab 'PERINGATAN'. Dan ajaibnya, seluruh keterangannya yang berkaitan dengan geologi, biologi, fizik dan astronomi, geografi, history, ternyata terbukti dengan selaras tersingkapnya ilmu demi ilmu (evolusi ilmu) 'itu adalah satu'. Dapat dicontohkan misalnya seorang saintis Perancis terkenal dengan karya terkenalnya setelah melakukan penelitian dan menuliskan penyelidikannya ia memeluk Islam. Bacalah buku; La Bible, le Coranet la science Les écritures Saintes examinees à la lumière des connaissancesmodernes. Maurice Bucaille. Mengenai hubungan Al-Qur'an dengan fakta - fakta ilmu pengetahuan banyak boleh didapati dalam pelbagai tulisan bukan hanya kaum muslim yang menulisnya tapi juga saintis non muslim.

5. Pemeluk Islam BARU (Mu'allaf) adalah masyarakat berpendidikan tinggi dan berilmu. Ini adalah sumber kebimbangan dari musuh dan puak yang membenci Muhammad SAW dan ajarannya. Sebagai contoh; pemeluk Islam baru di Eropah terutama Perancis. Dan satu halyang mengejutkan adalah bahawa selepas peristiwa 11/09 di Amerika, alih - alih malah banyak masyarakat Amerika memeluk Islam dan yang ingin mempelajarinya. Lebih-lebih lagi Profesor Noam Chomsky  memaparkan konpirasi dalam serangan 11/09 tersebut. Noam Chomsky sendiri adalah seorang professor dengan kepakaran dalam banyak bidang ilmu. Inilah bidang dan minatnya.

Noam Chomsky dengan essai - essainya boleh di jadikan sumber informasi untuk meng-counter maklumat - maklumat palsu dan menyesatkan yang dilakukan oleh pihak Zionist beserta kaum imperialism moden, sekalipun Noam Chomsky lahir dari keturunan Israel Amerika rupanya 'kebenaran' boleh bersemayam dan MUNCUL DARI hati sesiapa.

6. Al-Quran bebas penyelewengan; fakta menunjukkan, sekalipun banyakditerjemahkan dalam pelbagai bahasa dengan tujuan - tujuan baik atau buruk, memasukkan kata - kata seharusnya untuk tujuan benar atau buruk ditambah dengan cerita - cerita sejarah tentang Al-Quran yang direkanya sedemikian rupa baik untuk tujuan baik atau buruk. Maka hal tersebut tidak mengurangkan atau melebihkan "KEBERADAAN AL-QUR'AN.

7. Al- Qur'an memuatkan kesemua undang-undang baik yang berhubungan dengan Tuhan dan dengan aktiviti kehidupan. Sangat lengkap untuk sebuah buku yang relative tidak begitu tebal. Memuat undang-undang fizik dan astronomi, politik dan ekonomi, sehingga perkawinan dan masalah haid wanita. Dan ini menjadi sumber kebencian kaum kapitalist-imperialist, terutama hukum - hukumnya yang berkaitan dengan socio cultural. Kerana boleh menghalang penjajahan mereka dalam ekonomi dan kebudayaan.

8. Al- Quran satu - satunya kitab suci yang menghormati para nabi - nabi dan orang - orang suci. Al-Quran menceritakan mereka sebagaimana mereka seharusnya, tidak menambah - nambahkan dengan dongeng -dongeng maupun tahkyul apalagi mengatakan mereka adalah orang -orang yang melakukan zina. Al-Quran kitab suci satu - satunya yang mempunyai surah 'khusus' untuk menghormati wanita paling suci dan layak dihormati 'Maryam binti Imran' (Maria) ibunda Isya Al-Masihas.

Bukti Kebijaksanaan dan kedahsyatan Muhammad SAW dengan saksi kuncinya 'Al- Qur'an dapat saja dimusnahkan atau didistorsi oleh kumpulan atau golongan yang membencinya. Akan tetapi, rupanya mereka tidak memahami bahawa makna perkataan 'AYAT' adalah bermaksud 'Tanda'. Sehingga ayat - ayat berarti tanda - tanda, sehingga jelaslah bahawa kelompok atau golongan yang membenci Muhammad SAW dengan saksinya 'Al- Qur'an juga merupakan tanda - tanda benarnya Muhammad adalah utusan "Yang Maha Pencipta, Pemilik alam semesta". Mereka para pembenci tersebut, juga merupakan' tanda - tanda ', termasuk seluruh Alam semesta beserta sejarahnya ialah panduan benarnya keterangan sang saksi iaitu' Al - Qur'an: Al- An'am: 25. 

Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan mu, padahal Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka sehingga mereka tidak memahaminya dan Kami letakkan sumbatan di telinganya. Dan jikapun mereka melihat segala tanda kebenaran, mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. Sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: "Al Qur'an ini tidak hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu".

Khamis, 6 April 2017

MENYELESAIKAN HARTA PUSAKA SUATU TUNTUTAN SYARAK

1. PENDAHULUAN

 Firman Allah S.W.T.:

 كل نفس ذاءقة الموت ونبلوكم با لشر والخير فتنة والينا ترجعون

Maksudnya: Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

(Surah al-Anbiya’ 21 : 35)

Setiap yang hidup akan mati. Begitulah kesudahan hidup manusia di dunia sebagaimana yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.

Apabila jenazah si mati selamat dikebumikan, tanggungjawab waris-waris seterusnya ialah:
  • Membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang berhak dengan syarat terlebih dahulu: 

  • Menyelesaikan bayaran urusan pengebumian 

  • Menjelaskan hutang-hutang si mati. 

  • Menunaikan wasiatnya jika ada. 

Segerakan pembahagian pusaka kerana apabila seseorang itu meninggal dunia, secara automatik harta kepunyaan si mati berpindah hak kepada waris-waris. Barang siapa yang mengambil atau memakan harta-harta pusaka tersebut tanpa persetujuan semua waris yang berhak, mereka boleh terjerumus kepada penguasaan harta secara haram atau batil, termakan harta anak yatim dan sebagainya .

Justeru, uruskan harta pusaka dengan sebaik mungkin dan segerakan pembahagian kepada waris-waris yang berhak berpandukan kepada hukum Faraid. Tentukan siapakah pemilik sebenar harta pusaka tersebut dan tentukan hak masing-masing.

2. PERMASALAHAN DALAM MENYELESAIKAN PUSAKA

• Dianggarkan lebih satu juta (1,000,000) hakmilik tanah masih terdaftar dengan nama si mati.

• Mengapa penyelesaian pusaka tidak disegerakan:

1. Salah tanggapan – Terdapat di kalangan masyarakat masih berpegang kepada ungkapan “berdosa jika terlalu awal membahagikan harta pusaka ketika ‘tanah kubur masih merah’.

• Ini tanggapan salah. Tiada nas atau dalil. Hanya perbualan dikedai kopi.

• Sepatutnya segerakan pembahagian kerana selepas kematian, harta si mati menjadi hak waris.

• Sayidina ‘Umar r.a. pernah memadamkan pelita seorang sahabatnya yang meninggal dunia kerana dikhuatiri minyak pelita tersebut habis digunakan tanpa mendapat persetujuan waris.

2. Terlalu sopan – Bimbang untuk bersuara, takut dikatakan tamak / hendakkkan harta. Justeru harta dibiarkan.

• Sikap seperti ini perlu diubah. Semua patut berfikiran positif.

• Menuntut pusaka bermakna menuntut hak. Menunaikan tanggungjawab agama.

3. Tiada pengetahuan – Ilmu berkaitan pengurusan dan pembahagian pusaka makin diabaikan. Tidak hairanlah jika tidak ramai yang berkebolehan dalam urusan pembahagian pusaka.

• Sukar untuk membuat rujukan / khidmat nasihat

• Waris tidak tahu apa yang hendak dibincangkan

4. Sikap tidak prihatin – Dengan menganggap penyelesaian pusaka suatu yang remeh temeh, ramai yang tidak mengambil berat untuk menyelesaikannya.

• Tidak mengambil peduli tentang harta pusaka

• Tidak memberikan kerjasama ketika ada pihak yang berusaha untuk menyelesaikanya

• Membiarkan harta beku / terbiar / terbengkalai sehingga ada sesuatu yang menguntungkan seperti berhajat untuk menjualnya, menggadai atau terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan.

• Tiada tanggungjawab

• Tidak bersyukur dengan harta orang tua

• Enggan pulang untuk selesaikan pusaka dengan alasan tiada masa / tidak berbaloi (sedikit)

5. Menaruh harapan kepada anak sulung – Anak sulung lelaki sewajarnya menggantikan tempat orang tua. Oleh itu sepatutnya bertanggungjawab ke atas adik-adik dan berusaha menyelesaikan pusaka. • Anak sulung tidak mahu bertanggungjawab • Anak sulung tidak tahu apa yang patut dilakukan • Adik-adik takut bersuara, manakala anak sulung tidak cuba mengadakan perbincangan atau meminta adik-adik menguruskan pembahagian • Sebenarnya sesiapa juga di kalangan waris boleh menguruskan pembahagian tetapi adat menghormati anak sulung lebih diutamakan.

6. Tidak mahu harta berpindah kepada orang lain – Ada yang selesa mendudukki / memilikki / mengusahakan tanah si mati.

• Sekiranya dibahagikan, takut kalau waris lain menuntut hak masing-masing. Oleh itu lebih baik dibiarkan sahaja dengan nama si mati.

• Ketika waris-waris lain berdiam diri, elok tidak dibahagi untuk menjaga hubungan mesra di kalangan waris.

• Sekiranya tidak mendapat persetujuan semua waris, bermakna seseorang itu mendudukki, memilikki atau mengusahakan harta pusaka secara batil. Hukumnya berdosa.

7. Wujud pertelingkahan di kalangan waris – Pusaka tidak diselesaikan kerana waris-waris bertelingkah sesama sendiri samada sebelum kematian atau selepas kematian.

• Bagaimana hendak mengadakan perbincangan sekiranya tidak dapat bersua muka?

8. Tiada persefahaman – Masing-masing dengan pendapat dan kemahuan sendiri. Tiada tolak ansur. Pentingkan diri.

3. AKIBAT TIDAK MEMBAHAGIKAN HARTA PUSAKA:

Melengah-lengahkan pemnyelesaian harta pusaka mengundang banyak masalah antaranya:

1. Makan harta secara batil.

Firman Allah S.W.T. :

كلوا اموالكم بينكم بالبا طل يا ايها الذين امنوا لا تأ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta- harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). (Surah al-Nisa’ 4 : 29)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

مــن ظـلـم قيد شــبـر من الأرض طوقََََه من سبـع أرضين

Maksudnya : Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari tujuh lapisannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Waris tidak segera menjelaskan hutang si mati

Hutang si mati wajib diselesaikan segera setelah disempurnakan urusan pengebumian samada diwasiatkan atau tidak.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

نفس الموءمن معلقة بد ينه حتى يقضى عنه

Maksudnya: Roh seseorang Mukmin (sesudah matinya) adalah tergantung- gantung ( dan tersekat dari sampai ke makamnya yang mulia di sisi Allah) sehinggalah hutangnya dibayar. (Riwayat Ahmad)

3. Waris tidak menunaikan wasiat si mati

Sekiranya wasiat itu sah mengikut hukum syarak, adalah menjadi tanggungjawab waris melaksanakan wasiat tersebut dengan segera.

Adakalanya wasiat tidak dilaksanakan sekian lama sehinggalah harta pusaka tersebut dibahagikan setelah setahun atau mungkin beberapa tahun selepas kematian.

4. Harta tidak terurus / terbiar

Terdapat di sebuah kampung misalnya sebuah rumah terbiar. Iaitu rumah pusaka. Merugikan waris kerana tidak manfaatkan peninggalan orang tua.

Sebelum pembahagian, status harta tidak pasti milik siapa. Tiada siapa yang akan bertanggungjawab.

Cukai tanah tidak berbayar, semak samun tiada siapa bersihkan, musim buah tiada siapa datang menebas, lalu dibiarkan buah-buah itu gugur.

5. Urusniaga hartanah beku

• Dari segi undang-undang, selagi tanah didaftarkan dengan nama si mati, sebarang urusniaga seperti jual beli, gadaian, cagaran, sewaan dan sebagainya dibekukan

• Ada yang menjual melalui surat perjanjian, akan menyebabkan keresahan / kerisauan kepada pembeli kerana hakmilik tidak boleh ditukar nama.

• Ada kemungkinan agihan duit hasil jualan tidak menepati syarak kerana kejahilan tentang hukum faraid atau sengaja meminggirkan waris tertentu.

6. Hilang dokumen penting

• Urusan pembahagian pusaka memerlukan beberapa dokumen sebagai bukti. Contohnya sijil kematian, suratan hakmilik, surat perjanjian jual beli, surat wasiat dan sebagainya

. • Kegagalan mengemukakan dokumen tersebut menyebabkan penyelesaian pusaka tergendala dan kemungkinan pihak yang menuntut tidak berjaya dalam tuntutannya.

7. Berlaku kematian berlapis

• Kematian berlapis bermakna terdapat waris mati sebelum pusaka dibahagikan kepadanya dan dinamakan kes Munasakhat.

• Akibatnya akan menambahkan bilangan waris yang akan menerima pusaka si mati asal.

• Bilangan waris yang ramai mengundang kepada kesukaran mendapatkan maklumat waris, mengadakan perbincangan dsb. sekali gus menyukarkan urusan pembahagian.

4. TANGGUNGJAWAB WARIS MENGURUSKAN PEMBAHAGIAN PUSAKA

Segerakan pembahagian, jangan biarkan harta orang tua atau saudara mara terbengkalai.

• Harta di depan mata, mengapa dibiarkan?

• Selesai segera harta pusaka untuk mengecapi nikmat harta yang ditinggalkan oleh orang tua.

• Berusahalah ke arah penyelesaian harta pusaka untuk kesejahteraan keluarga.

5. LANGKAH-LANGKAH AWAL MENGURUSKAN PEMBAHAGIAN:

5.1. Tahu siapa waris yang berhak

• Setelah kematian, secara otomatik harta si mati berpindah kepada waris yang ditinggalkan. Persoalannya: siapakah waris yang berhak mewarisi?

• Untuk mengetahuinya, berdasarkan kepada kaedah ilmu faraid atau mendapat maklumat yang betul daripada orang-orang yang benar-benar berpengetahuan dalam ilmu faraid.

• Faedah mengetahui waris yang berhak mewarisi:

• Supaya hanya waris yang berhak sahaja yang akan mengurus dan membincangkan pembahagian harta. Campurtangan orang luar seperti ipar, menantu, rakan-rakan yang tidak diundang mungkin boleh menimbulkan salah faham, ketidakpuashatian di kalangan waris yang akhirnya akan menimbulkan pertelingkahan.

Bagaimana pun mereka boleh membantu sekiranya diperlukan.

• Agar waris yang berhak tidak ditinggalkan.

• Agar tidak ada di kalangan ahli keluarga yang merasa kecewa dan malu akibat kejahilan hukum faraid kerana menyangka beliau berhak mendapat pusaka sedangkan mengikut hukum faraid, sebenarnya beliau tidak berhak.

• Agar waris-waris dapat memilikki atau memakan harta bersih, baik dan berkat serta mendapat keredhaan Allah s.w.t..

5.2. Tahu kadar bahagian waris

• Setelah mengetahui siapakah waris yang berhak mewarisi, waris-waris sepatutnya mengetahui pula bahagian yang mereka warisi. Samada banyak atau sedikit. Samada mewarisi secara fardu atau asabah. Samada ½, ¼, 1/6 bahagian dan sebagainya.

• Pengetahuan mengenai kadar bahagian waris hanya boleh diketahui melalui pengajian kaedah pembahagian yang terdapat dalam ilmu faraid.

• Faedah mengetahui bahagian masing-masing.

• Boleh mengelakkan salah faham di kalangan waris yang selalunya beranggapan waris lelaki mendapat pusaka lebih banyak daripada waris perempuan.

• Memudahkan perbincangan dan tolak ansur di kalangan waris. Ada kemungkinan waris yang mendapat bahagian yang sedikit menyerahkan bahagiannya kepada waris yang memperoleh bahagian yang banyak mengikut kaedah takharuj.

• Waris-waris dapat mengira habuan masing-masing dengan mudah.

• Memudahkan waris untuk merancang pembahagian secara muafakat.

• Waris yang mendapat bahagian yang lebih banyak, sepatutnya diberi keutamaan dalam memilikki harta, peluang bersuara atau menyampaikan pendapat.

5.3. Maklum tentang semua harta si mati

• Setiap orang waris sepatutnya mengetahui kesemua harta si mati meliputi harta takalih dan harta alih. Contohnya: tanah, rumah, kenderaan, wang tunai / simpanan, barang kemas, pakaian dan sebagainya untuk dibincangkan pembahagiannya satu persatu.

• Pastikan semuanya milik si mati. Termasuk:

• Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.

• Dividen daripada saham atau simpanan si mati sebelum harta dibahagikan.

• Harta yang diperoleh hasil daripada usaha si mati semasa hayatnya. Ch. Ikan yang lekat pada pukat yang dipasang oleh si mati.

• Bukan milik si mati antaranya:

• Harta yang dipinjam, hendaklah dipulangkan.

• Harta si mati sebagai pemegang amanah, hendaklah diberikan kepada pemiliknya.

• Harta yang telah dijual, berikan kepada pembeli.

• Harta yang telah dihibah, berikan kepada penerimanya.

• Harta yang telah diwakaf, serahkan kepada pihak yang berkenaan.

• Harta yang diperolehi secara haram, serahkan kepada Baitulmal.

• Duit khairat kematian. • Duit pemberian / sedekah orang yang datang menziarahi kematian. 5.4. Adakan perbincangan

• Perbincangan di kalangan waris yang berhak perlu untuk mencapai persepakatan dalam menyelesaikan pembahagian pusaka.

6. PERKARA YANG PERLU DIBINCANGKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

• Belanja pengebumian

• Belanja pengebumian ialah belanja menguruskan jenazah si mati sehingga selamat dikebumikan. Perbelanjaan yang boleh ditakrifkan sebagai belanja pengebumian ialah perbelanjaan ke atas urusan yang wajib sahaja.

o Sumber kewangan untuk belanja pengebumian

o Pada dasarnya perbelanjaan ini boleh diambil daripada harta pusaka si mati walaupun tanpa kebenaran waris-waris atau terdapat anak yatim di kalangan waris kerana belanja mati adalah hak si mati.

Selain daripada harta si mati, belanja pengebumian boleh juga diambil daripada:

§ Wang sumbangan orang ramai yang menziarahi kematian.

§ Wang khairat kematian.

§ Jika ada di kalangan anak-anak, saudara mara, sahabat handai yang sudi dengan ikhlas mengeluarkan wang sendiri untuk pengebumian si mati.

o Bagi urusan yang tidak wajib, seperti kenduri tahlil, boleh juga diambil daripada harta si mati dengan syarat:

• Semua waris yang berhak mewarisi pusaka si mati bersetuju.

• Semua waris yang memberi persetujuan hendaklah cukup umur dan sempurna akal.

• Sekiranya terdapat waris yang belum dewasa atau tidak sempurna akal, boleh diambil daripada harta si mati setelah diasingkan bahagian mereka.

o Bagi seorang isteri yang meninggal dunia, belanja pengebumian wajib ke atas suaminya walaupun isteri itu seorang yang kaya.

Hutang

• Sebelum harta pusaka difaraidkan, sekiranya si mati ada meninggalkan hutang, maka waris-waris wajib menyelesaikannya.

• Dua jenis hutang: – Hutang kepada Allah. – Hutang kepada manusia.

Wasiat

• Setelah ditolak urusan pengebumian, diselesaikan hutang si mati, waris-waris hendaklah bincangkan samada si mati ada meninggalkan wasiat atau tidak.

Sekiranya ada, wasiat perlu ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta kepada waris-waris.

• Langkah pertama:

Pastikan status wasiat samada sah atau tidak. Sekiranya sah mengikut hukum syarak, wajib ditunaikan. Jika tidak semua waris menanggung dosa hingga ke akhirat. Sekiranya tidak sah, terpulang kepada budibicara waris membuat penentuan samada mahu menunaikan wasiat tersebut atau mengabaikannya.

• Antara syarat sah wasiat:

• Tidak diwasiatkan kepada waris yang berhak menerima pusakanya. Misalnya, seseorang itu mewasiatkan kalau beliau mati, sebidang tanah lot pertanian hendaklah diberikan kepada anak sulungnya. Wasiat ini tidak sah kerana anak adalah waris yang berhak menerima pusaka. Wasiat yang sah ialah pemberian kepada anak angkat atau sesiapa sahaja yang tidak mewarisi pusaka seseorang itu apabila beliau mati.

• Sekiranya diwasiatkan kepada bukan waris, hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada harta bersih iaitu setelah ditolak harta sepencarian (jika ada), belanja pengebumian dan hutang si mati. Contohnya: sekiranya si mati hanya meninggalkan sebuah rumah sahaja dan diwasiatkan semuanya kepada anak angkatnya. Apabila beliau meninggal dunia, hanya 1/3 bahagian daripada rumah tersebut boleh diberikan kepada anak angkatnya. Selebihnya kepunyaan waris. Terpulang kepada budibicara waris untuk memberikan kesemua rumah tersebut kepada anak angkat si mati mengikut wasiat atau meluluskan hanya 1/3 sahaja. 2/3 bahagian lagi difaraidkan.

• Dalil tidak boleh berwasiat kepada waris yang berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

إن الله عزوجل قد أعطَى كل ذى حق حقــه ألا لا وصية لوارث

Maksudnya: – Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak itu hak masing-masing, kerana itu tiada wasiat kepada waris yang berhak.


Perunding W Halim (pakar perunding harta pusaka dan faraid)

Selasa, 4 April 2017

Nasehat Rasulullah Agar Pernikahan Dipenuhi Keberkahan dan Kebahagiaan


Oleh:
Syaikh Shohibul Faroji Azmatkhan Al-Husaini / Syekh Mufti Kesultanan Palembang Darussalam

Kebahagiaan dan kesejahteraan masyarakat dimulai oleh kebahagiaan dan kesejahteraan setiap rumah tangga. Kebahagiaan rumahtangga dimulai dari kebahagiaan setiap individunya yaitu: suami, isteri dan anak-anaknya.

Ada 10 point terpenting yang mesti kita pahami agar pernikahan dan rumah tangga kita dipenuhi keberkahan dan kebahagiaan lahir dan batin, yaitu:

1. Memahami dan Mengerti Tujuan dan Hakikat Pernikahan

Tujuan pernikahan di antaranya: 
  •   Untuk Memenuhi Tuntutan Naluri Manusia yang Asasi
  • Untuk Membentengi Akhlaq yang Luhur
  •  Untuk Menundukkan Pandangan.
  •  Untuk Menegakkan Rumah Tangga Yang Islami
  •  Untuk Meningkatkan Ibadah Kepada Allah
  •  Untuk Memperoleh Keturunan Yang Shalih
2. Memahami, Mengerti dan Mengamalkan Adab, Akhlak, dan Tugas Seorang Suami

  • Suami hendaknya menyadari bahwa istri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (At-aubah: 24)
  • Suami hendaknya menyadari bahwa istri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (At-aubah: 24)
  • Seorang istri bisa menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah clan Rasul-Nya. (At-Taghabun: 14)
  • Hendaknya senantiasa berdo’a kepada Allah meminta istri yang sholehah. (AI-Furqan: 74)
  • Diantara kewajiban suami terhadap istri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristri lebih dari satu. (AI-Ghazali)
  • Jika istri berbuat ‘Nusyuz’, maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berurutan: (a) Memberi nasehat, (b) Pisah kamar, (c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (An-Nisa’: 34) … ‘Nusyuz’ adalah: Kedurhakaan istri kepada suami dalam hal ketaatan kepada Allah.
  • Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap istrinya/keluarganya. (Tirmudzi)
  • Suami tidak boleh kikir dalam menafkahkan hartanya untuk istri dan anaknya.(Ath-Thalaq: 7)
  • Suami dilarang berlaku kasar terhadap istrinya. (Tirmidzi)
  • Hendaklah jangan selalu mentaati istri dalam kehidupan rumah tangga. Sebaiknya terkadang menyelisihi mereka. Dalam menyelisihi mereka, ada keberkahan. (Baihaqi, Umar bin Khattab ra., Hasan Bashri)
  • Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk istrinya. (Abu Ya’la)
  • Suami wajib menggauli istrinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (An-Nisa’: 19)
  • Suami wajib memberi makan istrinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Abu Dawud).
  • Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada istrinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, Muttafaqun Alaih)
  • Suami wajib mengajarkan istrinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali) Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap istri. (An-Nisa’: 3)
  • Suami tidak boleh membuka aib istri kepada siapapun. (Nasa’i)
  • Apabila istri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali)
  • Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada istrinya. (AI-Baqarah: ?40)
3. Memahami, Mengerti dan Mengamalkan Adab, Akhlak dan Tugas Seorang Isteri
  • Mengutamakan Berada di Rumah. Kenapa saya tulis “mengutamakan”, karena pada masa emansipasi wanita ini banyak wanita karir dan menjadi pensuport perekonomian rumahtangga, namun bila sang suami sudah mampu mencukupi kebutuhan rumahtangga, khususnya dibidang ekonomi, dan sudah disepsksti kalau si wanita tidak bekerja, maka hendaknya sang istri punya rasa betah untuk berada di rumah karena firman Allah yang berbunyi:“Dan hendaknya kamu tetap tinggal di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang jahiliyyah yang dahulu” (QS Al Ahza: 33)
  • Mengutamakan Tugas Rumah. Walau punya jabatan apapun si wanita di tempat kerjanya, sekertaris atau direktur sekalipun, tugas utama ibu rumahtangga tidak boleh dinomorduakan, karena jabatan ibu rumahtangga lebih tinggi derajatnya daripada jabatan seorang ibu direktur.
  • Tidak Berkunjung Kecuali Penting. Di sini Islam menjaga dan menjauhkan kita dari kebiasaan bergunjing dengan tetangga, kecuali untuk tujuan yang penting sebaiknya hindari terlalu sering berkunjung ke tetangga.
  • Menyenangkan Saat Dilihat Suami. Wanita yang benar dalam islam adalah wanita yang berusaha bisa menyenangkan suami, saat dilihat menciptakan rasa damai dan sejuk bagi suami, menjalankan segala perintah suami, bermuka ceria, bersolek dan berdandan buat suami, sikap seorang wanita salah satu penentu keharmonisan rumahtangga.
  • Memelihara Kehormatan Diri Ketika Suami Tidak Ada. Wanita yang benar adalah yang menjaga martabat rumahtangganya bila sang suami tidak ada di rumah untuk menunaikan tugas kerja atau untuk tujuan yang lain, baik untuk kepergian dalam waktu dekat maupun dalam waktu lama, bagaimana cara menjaga kehormatan diri? yaitu dengan tidak mengijinkan masuk laki-laki lain ke dalam rumah bila sang suami tidak ada di tempat, karena dengan adanya laki-laki lain tanpa kehadiran suami akan menimbulkan bahaya dan juga gunjingan bahkan bisa juga fitnah dari masyarakat sehingga hal itu akan menggangu keharmonisan rumah tangga.
  • Tidak Menghindari Suami. Istri yang baik adalah istri yang selalu dekat dengan suami, tidak ada niatan menghindari suami meskipun suasana hati lagi bad mood ataupun lagi ada masalah rumahtangga, karena dosa akan menanti si wanita bila menghidar dari suami.
  • Menjaga Kehormatan Suami. Wajib bagi seorang istri untuk menjaga kehormatan suami, menjaga harta dan rumahtangganya. Bermuka Ceria. Walau ada permasalahan rumahtangga sebisa mungkin tetap ceria, tetap bermuka manis, dengan begitu permasalahan tidak membesar, bisa diredam dan diharapkan secepatnya bisa harmonis lagi.
  • Tidak Mencolok & Menghindari Keramaian Bila Keluar Rumah. Tidak mencolok di sini bermaksud untuk tidak terlalu berias, tidak menarik perhatian sesama pengguna jalan dengan tujuan untuk menhindari dosa mata dari laki-laki lain yang melihat dan menghindari kejahatan yang tercipta dari penampilan berlebihan seorang wanita.
  • Tidak Mengeraskan Suara. Bagi wanita suara adalah mahkota, orang akan melihat positip dan negatif seorang wanita dari keras atau lembut wanita itu mengeluarkan suaranya.
  • Perhatian Terhadap Rumahtangga. Seorang istri punya tanggungjawab untuk memperhatikan suasana dirumahtangganya, baik jasmani maupun ronahi para anggota keluarga, contoh: apakan anak-anaknya sudah sarapan, apakan suaminya sudah sholat, dll.
  • Ikhlas dengan Pemberian Suami. Banyak atau sedikit, lebih atau kurang bisa menerima dengan qana’an pemberian itu sebagai rizki dari Allah yang diberikan pada dia dan keluarga.
  • Mendahulukan Hak Suami. Wanita yang sudah berkeluarga harus siap jadi makmum sang suami, disitu juga dia siap mendahulukan kepentingan suami di atas kepentungannya.
  • Selalu Bersih di Depan Suami. Seorang istri dituntut rapi, bersih, wangi,dan berias untuk suaminya, bukan untuk orang lain. Menyayangi, Menjaga & Tidak Menghina Anak Suaminya. Bila suaminya punya anak dari rumahtangganya yang terdahulu dan dibawa masuk kedalam lingkup rumahtangganya yang baru, si istri juga harus ikut merawat anak-anak tersebut seperti dia memperlakukan anak sendiri dan tidak ada caci maki atau hinaan pada anak tersebut.
  • Menundukkan Pandangan dari Barang Haram. Ini dilakukan dengan maksud untuk melindungi istri dari barang maksiat yang dilarang oleh syariat agama.
  • Membiasakan Diri Bermuraqabah. Ini dilakukan dengan maksud untuk menjaga diri istri, menghapus kelalaian dengan dzikir akan mendekatkan diri pada Allah sang pencipta.
  • Perbanyak Puasa. Dengan banyak puasa ankan sangat bermanfaat bagi istri, anak dan keluarganya, kebiasaan berriyadhan atau berlaku hidup prihatin seperti ini akan bermanfaat untuk masa depan anak dengan harapan menjadi anak soleh/solihan, taat orang tua dan berguna bagi negara serta agamanya.
  • Mendorong Suami Mencari Rizki Halal. Dengan rizki yang halal maka akan tumbuh anak & keluarga yang dekat dengan agama, anak yang soleh & Solihah, dan sebaliknya, dengan rizki yang haram akan menjauhkan anak & keluarganya dari agama.
  • Tidak Banyak Menuntut Suami dalam Nafkah. Nafkah lahir yang sewajarnya, dalam batas kemampuan suami, karena dengan menuntut yang diluar kewajaran akan membuat suami dalam tekanan, bahkan bisa juga akan berusaha mencari nafkah dengan segala cara untuk memenuhi tuntutan istri tersebut, seperti: korupsi, mencuri, dan hal ilegal lainnya, kalau seperti ituakhirnya sama saja memasukkan keluarganya dalam lingkaran kemungkaran.
  • Punya Rasa Malu. Punya rasa malu untuk melakukan hal-hal yang dilarang oleh agama.
  • Sopan Pada Teman Suami. Menghormati tamu dan teman suami, menjaga martabat dan kehormatan sebagai seorang istri di mata mereka.
  • Memperdalam Ilmu Agama. Memperbanyak ilmu agama adalah tuntutan sebagai wakil suami dalam memimpin rumahtangga, dengan bekal agama insya Allah arah berkeluarga tetap dijalur yang tepat.
4. Meluruskan Niat/Motivasi Saat Menikah(Ishlahun Niyat)

Siapa yang ingin menikah maka luruskan niat kita dulu. Niat menikah tentunya karena Allah Subhanahu Wa Ta'ala karena menikah adalah ibadah. Karena menikah juga merupakan perintah-Nya. Sebagaimana Allah berfirman di dalam Al-Qur’an surah An-Nur ayat 32. “Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kaurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui” (QS. An-Nur : 32).

Nikah juga merupakan perintah dan sunnah Nabi, jadi dalam proses nikah hingga pasca pernikahan nanti kita wajib mencontoh Nabi. Contohnya ketika diawal memilih pasangan hidup menurut Nabi hendaknya yang dipilih adalah agamanya, kemudian pada saat walimatul ursy sebaiknya tidak berlebihan karena kita tahu Nabi mengajarkan kita untuk selalu bersikap hidup sederhana (tidak boros) dan dalam berumah tangga hendaknya kita membiasakan diri dengan adab dan akhlak seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW. Perhatikan adab dan akhlak seorang isteri ke suami, adab dan akhlak suami kepada istri, adab dan akhlak anak-anak kepada kedua orang tua dan mertua, dan adab dan akhlak orang tua dalam mendidik anak-anaknya.

5. Sikap Saling Terbuka dan Jujur (Mushorohah)

Sikap saling terbuka disini adalah ketika sudah menjadi suami dan istri maka hal–hal yang sebelumnya haram menjadi halal. Misalnya secara fisik kita sudah halal untuk bersentuhan. Selain itu juga sikap saling keterbukaan ini dapat memupuk sikap saling percaya (tsiqoh) di antara suami dan istri karena adanya rasa keinginan saling mengenal satu dengan yang lainnya entah itu sifat kepribadian, kebiasaan, kesenangan, ketidaksukaan sehingga suami/istri merasa nyaman.

6. Sikap Toleran dan Saling Menghormati (Tasamuh)

Sudah pasti ketika berumah tangga suami dan istri memiliki kebiasaan, pemikiran yang berbeda-beda sehingga akan timbul konflik/perdebatan dalam rumah tangga. Sehingga sikap toleran ini sangat penting bagi kehidupan suami istri untuk memujudkan keluarga yang tetap harmonis. Dan dalam hal ini sikap toleran juga menuntut adanya sikap saling memaafkan, yang meliputi 3 (tiga) tingkatan, yaitu: (1) Al Afwu yaitu memaafkan orang jika memang diminta, (2) As-Shofhu yaitu memaafkan orang lain walaupun tidak diminta, dan (3) Al-Maghfiroh yaitu memintakan ampun pada Allah untuk oran lain.

7. Komunikasi Yang Baik, Berakhlak, Santun dan Saling Menghargai

Komunikasi ini sangat penting karena dengan komunikasi akan meningkatkan sikap saling cinta antar pasangan. Komunikasi juga untuk menghindari terjadinya kesalahpahaman. Karena beberapa keluarga yang tetap harmonis kuncinya adalah komunikasi yang tetap terjaga dan tidak pernah putus. Apalagi bagi suami dan istri yang memiliki kesibukan masing-masing, sehingga dengan komunikasi ini memberikan rasa perhatian, saling mendengar, dan memberikan respon. Zaman sekarang komunikasi sudah cukup canggih bisa via telephone, email, whats app, skype, dan sebagainya.

Point komunikasi ini bisa mengingatkan kita kepada kisah keluaraga Ibrahim As. Dalam surah As-Shaaffat ayat 102. “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai Bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (QS. As-Shaaffat: 102).

Ibroh yang dapat diambil dari ayat tersebut adalah komunikasi timbal balik antara orang tua dengan anak. Nabi Ibrahim mengutarakan pendapatnya dengan bahasa dialog bukan menetapkan keputusannya sendiri, sehingga adanya keyakinan yang kuat kepada Allah, adanya tunduk dan patuh atas perintah Allah dan adanya tawakal kepada Allah SWT, sehingga Allah menggantikan Ismail dengan seekor kibas yang sehat dan besar.

8. Sabar dan syukur

Yah, sabar dan syukur dalam berumah tangga memang sangat dianjurkan. Pasalnya setiap ujian dalam berumah tangga harus disikapi dengan rasa sabar seperti pada pasangan suami/istri terdapat kekurangan/kelemahan sehingga perlu disikapinya dengan sabar. Kemudian disikapi rasa syukur atas rezeki yang Allah berikan kepada suami dan tidak banyak menuntut khusus untuk istri karena kebanyakan penghuni neraka adalah kaum wanita, disebabkan istri yang kurang bersyukur terhadap pemberian suaminya. Dan apabila kita bersyukur maka Allah akan melebihkan nikmatNya lagi untuk kita. Bisa dilihat dalam firman Allah surah Ibrahim ayat 7: “Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih” (QS.Ibrahim : 7).

9. Sikap yang santun dan bijak

Sikap santun dan bijak dari seluruh anggota keluarga dalam berinteraksi kehidupan berumah tangga ini perlu dilakukan karena akan menciptakan suasana yang nyaman dan indah. Sehingga suasana ini membuat penghuni rumah betah tinggal di rumah. Sebagaimana ungkapan bahwa “Rumahku adalah Syurgaku” bukan berarti fasilitas yang lengkap dan rumah tinggal yang luas akan tetapi ada suasana interaktif antar keluarga; suami istri dan anak-anak yang penuh kesantunan dan bijaksana. Sehingga menimbulkan suasana yang penuh keakraban, kedamaian, dan cinta kasih antar keluarga.

Oya sikap santun dan bijak merupakan cermin dari kondisi ruhiyah yang mapan. Ketika kondisi ruhiyah seorang itu labil maka ada kecenderungan bersikap emosional dan marah, karena syetan akan mudah mempengaruhinya. Oleh karena itu Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita agar jangan mudah marah (Laa tagdlob). Bila muncul amarah maka bersegeralah menahan diri dengan beristighfar dan mohon perlindungan kepada Allah dengan (taawudz billah), bila masih merasa marah maka hendaknya berwudhu dan mendirikan sholat. Karena sesungguhnya dampak dari kemarahan sangat tidak baik bagi jiwa, baik orang yang marah maupun bagi orang yang dimarahi. Oleh sebab itu dalam berumah tangga harus ada saling memaafkan bila terjadi kemarahan dan Allah menyukai orang yang suka memaafkan.

10. Kuatnya hubungan dengan Allah

Sudah pasti kalau kita menginginkan rumah tangga yang tetap harmonis, hubungan kita dengan Allah harus diperkuat, karena dengan begitu akan menghasilkan keteguhan hati (kemampanan ruhiyah), sebagaimana dalam firman Allah disurah Ar-Rad’u ayat 28 “ (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram” (QS. Ar-Rad’u : 28)

Rasulullah SAW juga selalu memanjatkan doa agar mendapatkkan keteguhan hati : Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbiy ‘alaa diinika wa’ala thooatika” (Wahai yang membolak-bailikan hati, teguhkanlah hatiku untuk tetap konsisten dalam dien-Mu dan dalam menta’atiMu).

Kedekatan kita dengan Allah bisa dimulai dengan membiasakan dalam keluarga untuk melaksanakan ibadah nafilah secara bertahap seperti tilawah, shaum, tahajud, Duha, doa, infaq, doa, matsurat, dan sebagainnya. Karena tanpa adanya kedekatan dengan Allah mustahil seseorang dapat mewujudkan kehidupan rumah tangga yang bahagia.