Khamis, 31 Oktober 2013

BUKAN BENDERA SYIAH



Assalamualaikum, baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan bahawa ar-Rayah (panji hitam) yang dikibarkan semasa kempen PRK Sungai Limau itu merupakan bendera Syiah. Pihak kami ingin menegaskan bahawa bendera tersebut tidak mewakili aliran Syiah, sebaliknya merupakan bendera Islam yang bersandarkan kepada dalil perbuatan Rasulullah saw. Bendera tersebut bukanlah hak milik ekslusif mana-mana gerakan atau kumpulan, sebaliknya ia merupakan hak milik umat Islam keseluruhannya.

Bendera ini jugalah yang akan menjadi syiar penyatu umat Islam. Tindakan mendakwa ar-Rayah sebagai bendera Syiah merupakan satu kesilapan yang mungkin disengajakan (dengan niat buruk) atau boleh juga berpunca daripada kejahilan pendakwa itu sendiri terhadap bendera Islam ini.

Dengan ini, kami berharap agar fakta ini disebarkan supaya tidak timbul fitnah terhadap ar-Rayah dan juga kepada para pengibarnya.

Sekian dimaklumkan. Wassalam~