Sabtu, 9 November 2013

Kerja mengalihkan kubur di Segamat.


Dari En Jalaluddin - JKR
Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun tu seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran.
Subhanallah. Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak

Keadaan jenazah masih elok seolah-olah baru dikapan dan dikebumikan.
Untuk makluman kawan2 perkuburan ini terlibat dgn projek expressway jalan Segamat-Tangkak..

Ini adalah kerja2 mengalihkan kubur di Kg. Batu Badak, Gemereh, Segamat, JOHOR



Mayat Mertua Masih Utuh, Tidak Reput & Tanah Kubur Berbau Wangi~

Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

“Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” katanya ketika ditemui.

Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.

“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.

“Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya,” katanya.

Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.

“Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar,” katanya.

Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.

Renung2kanlah bersama.....



awa/-