Rabu, 26 Oktober 2011

Wacana Sinar-Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya

Dilema dan Pelaksanaannya [bhg1]


Dilema dan Pelaksanaannya [bhg2]


Dilema dan Pelaksanaannya [bhg3]

MALAYSIA HAK RAKYAT




Yang masuk berita tv3 tadi - 26 OKT 2011


Laporan Audit Negara kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang & Kelantan prestasi teruk ditadbir Pakatan Rakyat..

Yang tak masuk berita tv3 plak -

1- Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umno yang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut
Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

8- Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

10-MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Nak lagi?....Nah...

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

• Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79

• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Orang sekarang dah cerdik laa wahai TV3.. Kamu hentam Kerajaan Selangor padahal peningkatan kutipan zakat berbanding negeri lain Selangor adalah yang tebanyak.. Kerajaan Pulau Pinang memberi pulangan kepada rakyat warga emas hasil lebihan dari MPSP & MPPP..

Kenapa tak hentam Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Perlis? Perfect sangat kaa negeri ni punya pentadbiran? Tiada perselisihan kewangan?? tv3 suku nak butakan mata pekakkan telinga rakyat?

KAMI TAK BODOH lah.. Orang yang takda kemudahan internet.. Bolehlah kamu bodohkan...

Selasa, 25 Oktober 2011

Tolak Islam, ambil Nasionalis punca murtad


Nasionalis punca murtad – Nik Aziz |
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.

Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

"Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

"PAS orang pertama mempertahan Islam.

"Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

"Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi.

"Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi.

Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen.

Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis.

Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO.

Ahad, 23 Oktober 2011

Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai


‎"SUDILAH MEMBACA, TAK BACA MAKA TAK TAHU, MAKA TOLONGLAH BACA ^_^"

Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .

Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .

1. Taqwa. [ taat ]

Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :

( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة

Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan .

Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar - benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua dari musuh - musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh - musuh mereka .

Sesungguhnya orang - orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki .

Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .

Saidina Umar al Khattab .

Berasaskan wasiat Saidina Umar al farouk , petugas parti mestilah memberi perhatian serius agar tiada dikalangan kita terjebak atau terjerumus dalam kancah maksiat dan mungkar . Sebaliknya bertaqwa kepada Allah swt . Melaksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt .

Maksiat dan mungkar menjadi penghalang utama kemenangan dan kalaupun menang , kita bimbang ia hanyalah kemenangan yang rapuh dan menjadi istidraj [ pemberian -kemenangan - yang tidak diredhai oleh Allah swt ]

Semua petugas parti [ pemimpin mahupun ahli biasa ] sewajarnya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Maksud saya , pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang bendera .

2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]

Biarpun kita telah menang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dan kita harapkan kejayaan hatrik di Bukit Gantang , tetapi kita tidak boleh leka dan over confident . Kerana kemenangan kita sebelumnya di Permatang Pauh , Kuala Terengganu atau lainnya dalam pilihanraya yang pernah kita hadapi , semuanya didahului dengan kerja kuat dan gigih . Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya . Ini realitinya !

Tiada kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan kita .

Ikhtiar adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan . Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .

Saya percaya , jika kita bersungguh - sungguh kita akan menang . من جد وجد

3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]

Jangan putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini . Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat , setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki , kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .

Setelah gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah , Nabi saw pernah bersabda [ berdoa ] : اللهم قد بلغت فاشهد - Ya Allah ! sesungguhnya telah aku sampaikan [ kebenaran ini ] maka saksikanlah ! -

4. Munazzamah [ sistematik ]

Jangan bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang . Sebaliknya bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh parti . Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di peringkat UPU , MTD , Kawasan , Negeri atau Pusat .

Sekalipun kita membawa kebenaran , namun tanpa rencana dan strategi yang terancang pasti sahaja kita boleh tewas . Inilah yang telah dipertegaskan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah . الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام

Kebenaran yang diperjuangan tanpa sistematikanya akan dikalahkan oleh kebathilan yang diurus secara sistematik .

Aktiviti dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .

5. Istiaanah bissobri was solah . [ mohon pertolongan dengan sabar dan doa ]

Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat .

Sabar

Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan . Tapi ramai yang salah faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan penakut . Bukankah kita mahu Allah bersama kita dalam perjuangan ini ? maka Allah swt telah berfirman : إن الله مع الصابرين - Sesungguhnya Allah bersama dengan orang - orang yang sabar .

Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .

Sabar dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .

Sabar , agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh

Sabar dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta

Sabar , moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang ramai

Sabar dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkar

Sabar menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan

Sabar dengan karenah ahli yang pelbagai ragam

Sabar jua dengan karenah pimpinan

Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh

dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .

Namun bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .

Solat

Membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan . Serentak itu , agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita .


Siang kita mengurus organisasi , mengatur strategi dan menggerakkan jentera serta material bagi memburu kemenangan , manakala sebelah malamnya pula kita bersimpuh mengadap Allah penuh khusyu' memohon petunjuk dan kekuatan diri serta memohon nusrah dan maunah buat perjuangan suci ini .

Selamat berjuang

LIMA TANDA SAKIT JANTUNG...

Muhammad Zairi Abu Hassan 


LIMA TANDA SAKIT JANTUNG...

Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:

-Kelesuan (F).

-Aktiviti menjadi terhad (A).

-Dada terasa sesak (C).

-Buku lali bengkak atau edema (E).

-Sesak nafas (S).

FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.

Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.

Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan peratus daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan masalah kegagalan jantung dan edaran darah.

Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.

Masalah tersembunyi Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Ini sebabnya setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Hanya ada empat faktor risiko yang tidak boleh diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan sejarah keluarga mendapat sakit jantung.

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.

Gejala seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah terlalu tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi (tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang 140/85 mmHg) ia tidak mempunyai gejala.

Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat mengurangkan tujuh peratus kematian.

Kira-kira 24 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal tekanan darah mereka. Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi tidak tahu mereka ada masalah ini.

Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam (hanya satu camca teh sehari) dan bersenam.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.

Perkara yang Merosakkan Akidah

Perkara yang Merosakkan Akidah Perkara yang Merosakkan Akidah - Presentation Transcript

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AQIDAH CENTRE FOR ISLAMIC THOUGHT & UNDERSTANDING CITU) PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI) (STAF) BULAN JUN 2011

DEFINISI AQIDAH
Bahasa : simpulan iman / pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
Istilah : kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad (mutlak) , tidak bercampur dengan syak atau keraguan

DEFINISI AQIDAH ISLAM
Akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul serta melaksanakannya dalam kehidupan

ASAS AKIDAH IALAH KEESAAN ALLAH S.W.T. DAN DIA SAHAJA YANG BERHAK DISEMBAH. MEMPERCAYAI DIA SAHAJA YANG BERKUASA MENGADAKAN SESUATU DAN MENIADAKANNYA. 

Ustaz Azhar Idrus-PAS Ganti UMNO-Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan

Video 1


Video 2


Video 3


Video 4


Video 5


Video 6

Sabtu, 22 Oktober 2011

 
TANDA-TANDA KEMATIAN 

1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
4. 7 hari : Mengidam makanan.
5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar.
9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap. ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa****** Baginda Rasullullah S.A.W bersabda : “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.” Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.

Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.” Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat :

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.

Khamis, 20 Oktober 2011

Jika Bukan Islam Tolak Hudud, Orang Islam Juga Patut Tolak Undang-Undang Reid

Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Tok Janggut

Apabila MCA, DAP dan Gerakan termasuk UMNO menolak hukum hudud yangmana undang-undang tersebut adalah milik orang Islam yang beriman dengan Allah Rasul, maka sebagai kontranya orang Islam juga boleh menyatakan bahawa kita juga menolak undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dulu kerana ianya tidak ada mengena dengan kita sebagai orang Islam bahkan tidak ada kena mengena dengan rakyat negara ini.

Kita berhak membuat bantahan ke atas undang-undang yang ada sekarang ini kerana ia tidak ada kaitan dengan orang Islam, orang Cina, Orang India dan bangsa lain. Sekiranya Perlembagaan Persekutuan dijadikan sebagai alasan, ayuh! Kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia menolak dan meminda semua undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah itu.

Apabila ada kalangan orang bukan Islam menolak syariat Allah termasuk hudud dilaksanakan oleh PAS khususnya di Kelantan, ini bermakna mereka ini telah memaksa kita sebagai umat Islam supaya meneripakai undang-undang tinggalan penjajah dahulu. Ini menunjukan ketidakadilan telah berlaku oleh orang bukan Islam terhadap umat Islam dalam negara kita ini. Berasaskan ilmu Tauhid adalah haram atau syirik hukumnya mana-mana umat Islam tunduk dan patuh kepada undang-undang atau hukum-hukum yang selain dari yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul.

Dalam hal yang berkaitan dengan aqidah ini, umat Islam wajib bertegas untuk mempertahankan syariat Allah walaupun terpaksa hilang undi, sokongan dan hilang kuasa memerintah. Aqidah lebih penting kerana ianya akan dibawa mati untuk bertemu dengan Allah kelak. Syariat Allah termasuk hudud adalah termasuk dalam bab aqidah, bab tauhid. Tidak boleh dipandang ringan atau tidak boleh berkrompomi dengan mana-mana pihak termasuk dengan UMNO atas alasan rakyat berbilang kaum, belum sesuai atau apa saja alasan.

Oleh itu, sekiranya orang bukan Islam benar-benar menghormati kita sebagai umat Islam, maka ubah segera Perlembagaan Negara itu dan jika perlu adakan dua undang-undang dimana satunya untuk orang Islam yang berpandukan Quran dan hadis dan satu lagi dikhaskan untuk orang-orang bukan Islam dalam negara ini. Orang bukan Islam boleh memilih antara satu dari dua undang-undang ini untuk mereka tetapi orang Islam hanya wajib patuh dan taat kepada satu undang-undang sahaja iaitu yang berasaskan syariat Allah sahaja, tidak ada pilihan.

Dimanakah keadilan sekiranya orang dipaksakan untuk mengikut undang-undang sivil yang sediada yang tidak ada kena mengena langsung dengan orang Islam dengan tidak dibenarkan untuk melaksanakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam untuk orang Islam tetapi dalam masa yang sama orang bukan Islam boleh pula untuk patuh dengan undang-undang yang sediada yang juga tidak ada mengena dengan agama mereka juga. Mengapa mesti kita patuh dan kekalkan satu undang-undang yang dibuat orang orang lain, bukan rakyat negara ini seolah-olah kita sebagai rakyat tidak punya keupayaan dan kedaulatan sendiri untuk kita melaksanakan undang-undang yang bersesuaian dengan agama kita sendiri dalam negara kita sendiri?

Perlembagaan Negara adalah hasil ciptaan dan peninggalan penjajah tetapi mengapa pula kita berhempas pulas dan bermati-matian mempertahankanya? Sehinggakan sanggup menidak dan menolak Quran dan Sunnah sebagai penggantinya? Dimana aqidah kita sebenarnya? Sedangkan kesyirikan jelas berada dalam Perlembagaan itu! "mana-mana undang-undang Islam yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara akan terbatal dengan sendirinya". Wow! Hebatnya penjajah merosakan aqidah kita. Yang kita sehari semalam dirikan solat lima waktu, pergi haji, saban tahun pergi umrah, puasa wajib campur puasa sunat lagi untuk apa jika Perlembagaan yang mengatasi Quran dan Hadis kita sanjung dan pertahankan? Agama apa sebenarnya kita ini?

Depan masyarakat kita dengan lantang berkata bahawa undang-undang Allah itu adil tapi dalam masa yang sama kita tolak syariat Allah dan berbangga dengan undang-undang peninggalan si kafir itu. Bukankah syirik namanya itu? Orang Islam yang bertaqwa, mana boleh berpegang kepada dua undang-undang kerana Allah itu satu dan kepada syariat Allah sajalah yang wajib kita patuh dan mesti kita laksanakan.

Oleh itu, dalam konteks negara kita sekarang ini, umat Islam hanya boleh berharap kepada PAS sahaja untuk melihat syariat Allah dilaksanakan. Mana-mana umat Islam yang menentang PAS untuk melaksanakan tuntutan ini, maka mereka samalah dengan MCA, DAP, UMNO dan Gerakan itu. Janganlah mendabik dada dengan masjid yang indah dan banyak, pusat tahfiz yang bertaburan, bagi lembu berpuluh ekor untuk qurban, musabaqoh al Quran yang dihadiri oleh peserta dari umat Islam di serata dunia dan sebagainya sekiranya dalam masa yang sama syariat Allah kita tolak, Sunnah Nabi kita pertikaikan. Ingatlah, kewajipan melaksanakan syariat Allah adalah berkait dengan soal aqidah.
Wallahualam.

Rabu, 19 Oktober 2011

JASA UMNO WAJIB DIKENANG

JASA BESAR" KERAJAAN UMNO-BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA....UNTUK MELAYU YANG MUDAH LUPA!!!!!

1. PKFZ RM12bill
2. Submarine RM500mil
3. Simedarby RM964mil
4. Paya Indah Westland RM88mil
5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost
6. Eurocopter deal RM1bil waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil
8. MRR2 repair cost RM70mil
9. Maybank Overpay for BII RM4bil
10. Tourism -NYY kickback RM10mil
11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M
12. Overpayment by Sport Ministry ————- RM 8.4M
13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M
14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M
15. MATRADE repairs ————————– RM 120M
16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M
17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M
18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M
20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M
21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B
23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).
28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market
29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)
31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul HamidOthman (religious) RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teachingMaths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers' children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million.
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"
37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme – RM 40 million
40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye on Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM 2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paidcompensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from thetoll hike in 2008 alone.
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buythree paintings to decorate its chairman's (Munir) office.
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits.
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders andMinisters worth tens of billions of ringgits.
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billionringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?
63. RM17 billion subsidy to IPP
64.Ini soalan yg paling sya nk tau, adakah negara Malaysia pernah dijajah British ataupun tidak?
 

Tiada Ketaatan Apabila Tidak Menegakkan Al-Quran Dan As-Sunnah

Oleh: Muhammad Fakhruddin Ismail
http://din86.blogspot.com/

Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya Min Fiqh Daulah Fil Islam mengatakan pada zaman sekarang para pemimpin dengan sengaja telah memakai undang-undang yang bercanggah dengan hukum Allah dengan memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan harta, maruah dan darah orang ramai. Lebih dari itu, mereka juga mengeluarkan undang-undang yang memaksa umat islam mengamalkan undang-undang selain hukum Allah yang tertera dalam kitab-Nya dan dalam sunnah Rasul-Nya. Mereka lebih mementingkan hukum ciptaan orang kafir daripada hukum yang diturunkan Allah. Seolah-olah mereka sengaja ingin menentang hukum dan agama Allah.


Tidak ragu lagi, tindakan seperti inilah yang disebut sebagai KUFUR! Tidak ada satu orang islam pun berbeza pendapat dalam mengkafirkan orang seperti ini, meskipun mereka masih lagi berselisih pendapat mengenai kafirnya orang-orang yang memasarkan undang-undang moden ini dan menyeru kepadanya.

Perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini ialah meninggalkan islam secara keseluruhan,memilih hukum lain selain hukum Allah dan rasul-Nya serta membekukan setiap peraturan dalam syariat Allah. Lebih dari itu, masyarakat kita juga telah pandai menyimpulkan bahawa undang-undang moden lebih utama berbanding hukum-hukum yang diturunkan Allah. Para pengkaji hukum moden berpendapat bahawa syariat Allah telah diturunkan bukan untuk dipraktikkan pada zaman kita. Zaman tersebut telah berlalu, dan atas sebab-sebab tertentu hukum-hukum yang dipraktikkan pada zaman itu telah pun terbatal.

Demikianlah pandangan penganalisis dan pelaksanaan hukum pada zaman ini dan Dr Yusuf Al-Qaradawi juga menjelaskan lagi tidak pernah berlaku pada zaman Abu Majlaz (tabi’in) atau zaman sebelumnya, bahawa seorang pemimpin telah memutuskan satu perkara kerana sengaja mengingkari hukum syariah, atau kerana lebih mengutamakan hukum orang kafir berbanding hukum Allah. Perkara seumpama iu tidak pernah berlaku sama sekali!

Maka sepertimana yang telah dijelaskan oleh al-Qaradawi boleh penulis merumuskan bahawa tiada lagi ketaatan bagi pemerintah yang tidak menyakini keunggulan syariat islam lalu melaksanakan hukum bukan islam lebih tinggi daripada hukum islam dan berterusan melakukannya sedangkan sudah ada kemampuan untuk melaksanakannya maka ia termasuk suatu kemungkaran yang tersangat jelas yang membawa kepada kekufuran. Maka dibolehkan menarik kesetiaan kepadanya dan wajib ditukar pemimpin tersebut jika sudah berusaha manasihatinya. Ini berdasarkan dari hadis Ubadah bin Somit ra :

Maksudnya: “Nabi s.a.w telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika berbaiah, supaya kami dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas (senang), atau dalam keadaan benci, keadaan susah atau dalam keadaan mudah, Dan kami dipesan agar tidak menanggalkan urusan kepada ahlinya (mencabut ketaatan kami kepadanya) melainkan setelah kamu melihat kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah yang menjadi bukti (keterangan).” (Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. [Al Ma'idah:44]

Begitu juga pemerintah yang mengingkari akan kewajipan melaksanakan solat maka wajib dipecat kerana dia telah menzahirkan akan kekufurannya iatu dalil yang tidak boleh dibuat sebarang takwilan lagi.. Telah bersabda baginda Nabi s.a.w :

Maksudnya :[b] “Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” ([/b]Sahih Muslim no.1482 Jilid 3 )

Maka jika sudah jelas akan kekufurannya maka islam membenarkan memecat dan menjatuhkan pemerintah tersebut berdasarkan kaedah-kaedah islam iaitu tindakan memecat itu hendaklah dengan cara yang tidak menimbulkan bencana fitnah yang lebih besar. Inilah kaedah yang telah disepekati oleh para fuqaha.

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa tiada kesetiaan kepada pemimpin yang melakukan kekufuran dan berikutnya juga tidak boleh taat kepada pemerintah yang tidak menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kepimpinannya walaupun ia fasik atau zalim . Ia berbeza jika seorang pemimpin yang menetapkan satu keputusan bertentangan dengan hukum Allah kemungkinan kesalahannya dalam takwilan, mengikut hawa nafsu atau jahil dan sebagainya tetapi dalam suasana yang terakhir ini dia masih lagi bertumpu kepada teks Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya maka kesetiaan masih diberi kepadanya.

Jika terjadi salah satu antara kedua-dua kategori itu iaitu jelas kekufurannya dan tidak menegakkan Kitabullah maka tiada lagi diberi ketaatan kepada pemimpin tersebut.

Ummil Husain berkata :

Maksudnya : “Aku pernah dengar Rasulullah bersabda sekiranya kamu diperintah oleh hamba sahaya dari golongan habsyi yang cacat, maka hendaklah kamu dengar dan taat terhadapnya selama dia memimpin kalian dengan Al-Quran.” [ Shahih: Azh-Zhilal:1062 dan 1063, HR. Muslim dan Shahih Sunan Ibn Majah:2328 oleh Al-Albani]

Maka hadis-hadis yang mewajibkan ketaatan pada pemerintah ianya masih terikat jika pemerintah memimpin berdasarkan kitabullah dalam dasar pentadbirannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis tersebut.

Sebab itu ketika Saidina Abu Bakar r.a menjadi Khalifah pernah berkata dalam pidatonya:

Setelah Abu Bakar memuji Allah, “amma ba’du, para hadirin sekalian, sesungguhnya aku telah dipilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik, maka jika aku berbuat kebaikan maka bantulah aku. Dan jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah, sementara dusta adalah satu pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kalian sesungguhnya kuat di sisiku sehingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya insyaAllah. Sebaliknya siapa yang kuat di antara kalian maka dialah yang lemah di sisiku hingga aku akan mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah akan timpakan kepada mereka kehinaan, dan tidaklah suatu kekejian tersebar di tengah suatu kaum kecuali azab Allah akan ditimpakan kepada seluruh kaum tersebut. Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan Rasul-Nya. tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan solat semoga Allah merahmati kalian.”(Al Bidayah wan Nihayah - m/s 53 . Imam Ibnu Katsir mengatakan sanad itu sahih)

Perhatikan kandungan pidatonya itu. “Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku.” 
Berdasarkan dari ucapannya itu dapat dirumuskan bahawa syarat kesetiaan kepada pemimpin itu jika pemerintah menegakkan Kitabullah. Ini bersesuaian dengan hadis Ummil Husain sebagaimana sabda baginda Nabi s.aw. iaitu " dengar dan taat terhadapnya selama dia memimpin kalian dengan Al-Quran"

Maka hadis Ummil Husain dengan hadis ketaatan kepada pemimpin zalim itu masih terikat antara satu sama lain. Ini kerana Hadis Ummil Husain itu jelas iaitu menjadi syarat keutamaan kesetiaan kepada pemimpin itu jika pemerintah menegakkan Kitabullah. Jika tidak maka kesetiaan kepadanya akan tercabut. Antara hadis-hadis ketaatan kepada pemimpin zalim adalah seperti berikut.

Sabda baginda Nabi s.a.w;

Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah”. [Bukhari & Muslim]

Dan juga daripada Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” [Riwayat al-Bukhari, jil 6, no.2588]

Apabila seseorang itu mengkritik perbuatan pemimpin bukan bermakna mereka tidak taat kerana dalam ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ diwajibkan untuk dicegah jika perkara itu mungkar tetapi ketaatan masih diberi kepada pemimpin itu jika ia masih menegakkan kitabullah walaupun disebalik kezalimannya.Setiap arahan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah tidak wajib ditaati tetapi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat maka wajib ditaati dengan syarat agama masih ditegakkan.

Maka apabila bertembung dengan hadis seperti ini: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah” maka kita perlu melihat dalam konteks maqasid. Dalam maqasid, islam menjaga maslahat agama nyawa, keturunan, akal dan harta . Jika pemimpin itu melaksanakan kitabullah iaitu masih mempertahankan agama tetapi ada kezaliman disebaliknya iaitu merampas harta rakyat maka secara kaedahnya ia termasuk kategori ‘Dharuriyyat ‘ yakni melibatkan mudharat harta tetapi disebalik kezaliman itu, agama masih ditegakkan oleh pemimpin. Maka apabila bertembung kedua-duanya ia perlu dilihat dalam konteks neraca muwazanat, yakni menjaga agama itu lebih diutamakan berbanding menjaga harta. Maka ketaatan masih diberi kepada pemimpin itu kerana masih menegakkann agama tetapi disebalik kemungkaran yakni merampas harta rakyat maka ia perlu ditentang kerana ia termasuk dalam ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ kerana ia melibatkan harta rakyat bukannya yang membabitkan pemimpin dengan tuhannya [1] dan tidak sampai kepada menjatuhkannya kerana kepimpinannya masih berdasarkan kitabullah melainkan tidak ditegakkan agama maka wajib dipecat dan dijatuhkan berdasarkan kaedah-kaedah islam.

Sesuatu kemungkaran yang dilakukan pemimpin dan rakyat tidak bertindak dengan sebetulnya yakni masih taat dan mengharapkan doa kepada Allah maka tidak dimakbulkan doa tersebut dan adzab Allah yang selayak bagi mereka semua. Hudzaifah Bin Al-Yaman berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: “Demi jiwaku yang berada ditangan-Nya, perintahkanlah oleh kalian kepada yang ma’ruf dan laranglah kemungkaran.Aku khawatir Allah akan mengirimkan adzab kepada kalian semua kerana kemungkaran, kalian kemudian berdoa kepada-Nya , akan tetapi Dia tidak memakbulkan doa kalian” [Ash-Shahihah : 2868 ; Muttafaq alaih].

[1] Sudah dijelaskan dalam artikel:“Kaedah Menasihati pemimpin:Pandangan Ketiga”

Wallahua'lam

Muhammad Fakhruddin Ismail