Isnin, 27 Mei 2013

Fail petisyen penipuan 29 kerusi Parlimen minggu ini

KUALA LUMPUR 27 MEI: KEADILAN akan mula memfailkan petisyen minggu ini bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di 29 kerusi Parlimen berhubung kepincangan yang berlaku dalam proses pengundian.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, petisyen tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
Beliau turut menempelak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya diperkudakan oleh Umno BN.

SPR_tipu

“Kalau rakyat beritahu ada penipuan, mereka (SPR) patut cakap: ‘baik rakyat, kami akan siasat seadil-adilnya’, susah sangat ke nak cakap macam itu?
“Kalau ketagih sangat nak jadi ahli politik, letak jawatan sekarang juga, jangan jadi Timbalan Pengerusi SPR,” bidas Rafizi, dipetik media.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian depan kira-kira 50,000 rakyat Himpunan Kemuncak Suara Rakyat 505 di Padang Timur MBPJ Sabtu lalu.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga percaya kegagalan fungsi dakwat kekal sememangnya sudah diketahui SPR sebelum pilihan raya bermula.
“Sebab itulah SPR tidak mahu mengadakan demonstrasi dakwat kekal sebelum pilihan raya kerana dia sudah tahu dakwat tersebut tidak kekal,” ujar Ambiga.
Pakatan Rakyat mempercayai PRU-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu adalah yang terkotor di dalam sejarah negara.
Bagaimanapun, keputusan pilihan raya tersebut boleh dicabar dengan mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh SPR.
Petisyen tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.



Salah 1 siasatan dari pasukan rafizi di Parlimen Balik Pulau  Undi Melebihi Kertas Undi Dikeluarkan Di Dalam Peti Undi!


PAS Jangka Fail 20 Petisyen Pilihan Raya