Ahad, 8 Jun 2014

Empat orang Ulama daripada 10 orang tertuduh yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Jenayah Syubra

Berita Mesir :

Inilah empat orang Ulama daripada 10 orang tertuduh yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Jenayah Syubra hari ini dalam "kes mengganggu lalulintas Jalanraya Qalyubiyah". Ini adalah kes palsu yang direkacipta bagi mengizinkan hakim membunuh musuh-musuh kudeta. Keempat-empat ulama ini merupakan ulama besar Mesir yang bukan mengampu untuk kepentingan dunia melalui fatwa-fatwa mereka.

1) Dari kiri atas : Prof. Dr.Abdul Rahman Al-Barr (bekas Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah yang dipecat)

2) Dari kanan atas : Professor Dr. Abdullah Hussin Barakat (bekas Dekan Kuliah Dakwah , Universiti Al Azhar)

3) Dari kiri bawah : Professor Dr.Jamal Abdul Hadi (pensyarah Sejarah Islam di Universiti Al Azhar),

4) Dari kanan bawah : Syeikh Mohammad Abdul Maqsud (Anggota Badan Syarie'yah)

Siapa lagi yang terselamat dari kezaliman Fir'aun moden hari ini ?

Adakah ini cara kudeta dalam memerangi pewaris para nabi ?



Perbicaraan 28 April yang melibatkan Dr. Muhammad Badie’ pemimpin Ikhwanul Muslimin
beserta 628 orang penyokong Presiden Mursi


SYAHID semua saudaraku yang ditembak di Mesir. Mereka dari golongan penyokong Dr. Mohamad Morsi. Mereka juga kebanyakan dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin.

Mereka mahu golongan Ikhwan Muslimin hancur dan tamat, tak ada lagi Ikhwan Muslimin di bumi Mesir. Mereka mahu matikan gerakan dakwah dan politik Ikhwan Muslimin.

Ini hasrat yang tak boleh disembunyikan kerana yang merancang pembunuhan itu mesti dari musuh utama mereka iaitu Amerika dan Israel. Tinggal lagi yang lemah dan bodohnya ialah golongan yang memegang senjata membunuh itu ialah tentera Mesir yang merampas kuasa Dr, Mohamad Morsi dan ingin mengekalkan kekuasaan mereka.

Perancangan Amerika dan Israel sama dengan kehendak hati dan matlamat mereka. Mereka tidak menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya Mesir yang memberi kemenangan kepada Dr. Mohamad Morsi dari parti sayap politik Ikhwan Muslimin itu.

Kejatuhan mereka yang pertama sejak golongan ini memerintah Mesir benar-benar menggilakan mereka. Ketakutan dan kegilaan yang meninggalkan ALLAH SWT dan Rasul NYA. Kebimbangan dan kedukacitaan yang melupakan kepada al-Qur’an dan as-Sunnah.

Dr, Mohamad Morsi adalah Presiden Mesir pertama yang dipilih dalam pilihan raya bersih. Sebelum ini, di zaman Anwar Sadat dan sebelumnya atau selepasnya di zaman Hosni Mubarak pilihan raya Mesir adalah pilihan raya paksa dan kotor yang sentiasa memaksa dan memberi kemenangan kepada golongan jahiliah sekular Mesir itu.

Kerana kuasa mereka sanggup membunuh saudara mereka sendiri. Di Malaysia pernah berlaku pada tahun 80 an ketika Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan Menteri Dalam Negeri ketika itu Tun Musa Hitam. Mereka bertindak menyerang, akhirnya membunuh Ustaz Ibrahim Libya [ as-Syahid ] dan anak muridnya.

Hakikatnya, selain dari golongan saki baki Hosni Mubarak yang kegilaan itu, kita mesti ingat bahawa musuh Islam tidak berdiam diri dan membenar golongan Islam menguasai dan memerintah sesebuah negara.

Tambah lagi mereka melihat di Mesir, dengan kewujudan Universiti al-Azhar dan sokongan para ulamaknya kepada Ikhwan Muslimin membahayakan mereka.

Mereka mahu menghancur leburkan Ikhwan Muslimin dan ulamak itu serta Universiti al-Azhar. Apa yang ada di Universiti al-Azhar selain dari gedung ilmu dan ulamaknya ?

Ilmu yang ada di Universiti al-Azhar itulah yang mengancam mereka. Bukannya ilmu tentang fiqh solat, taharah, haji dan puasa, haid dan nifas yang mereka takuti tetapi ilmu tentang fiqh JIHAD yang mereka takuti.

Seluruh dunia menerima kelebihan dan keistimewaan Universiti al-Azhar. Seluruh dunia mengakui pengaruh dan kesan gerakan dakwah Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin adalah ” guru ” kepada seluruh gerakan Islam atau Harakah Islamiah didunia yang diasaskan oleh as-Syahid Hasan al-Banna berikutan kejatuhan Daulah Islamiah 1924. Pengasasnya juga mati syahid ditangan Raja Farouk.

Dr. Mohamad Morsi telah berjaya membuat pendirian yang Islamik dan kedepan, mendepani strategi musuh tentang dasar luar Mesir. Terhadap Palestin, Turki, Syria, Iran dan lain-lain.

Semuanya ini mengancam gerakan Yahudi dan Amerika. Kenapa mereka tidak takut ? Bukankah mereka kuat dan berpengaruh. Jawabnya adalah kerana mereka semua adalah kaafiriin.

Kita mesti kenal dengan kenal ‘secara speacialist’ tentang kekafiran dan kuncu-kuncunya.

Yang lemahnya umat Islam sendiri, menjadi alat mereka sehingga sanggup membunuh saudara meraka sendiri. Bersaudarakah mereka ini ?.

Ingat !!! … mereka yang mati syahid itu menjadi obor kepada seluruh umat Islam khususnya di Mesir sendiri. Tidak tahu apa akan jadi esok lusa dan seterusnya. Kudeta tentera mesti hentikan kejahatan dan kezaliman ini.

Pemimpin -pemimpin Islam mesti menunjukkan sikap yang tegas bersama kebenaran. Paling tidak dari sudut kemanusiaan baru kamu boleh bergelar pemimpin !

Percayalah, musuh-musuh Islam itu tidak akan berjaya memadamkan roh JIHAD !!! …. tidak akan berjaya memadam cahaya ALLAH SWT !!!!