Selasa, 19 Februari 2019

ISU RM 90 JUTA UNTUK GAGALKAN PERSEFAHAMAN PAS DAN UMNO DALAM PRU KE-14

Selepas sahaja Muktamar PAS tahun 2015 yang berlangsung di Kuala Selangor, antara langkah terawal yang diambil oleh pasukan strategi PAS ialah untuk menggariskan halatuju PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) yang bakal berlangsung dua atau tiga tahun selepas muktamar tersebut. Setelah kumpulan yang buat onar di dalam PAS tersingkir dan kemudian menubuhkan parti baru, maka PAS ketika itu telah kembali semula kepada matlamat perjuangan asal PAS iaitu untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Matlamat tersebut hampir-hampir dihumbankan oleh kumpulan yang buat onar, setelah mereka tunduk mengalah dengan kehendak DAP yang mahukan fahaman Islam ala DAP.

Tugas untuk menggariskan halatuju PAS ini kemudiannya telah digalas oleh gabungan golongan professional dan ulama dalam PAS yang diterajui oleh Almarhum Prof Dr Khazani Abdullah. Bermula daripada Permukiman AJK PAS Pusat selepas sahaja Muktamar PAS 2015, antara sasaran yang digariskan ialah untuk mengekang kemaraan DAP yang semakin hampir menguasai negara. Strategi ‘pecah dan perintah’ yang dirancang oleh DAP sedikit sebanyak telah menyebabkan politik umat Islam di negara ini semakin lemah, malah PAS sendiri sebelum Muktamar PAS 2015 telah berjaya diretakkan. Lebih membimbangkan lagi, DAP bukan sahaja parti Chauvinis tetapi juga parti yang telah diresapi oleh Evangelis.

Kelicikan DAP dalam berpolitik telah menyebabkan mereka menjadi dominan di dalam blok pembangkang (sebelum terbentuk PH) ketika itu, apatah lagi selepas PAS ‘disingkirkan’ dari Pakatan Rakyat (PR) dan Anwar Ibrahim dihukum penjara. Menyedari tentang dominasi DAP dalam blok pembangkang, maka kami telah merumuskan parti-parti komponen yang bersama DAP adalah membawa ancaman yang sama seperti DAP terutama PAN yang sejak dari awal kemunculannya memang bertindak sebagai talibarut DAP yang berperwatakkan lebai. Selain daripada parti-parti politik yang bergabung dengan DAP, beberapa NGO mesra DAP termasuk NGO yang mengaku sebagai cawangan Ikhwanul Muslimin di Malaysia turut dipantau.

Kemaraan pertama DAP dan gerombolannya yang perlu disekat ketika itu ialah matlamat mereka untuk menguasai Sarawak. Strategi DAP dan gerombolannya ketika menghadapi PRN Sarawak ialah dengan memecahkan kesatuan kaum bumiputera dan memupuk kesatuan penganut Kristian. Kaum bumiputera di Sarawak disatukan di bawah PBB tanpa mengira keturunan etnik dan agama yang dipimpin ketika itu oleh Adnan Satim. Maka usaha telah dilakukan untuk meniupkan permusuhan sesama etnik antaranya dengan momokan satu etnik ditindas oleh etnik yang lain. Lebih jauh daripada itu, ditiupkan kebencian kepada bumiputera dari Semenanjung sehingga lahir slogan Sarawak for Sarawakian.

PRN Sarawak ini adalah cabaran pertama yang dihadapi oleh kami selepas golongan buat onar dalam PAS tersingkir. Semasa berada dalam PAS, golongan yang buat onar ini berpendirian tiada masalah untuk menyerahkan mandat kepada DAP menerajui negeri Sarawak. PAS yang begitu menyedari kekuatan PAS di Sarawak masih sangat kecil telah membuat hubungan strategik berbentuk bukan politik dengan beberapa pihak di Sarawak untuk memastikan kemaraan DAP di Sarawak berjaya dikekang. Hasil daripada hubungan strategik tersebut, PAS telah memasuki PRN Sarawak lebih menumpukan kepada memperkukuhkan dakwah khususnya kepada pengundi-pengundi Islam. Hasilnya kemaraan DAP dan gerombolannya berjaya disekat.

Cabaran kedua yang bakal dihadapi oleh kami selepas PRN Sarawak ialah menyekat kemaraan DAP dan gerombolannya dalam PRU 14. Pada ketika itu, retak dalam UMNO sudah menjadi belah sehingga tertubuhnya PPBM. Kami ketika itu telah berusaha agar PPBM tidak bergabung dengan blok pembangkang yang akan memudahkan lagi strategi ‘pecah dan perintah’ DAP. Almarhum Dr Khazani antara yang ditugaskan untuk meyakinkan PPBM tentang bahayanya gabungan dengan DAP, yang kelaknya akan menjadikan DAP paling berkuasa dalam kerajaan jika menang PRU 14. Beliau telah membentangkan hasil simulasi yang kami buat dan mula menarik keyakinan wakil PPBM. Bagaimanapun, usaha ini menemui jalan buntu.

PPBM sebaliknya telah menjadi rakan kerjasama blok pembangkang sehingga terbentuknya PH. Segala konflik antara Tun Dr Mahathir dengan pimpinan-pimpinan blok pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dan DAP berjaya dipadamkan untuk sementara. Senario ini telah menyebabkan pengundi-pengundi Melayu-Islam terpecah tiga iaitu penyokong BN, penyokong GAGASAN dan penyokong PH. Dengan berbekalkan imej Dr Mahathir yang terkenal dengan ultra-Melayu, gabungannya dengan DAP sedikit sebanyak dapat menggantikan sokongan pengundi Melayu-Islam yang dibawa oleh PAS dalam PR sebelumnya. Situasi ini sekiranya tidak ditangani dengan cermat akan menyebabkan kemaraan DAP tidak dapat disekat.

Melihat kepada senario politik yang berubah pantas daripada apa yang disasarkan, maka kami ketika itu mensasarkan perlu ada persefahaman dengan UMNO (electoral understanding) iaitu mengelakkan pertembungan di kerusi-kerusi parlimen yang berisiko. Persefahaman ini bukanlah bermaksud kerjasama atau gabungan memandangkan ia amat sukar diterima di kedua-dua belah pihak. Bagi melaksanakan persefahaman tersebut, 44 kerusi parlimen (persempadanan lama) telah dikategorikan sebagai kerusi yang berisiko, iaitu PAS dan UMNO tidak boleh bertembung. Sekiranya berlaku pertembungan di kerusi-kerusi itu akan menyebabkan DAP dan gerombolannya memenangi kerusi tersebut.

Saya yakin strategi ini dapat dicium oleh pasukan strategi PH, lantaran mereka berusaha sedaya mungkin menggagalkan sebarang bentuk persefahaman PAS dan UMNO untuk mengelakkan pertembungan di kerusi-kerusi tersebut. Salah satu provokasi yang dibuat oleh PH ialah PAS dan UMNO mahu bergabung, supaya menimbulkan reaksi negatif di pihak PAS dan reaksi negatif di pihak UMNO. Pada ketika itulah ditimbulkan isu PAS makan dedak UMNO RM 90 juta. Fitnah ini telah menyebabkan usaha mewujudkan persefahaman mengelakkan pertembungan PAS dan UMNO di kawasan-kawasan berisiko semakin sukar. Di dalam PAS sendiri wujud desakan untuk bertanding di mana sahaja UMNO meletakkan calon.

Allah mentakdirkan arkitek yang berusaha untuk mengekang kemaraan DAP ini dijemput pulang ke rahmatNya lebih awal sejurus selepas Muktamar PAS tahun 2017. Kehilangan beliau amat dirasai, kerana beliau antara tonggak penting untuk meyakinkan pimpinan PAS terutama di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi supaya ada persefahaman dengan UMNO. Saya amat berkeyakinan beliau tidak pernah menerima dedak daripada UMNO, sebaliknya merancang hanya untuk mengekang kemaraan DAP dan gerombolannya. Saya sendiri yang merupakan pembantu kuat Almarhum Dr Khazani dalam usaha ini, bukan sahaja tidak menerima dedak tetapi saya terpaksa bersara dari Universiti Malaya atas tekanan pihak atasan dalam kerajaan BN.

Hari ini, saya melihat isu RM 90 juta telah menjadi sejarah atau akademik. Hari ini, PAS sudah boleh bekerjasama dengan UMNO dalam blok pembangkang termasuklah kerjasama strategik untuk menghadapi PRK-PRK sebelum ini. Program-program anjuran bersama PAS dan UMNO juga sudah semakin diterima di peringkat akar umbi. Oleh sebab itu, isu RM 90 juta ini bukan lagi peluru untuk PH bagi menghalang persefahaman yang pernah kami usahakan sebelum ini. Dalam PRU 15 akan datang, dengan perkembangan semasa ini, bukan lagi persefahaman yang boleh berlaku tetapi boleh jadi kerjasama strategik antara PAS dan UMNO serta parti-parti lain. Jika ini berlaku, dengan izin Allah kerajaan PH pula akan menjadi sejarah dan akademik.

Oleh:
Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pusat Penyelidikan PAS

Isnin, 18 Februari 2019

The Power of Media ( Abu Izzat Al Fateh )

1. Sy melihat kekuatan media sosial dalam mempengaruhi minda pengundi sangat kuat sejak tahun 2015 lagi iaitu jauh sebelum berlangsungnya PRU14.

Setiap kali apabila sy pulang ke tanah air sy sering berbicara dgn teman2 dari Parti Islam akan pentingnya PAS harus kuasai dan menang dimedia sosial. Fakta ini dapat dilihat:-

i. Kemenangan HAMAS di Mesir juga adalah kerana kemenangan mereka di Media Sosial.

ii. Kejayaan Bp Anes Baswaedan di pemilihan Gabenor Jakarta tahun 2017 juga kerana kejayaan team Muslim Cyber mengalahkan team cyber trooper  Ahok di Media Sosial.

iii. Dan di Malaysian pada PRU14 juga begitu. Kekuatan "Red Bean Army" kepunyaan DAP dan beberapa portal seperti Free MalaysiaToday, Malaysiakini dan sebagainya adalah antara faktor yg menyumbang kepada tumbangnya BN.

2. Dalam siri kempen2 sewaktu PRU14 yg lalu sy dapati ceramah2 yg dianjurkan oleh PAS kurang mendapat sambutan dan boleh sy katakan ianya sgt mengecewakan. Ada kemungkinan  rakyat Malaysia berasa maklumat yg mereka perolehi dari Media Sosial sudah mencukupi, tepat, benar dan cepat.

Sementara di kem PH, road show yg diadakan sgt mendapat sambutan apa lagi bila diviralkan di Media Sosial ratusan ribu yg akan share live.

3. Apa yg memeranjatkan sy.
dewasa ini, adalah sy dapati siri ceramah anjuran PAS/ UMNO semakin mendapat sambutan yg sgt luar biasa. Apakah Faktur2 dibawah yg mengerakkan rakyat utk keluar mendengar ceramah live dilaman2 rumah?

i. MEDIA SOSIAL SARANG PEMBOHONGAN DAN PROPAGANDA.

Walaupun media sosial penting dalam menyampaikan maklumat dan mempengaruhi minda rakyat. Tetapi sy dapati ia juga digunakan sebagai alat utk.menyebar fitnah dan pembohongan.

Seperti yg pernah sy tulis sebelum PRU14. Apabila media "main stream" tidak memberi maklumat yg benar dan tepat, maka rakyat akan beralih mencari media alternative sebagai sumber maklumat. Maka disitulah letaknya kelebihan DAP dan PKR diwaktu itu.

Hari ini rakyat melihat bahawa peranan MainStream Media dibawah Kerajaan Malaysia Baru tidaklah baru seperti yg diharapkan tetapi sama seperti  apa yg berlaku sebelum PRU14.

Ditambah lagi dgn penguasaan mereka dilaman laman media sosial dan portal2.milik mereka yg tidak memberikan laporan secara tranparen, jujur, benar dan berat sebelah.

Jadi rakyat yg dahagakan kebenaran maklumat mulai mencurigai portal2, blogger2 yg dikuasai oleh DAP, PKR, PH  dsbnya. dan mencari alternative lain. 

ii. BAHASA BUDAYA BANGSA.

Norma- Norma yg mengatakan
" BAHASA BUDAYA BANGSA" semakin menghilang dgn bermunculanya media sosial seperti FB,Tweeter dsb.
Ulama2 tidak lagi dihormati dan disegani. Sijahil kelihatan hebat dan berilmu apabila memuatkan komentar2 mereka terhadap keilmuan para Ulama.

Maki hamun dgn bahasa kesat seolah2 sudah menjadi budaya baru dialaf Malaysia Baru. Dan sgt membosankan kepada generasi 50 tahun keatas yg mereka2 ini dibesarkan dahulunya di kampung2 dgn norma dan nilai santun yg tinggi.

iii. YOU ARE WHAT YOU READ

Media tidak berperanan dalam membuka minda rakyat.

Media tidak menjadi alat untuk mendidik  kematangan rakyat dalam membuat keputusan terutama yg melibatkan soal-soal politik.

Media hari ini menjadi alat adu domba, menegakkan benang basah. Bahkan ianya lebih menjadi alat utk.mendoktrin rakyat untuk taksub kepada satu-satu aliran. Akhirnya orang2 politik boleh bermusuh dan boleh bersama tetapi rakyat dibawahlah yg merana terus-terusan bermusuhan hasil doktrin mereka melalui media.

Kalau anda peminat Free Malaysia Today......tentulah minda anda seperti minda pemilik FMT begitu juga dgn.lain2 media.

Minda Rakyat Malaysia sebenarnya terpenjara dialam penjara media yg meraka baca.

Maka jalan terbaik adalah mencari sumber maklumat alternative, Live dan Sumber Pertama.

4. Jalan Keluar dan jalan kemenangan.

Sy melihat program ceramah PAS/UMNO semakin mendapat tempat.Bagi ahli2 PAS program seperti ini adalah biasa, tetapi bagi ahli2 UMNO dan yg. lainya ini adalah satu fenomena baru dan disiplin baru yg sgt mengujakan.
Mereka dapat melihat secara dekat kehebatan Pimpinan PAS dan penguasaan ilmu yg dimiliki oleh Pimpinan2 tertinggi parti.

Bagi ahli2 UMNO hari ini mendengar ceramah PAS sama seperti hadir menuntut ilmu. Kalau dulu mereka mengatakan ceramah PAS ini cuma maki hamun, dgn hadir dan mendengar sendiri pasti mereka boleh membuat kesimpulan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana2 media atau pihak ketiga....

Pada hakikatnya ahli pidato PAS dahulu yg konon profesional  dan suka maki hamun sudah bersama DAP sekarang ( Mereka cuma profesional di podium tetapi tidak di Sijil.Kelulusan )

5. Momentum ini harus diteruskan disamping menguasai media sosial dgn mempersembahkan berita, laporan dan maklumat yg tranparen, betul dan tepat sy yakin PRU15 adalah milik Islam, Melayu dan bumiputera.

Siri ceramah umum bersama harus diperbanyakan  agar tenaga2 PAS/ UMNO dpt digembelingkan demi Islam, Melayu dan Bumiputera

" Kalau tidak dipecahkan ruyung mana bisa kita dapatkan sagunya"

"ISLAM MEMIMPIN"

Abu Izzat Al Fateh
Sg Udang Melaka.
( 17/02/19 )

Jumaat, 15 Februari 2019

DIA PEMBOHONG KE ATAU PEMBOHONG KENA ‘GAME’ DENGAN DIA

Untuk Ahli PAS Sahaja

Apa yang berlaku sehari dua ini agak mengejutkan buat saya dan saya mengambil pendirian berdiam diri sambil melayan kesibukan perniagaan. Sehingga pada mala mini, selepas meneliti beberapa pembacaan dari saudara Nik Abduh dan perbincangan Bersama beberapa rakan kepimpinan PAS, maka saya rasa perlunya membuat penulisan ini untuk memberi penjelasan kepada ahli PAS tentang apa yang berlaku dari sudut pandangan agama dan akademik.

Ini amat penting supaya ahli PAS lebih jelas tentang proses political advancement dan problem solving dalam organisasi supaya tidak mudah bertindak mengikut emosi akibat daripada sub conscious manipulation yang aktif bergerak dalam media war terutamanya dalam politik.

COGNITIVE WARFARE (PERANG KOGNITIF)

Saya suka memetik kata Deric J. Holbrook “In the information age, warfare has changed from kinetic to non-kinetic attacks. The introduction of new tactics changes the characteristics of warfare. The industrial age created super-elevated hard power, massed kinetics, and extremely violent characteristics. The information age has introduced mostly non-kinetic techniques to achieve strategic objectives.”
Amerika yang kita sedia maklum sebagai entiti kuasa besar dunia amat terkenal dalam campurtangan politik sesebuah negara dan penggunaan ketenteraan menjadi salah satu metodologi asas dalam kebanyakan perang di Timur Tengah, Afrika dan Teluk. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat cara Amerika berubah daripada Military Warefare kepada Cognitive warfare dengan kepesatan teknologi maklumat, media serta media sosial.

Pendedahan President IRI Daniel Twining tentang peranan mereka menyokong pembangkang Malaysia termasuk menggunakan dana NED sebagai satu isyarat jelas bahawa Malaysia turut terlibat dalam COGNITIVE WARFARE sejak 2002. Amerika meletakkan Malaysia sebagai target strategic berdasarkan kedudukan Geografinya di Asia Tenggara sebagai negara yang amat perlu mempunyai polisi politik Pro Amerika dalam peperangan US-China Economic Warfare.

Secara tidak langsung, parti politik utama di Malaysia sebenarnya adalah Pasukan Tentera peperangan yang membawa panji masing-masing. Samada mereka membawa panji Amerika, China atau Malaysia. PAS merupakan salah satu pasukan tentera utama di arena politik Malaysia apabila menjadi salah satu koalisi didalam PRU 14.

Cognitive Warfare bukanlah perkara baru. Nazi telah menggunakan pada perang dunia kedua melalui unit propaganda mereka yang diketuai Joseph Goebbels. Saya memetik kata-kata Joseph Goebbels “It would not be impossible to prove with sufficient repetition and a psychological understanding of the people concerned that a square is in fact a circle. They are mere words, and words can be molded until they clothe ideas and disguise.” Ia membawa maksud, penipuan yang diulang-ulang akan akhirnya menjadi satu kebenaran. Pada asalnya, para sarjana tidak memahami fahaman Joseph sehingga perkembangan ilmu psikologi dan neurosains, mereka telah menemui kebenaran kata-kata Joseph dan fenomena ini dinamakan Illusory Truth Effect.

EVOLUSI PERANG SIBER

Era cyberwar telah lama bermula. Bezanya adalah kemajuan teknologi kognitif yang digunakan dalam peperangan. Ketika sosial media menjadi peranan penting menaikkan Presiden Obama, perang cyber turut juga berlaku di Malaysia. Di saat itu, saya yakin anda dapat melihat orang kita berperang menggunakan skandal seks sebagai senjata peperangan. Daripada seluar dalam, coli, janda, liwat, bogel, cium segalanya menjadi grenad, peluru dan bom pada ketika itu. Ia banyak didominasikan oleh tentera siber Barisan Nasional pada ketika itu.

Kemudian setelah beberapa ketika, rakyat mula muak dengan skandal seks. Malah pihak yang menggunakan skandal seks dalam kempen politik dilihat tidak bermoral. Kita juga dapat melihat betapa ilmu dan konsultasi dalam kognitif warfare ini merupakan satu advantage apabila Dato Seri Najib mengupah sebuah syarikat pelobi berpengkalan di Israel, APCO Worldwide menjadi penasihat komunikasi strategik negara. Ini memandangkan cybertroops BN pada waktu itu dilihat ketandusan idea serta berlakunya perpecahan serta peperangan sesama sendiri kerana ingin merebut tender cybertroops yang sangat lumayan pada waktu itu. Penggantungan DSN kepada cybertroop tempatan tidak lagi begitu ketara dengan adanya APCO Worldwide.

Sepertimana APCO Berjaya membersihkan nama Narendra Modhi, Robert Mugabe dan beberapa dictator, DSN juga dapat diselamatkan dan sokongan rakyat kepada BN meningkat semula. Saya tidak ingin berbicara tentang DSN. Harus difahami, kita bukan hendak menghukum DSN sebagai diktator disini, tetapi keadaan beliau pada waktu itu dengan kes Altantuya Sharibu serta beberapa skandal lain hampir menamatkan riwayat politik beliau.

Apa yang perlu kita lihat ialah betapa Cognitive Warfare bukan sekadar perang maki hamun di komen facebook. Ia adalah satu proses peperangan era baru yang menggunakan persepsi sebagai senjata yang ampuh. Persepsi mampu menjadikan seorang yang baik kepada jahat, dan yang jahat menjadi baik.

PRU14 COGNITIVE WARFARE

Menjelang PRU14, Pakatan Rakyat telah berpecah memperlihatkan PAS dikeluarkan dari pakatan ini. Bukan sekadar dikeluarkan tetapi PAS telah dipecahkan sehingga terbentuknya Parti Amanah Negara (PAN) yang mewar-warkan bahawa golongan professional dan progresif tidak lagi yakin dengan kepimpinan ulama dan konvensional PAS dan perlunya ada sebuah parti baru yang membawa nafas agama dengan lebih progresif.

Menjelang PRU14 juga, Barisan Nasional dilihat sunyi dalam perang siber. Perang siber sangat panas dengan isu berkaitkan PAS mengalahkan isu terhadap Barisan Nasional. Disaat itu saya dapat melihat ramai kenalan yang terlibat dalam marketing menjadi tonggak dan leader serta bergerak aktif di dalam PH menyerang PAS dan BN secara strategik dan teratur.

Orang PAS mungkin bingung apa hebat budak-budak marketing ni? Ini kerana orang PAS banyak membaca kitab dan buku-buku agama. Tidak ramai dikalangan anda mengenal buku tulisan Dale Carnegie, Brian Tracy, James C Crimmins, Napoleon Hill, Jordan Belfort, Jeffry Gitomer dan Sonya Hamlin yang mana buku-buku mereka ini menggarapkan teknologi kognitif dalam komunikasi yang mampu mempengaruhi. Ini adalah buku-buku dan kitab suci golongan marketing. Kerana itulah sungguhpun orang Islam ini mempunyai Al-Quran dan kekuatan belief dalam non conscious, masih ada mampu dipengaruhi dengan menggunakan sub conscious manipulation. Apa yang perlu dilakukan oleh golongan ini adalah dengan menukar fokus mereka dari menjual produk, kepada menjual idea. Ia adalah satu serangan ‘illusory truth effect’ secara besar-besaran yang dikepalai sarjan-sarjan hebat yang mahir dalam Neurolinguistic menjadikan Cognitive Warfare ini didominasi oleh PH dengan jayanya.

Jadi tidakkah orang PAS pelik mengapa tuduhan tanpa bukti lebih mudah dipercayai sungguhpun anda mampu menggariskan hukum-hakam yang jelas membuktikan bahawa itu adalah bibit fitnah. Terimalah hakikat orang PAS tidak begitu mahir dalam cognitive warfare. Malahan ada orang PAS yang mengambil pendirian neutral kerana tidak mampu menjawab lontaran logik yang diketengahkan pejuang ‘illusory truth effect’ ni.

THE DEDAK 90 MILLION STORY

Apabila audio Nik Abduh itu disahkan sebagai suaranya, saya secara peribadi agak terkilan mengapa beliau tidak sekadar mengaku kesahihan audio itu setahun yg lalu. Ini kerana saya yakin ramai orang PAS akan mampu menerima penjelasan bahawa wang UMNO yang diterima itu adalah bukan rasuah dan bertujuan bagi menjalankan aktiviti. Hakikatnya bukan saja wang UMNO diterima diperingkat kepimpinan. Ramai juga orang UMNO yang menghulur wang ringgit kepada pasti dan program PAS. Anak cucu mereka ramai bersekolah di PASTI.

Cuma setelah berdiskusi dengan beberapa rakan kepimpinan PAS dan membaca penerangan Nik Abduh, saya mula faham tentang perkara ini dengan jelas. Daripada kekecewaan terhadap sikap Nik Abduh mengambil pendekatan menafikan atau dengan kata jahat BERBOHONG, saya melihat ia merupakan satu strategi yang normal.

Dari sudut agama, saya telah dijelaskan mengenai kepentingan menjaga kerahsiaan yang diberitahu dalam surah Al-Isra:34 dan juga At -Tahrim:3 begitu juga hadith yang menerangkan bagaimana seorang itu adalah munafik apabila mengkhianati sesuatu amanah sehingga dia meninggalkannya. Namun bukankah berbohong itu juga adalah sifat orang munafik? Bagaimana ia boleh menjadi sesuatu yang syarie?

Ibnu Syihab berkata, “Aku tidaklah mendengar sesuatu yang diberi keringanan untuk berdusta di dalamnya kecuali pada tiga perkara, “Peperangan, mendamaikan yang berselisih, dan perkataan suami pada istri atau istri pada suami (dengan tujuan untuk membawa kebaikan rumah tangga).” (HR. Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605, lafazh Muslim).

Jelas apa yang berlaku adalah satu peperangan dan pembohongan itu adalah salah satu yang dibenarkan syarak. Ini adalah kerana sekiranya fitnah itu tidak dihentikan seberapa segera, kesannya akan lebih parah kepada Jemaah pada waktu itu.

Saya juga menyelak Analisa Peperangan Nabi Muhammad S.A.W. Analisa Strategi Peperangan dan Pertahanan oleh Ahmad Azan Ridzuan, Mohd Juraimy Kadir, Hasan Al-Banna Mohamed, Aman Daima dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia perkara 2.2 Strategi Menyerang dan Kejutan dimana dijelaskan Rasulullah SAW juga tidak lupa dengan strategi serangan mengejutkan dan kesan kurang baik kepada psikologi anggota tentera serta kekuatan musuh. Strategi kejutan atau memeranjatkan bererti mencipta keadaan pada satu-satu tempat atau masa yang menyebabkan pihak musuh tidak berupaya dan tidak bersedia untuk menlancarkan serangan balas.

Cerita dedak 90 juta menjadi senjata ampuh PH dalam cognitive warfare PRU14 abgi memberikan persepsi bahawa PAS bukanlah satu parti yang boleh dipercayai kerana bersekongkol dengan UMNO yang menjarah harta rakyat. Malah persepsi dicipta bahawa barangkali pemimpin PAS juga dalam diam bersekongkol menjarah duit rakyat dan berselindung disebalik kopiah dan serban.

Tidak ada jalan lain selain menggunakan Strategi Menyerang dan Kejutan dengan mematikan segala fitnah yang besar secepat mungkin bagi mengelakkan damage berlarutan. Alhamdulillah, PRU 14 PAS mampu menawan Terengganu disamping mengekalkan Kelantan dan hampir memiliki Kedah.

DIA PEMBOHONG KE ATAU PEMBOHONG KENA ‘GAME’ DENGAN DIA?

Sungguhpun begitu, perkataan bohong ini agak alergik dikalangan orang PAS. Kita faham dalam Jemaah ini, sifat orang munafik ini bukanlah sifat kita. Namun tidakkah anda sedar kenyataan Nik Abduh pada Febuary 2018 sebenarnya tidak menafikan itu adalah suaranya, tetapi menafikan dakwaan. Ini adalah kenyataan beliau

"Jawaban Saya
Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti PAS yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik UMNO atau membuntut di ekor DAP.
Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti PAN dan sekutunya.
Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya.
Semoga Allah mengukuhkan kekuatan PAS dan pendukungnya, dicintai rakyat Malaysia seluruhnya dan memimpin negara menuju kejayaan dan kesejahteraan yang sebenar."

Dia pembohong ke atau Pembohong kena 'game' dengan dia?

Hakikatnya Nik Abduh tidak pernah menafikan itu adalah suaranya tetapi menafikan DAKWAAN ke atas rakaman tersebut dan terus mematikan kenyataan tanpa pengulasan lanjut.

Secara peribadi saya melihat ini sebagai satu strategi yg agak wow. Sekiranya anda membaca buku “Subtle Art of Not Giving A Fuck” dalam topik Danger of Pure Certainty dan Manson’s Law of Avoidance, ini adalah satu perkara yang bijak. Apa yang cuba dilakukan dalam kebanyakan perang cognitive adalah membawa individu untuk terus membalas sehingga membuat lebih banyak kesilapan. Seterusnya kesilapan-kesilapan baru itu akan terus digunakan sebagai peluru baru untuk memberikan kesan yang lebih parah.

Saya tidak pasti sama ada Nik Abduh membaca buku ini atau tidak tetapi apa yang dilakukannya adalah seperti yang dijelaskan oleh Mark Manson didalam buku tersebut. Hakikatnya Husam and the gang disinilah sebenarnya yang kena game kerana mereka menyangkakan Nik Abduh akan jadi Mr Bean dan mengakui audio tersebut adalah suaranya tetapi lain pula yang berlaku. Lebih menarik, saman TGHH ke atas SR di London dan kemenangan dalam interlokutori telah berjaya mengembalikan semula kepercayaan orang kepada PAS untuk kekal istiqamah.

Lebih menarik, menurut Wan Rohimi Wan Daud, perangkap baru dipasang dengan membawa pulang isu 90 juta ke Malaysia. Setelah Claire menamakan Ambiga sebagai pemberi maklumat, PAS semakin mendapat peluru untuk membuat serangan mengejut kerana selama ini orang tidak menyangka bahawa tuduhan ini sebenarnya datang dari beliau. Bukan sahaja beban ini berada dipundak Ambiga, Husam yang mendakwa mempunyai bukti juga masih belum mampu memberikan bukti itu kepada SPRM. Rafizi pula diketawakan apabila menamakan Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin. Pemimpin yang sebegitu hebat masih tak mampu membezakan antara pemimpin PAS dan bekas pemimpin PAS yang dipecat. Lebih menarik lagi apabila SPRM mengeluarkan kenyataan tiada bukti PAS menerima 90 juta. Checkmate.

APA MASALAH KITA ORANG PAS YANG SEBENAR?

Masalah kita orang PAS ialah ramai antara kita tidak terdedah kepada apa yang telah saya jelaskan dengan Panjang lebar. Ramai antara kita yang mahu istiqamah tetapi ramai juga antara kita yang mudah diusik pertimbangannya. Hakikatnya orang PAS sukar dipengaruhi tetapi mereka tidak perlu mempengaruhi sepernuhnya. Saya kongsikan sebuah quite dari Harry S Truman “If you not convince them, confuse them”. Inilah yang mereka lakukan. Mereka tidak perlu mempengaruhi anda sepenuhnya. Cukup untuk mereka mengelirukan anda.

Kelebihan kita umat Islam dalam Jemaah adalah wala. Be proud to be WALAUN. Allah berfirman taatlah kamu Allah, taatlah kamu kepada rasul dan taatlah kamu kepada pemimpin. Adakah Allah lebih bijak atau kamu yang lebih bijak?

Kepada K40 dan yang sewaktu dengannya. Saya amat yakin anda bukanlah Jebon. Mungkin cuma kurang periksa atau kurang arif. Saya yakin anda sayangkan Jemaah. Namun tindakan yang telah dilakukan merupakan satu tindakan yang GELOJOH.

Diharap dengan penulisan ini, anda perlu lebih memantapkan lagi ilmu politik apabila berperang dimedan ini. Saya tidak diupah sesen pun oleh PAS atau Nik Abduh untuk menulis artikel ini. Saya sayangkan Jemaah ini dan mereka yang turut sama berjuang Bersama Jemaah. Kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita juga perlu mengajar pengikut Jemaah jangan mudah menghukum sesuatu sekadar mengikut pertimbangan emosi kita. Al-Ilm Kan Nur Fil Hidayah. Jadikan kesilapan lalu sebagai wadah mempelajari sesuatu.

Semoga Allah permudahkan kita, menerangkan hati kita, mengeratkan ukhwah kita, agar dapat kita Bersama-sama meranjaui onak duri dalam perjuangan yang jelas penuh pancaroba ini.

Lebai PRO

Sumber dari :
https://www.facebook.com/436559336770029/posts/610263086066319/

Khamis, 14 Februari 2019

Fitnah Audio: Jawaban Ustaz Nik Muhammad Abduh

Ini adalah buku kecil, tetapi panjang juga catatannya. Maka saya jadikannya beberapa pintu. Bagi yang kesuntukan masa, tetapi mahukan jawaban, sila ke pintu dua sahaja. Ia mencukupi. Jika lapang masa, silalah berkelana..

Pintu 1:

Pada pagi 7 Febuari 2019, saya menulis tiga catatan ringkas serentak di FB saya ini.

Pertama, saya sifatkan pencinta fitnah adalah seperti lalat yang mengerumuni sampah. Walaupun sampah, akan tetap ada makhluk Allah yang menjadikannya sebagai makanan untuknya. Manusia tidak diciptakan untuk bersifat buruk sebegitu. Jauhi fitnah.

Kedua, saya alu-alukan SPRM untuk menyiasat PAS selepas banyak laporan polis dibuat terhadap PAS yang didakwa menerima wang rasuah politik daripada UMNO termasuk wang 1MDB. Saya menyatakan bahawa jika PAS diberi kuasa, SPRM akan semakin teguh dan berkuasa.

Ketiga, saya memberi sinisan terhadap 'bebudak terlebih tenaga' yang ingin terus menyepak bola walaupun wisel penamat 90 minit telah dibunyikan. Ia adalah sindiran saya terhadap 'Kumpulan 40' yang dikatakan bersedia menjadi saksi benarnya rakaman yang saya sifatkan sebelum ini sebagai 'audio fitnah' terhadap saya.

Ia juga adalah isyarat daripada saya bahawa saya sudah bersedia untuk bermain di padang baru. Itu jika padang dibuka.

Selepasa cacatan pendek itu diluncurkan, segera sahaja pada petangnya, SPRM menghubungi saya untuk hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Bharu pada Jumaat keesokannya pada jam 10.30am.

Keesokannya saya hadir dengan penuh kerasmian dan penghormatan terhadap SPRM. Seorang diri dengan memandu sebuah Mercedez Benz mewah rekaan barat.

Pintu 2:

Pada awal 2018, sebelum PRU14 berlangsung, tular di media baru sebuah rakaman yang didakwa sebagai ucapan Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz. Ia mengejutkan ramai kerana isi ucapan itu yang didakwa membenarkan dakwaan musuh politik PAS bahawa PAS telah menerima wang sogokan berjuta-juta daripada UMNO.

Ia tidaklah begitu mengejutkan saya. Saya sudah pun dimaklumkan lebih awal bahawa akan dibocorkan rakaman ucapan saya di dalam program dalaman parti kepada umum. Cuma saya menggaru-garu kepala, sampai ke tahap ini mereka?

Sebaik tular, saya ada dua pilihan di hadapan. Pertama, bercakap benar dan mengesahkannya. Kedua, menafikannya. Ia adalah ucapan dalam majlis tertutup dengan audien tertentu sahaja. Terlalu tertutup. Maka hak saya adalah menjaga kerahsiaan dan tidak sama sekali mengkhianatinya.

Kedua-dua pilihan adalah syar'ie.

Saya memilih yang pertama. Ia mudah. Bercakap benar akan membebaskan kita. Bohong adalah penjara yang memerangkap diri sendiri. Saya memilih untuk berterus terang sahaja. Saya yakin isi ucapan saya akan mudah sahaja difahami jika difahami konteksnya.

Tetapi saya sedar, ia bukan sekadar soal nama baik peribadi saya. Saya mewakili parti PAS dalam masyarakat. Rakaman itu walaupun bertujuan menjatuhkan reputasi saya, ia segera sahaja disambar oleh musuh sebaik tular untuk menjatuhkan PAS. Belum sempat ahli PAS marahkan saya, musuh-musuh politik PAS telah merayakannya. Nyamuk belum mati, api sudah menyambar kelambu.

Apabila saya merujuk kepada beberapa pimpinan parti yang sudah pun memahami isu ini dengan baik, mereka memutuskan agar saya menafikannya. Sengit juga saya enggan dan menolak, tetapi mereka berkeras meminta saya menafikannya. Fitnah mesti ditutup, itu hujah mereka. Saat itu, bahang PRU14 semakin terasa. PH sedang bermaharajalela menyerang PAS dengan pelbagai fitnah sesudah mereka kehilangan punca untuk mencari kecacatan dan kesalahan PAS.

PH hanya mampu bersenjatakan fitnah, senjata yang terlarang di dalam Islam dan PAS.

Dalam kesukaran, saya memohon jawaban daripada tuan guru Presiden PAS. Segera Presiden PAS merestukan keputusan agar saya segera menafikannya. Saya akur dan gembira menerima mandat.

Alhamdulillah, api fitnah gagal merebak. PAS memasuki pilihanraya umum ke14 dengan gagah dan berjaya menambah kekuatannya di Parlimen dan DUN-DUN.

Pintu 2 adalah pemberitahuan bahawa jawaban pertama saya dulu adalah dengan keputusan oleh parti PAS.

Pintu 3

Ada tiga institusi yang berhak mengubah keputusan pertama saya itu. Pertama, parti PAS. Ia adalah tuan saya. Kedua, Mahkamah. Ia adalah neraca menegak keadilan di dunia. Ketiga, Kerajaan Malaysia melalui siasatan oleh pihak polis atau SPRM. Malaysia adalah negara saya yang berhak ke atas saya.

Dengan erti, saya akan kekal menyimpan rahsia sehingga salah satu daripada tiga institusi itu memutuskan sebaliknya.

Apabila perempuan Inggeris itu menjadikan rakaman ucapan saya itu sebagai bahan buktinya di Mahkamah London, saya dipanggil oleh pihak peguam yang mewakili presiden PAS untuk memohon pengesahan. Saya kata, mahkamah berhak menerima kebenaran. Ia akan membebaskan saya dengan penuh hormat. Isi-isi ucapan saya adalah amat mudah difahami dalam konteksnya. Presiden PAS menerima kehendak saya dengan senang hati. Maka saya telah membuat kenyataan saya di hadapan peguam presiden PAS beberapa bulan lepas.

Saya jangka keputusan oleh Mahkamah London nanti dalam kes Presiden PAS vs perempuan Inggeris itu akan menjadi jawaban kedua saya. Tetapi ia tidak berlaku. Kes itu ditutup di pertengahan jalan.

Sebelum SPRM memanggil saya untuk siasatan, saya sudah pun dipanggil oleh pihak polis beberapa bulan lepas di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan terhadap isu rakaman ucapan saya yang tular itu.

Kenyataan saya kepada ketiga-tiga institusi tersebut adalah sama. Saya mengakui kebenaran suara saya itu. Saya juga menegaskan di hadapan mereka untuk saya terus menafikannya di hadapan publik sebagai hak menjaga kerahsiaan yang ditekankan oleh agama.

Semasa saya mempertegaskan hak kerahsiaan ini di hadapan pegawai SPRM beberapa hari lepas, mereka menjawab, "Ya. Kami pegawai kerajaan, apatah SPRM diwajibkan dan diajar untuk menjaga kerahsiaan." Mereka membenarkan saya.

Akhirnya, semalam, Dato Takiyudin Hasan, SUA PAS mengesahkan rakaman itu sebagai ucapan saya. Pagi ini, presiden PAS turut mengesahkannya.

Pintu 3 adalah pemberitahuan bahawa PAS telah bersetuju untuk saya memberi jawaban kedua yang menukarkan jawaban pertama saya dulu. Saya menerimanya dengan senang hati sebagaimana yang pertama dulu.

Ini saya sedang menulis..

Pintu 4

Mari saya memanggil mereka sebagai 'bebudak terlebih tenaga' atau 'kumpulan 40'. Tidak perlulah saya menyebut nama.

Pintu 4 adalah pendedahan terhadap konteks perbincangan di dalam perjumpaan tertutup 'tahap dewa' tersebut. Bukankah saya berkali-kali mengingatkan kerahsiaan itu? #SumpahJadiAbu  haha..

Ada dua isi utama ucapan saya:

1) Meminta 'kumpulan 40' ini berhenti daripada kegiatan menyiasat dan menghukum pimpinan parti.

2) Menerangkan hukum agama berkaitan mengambil wang musuh politik. Secara khusus, wang UMNO.

Perlu difahami bahawa perjumpaan itu bukanlah yang pertama dan terakhir. Ia selang seli di antara beberapa pertemuan dan tindakan yang berbeza.

Maka memang agak sukar bagi pendengar di rakaman tular itu untuk memahaminya sepenuhnya. Apatah ia soal kerahsiaan dalaman.

KAMI adalah kumpulan yang terbentuk pada saat krisis dalaman PAS sebelum 2015. Kami adalah rakan-rakan yang bersama menyusun strategi memahamkan ahli PAS bahawa beberapa pimpinan parti telah lari daripada halatuju perjuangan dan wajar diturunkan lalu diganti dengan kepimpinan baru yang lebih berwibawa untuk memimpin PAS.

Adalah sukar untuk memahamkan. Ahli PAS diajar untuk taat dan thiqah kepada kepimpinan parti. Adalah sukar bagi kami untuk menyebut kesalahan-kesalahan mereka secara terbuka. Ia janggal di dalam parti yang begitu menjaga keutuhannya daripada retak.

Ringkasnya, dengan perancangan yang baik, kami berjaya meyakinkan ahli parti di semua peringkat untuk bangkit mempertahankan kepimpinan ulamak, kepimpinan tuan Presiden PAS dan kekuasaan Majlis Syura Ulamak PAS daripada diruntuhkan secara sistematik oleh kumpulan yang kini dihimpunkan oleh DAP di dalam parti PAN.

Dalam erti, kami merancang setelah mereka telah lama merancang. Mereka terlalu kuat sehingga beberapa pimpinan lama PAS gugur dengan perancangan mereka tanpa disedari oleh ahli-ahli PAS yang ikhlas berjuang.

Saat kekuasaan mereka memuncak untuk mengubah hala tuju PAS dengan faham Islam Moderate, Rahmatan Li 'rambutan' dan macam-macam lagi, kami anak muda PAS bangkit untuk meneguhkan kembali halatuju perjuangan PAS.

Kami adalah himpunan ratusan ulamak dan ulamak muda, golongan profesional baru dan lama, muslimat dan pemuda serta ahli-ahli PAS di banyak peringkat.

Ringkasnya, pada Muktamar PAS 2015, kepimpinan baru PAS mengambil alih. Selepas itu, kesamaran bertukar kejelasan. DAP hanya mencapai matlamat kedua mereka. Tertubuh PAN. Matlamat utama mereka menghancurkan PAS dari dalam telah gagal.

Inilah kami.

Selepas selesai, kepimpinan kami memutuskan agar kami bubar dan kembali kepada kerja asal membangunkan parti yang hampir berwajah baru. Ia adalah keputusan yang amat benar.

Tetapi sebahagian daripada kami berkata, kerja belum selesai. Masih ada saki baki yang akan merosakkan PAS. Mangsa pertama adalah YAB Dr Ahmad Samsuri. Beliau dituduh sebagai ejen UMNO, makan dedak UMNO bla bla.. kemudian Nasrudin Hasan Tantawi, Nurul Islam. Akhirnya Nik Abduh naik nama sebagai pemakan wang UMNO.

Mereka dinasihatkan agar berhenti. Bukti-bukti yang mereka kemukakan adalah lemah. Ia hanyalah sangka buruk. Malang, mereka terus mengasak dan menuduh.

Kerja mereka adalah mengintip dan menyelongkar. Bagi mereka ia adalah jihad besar menyelamatkan parti PAS daripada perkara haram bersekongkol dengan UMNO.

Apabila diingatkan bahawa kepimpinan parti lebih mengetahui halatuju dan strategi parti, mereka meremehkan dan mendakwa mereka lebih tahu.

Mereka melampaui batas. Bertindak sendiri tanpa restu kepimpinan. Beberapa perjumpaan diadakan. Tetapi tiada apa yang berubah.

Apabila ahli PAS sukar menerima mereka, mereka memilih jalan berapi demi mencapai matlamat. Mereka, atas nama menyelamatkan parti, mendedahkan rakaman ucapan tertutup saya itu.

Mereka mengadakan perjumpaan tertutup 'tahap dewa' itu, tetapi mengkhianati majlis mereka sendiri dengan merakamnya secara sulit. Setelah gagal, mereka khianat lagi dengan mendedahkannya kepada awam. Setelah gagal lagi mencapai matlamat, mereka bangkit beramai-ramai ingin menjadi saksi. Pelik, mereka nafi dedah, tetapi sanggup jadi saksi?!

Cuba anda bayangkan bagaimana kerasnya mereka dalam salah satu tulisan terbaru mereka, mereka anggap saya seperti mendiang Marcos.. Dahsyatkan? Marah orang PAN pada saya, rasanya taklah seteruk itu dilabel hehe..

Pintu 5

Kekhilafan besar adalah dalam soal hukum mengambil wang orang UMNO. Mereka mendakwa, mengambil wang UMNO adalah rasuah semuanya. UMNO adalah musuh dan sebarang terimaan adalah berunsur rasuah.

Saya dalam rakaman tersebut, selepas berkali-kali di luar sebelum itu, cuba menjelaskan bahawa ia adalah hukum yang salah dan merbahaya.

Saya jelaskan bahawa menerima wang sesiapa pun daripada UMNO adalah haram hanya apabila ianya adalah berbentuk rasuah atau sogokan atau dedak yang bermaksud kita dengan pemberian itu terpaksa menjual perjuangan dengan mencairkan pendirian parti atau menyokong tindakan UMNO yang bersalahan dengan polisi parti.

Adapun pemberian biasa seperti kekeluargaan, persahabatan, derma, kebajikan dan lain-lain, maka ia adalah harus. Bahkan ia menambah kasih sayang di antara umat Islam.

Saya jelaskan bahawa saya hadir menyertai perbincangan di antara para ulamak dalam Majlis Syura PAS berkaitan isu ini. Semua sekata, menerima wang UMNO adalah harus kecuali bertujuan rasuah. Ia adalah amalan puluh tahun dalam PAS di kalangan para ulamak untuk menerima secara terbuka wang orang-orang UMNO.

Malang, mereka tidak pernah berpuas hati. Cakapan saya difahami ikut selera mereka. Pening saya..

Beberapa hari lepas, dalam pertemuan bersama pimpinan PAS, apabila ditanya kepada tuan guru presiden PAS mengenai 'bebudak terlebih tenaga' ini, tuan guru menjawab tegas, "Mereka ini samada bodoh atau jahat."

Pengkhianatan tiada tempat dalam perjuangan walaupun anda menangis bersujud di hadapan Allah memohon restuNya. Hukum adalah hukum.

Pintu 5 adalah pemberitahuan bahawa ucapan saya adalah dalam konteks hukum, bukan memperakui bahawa PAS telah menerima wang rasuah dan sogokan daripada UMNO. Ia tidak benar sama sekali.

Justeru saya menamakannya sebelum ini sebagai audio karut, mengarut dan fitnah.

Pintu 6 (akhir)

Saya berterima kasih kepada seluruh ahli, penyokong dan rakyat yang menerima dengan hati terbuka kenyataan penafian saya setahun yang lepas. Ia berjaya meneguhkan parti PAS untuk melangkah memasuki pilihanraya umum baru-baru ini.

Semoga Allah meredhai perjuangan kita menegakkan agama di bumi Allah.

Fb Ustaz Nik Muhammad Abduh

Wajib sokong, pilih Parti Islam

SHEIKH Abdul Qadir Abdul Mutallib al-Mandili (1910-1965), Ulama besar yang menjadi guru di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah ketika menjawab satu soalan yang ditanya oleh seorang pengundi di Tanah Melayu ketika berlangsung Pilihan Raya Umum 1959, telah menjelaskan bahawa wajib bagi umat Islam untuk menyokong dan memilih (mengundi) Parti Islam Se-Malaya (PAS) bagi membolehkan Islam ditegakkan dan hukum Islam dilaksanakan di negara ini.

Sheikh Abdul Qadir yang berasal dari Tapanuli Selatan, Sumatera merupakan murid kepada Ulama besar Tanah Melayu, Sheikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him Gajah Mati), sebelum beliau berguru dengan Pak Da ‘Eil al-Fathani, Sheikh al-Maliki, Sheikh Hassan al-Mashat, Sheikh Muhammad al-Arabi, Sheikh Syed al-Alawi dan Sheikh Mohamad Ahyad di Mekah. Turut menjadi guru beliau ialah Sheikh Hasan Yamani, Sheikh Mohamad Nur Saif, Sheikh Yasin Isa al-Fadani, Sheikh Abdullah Lahji dan Sheikh Zakaria Abdullah Bela. Beliau kemudiannya diterima sebagai guru di Masjidil Haram.

Selain mengajar di Makkah, beliau juga merupakan penulis yang prolifik. Kitab beliau yang paling terkenal ialah "Penawar Bagi Hati" kitab Tasawuf yang masih digunakan di masjid-masjid dan menjadi teks sekolah agama di sesetengah negeri di Malaysia. Beliau menghasilkan 24 buah kitab dalam pelbagai bidang termasuk akidah, syariat, ibadat, tasawuf dan politik Islam.

Fatwa tentang sokongan dan memilih parti politik dalam pilihan raya

Beliau ditanyakan perkara berikut:

"Di negeri kita ini ada beberapa parti, seperti Parti Kebangssan (Umno) dan Parti Buruh (PBM) dan Parti Rakyat (PR), Parti Komunis (PKM) dan Parti Islam (PAS), dan adalah tujuan segala parti Itu bersalah-salahan. Maka Parti Islam itu tujuannya memajukan agama Islam, dan menyuruh dengan segala kebajikan dan menegah daripada segala kejahatan dan mendirikan pemerintah yang berdasarkan Islam yang meluluskan segala perintah Allah Taala dan Rasul-Nya S.A.W. Maka apa hukum masuk kepada segala parti itu? Dan adakah wajib atas tiap-tiap orang Islam mausk dan menyokong akan Parti Islam itu? Dan apa hukum mereka yang mahayid (neutral) yang tiada masuk ia kepada parti mana-mana, dan tiada menyokong ia akan satu parti? Dan apa hukum alim Ulama yang diam ia dan tiada menolong ia akan Parti Islam yang tersebut?".

Jawapan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili:

"Tiada syak pada wajib atas tiap-tiap orang Islam istimewa alim Ulama daripada mereka itu menyokong akan Parti Islam (PAS) yang tujuannya seperti yang tersebut di dalam pernyataan itu, kerana firman Allah Taala yang ertinya:

"Tolong-menolonglah kamu atas kebajikan dan takut akan Allah Taala."

"dan firman Allah Taala yang ertinya:

"Dan sekalian orang yang beriman yang lelaki dan perempuan setengah mereka itu beberapa yang menolong akan setengah, menyuruh mereka itu dengan kebajikan dan melarang mereka itu daripada mungkar."

"dan sabda Nabi SAW yang ertinya:

"Barang siapa mengetahui ia daripada kamu wahai sekalian mukallaf akan yang mungkar maka hendaklah mengubah ia akan dia dengan tangannya, maka jika tiada kuasa ia akan mengubah dengan tangannya maka hendaklah mengubah ia akan dia dengan perkataannya, maka jika tiada kuasa ia akan ingkar dengan perkataannya maka hendaklah ingkar ia akan dia dengan hatinya dan bermula demikian itu (ingkar dengan hati kerana lemah daripada ingkar dengan yang lain daripadanya) sedhaif-dhaif segala pekerjaan Islam."

Hadis ini Hadis Sahih, telah diceritakan akan dia oleh Muslim dan Imam Ahmad daripada Abi Said al-Khudri R.A. Dikehendaki dengan mungkar itu meninggalkan yang wajib atau mengerjakan yang haram. Dan ijma' oleh Ulama atas wajib menghilangkan akan pekerjaan yang mungkar-mungkar. Maka jika terhenti ia atas tolong-menolong dan masuk parti Islam (PAS) supaya mendapat kekuatan maka adalah ia (tolong-menolong dan masuk parti) itu wajib, kerana kaedah (fekah) yang telah maklum pada sisi orang ramai, yang ertinya:

"Barang apa yang tiada disempurna oleh yang wajib melainkan dengan dia maka ia wajib"

Dan kaedah (fiqh) yang ertinya:

"Bagi segala wasilah (yang menyampaikan) hukum bagi segala yang dimaksud."

Setengah daripada segala yang wajib atas muslimin mendirikan pemerintah yang berdasarkan Islam yang menghukum ia dengan segala hukum yang menurun akan dia oleh Allah Taala. Dan tiada dapat yang demikian itu melainkan dengan lebih banyak orang yang faham Islam di dalam Parlimen (Dewan Perwakilan Rakyat).

Maka kerana itu, wajib atas tiap-tiap mukallaf menyokong akan Parti Islam yang tujuannya meluluskan perintah Allah dan menghukum dengan segala hukum yang menurun akan dia oleh Allah Taala. Dan wajib atas sekalian rakyat jelata memilih akan wakilnya di Parlimen daripada mereka yang bertujuan dengan tujuan yang tersebut, supaya hasil oleh tujuan dan maksud yang wajib itu, dan haram atas mereka itu masuk atau menyokong parti yang lain yang tidak ada tujuannya seperti tujuannya yang tersebut.

Istimewa Parti Komunis kerana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan jangan tolong-menolong di atas perkara dosa dan permusuhan"

Seperti haram atas mereka itu memilih akan wakil di Parlimen daripada mereka yang tidak ada tujuannya melainkan dunia, dan tiada maksudnya meluluskan hukum-hukum Allah Taala. Sekalipun ia daripada orang-orang yang beragama Islam. Kerana dengan sebab memilih dan menyokong parti yang tersebut itu tidak dapat meluluskan segala hukum tuhan, dan tidak dapat melarang segala yang mungkar.

Adapun sekalian mereka yang neutral yang tidak menyokong mereka itu akan Parti Islam dan tidak yang lainnya istimewa alim Ulama daripada mereka itu maka adalah mereka itu daripada segala syaitan yang bisu. Tidak ada mereka itu daripada mukmin yang sempurna. Maka jangan terpedaya oleh orang awam dengan sebab mereka itu.

Kerana tidak beramal mereka itu dengan kandungan Hadis Nabi S.A.W yang ertinya:

"Beramal orang yang beriman yang sempurna imannya bagi orang yang beriman itu seperti yang dibina (daripada umpama ruman batu) menguatkan setengahnya akan setengah."

(Menceritakan ia oleh Bukhari dan Muslim dan Tirmizi dan Nasaie daripada Abu Musa R.A)

Dan ditakuti bahawa masuk mereka itu di dalam Hadis Nabi S.A.W yang meriwayatkan dia oleh Abu Naim dan lainnya yang ertinya:

"Barang siapa tidak mementingkan ia (tidak menitikberatkan) pekerjaan orang-orang Islam maka tidak ada ia daripada golongan mereka itu (Muslimin)."

Adapun takut mereka itu akan marah anggota-anggota parti yang lain apabila menyokong mereka itu akan Parti Islam maka tidak ada ia jadi uzur meninggalkan barang yang wajib atas mereka itu daripada menolong yang sebenar dan menyokong saudara-saudaranya pada memajukan agama Allah Taala. Dan tidak ada ia mengharuskan bagi mereka itu bahawa mereka itu jadi ular sekerat dan sekeratnya lagi jadi belut. Wallahua’lam.

Petikan fatwa daripada kitab Sheikh Abdul Qadir al-Mandili (1959), Islam: Agama dan Kedaulatan, The United Press, Penang, hal. 49-52

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018 –

HARAKAHDAILY 8/5/2018


Sabtu, 9 Februari 2019

IMPIAN DAP KUASAI NEGERI-NEGERI DALAM PRU 14 SUDAH TERCAPAI

Bila diteliti kembali keputusan PRU 14 maka dapatlah disimpulkan bahawa DAP sudah berjaya mencapai impiannya untuk menguasai negeri-negeri dalam PRU 14.

Kejayaan besar pertama DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan mengekalkan penguasaannya dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bila ia memiliki lebih separuh daripada 37 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 19 kerusi, berbanding hanya 14 kerusi milik PKR, 2 kerusi milik AMANAH dan 2 kerusi milik BERSATU.

19 Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari DAP ini adalah:
1. Phee Boon Poh dari N7 Sungai Puyu
2. Soon Lip Chee dari N8 Bagan Jermal
3. Satees Muniandy dari N9 Bagan Dalam
4. Heng Lee Lee dari N13 Berapit
5. Chong Eng dari N15 Padang Lalang
6. Ramasamy Palanisamy dari N16 Perai
7. H'ng Mooi Lye dari N19 Jawi
8. Zairil Khir Johari dari N22 Tanjong Bunga
9. Lim Guan Eng dari N23 Air Putih
10. Chris Lee Chun Kit dari N25 Pulau Tikus
11. Chow Kon Yeow dari N26 Padang Kota
12. Daniel Gooi Zi Sen dari N27 Pengkalan Kota
13. Teh Lai Heng dari N28 Komtar
14. Jagdeep Singh Deo dari N29 Datok Keramat
15. Lim Siew Khim dari N30 Sungai Pinang
16. Ong Ah Teong dari N31 Batu Lancang
17. Syerleena Abdul Rashid dari N32 Seri Delima
18. Joseph Ng Soon Siang dari N33 Air Itam
19. Yeoh Soon Hin dari N34 Paya Terubong

Lanjutan daripada kejayaan DAP di Pulau Pinang ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari DAP, iaitu Chow Kon Yeow, telah dilantik sebagai Ketua Menteri.

Kejayaan besar kedua DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Perak bila ia memiliki lebih separuh daripada 29 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 18 kerusi, berbanding hanya 6 kerusi milik AMANAH, 4 kerusi milik PKR dan 1 kerusi milik BERSATU.

18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP ini adalah:
1. Leow Thye Yih dari N17 Pokok Assam
2. Nga Kor Ming dari N18 Aulong
3. Loh Sze Yee dari N22 Jalong
4. Jenny Choy Tsi Jen dari N25 Canning
5. Dr Abdul Aziz Bari dari N26 Tebing Tinggi
6. Howard Lee Chuan How dari N27 Pasir Pinji
7. Ong Boon Piow dari N28 Bercham
8. Dr Ko Chung Sen dari N29 Kepayang
9. Sivasubramaniam Athinarayanan dari N30 Buntong
10. Cheah Pou Hian dari N31 Jelapang
11. Chaw Kam Foon dari N32 Menglembu
12. Paul Yong Choo Kiong dari N33 Tronoh
13. Wong May Ing dari N37 Pantai Remis
14. Teoh Yee Chern dari N38 Astaka
15. Leong Cheok Keng dari N41 Malim Nawar
16. Chong Zhemin dari N42 Keranji
17. Terence Naidu Raja @ Raja Naidu dari N55 Pasir Bedamar
18. Sivanesan Achalingam dari N57 Sungkai

Soal mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari BERSATU, iaitu Ahmad Faizal Dato’ Azumu, dan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP, telah dilantik sebagai Menteri Besar adalah satu soal yang lain.

Kejayaan besar ketiga DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bila ia memiliki lebih separuh daripada 20 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 11 kerusi, berbanding hanya 6 kerusi milik PKR dan 3 kerusi milik AMANAH.

11 Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dari DAP ini adalah:
1. Anthony Loke Siew Fook dari N1 Chennah
2. Teo Kok Seong dari N8 Bahau
3. Arul Kumar Jambunathan dari N10 Nilai
4. Chew Seh  Yong dari N11 Lobak
5. Ng Chin Tsai dari N12 Temiang
6. Nicole Tan Lee Koon dari N21 Bukit Kepayang
7. Mary Josephine Prittam Singh dari N22 Rahang
8. Yap Yew Weng dari N23 Mambau
9. Gunasekaren Palasamy dari N24 Seremban Jaya
10. Choo Ken Hwa dari N30 Lukut
11. Veerapan Superamaniam dari N36 Repah

Soal mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dari PKR, iaitu Aminuddin Harun, dan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dari DAP, telah dilantik sebagai Menteri Besar adalah satu soal yang lain.

Kejayaan besar keempat DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Melaka bila ia memiliki lebih separuh daripada 15 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 8 kerusi, berbanding hanya 3 kerusi milik PKR, 2 kerusi milik AMANAH dan 2 kerusi milik BERSATU.

8 Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dari DAP ini adalah:
1. Saminathan Ganesan dari N7 Gadek
2. Norhizam Hassan Baktee dari N15 Pengkalan Batu
3. Kerk Chee Yee dari N16 Ayer Keroh
4. Seah Shoo Chin dari N19 Kesidang
5. Low Chee Leong dari N20 Kota Laksamana
6. Damian Yeo Shen Li  dari N21 Duyong
7. Tey Kok Kiew dari N22 Bandar Hilir
8. Dr Wong Fort Pin dari N24 Bemban

Soal mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dari AMANAH, iaitu Haji Adly Zahari, dan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dari DAP, telah dilantik sebagai Ketua Menteri adalah satu soal yang lain.

Kejayaan besar kelima DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Johor bila ia memiliki lebih satu per tiga daripada 36 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 14 kerusi, berbanding hanya 9 kerusi milik AMANAH, 8 kerusi milik BERSATU dan 5 kerusi milik PKR.

14 Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari DAP ini adalah:
1. Tan Chen Choon dari N2 Jementah
2. Dr Ramakrishnan Suppiah dari N6 Bekok
3. Ee Chin Li dari N10 Tangkak
4. Ng Yak Howe dari N12 Bentayan
5. Chew Peck Choo dari N19 Yong Peng
6. Gan Peck Cheng dari N23 Penggaram
7. Chew Chong Sin dari N28 Mengkibol
8. Sheikh 'Umar Bagharib Ali dari N30 Paloh
9. Liow Cai Tung dari N42 Johor Jaya
10. Andrew Chen Kah Eng dari N45 Stulang
11. Cheo Yee How dari N46 Perling
12. Tan Hong Pin dari N48 Skudai
13. Tee Boon Tsong dari N52 Senai
14. Yeo Tung Siong dari N55 Pekan Nanas

Soal mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari BERSATU, iaitu Osman Sapian, dan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari DAP, telah dilantik sebagai Menteri Besar adalah satu soal yang lain.

Kejayaan besar keenam DAP adalah membantu Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menggenapkan bilangan kerusi Pakatan Harapan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah menjadi 28 melalui 2 kerusi miliknya selain 8 kerusi milik PKR, 5 kerusi milik BERSATU dan 3 kerusi milik AMANAH.

2 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari DAP ini adalah:
1. Tan Kok Yew dari N11 Derga
2. Teh Swee Leong dari N13 Kota Darul Aman

Kejayaan besar ketujuh DAP adalah membantu Pakatan Harapan mengekalkan penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi kedua terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Selangor bila ia memiliki hampir satu per tiga daripada 51 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 14 kerusi, berbanding 28 kerusi milik PKR serta hanya 5 kerusi milik AMANAH dan 4 kerusi milik BERSATU.

14 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP ini adalah:
1. Ng Suee Lim dari N4 Sekinchan
2. Lee Kee Hiong dari N6 Kuala Kubu Baharu
3. Lai Wai Chong dari N22 Teratai
4. Edry Faizal Eddy Yusof dari N23 Dusun Tua
5. Eddie Ng Tien Chee dari N27 Balakong
6. Ean Yong Hian Wah dari N28 Seri Kembangan
7. Michelle Ng Mei Sze dari N31 Subang Jaya
8. Rajiv Rishyakaran dari N34 Bukit Gasing
9. Lim Yi Wei dari N35 Kampung Tunku
10. Jamaliah Jamaluddin dari N36 Bandar Utama
11. Teng Chang Khim dari N45 Bandar Baru Klang
12. Leong Tuck Chee dari N47 Pandamaran
13. Ganabatirau Veraman dari N50 Kota Kemuning
14. Lau Weng San dari N52 Banting

Kejayaan besar kelapan DAP adalah menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Pahang, walaupun gagal merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang, bila ia memiliki lebih dua per tiga daripada 9 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 7 kerusi, berbanding hanya 2 kerusi milik PKR.

7 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari DAP ini adalah:
1. Chiong Yoke Kong dari N1 Tanah Rata
2. Chow Yu Hui dari N7 Tras
3. Woo Chee Wan dari N30 Mentakab
4. Lee Chin Chen dari N33 Bilut
5. Young Syefura Othman dari N34 Ketari
6. Kamache Doray Rajoo dari N35 Sabai
7. Leong Yu Man dari N38 Triang

Jika DAP keluar atau terkeluar dari Pakatan Harapan maka Kerajaan Negeri Pakatan Harapan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah akan tumbang, begitulah besarnya kuasa yang dimiliki oleh DAP kini.

Kamarul Yusoff

Rabu, 6 Februari 2019

CLARE YANG MINTA SUPAYA KES TIDAK DIPANJANGKAN DAN SELESAI DI LUAR MAHKAMAH.

DI LONDON, CLARE YANG MINTA SUPAYA KES TIDAK DIPANJANGKAN DAN SELESAI DI LUAR MAHKAMAH, DI MALAYSIA, MELAYU MACAI DAP (PAN) KATA PAS YANG TAKUT DAN MINTA SELESAI LUAR MAHKAMAH!!!

Menjelang PRK Semenyih yang bakal menyaksikan kerjasama PAS-UMNO dilihat berpotensi besar untuk melupuskan PPBM dan Pakatan di kerusi DUN tersebut, semakin kerap dan semakin banyak pula fitnah yang dibuat oleh Melayu-Melayu yang menjadi macai dan orang suruhan DAP.

Dan sudah tentulah sasaran mereka adalah terhadap PAS. Mereka berasakan dan menganggap, kebanyakan orang Melayu khususnya, tidak tahu apa yang berlaku di London membabitkan proses perundangan antara PAS dan Presiden PAS dengan penfitnah tersohor belaan Mahathir, Clare Rewcastle-Brown.

Kalau kita rajin mengelebek page-page di Facebook khususnya, terutama sekali yang didominasi oleh puak-puak PAN dan PPBM, mereka sekarang sedang membangkitkan kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah oleh PAS dan Presidennya dengan Clare membuktikan bahawa tuduhan Clare adalah benar. PAS kata mereka tersangat takut dan akhirnya meminta agar penyelesaian tersebut dibuat di luar mahkamah kerana kalau dibicarakan dan diteruskan, banyak temberang dan rahsia besar PAS membantu Najib menyonglap duit 1MDB akan terbongkar.

Hakikatnya, seperti yang disebutkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri fitnah yang dilemparkan oleh macai-macai dan Melayu-Melayu suruhan DAP itu, terlalu jauh daripada hakikatnya.

Yang meminta kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah adalah Clare Rewcastle-Brown selepas 75% laporan pembelaannya ditolak oleh hakim menerusi penghakiman interlokutori. Clare takkan meminta supaya kes diselesaikan di luar mahkamah kalau dia yakin dia boleh menang. Dia hanya meminta penyelesaian tersebut selepas 75% hujah pembelaannya ditolak. Malahan Clare sendiri mengakui bahawa dia tidak ada bukti selain daripada 'widespread suspicion'.

Kes PAS vs Clare di London kurang mendapat perhatian apabila perhatian di Malaysia lebih terarah kepada berpuluh-puluh pendakwaan dibuat terhadap Najib yang kesudahannya Peguam Negara belum menyiapkan kertas pendakwaan dan kertas siasatan.

Sebenarnya sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Hakim Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 20 April 2018.

Dalam sesi pendengaran tersebut, mahkamah menolak kenyataan pembelaan Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan. Mahkamah kemudiannya memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700.00) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Secara rasminya, mahkamah telah menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare. Atau dalam bahasa yang lebih  mudah, Abdul Hadi Awang mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defendan.

Clare juga secara rasmi telah meninggal-biarkan permohonannya untuk meminta pembelaan 'kebenaran'nya bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas. Defendan kemudiannya memberikan gambaran bahawa dia cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi deraf pembelaan berkenaan rakaman audio yang merupakan cubaan kali ketiga bagi pembelaan 'kebenaran'nya.

Hakim juga turut menolak cubaan melewat-lewatkan perbicaraan oleh defendan apabila defendan cuba memohon perintah mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan yang dikatakannya tidak merujuk kepada Presiden PAS.

Pasukan peguam Presiden PAS menolak cadangan tersebut yang bagi mereka hanyalah bertujuan dan cubaan untuk defendan lari dari isu sebenar kes di dalam perbicaraan.

Perkembangan inilah yang menggambarkan kekalahan awal Clare dan Sarawak Report. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Presiden PAS yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

Hakim kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes dan tarikh perbicaraan iaitu pada awal April 2019.

Keputusan PAS dan Presidennya untuk melakukan penyelesaian di luar mahkamah dengan Clare seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media oleh Setiausaha Politik Presiden PAS sekarang, Shahir Sulaiman walaupun PAS dan Presidennya mempunyai peluang cerah untuk menang dalam perbicaraan pada April 2019 nanti, tidak lain dan tidak bukan adalah sama seperti ketika Raja Nong Chik menarik balik pertuduhan dan saman ke atas Nurul Izzah untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Dengan kata lain, Clare telah mengakui dia adalah seorang penfitnah dan semua cerita-cerita buruknya tentang PAS dan Presiden PAS tidak lebih daripada cerita dongeng semata-mata. Penghakiman Interlokutori sudah jelas dan terang.

Justeru, tidak perlulah macai-macai DAP dan Melayu-Melayu suruhan DAP berterusan mencipta fitnah kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah tersebut adalah disebabkan PAS takut!

https://theflyingkick.blogspot.com/2019/02/di-london-clare-yang-minta-supaya-kes.html?m=1

Jumaat, 1 Februari 2019

Umat Islam di akhir zaman amat mencabar

Islam sebenar?

Umat Islam di akhir zaman amat mencabar

Dikelirukan antara dunia dan akhirat

Adakah dunia diutamakan atau akhirat? Atau kedua2, atau utamakan akhirat sahaja?

Sebenarnya tak wujud pun persepsi atau pandangan sedemikian dalam Islam, Islam adalah lengkap merangkumi semuanya.

Cuma bezanya ialah setiap tindakan kita itu berlandaskan Islam atau tidak sahaja

Jika Islam menjadi keutamaan di dalam setiap tindakan anda, maka secara *automatik* anda akan mendapat akhirat dan dunia sekaligus

Walau pada zahirnya sesuatu tindakan itu tidak nampak untuk keuntungan dunia

Disinilah perlunya akidah atau iman seseorang kepada Allah dan Rasul, kepercayaan tanpa berbelah bagi kepada Al Quran dan Hadith

Ramai umat Islam terutamanya di negara seperti Malaysia yang mengamalkan Islam _moderate_ atau Islam cukup hanya pada luaran atau pada permukaan atau hanya pada nama sahaja

Kita masih keliru untuk mengidolakan negara Barat yang kononnya maju atau negara Islam yang kononnya kolot

Masih ramai umat Melayu yang masih berkiblatkan negara Barat seperti negara Eropah yang kononnya lebih bertamadun dari negara Islam sendiri

Kononnya negara seperti New Zealand yang rendah kadar rasuah di dunia dan negara Jepun yang bersih, berdisiplin dan rajin bekerja

Walhal pada hakikatnya banyak negara Islam yang jauh lebih hebat dari negara-negara maju ini, adakah kita sengaja tidak mahu melihat

Kenapa negara seperti Arab Saudi tidak dibanggakan dengan kadar jenayah terendah dunia? Adakah ukuran kehebatan sesebuah negara pada zahirnya atau batinnya

Adakah kemajuan yang kita patut banggakan ialah pada ketinggian bangunan dan kemodenan bandar atau ketenangan hidup rakyatnya

Jika rakyat negara maju itu hidupnya tenang, mengapa perlu mereka menyerang serta menganggu negara lain

Perang dunia pertama dicetuskan negara Islam? Perang dunia kedua dimulakan Jepun menyerang China atau Jerman menyerang Poland?

Perang dunia ketiga dimulakan Amerika menyerang Afghanistan atau Israel menyerang Palestin?

Islam amat menjaga ketenangan hidup, jika faham Islam maka baik lah seseorang individu atau sesebuah negara itu

Islam sebenar letaknya pada ketenangan, jika tiada ketenangan, maka bukanlah Islam sebenar

Islam sebenar tidak gopoh untuk mengejar dunia mahupun akhirat, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara

Islam sebenar tak kisah berkongsi apa sahaja selagi mana haknya tidak digugat, ssbagaimana yang dicontohi Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w bukan setakat berkongsi dunia dengan umat Islam dan bukan Islam, bahkan berkongsi kasih sayangnya kepada seluruh umat manusia (Rahmatan Lil Alamin)

Akan tetapi disinilah ramai umat Islam masih keliru dimana apabila berlaku pengingkaran secara besar-besaran sehingga mengancam kepentingan Islam, maka Rasulullah s.a.w tidak mengambil jalan aman bahkan sanggup syahid berperang supaya kekuatan bukan Islam terhenti

Mengapa Rasulullah s.a.w tidak lagi mengamalkan 'Rahmatan Lil Alamin' iaitu rahmat untuk sekalian alam sebelum berperang?

Inilah masanya Rasulullah s.a.w mengambil konsep 'Amal Makruf Nahi Mungkar' atau mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran

Jika umat Islam tahu akan akibat yang boleh berlaku jika bukan Islam mula mengancam kepentingan Islam secara berjemaah dan bukan lagi secara individu, maka adalah wajib untuk memerangi mereka berlandaskan syariat Islam

Rasulullah s.a.w juga sanggup meninggalkan kampung halaman dan sanak saudara semata2 untuk menguatkan Islam kerana tahu akan ancaman dan bahaya oleh Quraisy di Mekah di dalam peristiwa Hijrah

Umat Melayu masih keliru untuk menentukan dimana titik tolak untuk berubah dari mod defensif ke mod serangan

Umat Melayu masih lambat untuk menukar dari gear satu ke gear empat, bahkan ada yang masih dalam gear mengundur

Kita harus bijak membaca pergerakan musuh Islam dimana sebelum berlaku peperangan fizikal, akan berlaku peperangan persepsi dan ideologi dahulu

Rasulullah s.a.w juga ditentang secara kecil-kecilan dahulu sebelum tentangan secara besar-besaran

Individu seperti Jahil yang melempar najis unta di belakang Nabi semasa sujud di depan Kaabah dan tentangan hasutan dan pemikiran dari bapa saudara Nabi Abu Jahal dan Abu Lahab

Umat Melayu masih berada dalam _sleep mode_ dek kerana telah diberi keselesaan dan kemewahan dunia

Taktik yang sama juga digunakan oleh diplomat  Residen British ketika berbuat baik kepada Raja-Raja Melayu untuk memasukkan agenda dan kepentingan mereka ke dalam sistem Islam Tanah Melayu

Cara yang sama juga digunakan ahli perniagaan dan taikun Cina apabila perkara pertama untuk survival mereka ialah berbuat baik kepada Raja dan pemimpin Melayu

Sehingga bila sampai kepada tahap perlunya Umat Melayu untuk menukar dari prinsip defensif kepada menyerang, maka ianya tidak dapat atau lambat untuk dimulakan dek kerana terlalu selesa dan sudah termakan budi

Rasulullah s.a.w sentiasa berada dalam kelaparan sehingga mengikat batu di perut, serta menolak segala tawaran untuk menjadikan hidup Baginda selesa

Baginda tahu jika hidup terlalu selesa, perjuangan akan menjadi lemah serta lambat, begitu juga para Sahabat yang jatuh miskin dari kaya raya semata untuk berjuang bersama Nabi s.a.w

Cukup-cukuplah apa harta atau pangkat yang kita peroleh ketika ini, cukupkan harta dan perhiasan dunia dan berubah ke mod menyerang

Jangan menunggu sehingga Umat Melayu Islam diratah rakus oleh bukan Islam yang tiada ketenangan di dalam hati mereka

Tidak cukupkah Ughur, Rohingya, Bosnia, Thak Bai, Palestin, Syria, Libya, Tunisia, Iraq, Afghanistan, Mesir, India-Pakistan, Jordan, Qatar dan lain-lain

Tidakkah kita sedar bahawa mereka ini semuanya dimulakan dengan perang persepsi dan psikologi sebelum dibunuh kejam

Kaum Ughur di sempadan China ditekan dari segi akidahnya dahulu, kaum lelaki dilarang mengamalkan Islam, kaum perempuan pula dipaksa berkahwin dengan bukan Islam

Jika cara ini tidak berjaya maka kekerasan pasti akan menjelma sebagaimana yang telah berlaku di lain-lain tempat

Berhentilah berfikir yang Umat Melayu Islam di Malaysia tidak akan dibunuh kejam, jika tidak zaman kita, pasti zaman anak cucu kita kelak

Tidak seorang pun mangsa kemalangan tahu sebelum ditimpa kemalangan, begitu juga tiada rakyat negara manapun tahu akan ditimpa bencana pembunuhan dan penindasan di negara mereka

Bezanya hanyalah pada tindakan awal yang diambil ketika mana keadaan masih dapat dikawal sebagaimana Rasulullah s.a.w berperang samada ketika Umat Islam kuat atau lemah sekalipun

Rasulullah s.a.w menggunakan apa sahaja yang ada dan. mampu untuk melawan musuh,  selebihnya dibantu Allah S.W.T melalui tentera malaikat-Nya berkat keikhlasan dan doa para pejuang Islam

Persoalannya sampai tahap manakah baru Umat Melayu di Malaysia mahu memulakan _peperangan_ dengan bukan Islam

Jawapanya mudah, jika kita diserang secara persepsi, maka persepsi jugalah kita akan menyerang tetapi persepsi fakta bukannya fitnah

Jika kita diserang fakta, maka fakta jugalah kita serang dengan kadar lebih banyak

Persepsi fitnah ternyata amat bahaya dan populis kepada rakyat sehingga berjaya menumbangkan kerajaan Islam

Justeru persepsi dan fakta juga akan menjatuhkan mereka kembali, persepsi kononnya Umat Melayu adalah pemalas kerana mempertahankan keistimewaan hak bumiputra antara yang disebarkan

Jika bangsa Cina adalah rajin mengapa perlunya mereka pula dibantu kerajaan seperti Sekolah Persendirian dan Kolej Cina

Bukankah Melayu yang banyak menerima bantuan kerajaan adalah bangsa pemalas seperti didakwa mereka

Inilah antara perang persepsi anjuran musuh-musuh Islam sekian lama niatnya tak bukan untuk membunuh Umat Melayu Islam apabila tiba masanya

Program dan Badan Separa Kerajaan (GLC) mahupun Badan Kerajaan dikuasai Melayu yang berjaya semuanya diserang kononnya atas isu rasuah

Walhal GLC serta penjawat awam ialah penyumbang terbesar hasil cukai negara, ini ialah fakta yang cuba disembunyikan mereka kononnya Bangsa Cina bekerja keras untuk membayar cukai kepada kerajaan

1MDB dan 2.6 Billion terbukti fitnah jahat apabila SPRM mengesahkan akaun peribadi DSNR tidak terlibat

Apatah lagi Cincin 2 Juta, Beg Tangan Hermes, Wang Tunai 100 Juta, Kondo NFC, Permata, Kapal Selam Scorpene, Altantuya dan berbagai lagi fitnah yang tiada satu pun benar

Jika benar maka mengapa Datuk Shahrizat Jalil tidak pun dipenjarakan kerana isu Kondo NFC, DSRM tidak pun dipenjara kerana isu Cincin 2 Juta, DSNR tidak pun dipenjara kerana isu Altantuya, Kapal Selam Scorpene, 1MDB, Derma 2.6 Billion sehingga ke hari ini

Belum jelas dan terang lagi kah semua itu adalah fitnah untuk menjatuhkan Kerajaan Islam yang berjaya menjaga Malaysia dan Melayu selama 60 tahun

Serangan keatas GLC Felda dengan menjatuhkan harga getah dan kelapa sawit selepas negara China enggan lagi membeli secara pukal dek kerana pembatalan projek untuk kepentingan rakyat

Serangan keatas Tabung Haji apabila pasaran saham sengaja dijatuhkan supaya akaun TH diaudit negatif disebabkan kejatuhan nilai aset

Serangan keatas 1MDB kerana projek Tun Razak Exchange (TRX) termasuk Menara Tun Razak yang bakal menjadi bangunan tertinggi Asia Tenggara kelak sekaligus menjadi pusat kewangan Islam bertaraf dunia

Selain pembelian saham Stesen Janakuasa IPP oleh DSN melalui 1MDB yang sebelumnya dikuasai kroni Tun M iaitu Genting dan YTL yang sekian lama menekan harga kepada TNB

Pembinaan Bandar Tun Razak yang bertaraf dunia diatas tanah bekas Kem Tentera Sg Besi yang sudah uzur dan minta dipindahkan ke lokasi baru kerana tidak sesuai lagi berada di dalam kawasan bandar

Begitu juga dengan derma 2.6 Billion dari keluarga Diraja Arab Saudi yang pastinya tidak disenangi Tun M yang tidak pro-Saudi

Pembatalan ECRL yang akan memajukan Pantai Timur dan HSR yang menguntungkan rakyat Singapura untuk ke Kuala Lumpur

Sedangkan ECRL ialah taktik bijak DSNR untuk _sailang_ monopoli Pelabuhan Singapura keatas laluan kapal antarabangsa dari Barat ke Timur

Kapal kargo akan memilih untuk berlabuh di Pelabuhan Kelang dan menghantar kargo ke Pelabuhan Kuantan seterusnya kembali melalui kapal ke China, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan lain-lain

HSR seakan satu hadiah kepada rakyat Singapura walau hakikat juga KL akan dibanjiri lebih ramai pelancong, Singapura sebenarnya tidak lagi semata-mata bergantung kepada laluan perkapalan seperti 10 tahun lepas

Singapura sudah lama menguasai Teknologi Penapisan Minyak dan Air, yang terbaru Industri Kereta Elektrik

Sikap Tun M yang kononnya _Ultra Melayu_ tidak kena pada syariat Islam yang manganjurkan menjaga hati jiran selagi mana saling menghormati.

Tidak mesra kepada Singapura, China, Amerika, Arab Saudi dan sebagainya tidak langsung memberi manfaat malahan mudarat kepada rakyat

Contohi Nabi s.a.w yang membawa rombongan mengerjakan Haji dari Madinah ke Mekah Mukarramah dalam masa yang sama seolah melakukan serangan balas keatas Quraisy selepas peristiwa Hijrah

Nabi s.a.w mengarahkan agar senjata peperangan disembunyikan ketika rombongan jika tiada penentangan, maka tidak perlu berperang

Begitulah cara Nabi bijak manguasai kafir Quraisy yang akhirnya memberi laluan kepada rombongan Nabi kerana mereka telah pun mendengar akan kehebatan Nabi membangun kota Madinah Munawwarah

Terbaru isu ruang udara dan laut di sempadan Johor dan Singapura, yang menanggung kerugian berpuluh juta sebulan ialah syarikat penerbangan tambang murah Malaysia

Malaysia hanya menang ego yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat

Terbaru juga kerjasama Malaysia-China melalui Proton-Geely juga tergugat apabila tindakan saman menyaman mula berlaku

Ada pihak tidak senang kejayaan Proton menghasilkan kereta sehebat Volvo melalui model X70 dengan harga serendah RM120 ribu

Umat Melayu berhentilah dari berfikiran _Ultra Melayu_ kepada _Ultra Islam_ berlandaskan Al Quran dan Hadith Nabi s.a.w. sepertimana diperjuangkan Pas sekelian lama

Cukup-cukuplah doktrin yang parti Pas ialah parti penunggang agama

Tunggang agama untuk kebaikan ummat tanpa mementingkan diri adalah dibenarkan sebagaimana Nabi menggunakan Islam untuk kepentingan Umat melebihi dirinya sendiri

Tiada seorang pun Ahli Parlimen Pas atau Pemimpin Pas yang bertaraf jutawan apatah lagi _billionaire_, yang kaya dan berharta pun tidak sampai taraf jutawan kerana mengambil Sunnah Nabi serta para sahabat

Tiada seorang pun Pemimpin Pas yang disiasat SPRM atau PDRM atas apa jua masalah sehingga ke hari ini

Sebab itu TGHH dan Pas sanggup berhabis wang ringgit menyaman portal dalam talian Sarawak Report di London demi mempertahan nama baik Pas dan Islam apabila difitnah menerima dana 90 Juta dari 1MDB

TGHH menang pusingan pertama apabila Hakim Mahkamah London menolak kesemua 5 bukti Sarawak Report termasuk rakaman suara kononnya dari pemimpin Pas dan diarah membayar gantirugi kepada TGHH

Pusingan kedua dijadual April 2019 bilamana Sarawak Report telah merayu kepada Mahkamah dan akan mengemukakan bukti terbaru kononnya

Ini ialah usaha TGHH dan Pas untuk berjihad melawan kafir yang ingin memburukkan Islam dimata dunia walaupun kosnya  tidak murah

SPRM sendiri tidak mahu membuka kes untuk menyiasat isu 90 Juta ini kerana ketiadaan asas dan bukti

Peliknya masih ada yang meratib-ratib setiap hari akan isu 90 Juta ini dan tidak sabar untuk melihat TGHH kalah untuk pusingan kedua kelak

Ini ialah perang persepsi semata-mata untuk memburukkan pejuang bangsa Melayu dan agama Islam, kononnya apabila dipanggil sahaja ke mahkamah maka memang telah bersalah

Mereka menggunakan Akta AMLA Penggubahan Wang Haram untuk mendakwa kerana Akta AMLA tidak memerlukan bukti kukuh untuk didakwa, cukup dengan tuduhan sahaja

Sebagaimana Dr Zakir Naik yang juga dikenakan tuduhan AMLA oleh kerajaan India sehingga beliau terpaksa melarikan diri ke Malaysia dan diberi perlindungan oleh kerajaan negeri Terengganu kerana diburu Interpol

Semestinya mereka ini ada menerima dana dari awam atau dari pihak tertentu untuk kebajikan umat Islam sepertimana DSN menerima dana 2.6 Billion dari keluarga diraja Arab Saudi

Adakah Dr Zakir Naik atau Dato Seri Najib Razak hidupnya bermewah-mewah, anak-anak mereka jutawan atau _billionaire_?

Adakah DSN dan DSRM mempunyai aset, harta peribadi dan pegangan saham yang melampau

Adakah DSN selama 9 tahun tidak memperdulikan golongan miskin seperti petani, nelayan dan pesawah dengan skim BR1M dan bantuan lain, begitu juga dengan Felda, Felcra, Mara, Tabung Haji, PNB, KWSP, BSKL, TM, TNB, Sime Darby, UMW dan banyak lagi GLC yang menjadi penyumbang terbesar kutipan cukai negara

Adakah terdapat mana-mana diantara GLC tersebut adanya pegangan saham atau jawatan dipegang keluarga DSN berbanding keluarga Tun M melalui Kenchana Petroleum yang mendapat kontrak dari Petronas

Adakah kebetulan CEO Kenchana Petroleum ialah anak kepada Tun M dan banyak lagi pegangan serta jawatan anak-anak Tun M di GLC negara

Jadi apa relevannya dengan _kemalasan_ Melayu yang didakwa Tun M jika anak-anaknya sendiri kaya raya disebabkan anugerah dari kerajaan semasa 22 tahun Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia

Dan apa releven kononnya DAP mahu mengubah nasib bangsa Melayu yang _pemalas_ kononnya jika mereka pula sekarang  yang sikit demi sedikit menjarah hasil bumi Tanah Melayu melalui kerusi Parlimen?