Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi
Penyokong Dr.Muhammad Mursi
menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah
Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk
melawan kumpulan penentang.
9hb Julai 2013
Seorang pelajar
Iskandariah, Muhammad Syarkawi dalam keadaan kritikal selepas terkena
tembakan di belakang leher saat beliau sujud ketika mengerjakan solat
Subuh.. Doakan kesihatan beliau.
Gambar
menunjukkan beberapa polis tentera Mesir yang enggan melepaskan
tembakan ke atas penunjuk perasaan duduk membantah di sebelah tentera
yang melepaskan tembakan atas arahan pimpinan atasan.
Selasa | 09 Julai 2013 | 10.54 malam
Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.
Mesir: Tidak ganjak, Jutaan terawih di Dataran Raba'ah...
Suasana terawih para penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tad
MESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para
penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah
yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh
kelmarin.
Malah dikatakan
jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan
pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa
terhadap Morsi minggu lalu.
Malam tadi, jutaan penyokong Morsi
menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1 Ramadhan. Malah
mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi dibebaskan dari
tahanan tentera.
Suasana terawih malam tadi meyaksikan mereka
membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan tersebut sekaligus
merubah dataran itu kepada lautan manusia.
Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.
Lebih menaikkan semangat pendokong Morsi apabila Syeikh Umum Qurra'
Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi turut turut menyatakan sokongan bersama
rakyat di sini menolak rampasan kuasa oleh tentera dan mendesak Morsi
dikembalikan ke jawatannya semula.
Beliau turut diberi penghormatan mengimamkan solat terawih di sini malam tadi.
Malah beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Dataran Rabaah sepanjang Ramadan ini.