Sabtu, 17 Ogos 2013
Masjid dikepung, tembakan dilepaskan dan dibunuh dan ditangkap orang di dalam masjid.
Masjid dikepung, tembakan dilepaskan dan dibunuh dan ditangkap orang didalam masjid. Masjid Rabaah Adawiah dibakar hangus, Masjid Qoid Ibrahim dikepung dan ditangkap sesiapa sahaja di dalam masjid, di Dumyat masjid disita dan tidak dibenarkan solat di masjid tersebut. Semalam giliran Masjid Fatah di Medan Ramsis dikepung dari segenap penjuru. kanak-kanak, wanita, warga emas, mangsa cedera dan jenazah terdapat dalam masjid tersebut. Gambar menunjukkan kereta perisai tentera mengepung masjid Fatah.
#prihatinmesir
Beginilah suasana di dalam Masjid Iman di Jalan Makram Abid, Kaherah yang menempatkan jenazah para syuhada setelah Masjid di Medan Rabaah dibakar dan ditawan oleh tentera dan polis semalam. Amat mengecewakan selepas jenazah dipindahkan ke sini petang semalam. Pada sebelah malamnya pihak tentera dan polis sekali lagi mengepung dan melepaskan gas pemedih mata kepada keluarga para syuhada. Ingat mereka ini tidak mati bahkan hidup dan mendapat kurnia di sisi tuhan mereka.
Polis dan samseng 'bersatu hati' menentang rakyat Mesir. Gambar dari Tanta yang menunjukkan beberapa individu daripada Polis Keselamatan dan samseng yang bersenjata. Sumber : نافذة مصر