Isnin, 23 September 2013

Perkembangan terkini Masjidil Aqsa dan Gaza


1. Pendatang haram yahudi menceroboh masuk lagi ke dalam Masjidil Aqsa. [Ph]

2. Askar zionis menghancurkan khemah-khema dan rumah-rumah kecil di Jahalin Bedouins, Al Khan berdekatan Baitul Makdis. Musim sejuk akan tiba tidak lama lagi. [Ph]

3. Gambar mengeeluarkan mayat tentera Zionis yang terbunuh di Beit Amin di Qalqilya, Tebing Barat hari ini. Siasatan dilakukan ke atas mayat tentera Zionis yang dijumpai.

4. Ikatan Pemuda Intifadhoh Palestin melaungkan seruan untuk bangkit berdemonstrasi pada hari Jumaat depan, 27 September 2013. [NAA]

sumber: Al Resala, irarab, Gazanow



1. Sebentar tadi Ismail Hanieyah memberikan ucapan sambil berjalan di hadapan Bridged Al-Qassam [AAB]

2. Diplomat Perancis, Marion Castaing diheret ke tanah selepas askar zionis membawa dia keluar dari jip yang mengandungi pertolongan kecemasan di Tebing Barat, semalam. Trak-trak lain yang mengandungi barangan yang sama juga ditahan. [Ph]

3. Rakyat Palestin ditangkap lagi. Sumber Hebrew | Yediot Aharonot :"Pasukan Khas Israel telah menyerang rumah pembunuh Nidal Amer dan menangkapnya serta suaudaranya malam tadi. [AAB]

4. Mahrajan (Karnival) Al-Aqsa dalam bahaya ke-18 di Ummul Fahem. Gambar lain: http://goo.gl/C4BSEJ [NAA]

sumber: irarab.com,Gazanow,Jaringan Forum Palestin



Al-Aqsa Dalam Bahaya, Gaza Sengsara

1. Kanak-kanak Palestin duduk di sebelah lampu gas kerana bekalan elektrik putus di Beit Lahia, utara Gaza. Gambar diambil semalam oleh Mahmud Hams.

2. Extremis zionis sengaja mencetuskan marah umat islam di Masjidil Aqsa kerana mereka sedang beritual yang didakwa ajaran kitab Talmud.

3. Berdozen pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke dalam Masjidil Aqsa pagi ini, dan mulakan ritual penyembahan mereka, yang dikawal oleh askar dan polis zionis sendiri.

4. Lagi remaja ditahan di Baitul makdis, dihukum setahun setengah penjara. Dua remaja yang dikenal pasti, Muhammad Sultan Abbasi (14 tahun), Ayman Samih Al-Abbasi (tahun).

sumber: TeamPalestina,BeritaGambarAqsa, Gazanow [Ph]
#aqsasyarif