Ahad, 10 Mei 2015

KENYATAAN MEDIA KHAS : “Skandal Tabung Haji: Menambah 'Busuk' Kepimpinan Umno Kedah”


KENYATAAN MEDIA KHAS

9 Mei 2015

“Skandal Tabung Haji: Menambah 'Busuk' Kepimpinan Umno Kedah”

1. Skandal kewangan terbaru melibatkan penggunaan wang tabungan deposit Tabung Haji untuk 1MDB perlu dilihat sebagai ancaman kepada ketahanan dan kemampuan kewangan negara. Ia adalah langkah terdesak menyelamatkan kegagalan kewangan, ketirisan dana dan isu penyelewengan 1MDB.

2. Di mana, jika wang dari institusi milik umat Islam dan bertujuan untuk ibadah itu sewenangnya digunakan untuk menutup kerakusan kroni-kroni Umno-BN, tidak mustahil perkara sama digunakan terhadap segala sumber kewangan lain yang ada.

3. Setidak-tidaknya, ia menjadi bukti mengenai sikap dan haloba pemimpin Umno-BN yang menguruskan kerajaan dan hak rakyat mengikut kepentingan untuk memenuhi tembolok nafsu mereka. Tidak mustahil berlaku sebagaimana selalu disebut bahawa orang berhutang itu seperti “Korek Lubang, Tutup Lubang”.

4. Khususnya bagi negeri Kedah, rakyat negeri ini berhak merasa bimbang kerana antara dilihat terlibat dalam isu tersebut adalah pemimpin Umno-BN dari Kedah iaitu Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.

5. Hal ini bukan perkara baru kerana rekod Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid dahulu masih gagal menjelaskan sehingga ke hari ini penyelewengan dan salah urus tadbir kewangan melibatkan jumlah RM403 juta. Begitu juga sekarang di bawah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berhadapan isu pemborosan dan kegagalan mengemukakan agenda pembangunan realiti untuk negeri Kedah.

6. Walhal selalu menjadi mangsa adalah hak dan kepentingan rakyat, sebaliknya untuk kroni dijamin dan diselamatkan dengan pelbagai cara. Perkara inilah selalu dipertegaskan PAS supaya ia ditadbir urus selaras dengan peringatan Allah sebagaimana petikan ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud “....supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu...”.

7. Kerajaan seakan melakukan ‘bailout’ apabila Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB pada harga RM2,773 sekaki persegi, walaupun ia dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi. Sedangkan hak rakyat contohnya tanah yang terlibat dalam pengambilan untuk jalan sambungan Lebuh Raya Utara – Selatan ke Pulau Bunting hanya ditawarkan harga terlalu rendah dari penilaian awam yang direkodkan iaitu cuma RM3.70 hingga RM5.50 sekaki persegi.

8. Demikian itu terbukti Umno-BN memiliki pemimpin yang tidak amanah, dan secara khususnya rakyat negeri Kedah perlu merasa khuatir terhadap masa depan negeri ini kerana antara pemimpin tersebut adalah dari negeri Kedah. Perubahan mesti dilakukan agar negeri ini tidak ‘tergadai’ atau muflis oleh sikap rakus dan haloba pemimpin Umno-BN kepada kuasa dan kebendaan.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Adun Sungai Limau

Hukum Bersalaman Selepas Solat


Berjabatan tangan itu adalah Sunnah pada hukum dasarnya. Imam Nawawi berkata,

"Ketahuilah bahawa berjabat tangan ketika berjumpa itu adalah Sunnah hukumnya. Ini sudah menjadi ijma' di kalangan para 'alim ulama." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 diambil daripada pendapat Imam Nawawi).

Ibnu Baththal berkata,

"Hukum dasar berjabat tangan itu adalah baik dan elok sekali menurut para ulama' umumnya." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 di ambil daripada pendapat Imam An Nawawi : dan Al Mubarakfuri, Tuhfat al Ahwazi vol 7, hlm 426).

Banyak di kalangan para ahli feqah dari pelbagai mazhab yang menyatakan dengan tegas bahawa sunnahnya berjabat tangan di antara sesama kaum lelaki. Mereka mengambil dalil di atas hal itu dari sejumlah hadith-hadith sohih dan hasan, antara lainnya hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ka'ab bin Malik RadiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :

"Aku memasuki Masjid, ternyata bahawa di dalamnya (masjid) ada RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam. Lalu saidina Abu Talhah bin UbaiduLLah radiyaLLahu 'anhu yang berdiri kepadaku (menyambut) dengan langkah cepat (bergegas) hingga dia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat padaku." (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 458 : Bukhari, Sohih Bukhari, vol 4, hlm 1607 dan Muslim, Sohih Muslim vol 4, hlm 2126)

Juga hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Qatadah radiyaLLahu 'anhu, bahawa beliau berkata,

"Aku bertanya kepada Saidina Anas radiyaLlahu 'anhu. Apakah berjabat tangan itu dilakukan oleh para Sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam? " beliau (Anas radiyaLLahu 'anhu) menjawab, "Ya" (Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 5, hlm 231 ; dan Ibnu Hibban, Sunan Ibnu Hibban, vol 2 hlm 245).

Hadith yang diriwayatkan daripada Atha' bin Abu Muslim AbduLlah Al Khurasani bahawa beliau berkata, RasuluLLah SallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti) :

"Berjabat tanganlah kalian, pasti hilang kedengkian. Dan saling kalian memberi hadiah, pasti kalian saling sayang menyayangi dan hilanglah kebencian (sifat saling bermusuhan). " (Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 2, hlm 47)

Manakala berjabat tangan setelah selesai solat, tidak ada seorang pun dari para ulama' yang mengharamkan berjabat tangan. Mereka berpendapat, hukumnya (berjabat tangan) adalah Sunnah dan itu adalah bid'ah hasanah, atau bid'ah yang mubah (diharuskan).

Imam Nawawi memperincikan penjelasan tentang masalah ini dan berkata :

" Jika seseorang yang berjabat tangan sebelum solat, maka itu adalah Sunnah yang baik. Jika dia mengucapkan salam kepadanya (yang berjabat tangan) sebelumnya (solat) maka hukumnya adalah mubah (harus)" (Imam Nawawi, Al Majmu' vol 3, hlm 469-470)

Al Hashkafi berkata,

"Sebutan secara mutlaq (menyebutkan secara mutlaq 'bersalaman setelah selesai solat' tanpa mengaitkannya dengan solat tertentu atau keadaan tertentu) daripada pengarang (iaitu al Tamartasyi) mengikut ad Durar, al Kanz, al Wiqayah, An Niqayah, al Majmu', al Multaqa' dan selainnya menunjukkan hukumnya (berjabat tangan) adalah boleh, walaupun setelah selesai solat Asar."

Adapun ucapan mereka. "Sesungguhnya itu bid'ah maksudnya adalah bid'ah hasanah yang diperbolehkan' sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al Azkar. " (Al Hashkafi. Al Durr Al Mukhtar, dicetak Kitab Hasyiah 'Abidin di bahagian tepinya, vol 6, hlm 380)

Setelah menyebutkan pendapat sebahagian daripada ulama Mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa hukumnya adalah sunnah secara mutlaq. Ibnu Abidin memberikan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan berkata :...

"Itulah pendapat yang seiring dengan apa yang telah dikemukakan oleh Syarah (Al Hashkafi) dari pemutlaqan ungkapan kitab-kitab matan. Beliau berdalil terhadap pendapat itu daripada umumnya nas-nas yang diriwayatkan berkenaan dengan disyariatkannya kita berjabat tangan. "

(Ibnu Abidin Radd al Muhtar 'Ala Ad Durr Al Mukhtar yang dikenali dengan Hasyiah Ibnu 'Abidin, vol 6, hlm 381) Mereka menyatakan bahawa berjabat tangan setelah selesai solat adalah sunnah secara mutlak.

Imam Thobari menguatkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad radiyaLlahu 'anhu dan Bukhari dari Abu Juhaifah radiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :

"RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah keluar pada tengahari yang panas ke lembah (di luar batas Mekah; pada masa lalu). Lalu Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam berwuduk kemudian melakukan solat Zohor 2 rakaat dan Asar 2 rakaat (solat jamak dan qasar). Dan di depannya ada tongkat (bermata yang lebih pendek dari tombak) yang di belakangnya telah lalu seorang wanita. Orang-orang pun berdiri, lalu mereka mulai meraih (mengambil) kedua tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam dan mengusap-usap dengannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) ke wajah-wajah mereka. Abu Juhaifah radiyaLlahu 'anhu berkata, "Lalu aku meraih (mengambil) tangannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) dan aku meletakkannya ke wajahku; ternyata ia (tangan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam) lebih sejuk daripada salju dan lebih wangi daripada misk (minyak wangi) ". (Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, vol 3, hlm 1304)

Al Muhib At Thobari berkata, "Dijadikan sandaran kuat dengan halitu, (bersalaman) terhadap apa yang sesuai dalam tradisi orang ramai, iaitu berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai solat berjemaah. Khususnya Solat Asar dan Solat Maghrib. Apabila disertai dengan tujuan yang baik seperti mengambil keberkatan, mengakrabkan diri dan seumpamanya.

Sementara Izzuddin Abdissalam. setelah membahagi-bahagikan perkara-perkara bid'ah ke dalam 5 bahagian iaitu : Wajib, Haram, Makruh, Sunnah dan Mubah (harus), beliau berkata :

"Bid'ah-bid'ah yang mubah (harus) ada beberapa, antara lainnya ialah : berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar." (Izzuddin Ibnu Abdissalam, Qawa'id al Ahkam fi Mashalih al Anam, vol 2, hlm 205)

Imam Nawawi berkata, "Adapun berjabat tangan (bersalaman), yang telah mentradisi atau mengamalkannya setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar ialah :

Syaikh Imam Abu Muhammad bin Abdissalam (semoga ALLah subahanahu wa ata'ala merahmati beliau) telah menyebutkan bahawa itu termasuk di dalam bid'ah yang mubah (harus) ; tidaklah disifatkan sebagai makruh dan galakan. Apa yang beliau sebutkan ini adalah baik. Pendapat yang dipilih disebutkan begini : apabila seseorang yang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah mubah (harus), sebagaimana yang telah kami kemukakan. Apabila seseorang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah Sunnah. Ini adalah sebab berjabat tangan (bersalaman) ketika berjumpa adalah perbuatan Sunnah Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berdasarkan ijma' yang bersandarkan kepada hadith-hadith sahih tentang hal itu (bersalaman). (Imam An Nawawi, Al Majmu', vol 3, h;m 469-470)

Dengan ini, maka bolehlah kita ketahui bahawa siapa yang mengingkari perbuatan ini (bersalaman), maka boleh jadi dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kami sebutkan atau dia tidak berjalan di atas bidang 'ilmiah sama sekali. Dan ALLah subahanahu wa ta'ala Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Sumber : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Sabtu, 9 Mei 2015

Rafizi dah bagi amaran di parlimen jangan sentuh duit Tabung Haji

Dipetik dari FB Rafizi Ramli

Tak sampai dua bulan saya bagi amaran di Parlimen jangan sentuh Tabung Haji, selepas meroyan di Parlimen mereka pakai juga duit Tabung Haji. Sebenarnya perkara ini boleh dihentikan dengan mudah - PTG WP tolak permohonan pindahmilik, 1MDB kena kembalikan dana seperti kenyataan saya dibawah. Kita akan mulakan kempen, mohon viralkan!



DATO’ SERI NAJIB ADA KUASA HENTIKAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI, PULANGKAN WANG TABUNG HAJI

Pembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau “TH”) dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji.

Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan.

Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?

Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB.

Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya.



Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu:

1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau

2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu

Saya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH. Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.

Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh.

Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut:

1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH;

2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal;

3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH.

Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).

Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


Rafizi dah bagi amaran di parlimen jangan sentuh duit Tabung Haji
Dipetik dari FB Rafizi RamliTak sampai dua bulan saya bagi amaran di Parlimen jangan sentuh Tabung Haji, selepas meroyan di Parlimen mereka pakai juga duit Tabung Haji. Sebenarnya perkara ini boleh dihentikan dengan mudah - PTG WP tolak permohonan pindahmilik, 1MDB kena kembalikan dana seperti kenyataan saya dibawah. Kita akan mulakan kempen, mohon viralkan! DATO’ SERI NAJIB ADA KUASA HENTIKAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI, PULANGKAN WANG TABUNG HAJIPembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau “TH”) dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji.Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan.Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB.Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya.Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu:1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian ituSaya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH. Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh. Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor.Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut:1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH;2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal;3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH.Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.RAFIZI RAMLINAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDANMore : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on 8hb Mei 2015

Rabu, 6 Mei 2015

“Barangsiapa yang mengada-adakan suatu perkara di dalam urusan [agama] kami ini yang bukan berasal darinya, maka ia pasti tertolak.” (HR. Bukhari dan Muslim).



Dari Ummul Mukminin Ummu Abdillah ‘Aisyah radhiyallahu’anha beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang mengada-adakan suatu perkara di dalam urusan [agama] kami ini yang bukan berasal darinya, maka ia pasti tertolak.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Di dalam riwayat Muslim, “Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada tuntunannya dari kami, maka ia pasti tertolak.”

Kedudukan Hadits

Imam Ibnu Daqiq al-’Ied rahimahullah mengatakan, “Hadits ini merupakan salah satu kaidah agung di dalam agama. Ia termasuk salah satu Jawami’ al-Kalim (kalimat yang ringkas dan sarat makna) yang dianugerahkan kepada al-Mushthofa [Nabi] shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia mengandung penegasan tertolaknya segala bentuk bid’ah dan perkara yang diada-adakan [dalam agama, pent]…” (lihat Syarh al-Arba’in Haditsan, hal. 25)

Syaikh Abdul Muhsin al-’Abbad hafizhahullah berkata, “Hadits ini adalah kaidah untuk menimbang amalan secara lahiriah, bahwasanya amal tidak dianggap benar kecuali apabila bersesuaian dengan syari’at. Sebagaimana halnya hadits Innamal a’malu bin niyat adalah kaidah untuk menimbang amal batin…” (lihat Kutub wa Rosa’il Abdul Muhsin [2/114])

Faidah Hadits

Hadits di atas memberikan pelajaran kepada kita, diantaranya:

Segala macam bid’ah di dalam agama -yang memang tidak dilandasi dalil al-Kitab maupun as-Sunnah- adalah tertolak, baik dalam hal keyakinan maupun amal ibadah. Pelakunya mendapatkan celaan sekadar dengan tingkat bid’ah dan sejauh mana penyimpangan mereka dari ajaran agama

Barangsiapa yang memberitakan suatu keyakinan yang tidak diberitakan oleh Allah dan Rasul-Nya maka dia adalah pelaku bid’ah

Barangsiapa yang beribadah kepada Allah dengan sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah dan Rasul-Nya atau melakukan ibadah dengan suatu hal yang tidak disyari’atkan maka dia juga pelaku bid’ah

Barangsiapa yang mengharamkan hal-hal yang mubah (boleh) atau beribadah kepada-Nya dengan amalan-amalan yang tidak diajarkan dalam syari’at maka dia adalah pelaku bid’ah

Barangsiapa yang beribadah kepada Allah dengan landasan dalil dari Allah dan Rasul-Nya -baik dalam bentuk keyakinan ataupun amalan- maka hal itu akan diterima

Segala bentuk ibadah yang dilakukan dengan cara-cara yang dilarang maka hukumnya adalah tidak sah, karena ia tidak dilandasi oleh syari’at

Segala bentuk transaksi muamalah yang dilakukan dengan cara-cara yang dilarang oleh agama juga termasuk akad transaksi yang tidak sah

Larangan terhadap suatu bentuk ibadah atau muamalah melahirkan konsekuensi tidak sah atau tertolaknya ibadah atau muamalah yang dilakukan (lihat keterangan Syaikh as-Sa’di rahimahullah dalam al-Majmu’ah al-Kamilah [9/12-13])

Pengertian Bid’ah

Imam asy-Syathibi rahimahullah menjelaskan bahwa bid’ah adalah suatu tata cara beragama yang diada-adakan dan menyerupai syari’at. Hal itu dilakukan dengan maksud untuk melebih-lebihkan dalam beribadah kepada Allah (lihat al-Arba’una Haditsan fi Minhaj ad-Da’wah, hal. 70 dan al-I’tisham, [1/50])

Dampak Negatif Bid’ah

Bid’ah memiliki banyak dampak negatif dan konsekuensi yang jelek, diantaranya adalah:

Menimbulkan konsekuensi pendustaan terhadap firman Allah (yang artinya), “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian.” (QS. Al-Ma’idah: 3). Karena apabila seorang datang dengan membawa bid’ah dan dianggap termasuk dalam agama, maka itu artinya agama ini belum sempurna!

Konsekuensi bid’ah adalah celaan terhadap syari’at Islam bahwa ia belum sempurna, kemudian baru sempurna dengan adanya bid’ah yang dibuat oleh pelaku bid’ah itu

Konsekuensi bid’ah pula adalah celaan bagi seluruh umat Islam sebelumnya yang tidak melakukan bid’ah ini bahwasanya agama mereka tidak sempurna atau cacat, maka hal ini adalah dampak yang sangat membahayakan!

Dampak bid’ah adalah orang yang sibuk dengannya niscaya akan tersibukkan dari melakukan hal-hal yang sunnah (ada tuntunannya). Sehingga mereka meninggalkan amalan yang ada tuntunannya dan sibuk dengan amalan yang tidak diajarkan.

Munculnya bid’ah adalah sebab perpecahan dan percerai-beraian umat Islam. Karena para pembela bid’ah akan mengatakan bahwa merekalah yang berada di atas kebenaran sedangkan kelompok lain salah. Begitu pula para pembela kebenaran akan mengatakan bahwa merekalah yang berada di atas kebenaran sedangkan pelaku bid’ah itu adalah sesat, sehingga terjadilah perpecahan diantara umat (lihat Syarh al-’Aqidah al-Wasithiyah oleh Syaikh al-Utsaimin [2/316-317])

Nasihat Para Ulama Ahlus Sunnah

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu berkata, “Ikutilah tuntunan dan janganlah kalian mengada-adakan bid’ah. Karena sesungguhnya kalian telah dicukupkan. Dan setiap bid’ah adalah sesat.” (lihat al-Arba’una Haditsan fi Minhaj ad-Da’wah, hal. 68)

Ibnul Majisyun berkata: Aku pernah mendengar Malik berkata, “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam Islam suatu bid’ah yang dia anggap baik (baca: bid’ah hasanah), maka sesungguhnya dia telah menuduh Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam mengkhianati risalah. Sebab Allah berfirman (yang artinya), “Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kalian.” Apa-apa yang pada hari itu bukan termasuk ajaran agama, maka hari ini hal itu bukan termasuk agama.” (lihat al-Arba’una Haditsan fi Minhaj ad-Da’wah, hal. 69 dan al-I’tisham, [1/64-65])

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata, “Pokok-pokok as-Sunnah dalam pandangan kami adalah berpegang teguh dengan apa-apa yang diyakini oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, meneladani mereka dan meninggalkan bid’ah-bid’ah. Kami meyakini bahwa semua bid’ah adalah sesat.” (lihat ‘Aqa’id A’immah as-Salaf, hal. 19)

Imam al-Barbahari rahimahullah berkata, “Ketahuilah -semoga Allah merahmatimu- sesungguhnya ilmu bukanlah diraih semata-mata dengan memperbanyak riwayat dan kitab. Sesungguhnya orang yang berilmu [yang hakiki] adalah yang mengikuti ilmu dan Sunnah, meskipun ilmu dan kitabnya sedikit. Dan barangsiapa yang menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah, maka dia adalah penganut bid’ah, meskipun ilmu dan kitabnya banyak.” (lihat Da’a'im Minhaj Nubuwwah, hal. 163)

Syaikhul Islam Abul ‘Abbas al-Harrani rahimahullah berkata, “Simpul pokok ajaran agama ada dua: kita tidak beribadah kecuali hanya kepada Allah, dan kita beribadah kepada-Nya hanya dengan syari’at-Nya. Kita tidak beribadah kepada-Nya dengan bid’ah-bid’ah. Hal itu sebagaimana firman Allah ta’ala (yang artinya), “Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Rabbnya, hendaklah dia melakukan amal salih dan tidak mempersekutukan sesuatupun dalam beribadah kepada Rabbnya.” (QS. al-Kahfi: 110).” (lihat Da’a'im Minhaj Nubuwwah, hal. 87)

Bid’ah Sumber Perpecahan

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya yang Kami perintahkan adalah jalan-Ku yang lurus ini. Ikutilah ia dan jangan kalian mengikuti jalan-jalan yang lain, karena hal itu akan mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya.” (QS. Ali ‘Imran: 153)

Imam asy-Syathibi rahimahullah berkata, “Shirathal mustaqim itu adalah jalan Allah yang diserukan oleh beliau [rasul]. Itulah as-Sunnah. Adapun yang dimaksud dengan jalan-jalan yang lain itu adalah jalan orang-orang yang menebarkan perselisihan yang menyimpang dari jalan yang lurus. Dan mereka itulah para pelaku bid’ah.” (lihat al-I’tisham [1/76])

Mujahid rahimahullah ketika menjelaskan maksud ayat “dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan yang lain’ maka beliau mengatakan, “Maksudnya adalah bid’ah dan syubhat-syubhat.” (lihat al-I’tisham [1/77])

Allah ta’ala juga berfirman (yang artinya), “Dan janganlah kalian seperti halnya orang-orang yang berpecah-belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan.” (QS. Ali ‘Imran: 105)

Qatadah rahimahullah menafsirkan bahwa yang dimaksud dengan orang-orang yang berpecah-belah dan berselisih itu adalah para pelaku bid’ah.” (lihat al-I’tisham [1/75])

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan mereka itu senantiasa berselisih kecuali orang-orang yang dirahmati Rabbmu.” (QS. Hud: 118)

Ikrimah menafsirkan bahwa maksud dari mereka yang senantiasa berselisih itu adalah penganut hawa nafsu (bid’ah) sedangkan orang-orang yang dikecualikan itu adalah Ahlus Sunnah; yaitu orang yang berpegang-teguh dengan Sunnah (lihat al-I’tisham [1/83])

Penutup

Demikianlah, paparan singkat mengenai kandungan hadits ‘Aisyah radhiyallahu’anha yang memperingatkan kita dari bahaya bid’ah dan dampak negatifnya. Mudah-mudahan kita termasuk orang-orang yang tulus ikhlas melestarikan Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan meninggalkan segala macam bid’ah dan penyimpangan.