Hadis:
Daripada Abu Bakar RA katanya, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya
kamu membaca ayat ini yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman
jagalah sahaja diri kamu, (daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh
Allah) orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada
kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat
mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya)” al-Ma’idah :
105. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya para manusia apabila melihat orang yang zalim tetapi tidak
menegahnya nescaya dibimbangi Allah akan meratakan seksa ke atas mereka
dengan azab.”
Riwayat: Abu Daud, at-Tirmidzi dan An-Nasaie
Huraian Hadith:
-
Mencegah kezaliman dan kemungkaran adalah suatu kewajipan kepada setiap umat Islam.
-
Allah SWT akan menurunkan bala secara menyeluruh sekiranya kezaliman itu tidak ditegah.
-
Sesetengah manusia menyalah anggap dan menyalahtafsirkan sesetengah
ayat al-Quran seperti ayat 105 dalam surah al-Ma’idah ini, mereka
menganggap tidak menjadi kewajipannya menyuruh perkara makruf dan
melarang yang mungkar, selama mereka mendapat hidayah mereka akan
selamat walaupun manusia sekelilingnya bergelumang dengan maksiat.
-
Umat Islam mesti bergabung tenaga, saling menasihati, saling
pesan-memesan, mencari petunjuk Allah dan melaksanakan perintahnya,
pasti akan selamat.
-
Jika mendiamkan azab Allah menimpa ia merangkumi orang yang zalim
kerana kezaliman dan orang yang tidak zalim kerana mendiamkan diri
sedangkan dia mampu melarangnya.
Inikah Politik 1Malaysia?
1. Senaman punggung di hadapan rumah Dato' Ambiga oleh bekas askar yang melaungkan "Hidup BN"!
2. Para penyokong UMNO-Perkasa membuat gaya mengencing ke atas karikatur Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di Shah Alam.
3. Samseng Pro-UMNO membuat provokasi agama dan perkauman dengan memijak kepala lembu di Shah Alam.
4. Penyokong dan ahli fanatik UMNO-BN membakar poster Pengerusi Bersama Bersih Dato' Ambiga dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!