Yang
dihormati Pengacara Majlis, Ketua Kampung Pulau Meranti, Ketua Cawangan
PAS, Sahabat saya YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat dan
para pimpinan Pakatan Rakyat dan Tuan Puan yang saya kasihi sekelian.
Alhamdulillah dapat saya bertemu dengan penduduk di sini di malam yang bertuah ini. Ini kali pertama saya sampai di sini.
Saya percaya mungkin saudara saudari yang masih belum menyokong Pakatan Rakyat (PR) di kampung ini merasa sangsi dengan PR.
Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Islam akan terbela jika PR berkuasa?
Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Melayu akan terus dipelihara jika PR berkuasa di Putrajaya?
Kesangsian ini adalah suatu yang normal kerana sejak Merdeka, Kerajaan
Pusat tidak pernah diperintah selain dari Barisan Nasional ( BN ).
Manusia secara fitrinya susah nak terima benda baru.
Inilah yang dihadapi oleh para anbiya a.s dan para Rasul a.s apabila
mereka mengajak kaum mereka untuk buat perubahan.. kaum para Nabi selalu
memberi dalih kami lebih selesa dengan yang lama ..ajaran tok nenek
oyang mereka.. meskipun tradisi lama itu tradisi yang tidak baik dan
menyimpang dari ajaran Tuhan ..mereka tetap kata inilah pilihan kami
dulu kini dan selamanya..
Kesangsian ini juga diwujudkan oleh BN melalui tuduhan tuduhan yang
tidak berasas dan juga fitnah yang jahat ke atas perjuangan PR.
Asas kesangsian mereka yang belum menyokong PR ini adalah dalam Pakatan
ada DAP iaitu parti yang bermajoriti orang Cina maka dibuat satu
anggapan bahawa DAP akan menjadi penghalang kepada pembangunan Islam dan
Melayu.
Tidak ada masalah untuk sangsi. Yang menjadi masalah adalah kita tidak
mahu mencari jawapan kepada kesangsian itu. Untuk mendapat jawapan bagi
menghilangkan kesangsian tersebut tuan puan tidak boleh mendapatkan
jawapannya daripada Umno dan jentera penerangan mereka. Ini kerana Umno
dan jentera penerangan mereka menjadi pihak yang mewujudkan kesangsian
itu. Jawapan bagi kesangsian itu hendaklah didapati dari PR, dari media
PR seperti Harakah, akhbar Suara Keadilan atau akhbar Roket atau media
media alternatif dan juga ceramah- ceramah anjuran PR seperti malam ini.
Saya ingin ulas dulu tentang kesangsian tuan puan tentang isu Islam
tadi. Bagi saya kesangsian tentang sama ada Islam akan terbela jika PR
memerintah menunjukkan tuan puan mengambil berat tentang Islam. Ini satu
perkara yang baik.
Kami ingin nyatakan seperti mana tuan puan kami khususnya PAS juga
mahukan Islam terbela. Sebab itu sejak awal lagi PAS ditubuhkan. PAS
ditubuhkan antara lain untuk membangunkan Islam dalam semua aspek
kehidupan. Islam sebagai al -Deen. PAS ditubuhkan antara lain kerana
ulama tidak bersetuju tindakan Umno menghalalkan judi yang Allah
haramkan. Jika PAS tidak ambil berat Islam sudah tentu ulama PAS hanya
berdiam diri apabila Umno benarkan judi di negara ini.
Apabila Umno mencanangkan Islam tidak akan terbela jika PR perintah
Putrajaya, kita juga berhak bertanya adakah Umno benar-benar membela
Islam sepertimana yang Islam kehendaki atau ajar? Adakah selama berpuluh
tahun Umno memerintah negara ini Islam benar benar terbela?
Saya boleh bagi banyak contoh tentang jenayah Umno terhadap Islam..
lulus lesen judi, tipu dan rasuah dalam pilihanraya seperti didedahkan
dalam RCI iaitu projek beri kad pengenalan kepada bukan warganegara atau
dikenali projek Dr M di Sabah. Hatta dalam pemilihan parti dia sendiri
pun Umno rasuah seperti kes Tan Sri Isa samad yang disabitkan bersalah
oleh Badan Disiplin Umno terbabit dengan politik wang .. nama lain bagi
rasuah.
Yang lebih peliknya tuan puan Isa Samad yang Umno kata dia rasuah
dipilih pula untuk jaga Felda.. lubuk wang ringgit negara ini. Macam
mana wang negara tidak habis..Umno lantik orang rasuah jaga wang
..bukankah ini seperti kata pepatah Arab ibarat kita minta serigala jaga
kambing sedangkan tujuan jagaan itu untuk lindungi kambing dari dimakan
serigala!!
Umno juga banyak melakukan kezaliman sedangkan di dalam Al Quran
nyatakan " Janganlah kamu cenderung kepada kezaliman nanti kamu akan
disentuh api neraka." Tangkap orang tanpa bicara tak zalim kah?
Macam mana Umno kata dia bela Islam sedangkan dia rompak wang royalti
rakyat Kelantan dan Terengganu. Umno tidak hormat perjanjian.. dalam
surah al-Maidah ayat 1 Allah memerintahkan orang-orang beriman untuk
tunaikan janji. Adakah Umno patuhi tuntutan ayat Allah ini?
Isu salah guna kuasa seperti isu lembu Sharizat, isu pembelian kapal
selam, isu pembaziran wang rakyat seperti kes panggil artis Korea Psy
yang dikatakan telan belanja RM2 juta untuk persembahan beberapa minit..
isu pemimpin Umno hina hukum Islam.. seperti ucapan Mahathir, Najib dan
lain lain. Pokoknya Umno lah yang gagal membela Islam malahan menghina
Islam pula.
Mari kita lihat apakah yang dilakukan oleh Umno (sebagai pihak yang
mendakwa Pakatan tidak akan jaga Melayu) terhadap kepentingan melayu?
Apa dia kepentingan Melayu..? Dari segi Perlembagaan Persekutuan,
kepentingan Melayu adalah Bahasa Melayu ..iaitu Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan. Siapakah yang persetankan kedudukan bahasa Melayu dalam
Perlembgaaan melalui PPSMI...Dap atau Umno?
Hak istimewa orang Melayu seperti tanah rezab Melayu ..Perkara 153
Perlembagaan. Biasiswa untuk orang melayu.. adakah masih terjamin.. apa
yang ada PTPTN yang rakyat kena bayar dan jika tidak bayar akan disekat
pergerakan .. tak boleh ke luar Negara.
Kepentingan orang Melayu termasuk institusi Raja Raja Melayu.. siapakah
yang menjatuhkan imej Raja Raja Melayu dan siapakah yang menyerang
institusi Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.. Siapa larikan
anak Raja Melayu, siapakah yang nak lantik Raja Melayu baru ganti Sultan
Kelantan, siapakah yang menyebabkan website kesultanan Perak diserang
dalam isu Perak dulu. Siapakah yang galakkah pembaziran dengan membina
Istana Baru dalam keadaaan istana lama masih cantik dan masih boleh
digunakan?
Siapakah yang menyebabkan kepentingan ekuiti orang Melayu makin tiris ?
Siapakah yang menyebabkan dasar DEB gagal.. adakah DEB menolong Melayu
atau Bumiputra yang benar benar perlu ditolong atau DEB menolong
Umnoputra atau kelompok kelas melayu tertentu yang dapat projek hasil
amalan kronisme dan nepotisme . Tidakkah kita ingat isu bailout MAS yang
rugi yang diterajui oleh Tajuddin Ramli kroni pemimpin Umno. Umno
selamatkan Tajuddin Ramli seorang melayu kaya dengan salah guna wang
rakyat termasuk wang orang-orang melayu yang miskin seperti kita semua
tuan puan.
Jika Umno benar benar ingin jaga Melayu kenapakah Kelantan tidak
ditolong seperti isu royalti, isu pembinaaan lebuh raya. Kenapakah
semasa Umno ada dua pertiga kuasa di Parlimen tidak ditambah kerusi
Parlimen dan Dun-Dun di Kelantan, Trengganu dan Kedah.. tidakkah 3
negeri ini majoritinya Melayu yang jika ditambah kerusi Parlimen dan Dun
di tiga negeri tersebut nescaya akan bertambah kerusi Melayu/Islam di
sana. Kerana bencikan PAS, Umno tidak mahu tambah kerusi di tiga tiga
negeri tersebut ketika mereka ada kerusi dua pertiga di Parlimen.
Apa yang Umno buat bagi jaga akhlaq remaja/belia Melayu/ Islam. Semasa
Umno buat Hari Belia Negara 2012 anjuran Kementerian Belia Dan Sukan
yang Menterinya Melayu dan Islam , apa yang mereka buat?
Tahukah kita melalui surat bertarikh 21 Mei 2012 dari Stadium First Sdn
Bhd kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan, Dato Mohid
Mohamed, syarikat tersebut tuntut belanja sebanyak RM15 juta bagi kos
program tersebut. Secara tepatnya kosnya RM5,155, 175.60 untuk belanja
kos program laghah tersebut. Dari perincian kos itu tuan puan,
RM2.040.56 juta adalah kos memanggil artis wanita Korea yang dikenali
sebagai K -Pop.
Bayangkan tuan puan Kerajaaan Umno sanggup hidangkan belia dan
beliawanis kita dengan artis wanita luar negara yang berpakaian seksi
dan sanggup pula belanja RM2.04 juta .. inikah cara Umno jaga akhlak dan
moral remaja Melayu/ Islam? Yang lebih hebat PM yang tuduh PAS berdosa 7
dosa besar boleh berdiri sepentas dengan artis wanita Korea K Pop yang
hanya berpakaian seluar pendek .. tak berdosa pula Sahibus Samahah Al
fadhil Ustaz Najib !
Tak cukup K-Pop , dipanggil pula artis Korea PSY di Penang.. berapa lama
persembahan PSY? 10 minit ... berapa dibayar ..RM2 juta tuan puan..
lepas tu Najib minta pula orang sokong BN..
Sekarang kita lihat adakah tuduhan BN bahawa DAP anti Islam dan Melayu
betul atau tidak? Kita lihat negeri Pulau Pinang yang Ketua Menterinya
dari DAP. Kita lihat apa yang Lim Guan Eng ( LGE ) buat di sana?
Contohnya tentang isu pendidikan agama. Adakah tuan puan ahli Umno tahu
bahawa Lim Guan Eng belanja lebih banyak untuk Sekolah Agama Rakyat
(SAR) dari SRJK (T) dan SRJK (C). SAR diberi bantuan per kapita sebulan
puratanya RM97, 000 sedangkan sekolah Tamil hanya dapat RM 63 ribu
sebulan manakala Sekolah Cina hanya dapat RM60 ribu sebulan. Macam mana
Umno kata LGE anti Islam?
Umno bukan sahaja tarik balik bantuan per kapita SAR malahan fitnah pula
SAR dengan tuduh SAR tidak ajar agama sebaliknya ajar pelajar jadi
pengganas ..sebab itu Umno tarik balik bantuan per kapita SAR...
LGE juga sediakan tanah untuk bina SAR. LGE juga mahukan lebih ramai
huffaz , penghafaz Al Quran di Pulau Pinang dengan memberi bantuan dan
hadiah. LGE nak tiru cara pemerintahan Umar Abd Aziz r.a dan itu pun
Umno marah! Kita pun pelik Umno marah ..tak kan nak suruh LGE tiru
pemimpin Umno .. adakah pemimpin Umno yang LGE boleh tiru
Sebab itu saya katakana tuan puan yang hina Islam dan Melayu ni Umno dan BN bukannya PAS dan Pakatan Rakyat.
(Transkrip ucapan ceramah Mohamed Hanipa Maidin di Pulau Meranti, Sepang pada 27/3/2013.)-Harakahdaily.net