Isnin, 14 Mac 2016

Kesesaatan Syiah, Berani Menggambar Wajah Rasulullah S.A.W



Ini adalah kesesatan  oleh Syiah.

Apakah Kitab Al-Kafi?

Kitab al-Kafi adalah merupakan rujukan utama penganut Syi’ah di mana mereka mengambil ajaran-ajaran dari kitab ini sebagai pegangan agama mereka. Kitab ini adalah setaraf dengan kitab Sahih Bukhari di sisi Ahl as-Sunnah wal-Jamaah.

Pandangan Imam Syafii Terhadap Syiah

Pandangan Imam Syafii Terhadap Syiah dan bukan pandangan Aqidah Al-Asy’ariah. Adalah menjadi kesalahan fatal bila mengaitkan Imam Syafii dengan Aqidah Al-Asy’ariah. Dari Yunus bin Abdila’la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi’i, apabila disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: “Kelompok terjelek! (terhodoh)”. (al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

“Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi/bersumpah palsu (berdusta) dari Syi’ah Rafidhah.” (Adabus Syafi’i, m/s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

Imam asy-Syafi’i berkata tentang seorang Syi’ah Rafidhah yang ikut berperang: “Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa’i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami”. (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa’i).” (at-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/487)

Syi’ah: Harus Menyetubuhi Isteri Pada Dubur

Daripada al-Barqiyy, beliau memarfu’kannya [Menyambungkan sanad sampai kepada imam maksum Syiah] daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Bila seseorang menyetubuhi isterinya pada duburnya lalu dia tidak sempat keluar air mani maka kedua-duanya tidak wajib mandi. Jikalau dia keluar air mani maka wajib mandi ke atasnya dan isterinya tidak wajib mandi”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Furu’ min al-Kafi jil. 3 hal. 47)

Syi’ah: Ahlus Sunnah Adalah Kafir Dan Najis

Adapun Nasibi [ialah gelaran kepada Ahlus Sunnah yang digunakan oleh Syi’ah], keadaannya dan hukum tentangnya maka telah diterangkan tentangnya iaitu dua perkara. Pertama, dalam menerangkan makna Nasibi yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat bahwa mereka adalah najis dan lebih buruk daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi. Mereka juga adalah kafir serta najis dengan kesepakatan ulama Imamiyyah (keredhaan Allah untuk mereka). Pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ashab (ulama Syi’ah) ialah mereka adalah orang yang menyatakan permusuhan terhadap Ahlul Bait Muhammad shallallahu alaihi wasallam. [Memusuhi dan membenci Ahlul Bait di sisi Syi’ah bermaksud tidak menerima dan beriman terhadap mereka sebagaimana yang akidah yang dianuti oleh penganut Syi’ah] dan sentiasa melahirkan kebencian terhadap mereka (Ahlul Bait) sebagaimana yang terdapat di kalangan Khawarij dan sebahagian mereka yang tinggal di Waraa an-Nahr [di sebalik sungai Jaihun di Khurasan iaitu kawasan yang didiami oleh ramai dari kalangan ulama Ahlus Sunnah]. Dan mereka (ulama Syiah) menyusun hukum-hukum dalam bab bersuci, najis, kufur, iman, harus berkahwin dan tidak harus ke atas Nasibi berdasarkan makna di atas. (Rujukan: Sayyid Ni’mat Allah al-Musawi al-Jazairi al-Anwar an-Nu’maniyyah jil. 2 hal. 306)

Syi’ah: Ahlus Sunnah Lebih Hina Daripada Anjing

Daripada Ibnu Abi Ya’fur daripada Abu Abdillah a.s. katanya: “Jangan mandi daripada telaga yang berhimpun padanya sisa air mandi dari bilik mandi kerana padanya terdapat air mandi anak zina dan ia tidak akan bersih sehingga tujuh keturunan dan padanya juga terdapat air mandian nasibi dan ia adalah yang paling buruk di antara keduanya. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih buruk dari anjing dan sesungguhnya nasibi adalah lebih hina di sisi Allah dari anjing”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Furu’ min al-Kafi jil. 3 hal. 14)

Agama Syi’ah: Sahabat-Sahabat Merupakan Penyeleweng Al-Quran.

Mereka golongan yang gemar takwil ayat-ayat Allah. Sesungguhnya Allah taala telah menerangkan kisah orang-orang yang mengubah (kitab Allah) dengan firman-Nya:

الَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُواْ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً

Orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini dari Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu.[Al-Baqarah ayat 79]

Syiah mentakwil ayat ini iaitu mereka (sahabat-sahabat Nabi) memasukkan ke dalam kitab sesuatu yang tidak dikatakan oleh Allah untuk mengelirukan manusia lalu Allah membutakan hati-hati mereka sehingga mereka meninggalkan di dalamnya (al-Quran) sesuatu yang menunjukkan perbuatan yang telah mereka lakukan kepadanya dan menerangkan tipu daya mereka, menimbulkan kekeliruan dan menyembunyikan apa yang mereka lakukan terhadapnya (al-Quran).

Syi’ah: Al-Quran Sekarang Tidak Asli Kerana Ianya Bukanlah Yang Dihimpunkan Oleh Imam-Imam Maksum Di Sisi Syi’ah.

Thiqah al-Islam (al-Kulaini) daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub daripada ‘Amar bin Abi al-Miqdam daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja’far a.s. berkata: “Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al-Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali Ali bin Abi Talib a.s. dan imam-imam selepasnya a.s.”

As-Saffar di dalam al-Bashaair daripada Muhammad bin al-Husain bin Syu’aib daripada Abdul Ghaffar katanya, ada seorang bertanya Abu Ja’far a.s. maka dia a.s. menjawab: “Tidak ada seorangpun yang mampu untuk mengatakan bahawa dia menghimpunkan keseluruhan al-Quran kecuali para washi (imam-imam)”.

Daripada Abdillah bin ‘Amir daripada Abi Abdillah al-Barqi daripada al-Husain bin Uthman daripada Muhammad bin al-Fadhl daripada Abi Hamzah ath-Thumali daripada Abi Ja’far a.s. katanya: “Saya tidak mendapati dari kalangan umat ini orang yang boleh menghimpunkan al-Quran kecuali para washi”.

Syi’ah: Imam-Imam Mempunyai Kedudukannya Sama Dengan Para Nabi Dan Tidak Sempurna Segala Amalan Tanpa Beriman Kepada Imam-Imam.

Sesungguhnya imamah berada pada kedudukan para nabi, warisan para washi, kepimpinan daripada Allah dan kepimpinan daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam., seperti kedudukan Amir al-Mukminin a.s., pusaka Hasan dan Husain a.s. sesungguhnya imamah adalah teraju agama, peraturan kepada orang-orang Islam, kebaikan di dunia dan kemuliaan kepada orang-orang beriman. Sesungguhnya imamah adalah asas Islam yang subur, dan cabangnya yang tinggi. Kesempurnaan sembahyang, zakat, puasa, haji dan jihad adalah dengan (kepercayaan kepada) imam. Dan juga (kesempurnaan dengan imam) menyempurnakan fai dan sedekah, melaksanakan hudud dan hukum-hukum dan menghalang (mempertahankan) tempat sasaran musuh dan penjuru-penjuru (Negara).


Syi’ah: Imam-Imam Mempunyai Ciri-Ciri Khusus Termasuk Maksum

Imam itu suci daripada dosa dan selamat daripada sebarang keaiban, dikhususkan dengan ilmu (diberikan ilmu yang khusus), diberikan sifat penyantun, peraturan agama, kemuliaan orang-orang Islam, kebencian orang-orang munafik dan kebinasaan kepada orang-orang kafir. Imam-imam adalah orang yang maksum daripada sebarang dosa dan kekurangan. Imam-imam mempunyai ilmu khusus yang tidak diberikan kepada sesiapapun termasuk para nabi. Dengan imam-imam sahaja orang-orang Islam akan memperoleh kemuliaan serta mengalahkan orang-orang kafir.

Syi’ah: Imam-Imam Syiah Mempunyai Sifat-Sifat Ketuhanan

Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan daripada Sahl bin Ziyad daripada Muhammad bin al-Walid katanya: Sa’id al-A’raj telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya dan Sulaiman bin Khalid masuk menemui Abu Abdillah a.s. lalu dia memulakan (bicara) kepada kami dengan berkata: “Wahai Sulaiman! Apa-apa yang datang daripada Amir al-Mukminin (‘Ali) a.s. hendaklah diambil (amalkan) dan apa-apa yang dilarang olehnya hendaklah ditinggalkan. Beliau diberikan kelebihan sebagaimana yang diberikan kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.a. dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.a. diberikan kelebihan mengatasi sekalian makhluk Allah. Menghubungkan kekurangan atau keaiban kepada mana-mana hukum yang dibuat Amir al-Mukminin a.s. adalah seperti menghubungkan kekurangan kepada Allah ‘azza wa jalla dan kepada Rasul-Nya shallallahu alaihi wasallam.a.. Mengingkarinya (Amir al-Mukminin) sama ada dalam masalah kecil atau besar sama seperti melakukan syirik kepada Allah. Amir al-Mukminin a.s. adalah pintu Allah yang tidak sampai kepada Allah kecuali melaluinya dan jalannya yang mana orang yang melalui jalan yang lain akan binasa. Dengan cara inilah berganti imam-imam a.s. seorang demi seorang. Allah menjadikan mereka sebagai paksi-paksi bumi sehingga bumi tetap (tidak bergoncang) dengan sebab mereka dan menjadikan mereka sebagai hujah yang nyata ke atas makhluk yang berada di atas bumi dan di perutnya.

Dia (perawi) berkata lagi: Amir al-Mukminin a.s. berkata: “Aku adalah pembahagi (bagi pihak) Allah antara syurga dan neraka. Akulah pembeza yang agung, akulah tuan punya tongkat (Musa) dan bukti-bukti (mukjizat). Semua malaikat dan ruh telah menyatakan pengakuan terhadapku (menerimaku) sebagaimana mereka telah mengakui terhadap Muhammad shallallahu alaihi wasallam.a.. Aku telah menanggung beban seperti yang ditanggung oleh Muhammad shallallahu alaihi wasallam.a. iaitu bebanan daripada Tuhan. Sesungguhnya Muhammad shallallahu alaihi wasallam.a. akan diseru lalu diberikan persalinan dan diminta supaya bercakap (di hari akhirat) dan aku juga akan diseru lalu diberikan persalinan dan diminta supaya bercakap maka aku bercakap sebagaimana ia bercakap. Aku telah diberikan beberapa ciri yang tidak diberikan kepada siapapun sebelumku. Aku mengetahui ilmu tentang kematian-kematian dan ujian-ujian, keturunan dan pemberi kata putus. Tidak terlepas dariku apa yang telah berlaku sebelumku dan tidak tersembunyi dariku sesuatu yang di belakangku. Aku memberikan berita gembira dengan izin Allah dan aku menunaikan segala perkara daripada Allah ‘azza wa jalla. Semua itu diberikan kekuatan oleh Allah kepadaku dengan izinnya.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 1 hal. 197)

Syi’ah: Tiada Perbezaan Sembahyang Ahlus Sunnah Dengan Perzinaannya

Daripada Hannan daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Tidak memberi apa-apa erti (sama sahaja) seorang Nasibiitu sama ada ia bersembahyang atau berzina. Ia adalah balasan yang sesuai dengan amalannya kerana kecuaiannya terhadap sebesar-besar syarat (penerimaan amalan seseorang-penterjemah berdasarkan riwayat rukun Islam di sisi Syi’ah) iaitu al-Walayah. Maka amalannya itu sama seperti orang yang sembahyang tetapi tidak berwuduk’. Ayat ini turun berkenaan mereka:

عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ (*) تَصْلَى نَارًا حَامِيَةً

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, (*) Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar)[Surah al-Ghasyiah ayat 3 dan 4].

Ali Akbar al-Ghifari mengatakan dalam nota kaki: “Zohirnya Imam Ja’far as-Sadiq maksudkan dengan an-Nasibah dalam ayat ini ialah orang yang menyatakan permusuhan Ahl al-Bait a.s.. Boleh jadi juga Imam a.s. maksudkan dengan makna keletihan iaitu mereka keletihan melakukan amalan-amalan yang rumit dalam keadaan ia tidak memberikan sebarang manfaat kepadanya”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 160,161)

Agama Syi’ah: Kedudukan Imam-Imam Adalah Seperti Nabi-Nabi Bahkan Mengatasi Mereka.

Sesungguhnya nabi-nabi dan imam-imam a.s. diberikan taufik oleh Allah serta dikurniakan daripada perbendaharaan ilmu dan hikmah-hikmahNya (Allah) kepada mereka apa yang tidak diberikan kepada orang lain lalu ilmu mereka mengatasi ilmu orang yang sezaman dengan mereka sesuai dengan firman Allah ta’ala: “Maka adakah yang dapat memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah dia diberi hidayat petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?” (Surah Yunus 35) serta

firman-Nya: “Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).”
(Surah al-Baqarah 269)

dan firman-Nya berkenaan Thalut: “(Nabi mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah 247).

Dan Ia berfirman kepada Nabi-Nya shallallahu alaihi wasallam.: “Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam) dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.” (Surah an-Nisa’ 113)

dan Allah berfirman berkenaan imam-imam dari kalangan ahl bait nabi-Nya dan keturunannya a.s.: “Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi) dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman) dan cukuplah dengan Neraka Jahannam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).” (Surah an-Nisa’ 54,55).

Sesungguhnya bila Allah ‘azza wa jalla memilih seorang hamba untuk melaksanakan urusan hamba-hamba-Nya, dia akan menyinari hatinya, meletakkan di dalam hatinya sumber-sumber hikmah, sentiasa mengilhamkannya dengan ilmu, tidak lemah selepas itu di dalam memberikan jawapan, tidak melencong dari ketepatan. Ia adalah maksum serta dibantu, diberi taufik serta diluruskan segala tindakannya. Ia selamat dari sebarang kesilapan, kegelinciran dan keburukan. Allah mengkhususkannya dengan sifat-sifat sedemikian supaya ia menjadi hujah kepada hamba-hambaNya, pembantunya terhadap segala makhluk-Nya. Yang demikian adalah kurniaan Allah yang Ia berikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai kurniaan yang sangat luas.
 (Usul al-Kafi jil. 1 hal. 202,203)

Khomeini: Kedudukan Sayyidina Ali Setaraf Dengan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam.

Syeikh dan ustaz kita al-‘Arif al-Kamil Syeikh al-Abadi di dalam al-Ma’arif al-Ilahiyyah di hadapan murid-muridnya: “Kalaulah Ali a.s. muncul sebelum Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. pasti dia akan menyatakan syari’at sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam. dan pasti dia akan menjadi nabi serta rasul. Yang demikian adalah kerana kedua-duanya sama dari segi kerohanian dan kedudukan-kedudukan maknawi (batin) dan zahir”. (Rujukan: Misbah al-Hidayah ila al-Khilafah wa al-Wilayah al-Imam al-Khomeini hal. 153)

Syi’ah: Ahl as-Sunnah Adalah Anak Zina

Daripada Abi Hamzah daripada Abi Ja’far a.s. katanya (Abu Hamzah): aku berkata kepadanya (Abu Ja’far): “Sesungguhnya pengikut-pengikut kita menghina dan menuduh orang yang menyalahi mereka”. Imam Abu Ja’far berkata kepadaku: “Menahan diri daripada mereka adalah lebih baik”[bertaqiyyah]. Kemudian dia berkata lagi kepadaku: “Demi Allah, wahai Abu Hamzah! Sesungguhnya semua manusia adalah anak zina kecuali Syi’ah kita”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 285)



Syi’ah: Imam Mahdi Bila Dibangkitkan Akan Memenggal Ahl As-Sunnah


Daripada Salam bin al-Mustanir katanya, saya mendengar Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s. meriwayatkan apabila al-Qaim (al-Mahdi) bangkit, dia akan mengemukakan keimanan [Mengikut fahaman Syi’ah] kepada setiap Nasibi. Jikalau dia (Nasibi) benar-benar menerimanya (maka ia akan selamat) dan jika tidak al-Qaim akan memenggal lehernya atau dia memberikan jizyah (penerimaan jizyah ini berlaku pada permulaan kebangkitan al-Mahdi kerana berdasarkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan tidak diterima daripada Nasibi atau Ahl as-Sunnah kecuali diberi pilihan sama ada beriman sebagaimana Syi’ah atau dibunuh) sebagaimana ahli zimmi memberikan jizyah (kepada kerajaan Islam) pada hari ini. Dia (al-Mahdi) akan mengikat di tengahnya (pinggang) tali pinggang (Sebagai tanda ahli zimmah dan bukan seorang Syi’ah) dan akan mengeluarkan mereka dari bandar-bandar ke perkampungan-perkampungan. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 227)

Syi’ah: Ahlus Sunnah Lebih Hina Dari Yahudi, Nasrani Dan Musyrik

Dengan sanad ini daripada Muhammad bin Ya’kub daripada Ahmad bin Idris daripada Muhammad bin Ahmad bin Yahya daripada Ayyub bin Nuh daripada al-Wasya daripada orang yang menyebutkannya daripada Abi ‘Abdillah (Ja’far as-Sadiq) a.s. bahawa beliau tidak suka sisa jilatan anak zina, Yahudi, Nasrani, Musyrik dan setiap orang yang menyalahi Islam. Lebih dibenci ialah sisa jilatan Nasibi.

(Rujukan: Syeikh at-Thaaifah Abi Ja’far at-Thusi Tahzib al-Ahkam jil. 1 hal. 223)

Syi’ah: Nabi Adam Mempunyai Usul Kufur

Daripada Abi Basyir katanya, Abu Abdillah a.s. berkata: “Usul kekufuran ada tiga iaitu terlalu tamak, sombong dan hasad. Adapun terlalu tamak, ia terdapat pada Adam a.s. ketika dia ditegah daripada pokok (larangan) maka terlalu tamak telah mendorongnya supaya makan daripadanya. Adapun sombong, ia terdapat pada iblis ketika dia diperintahkan supaya sujud kepada Adam lalu dia enggan. Adapun hasad, ia terdapat pada dua orang anak Adam ketika salah seorang membunuh pasangannya”.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 289)

Al-Kulaini: Kitab Al-Kafi Hanya Mengandungi Riwayat Sahih Saja

Saya berkata: Sesungguhnya anda ingin mempunyai sebuah kitab yang lengkap yang terhimpun di dalamnya semua bidang ilmu agama (Islam) yang memadai bagi seseorang pelajar, yang menjadi rujukan bagi pencari hidayah dan orang yang ingin kepada ilmu agama serta mahu beramal dengannya boleh mengambil daripadanya melalui riwayat-riwayat yang sahih dari orang-orang yang benar a.s. (imam-imam Ahl al-Bait) dan (mengandungi) sunnah yang diyakini yang boleh diamalkan serta (dengan atsar-atsar ini) boleh dilaksanakan segala kefarduan yang ditetapkan oleh Allah ‘azza wa jalla dan sunnah nabi-Nya shallallahu alaihi wasallam. dan keluarganya. Dan aku katakan: “Jika demikian, aku harapkan ia (kitab) ini menjadi sebab untuk Allah memberikan pertolongan dan taufiq-Nya kepada saudara-saudara kita dan penganut ajaran kita serta memberikan petunjuk kepada mereka”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini Mukaddimah al-Usul min al-Kafi Jil. 1 hal. 8)

Agama Syi’ah: Ilmu Imam-Imam Menyamai Ilmu Para Nabi

Bab Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla Tidak Mengajarkan Kepada Nabinya Satu Ilmu Kecuali Dia Akan Memerintahkan Supaya Mengajarkannya Kepada Amir Al-Mukminin Dan Dia Berkongsi Dengannya (Nabi) Dalam Ilmu.

Ali bin Ibrahim daripada ayahnya daripada Ibnu Abi ‘Umair daripada Ibnu Azinah daripada Abdillah bin Sulaiman daripada Humran bin A’yun daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. membawa dua biji delima. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. makan salah satu dan membelah dua yang satu lagi lalu memakan separuh dan memberi makan kepada Ali separuh lagi. Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. berkata kepadanya: “Wahai saudaraku! Apakah engkau mengetahui dua biji delima itu? Jawabnya: “Tidak”. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. menjawab: “Yang pertama adalah kenabian. Engkau tidak mempunyai bahagian padanya dan yang satu lagi adalah ilmu. Engkau setanding denganku padanya”. Aku (perawi) pun berkata: “Semoga Allah sentiasa memeliharamu. Bagaimana ia menjadi kongsi Nabi shallallahu alaihi wasallam. padanya? Dia menjawab: “Tidaklah Allah mengajarkan kepada Muhammad shallallahu alaihi wasallam. satu ilmu kecuali Dia akan memerintahkannya supaya mengajarkannya kepada Ali a.s.”.

Ali bin Ibrahim daripada ayahnya daripada Ibnu Abi ‘Umair daripada Ibnu Azinah daripada Zurarah daripada Abi Ja’far a.s. katanya: “Jibrail a.s. turun kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. membawa dua biji delima dari syurga lalu memberikan kedua-duanya kepadanya. Maka dia makan sebiji dan membelah dua yang satu lagi. Ia memberikan kepada Ali a.s. separuh daripadanya lalu ia memakannya. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. berkata: “Adapun delima pertama yang dimakan olehku, maka dia adalah kenabian. Engkau tidak mempunyai bahagian daripadanya sedikitpun. Adapun yang satu lagi ia adalah ilmu. Engkau adalah kongsiku padanya”.

Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Abdul Hamid daripada Mansur bin Yunus daripada Ibnu Azinah daripada Muhammad bin Muslim katanya: saya mendengar Abu Ja’far a.s. berkata: “Jibril turun kepada Muhammad shallallahu alaihi wasallam. membawa dua biji delima daripada syurga lalu Ali a.s. bertemu dengannya. Maka Ali pun bertanya: “Apakah dua delima yang ada di tanganmu? Dia pun menjawab: “Adapun ini ia adalah nubuwwah, engkau tidak mempunyai bahagian padanya. Adapun ini, dia adalah ilmu. maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. membelahnya menjadi dua lalu dia memberikannya separuh dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. mengambil separuh. Kemudian baginda bersabda: “Engkau berkongsi denganku padanya dan aku berkongsi denganmu padanya”. Baginda berkata lagi: “Demi Allah! Tidaklah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. mengetahui satu huruf pun daripada ilmu yang diajarkan oleh Allah kepadanya kecuali dia akan mengajarkannya kepada Ali. Kemudian ilmu itu berakhir kepada kami. Kemudian dia meletakkan tangannya ke atas dadanya”.

Syi’ah: Orang Yang Mulia Ialah Orang Yang Menyembunyikan Pegangannya

Daripada Sulaiman bin Khalid katanya, Abu Abdillah a.s. berkata: “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya kamu berada di atas satu agama yang sesiapa yang menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyatakannya akan dihinakan oleh Allah”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 222)

Syi’ah: Kitab-Kitab Suci Yang Lain Selain Al-Quran

Daripada Abi Bashir katanya, aku masuk menemui Abi Abdillah (Jaa’far as-Sadiq) a.s. lalu aku berkata kepadanya: “Aku jadikan diriku sebagai tebusan kepadamu! Sesungguhnya aku ingin bertanya kepadamu satu masalah, adakah di sini ada seseorang yang mendengar kata-kataku? Dia (Abu Bashir) berkata lagi: “Lalu Abu Abdillah a.s. mengangkat di antaranya dengan rumah yang lain lalu dia memerhati ke arahnya”. Kemudian dia berkata: “Wahai Aba Muhammad, tanyalah apa yang terlintas padamu”. Aku pun berkata: “Aku jadikan diriku sebagai tebusan kepadamu! Sesungguhnya Syi’ahmu membicarakan bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. mengajarkan kepada Ali a.s. satu bab (ilmu) yang terbuka untuknya daripada bab itu seribu bab? Maka dia (Abu Abdullah) a.s. berkata: “Wahai Aba Muhammad! Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. mengajarkan Ali a.s. seribu bab yang terbuka daripada setiap bab seribu bab”. Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Ini demi Allah adalah sebenar-benar ilmu”. Perawi (Abu Bashir) berkata: “Lalu dia (Abu Abdullah) a.s. menggores-gores seketika tanah kemudian berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.

Perawi (Abu Bashir) berkata, kemudian dia (Abu Abdullah) a.s. berkata: “Wahai Aba Muhammad (Abu Basir)! Sesungguhnya kami mempunyai al-Jamiah, adakah mereka mengetahui apakah itu al-Jami’ah? Abu Basir berkata, “Aku jadikan diriku sebagai tebusan kepadamu! Apakah itu al-Jamiah? Abu Abdillah a.s. menjawab: “Ia adalah satu sahifah yang panjangnya tujuh puluh hasta Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.. Ia menyampaikannya dari mulutnya dan Ali a.s. menulisnya. Di dalamnya terdapat setiap perkara halal dan haram dan setiap perkara yg diperlukan oleh manusia sehinggalah diyat luka kerana mengoyakkan kulit dan ia memukul tangannya kepadaku sambil berkata: “Adakah engkau memberi izin kepadaku wahai Aba Muhammad? Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Aku jadikan diriku sebagai tebusan kepadamu, sesungguhnya aku adalah untukmu maka buatlah apa yang engkau kehendaki. Perawi (Abu Bashir) berkata, “Lalu dia meramas aku dengan tanggannya dan berkata: “Sehingga diyat sebegini (dia melakukan seolah-olah marah) Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.

Kemudian ia (Abu Abdillah) diam seketika lalu berkata: “Sesungguhnya di sisi kami ada al-Jufr, apakah mereka tahu apa itu al-Jufr? Abu Basir berkata, aku berkata: “Apakah itu al-Jufr? Abu Abdillah a.s. menjawab: “Satu bekas dari kulit di dalamnya ilmu nabi-nabi dan para wasi, ilmu ulama yang lalu dari kalangan Bani Israil. Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.

Kemudian ia (Abu Abdillah) diam seketika lalu berkata: “Sesungguhnya di sisi kami ada Mushaf Fatimah, apakah mereka tahu apa itu Mushaf Fatimah? Abu Basir berkata, aku berkata: “Apakah itu Mushaf Fatimah? Abu Abdillah a.s. menjawab: “Satu mushaf yang di dalamnya tiga kali ganda quran kamu ini. Demi Allah tidak terdapat di dalamnya daripada quran kamu walaupun satu huruf”. Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.

Imam Ali Ar-Ridha: Golongan Syi’ah Berbohong Mendakwa Cintakan Ali r.a.

Musa bin Bakr al-Wasithi katanya, Abu al-Hasan (Imam Ali ar-Ridha) a.s. berkata: “Kalau aku mengklasifikasikan Syi’ahku, pasti aku tidak akan dapati mereka kecuali orang-orang yang mendakwa sahaja (yang mereka cintakan Ahl al-Bait). Kalau aku hendak menguji mereka pasti aku tidak akan temui kecuali orang-orang yang murtad. Kalau aku mahu membersihkan mereka (daripada dakwaan mereka) tentu tidak akan tinggal walaupun seorang daripada seribu. Kalau aku mahu menyelidiki keadaan mereka (yang sebenar) pasti tidak akan tinggal dari kalangan mereka kecuali aku dapati mereka sambil berbaring di atas sofa-sofa (dengan sombong) mengatakan bahawa kami adalah Syi’ah Ali sedangkan Syi’ah Ali yang sebenar ialah orang yang perbuatannya membenarkan kata-katanya”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 228)

Syi’ah: Al-Quran Sebenar Tiga Kali Ganda Daripada Al-Quran Yang Ada Sekarang Ini

Daripada Hisyam bin Salim daripada Abu ‘Abdullah a.s. katanya: “Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh Jibril a.s. kepada Muhammad shallallahu alaihi wasallam. adalah sebanyak tujuh belas ribu ayat”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 634.