Ahad, 30 Oktober 2011

“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Pengertian Tabarruj

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang gangguan maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj)

Larangan Tabarruj Dan Kaitannya Dengan Wanita Islam

Maka dengarlah wahai wanita-wanita Islam semua, segala suruhan Allah swt andainya anda semua beriman denganNya, Allah ada berberfirman :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”
( QS An Nur : 31)

Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud : Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..

Bukanlah terhenti di bahagian kepala dan leher sahaja malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Pastikan kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada. Wanita-wanita Arab pada zaman Jahiliyah dahulukala ada yang berkelumbung kepala dan menutup bahagian leher mereka.Tetapi muka mereka terdedah, bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Kadang kala baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu walaupun sudah dikancing biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada, dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol.Oleh itu wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar, dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini.Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya maka sudah jelas ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.

Awas ! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud :
Janganlah menampakkan perhiasannya

Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.”

“Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.

Ada pula dikalangan wanita yang bertudung disamping tudung ini diletakkan pula diatasnya sulaman bunga dan corak yang menarik, manakala rambutnya yang dibahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung dan terjuntai menutupi sebahagian dahi . Andainya angin meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.

Ada fesyen pula rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, selepas itu diletakan dengan kain tudung semakin jelas bentuk tubuh dan keindahan mahkotanya.

Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang dan kononnya supaya dianggap orang bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.

Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian adalah salah. Allah swt lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini beerti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up .

Ada pun di kalangan wanita bertudung sudah sempurna menutupi dada dan bahagian tubuhnya yang lain, tetapi mengenakan seluar panjang seperti ‘jean’ dan berbagai fesyen seluar di pasaran . Dengan hanya memakai baju lengan panjang separa bawah pinggul dan memakai seluar sebenarnya masih belum sempurna menutup aurat dan perbuatan ini boleh diistilahkan sebagai bertabarruj, sedangkan tabarruj itu haram. Ini kerana orang masih boleh melihat rentak dua kaki anda ketika berdiri dan ketika kaki dihayunkan ketika berjalan . Tetapi jika anda memakai kain mustahil orang lain dapat memerhatikan hayunan kaki anda. Jadi tidak salah sekiranya anda memakai kain dan memakai seluar panjang di dalamnya.

Kerana rata-rata wanita beralasan bahawa memakai kain atau jubah menyukarkan mereka untuk bergerak apatah lagi melakukan aktiviti yang lasak di era moden ini. Ini adalah pernyataan bagi orang yang beralasan kerana lebih mengutamakan hawa sendiri dari perintah Allah. Sedangkan kita diperintahkan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia.

Seterusnya kita melihat firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya

Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut. Perempuan beriman dilarang memukul atau menghayun kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Ini akan mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi sekiranya mendengar bunyi gemerincing pada gelang kaki tersebut.

Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al Ahzab : 59 )

Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada aurat wanita juga. Pengaruh suara wanita ke atas hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi , berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan?

Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau perfume ketika keluar dari rumah . Di mana Rasulullah saw bersabda

“Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki terutama bagi mereka yang mempunyai syahwat hayawaniyyah. Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan dihadapan mereka.Andainya makanan yang enak terbentang dihadapan mereka, mata siapakah tidak terbeliak? Selera siapakah tidak terbuka? Natijah daripada ini pula Allah swt tidak ketinggalan untuk memerintahkan kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya :

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(QS Annur : 30)

Demikian juga Allah menyuruh wanita supaya menahan pandangan mereka dalam surah An Nur , ayat 31.

PANDANGAN ULAMA
Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan. Perhiasan itu selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ adalah sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid, firmanNya:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Perhiasan itu fungsinya bukan setakat untuk memperindah dan mencantikkan tubuh badan dan sesuatu tempat saja, seperti dinding-dinding dan ruang-ruang tertentu di dalam rumah, di masjid dan sebagainya, tetapi juga fungsinya menjadi alat dan bahan untuk kegunaan suatu tujuan, sama ada ianya digunakan kerana ada keperluan, seperti untuk perubatan, ataupun digunakan tanpa ada keperluan, seperti pinggan dan cawan yang diperbuat daripada perak atau emas digunakan untuk makan dan minum kerana semata-mata menunjukkan a kehidupan yang mewah.

Namun begitu, bukan semua jenis barang-barang perhiasan itu diharuskan untuk dijadikan bahan kegunaan dan hiasan diri dan tempat. Terdapat garis panduan hukum syara‘ yang menentukan bahan-bahan perhiasan mana yang boleh dan tidak boleh digunakan dan dipakai, baik bagi laki-laki mahupun perempuan.

Pembahasannya lebih kurang sama dalam menafsirkan `perhiasan yang zahir’. Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi: Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat’, terdapat tujuh pendapat, iaitu:
1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Mas’ud. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
2. Bererti celak dan cincin – Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
3. Bererti gelang, cincin dan celak – Al-Misywar bin Mukhrimah.
4. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – Pendapat dari Mujahid.
5. Bererti cincin dan gelang – Dari al-Hasan.
6. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – dari al-Dhahhak.

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Dalam Islam hukum bersolek bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnyn wajib, sunat, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan dan niat atau tujuan ia dilakakukan. Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.

Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya sepatutnya wajib ditutup.

Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj. Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Wanita bersolek untuk suami

Islam tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami dan menarik perhatian suaminya. Tetapi haram jikan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi atau atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga mengubah kejadian Allah atau menyerupai wanita jahiliyah (tabarruj jahiliah).

Hukum wanita memakai bau-bauan

Terdapat beberapa hukum seperti wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

Wajib wanita berwangi-wangian

Ketika suami berada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami pada waktu malam, malah hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai bau-bauan. Selain daripada itu, nabi saw tidak wajibkan. Nabi saw bersabda “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Maksud menyenangkan hati ialah dalam semua hal dan keadaan, sama ada aspek fizikal dan mental. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi sekiranya untuk keluar rumah, wanita-wanita dilarang bahkan haram bersolek dan memakai bau-bauan kerana terdapat keterangan hadis yang melarang wanita berbuat demikian.

Waktu Sunat wanita berwangi-wangian

i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan
dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah,
bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang
melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian
kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.

Walau bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak berbau busuk.Oleh itu, sunat bagi wanita memakai bau-bauan ketika berada di rumah atau ketika sesama wanita.

Terdapat keterangan dalam hadis-hadis yang lain yang menjelaskan tentang wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi tidak pada dan tempat yang dilarang. Rasulullah saw bersabda “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnamya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya”(Riwayat al-Tarmizi)

Bahkan Aisyah sendiri memiliki minyak wangi yang terbaik. Dia menggunakan wangian tersebut apabila melayan Rasulullah saw. Baginda saw. Kata Aisyay “Aku memakaikan minyak wamgi kepada nabi saw ketika baginda hendak melakukan ihram, dengan minyak yang terbaik yang aku miliki” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Selain daripada itu juga, adalah sunat bagi wanita memakai wangi-wangian sebelum berihram. Kerana terdapat keterangan bahawa Aisyah berkata “Kami (isteri-isteri Rasulullah saw) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah saw. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaikdi kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi saw tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Berdasarkan hadis jumhur tersebut, ulamak berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat sama ada kepada lelaki dan wanita berwangi-wangian ketika ihram.

Imam Syafie berkata “Sunat bagi lelaki dan wanita menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak (sebelum) melakukan ihram, walaupun zat minyat tersebut kekal hingga sesudah ihram”. Imam Hanafi pula ada mengatakan “Sunat menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak atau sebelum ihram, walaupun zat tidak tinggal melekat, sekalipun baunya kekal” (al-Mazahil al-Arba’ah)

Namun Imam ada memberikan peringatan kepada wanita “Seseorang yang hendak berihram, hendaklah memakai bau-bauan sebelum melakukan ihram (bukan ketika sedang berihram). Itulah yang lebih sah. Walaupun bau wanginya terlekat hingga sesudah ihram. Tetapi sekiranya setelah ia menanggalkan ihram itu lalu memakainya semula, maka dikenakan fidyah, kecuali dia mencuci pakaian itu terlebih dahulu. Kerana orang sedang berihram disyaratkan menjauhkan bau-bauan” (al-Minhaj)

Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli menyatakan makruh menyapu bau-bauan pada pakaian ihram. Bagi yang membolehkannya adalah sebelum ihram. Sesudah berihram, jemaah terbesar daripada sahabat dan tabii,jumhur ahlu hadis dan ahli fiqh menyatakan haram. Mereka ialah Saad bin Abi Waqas, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Muawiyah, al-Sauri, Abu Yusuf, Ahmad, Daud dan lain-lain (syarah Soheh Muslim oleh as-Sauri)

Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kmau hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)

Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.

Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi- Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”

Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”

Beberapa Hadis Rasulullah saw sebagai paduan

أيَّمَا امْرَأَةٍ وَضَعَتْ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، فَقَدْ هَتَكَتْ سِتْرَ مَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Siapa saja di antara wanita yang menanggalkan pakaian-nya di selain rumah suaminya, maka ia telah mengoyak tirai pelindung antara dirinya dan Allah Azza wa Jalla.

مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا

“Permisalan wanita yang berhias untuk selain suaminya, adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”

Maksudnya adalah wanita yang berlenggak-lenggok ketika berjalan dengan menarik pakaiannya, akan datang pada hari kiamat dalam keadaan hitam dan gelap, bagaikan berlenggak-lenggok dalam kegelapan. Dan hadits ini walaupun lemah, tetapi artinya benar, karena kenikmatan dalam maksiat adalah siksaan, wangi-wangian akan menjadi busuk dan cahaya menjadi kegelapan. Kebalikan dari taat, bahwa bau mulut orang yang berpuasa dan darah orang yang mati syahid lebih harum di sisi Allah dari bau minyak kasturi."

سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ، عَلَى رُؤُوسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ البَخْتِ ، اِلْعَنُوهُنَّ فَإنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ
“Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan punuk unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.”

Semua orang ingin kelihatan cantik dan menarik, sama ada lelaki atau perempuan. Lelaki tidak boleh berhias dengan menggunakan alat-alat solekan perempuan. Lelaki kelihatan kemas dan menarik melalui penampilan diri atau pakaian mereka. Segala hadis yang dinyatakan di atas adalah berkenaan dengan larangan kepada golongan wanita dan tidak kepada lelaki. Oleh itu, lelaki dibolehkan menggunakan wangian yang sesuai, tidak bertujuan menunjuk-nunjuk, manakala wanita tidak harus menggunakannya untuk menarik perhatian orang lain agar memandang kepadanya. Tetapi harus menggunakannya hanya sekadar inging menghilangkan bau busuk badan agar disenangi oleh masyarakat sekeliling.

CHE'GUBARD: BONGKAR ROSMAH & FAKTA BAJET Di PARIT.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Ustaz Azhar Idrus-PAS Ganti UMNO-Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan

Video 1

Video 2
Ustaz Azhar Idrus-PAS Ganti UMNO-Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan : 2
Video 3
Ustaz Azhar Idrus-PAS Ganti UMNO-Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan : 3 
Video 4
Ustaz Azhar Idrus-PAS Ganti UMNO-Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan : 4
Video 5
Ustaz Azhar Idrus-PAS Ganti UMNO-Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan : 5
Video 6
Ustaz Azhar Idrus-PAS Ganti UMNO-Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan : 6

Pesanan Dan Peringatan Penting Buat Umat Islam dan Pemimpin Mereka

KHUTBAH AL-WIDA’:
Pesanan Dan Peringatan Penting Buat Umat Islam dan Pemimpin Mereka

oleh Akhi Tariq Ziyad pada pada 27hb Oktober 2011 pukul 9.33 ptg
Sesungguhnya di tanah suci inilah Rasulullah SAW dahulu memulakan perjuangan politik baginda di mana para sahabat diseksa dan dibunuh dalam usaha mereka membebaskan rumah Allah ini dari segala taghut dan kekufuran untuk digantikan dengan hukum dan sistem Islam. Setelah 13 tahun perjuangan berlangsung di Mekah, Rasulullah dan kaum Muslimin kemudian berhijrah ke Madinah dan peristiwa hijrah yang penuh bersejarah itu telah menjadi titik perubahan kepada landskap politik dunia di mana Daulah Islam yang pertama telah ditegakkan dan agama Allah buat pertama kali telah diterapkan dalam bentuk bernegara.

Setelah Islam menjadi tampuk politik negara, negara baru (Daulah Islam) ini mencapai kemenangan demi kemenangan, sehinggalah kota Mekah, tempat di mana kaum Muslimin dahulunya ditindas dan diusir, berjaya ditawan. Lalu berakhirlah segala sistem kufur di tanah suci ini dan diganti dengan sistem Islam. Sejak itu, manusia boleh beribadah kepada Allah dengan aman di bawah naungan sistem politik dan pemerintahan Islam. Pada tahun ke-10 setelah hijrah, satu lagi peristiwa bersejarah tercatat di kota suci ini di mana Rasulullah dan kaum Muslimin telah berangkat menyambut perintah Allah untuk menunaikan ibadah haji. Setibanya di Mekah, baginda bertolak ke Arafah dari Mina setelah naiknya matahari pada 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehinggalah tergelincir matahari (waktu zohor). Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu baginda menaikinya sehinggalah tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, para sahabat dan ribuan kaum Muslimin semuanya menanti dengan penuh sabar dan debar untuk mendengar apakah yang akan disampaikan oleh kekasih Allah ini. Padang Arafah menjadi saksi akan satu peristiwa penting yang tidak akan dilupakan oleh setiap insan yang beriman kepada Allah dan Rasul. Di sinilah Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbah baginda yang terakhir kepada umatnya yang dikenali dengan Khutbah al-Wida’ (khutbah perpisahan), satu khutbah yang menyentuh jiwa dan perasaan setiap manusia yang mendengarnya.

Isi kandungan khutbah wida’ yang disampaikan oleh Rasulullah SAW itu merupakan sesuatu yang sentiasa segar di ingatan umat Islam sepanjang zaman. Dan jika diperhalusi dan diteliti dengan mendalam akan kandungan khutbah tersebut, sesungguhnya ia penuh dengan pesanan dan ingatan kepada umat Islam amnya dan para pemimpin khususnya akan hukum-hukum (undang-undang), kewajiban dan keharaman yang wajib mereka patuhi. Khutbah ini mengandungi pesanan yang menyeluruh untuk memandu manusia dalam segenap aspek kehidupan, sama ada secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara. Persoalannya, sejauh manakah umat Islam dan pemimpin mereka pada hari ini mematuhi dan menerapkan khutbah ini di dalam kehidupan? Bersempena musim haji ini, marilah kita sama-sama menghayati Khutbah Al-Wida’ yang penuh peringatan ini-
 “Wahai seluruh manusia, dengarlah apa yang hendak aku katakan ini, kerana aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini di tempat wukuf ini..

(1) Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak 

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya darah kalian dan harta kekayaan kalian merupakan kemuliaan (haram diambil oleh orang lain) bagi kalian semua, sebagaimana mulianya hari ini, di bulan yang mulia ini dan di negeri yang mulia ini..

Kita menyaksikan pada hari ini betapa nyawa dan harta umat Islam tidak lagi menjadi satu kemuliaan sebagaimana yang Rasulullah pesankan. Berapa ramai dari umat Islam yang berbunuhan dan merompak harta sesama sendiri dan yang paling buruk, berapa ramai dari pemimpin umat Islam yang membunuh dan merampas harta benda rakyatnya sendiri. Siapa tidak tahu akan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh pemimpin rejim Uzbekistan, Pakistan, Afghanistan, Mesir, Turki, Palestin, Arab Saudi dan banyak lagi ke atas rakyatnya? Mereka mengerahkan polis dan tentera mereka untuk memerangi dan membunuh kaum Muslimin yang tidak sehaluan dengan mereka, khususnya dari kalangan gerakan Islam. Lihatlah pula bagaimana harta kita semua dirampas oleh pemerintah dengan mengenakan pelbagai jenis cukai, tol, bayaran pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Minyak, gas asli dan bermacam-macam hasil bumi yang menjadi milik kita dirampas dan dikaut oleh pemerintah dengan selahapnya. Kemuliaan darah dan harta umat Islam sudah tidak lagi wujud setelah Islam tidak diterapkan.

(2) Kewajiban meninggalkan tradisi dan amalan Jahiliyah; pembunuhan dan riba

Ketahuilah sesungguhnya segala tradisi Jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan (seperti pembunuhan, dendam dan lain-lain) yang telah terjadi di masa Jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi. (Sebagai contoh) hari ini aku menyatakan  pembatalan pembunuhan balas atas terbunuhnya Ibnu Rabi’ah bin Haris yang terjadi pada masa Jahiliyah dahulu. Transaksi riba yang dilakukan pada masa Jahiliyah juga tidak  boleh berlaku lagi sejak hari ini. Transaksi yang aku nyatakan tidak berlaku lagi adalah transaksi riba Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak akan (haram) berlaku lagi..

Sejak sistem pemerintahan sekular diterapkan, riba sudah menjadi teras ekonomi dalam sesebuah negara. Para pemimpin sekular ini menerapkan sistem riba tanpa rasa berdosa dan takut kepada Allah sedikit pun. Sebahagian besar umat Islam juga terlibat dengan riba tanpa sedikit pun merasa bersalah dengan keharaman yang mereka lakukan, seolah-olah riba ini suatu yang halal dan sah-sah sahaja untuk diambil. Mereka langsung tidak menghiraukan ancaman Allah di dalam Al-Quran dan ancaman Rasul tentang seksa dan azab yang pedih yang akan mereka terima atas muamalat riba yang mereka masuki, malah mereka senantiasa mencari dalih untuk mengatakan perbuatan mereka adalah halal!

(3) Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama

Wahai seluruh manusia, sesungguhnya syaitan itu telah berputus asa untuk dapat disembah oleh manusia di negeri ini, akan tetapi syaitan itu masih terus berusaha (untuk mengganggu kalian) dengan cara yang lain. Syaitan akan merasa puas jika kalian semua melakukan perbuatan yang tercela. Oleh kerana itu hendaklah kalian menjaga agama kalian dengan baik..

(4) Larangan mengharamkan apa yang dihalalkan dan sebaliknya

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya merubah-rubah bulan suci itu akan menambah kekafiran. Dengan cara itulah orang-orang kafir menjadi sesat. Pada tahun yang satu mereka langgar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah. Kemudian kalian menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkanNya. Sesungguhnya zaman akan terus berputar, seperti keadaan berputarnya pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah dua belas bulan. Empat bulan di antaranya adalah bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut (yakni) Dzul Qa’idah, Dzul Hijjah, dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban..

Sesungguhnya persoalan halal dan haram adalah di tangan Allah dan hal ini telah pun jelas. Namun ternyata pada hari ini terdapat manusia, khususnya pemerintah yang menghalalkan apa yang Allah haramkan dan sebaliknya. Lihatlah sahaja akan hukum kufur yang diterapkan ke atas kita, baik dalam hal uqubat mahupun muamalat, para pemimpin telah ‘menghalalkan’ hukum kufur ini ke atas kita semua, dan mereka ‘mengharamkan’ hukum Allah dari diterapkan ke atas kita. Mereka kekalkan sempadan negara yang dicipta penjajah dan melabelkan ‘haram’ ke atas umat Islam yang ingin masuk ke negara mereka. Mereka ‘haramkan’ tentera dari berjihad untuk melawan puak kuffar yang secara terang-terangan membunuh umat Islam di serata dunia. Kuasa untuk ‘membuat’ undang-undang ada di tangan mereka, dan ternyata mereka telah membuat undang-undang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan.

(5) Kewajiban memuliakan wanita (isteri)

Takutlah kepada Allah dalam bersikap kepada kaum wanita, kerana kalian telah mengambil mereka (menjadi isteri) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka telah dihalalkan bagi kalian semua dengan nama Allah. Sesungguhnya kalian mempunyai kewajiban terhadap isteri-isteri kalian dan isteri kalian mempunyai kewajiban terhadap diri kalian. Kewajiban mereka terhadap kalian adalah mereka tidak boleh memberi izin masuk orang yang tidak kalian suka ke dalam rumah kalian. Jika mereka melakukan hal demikian, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sedangkan kewajiban kalian terhadap mereka adalah memberi nafkah dan pakaian yang baik kepada mereka. Maka perhatikanlah perkataanku ini wahai seluruh manusia, sesungguhnya aku telah menyampaikannya..

(6) Kewajiban berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah

Aku tinggalkan dua perkara bagi kalian, jika kalian berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya (yakni) Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya (Al-Hadis)..

Merupakan satu fakta yang tidak dapat dimungkiri lagi bahawa pemerintah sekarang ini sudah tidak lagi berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah. Malah mereka telah mencampakkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya dari urusan pemerintahan. Hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran langsung tidak dipandang, malah jika ada gerakan Islam yang ingin menegakkannya, ini pun dihalang habis-habisan oleh pemerintah yang zalim ini. Qisas, hudud, ta’zir, mukhalafat, muamalat, dakwah dan jihad sudah tidak ada dalam kamus hidup pemerintah ini, malah jika ada golongan yang ingin menegakkannya, maka mereka akan dianggap ekstrem, radikal dan pengganas. Pemerintah ini benar-benar menjadi musuh Islam, walaupun mereka mendakwa diri mereka Muslim.

7) Kewajiban taat kepada pemimpin, siapa pun dia selama masih berpegang teguh kepada Al-Qur’an

Wahai seluruh manusia! Dengarlah dan taatlah kalian kepada pemimpin kalian, walaupun kalian dipimpin oleh seorang hamba dari negeri Habsyah yang berhidung kemek, selama mana dia tetap menjalankan ajaran Kitabullah ke atas kalian semua..

Rasulullah SAW telah menyatakan dengan tegas bahawa kita wajib taat kepada pemimpin, tidak kira dari bangsa apa dan bagaimana rupa paras serta warna kulitnya sekalipun. Ini bermakna, Islam langsung tidak mengenal konsep negara-bangsa yang mana pemerintah sebuah negara mestilah berasal dari negara tersebut. Dan Rasulullah telah meletakkan ‘syarat ketaatan’ kepada pemimpin adalah apabila dan selagi mana pemimpin tersebut menjalankan hukum-hukum Al-Quran. Justeru, tidak ada ketaatan kepada pemimpin yang memerintah dengan hukum selain Al-Quran, tidak kiralah sama ada dia dari bangsa Arab, Melayu, Afrika, Cina atau apa sekalipun.

(8) Kewajiban berbuat baik kepada hamba sahaya

Bersikap baiklah terhadap hamba sahaya. Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kalian makan dan berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kalian pakai. Jika mereka melakukan sesuatu kesalahan yang tidak dapat kalian maafkan, maka juallah hamba sahaya tersebut dan janganlah kalian menyeksa mereka..

(9) Umat Islam adalah bersaudara satu dengan yang lain

Wahai seluruh manusia! Dengarkanlah perkataanku ini dan perhatikanlah. Ketahuilah oleh kalian bahawa setiap Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dan semua kaum Muslimin itu adalah bersaudara. Seseorang tidak dibenarkan mengambil sesuatu milik saudaranya kecuali dengan senang hati yang telah diberikannya dengan senang hati. Oleh sebab itu janganlah kalian menganiaya diri kalian sendiri..
(10) Kewajiban menyampaikan khutbah Rasulullah SAW kepada yang lain

Ya Allah! Sudahkah aku menyampaikan pesan ini kepada mereka? Kalian semua akan menemui Allah, maka setelah pemergian aku nanti janganlah kalian menjadi sesat seperti sebahagian kalian memukul tengkuk sebahagian yang lain. Hendaklah mereka yang hadir dan mendengar khutbah ini menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami daripada mereka yang mendengar langsung pada hari ini. Kalau kalian semua nanti akan ditanya tentang aku, maka apakah yang akan kalian katakan? Semua yang hadir menjawab, ‘Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tentang keRasulanmu, engkau telah menunaikan amanah dan telah memberikan nasihat’. Sambil  menunjuk ke langit, Rasulullah SAW kemudian bersabda, ‘Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini” [HR Bukhari dan Muslim].

Wahai kaum Muslimin! Para jemaah haji yang berkumpul di padang Arafah kini tidak lagi dapat mendengar ucapan pemimpin agung umat manusia ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita, namun ingatlah bahawa Sunnah baginda masih tetap ada dan kekal hingga ke hari ini. Kita memang tidak boleh memilih untuk hidup bersama insan agung ini kerana Allah jualah yang Maha Kuasa menentukannya, namun kita boleh memilih sama ada untuk terus hidup bersama Sunnah baginda atau pun meninggalkannya. Hari ini, para pemimpin umat Islam telah memilih untuk meninggalkan Sunnah baginda SAW, dan mereka sesungguhnya telah memilih jalan menuju azab Allah. Mereka telah menguburkan Sunnah Rasulullah dan hati mereka telah menjadi keras dengan Islam. Maka apakah kita mahu mengikut jejak langkah para pemimpin ini, atau kita mahu memilih jalan untuk menukar para pemimpin ini dengan seorang pemimpin yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, yakni seorang Khalifah yang akan memerintah ala minhaj nubuwwah (mengikut jalan kenabian)?

Khamis, 27 Oktober 2011

Rabu, 26 Oktober 2011

Isu murtad, ke mana arah sasarannya?

Oleh ABDUL HADI AWANG
Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?

Dua perkara ini perlu dilihat dan difahami sedalam-dalamnya, supaya kerja yang berjenama Islam mengikut landasannya yang sebenar dan menepati kebijaksanaan yang ditunjuk oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Kecintaan kepada Islam adalah wajib, sebagaimana mempertahankannya juga adalah wajib. Perlu difahami bahawa setiap langkah hendaklah berlandaskan mesej yang istiqamah. Bukan sahaja berjaya mempertahankan Islam dan memelihara iman yang ada dalam diri dan penganutnya, dalam masa yang sama berjaya menyampaikan dakwah kepada bukan Islam yang menjadi sasaran dakwah Islamiah.

Perlu diambil iktibar, mengapa generasi awal Islam yang menghukum dengan keras terhadap orang Islam yang murtad, dalam masa yang sama menarik orang lain masuk Islam beribu kali ganda tanpa paksaan. Ini kerana Islam mengharamkan paksaan terhadap penganut agama lain.

Mengapa pula pada zaman kita ini diuar-uarkan ramai yang murtad sehingga membimbangkan dan diberitakan terlalu berkurangan orang yang berminat kepada Islam. Kalau ada sekalipun kelihatan berkeliaran menunjukkan lesen mengemis daripada jabatan agama.

Sedangkan pada zaman keemasan pemerintahan Islam, orang yang baru menganut Islam boleh memegang jawatan tinggi dalam negara dan ada yang menjadi ketua negara. Malah ada yang menjadi ulama dan ilmuan terbilang yang membina Hadarah Islamiyyah (Tamadun Islam) bukan Islam Hadhari yang sudah hampir lenyap suaranya.

Satu masa yang masih dekat berlalunya, ada seorang hamba Allah berjawatan mufti, meuar-uarkan ribuan orang Melayu menjadi murtad dan masuk agama Kristian dan Hindu. Sehingga ada orang yang dipanggil polis dan mufti itu juga dipanggil polis untuk disoal siasat.

Namun beritanya hilang entah ke mana, entah diletak di bawah karpet atau di mana failnya. Wallahu’alam, terserah kepada pihak yang berkenaan sama ada ia berita benar atau provokasi yang sengaja dicetuskan.

Media Islam antarabangsa melaporkan perkembangan pesat Islam di Eropah, Amerika, Asia Tengah dan Afrika. Di England sahaja mereka yang baru masuk Islam mencecah setengah juta orang dalam masa terdekat yang kebanyakannya kalangan terpelajar. Tiba-tiba masyarakat Islam di Malaysia dilanda taufan murtad.

Kesalahan murtad dimasukkan dalam perundangan Islam, dalam bahagian hukum jenayah berat. Adapun pendekatannya ditujukan kepada penganut Islam sahaja, tanpa disasarkan kepada penganut agama lain yang berada dalam masyarakat majmuk bersama masyarakat Islam.

Orang Islam sendiri yang disalahkan sekiranya berlaku murtad, sama ada individu yang murtad atau kerajaan yang lemah dengan pegangan Islamnya dan tidak adil terhadap rakyatnya kerana tidak beramal dengan hukum-hukum Islam dan akhlaknya yang mulia. Adapun kalangan bukan Islam diajak berdialog secara ilmiah dan dibuktikan beramal dengan akhlak Islam dan hukumnya yang adil. Inilah nas al-Quran dan Hadith.

Para ulama aqidah dan syariat menyatakan kepada umat Islam secara fardu ain, bahawa batas-batas iman dan kufur, serta menegaskan takrif murtad apabila seseorang itu melakukan apa sahaja yang membatalkan iman dan Islamnya atau membatalkan dua kalimah syahadah secara ilmu dan yakin tanpa paksaan.

Murtad itu bukan sahaja menganut agama yang lain daripada Islam, tetapi murtad juga berlaku walaupun tidak menganut apa-apa agama, atau menganut sebahagian ajaran Islam sahaja, iaitu dengan tidak percaya kepada mana-mana ajaran Islam atau menghinanya, sama ada perkara rukun atau wajib dan sunat atau halal dan haram atau harus.

Murtad juga boleh berlaku dengan mempersenda-sendakannya secara ucapan, tulisan, kartun, lakonan drama dan sebagainya.

Adakah umat Islam hari ini diajar batas-batas iman dan kufur dan perkara-perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah? Atau sekadar mempelajari batal sembahayang puasa sahaja. Ini menunjukkan kejahilan boleh menempah murtad walaupun boleh dimaafkan kerana kejahilannya.

Rasulullah S.A.W. mengajar bangsa dan keluarganya batas sempadan di antara iman dan kufur, dan sempadan kasih kepada Islam, bangsa dan keluarga. Walaupun semuanya wajib dicintai.

Tetapi aqidah Islam asas kepada selamatnya keluarga dan bangsa. Sehingga kaumnya menyedari bahawa selamatnya arab dengan Islam, bukan selamat Islam dengan arab, sehingga melahirkan bangsa arab yang berpegang dengan Islam tidak berlaku zalim terhadap kaum lain. Slogan "Selamat Melayu Maka Selamat Islam" menandakan masih kabur kefahaman terhadap batas-batas iman dan kufur.

Seluruh kajian orentalis yang dicatatkan menegaskan terlalu sedikit mereka mencapai kejayaan memurtadkan orang Islam sepanjang zaman penjajah, hanya segelintir sahaja penganut Islam yang berjaya dimurtad meninggalkan agama Islam.

Maka dirancang melalui serangan pemikiran untuk memurtadkan umat Islam daripada mana-mana ajaran Islam melalui pendidikan, media dan budaya nafsu yang melalaikan. Bukan melalui cara meninggalkan agama Islam dan masuk agama lain, tetapi melakukan kesalahan murtad dalam keadaan masih merasakan dirinya menganut Islam.

Apabila munculnya Kamal Atarturk yang dianggap bapa Turki moden, dengan melaksanakan sekularisme yang memisahkan politik daripada agama Islam seperti yang dimaktubkan dalam kitab Injil Mathew, tampil dengan gagah berani seorang tokoh besar ulama Turki Syeikh Mustafa Sobri, yang pernah menjadi Syeikhul Islam kepada kerajaan Uthmaniyyah.

Beliau menegaskan dalam buku yang dikarangnya: “Bahawa teori sekularisme yang memisahkan politik (urusan pemerintahan negara daripada agama Islam) adalah jalan pintas paling terdekat menuju ke arah murtad. Fatwa ini dikuatkan oleh Almarhum Mufti Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa Dr Yusuf al-Qaradawi yang diberi anugerah Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia.

PAS ingin mengambil contoh para Sahabat R.A. dan generasi awal umat Islam yang meneruskan perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W. dalam menghadapi peristiwa murtad yang paling mencabar dalam seluruh sejarah Islam, dengan kejayaan mengambalikan semula ratusan ribu mereka yang murtad kepada Islam dan ramai kalangan selepas murtad berjaya menegakkan Islam sehingga menumbangkan kuasa besar Parsi yang zalim.

PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama di kalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan: Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang.

PAS tetap mengambil kira jasa Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menubuhkan Perkim dan berjaya mengislamkan tokoh-tokoh besar zamannya tanpa huru-hara, dan memerhati kalangan mereka yang gagal meneruskan perjuangannya dan Perkim hilang entah ke mana.

PAS juga mengambil kira kejayaan Almarhum Tun Datu Mustafa yang berjaya mengislamkan ribuan rakyat Sabah dengan pertubuhan United Sabah Islamic Association (USIA), dan memerhati mereka yang lupakan tugas dakwah susulan kerana ditindih oleh kayu-kayu balak di Sabah dan Sarawak.

PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna.
....
http://siasahdaily.blogspot.com/

Orang Fasik Suka Mempertikaikan Hukum Hudud Akan Mendapat Laknat Allah di Dunia dan Akhirat



Oleh : Ustaz Abu Basyer
السَّلاَمُ عَلَيْكُم

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam sering dikejutkan dengan berita-berita yang mengemparkan. Di akhbar arus perdana Sinar Harian hari ini 21 Oktober 2011, kita dikejutkan dengan beberapa ahli Parlimen melayu yang fasik mempertikaikan hukum hudud dan membuat dakwaan yang berupa fitnah.

Hukum hudud adalah hukum Allah SWT ianya bukan hukum ciptaan manusia dan bukan hukum daripada parti tertentu.

Allah SWT berfirman :

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik” (Surah Al-Maaidah ayat 49).

Jelaslah berdasarkan ayat di atas ada dikalangan manusia yang cuba menimbulkan keraguan terhadap hukum-hukum Allah, dan mereka ini adalah mereka yang mengikut hawa nafsu dan akan ditimpa bala oleh Allah SWT kerana kerana dosa mereka (mempersendakan hukum hudud) dan jenis manusia seperti ini adalah orang-orang yang fasik. Allah SWT akan melaknat mereka ini dan juga para malaikat-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Kita perlulah berhati-hati terdapat orang fasik kerana mereka ini nampak alim (berkopiah) tetapi hati seperti serigala. Suka buat permusuhan dengan orang-orang mukmin, bersifat sombong dan ego, suka mengadu domba dan memutuskan silaturahim. Jiwanya penuh dendam kesumat, hasad dengki, menabur fitnah kesana-sini, mendedahkan keaiban saudara muslim yang lain dan sering pembuat fitnah dan menimbulkan kebencian terhadap undang-undang Allah SWT. Mereka mengajak kepada yang mungkar dan menentang yang makruf. Sifat manusia seperti ini akan diharamkan syurga dan akan menempah neraka Jahanam berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW dibawah ini .

1. Sifat sombong.

Dari Abdillah bin Mas'ud ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang mempunyai sifat sombong sedikit saja di dalam hatinya tidak akan masuk syurga." Seseorang berkata, "Bagaimana halnya ihwal seseorang yang mempunyai pakaian-pakaian yang indah dan sepatu-sepatu yang indah?" Rasulullah SAW bersabda, "Allah itu indah dan Allah menyukai keindahan (Seseorang tidak disebut sombong jika ia mempercantik dirinya). Kesombongan terletak pada penolakan terhadap kebenaran dan memandang orang lain rendah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Apabila kita merendahkan usaha-usaha murni para ulama untuk mendaulatkan hukum hudud dan menolaknya maka inilah yang dikatakan sombong.

2. Suka mencaci maki dan menghina orang muslim.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Mencaci maki seorang muslim adalah fasik (melanggar agama) dan memerangi seorang muslim adalah kafir."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Termasuk mencaci maki dan menyerang seorang muslim adalah menjatuhkan maruahnya, menghina , mempertikaikan dan mempersendakan kebaikan yang hendak dilaksanakan oleh seorang muslim ( dia mengajak kepada hukum taghut dan benci kepada hukum Allah SWT)

3. Suka mengadu domba

Dari Hudzaifah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berceramah kesana-sini, tuduh orang itu , tuduh orang ini dan mendakwa seorang muslim itu berzina dan meliwath  dan tidak membawa 4 orang saksi yang adil, sebenarnya inilah ciri-ciri orang fasik dan layak mendapat hukum qazab disebat 80 rotan.

4. Suka memutuskan silturahim sesama muslim .

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim" (Hadis Riwayat Muslim)

Sentiasa bermusuhan dengan saudara muslim, sentiasa mendakwa dan menuduh orang lain tidak betul dan menganggap dirinya baik dan cerdik dan suka hendak saman di mahkamah sedangkan dirinya sendiri tidak membawa akhlak yang baik.

5. Tergelincir kata-kata mempertikaikan kebenaran hukum Islam dan menambahkan keraguan kepada orang-orang bukan Islam terhadat ajaran Islam

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh ada kalanya seorang hamba berbicara sepatah kata yang tidak diperhatikan maka tiba-tiba ia tergelincir ke dalam neraka oleh sebab kalimat itu, lebih jauh dari jarak antara timur dan barat."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramai dikalangan manusia yang suka cari pengaruh dan mengejar habuan dunia dan pangkat sanggup mengeluarkan ucapan-ucapan yang jahat dan buruk, menghina dan mempersendakan Islam dan para alim ulama . Bercakap berdasarkan nafsu dan tidak langsung berfikir (percakapannya seperti orang hilang akal) . Mereka rasa seolah-olah tidak ada malaikat yang mencatat amal perbuatan dan percakapannya. Inilah jenis manusia yang menyempitkan kehidupannya dihari akhirat kerana menempahkan dirinya menjadi muflis.

6. Mendedahkan aib saudara muslim.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW  bersabda, "Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim yang lain; tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya. Dan barangsiapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan melaksanakan hajatnya. Dan barangsiapa membebaskan kesusahan seorang muslim maka Allah akan membebaskannya di hari kiamat. Dan barangsiapa menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesiapa di dunia ini suka menganiaya seorang muslim atau menyokong pihak yang buat aniaya dan mendedahkan aib saudaranya maka dia akan di mendapat balasnnya di dunia dan diakhirat. Dia akan mendapat balasan Allah SWT di dunia dengan bala dan musibah dan Allah SWT akan dedahkan aibnya di dunia dan akhirat dan memasukkan dirinya ke neraka.

7. Menjadi muflis di hari akhirat.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW  bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Dalam hadis yang lain dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Allah SWT tidak akan ampunkan dosa orang fasik yang memiliki 7 ciri-ciri ahli neraka seperti di atas selagi mereka tidak memohon maaf kepada orang yang dianianya dan di fitnahkan di dunia ini. Dosa dengan Allah SWT akan diampunkan-Nya apabila bertaubat tetapi bukan dosa sesama manusia.

Sahabat yang dimuliakan,
Tiap-tiap perbicaraan dibuat keputusannya oleh Tuhan yang Maha Adil dengan berdasarkan keterangan-keterangan saksi, iaitu selain daripada dua malaikat yang menulis amal seseorang maka anggotanya, hartanya, tempatnya dan masanya juga menjadi saksi .

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu Allah menyempurnakan balasan yang sebenarnya bagi mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah an-Nur ayat 24-25)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para sahabat menjawab:" Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."
Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Sekiranya seseorang itu menentang hukum hudud dan memfitnah Islam dan mengaibkan saudara muslim di Parlimen, maka Parlimen itu akan wujud sebagai saksi nanti di hari akhirat dan berkata-kata di hadapan Allah SWT bahawa sipulan bin sipulan telah menghina Islam dan hukum hudud dan menghina saudara-sauadara Islam maka ketika itu manusia tidak dapat berbohong lagi, manusia akan menyesal kerana di dunia hanya mencari populiriti dan kemegahan dan takbur .

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bertaubat dan  insaf dan sedar. Jauhilah diri kalian daripada ucapan-ucapan orang fasik dan janganlah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan mereka. Jika kita takut lakukan dosa dari lidah kita lebih baik kalian diam dan hanya bertawakal kepoada Allah SWT. Dunia hari ini samaada berita-berita di akhbar, telivision dan internet jika kita tidak hati-hati banyak yang boleh merosakkan akidah kita, dan boleh jatuh syirik apabila kita pertikaikan hukum-hukum Allah SWT. Jelaslah hukum hudud adalah hukum Allah SWT ianya bukan hukum hukum ciptaan manusia , yang mana hukum ciptaan manusia adalah hukum berdasarkan hawa nafsu.