MAGSA BOM KIMIA
Pertama:
Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana
ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)
Ke-2:
Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau
peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin
Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang
sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba
keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)
Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”
Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan
janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di
jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan
mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada
mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti
mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi
khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa
Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang
yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan
darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan
dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari
kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga;
diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa
yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya
Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau
berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata:
“Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang
terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah
syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa
yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid.”
Ke-6: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”
Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada
ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang
tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.”
Ke-10:
Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:
Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin
Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu
berkata: “Tahukah
kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang
Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’
umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun
syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya
dengan tali arinya ke syurga).”
Ke-11 dan ke-12:
Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa
selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang
paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’
ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun
syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas
pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar
syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah
melahirkan syahid.”
Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh
di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang
yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana
sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)
Ke-14: Mereka
yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam
hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang
siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang
hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia
mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”
Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang
siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh
kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya
syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”
Ke-17:
Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di
jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW
bersabda: “Ribath
sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan,
dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa
dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang
siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah
lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa
berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika
mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah
dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika
mengerjakannya maka dia masuk syurga.”
Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu
para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang
mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan
melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.
Semoga kita dimatikan di dalam Khusnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah. Amien, Ya Rabbal ‘Alamin...
Wallahua'lam.