ADUN PAS Kedah menang saman RM150 ribu ke atas RTM
Oleh Md Izwan
March 21, 2013
ALOR SETAR, 21 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan
Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas
Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu
selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.
Dalam
penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan
dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar
ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik
Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia
Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.
Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.
“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan
untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam
Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka
dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh
Hartini dan Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman.”
“Hari
ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk
membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam Aminuddin
Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
“Dua
defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan
RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan
Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman.”
Mohd Nasir telah
memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan “Titik Sentuhan”
yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau
gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.
Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan
mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan
undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta
kredibilitinya.
Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.
Sumber TheMalaysianInsider - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-pas-kedah-menang-saman-rm150-ribu-keatas-rtm/
DOA LINDUNGI YANG DIFITNAH DAN LAKNATI YANG MEMFITNAH
Ya Allah , Ya Samiun Basir , Ya zaljalali wal ikram , Ya Aziz Ya Sattah , Ya ‘Azim , Ya Jabbar , Ya ‘Alim , Ya Hakim,
Pada hari ini kami menadah tangan kepada Engkau
Menumpukan seluruh jiwa kami kepada Engkau,
Pasrah sepenuhnya kepada Engkau
Dengan penuh kesedaran dan harapan memohon perlindungan dan pertolongan ke hadratMu
Tiada tempat lagi untuk kami mengadu selain kepada Engkau,
Pada hari ini kami benar-benar mengadu kepadaMu terhadap fitnah yang
sedang berlaku ke atas hambaMu oleh para pendusta dan pemfitnah.
Kami mengadu kepada Engkau terhadap mereka yang merancang melalui warkah akhbar dan siaran TV
Dari Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 dan RTM dan seluruh rangkaian mereka,
Dari kalangan Ketua mereka, Sidang Pengarang dan penerbit mereka,
Dengan mengingatkan kami Ya Allah bahawa RasulMu telah memesan kepada
kami bahawa antara doa yang mustajab di sisiMu ialah doa orang yang
dizalimi dan yang difitnah,
Maka pada hari ini, kami memanjatkan doa kepada Engkau Ya Allah,
Kami sebagai orang yang teraniaya dan orang yang dizalimi akibat
fitnah yang disebar oleh mereka dalam kalangan pemimpin-pemimpin yang
fasiq
Pemimpin-pemimpin yang tidak takut kepada balasan Engkau yang sangat pedih dan keras pada hari pembalasan
Yang tidak takut kepada nerakaMu
Yang tidak takut kepada azabMu
Mereka yang mengguna alat dan saluran media untuk:
• mencetuskan fitnah,
• menyebar fitnah,
• menyiarkan fitnah,
• bersekongkol memyemarakkan fitnah,
• mengguna kalam mereka untuk berfitnah,
• mengguna alat media mereka untuk membesar-besarkan fitnah,
• mengaibkan hambaMu dengan fitnah
• merosakkan persaudaraan sesama Muslim dengan fitnah
• mengguna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat untuk mereka-reka fitnah
Oleh itu , Ya Allah , kami membaca dan beriman dengan ayat-ayatMu
Al-Baqarah (2) : 250
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan kokohkanlah
pendirian (langkah) kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”.
dalam Al-Israa’ (17) : 80
“Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan
keluarkanlah (pula) aku dari tempat keluar yang benar, dan datangkanlah
kepadaku dari sisi-MU kekuasaan yang menolong (ku)”.
dalam Al-Mu’minuun (23) : 26
“Ya Tuhanku, tolonglah aku, karena mereka mendustaiku/membohongiku”.
dalam Al-Qashash (28) : 21
“Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zhalim itu”.
dalam Al-Qashash (28) : 22
“Semoga Tuhanku memberi petunjuk kepadaku jalan yang benar”.
dalam Al-‘Ankabuut (29) : 30
“Ya Tuhanku, tolonglah aku terhadap orang-orang yang berbuat
kerusakan itu”. Ya Allah kami mengadu kepadaMu apa yang mereka telah
lakukan ke atas kami :
• Mereka telah mengkhianati amanah yang kami beri kepada mereka untuk menegakkan kalimahMu, lalu mereka khianati,
• Mereka telah berlaku zalim ke atas kami yang mahu menegakkan kebenaran
dan keadilan, lalu mereka mengguna undang-undang yang zalim ke atas
kami
• Mereka telah merampas hak kami untuk menegur dan mencegah kemungkaran, lalu suara kami ditindas
• Mereka telah memutar belitkan kata-kata ulama kami yang menegur kezaliman, lalu ulama difitnah,
• Mereka telah memperkayakan diri dan keluarga mereka atas amanah yang
kami berikan, lalu kami terpaksa menanggung kesusahan untuk hidup,
• Mereka telah cuai menjaga kesucian agamaMu, lalu kami terdedah kepada riddah,
• Mereka telah alpa menjaga Aqidah kaum Muslimin, lalu qaidah untuk mentauhidkanMu telah tergugat.
Sekarang dengan kekuasaan yang ada kepada mereka dengan sewenang-wenangnya mereka menjadi pendalang fitnah
Mereka bersekongkol dengan golongan yang mahu menjadi senjata fitnah sebagai alat terus meegang takhta kuasa,
Ya Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya
Engkau yang telah menghancurkan Firaun
Engkau yang telah melenyapkan Qarun
Engkau yang telah membinasakan Haman
Hancurkanlah mereka yang zalim dan memfitnah kaum Muslimin
Cerai-beraikanlah mereka,
Engkah dedahkanlah kejahatan mereka yang berlaku jahat dengan fitnah
Kami akan terus membaca ayatMu dan beriman kepada ayat-ayatMu,
“Dan hindarkanlah mereka dari kejahatan. Dan barangsiapa yang ENGKAU
hindarkan dari kejahatan pada hari itu, maka sesungguhnya ENGKAU memberi
rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar”.
[QS.Al-Mu’min (40) : 9]
“Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU jadikan kami fitnah bagi orang-orang
kafir, dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya ENGKAU adalah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
[QS.Al-Mumtahanah (60) : 5]
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapakku, dan orang yang masuk ke
rumahku dalam keadaan beriman, laki-laki maupun perempuan. Dan janganlah
ENGKAU tambahkan kepada orang-orang yang zhalim melainkan kebinasaan”.
[QS.Nuuh (71) : 28]
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang ENGKAU masukkan ke
dalam neraka, sungguh ENGKAU telah menghinakannya, dan tidak ada seorang
pun penolong bagi orang-orang yang zhalim”.
[QS.Aali ‘Imraan (3) : 192]
“Ya Tuhan kami, kami telah menzhalimi (menganiaya) diri kami sendiri
dan sekiranya ENGKAU tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada
kami, tentulah kami termasuk orang yang merugi”.
[QS.Al-A’raaf (7) : 23]
“Dan jadikanlah bagiku buah tutur yang baik pada orang-orang yang kemudian”.
[QS.Asy-Syu’araa’ (26) : 84]
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzhalimi (menganiaya) diriku,
maka ampunilah aku, maka ALLAH mengampuninya. Sesungguhnya DIA-lah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
[QS.Al-Qashash (28) : 16]
Demikian kami patuh dan taat kepada ingat RasulMu yang telah bersabda:
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari kejelekan akhlak, amal, dan hawa nafsu”.
(HR.Muslim, Nasa’I, & Abu Dawud)
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari keburukan
pendengaranku, keburukan pengelihatanku, keburukan lisanku, keburukan
hatiku, dan keburukan angan-anganku”.
(HR.Abu Dawud & Tirmidzi)
Ya Allah Maqbulkanlah doa kami.
Amin Rabbul Alamin