PARLIMEN
BARISAN NASIONAL = 133
PAKATAN RAKYAT = 88
LAIN-LAIN = 1
- JUMLAH KERUSI = 222
- JUMLAH UNTUK MENANG MUDAH = 112
- JUMLAH MENANG 2/3 = 148
DUN / NEGERI
BARISAN NASIONAL (NEGERI DIKUASAI)
- N SEMBILAN - BN(22) PR(14)
- MELAKA - BN(21) PR(7)
- JOHOR - BN(36) PR(16)
- SABAH - BN(45) PR(10) STAR(1)
- PERLIS - BN(13), PR(2)
- PERAK - BN31) PR28)
- TERENGGANU - BN(17) PR(15)
- KEDAH - BN(21) PR(13)
PAKATAN RAKYAT (NEGERI DIKUASAI)
- PENANG - BN(10) PR(30)
- KELANTAN - BN(12) PR(33)
- SELANGOR - BN(12) PR(44)
PR MENANG MAJORITI DUA PERTIGA KERUSI DUN SELANGOR
PR TOLAK KEPUTUSAN PRU 13
Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.
Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan
diketahui, Anwar berkata, selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR
tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya
BN hanya menang tipis.
Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu.
Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan SPR.
Masih belum dimuktamadkan keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan,
SPR nampaknya tergesa-gesa mengumumkan BN sudah memperolehi 112 kerusi
sedangkan dalam masa sama tidak mengumumkan secara rasmi kedudukan
keseluruhan.