Rabu, 29 Februari 2012
Ahad, 26 Februari 2012
Anwar - Himpunan Hijau 2.0 - Kuantan
Anwar - Himpunan Hijau 2.0 - Kuantan
Sabtu, 25 Februari 2012
Selasa, 21 Februari 2012
Jenayah buang bayi tidak akan dilakukan oleh orang yang waras akal fikiran !!!!
Jenayah buang bayi tidak akan dilakukan oleh orang yang waras akal fikiran !!!
Isnin, 20 Februari 2012
Allah dan Para Malaikat Bersolawat Keatas Nabi
Masjid Negeri Selangor - Kuliah Tasawwur Islam 03-02-2012 bersama Dato' Haron Din
Jumaat, 17 Februari 2012
Pas Ajaran Sesat - Kenyataan Akhbar Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu
1.Dewan Ulama memandang serius terhadap kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu iaitu tuduhan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Itu adalah isu lama yang pernah dibuat oleh pimpinan bilis UMNO di kampung iaitu tukang karut UMNO dan JKKK sebelum ini.
2.Tetapi kali ini dikeluarkan oleh orang No 1 di Negeri Terengganu. Orang yang mencorakkan Parti di peringkat negeri, mencorakkan kerajaan dan rakyat. Maka tidak seharusnya tuduhan ini dibuat.
3.PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang Negara.
4.Dasarnya ialah Islam, hukum tertingginya adalah Al Quran dan As Sunnah, Ijma’ dan Qias.
5.Matlamatnya ialah melaksanakan hukum Allah, hukum syariat, bertindak melalui kaedah Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.
6.PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Dimanakah ajaran sesat yang dilaksana dan dirancang oleh PAS.
7.PAS pernah perintah Terengganu selama lebih 4 tahun. PAS telah meminda perlembagaan negeri dengan memperuntukkan Hukum yang tertinggi ialah Al Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias serta telah meluluskan enakman Hudud, Qisas dan Takzir.
8.Ajaran sesat mengikut acuan Allah SWT ialah firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab : 36
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُّبِينًا
“ Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - ( tidaklah harus mereka ) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan Yang jelas nyata.”
Dan firman Allah SWT dalam surah Shad : 26
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
“ Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan ( hukum syariat ) yang benar ( yang diwahyukan kepadamu ); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan ( jalan Allah ) itu.”
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
“ Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan ( hukum syariat ) yang benar ( yang diwahyukan kepadamu ); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan ( jalan Allah ) itu.”
- Ajaran sesat ialah ajaran yang menderhakakan Allah dan Rasul, maka siapakah sebenarnya yang menderhaka?.
- Siapakah yang sebenarnya melaksanakan peraturan mengikut nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan al Quran?.
9. Dewan Ulama menganggap ucapan Menteri Besar itu adalah ucapan seorang yang terdesak dan tidak waras serta merupakan suatu provokasi. Ianya hendaklah ditarik balik dan memohon maaf kepada rakyat secara terbuka.
Dato’ Haji Husain Awang.
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu.
Khamis, 16 Februari 2012
Jauhi Enam Golongan Yang Akan di Masukan ke Dalam Neraka Tanpa Hisab
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyediakan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Kesemua manusia yang beriman akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran yang mereka lakukan ketika di dunia.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :
1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."
Huraiannya adalah seperti berikut :
Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.
Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).
Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.
Perkembangan terkini dua buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, yang satu telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!
Para pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah, mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.
Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.
Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.
"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)
Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.
Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.
Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).
Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.
Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.
Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)
Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu keistimewaan dan boleh bermegah-megah.
Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau, 'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).
Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.
Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%) rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).
Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.
Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.
Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan kejahilannya)
Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)
Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.
Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.
Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.
Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.
Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.
Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.
Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.
Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul dan para syuhada dan mereka yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. bukannya golongan yang masuk neraka tanpa hisab.
Posted by abubasyer
oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia pada pada 23hb September 2011 pukul 10.36 ptg ·
Kenali Pas dan Mengapa Saya Sertai PAS?
SIRI PENERANGAN:JAMAAH DAN PARTI PAS
KENAPA PAS DITUBUHKAN?
Parti
Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah
1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Penubuhan PAS menempuh satu
proses yang panjang sesuai dengan fitrah perjuangan Islam itu sendiri
yang terpaksa melalui pelbagai liku-liku dan rintangan. PAS lahir bukan
untuk mendapatkan habuan dunia atau kerana kehendak mana-mana individu.
la juga bukan lahir kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu
dalam perebutan jawatan politik dalam parti. PAS lahir di atas sahutan
untuk menyempurnakan arahan Allah SWT tentang perlunya sebuah jemaah
yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi sesuai
dengan firmanNya yang bermaksud; "Hendaklah ada di kalangan kamu
satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji)"(Ali-Imran, 3:104)
SIAPAKAH DI BELAKANG PENUBUHAN PAS?
PAS
bukanlah merupakan parti Islam yang pertama ditubuhkan. Tetapi di
kalangan para pengkaji dan sarjana, mereka sependapat bahawa PAS
merupakan parti Islam yang paling tua dan berpengaruh di negara ini.
Sejarah penubuhannya diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang menarik.
Kontroversi berhubung isu kemerdekaan dan kedudukan orang Melayu telah
mendorong persidangan ulama yang ketiga diadakan pada 24 November 1951.
Persidangan yang diadakan di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth,
Privince Wellesley (kini dikenali sebagai Seberang Prai) merupakan
lanjutan kepada persidangan ulama kedua yang diadakan di Kuala Lumpur.
DARI MANA PAS MENDAPAT NAMANYA?
Persidangan
itu telah dihadiri oleh lebih 200 perwakilan dan pemerhati termasuk 20
orang wanita dari seluruhTanah Melayu dan Singapura.Dalam ucapan
dasarnya yang dibacakan oleh Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Fuad
menyatakan betapa sebuah kesatuan ulama atau Parti Islam Tanah Melayu
harus ditubuhkan untuk menggabung dan menyatukan ulama serta umat Islam
bagi membangunkan agama, ummah dan tanah air. Beberapa nama telah
dicadangkan untuk menubuhkan kesatuan Islam ini. Daripada tujuh cadangan
yang dikemukakan, akhirnya nama Partai Islam Se-Malaya (PAS) atau
Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) telah dipersetujui secara majoriti oleh
perwakilan yang hadir dalam persidangan itu.
SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?
Haji
Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau
merupakan seorang tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah
belajar di sekolah agama rakyat Ma'ahad Ehya al-Syarif di Gunung
Semanggol. Semasa di sana, Haji Ahmad Fuad Hassan banyak menyumbangkan
tulisannya dalam akhbar-akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu
dan kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat Islam. Beliau pernah
mencadangkan betapa pentingnya sebuah'kesatuan ulama' atau sebuah 'Parti
Islam Tanah Melayu' ditubuhkan bagi menyatukan ulama dan umat Islam
untuk membangunkan agama, ummah dan tanah air.
BAGAIMANA PAS BERKEMBANG SEBAGAI ORGANISASI POLITIK?
Sebagai
sebuah organisasi politik PAS telah menggariskan empat objektif
perjuangan yang utama. Pertama, untuk mewujudkan satu ikatan
persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga kolektif bagi
menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi.
Kedua, menumpukan usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan
pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Ketiga, memelihara dan
mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat Islam. Keempat,
bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan
matlamatnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai
demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.
BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?
Cawangan
PAS yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada 9 Mac 1952 diikuti
dengan penubuhan cawangan di Perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan
sayapnya ke Perlis pada 2 Mei 1952, Selangor pada 13 Julai 1952 dan
Kelantan dua bulan kemudiannya. Sehingga Disember 1952, PAS telah
berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di Tanah Melayu dan Singapura.
Setahun selepas penubuhannya, PAS mengadakan muktamarnya yang pertama di
Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, Province Wellesley pada 3 dan 4
Januari 1953. Dalam muktamar itu, Haji Ahmad Fuad dilantik semula
sebagai Yang Dipertua PAS.
KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?
Bagaimanapun
menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatannya
dan menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28
Februari 1954, Dr. Haji Abbas Alias telah dilantik untuk memangku
jawatan Yang Dipertua PAS yang dikosongkan oleh Haji Ahmad Fuad.
Tugasnya sebagai doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak
membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik.Namun begitu,
di bawah kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa perkembangan yang
pesat khususnya di Pantai Timur. Program lawatan ke seluruh negeri
Kelantan oleh Othman Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asri
telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan
parti di Pasir Mas, Kota Bahru dan Pasir Puteh.
APAKAH SUMBANGAN DR. HAJI ABBAS?
Di
bawah kepimpinan Dr. Haji Abbas ibu pejabat PAS telah dipindahkan ke
Kuala Lumpur. Meskipun Dr. Haji Abbas tidak dapat berkhidmat sepenuh
masa dengan parti tetapi di mana sahaja beliau bertugas, di situlah
benih-benih PAS tumbuh. Pada Muktamar PAS ketiga yang diadakan di
Madrasah al-Tahzib ad-Diniyyah,Titi Serong, Parit Buntar, Perak pada 12
hingga 14 Ogos 1954, Dr. Haji Abbas telah dilantik sebagai Yang Dipertua
PAS.
BILAKAH PAS MULA MENYERTAI PILIHANRAYA?
Selang
setahun kemudian, kerajaan Bristish telah mengadakan Pilihan Raya
Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Pendaftaran PAS sebagai
sebuah parti politik diluluskan sehari sebelum penamaan calon diadakan.
Pada pilihan raya itu, PAS telah meletakkan calon di 11 kawasan daripada
52 kawasan yang dipertandingan. PAS telah menang satu kerusi Parlimen
di Kerian, Perak melalui calonnya, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain dan satu
kerusi Dewan Undangan Negeri Perak di Parit Buntar menerusi Ahmad
Kamal.
APAKAH CITA-CITA PAS?
PAS
ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahyu
munkar. Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa
politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui
kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta
menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan
sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti
dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah
harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan
kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan
kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan
sepenuhnya.
BENARKAH PAS MENCAMPUR-ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?
Adalah
menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan
masyarakat Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak
daripada itu, PAS berusaha meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan
risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang
kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq.
Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan
geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah
‘Ad deen’ dan agama yang bersifat sejagat(universal). Jadi, Islam harus
diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan
di antara agama dan politik.
APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?
Dasar
perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah
Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan
dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan
sebagainya. PAS memperjuangkan deen wa daulah iaitu agama dan negara.
PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup
yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak
yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak
dalam perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji
semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan
sebarang bentuk kemungkaran yang lain.
APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?
Islam
yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan
hadis. Risalah Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para
pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan kepada apa yang telah diajar
oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan
doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu
Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang
dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.
APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?
Sejak
ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Islam. PAS sebagai
sebuah parti politik dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang
untuk melihat kemurnian Islam dapat direalisasikan, keadilan Islam dapat
dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam kehidupan
umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam
agar ia tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau
hanya menjadi perbincangan yang bersifat akademik sahaja.
APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?
Dalam
Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini.
PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini
sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya
nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. Selain
itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian
Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas
kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini, biarpun
kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga
sering kali berubah.
SELUAS MANAKAH DIMENSI PERJUANGAN PAS?
PAS
merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang
Iuas. Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang
berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah,
kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek kehidupan manusia.
Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu
merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun.Sejarah
tidak pernah membohongi kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.
BENARKAH PERJUANGAN PAS TERBATAS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA?
Asas
perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya
kepada semua orang Islam tanpa membataskannya kepada sesuatu kelompok
kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh sesetengah parti politik.Walaupun
PAS adalah didokong oleh orang¬orang Islam tetapi dimensi perjuangannya
merangkumi juga mereka yang bukan beragama IsIam.PAS meletakkan Islam
pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengenepikan perjuangan
yang bersifatkan perkauman. PAS mendokong prinsip-prinsip keadilan Islam
dengan memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau
bukan Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya.
BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?
PAS
merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan
jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan
yang sempit apatah lagi bersifat perkauman. PAS boleh bekerjasama
dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai
sejagat dan perjuangan Islam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan
kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik,
gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan kerajaan. PAS pernah menyertai
Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan untuk
keluar daripada komponen itu pada tahun setelah diusir oleh Barisan
Nasional pada 1978.
APAKAH BENTUK PAKATAN LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?
Kepimpinan
PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik
membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman
dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis,
Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat
Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu
kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk Haji Fadzil
selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf
Rawa. Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di
dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989
untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.
APAKAH HASIL DARIPADA KERJASAMA ITU?
Pakatan
APU telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sama ada di
peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. lni
membolehkan PAS kembali berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada
Pilihan Raya Umum 1990. Pada Pilihan Raya Umum 1999, PAS telah
bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PRM dalam
Barisan Alternatif (BA). Kerjasama dan pakatan itu telah menamatkan
penantian PAS selama 40 tahun untuk memerintah Terengganu. Malahan
kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan bilangan kerusi dan
undi popularyang diperolehi oleh PAS di seluruh negara.
APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?
Kepimpinan
ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal PAS ditubuhkan. Cuma, istilah
kepimpinan ulama hanya digunakan secara meluas pada tahun 1980an
apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan parti kepada golongan
pemimpin yang berpendidikan agama. Kalau dahulu ulama sering dilabelkan
sebagai tuan guru atau golongan ustaz yang mengajar di pondok, madrasah
dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan membuktikan
betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan memerintah negera. Di bawah
kepimpinan golongan ulama yang kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri
Haji Abdul Hadi Awang, PAS telah muncul sebagai parti kedua terbesar di
negara ini selepas UMNO dengan keahlian yang hampir mencecah satu juta
orang. Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang
menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan, dasar dan matlamat
perjuangannya.
KENAPA HARUS SOKONG PAS?
Sementelahan
itu, PAS tidak sekadar melibatkan diri dalam hal-hal yang berkaitan
dengan politik dan dakwah tetapi turut menawarkan khidmatnya kepada
masyarakat dalam pelbagai bentuk aktiviti sosial dan kebajikan. PAS
sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat bukan Islam bagi
memenuhi tuntuhan dakwah serta kegiatan politiknya. Dengan melibatkan
diri dalam PAS,seseorang bukan sahaja dapat melibatkan diri dan
memberikan sumbangan perjuangan Islam tetapi turut serta dalam pelbagai
kegiatan dan program kemasyarakatan yang diadakan. Bagi yang meminati
bidang dakwah, mereka boleh menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya.
Ini kerana PAS menyediakan gelanggang pergerakan dakwah yang lebih luas,
tanpa melakukan pemisahan pada agama dan politik serta persoalan yang
melibatkan dunia dan akhirat. Kedua-dua aspek itu diperjuangkan secara
bersepadu sejajar dengan kedudukan Islam sebagai ad deen yang lengkap
lagi syumul.
APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?
Penglibatan
PAS dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem
demokrasi yang diamalkan di negara ini.Selain itu, penyertaan PAS di
dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan
memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar
perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS tidak sekadar untuk
merancakkan suasana pilihanraya tetapi dengan harapan untuk mencapai
kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam.
Dengan kata lain, PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai
matlamat perjuangannya tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk
membolehkan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dapat dilaksanakan
dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem Islam dapat diterima oleh
semua pihak sekira dasar-dasar yang dibawanya difahami dan dihayati
dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan kepentingan serta permainan
emosi yang melampau.
APA ERTINYA MENYERTAI PAS?
PAS
merupakan antara parti yang paling lama bertapak di Malaysia. Sepanjang
penubuhannya selama lebih separuh abad, PAS telah berdepan pelbagai
krisis dan cabaran di dalam perjuangan. Permasalahan dan liku-liku yang
berduri yang dihadapinya adalah satu proses biasa dan merupakan suatu
tribulasi di dalam perjuangan Islam. Di sebalik setiap krisis dan
perpecahan mengandungi hikmah yang tersembunyi. Krisis yang melanda PAS
tidak pernah melemahkan parti dan perjuangannya. Sebaliknya ia
menjadikan kedudukan PAS bertambah kuat dan mantap dengan pertambahan
bilangan keahlian yang sekarang sudah melebihi 800 ribu orang.
Kebanyakan yang menyertai PAS adalah kerana mereka mencintai dan
meminati perjuangan Islam serta yakin dengan dasar-dasar yang dibawakan
oleh parti. Mereka menyertai PAS sebagai pernyataan sokongan dan mahu
bersama-sama memberikan sumbangan mengiku kadar kemampuan untuk
memenangkan Islam.
KENAPA ADA AHLI PAS KELUAR PARTI?
Dalam
mana-mana perjuangan, sering kali wujud beberapa kelompok dan kalangan
yang menyertai parti dengan sebab dan niat yang tertentu. Apabila hasrat
mereka tidak tercapai, mereka bertindak keluar daripada parti dan
menyertai parti lain atau menubuhkan partinya sendiri. Terdapat juga di
kalangan mereka yang sudah lama menyertai PAS tetapi meninggalkan parti
apabila timbul perasaan tidak puas hati. Mereka tidak sahaja
meninggalkan parti tetapi turut bertindak memburuk-burukkan parti yang
pernah didokonginya selama berpuluh-puluh tahun. Tindakan golongan
berkenaan menunjukkan mereka tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan
Islam yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan kebijaksanaan di dalam
menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Meninggalkan parti kerana
tidak bersetuju dengan kepimpinan yang sedia ada bukan sahaja tidak akan
menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah dan halangan yang
lain yang akan menggagalkan perjuangan Islam. Perjuangan perlu
diteruskan selama parti tidak terkeluar daripada landasan Islam.
BAGAIMANA PAS MENTARBIAH AHLINYA?
Terdapat
juga di kalangan yang menyertai PAS dengan semangat perjuangan Islam
yang berkobar-kobar. Mereka begitu fanatik dengan perjuangan dan ada
kalanya keterlaluan di dalam tindak-tanduk. Namun selang beberapa
ketika, semangat mereka menjadi luntur dan kendur begitu sahaja. Semasa
mula-mula menyertai PAS mereka begitu aktif tetapi kemudiannya menjadi
pasif. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk menjayakan sesuatu
perjuangan. Perjuangan harus dilandasi oleh ilmu pengetahuan dan
pemahaman terhadap sejarah serta dasar perjuangan parti. Sebab itu, PAS
sentiasa menekankan tentang kepentingan tarbiah dan majlis ilmu sama ada
yang berbentuk usrah, ceramah, kuliah, forum, diskusi, dialog, seminar,
konvensyen dan sebagainya.
BENARKAH PROGRAM PAS HANYA BERCERAMAH SAHAJA?
Ceramah
hanya merupakan salah satu program penerangan politik yang diadakan
oleh PAS. la menjadi alat dan wasilah untuk menyampaikan dasar dan sikap
perjuangan parti kepada ahli-ahlinya dan masyarakat umum.PAS juga
mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu seperti usrah(menjadi kemestian
untuk mewujudkan semangat kekeluargaan antara ahli), tamrin, daurah
tadribiah, jaulah, rehlah, mukhayyam, qiamullail, majlis ilmu, ziarah,
dan riadhah bertujuan untuk memberikan kesedaran, kefahaman, keinsafan
dan pengetahuan berhubung dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku
dalam kehidupan manusia. Majlis ilmu yang diadakan oleh PAS sentiasa
menyeru manusia kembali ke jalan Allah di samping mendedahkan
berbagai-bagai kepincangan, penyelewengan, kemungkaran, kemaksiatan dan
kejahatan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya mereka tidak
terlibat di dalam perkara-perkara yang disebutkan itu. Sebagai
alternatifnya, PAS telah mengemukakan jalan penyelesaian mengikut acuan
Islam bagi mengatasi segala masalah yang diutarakan itu. Keikhlasan PAS
di dalam membangunkan Islam telah terbukti nyata. PAS harus disokong dan
didukung bersama-sama oleh semua ahlinya dan di sokong oleh penyokong
–penyokong yang cintakan Islam dan nilai baik dalam kehidupan.
KENAPA PAS MENGANJURKAN DERMA JIHAD DALAM CERAMAHNYA?
Dalam
setiap ceramah yang diadakan, PAS mengalu-alukan sumbangan dan derma
daripada orang ramai. Sebagai sebuah organisasi politik, PAS memerlukan
sumber kewangan bagi menggerakkan aktivitinya dan membiayai perjuangan
Islamnya. Sumbangan itu penting bagi menggerakkan markas-markas PAS yang
terdapat di seluruh negara. Perlu diingatkan bahawa PAS mempunyai
markas di peringkat negeri, kawasan dan juga cawangan. Markas itu
selain berperanan sebagai pejabat pentadbiran parti, ia juga berfungsi
untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk usrah,
ceramah dan sebagainya. Sumbangan itu juga digunakan untuk menampung kos
operasi markas dan membayar gaji kepada kaki tangan yang menguruskan
pejabat.
KE MANA LAGI WANG KUTIPAN ITU DISALURKAN?
Kutipan
daripada derma jihad itu turut digunakan untuk membantu umat Islam di
Palestin, Bosnia, Rohingya dan terbaru kerajaan Hamas yang sedang
ditekan oleh pihak barat serta para sekutunya. Sebahagian daripada
kutipan tabung dan derma diqunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu
umat Islam yang hidup dalam kemiskinan dan ditimpa oleh musibah seperti
mana yang berlaku kepada penduduk Acheh dan Kashmir baru-baru ini.
Bantuan yang disalurkan oleh PAS adalah tidak mengenal batasan sempadan
dan keturunan tetapi dilakukan atas dasar tuntutan ajaran Islam dan
nilai kemanusiaan.
APAKAH PAS TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN?
Walaupun
PAS dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi pada hakikatnya PAS
juga merupakan sebuah gerakan dakwah yang turut melibatkan diri di dalam
pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan PAS dalam kerja-kerja
amal dan kebajikan dapat dilihat dalam pelbagai program yang
dilaksanakan seperti sukaneka, khidmat perubatan, kaunseling, ziarah,
gotong-royong, membantu mangsa kebakaran dan banjir, membela golongan
setinggan, memperjuangkan nasib para tahanan ISA dan keluarganya,
menjadi juru bicara kepada golongan tertindas dan banyak lagi. PAS turut
bersikap prihatin di dalam hal-hal yang berkaitan keruntuhan akhlak dan
masalah sosial yang melanda golongan remaja. Berbagai-bagai seminar
telah diadakan bertujuan untuk membincangkan dan mengemukakan
penyelesaian terhadap masalah kemerosotan akhlak yang dihadapi golongan
yang terbabit.Wakil rakyat PAS juga acap kali membangkitkan isu-isu yang
berkaitan di dalam Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Semua itu
dilakukan atas dasar tanggungjawab sosial sebagai umat Islam dan rakyat
Malaysia yang mendukung nilai-nilai luhur dalam kehidupan lain.
APAKAH KEGIATAN PAS DALAM BIDANG PENDIDIKAN?
PAS
tidak pernah mengabaikan aspek pendidikan di dalam perjuangannya.
Pendidikan bukan sahaja penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu
tetapi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan negara. Hubungan di
antara sekolah agama rakyat (SAR) dan PAS amat sinonim sekali. Selain
terlibat secara langsung dalam penubuhan SAR, PAS juga menubuhkan
pelbagai institusi pendidikan di peringkat pra sekolah sekolah rendah,
menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT). PAS mempunyai 7, 000
pusat pendidikan pra sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas
Islam atau singkatannya, PASTI di seluruh negara. Di Kedah khasnya, PAS
mendukung penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SERIDU),Sekolah
Menengah Islam Darul Ulum (SEMIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Di
Kelantan pula di mana parti PAS memerintah, sekolah agama telah
dimartabatkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan
(YIK). Sekolah-sekolah agama seumpama ini juga terdapat di negeri
-negeri lain.
BAGAIMANA PULA DENGAN SUMBANGAN PAS DIPERINGKAT ANTARABANGSA?
Penglibatan
PAS di dalam memperjuangkan isu-isu di peringkat global telah mendapat
perhatian dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak. PAS secara
konsisten telah memperjuangkan isu yang menyentuh nasib dan kepentingan
umat Islam khususnya di Palestin. Hubungan PAS dengan pelbagai
pertubuhan Islam dan gerakan dakwah di negara-negara telah terjalin
dengan baik. Sebagai buktinya, PAS sering kali dijemput hadir dan
mengambil bahagian di dalam perhimpunan, persidangan dan pertemuan yang
diadakan oleh kerajaan dan pertubuhan Islam di TimurTengah, Afrika,
Amerika Syarikat, Australia (AS) dan Eropah. PAS sendiri pernah
menganjurkan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 9 September 1988
di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. ljtimak itu telah berjaya
menghimpunkan puluhan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara. PAS
juga pernah menghantar dua wakilnya untuk misi damai ke negara yang
berkrisis di negara Arab. Undangan itu dibuat oleh Majlis Gerakan Islam
Sedunia dan pemilihan PAS dilakukan atas kedudukannya sebagai jemaah
yang mewakili umat Islam di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
APAKAH LANDASAN TERBAIK UNTUK MENYERTAI PAS?
Penyertaan
dalam PAS harus dibuat dengan kesedaran dan komitmen untuk mendaulatkan
Islam di bumi Malaysia. Jika tidak, penyertaan mereka di dalam PAS
mungkin tidak dapat bertahan kerana dalam perjuangan Islam terdapat
banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya sama ada dalam bentuk
tekanan ekonomi, politik atau penahanan tanpa bicara. Mereka yang
menyertai PAS kerana pemimpin tertentu, mengikut arus gelombang dan
tiupan angin perubahan pasti akan kecewa apabila perjuangan yang
disertai tidak membuahkan hasil seperti mana yang diharapkannya. Begitu
juga dengan mereka yang menyertai PAS kerana jawatan, kedudukan atau
kerana mahu menonjolkan diri akhirnya akan bertindak meninggalkan parti
setelah segala usahanya tidak mendatangkan kejayaan. Mereka yang
menyertai PAS kerana ajakan kawan dan mengikut orang lain juga
lambat-laun akan mengambil tindakan yang serupa.
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENYERTAI PAS?
PAS
adalah parti siasah dan gerakan dakwah yang mempunyai perlembagaan.
Mereka yang menyertai PAS harus mengikut peraturan dan garis panduan
yang ditetapkan. Di dalam parti, ahli-ahli mempunyai saluran untuk
menyuarakan pandangan dan memberikan pendapat malahan melahirkan
kritikan. Semua itu harus dibuat secara syura dan musyawarah yang
menjadi pegangan parti PAS. Justeru itu, semua ahli PAS harus memiliki
fikrah perjuangan yang sama dan berkongsi matlamat perjuangan Islam yang
satu. Mencampur-baurkan perjuangan Islam dengan kepentingan peribadi
dan duniawi akhirnya akan menyebabkan seseorang terlontar jauh daripada
landasan yang digariskan oleh al-Quran dan as-sunnah.
APAKAH TUNTUTAN DAN KOMITMEN SEBAGAI AHLI PAS?
Penyertaan
dalam PAS menuntut seseorang memberikan seluruh komitmen, tenaga dan
jiwa raganya untuk menjayakan perjuangan Islam. Orang yang berjuang
harus mempunyai nawaitu(niat) yang betul, keikhlasan dan kesungguhan
untuk berkhidmat untuk agama dan ummah. Semua itu harus dilakukan dengan
niat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Setiap sumbangann yang
diberikan kepada perjuangan Islam mempunyai nilaian dan pahala. Kalau ia
dilakukan dengan niat yang betul maka ia akan menjadi satu ibadah.
Kalau ia dilakukan dengan nawaitu yang songsang, yang bakal menantinya
ialah padah dan musibah.Setiap muslim wajib menyertai perjuangan Islam
dan dalam konteks negara kita, parti yang mempunyai perlembagaan Islam
ialah PAS. Jadi, tidak ada sebab kenapa orang Islam menolak daripada
menyertai PAS. Mereka harus bersama-sama dengan PAS dan mengajak saudara
selslam mereka untuk turut serta untuk sama-sama melaksanakan Islam
secara syumul dalam seluruh ruang kehidupan tanpa sebarang pengecualian.
KESIMPULAN
Setiap
umat Islam harus mempunyai cita-cita walaupun sedikit untuk menegakkan
Islam. Mereka juga mempunyai kewajipan untuk menyampaikan Islam meskipun
dengan sepatah perkataan. Kalau mereka tidak mampu sampaikan melalui
tangan atau perbuatan, mereka boleh melakukannya melalui perkataan atau
lisan. Jikalau masih tidak mampu maka mereka sekurang-kurangnya perlu
mendoakan di dalam hati. Berdasarkan kepada cita-cita tersebut, PAS
ditubuhkan sebagai wadah dan wasilah untuk umat Islam menzahirkan
cita-cita tersebut dalam bentuk yang nyata. Oleh itu, tidak ada alasan
kenapa umat Islam tidak boleh merealisasikan cita¬cita tersebut dalam
sebuah negara yang berbagai kaum dan agama ini apatah lagi bagi bilangan
orang Islam yang majoriti. Umat Islam mempunyai ruang yang
seluas-luasnya untuk melibatkan diri dalam parti PAS. Mereka boleh
membantu Islam dengan membantu PAS. PAS adalah parti Islam, matlamatnya
Islam, pendokongnya orang Islam dan asas perjuangannya jelas IsIam. Mari
sama-sama sokong PAS dan jom ramai-ramai sertai PAS.
Dimuat turun dan diolah semula daripada:http://huluselangor.pas.org.my/
Sabtu, 11 Februari 2012
UMNO SESAT DAN MENYESAT ... JANGAN MENCAMPAK DIRI DALAM KEKUFURAN
BUKTI UMNO PISAHKAN AGAMA DAN POLITIK
Ditulis oleh TAMU
Ulama terkenal Dr Yusof Al Qardawi pula pernah menyatakan dalam bukunya bahawa barangsiapa memisahkan agama dengan politik atau mengatakan agama dan politik tidak boleh dicampuradukan, maka dia jadi sesat. Sebagai seorang Islam yang beriman, adalah wajib untuk meyakini bahawa apa saja yang kita lakukan di dunia ini samada yang sekecil-kecilnya atau sebesar-besarnya akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
Ini termasuk dalam urusan mentadbir Negeri atau Negara, dalam soal memilih pemimpin atau ketua adalah merupakan persoalan yang amat besar yang wajib akan ditanya oleh Allah kelak. Dalam memilih pemimpin atau ketua, Allah dan rasul telah memberi amaran supaya memilihnya dari kalangan orang yang berilmu dengan ilmu Tauhid, Fekah dan sekurang-kurangnya ada asas Tasawuf. Orang yang beriman dan benar-benar takut dengan ancaman dan azab Allah.
Dalam urusan mentadbir negeri atau Negara, memegang amanah rakyat pula setiap sesuatu yang hendak dilakukan mestilah dirujuk dahulu kepada agama samada ianya itu bercanggah atau tidak dengan syariat Allah. Dalam mentadbir, agama mestilah dijadikan sebagai pengawal dan rujukan dalam semua tindakan.
Sekiranya seseorang pemimpin atau ketua itu ingin mengambil atau menerima rasuah, dia merasakan dalam agama adalah haram, berdosa dan akan diazab oleh Allah kelak, maka dia tidak akan melakukanya.
Menguatkuasakan undang-undang, seorang pemimpin yang beriman akan melihat apakah hukuman atau undang-undang yang hendak dilaksanakan itu bertepatan dan tidak bercanggah dengan ajaran Nabi dan Quran, jika didapati bercanggah, dia tidak akan sanggup melaksanakanya kerana akan ditanya dan diazab oleh Allah kelak.
Apabila berdepan dengan rakyat, ketua atau pemimpin yang beriman tidak akan berani menipu, mungkir janji apatahlagi untuk merompak harta rakya, merampas tanah rakyat atau merobohkan rumah rakyat secara paksa kerana mereka tahu ini bercanggah dengan ajaran Islam.
Apabila hendak diluluskan lesen atau membina kilang arak, tempat judi dan tempat maksiat, mereka secara tegas akan menolaknya kerana mereka akan ditanya nanti. Inilah yang dikatakan Islam dan agama itu tidak boleh dipisahkan walau dalam apa situasi sekali pun. Seandainya agama dipinggirkan dalam urusan mentadbir Negara atau perjuangan jemaah atau parti, maka mereka akan melakukan apa saja tanpa mengira dosa atau pahala, samada untuk terima rasuah, berzina, berjudi, mendapat kuasa secara menipu dalam pilihanraya dan sebagainya.
PENJELASAN OLEH UST ISMAIL KAMUS
Maka ianya tidak ada bezanya dengan amalan agama Kristian yang menetapkan bahawa puak gereja dengan urusan mereka tanpa boleh mengganggu atau menegur golongan pemerintah dan begitulah sebaliknya. Dan inilah yang berlaku dalam UMNO dan pentadbiran negeri atau Negara yang dikuasai oleh UMNO.
Maka tidak pelik dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa Islam ala UMNO tidak akan dapat masuk syurga, bagi penulis pula nak cium bau syurga pun UMNO ni tak layak. Kalaulah asas dan kepercayaan mereka bahawa agama dan politikmesti dipisahkan itu sudah dinyatakan kufur dan sesat oleh Dr Hamk dan Doktor Yusof Qardawi, nak masuk macamana ke syurga?
Perjuangan dan dasar pentadbiran mereka selari dengan ajaran kristian, nak bau syurga
macamana?
UMNO larang dalam masjid, dalam khutbah Jumaat membicarakan persoalan politik, pentadbiran
negeri atau Negara, cara memilih pemimpin dengan alasan itu politik, apakah mereka lupa semua ini tertulis dalam Quran dan dalam Hadis Nabi, jadi bagaimana ianya dikatakan tidak boleh dibicarakan
dalam rumah Allah?
Kalau begitu dibicarakan dimana? Di kelab dangdut? di bar? Atau dimeja judi? Yang sebenarnya ayat-ayat Allah yang dibacakan dalam masjid dan khutbah-khutba h Jumaat kerana ia dianggap
menyusahkan dan menghalang pergerakan mereka yang sentiasa ingin melanggar perintah Allah
itu.
Maka jelaslah bahawa UMNO itu kufur dan sesat. Barangsiapa yang menyokong dan mempertahankan UMNO juga termasuk puak kufur dan sesat tak kiranya mereka itu mufti, ustaz
atau Yang Di Pertua majlis Agama negeri sekali pun atau pun hafiz.
Cara halus yang digunakan oleh UMNO untuk menyesatkan aqidah umat Islam ialah dengan menuduh dan membuat fitnah kononya PAS menggunakan masjid dan khutbah Jumaat untuk berpolitik yang kononya juga salah dari ajaran Islam.
Apabila ditanya apakah politik salah yang dibuat oleh PAS itu?
UMNO tak dapat jawab.UMNO memang mahu melihat umat Islam jahil dan buta agama, buta syariat dan buta melihat mana yang benar dan mana yang salah dari pandangan Islam kerana dengan ini rakyat yang jahil dan buta hati akan terus menyokong UMNO dan akan tetap mempertahankan UMNO kononya apa yang UMNO buat tidak salah dari ajaran Islam sedangkan apa yang berlaku ialah UMNO melaksanakan apa yang dituntut oleh syaitan.
Ingatlah, Nabi tidak pernah berjuang untuk bangsanya tetapi berjuang untuk Islam. Maka mana-mana penganut Islam akan beruasaha mempertahankan agama, aqidah serta syariat Allah dan dalama masa yang sama golongan bukan Islam dilindungi dan diberikan hak-hak yang sepatutnya mereka berhak tanpa sebarang penindasan dan kezaliman. Islam tercemar dan dipersenakan oleh malahan bangsa Melayu pun mereka tindas, tipu dan hina.
Oleh itu teruskan perjuangan untuk menjatuhkan UMNO sehingga kiamat agar ramai umat Islam dapat diselamatkan aqidah mereka dan ramai rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat diselamatkan dari kezaliman dan penipuan UMNO yang sesat dan kufur itu.
SEMINAR 3 DEKAT .... Siri 2
SEMINAR 3 DEKAT .... 6
SEMINAR 3 DEKAT .... 7
SEMINAR 3 DEKAT .... 8
SEMINAR 3 DEKAT .... 9
Jumaat, 10 Februari 2012
SEMINAR 3 DEKAT ... Siri 1
SEMINAR 3 DEKAT .... 6
SEMINAR 3 DEKAT .... 5
SEMINAR 3 DEKAT .... 4
SEMINAR 3 DEKAT .... 3
SEMINAR 3 DEKAT .... 2
SEMINAR 3 DEKAT .... 1
Rabu, 8 Februari 2012
Manusia Adalah Pelakon Di Mukabumi dan Allah Adalah Pengarahnya - Bob Lokman
Manusia Adalah Pelakon Di Mukabumi dan Allah Adalah Pengarahnya - Bob Lokman
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Maha Pengasih, Maha PenyayangKeperihatinan Seorang Sahabat
Diceritakan dalam Rahiq Makhtum, bahawa pada suatu hari, Khabbab bin al-Arat RA menemui Rasulullah SAW yang sedang berbantalkan kain di bawah lindungan Kaabah.
Saat itu, umat Islam sedang
menderita tekanan hebat oleh musyrikin Quraisy di Makkah. Dakwah yang
dibawa Nabi SAW ditertawakan, umat Islam dicerca, dihina, malah ada yang
diseksa dengan begitu dahsyat sekali.
Abu Thalib dan Khadijah RA, dua
orang pendamping setia Rasulullah SAW dalam perjuangan juga telah pergi
meninggalkannya, tiada di dunia lagi. Dakwah Islam terasa suram, tidak
bermaya.
Khabbab RA mendekati Baginda SAW dan berkata: "Tidak bolehkah tuan meminta pertolongan Allah? Agar kita dimenangkan?"
Mendengar itu Rasulullah SAW bangun dengan mukanya merah padam, lantas bersabda:
"Orang-orang
beriman dahulu dari kamu pernah disikat belakangnya dengan geruji besi
hingga luluh habis dagingnya, namun tiada suatupun yang dapat menggugat
keimanan mereka. Pasti Allah akan sempurnakan urusan agama ini, hingga
seorang musafir dapat berjalan dari San'a hingga ke Hadramaut tanpa
takut sesuatu pun, selain dari Allah dan serigala ke atas kambingnya, tetapi kamu tergesa-gesa..."
Bukan Sahabat Biasa
Siapakan sahabat yang bernama Khabbab bin al-Arat itu? Adakah beliau seorang yang suka mengeluh tanpa sebab, hingga membuatkan Rasulullah SAW tidak senang dengan permintaannya?
Tidak sama sekali! Khabbab RA termasuk di dalam as-Sabiquun al-Awwalun, iaitu orang-orang yang terawal memeluk Islam. Malah, beliau membayar harga yang mahal atas keislamannya.
Beliau merupakan hamba kepada seorang perempuan bernama Ummu Ammar.
Kerana keislamannya, beliau telah dipaksakan memakai baju besi dan
dibaringkan di padang pasir yang panas membakar hingga kulitnya
menggelupas.
Tidak cukup dengan itu, beliau
diseret ke timbunan bara api yang membara. Beliau diseksa sedemikian
rupa sehinggalah bara api itu terpadam oleh cairan lemak dan darah dari
badannya.
Khalifah Umar RA yang melihat parut bekas seksaan tersebut, berkata: "Aku tidak pernah melihat belakang badan yang sedemikian rupa."
Pengajaran Buat Kita.
Jika kepada manusia sekualiti Khabbab RA
itu pun masih dikatakan tergesa-gesa dalam berjuang, bagaimana pula
dengan kita hari ini? Adakah setanding keimanan, pengorbanan dan dakwah
kita sehingga dengan mudah mengkehendakkan kemenangan yang segera?
Firman Allah SWT:
Apakah
kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang
kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum
kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan
Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah 2: 214)
Islam yang Kian Terpinggir
Hari ini kita melihat umat Islam
yang iltizam dengan agamanya sangat sedikit. Majoritinya hanya Islam
pada nama, pengamalan sangat minimum. Keruntuhan akhlak menjadi-jadi,
pergaulan bebas, penzinaan, pelacuran, rempit, dadah dan sebagainya
berleluasa tanpa sekatan.
Sebut saja masalah, pasti ada
orang Islam yang terbabit... Mengapa jadi begini, sedangkan di Malaysia
ini begitu banyak sekali gerakan Islam yang ada?
Ada yang berbentuk NGO, parti politik dan tidak kurang juga yang unregistered.
Bermacam pendekatan dan program yang 'gah' telah dilaksanakan. Tapi,
mengapa Islam belum tertegak di hati umat ini? Adakah
pendakwah-pendakwah ini hanya syok sendiri? Buat program yang sia-sia
dan tidak bermanfaat?
Saudaraku yang dikasihi,
Tidak, kerana Allah SWT tidak melihat kepada hasil semata-mata. Sebaliknya, seberapa kuat usaha kita untuk agama-Nya. Kerana itulah, slogan para Du'at ini ialah seperti di dalam firman Allah SWT:
"Aku tidak bermaksud kecuali
(mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada
taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah
aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)
Saudaraku yang dikasihi,
Kalaulah hasil yang menjadi ukuran Allah SWT,
gagal lah dakwah Nabi Ibrahim AS selama 950 tahun, tetapi tidak mampu
membina negara Islam? Sia-siakah dakwah Nabi Nuh AS yang gagal
menyelamatkan anaknya sendiri? Dan bagaimana pula Nabi Lut AS yang
isterinya termasuk dalam kaum yang dilaknat?
Tidak, kerana Allah SWT tidak melihat kepada hasil semata-mata. Sebaliknya, seberapa kuat usaha kita untuk agama-Nya. Kerana itulah, slogan para Du'at ini ialah seperti di dalam firman Allah SWT:
Dakwah ini Jalan Panjang
Saudaraku, ingatlah firman Allah SWT tentang jalan dakwah ini:
"Sekiranya
(yang kamu seru kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh,
dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu,
tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka..." (At-Taubah 9: 42)
Kerana itu jalan mengajak kepada
Allah SWT ini bukanlah semudah yang disangka. Terlibat dengan Dakwah
tidaklah menguntungkan kocek para Da'inya. Malah, mereka inilah yang
terpaksa berkorban masa, tenaga, wang ringgit, harta benda dan malah
jiwa mereka demi tertegakknya Islam.
Para Du'at berinteraksi dengan
manusia yang punya hati dan nafsu. Bukannya robot-robot yang mudah
diprogramkan mengikut kehendak kita. Gerakan kebatilan juga gencar
menyerang sendi-sendi umat ini, sehingga sistem dan pemikiran Jahiliyyah
kian menguasai.
Semoga Allah SWT merahmati Syeikh Mustafa Masyhur yang menulis ungkapan indah nasihatnya kepada kita di dalam Tariq ad-Dakwah:
"Jalan Dakwah
tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tapi adalah jalan yang susah dan
panjang. Kerana di antara Kebenaran dan Kebatilan wujud pertentangan
yang nyata.
Ia memerlukan
kesabaran dan ketekunan dalam memikul beban yang berat. Ia memerlukan
kemurahan hati, pemberian, dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang
segera. Tanpa putus asa dan putus harapan.
Yang diperlukan ialah usaha dan amal yang berterusan, dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendaki-Nya."
Kesimpulan.
Sebenarnya Islam sedang meniti
era kebangkitannya. Di seluruh dunia, semakin ramai anak muda kembali
menghayati Islam dan berusaha mendakwahinya. Di negara kita sendiri,
semakin banyak institusi yang menyeru kepada penghayatan Islam yang
sebenar.
Islam pasti akan menang jua
akhirnya, soalnya apakah sumbangan kita? Ruang dakwah terbuka luas dan
kita bebas memilih ruang yang sesuai untuk beramal Islami. Ada
internet, blog, FB dan berbagai-bagai wasilah tersedia di depan mata.
Pilihan di tangan anda, samada ingin bersama menyumbang kepada kebangkitan ini... atau sekadar menangisi kemerosotan umat ini..
"Apabila
telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia
masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan
memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah
Maha Penerima taubat." (An-Nasr 110: 1-3)
Pejabat IKRAM Gombak
Taman Sri Gombak
Cerita Aib Usah Disebarkan
Kuliah Subuh
Jaga Lidah, Lapangkan Rumah dan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama
Penceramah: Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Lokasi: Jalan Tiong
Jaga Lidah, Lapangkan Rumah dan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama
Penceramah: Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Lokasi: Jalan Tiong
Menyebarkan cerita aib seseorang muslim bukan sifat orang yang beriman. Apatah lagi jika cerita aib itu belum pasti benar atau bohong. Orang yang tabiatnya mewar-warkan keaiban orang, sesungguhnya imam dan pemimpin mereka ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, pemimpin munafiq pada zaman awal Islam.
Allah Taala menyebut dalam Quran:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Sesungguhnya orang-orang yang suka
terhebah tuduhan-tuduhan yang keji dalam kalangan orang-orang yang
beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di
dunia dan di akhirat” (Al-Nuur: ayat 19).
Ayat yang cukup memberi ancaman terhadap
orang yang suka menyebarkan berita-berita tentang keaiban orang lain.
Gembira dan suka dengan tersebarnya keaiban orang pun dicela dan diancam
dengan azab pedih oleh Allah, apatah lagi perbuatan menyebarkan keaiban
tersebut kepada umum.
Orang beriman sifatnya mengasihi saudara seagama dan sedaya upaya menutup keaibannya. Di dalam satu hadis:
يا معشر من قد أسلم بلسانه ولم يفض الإيمان
إلى قلبه لا تؤذوا المسلمين ولا تعيروهم ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من تتبع
عورة أخيه المسلم تتبع الله عورته ومن تتبع الله عورته يفضحه ولو في جوف
رحلة
“Wahai orang yang Islam dengan lidahnya
sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti
orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu
mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari
keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka)
keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka)
keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam
rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi no 2032).
Sebagai Muslim, wajiblah kita menghindari
dan membenci perbuatan menghebahkan aib orang Muslim lain.
Mudah-mudahan dengan sikap dan semangat ini, Allah akan sentiasa menutup
keaiban kita pula di dunia dan di akhirat.
DR MASZLEE MALIK - Konsep Kerajaan Yang Baik, Good Governance & Peranan Gerakan Islam
Penting!!! Rakyat Malaysia Wajib Tonton dan Faham (video)
2:24:17FORUM - KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERAby iarnewsfb198 views
32:24DR ASRI - Seminar Ke Arah Malaysia Sejahtera : ...by iarnewsfb843 views
Mantan Mufti Perlis - Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA.com)
Pensyarah UIAM - Dr Maszlee Malik
Pengerusi IDEAS - Wan Saiful Wan Jan
Ahli Parlimen Temerloh - Datuk Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Kuala Selangor - Dr. Dzulkefly Ahmad
Pengerusi IRF - Dr. Ahmad Farouk Musa
______________________________________________________
Pensyarah UIAM - Dr Maszlee Malik
Pengerusi IDEAS - Wan Saiful Wan Jan
Ahli Parlimen Temerloh - Datuk Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Kuala Selangor - Dr. Dzulkefly Ahmad
Pengerusi IRF - Dr. Ahmad Farouk Musa
______________________________________________________
Mengumpat Yang Diharuskan - Ust Harryanto
Isnin, 6 Februari 2012
Kesesatan Akidah Umno : Fahaman Kebangsaan dan Melayu Islam
Perasmi Kilang Arak Di Malaysia
Written by Nash Ar-Rawy |
Akidah Umno yang dipertahankan Najib adalah termaktub di dalam ‘By
Law” parti itu ,iatu: demi untuk menegakkan kebangsaan : raja-raja dan
ugama Islam diperalatkan untuk mencapai tujuan tersebut. Jenama ‘MelayuIslam” digunapalkai sebagai umpan untuk memikat-ikat pengundi Melayu dengan mencantikkan assobiyyah Melayu atau Kebangsaan Melayu( Malay Nationalism) dengan ‘make up’ Islam dan dipropagandakan politik ‘MelayuIslam” ; yang mana islam dan raja hanyalah alat kerakusan kebangsaan Melayu sahaja untuk memuaskan nafsu serakah politik ‘The end justifies the means” ; suatu bentuk kezaliman ; yang tiada mengambil kira sifir halal dan haram dosa , pahala, surga dan neraka. Bukankah fahaman kebangsaan Melayu ( MelayuIslam) adalah akidah yang sesat lagi menyesatkan. Akidah kebangsan (Nationalisme) atau assobiyyah telah di haramkan dan dikuburkan oleh Rasulillahu 1.4000 tahun yang lalu . Mengapakah akidah yang sesat ini dikorek kembali dari pusaranya dan dihidupkan semula dan dijaja , diprojeksi dan dipropagndakan ajaran dan fahaman sekular yang sesat ini kepada pengundi-pengundi Melayu . Bukankah dalam hadis Rasulillahu menegaskan,: Barangsaiapa yang menegakkan kebangsaan dan mati kerna kebangsaan, matinya, mati jahiliyyhah.yakni. bukan sahaja jadi bodoh ; tetapi sesat dan hadis lain nabi tiada mengaku umat. Seluruh umat Islam hendaklah membuang Umno kerna menganut akidah sesat dan menyesatkan orang Melayu yang sudah Islam berpegang kepada Islam sebagai “ad-Deen” diubah kiblat oleh Umno kepada akidah baru ;iatiu fahaman kebangsaan Melayu yang dihiasi dengan “MelayuIslam” untuk menghalalkan perjuangan assobiyyah Melayu (Kebangsaan Melayu). ‘Indian muslims”, “Malay muslims”, “American muslims”, “Arabmuslims” ,”Chinese Muslims” adalah pengenalan rupa bangsa dan anutan agama itu sahaja. Tiada bisa dijadikan bangsa sebagai asas perjuangan kerna Islam adalah ‘ rahmatan lil ;alameen” Perjuangan bangsa bukan diajar Rasulillahu tetapi; ISLAM ISLAM bukan MelayuIslam sebagai perjuangan bahkan diharamkan sekali kerna melakukan kezaliman apabila meletakkan bangsa iatiu ; MelayuIslam bukan ISLAM ISLAM sebagai dasar atau akidah dan pegangan perjuangan. Tidak salah orang Cina sayangkan Cina, Orang India sayangkan bangsa India hatta orang Melayu sayangkan kaumnya sendiri; keturunan Melayu . Maka apasalahya menganut akidah Umno ? seperti yang dipertahankan najib dan yang dipersoalkan TGNA?. Sayangkan bangsa, kaum , kumpulan ethnik dan keturunan adalah fitrah semula jadi manusia yang di jadikan Maha Penciptanya perbagaian kaum dan bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain budaya dan bahasa yang berbeza. Ini kebijaksaan yang Maha Esa yang mencipa perbagai bangsa dan bahasa. Bukannya bisa mencipta satu bangsa dan satu bahasa sahaja di dunia ini. Namun sistem dan akidah yang mahu digunapai manusia Islam oleh yang Empunya Global ialah ISLAM ISLAM bukannya politik ‘MelayuIslam”. Sayangkan bangsa tidak salah , tetapi menjadikan bangsa sebagai teras perjuangan itulah ‘derailment” atau berlakunya kesesatan akidah Umno. Firmanullahu, “ Inna solati, wanusiki, wamahyaya wawamati lil lahi robbil ‘alameen” (Sesungguhnya, solat aku, ibadat aku, hidup ku dan mati ku adalah kerna Tuhan semesta alam). Hanya ISLAM ISLAM yang bisa menyelamatkan Melayu dan bangsa lain ; kerna MelayuIslam : Melayu tipu Melayu (Kroni elit Umnoputra) dan Melayu bunuh Melayu( Memali) “ ISLAM ISLAM is the world future constitution “(Piagam Madinah) ; “ISLAM FOR ALL “ against akidah baru “MelayuIslam” (Dunia Islam Ketawa) Islam satu ‘complete set of life” tiada perlu di hiasi lagi dengan ‘make up’ atau kosmetik yang berjenama palsu bukan ‘ORI” ( ISLAM ISLAM); tetapi akidah baru seperti ‘MelayuIslam” atau yang sinonim dengannya hadhari Islam, sosialisme Islam, Nationalisme Islam, progresif Islam dan sebagainya yang merupakan antara fahaman sekular dunia, ajaran dan akidah sesat lagi mengesatkan.umat Islam di seluruh dunia. ‘Rumah Allahu” ( Ka’abah) di mekah itu , kepunyaan ArabIslam atau MelayuIslam . Tiada bangsa dan kaum di sini kerna ianya kepunyaan UMAT ISLAM seluruh dunia . Dunia ini diciptakan Yang Empunya Global untuk di warisi oleh orang-orang yang Soleh . Al –Qur’an tiada nyatakan untuk di warisi oleh :ParsiIslam , ArabIslam, TurkiIslam, Kurdish Islam atau MelayuIslam. Tetapi , oleh orang Islam (mukmim) yang soleh dan paling bertakwa untuk menegakkan agama dan memerintah dunia dengannya .Yakni, ISLAM ISLAM bukannya dengan akidah dan perjuangan yang sesat seperti MelayuIslam atau ArabIslam. Orang Melayu jika mahu bersatu hendaklah tinggalkan perjuangan kebangsaan Melayu dan masuk Islam ; yakni, masuk perjuangan Gerakan Islam yang dipelupori PAS dan jangan tertipu dengan perangkap sesat assobiyyah yang di saluti Islam ;iaitu MelayuIslam. Tinggalkanlah MelayuIslam dan MASUK ISLAM ISLAM secara keseluruhannya ( KAFFAH) bukannya ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Contohnya Islam Hadhari, Islam cabut lari ; Hudud disalahi ; diletakkan dikandang orang salah . Fahaman PLURALISME adalah jelas bertentangan dengan Umno cuba melarikan fokus orang Melayu yang cenderung kepada PAS/Pakatan supaya jangan mengundi PAS kerna Pas ada kerjasama politik dengan DAP. Sebaliknya sokonglah Umno yang memperjuangkan ‘MelayuIslam untuk keselamatan dan masa depan orang Melayu dan Islam.dan mengajak PAS bergabung semula dengan UBN; setelah dengan ego dan bongkaknya tendang PAS keluar magerankan Kelantan.Jangan biarkan anjing tersepit gigit lagi ; cukuplah!. Inilah fahaman sesat nationalis dan perkauman Melayu Umno yang MENOLAK ISLAM ISLAM dan menerima kebangsaan “MelayuIslam”;satu akidah baru yang sesat lagi menyesatkan kerana Rasulilahu menolak dan ,mengharamkan ArabIslam dengan hujjah bahawa ; yang paling baik di antara kamu bukan kerna kamu orang Arab tetapi sipakah yang paling bertakwa di sisi Allahu. Justeru itu, UBN hanya bisa hidup dengan isu perkauman yang dimainkan Umno, MCA dan MIC untuk menjadi juara kaum di dalam pilihanraya. Justeru kerna semua parti dalam UBN adalah parti perkauman yang bernaunsakan bangsa semata-mata. Sedangkan massa sekarang sudah muak dengan retorik ‘MelayuIslam” jajaan Umno dan menolak gagasan perkauman UBN dan sudah mula memahami dan menerima konsep perjuangan yang universal yang tidak berasaskan kaum seperti PKR, DAP dan PAS . Apalagi PAS yang dasar perjuangannya dan akidahnya Islam yang mengenengahkan ‘ISLAM FOR ALL” dan JUSTICE FOR ALL” tanpa mengira kaum dan agama: siapa saja yang susah berhak mendapat pertolongan Negara Berkebajikan yang dipersetujui semuan kaum dan agama. Justeru itu ;Pas menolak kerjasama politik “MelayuIslam: Umno dan menerima kerjasama politik PAS DAP/PAKATAN demi untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara daripada kerosakan , kefasadan , kerakusan kezaliman ISA yang .dipaksakan ke atas massa. Anologinya, adalah lebih afal seorang Cina yang soleh , warak dan bertakwa menjadi MB Kelantan umpamanya berbanding dengan mendapatkan seorang PM MelayuIslam yang menyekat khazanah rakyat Kelantan yakni , Royalti.sedangkan royalti di Sabah dan Sarawak bisa dibayar. Kelantan berjaya menjadi model NEGARA BERKEBAJIKAN SATU MALAYSIA. Dengan sistem pemerintahan Islam 19 tahun rekod tanpa koruspi dan hidup tanpa perkauman atau “MelayuIslam: tajaan Umno.Buang UBN berarti buang perkauman dan rasuah politik yang perlu dilakukan massa pada PRU 13 ini , insyaAllahu, pusingan untuk PAKATAN. |
Langgan:
Catatan (Atom)