Selasa, 11 Julai 2017
Cadangan Hapuskan Sekolah Agama Dan Sekolah Pondok Menghina Perlembagaan Persekutuan
2. Sememangnya sekolah satu aliran memberi kesan yang baik kepada rakyat dan negara, sebagaimana matlamat utama penubuhannya, iaitu untuk mewujudkan perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni. Ia juga mampu membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Lantaran kerana dibimbangi akan wujud perbezaan serta masalah polarisasi kaum dan penguasaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kerana setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan.
3. Cadangan ini tidak pula menolak bahasa ibunda masing-masing kerana perbezaan budaya, adat, bahasa adalah dinamika yang diterima di negara ini. Ia tidak bertujuan menghapuskan bahasa-bahasa ibunda masing-masing, kerana ia boleh diterapkan dalam sistem persekolahan satu aliran yang akan dilaksanakan kelak.
4. Namun demikian, tidak wajar buat pihak yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini sehingga membabitkan cadangan untuk menghapuskan sekolah agama dan sekolah pondok. Pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang disiarkan dalam media beberapa lalu berkaitan isu ini adalah pandangan ekstrim, melampau dan luar dari konteks.
5. Beliau cuba menyamakan sekolah pondok, sekolah agama, MRSM, sekolah berasrama, sekolah antarabangsa, sekolah mubaligh Kristian dan sekolah vernakular. Ternyata Wan Saiful tidak memahami isu di sebalik polemik yang berbangkit. Beliau gagal memahami aspirasi dan matlamat di sebalik cadangan mewujudkan sekolah satu aliran.
6. Dalam hal ini, sekolah agama, sekolah pondok, tahfiz, dan sekolah Arab di negara ini selari dengan semangat dan falsafah Perlembagaan Persekutuan. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sebaliknya sekolah-sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Beliau perlu memahami bahawa Perlembagaan menetapkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan yang merupakan sendi dan kerangka Asas Perlembagaan Negara iaitu Fasal 153.
7. Jika sekolah agama dan sekolah pondok dihapuskan, maka tidak lagi wujud usaha untuk menghormati Perlembagaan Negara. Sistem pendidikan agama sudah dinafikan untuk diterapkan dalam sistem persekolahan yang menjurus kepada permasalahan yang lebih besar, iaitu penghinaan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi negara malah menghina Raja-Raja Melayu sebagai penaung bagi hal ehwal agama Islam.
8. Cadangan sekolah satu aliran boleh dipersetujui kerana banyak keperluan dan faktor yang mendesak, dan boleh juga dibantah kerana beberapa faktor tertentu. Kita meraikan perbezaan pandangan, tetapi jangan menjadikan perbezaan ini sebagai platform untuk mewujudkan jurang yang lebih mendalam. Sepatutnya Wan Saiful fokus kepada isu yang dibangkitkan, dan tidak terbawa-bawa sehingga membantah suatu yang sudah dipersetujui bersama. Meraikan pandangan digalakkan, tetapi jangan mengheret sentimen yang lebih rumit untuk diselesaikan. ‘Sarang tebuan usah dijolok, kerana jika disengat memberi bisa yang sukar disembuh’.
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
(10 Julai 2017)
Isnin, 10 Julai 2017
MESEJ SEBENAR DISEBALIK "PERTABALAN" HUSAM
Bagi saya ianya langsung tidak menguntungkan Pan malah membuktikan betapa kuat dan berpengaruhnya DAP dan Kit Siang khasnya dalam menentukan halatuju dan masadepan PH dan Pan sendiri.
Saya tertarik dengan ulasan sahabat lama saya MSO. Walaupun kami berlainan aqidah politik MSO tetap saya hormat sebagai kawan lama dan penulis veteran.
MSO saya yakin telah baca kesilapan drama ini lalu beliau terus menyusun langkah pembaikian dengan menyatakan bahawa Husam tidak sesuai sebagai MB Kelantan. Insan hebat umpama Husam ini lebih cocok duduk di Putrajaya. Sebagai PM barangkali ( tambah lagi calon PM PH).
MSO tambah lagi lebih sesuai Cikgu Rahim yang di"tabal" sebagai MB bukan Husam.
Maknanya Kit Siang silap dan salah baca. Bolehkah Kit Siang didakwa silap?
Kit Siang mahu Husam sebagau MB sedang MSO mahu Husam sebagai PM. Siapa Kit Siang dan siapa MSO?
Apa pun yang menariknya drama ini penuh dengan aksi dan mesej tersirat.
MSO sebut Cikgu Rahim lebih sesuai sebagai MB Kelantan.
Manusia ini mudah berubah dan terkadang mengingkari dirinya sendiri. Dulu MSO dedah Cikgu Rahim sebagai salah seorang "Tiga Abdul" yang mendatangkan masalah pada kerajaan Almarhum Tok Guru.
Saya ingat sangat perkara ini sebab saya pernah bangkitkannya dalam Muktamar PAS di K.Terengganu semasa Almarhum Ust Fadzil Presiden dulu.
Hari ini Cikgu Rahim dah ok. Dr Mahathir pun yang dulu MSO cap dalam tulisannya sebagai "Maha Firaun" ok hari ni.
Malah Husam yang MSO pernah kaitkan dengan pelbagai skandal dan penyelewengan dulu pun hari ini OK.
Tak mengapalah itu hak MSO. Yang buruk, hodoh, bodoh pada beliau dan tak OK hari ini hanyalah PAS.
Berbalik kepada drama ini bagi saya ianya suatu isyarat buat rakyat Kelantan dan malah seluruh negara. Betapa kuatnya pengaruh dan kedudukan Kit Siang dalam PH dan terhadap Pan.
Benar DAP tidak bertanding di Kelantan lalu apa kalutnya, tetapi senario politik negara bukan sekadar ditentukan di Kelantan.
DAP mahu berkuasa dan berpengaruh diperingkat Federal sebagaimana cita-cita mendiang Lee Kuan Yew dulu ketika PAP masuk bertanding di Tanah Melayu..
Penguasaan di Federal nanti akan mempengaruhi penguasaan di negeri-negeri termasuk Kelantan.
DAP lihat PAS sebagai tembuk penghalang terbesar penguasaan politiknya. DAP mahu Islam yang liberal dalam kerangka negara sekular. PAS tidak terima malah tentang dan berpatah arang dengannya kerana mempertahankan kedaulatan dan prinsip Islam.
Kerana itu DAP lahirkan parti liberal umpama Pan untuk diperkakaskan sebagai pengganti PAS.
Bukankah DAP yang paling kuat dan lantang menentang RUU355 dan RUU ini sebenarnya adalah kesan dari inisiatif PAS Kelantan.
Usaha umat Islam untuk memperkasa dan memartabatkan agama mereka terang-terang ditentang DAP.
Kita umat Islam khasnya terutama bangsa Melayu biarlah prihatin dan sedar. Jangan sesekali terlena termakan tuba bisa puak sekular anti Islam ini yang matlamatnya untuk memecah-belahkan perpaduan ummah dan melahirkan sebuah negara Malaysia yang sekular berlandaskan konsep "Malaysian Malaysia"
Besar kesannya kepada rakyat dan negara kiranya mereka berpengaruh dari sudut kuasa politik namun mainan politik mereka cukup halus sehingga ada antara kita terpesona, longlai dan tunduk.
Lihat sahaja drama ini. Kenapa bukan Datin Seri Dr Wan Azizah atau Tun Dr Mahathir yang buat kenyataan seumpama ini? Kenapa perlu Kit Siang sedang DAP tak bertanding pun di Kelantan sebagaimana dinyatakan MSO?
Inilah politik DAP.
Mereka sesungguhnya mahu menunjukkan kepada para pengundi bukan Melayu di luar Kelantan yang kuat di belakang mereka bahawa sehinggakan MB Kelantan pun mereka berkuasa tentukan apatah lagi isu negara yang besar-besar nanti.
Calon Kit Siang ini pernah ditolak namanya oleh Istana Kelantan dulu namun Kit Siang tidak peduli!
Maaf MSO bagi saya drama ini dilakonkan DAP bagi menunjukkan kepada penyokong mereka bahawa merekalah penentu segala-galanya bila PH berkuasa nanti. Yang lain akan terpaksa ikut dan akur kerana kuasa sebenarnya terletak
atas DAPdan bukan yang lain jika PH berkuasa.
Selamatkah Malaysia nanti?
- ROSLAN SMS
KUTUK PAKATAN HARAPAN
Terkejut besar saya bila membaca buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, yang baru sahaja diterbitkan bertajuk "Malaysia's 14th General Elections: The Big Issues".
Keterkejutan saya ini pula bukanlah disebabkan oleh kritikan Dr Kua Kia Soong terhadap Pakatan Harapan, termasuk DAP, kerana saya sedia tahu sikap kritikal beliau, yang bertindak keluar dari DAP pada tahun 1996, ke atas Pakatan Harapan dan DAP.
Perkara yang sebenarnya mengejutkan saya mengenai buku Dr Kua Kia Soong ini ialah kerana kandungan buku ini, yang sangat kritikal ke atas Pakatan Harapan dan DAP, disokong oleh seorang pemimpin tinggi DAP sendiri!
Seperti diketahui, Dr Ariffin Omar, penulis kata-kata aluan buku ini, adalah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Dewan Negara (Senator) DAP mewakili Kerajaan Pulau Pinang.
Mengikut adat dan kebiasaan, disiplin parti tidak membolehkan seseorang ahli parti, apatah lagi seorang pemimpin tinggi parti seperti Dr Ariffin Omar, mengkritik secara terbuka parti atau pakatan politik yang disertai oleh parti itu.
Mengkritik secara terbuka keputusan dan tindakan parti sendiri sudah pastilah merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan kepentingan parti kerana ia merugi dan menjejaskan kedudukan parti di mata rakyat.
Bagaimanapun, inilah yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar melalui tulisan beliau di dalam kata-kata aluan buku Dr Kua Kia Soong ini yang menyatakan:
(1) Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "Indeed both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) have such serious shortcomings that any thinking Malaysian might feel that in the coming elections it is basically a choice between Lucifer and Beelzebub".
(2) Pakatan Harapan mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "the issues dealt with by Kua as well as the questions raised by him have shown that both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) face major issues around good governance, transparency and corruption".
(3) Pakatan Harapan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "nor do they (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) seem to have a clear sense of direction as to how to improve race relations, foster national unity and a sense of nationhood as well as redistribute wealth fairly and enhance justice and democratic values through good educational policies".
(4) Pakatan Harapan bersifat opportunistik. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) have embraced opportunism to the point whereby the various component parties express interests that are at times in conflict with each other".
(5) Kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "the Pakatan Harapan alliance with Mahathir who brought the country to such dire straits in his 22 years as Prime Minister and their preparedness to overlook his transgressions is indeed mind boggling" dan "yet this 'unity' is a mere facade".
(6) Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Harapan yang menimbulkan soalan mengenai apa akan berlaku selepas Datuk Seri Najib Razak digulingkan sedangkan ini yang rakyat mahu tahu. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "not one of the leaders of Pakatan Harapan has raised the question of what happens next after Najib Razak is removed" dan "yet this is what Malaysians want to know".
Sungguh kelakar sekali membaca kenyataan-kenyataan Dr Ariffin Omar ini kerana tidak mungkin beliau tidak sedar bahawa bila beliau mengkritik Pakatan Harapan beliau sebenarnya sedang mengkritik DAP, sebuah parti yang beliau sendiri bukan setakat anggotai tetapi adalah Naib Pengerusi Kebangsaan.
Hanya mereka yang kurang siuman sahaja yang tidak tahu bahawa bila Dr Ariffin Omar mengkritik pemimpin Pakatan Harapan beliau sebenarnya sedang mengkritik bukan setakat pemimpin DAP tetapi juga mengkritik diri beliau sendiri kerana beliau juga, di atas kedudukan beliau selaku Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, adalah pemimpin Pakatan Harapan.
Bila Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia, juga mengkritik Pakatan Harapan di dalam cara yang sama seperti saya lakukan sebelum ini maka apakah lagi yang boleh pemimpin Pakatan Harapan lakukan untuk membela diri mereka?
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Ahad, 9 Julai 2017
DAP PATUT SALAHKAN DIRI SENDIRI
Setelah membuat siasatan rapi, pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPM) akhirnya membuat keputusan bahawa, mengikut Akta Pertubuhan dan Perlembagaan DAP sendiri, proses pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Keputusan tegas JPPM ini sekali gus menjadikan pelantikan semua pemegang jawatan utama DAP, termasuk Setiausaha Agung, turut tidak sah kerana pemilihan CEC itu sendiri tidak sah.
Keputusan JPPM ini tidak seharusnya cuba dipolitikkan oleh pemimpin dan penyokong DAP untuk menarik simpati rakyat kononnya ini adalah konspirasi jahat pemerintah untuk mengalahkan DAP.
Pemimpin DAP, khususnya Lim Guan Eng yang memegang kuasa eksekutif dalam DAP, sepatutnya merasa malu dan menyalahkan diri sendiri kerana gagal membuat pemilihan semula mengikut undang-undang ditetapkan sehingga memaksa ahli-ahli DAP yang tidak berpuas hati membuat aduan mengenainya kepada JPPM.
Sebagai sebuah parti yang kononnya bersifat demokratik, tidak sepatutnya pemilihan semula ini dibuat secara tidak betul, apatah lagi bila DAP selalu terkehadapan dalam menuntut penjalanan pilihan raya yang bersih dan telus dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Cukup memalukan bila masalah pemilihan semula ini masih membelenggui DAP sedangkan ia dibarisi oleh ramai tokoh profesional, khususnya para peguam, yang sepatutnya arif dalam bidang undang-undang.
Keputusan ini sekali gus membebaskan JPPM dari tuduhan banyak pihak yang mendakwa konon kegagalannya bertindak ke atas DAP sebelum ini adalah kerana ada tangan ghaib yang mahu membela DAP.
Kini terpulanglah kepada pemimpin DAP untuk mempolitikkan isu ini demi kepentingan sempitnya seterusnya menggunakan watikah pelantikan calon pilihan raya dari parti rakan atau segera membuat pemilihan semula CEC baharu secara telus.
Persoalan yang menarik untuk dilihat ialah apakah pemimpin tertinggi DAP sekarang sanggup mengambil risiko pemilihan semula CEC baharu yang dibuat secara telus akan mengubah komposisi selaras dengan kehendak akar umbi parti?
Apa pun, bagi sesetengah pihak, kesilapan besar menguruskan parti begini akan mendorong pemimpin yang bertanggungjawab ke atasnya meletakkan jawatan jika pemimpin itu benar-benar bermoral.
Memegang jawatan utama parti selama bertahun-tahun hasil daripada pemilihan yang tidak sah adalah satu perkara yang sukar dimaafkan.
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Rabu, 5 Julai 2017
SELESAIKAN 1MDB DENGAN AL-QURAN MEMANDU PERUBAHAN
Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB. Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.
Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an. Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa.
Sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dengan kajian politik (kecuali mereka yang menolak adanya politik di dalam Al-Quran), Al-Quran mengulang beberapa kali ayat yang menyebut perubahan tehadap sesuatu kaum dalam negaranya. Di antaranya, firman Allah:
ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرٗا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ ٥٣ الأنفال.
“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Anfal: 53)
Firman Allah:
لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١ الرعد
“Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasi dan menjaganya (dalam segala tindakannya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11)
Al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak, bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja. Islam mengekalkan sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama.
Al-Quran juga melaporkan, dakwah semua para Rasul A.S. adalah seruan kepada perubahan aqidah yang benar, hukum syariat yang adil dan akhlak yang mulia tanpa meminta-minta jawatan. Akhirnya menerima perubahan, sama ada bertaubat kembali kepada kebenaran atau dijatuhkan jahiliyah di dalam dirinya dan ditegakkan Islam, bukannya sekadar mengubah pemimpin yang sama juga sifatnya atau lebih buruk keadaannya.
1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian. Dahulunya BMF, PERWAJA, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ. Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya.
Puncanya adalah ideologi bertuhankan kebendaan dalam segala urusan hidup yang mencipta banyak lagi penyakit yang wajib dihapuskan seperti salah laku, salah urus dan rasuah yang menjadi wabak di seluruh dunia sehingga mencetuskan peperangan sesama keluarga, bukan sahaja dalam satu bangsa, bahkan satu kemanusiaan dalam satu negara. Kebendaan menjadi matlamat kehidupan di dunia tanpa wawasan akhirat. Hidupnya untuk makan, bukan makan untuk hidup dan menunaikan amanah Allah.
Saya tetap tidak bersetuju dijemput campur tangan asing terhadap penyelesaian dalaman kita kerana mengundang akibat yang lebih buruk dan tiada keikhlasan kuasa asing dalam dunia hari ini. Langkahnya laksana menebuk kapal untuk mendapatkan air secara mudah.
Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang, mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya.
Kita juga tidak boleh menunggu apa yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran tentang bagaimana semua penyangak di dunia ini akan mengutuk sesama sendiri di Hari Akhirat.
Firman Allah:
قَالَ ٱدۡخُلُواْ فِيٓ أُمَمٖ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ فِي ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٞ لَّعَنَتۡ أُخۡتَهَاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَكُواْ فِيهَا جَمِيعٗا قَالَتۡ أُخۡرَىٰهُمۡ لِأُولَىٰهُمۡ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا فََٔاتِهِمۡ عَذَابٗا ضِعۡفٗا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلّٖ ضِعۡفٞ وَلَٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ ٣٨ وَقَالَتۡ أُولَىٰهُمۡ لِأُخۡرَىٰهُمۡ فَمَا كَانَ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن فَضۡلٖ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ ٣٩ الأعراف
“Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir: (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan (39) " (Surah Al-A’araf: 38-39)
Ayat-ayat ini menyatakan tentang peristiwa di Hari Akhirat sekiranya tidak diselesaikan atau tidak bertaubat di alam dunia ini. Akhirat adalah kehakiman Allah, tidak ada lagi kehakiman dalam negara atau luar negara atau mahkamah antarabangsa seperti di alam dunia ini. Namun, Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya, sehingga nyawa sampai ke kerongkong dan matahari naik dari arah barat. Seterusnya menggalakkan taubat dan melakukan islah lebih baik daripada dibawa ke mahkamah.
PAS tidak boleh menjadi gerabak kereta api yang disangkut kepada kepala yang menuju ke arah yang salah, sekadar membawa perubahan pemimpin yang berkonsep ‘2 x 2’ atau ‘2 + 2’, di mana jawapannya sama.
PAS tidak boleh mengikut sunnah mereka yang melahirkan saudara-saudara 1MDB dan saudara maranya yang akan lahir selepas ini kerana sunnah yang sama acuannya.
PAS tetap tegas dan teguh beristiqamah mengikut penyelesaian Islam daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. walaupun banyak liku dan jauh perjalanannya. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ،مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ،وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا ، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ (رواه مسلم).
“Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contuh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun” (Hadis riwayat Muslim)
1MDB adalah ciptaan tema “Kepimpinan Melalui Teladan”. Apakah teladannya? Lakukan muhasabah politik dan ekonomi sebelum ini dan kembali ke pangkal jalan. Saya tidak menafikan adanya perkembangan positif dalam negara di sepanjang perjalanannya sehingga diberi gelaran Harimau Asia, tetapi tiba-tiba bertukar menjadi kucing kurap yang dibejati penyakit-penyakit.
Khalifah Umar R.A. menegaskan:
“Sesungguhya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan”
Ahli-ahli dan pemimpin PAS, jangan ikut menari bersama mereka yang memalu gendang dan meniup serunai lagu lama, yang hanya mengubah senikata dan rentaknya sahaja, sehingga lalai dalam khayalan atau menerkam secara leka tanpa hidayah yang betul. Tidakkah kita berpandukan Al-Quran yang benar daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya?
Ingatlah firman Allah SWT yang menceritakan tentang ucapan Nabi Syuib A.S. yang menghadapi kaumnya yang rosak aqidah dan secara khusus melaksanakan sistem ekonomi yang diharamkan oleh Allah:
إِنۡ أُرِيدُ إِلَّا ٱلۡإِصۡلَٰحَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُۚ وَمَا تَوۡفِيقِيٓ إِلَّا بِٱللَّهِۚ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ ٨٨ هود.
“Aku hanya bertujuan hendak melakukan islah (memperbaiki) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali” (Surah Hud: 88)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Syawal 1438H / 5 Julai 2017M
Selasa, 4 Julai 2017
Teruskan Bermimpi Wahai DAP dan Anak Didik Kesayanganmu
1. Baru-baru ini, Lim Kit Siang datang berkunjung ke Majlis Hari Raya PAN peringkat Nasional di Kota Bharu, Kelantan. Dalam majlis tersebut dengan bangganya dia mengisytiharkan Husam Musa sebagai calon MB Kelantan yang baru.
Dalam keadaan DAP tidak bertanding walau 1 kerusi pun di Kelantan, ia berkuasa untuk menentukan siapa calon MB Kelantan. Hebat kan DAP.?
2. Dengan pengisytiharan tersebut ia bagaikan menjadi bukti nyata terang lagi bersuluh bahawa PAN hanyalah alat DAP yang perlu tunduk, taat dan patuh kepada tuan kesayangannya.
Apabila PAS memberi reaksi balas terhadap pengisytiharan oleh DAP itu, bangkit pula YB Hanipa Maidin, peguam tersohor PAN membela Lim Kit Siang yang diserang oleh PAS.
Lihat sahaja deretan status Facebook YB Hanipa, kita pun terkeliru, adakah benar dia masih bergelar seorang peguam dan ahli Parlimen Sepang atau sudah mengubah kerjaya sebagai Cyber Trooper PAN.?
Bertalu serangan murahan dia lancarkan terhadap PAS khususnya Tuan Guru Presiden PAS.
Yang lawaknya, nama FB pun dia masih menggunakan nama PAS iaitu "Peguam PAS- Dulu".
3. PAN terpaksa melaksanakan "control damage" terhadap pengisytiharan DAP itu. Tokoh penglipur lara PAN Kelantan, Cikgu Wan Rahim berkata kenyataan Lim Kit Siang itu hanyalah pandangan peribadi sahaja.
Semalam, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PAN turut mengulangi skrip sama, pengisytiharan oleh Lim Kit Siang itu hanyalah pandangan peribadi sahaja.
4. Hari ini, calon MB idaman DAP, Husam Musa pula mengadakan sidang media di KL. Husam menyatakan kesediaannya menjadi calon sementara MB Kelantan.
Lawak betul.. Ini dah macam kisah drama Pakatan Harapan yang berbalah dalam menentukan siapa calon PM ke 7.?
Tun Mahathir sedia jadi PM lagi, Anwar sedia berundur , Wan Azizah pula sedia jadi PM sementara.
Mereka lebih kalut berebut ghanimah jawatan yang belum tentu dapat.
Silap gaya, Husam Musa akan mengikut jejak langkah Datuk Dr Awang Adek Hussain, 'bekas calon MB Kelantan' yang diisytiharkan oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum tahun 2008 dulu. Bukan sahaja dia gagal bergelar MB, bahkan dia kalah di kedua-dua kerusi DUN Perupok dan Parlimen Bachok yang ditandinginya.
5. Melihatkan kesungguhan Pakatan Harapan mahu menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan ini membuatkan kita berfikir. Sebenarnya PH mahu melawan PAS atau melawan UMNO-BN.? Di mulut mereka saban hari berkata mahu menjatuhkan Kerajaan pimpinan PM Najib tetapi hakikatnya PH lah yang membantu UMNO untuk menang di Kelantan.
Mengapa tidak pula kedengaran Pakatan Harapan mengumumkan calon MB PH di Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, dan Perlis.?
Bukankah kesemua negeri tersebut sedang ditadbir oleh UMNO-BN.?
Apakah PH mampu memberi jaminan bahawa Pulau Pinang dan Selangor akan kekal di bawah penguasaan mereka pada PRU 14 nanti.?
6. Kepada Lim Kit Siang, saya petik kembali baris terakhir Analisis The Star hari ini yang ditulis oleh Kolumnis Joceline Tan, "Lim’s dream of spending the next Hari Raya with Husam as the Mentri Besar is likely to remain a dream."
Dalam keghairahan PH untuk menawan Putrajaya dan Kelantan, mungkin mereka terlupa kata pepatah Melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran."
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
04 Julai 2017
KELONGGARAN SYARAT LULUS BM : PAS MEMBANTAH KEPUTUSAN KERAJAAN
Oleh : Nasrudin bin Hassan_
Ketua Penerangan PAS Pusat._
1. Susulan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melonggarkan syarat kelayakan Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, *PAS menggesa kerajaan supaya batalkan keputusan berkenaan.*
2. Isu ini perlu dilihat secara objektif. Malaysia memerlukan modal insan dalam institusi perubatan negara bagi menampung modal insan dalam kelestarian pembangunan menghadapi cabaran mendatang. Dalam masa yang sama, isu *lambakan doktor pelatih* seperti yang dibangkitkan sebelum ini juga wajar diberi perhatian segera oleh pihak bertanggungjawab.
3. Kita menerima jumlah graduan perubatan yang tinggi saban tahun. Pada 2015, jumlah graduan perubatan mencecah 4,140 orang dengan hanya kira-kira 20 peratus dikalangan graduan mengambil masa lebih 2 tahun untuk diserap ke 44 buah hospital yang menyediakan penempatan doktor pelatih.
4. Para graduan ini merangkumi graduan perubatan di luar negara, mereka yang menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa perlu mendapatkan tempat di hospital tertentu bagi menjalani latihan siswazah selama 2 tahun dan khidmat wajib juga selama 2 tahun di Kementerian Kesihatan, sebelum dianugerahkan Sijil Pengamal Perubatan.
5. Tidak sesekali dinafikan kita wajar memastikan keseimbangan "demand-supply" serta para graduan tersebut perlu diberi tempat bagi menjalani latihan siswazah sebagai langkah awal profesion kedoktoran di negara ini. Namun, *kelonggaran syarat kelayakan BM tidak seharusnya dijadikan "korban" oleh pihak kementerian.*
6. Respon balas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 2 Julai yang lalu memproklamir bahawa kelonggaran itu "memudahkan perlantikan terutamanya bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab".
7. Sebaliknya pula PAS berpendirian *KKM seharusnya menilai opsyen-opsyen lain* bagi memastikan para graduan yang tidak menduduki SPM atas pelbagai sebab itu supaya *mereka diberi ruang dan kemudahan untuk menjalani peperiksaan SPM sebagai calon persendirian.*
8. "Kelonggaran" syarat kelayakan itu dibimbangi akan menyebabkan sikap "bermudah-mudah" dan *"menghakis" kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi Persekutuan* pada masa akan datang. Ini juga tidak boleh dipandang enteng oleh KKM.
9. Justeru, PAS memandang serius isu ini dan mengharapkan agar pihak bertanggungjawab *membatalkan keputusan tersebut* dengan buat kajian baru yang mendalam dan mencapai suatu keputusan yang lebih strategik dalam menangani hal ini.
Sejahtera Bersama Islam
Sekian.
Isnin, 3 Julai 2017
Usah Panik Dengan PAS!
*AMK P.PINANG USAH PANIK, FOKUS USAHA MEMPERTAHANKAN MELAYU ISLAM P.PINANG*
1. Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang ingin merujuk kepada respon balas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sdr Asrol Sani Abdul Razak terhadap kenyataan Pesuruhjaya PAS P.Pinang Ust Fauzi Mohd Yusoff semasa ditemu bual pihak media kelmarin ketika rumah terbuka aidilfitri PAS P.Pinang di Markaz PAS Pongsu Seribu.
2. Didalam temu bual tersebut, Pesuruhjaya PAS P.Pinang menyatakan bahawa PAS P.Pinang sedang mengkaji kerusi-kerusi yang ada di P.Pinang termasuk kerusi yang pernah ditandingi PKR untuk diletakkan calon PAS dalam pilihan raya umum akan datang. *Mengkaji kerusi-kerusi pilihan raya adalah suatu perkara biasa dalam amalan parti-parti politik yang bergerak dengan proses demokrasi*.
3. Perlu dinyatakan bahawa bukan sahaja kerusi yang pernah ditandingi PKR yang sedang dikaji, bahkan *keseluruhan kerusi yang ada di P.Pinang termasuk yang pernah ditandingi oleh DAP & BN juga termasuk di dalam kajian dan penelitian PAS*, berdasarkan perubahan landskap semasa politik nasional dan politik negeri P.Pinang.
4. Oleh itu, adalah *terlalu dangkal dan sangat emosional kesimpulan yang dibuat bahawa PAS menjadi talian hayat kepada BN* hanya dengan kenyataan mahu mengkaji kerusi-kerusi pilihan raya untuk PAS meletakkan calon, seolah-olah *menunjukkan bahawa PKR merasa sangat tergugat* sekiranya PAS turut bertanding di kerusi yang ditandingi PKR sebelum ini.
5. Kenyataan AMK ini juga menampakkan seperti berlakunya gelombang penolakkan pengundi Melayu Islam terhadap DAP dan sekutunya termasuk PKR lebih-lebih lagi dengan lambakan isu- isu agama, isu fatwa, isu tanah dan lain-lain isu yang merugikan Melayu Islam di P.Pinang.
6. Seandainya PAS di P.Pinang dituduh menjadi talian hayat kepada BN, bagaimana pula halnya dengan *PKR di Kelantan yang jelas bersama dengan PAN dan DAP berusaha siang malam untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan* yang diterajui PAS? *Adakah PKR juga boleh dianggap menjadi talian hayat BN?*
7. Daripada sibuk menuding jari kepada orang lain, lebih baik AMK P.Pinang fokus untuk bersuara bertindak mempertahankan Melayu dan membela Islam di P.Pinang.
*Usah panik dengan PAS!*
#SejahteraBersamaIslam
#MaraMenujuCita
*Ahmad Safuan Ujar*
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS P.Pinang
3 Julai 2017
9 Syawwal 1438H
PAS Diburukkan Dengan Tohmahan dan Fitnah Menerima Dana Dari 1MDB.
Tuan Guru Presiden PAS telah menulis dalam surat terbuka dengan nada seorang negarawan dengan ungkapan yang sangat jelas dan nyata;
"Kejayaan penjajah menjatuhkan kerajaan Melayu Islam Melaka apabila adanya sekelompok tertentu yang menjemput penjajah supaya menjatuhkan kerajaan..."
"Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau mebuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita."
"Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing untuk mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, moral mereka paling tidak beriman dan budiman, kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman."
Saya tertanya-tanya, maksud dari perenggan mana merujuk kepada surat terbuka Presiden PAS yang didakwa oleh pihak Pakatan Harapan telah menunjukkan PAS bersekongkol dengan penyelewengan 1MDB serta ada sesuatu kepentingan PAS dalam 1MBD yang ingin disembunyikan bersama Umno!
Apabila Tuan Guru telah meletakkan asas pendirian PAS dengan begitu jelas dan cantik, maka tugas kepimpinan PAS yang lain terutama Pimpinan PAS Pusat adalah untuk mempertahankan pendirian PAS dan memberikan penjelasan kepada khalayak dari pelbagai sudut yang berbeza. Saya tak nampak kecelaruan di kalangan pimpinan PAS dalam isu ini.
Yang mencelarukan keadaan ialah DAP, PAN, PKR dan yang sewaktu dengannya. Kita jangan terperangkap dalam kecelaruan mereka apabila menulis secara terbuka di media maya kononnya pimpinan PAS tak sepakat dalam isu 1MDB dan DOJ padahal kita sendiri adalah seorang aktivis dan juga ahli PAS yang sepatutnya bersama mengambil peranan untuk hadam sebaiknya kenyataan Presiden dan seterusnya bersama mempertahankannya. Jangan jadi terlalu rapuh pendirian sehingga jatuh terperangkap dengan rentak dan gendang tari PH. Ada juga yang menulis dengan nada mengeluh. Kenapa perlu jadi lemah dan mengeluh? Teruskan istiqamah dengan rentak kita. Bukan kita tak tahu bahawa hobi pusing dan spin adalah kerja PH.
Pendirian PAS sangat jelas dalam isu penyelewengan, salah laku, rasuah, pembaziran, penipuan dan pengubahan wang haram termasuk isu dalam 1MDB.
Dari awal lagi PAS mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan salahlaku 1MDB secara menyeluruh dan telus.
Tiada siapa yang boleh dilindungi dan pesalah wajib diheret ke muka pengadilan. Kita ada BNM, SPRM, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Institusi Kehakiman sendiri untuk melaksanakan fungsi menegakkan keadilan dan undang-undang supaya negara dibersihkan dari dakwaan skandal kewangan terbesar ini.
Dari dulu lagi PAS diburukkan dengan tohmahan dan fitnah menerima dana dari 1MDB. Ini adalah wirid harian pimpinan PH untuk menyerang PAS. Apa saja ruang yang boleh spin serta pusing, mereka akan guna.
Mereka dengan kerja mereka. Kita tetap berdiri teguh mempertahankan pendirian Presiden PAS.
Dr Azman Ibrahim.
2 Julai 2017
Ahad, 2 Julai 2017
Penyamun Nak Tangkap Perompak?
Bila US nak campur tangan hal urusan negara lain, alasan klasik mereka ialah untuk menegakkan hak asasi manusia, keadilan, kebebasan dan mengembalikan hak rakyat.
Bila mereka masuk, maka Iraq adalah contoh nyata di depan mata. Apa yang berlaku ialah kemusnahan, pembunuhan, pencabulan dan perogolan serta perompakan khazanah minyak Iraq.
Penjara Abu Gharib, Baghdad berubah menjadi neraka mirip Guatanamo. Tahanan dibogel, dibelengu, diseret dengan tali anjing, dikencing mayat mereka. Penyeksaan dalam penjara Abu Gharib usah diceritakan lagi. Inilah hak asasi gaya US!
Kitab al Quran dijadikan sasaran menembak Tentera US dan muslimat Iraq dirogol. Kes rogol yang berlaku tak terkira lagi. Malah ada kes tentera Amerika merogol seorang gadis dalam rumah yang diserbu dan semua ahli keluarga gadis tersebut ditembak mati.
Fallujah, sebuah bandar Muslim Sunni yang sangat indah dengan penduduknya yang taat beragama sehingga Fallujah digelar 'Madinatul Masaajid' atau Bandar Masjid disebabkan bandar ini mempunyai begitu banyak masjid dibumi hanguskan oleh US. Ratusan ribu penduduknya terpaksa meninggalkan Fallujah menjadi pelarian di negera sendiri.
Apakah kebebasan bagi US bermakna merobohkan patung Saddam Hussein? Apakah hak asasi manusia telah berjaya ditegakkan apabila Saddam maut di tali gantung? Kebebasan apa yang diperjuangkan oleh US sehingga sekarang ini rakyat hidup 'di bawah bayangan maut' setiap hari? Sekarang rakyat Iraq mengeluh, "kalaulah Saddam masih ada tentu kehidupan kami akan lebih baik..."
Iraq yang asalnya sebuah negara terkaya dengan nilai matawang Dinar Iraq adalah yang tertinggi di dunia, sekarang tersenarai dalam kumpulan negara miskin di dunia. Bayangkan dulu 1 Dinar Iraq bersamaan USD3.30.
Kemakmuran apa yang dijanjikan oleh US dengan menjatuhkan Saddam kalau rakyat terpaksa keluar dari negara sendiri untuk mencari peluang pekerjaan. Kata kawan-kawan Iraq yang datang mencari rezeki di Malaysia, "Azman! Iraq bumi tempat awak belajar dulu sudah tiada hari esok!"
Saya tak pernah percaya, tidak percaya dan tak akan percaya dengan sebarang kata manis US walaupun atas nama menegakkan undang-undang dan keadilan dan nak tangkap perompak. Hakikatnya mereka adalah kepala penyamun! Mana mungkin kita boleh percaya kepada kepala penyamun untuk tangkap perompak.
Dr Azman Ibrahim
1 Julai 2017.
Jumaat, 30 Jun 2017
KEMBALILAH KEPADA KEBENARAN
Sesungguhnya Allah عزّوجلّ menciptakan manusia di atas fitrah. Allah عزّوجلّ berfirman:
فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا
"Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu." (QS ar-Rum [30]: 30)
Dan kebenaran adalah salah satu fitrah yang telah ditanamkan oleh Allah عزّوجلّ dalam diri setiap manusia.
TIDAK ADA MANUSIA YANG BERSIH DARI KESALAHAN
Seorang hamba tidak dituntut maksum dari kesalahan, baik ketika dia bergaul dengan manusia atau beribadah kepada Allah عزّوجلّ. Bagaimanapun juga, salah dan lupa menjadi tabiat dasar seorang insan. Ketika seorang hamba bersalah atau terjatuh ke dalam dosa, yang wajib baginya adalah kembali kepada kebenaran, bersegera kembali kepada Allah عزّوجلّ agar dia termasuk seorang hamba yang disebutkan dalam al-Qur'an:
"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (QS Ali 'Imran [3]: 135)
Barang siapa meneliti perjalanan para salaf, niscaya tidak akan menemui pada mereka seorang pun yang punya keistimewaan terjaga dari kesalahan. Akan tetapi, secara yakin kita akan mendapati bahwa mereka adalah orang-orang yang sangat sedikit salahnya. Mereka adalah orang-orang yang paling berhak untuk menyandang gelar dalam firman Allah عزّوجلّ:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (QS al-A'raf [7]: 201)
Inilah letak pentingnya untuk bersegera bertaubat, kembali kepada kebenaran ketika telah jelas kesalahan. Hal ini lebih baik daripada tetap berada dalam kebatilan hanya demi mengikuti hawa nafsu, bujukan setan, senang dan bangga dengan kesombongan diri.
MANUSIA BERBEDA-BEDA TABIATNYA
Telah diketahui secara pasti bahwa manusia punya tabiat yang berbeda-beda. Ada orang yang sifatnya selalu senang, ada yang sering murung, ada juga yang tawadhu', ada yang sombong, dan seterusnya.
Sifat-sifat tersebut yang paling istimewa adalah orang yang sedikit marahnya dan segera mengakui salah serta kembali kepada kebenaran.
Orang yang seperti ini akan cepat mengakui kesalahannya, akan cepat bertaubat dan merasa bersalah yang membawanya untuk kembali ke jalan kebenaran dan memohon ampunan. Jiwanya selalu memerintahkan kepada keburukan, tetapi dirinya mampu menguasainya dan mengalahkannya sehingga dia akan segera kembali kepada kebenaran. Orang semacam ini yang akan mendapat keutamaan. Apa saja keutamaan kembali kepada kebenaran? Jawabnya:
HIKMAH DAN KEUTAMAAN KEMBALI KEPADA KEBENARAN
1. Melaksanakan perintah Allah عزّوجلّ
Allah عزّوجلّ mewajibkan seluruh manusia mengikuti kebenaran, bukan mengikuti adat istiadat atau selalu dalam kebatilan. Allah عزّوجلّ berfirman:
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)." (QS al-A'raf [7]: 3)
2. Mengakui kerendahan dirinya
Sifat manusia yang selalu bersalah akan membawa manusia bersifat rendah hati, mengakui kerendahan dirinya, tidak sombong, karena hanya Allah عزّوجلّ semata yang Maha Sempurna. Nabi عزّوجلّ bersabda:
"Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya. Seandainya kamu tidak berbuat dosa, Allah benar-benar akan menggantikan kamu dan mendatangkan suatu kaum yang akan berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah, maka Allah mengampuni mereka."2
3. Sifat orang yang beriman
Sifat orang yang beriman adalah orang yang segera sadar dari kesalahan, bertaubat kepada Allah عزّوجلّ, dan tidak sombong untuk kembali kepada kebenaran. Sebaliknya, orang munafik adalah orang yang sombong dan enggan menerima kebenaran. Allah عزّوجلّ berfirman:
"Dan apabila dikatakan kepadanya 'bertaqwalah kepada Allah', bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya." (QS al-Baqarah [2]: 206)
4. Meninggikan kedudukannya di hadapan manusia
Orang yang mulia dan terhormat adalah orang yang menerima kebenaran dan mau kembali pada kebenaran. Sementara itu, orang yang angkuh adalah orang yang menolak kebenaran.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia."3
Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله mengatakan, "Yang wajib bagi seorang insan adalah kembali kepada kebenaran di mana pun dia mendapatinya. Walaupun hal itu menyelisihi pendapatnya, tetapi kembalilah kepada kebenaran. Karena hal ini lebih mulia di sisi Allah, lebih mulia di sisi manusia, lebih selamat bagi jiwanya dan lebih bersih, tidak akan membahayakannya. Dan janganlah engkau menyangka jika engkau meninggalkan pendapatmu menuju kebenaran maka hal itu akan menjatuhkan kedudukanmu di mata manusia. Bahkan sebaliknya, hal ini akan meninggikan kedudukanmu dan orang-orang akan mengetahui bahwa engkau tidak mengikuti kecuali kebenaran. Adapun orang yang terus memegangi pendapatnya dan menolak kebenaran, maka orang yang seperti ini adalah orang yang sombong, dan kita berlindung kepada Allah."4
5. Masuk ke dalam surga
Orang-orang yang tidak sombong, yang mau kembali kepada kebenaran, yang mengakui kesalahannya itulah yang berhak masuk surga. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun seberat biji sawi."5
Al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hanbali رحمه الله tatkala mengomentari hadits di atas beliau berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya. Dia memandang rendah orang lain, meremehkan dan menganggap orang lain tidak pantas mengerjakan suatu urusan, sombong menerima kebenaran jika datang dari orang lain."6
KEMBALI KEPADA KEBENARAN LEBIH BAIK DARIPADA TERUS DALAM KEBATILAN
Bukan sebuah aib jika seorang terjatuh dalam kesalahan, karena Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Setiap anak Adam banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang bertaubat."7
Yang menjadi musibah adalah jika seseorang tetap dan terus berada dalam kesalahan dan kebatilan setelah jelas baginya kebenaran. Padahal, jika kita renungi ayat-ayat al-Qur'an, ternyata sangat banyak yang memerintahkan kita agar mengikuti kebenaran. Di antaranya:
Allah عزّوجلّ berfirman:
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)." (QS al-A'raf [7]: 3)
Allah berfirman pula:
"Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa." (QS al-An'am [6]: 153)
BUANG JAUH-JAUH SIKAP SOMBONG!
Mulai detik ini, marilah kita berlapang dada untuk menerima kebenaran. Buang jauh-jauh sikap sombong menolak kebenaran dan terus dalam kebatilan. Janganlah Anda berpaling dari kebenaran dan seruan Allah عزّوجلّ untuk mengikuti kebenaran! Allah عزّوجلّ berfirman:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ
"Dan siapakah yang lebih zhalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Rabbnya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa." (QS as-Sajdah [32]: 22)
Al-Imam Ibnul Qayyim رحمه الله mengatakan, "Demikianlah jika seorang hamba berpaling dari Rabbnya, Allah akan membalasnya dengan berpalingnya Allah darinya. Tidak mungkin baginya kembali kepada Allah. Ingatlah selalu kisah Iblis, semoga engkau bisa mengambil manfaat dari kisah ini, tatkala Iblis bermaksiat kepada Rabbnya dan tidak patuh terhadap perintah-Nya, dia terus seperti itu, maka Allah menghukumnya dengan menjadikan dirinya sebagai penyeru setiap kemaksiatan, baik yang besar maupun yang kecil, hal ini karena sebab berpaling dari Allah. Balasan kejelekan adalah kejelekan semisalnya, sebagaimana balasan kebaikan adalah kebaikan."8
Note
1. Majmu’ Fatawa 10/88.
2. HR Muslim: 2749.
3. HR Muslim: 91.
4. Syarh Riyadhush Shalihin 3/537, Madar al-Wathan.
5. HR Muslim: 91.
6. Jami'ul 'Ulum wal Hikam 2/275.
7. HR at-Tirmidzi: 2499, Ibnu Majah: 4251, ad-Darimi: 2783. Asy-Syaikh al-Albani menyatakan bahwa hadits ini hasan dalam al-Misykah No. 2341.
8. Tafsir al-Qayyim hlm. 320.
Sumbar:
Muslimin Harahap
Rabu, 28 Jun 2017
BAGAIMANA QADA SOLAT YANG TIDAK DIKETAHUI BILANGANNYA?
1. Solat fardu yang tidak dilakukan dalam waktunya, wajib diqada sama ada solat itu ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja, wajib diqada segera, manakala solat yang ditinggalkan secara tidak sengaja tidak wajib diqada segera tetapi menyegerakan qadanya adalah sunat.
2. Ada beberapa perbezaan antara melakukan solat secara tunai (dalam waktu) dan melakukannya secara qada. Antara perbezaannya seperti berikut :
a. Solat tunai dilakukan dalam waktunya sedangkan solat qada tidak semestinya dilakukan dalam waktunya. Maksudnya solat Zuhur tidak wajib diqada dalam waktu Zuhur, bahkan boleh diqada dalam waktu Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
b. Solat tunai dibaca nyaring pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh manakala solat Zuhur dan Asar dibaca secara sir (perlahan). Solat qada pula dibaca sir pada waktu sir dan dibaca jahar (nyaring) pada waktu nyaring. Maksudnya solat Maghrib, Isyak dan Subuh dibaca perlahan jika diqada pada waktu Zuhur atau Asar walaupun ia jenis solat yang dibaca nyaring. Begitu juga solat Zuhur dan Asar dibaca nyaring jika diqada pada waktu Maghrib, Isyak dan Subuh walaupun ia jenis solat yang dibaca sir atau perlahan.
c. Solat tunai dilakukan secara tamam dalam keadaan bermukim dan secara qasar dalam keadaan musafir. Solat qada wajib dilakukan secara tamam jika dilakukan semasa bermukim walaupun solat yang diqada itu ditinggalkan semasa musafir. Jika diqada solat semasa musafir, ia boleh dilakukan secara tamam atau qasar walaupun solat yang diqada itu ditinggalkan semasa bermukim.
3. Jika tidak diketahui bilangan solat yang ditinggalkan, bagaimana cara mengqadanya. Caranya mudah sahaja. Seseorang yang tidak mengetahui bilangan solat yang ditinggalkan, maka dia hendaklah mengqada setiap fardu solat berulang-ulang kali sehingga dia yakin dia telah mengqadakan sepenuhnya. Sekiranya dia masih tidak yakin, maka dia terus mengqadanya sehingga sampai tahap yakin. Dengan cara itu semua solat yang ditinggalkan dikira telah diqada sepenuhnya.
(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)
Isnin, 26 Jun 2017
Islam Banyak Mengatur Etika dan Moral Kepemimpinan
Islam telah banyak mengatur etika dan moral kepemimpinan, baik di dalam Alquran maupun hadis Nabi Muhammad saw serta ijma para ulama. Semua ajaran etika dan moral dalam kehidupan masyarakat adalah merupakan etika dan moral kepemimpinan, namun inti dari semua itu adalah amanah dan keadilan sebagaimana firman Allah swt dalam QS. An-Nahl/16:90
Bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran".
Keadilan dalam hal ini adalah di dalam memutuskan suatu perkara tidak berat sebelah, keadilan harus dinikmati setiap orang baik muslim muapun non muslim, pejabat maupun bukan pejabat, keluarga maupun bukan keluarga, hendaknya putusan yang diberikan kepada mereka sesuai dengan ketetapan hukum dan bukan berdasarkan atas permusuhan.
Beberapa perinsip ajaran Islam yang dapat dijadikan etika dalam kehidupan berbangsa dan bernegara antara lain meliputi kekuasaan sebagai amanah, musyawarah, keadilan sosial, persamaan, pengakuan dan perlindungan terhadap hak-hak asasi manusia. Dalam konteks kenegaraan, amanah dapat berupa kekuasaan ataupun kepemimpinan. Kekuasaan adalah amanah, maka Islam secara tegas melarang kepada pemegang kekuasaan agar melakukan abusei atau penyalagunaan kekuasaan yang diamanahkannya. Karena itu pemegang kekuasaan atau pemimpin wajib berlaku adil dalam arti yang sesungguhnya.
Apabila beberapa perinsip ajaran Islam tersebut di atas tidak diamalkan dengan baik dan benar, maka akan muncul keterpurukan etika dan moral pemimpin sebagai berikut:
Pertama,
Keterpurukan etika dan moral pemimpin disebabkan masih ada hubungannya dengan korupsi yaitu pemimpin yang sangat ambisius untuk mendapatkan harta yang banyak, tidak mempertimbangkan halal dan haram yang penting tujuan tercapai.
Selain itu, hukum bertujuan untuk mencapai keadilan sebagaimana yang ditegaskan dalam surah Al-Maidah/5:42 "sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi sesamanya".
Kedua,
Keterpurukan etika dan moral seorang pemimpin adalah pemahaman terhadap ajaran agama sebagai pengendali dalam melakukan tindakan, karena lemahnya agama dapat menyebabkan para pemimpin tidak memperhatikan nilai-nilai etika dan moral. Oleh karenanya wajib bagi seorang pemimpin untuk memperbaiki pemahaman terhadap ajaranya.
Ketiga,
Keterpurukan etika dan moral pemimpin adalah pemimpin yang bersikap sombong. Sebagaimana halnya raja Namruz. Dia adalah orang pertama yang melakukan kesombongan di muka bumi yang mengakui dirinya sebagai Tuhan. Ketika terjadi krisis ekonomi pada zaman kerajaannya, rakyat sangat menginginkan makanan, tetapi raja Namruz tidak mau memberikan makanan yang dia miliki walaupun membeli, jika rakyat tidak mau bersujud kepadanya dan mengucapkan Kamulah Tuhanku.
Itulah sikap sombong yang diperlihatkan oleh seorang pemimpin yang tidak memperdulikan nilai-nilai etika dan moral dalam kepemimpinannya.
Keempat,
Kurangnya rasa tanggung jawab. Kekuasaan bukanlah sebuah kenikmatan yang harus dihirup, melainkan suatu tanggung jawab, maka berat harus dipikul dan mempertanggungjawabkannya dihadapan Allah swt yang secara demokrasi adalah dihadapan rakyat secara terbuka dan jujur. Berkuasa adalah bukan memegang kendali politik sambil menikmati sumber daya dengan cara menindas, melainkan terkandung pertanggungjawaban politik yang berat di dalamnya.
Kelima,
Tidak jujur. Tanpa kejujuran, maka keutamaan moral lainnya kehilangan nilai. Bersikap baik kepada orang lain, tetapi tanpa kejujuran adalah kemunafikan dan sering beracum. Hal yang sama berlaku pada sikap tenggang rasa dan diri, tanpa kejujuran, dua sikap itu tidak lebih dari sikap berhati-hati tanpa tujuan untuk tidak ketahuan maksud yang sebenarnya.
Sikap jujur harus dimiliki setiap pemimpin, karena tanpa kejujuran seorang penguasa atau seorang pemimpin, segala tindakannya akan mengarah kepada kemunafikan dan tanpa kejujuran keutamaan etika dan moral kehilangan nilai.
Alquran adalah petunjuk bagi umat manusia, maka tidak berlebihan apabila alquran dijadikan sebagai konsep etika politik, dimana etika ingin menjawab “bagaimana hidup yang baik”.
Dengan demikian alquran menerangkan tentang etika dan moral sebagaimana terdapat dalam QS. Al-Imran/3:159
Maksudnya : Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Kandungan ayat tersebut di atas menerangkan tentang etika dan moral kepemimpinan yang diperlukan untuk mendapatkan dukungan dan partisipasi umat, antara lain memiliki sifat lemah lembut dan tidak menyakiti hati orang lain dengan perkataan atau perbuatan, serta memberi kemudahan dan ketentraman kepada masyarakat. sifat-sifat ini merupakan faktor subyektif yang dimiliki seorang pemimpin yang dapat merangsang dan mendorong orang lain untuk berpartisipasi dalam musyawarah,. Sebaliknya, jika seorang pemimpin tidak memiliki sifat-sifat tersebut di atas, niscaya orang akan menjauh dan tidak memberi dukungan.
Dalam sejarah, kaum Majusi telah menguasai dunia selama empat ribu tahun. Kelanggengan kekuasaan hanya dapat terjadi dengan perilaku adil terhadap rakyat dan memelihara urusannya secara bersama-sama. Mereka tidak membiarkan kezaliman dalam urusan agama dan keyakinan mereka. Mereka mengelolah negaranya dengan adil. Mereka juga senantiasa berbuat adil terhadap manusia. Dengan demikian dapat dipahami bahwa kemakmuran dan kehancuran dunia bergantung kepada penguasanya. Jika penguasa adil, maka dunia akan makmur dan rakyat akan merasa aman, sebaliknya penguasa tidak adil, maka dunia akan runtuh. Sebab agama merupakan sistem nilai yang diyakini kebenarannya dan panduan kehidupan serta modal ketenangan jiwa sebelum seseorang menentukan suatu tindakan tertentu.
Prinsip ajaran Islam yang dapat dijadikan etika dalam kehidupan berbangsa dan bernegara adalah kekuasaan sebagai amanah. Prinsip amanah tercantum dalam Alquran surah Al-Nisa/4:58
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat".
Makna amanah adalah “titipan” atau “pesan”. Dalam demokrasi Islam, amanah dipahami sebagai “sesuatu karunia atau nikmat Allah yang merupakan suatu bentuk pemeliharaan dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan perinsip-perinsip dasar yang telah ditetapkan dalam Alquran yang kelak harus dipertanggungjawabkan kepada Allah.
Seseorang yang bertanggungjawab diharapkan takut kepada Allah terhadap apa yang ditugaskan kepadanya dari urusan umat agar ia ingat betapa besarnya amanah yang diemban untuk mengerjakannya. Alquran sebagai sumber gagasan etika politik berusaha menanamkan perilaku yang baik kepada para pemimpin untuk mewujudkan suatu pemerintahan yang berwibawa. Oleh karenanya perilaku rakyat sangat tergantung dari kebijakan para pemimpin, rakyat bermoral adalah cerminan dari seorang pemimpin. Pemimpin yang bertanggungjawab adalah pemimpin yang beretika dan bermoral yang bersumber dari nilai-nilai luhur agama. Dengan demikian segala tindakan yang baik, adil, beramanah dari pemimpin akan mendapatkan syafaat, selama pemimpin tidak keluar dari koridor yang telah digariskan oleh Allah swt dalam Alquran sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Kesimpulan
Etika politik Islam senantiasa merujuk pada ketentuan dalam Alquran dan hadis. Dalam Alquran menyerukan umatnya untuk berlaku adil dan berbuat baik serta berlaku amanah. Perinnsip dasar dalam etika politik Islam adalah menjunjung tinggi nilai-nilai keadilan dan menghormati hak-hak asasi manusia, sehingga tercipta suatu kedamaian yang berkelanjutan dibawah norma-norma agama. Dan ketika segala aktifitas politik yang dilakukan senantiasa dituntut oleh nilai-nilai yang bersumber dari Alquran, maka aktifitas yang dilakukan mendapat berkah yang berlipat ganda, sehingga terhindar dari malapetaka yang disebabkan karena melakukan keterpurukan atau kemungkaran.
Ahad, 25 Jun 2017
CERAMAH BADAR AL- KUBRA OLEH TITM -19 JUN 2017
CERAMAH BADAR AL- KUBRA OLEH TITM -19 JUN 2017
Madinah Ramadhan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.
PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HARI RAYA AIDILIFTRI 1438H
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dapat menjadi tetamu Allah selama sebulan di bulan Ramadan. Allah telah mendidik kita dengan meninggalkan makan minum dan kemahuan nafsu yang dihalalkan di waktu siang hari pada bulan-bulan yang lain. Tujuannya supaya kita sedar betapa kehidupan kita menjadi manusia dengan adanya akal fikiran untuk mencari ilmu dan pengalaman hidup, rezeki harta dan kemudahan adalah semuanya pemberian daripada Allah.
Hari raya bermakna kita menyambut kemenangan, maka tiada kemenangan bagi mereka yang tidak berpuasa Ramadan dan tidak meninggalkan maksiat. Setelah itu, wajiblah juga kita raikan kemenangan dengan berjuang melawan musuh Allah seluruh pelosok dunia yang menyekat dan menghalang Islam, supaya hukum Allah di dalam Al-Quran yang diajarkan oleh Rasulullah SAW diamalkan semula keseluruhannya setelah dibuang oleh para penjajah.
Walaupun kita telah berjaya meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui rundingan bahawa Islam adalah agama negara, tetapi di dalam perlembagaan itu juga masih ada halangan-halangan yang menyekat kuasa hukum Islam. Di antaranya adalah perkara yang disebut Akta 355 yang menjadikan Mahkamah Syariah bagi orang-orang Islam disekat kuasanya.
Mewujudkan Mahkamah Syariah adalah perintah Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW. Mahkamah Syariah sudah ada pada namanya sahaja, tetapi kuasa berhukum dengan syariat Allah disekat dan dihalang oleh penjajah Inggeris dahulu. Maka wajib kepada kita semua bersatu membuang segala sekatan itu dan haram bersama mereka yang menentang dan menghalang usaha ini. Melaksanakan hukum Allah juga menjadi sebahagian daripada iman dan amal soleh yang wajib kerana termasuk dalam perkara amar maaruf dan nahi mungkar yang disebut oleh Allah menjadi syarat mendapat rahmat-Nya.
Marilah kita menyambut hari raya dengan semangat kuat bertaqwa kepada Allah, membuktikan keimanan kepada semua petunjuk Al-Quran dan bersatu menentang semua pihak yang bermusuh dengan usaha menegakkan hukum Islam, yang terkini adalah RUU 355 yang menjadi pembuka pintu kepada semua negeri bagi kembali kepada hukum Islam mengikut kemampuan masing-masing. Lupakan segala perbalahan kita dengan menghadapi musuh yang sebenar kerana yang menjadi musuh kita adalah yang menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi dengan berbagai tipu daya dan fitnah.
Dalam kesempatan ini juga, saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli PAS, para penyokong dan seluruh umat Islam walau dimana jua berada.
Saya mendoakan anak-anak di perantauan yang pulang beraya di kampung halaman agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pandulah secara berhemah dan berhati-hati. Elakkan memandu ketika mengantuk, berehatlah sekejap. Patuhi peraturan jalanraya dan had laju yang ditetapkan serta menghormati pengguna jalanraya yang lain.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Minal 'Aidin Wal Faizin
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Syawwal 1438H bersamaan 25 Jun 2017M
Selasa, 20 Jun 2017
DAP anti Islam, Umno tak bersungguh dengan Islam.
DAP anti Islam, Umno tak bersungguh dengan Islam.
Ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa di Jitra kelmarin 19 Jun, Perdana Menteri Dato' Seri Najib mendakwa sebab PAS telah meninggalkan pakatan pembangkang ialah kerana dibuli oleh DAP.
Suatu kenyataan yang bunyinya agak lucu dari seorang Presiden Umno yang gagal untuk memahami isu sebenar yang menyebabkan PAS membatalkan tahaluf dengan DAP.
Umum mengetahui PAS adalah sebuah parti yang telah begitu lama berjuang di persada politik tanahair. Kewujudannya telah menjangkau usia 66 tahun. Kematangan dan ketahanan PAS melalui jatuh bangun serta kalah menang dalam perjalanan yang panjang ini usah dipertikaikan lagi. Malah PAS adalah sebuah parti yang jauh lebih kukuh berbanding parti-parti lain dalam pakatan pembangkang dari segi aspek jentera parti, jumlah cawangan serta keahlian di peringkat akar umbi.
Selama 66 tahun PAS teguh mempertahankan prinsip perjuangan dengan meletakkan Islam sebagai dasar. Ketika berpakat atau berpisah dengan mana-mana parti lain, syarat utama PAS ialah Islam. Tidak ada kompromi dan tolak ansur dalam mempertahankan prinsip Islam walau dengan siapa sekalipun PAS membuat kerjasama.
DAP bukan setakat tidak mahu melaksanakan Islam malah memusuhi Islam. DAP adalah sebuah parti anti Islam walaupun di dalamnya ada beberapa orang pemimpin Melayu.
Ibarat seorang kawan yang naik satu kereta bermusafir bersama kita, bila masuk waktu solat, kalau pun mereka tak mahu solat, sekurang-kurangnya mereka bersetuju untuk berhenti dan tunggu sehingga kita selesai solat. Bukan kita nak paksa mereka solat. Tapi ternyata DAP bukan setakat tak mahu solat, malah mereka juga menentang keras untuk kita berhenti seketika bagi menunaikan solat. Maka DAP tak layak lagi dibuat kawan.
Orang yang tak faham Sirah Nabi akan mengatakan bahawa Rasulullah dan para Sahabat telah berhijrah meninggalkan Kota Mekah ke Madinah kerana ditindas, dizalimi dan disiksa oleh musyrikin Quraisy. Lalu Rasulullah berhijrah untuk menyelamatkan diri. Tetapi mereka yang faham akan mengerti bahawa sebab Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah adalah untuk berpindah dari satu tempat dimana Islam tak diizinkan berdiri sebagai satu sistem lengkap lalu berpindah ke satu tempat baru dimana Islam boleh berdiri sebagai sistem lengkap sehingga membentuk dan mentadbir sebuah negara. Perlaksanaan Islam yang menjadi sebab hijrah, bukannya kerana takut dan bukan juga kerana dibuli oleh musyrikin Quraisy.
Mereka yang tak faham akan mengatakan PAS telah meninggalkan pakatan pembangkang kerana dibuli, tapi mereka yang faham akan melihat dengan jelas bahawa halangan dan penentangan DAP terhadap Islam adalah punca PAS meninggalkan rakan tahaluf dalam pakatan pembangkang. Tahaluf bukannya dilaksanakan semata-mata kerana nak menang ke Putrajaya tanpa menghiraukan soal bagaimana dan dimana nanti syariat Allah mengambil peranan dalam mengisi kemenangan.
Kalau DAP menghalang dan menentang syariat Allah, kenapa PAS tak bersama Umno? Sebuah parti orang Melayu beragama Islam!
Jawabnya DAP menentang Islam manakala Umno pula tak bersungguh dan tak serius nak melaksanakan Islam. Islam bagi Umno cuma dizahirkan ketika terdesak dan terhimpit untuk meraih sokongan. Masa senang Umno lupa Islam, bila tersepit Umno ingat Islam. Pemimpin Umno bertakbir dalam Perhimpunan Agong Umno, dalam masa yang sama kerajaan Umno jugalah yang memberi lesen kepada pelbagai maksiat dan judi dihalalkan dalam negara.
Pemimpin Umno bercakap tentang Islam. Mereka jugalah juara penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, kroni, nepotisme, salah tadbir urus, pembaziran harta negara serta kemewahan melampau pemimpin negara.
Islam dalam Umno hanyalah satu biro, bukannya dasar dan matlamat perjuangan.
Memang PAS dan Umno sama-sama orang Melayu, tetapi sangat berbeza kerana Melayu Umno berjuang atas dasar kebangsaan sementara Melayu PAS meletakkan Islam sebagai dasar.
Pemimpin Umno dan PAS sama-sama Islam. Tapi belum ada lagi pemimpin PAS yang ditahan dan dibicarakan kerana rasuah. Pemimpin Umno pula ramai yang merengkok dalam penjara kerana rasuah.
Pemisah antara PAS dan Umno ialah Islam! Terima Islam sebagai dasar perjuangan lalu berkerja untuk melaksanakan Islam, maka kita boleh bersama.
Dr Azman Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
20 Jun 2017
Ahad, 18 Jun 2017
PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia.
Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A:
“Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita.”
Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran:
“Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu.” (Surah Al-Maidah, 5 : 3)
Menjadikan Islam sebagai teras juga membawa makna matlamat utama perjuangan ialah mencari keredhaan Allah. Berjuang bukan kerana jawatan dan kedudukan, sebaliknya berjuang sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan meninggikan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Misi Islam ialah beramal kerana Allah, Dialah yang lebih layak menjadi tempat rujukan dan menjadi pemutus dalam setiap tindakan hamba-hambaNya.
Dahulu, Tanah Melayu pernah menjadikan Islam dan segala undang-undang yang terdapat di dalamnya sebagai perlembagaan dan sumber rujukan utama. Namun, pencerobohan dan penjajahan oleh imperialis barat telah mengganggu-gugat kedudukan Islam sehinggalah pada hari ini, rakyat Malaysia sendiri lupa akan asal-usul juga sejarah yang pernah dilakarkan oleh ulama silam. Imperialis Barat bukan sahaja datang membawa misi untuk menjajah Tanah Melayu, bahkan mereka membawa doktrin dan ideologi yang memisahkan masyarakat, khususnya pentadbiran di Tanah Melayu ini daripada Islam.
Konsep demokrasi yang diperkenalkan juga merupakan antara doktrin yang berjaya mereka terapkan di dalam amalan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Sungguhpun begitu, PAS menggunakan ruang yang ada untuk terus memastikan agenda Islam dapat diperjuangkan dalam suasana demokrasi. Malah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memastikan keadilan dan demokrasi dapat ditegakkan kembali di Malaysia. Ini kerana, demokrasi selagi tidak melampaui batas, adalah diterima dan boleh menjadi platform yang baik untuk memperjuangkan Islam. Hasilnya, Kerajaan Negeri Kelantan terus aman dan berkembang dan dipimpin dengan Islam menjadi teras utama kerajaan.
Demokrasi pula merujuk kepada kuasa rakyat dan penyertaan ramai dalam membuat sesuatu keputusan. Konsep majoriti merupakan asas kepada demokrasi. Dalam konteks negara demokrasi, parti yang mendapat lebih banyak undi akan terpilih sebagai parti pemerintah. Semua parti politik yang menyertai pilihanraya di Malaysia, menerima hakikat ini. Sekalipun proses demokrasi di Malaysia tidak begitu menjamin hak semua rakyat, khususnya parti politik, kita perlu bersetuju bahawa proses demokrasi ini adalah proses terbaik untuk memastikan keharmonian politik dan sosial di Malaysia.
Begitupun, Islam tidak boleh disamaertikan dengan proses Demokrasi. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada ramainya penyokong. Apalagi hukum-hakam dalam Islam, bukanlah subjek yang boleh dipertimbangkan melalui suara majoriti. Namun, situasi dalam negara demokrasi memerlukan sokongan ramai untuk memastikan Islam berjaya ditegakkan. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia tidak kira dari parti Umno Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari parti PAS untuk memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi.
Islam merupakan agama Allah. Ia disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, melalui proses yang pelbagai. Namun, ia bukanlah suatu yang boleh dipertimbangkan untuk diterima atau ditolak, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan.
PAS sebagai sebuah parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya, sebagai tanda penerimaan dan persetujuan bahawa Malaysia sebuah negara yang demokratik. PAS juga berkeyakinan penuh bahawa melalui jalan demokrasi ini, PAS mampu mencapai matlamatnya memaknakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun bersetuju untuk menyertai proses demokrasi, tetapi PAS perlu kekal sebagai parti Islam yang tulen. Menggabungkan diri dalam perjuangan Islam sahaja sudah cukup indah dan sempurna tanpa menyamakannya dengan mana-mana bentuk ideologi dan pemikiran.
PAS sebagai sebuah parti politik tidak pernah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan politik untuk mendapatkan kuasa, apa lagi menjadikan Islam sebagai mangsa demokrasi sehingga isi kandungannya boleh dipisah-pisahkan sesuka hati. Sebaliknya, PAS komited menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan menjadikan Malaysia ini Negara yang berkebajikan adalah selaras dengan misi ini.
Bahkan Allah Taala melantik seluruh umat manusia, tidak terkecuali walau seorangpun, sebagai khalifah yang menjadi wakil pemerintahan di muka bumi. Bermakna, manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan.
Sumbar dari:
Muhammad Ismi Mat Taib
Isnin, 5 Jun 2017
Peranan PAS melalui dakwah dan politik.
Tanggapan yang selalu tersilap ialah menganggap PAS hanyalah sebuah parti politik.
PAS sebenarnya lebih dari itu. PAS pada asasnya ialah satu gerakan dakwah dan tarbiyah ummah yang bertujuan mengajak kembali kepada ketauhidan dan menjauhi syirik.
Selain itu, PAS juga mengajak ummah untuk menentang perhambaan kepada harta, pangkat kebesaran dan menentang perhambaan kepada manusia dan sistem ciptaan manusia.
Politik membentuk sebahagian dari asas perjuangan PAS.
Penyertaan PAS dalam pilihanraya tidak sama matlamatnya dengan parti politik lain.
Dalam apa juga keadaan, PAS berusaha menzahirkan Islam di dalam semua aspek kehidupan, termasuklah politik.
PAS terus bekerja menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh sendi masyarakat. Dakwah bukan hanya mengajak kepada Islam sebagai aqidah tetapi seluruh sendinya.
Jika kita menggunakan kebersihan awam dan tandas awam di negara Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam sebagai piawai, begitulah jauhnya lagi amalan Islam dipraktikkan di Malaysia.
Ini menjadikan persoalan-persoalan seperti kebajikan, kebersihan, keselamatan pekerja, pembelaan golongan tertindas, tadbir urus kerajaan, sistem kenegaraan sebagai medan dakwah yang sangat luas.
Bukankah semua ini adalah manhaj Islam sebagai penyelamat ummah?
Pembinaan tarbiyah ummah bermula seawal kelahiran. Semua medan besar dakwah ini tidak terikat dengan pilihanraya.
Kerana itu, ahli dan pimpinan PAS yang memahami perjuangan besar PAS sebagai satu gerakan dakwah, tidak akan terbelenggu dengan dogma bahawa kalau tewas maka habislah perjuangan.
Selain dakwah, PAS juga berusaha untuk memperbaiki diri.
PAS juga berusaha untuk menentang kemungkaran, menukar parti yang korup, rasuah dan pelbagai kelemahan yang ada dengan Islam sebagai pemandu.
PAS bekerja keras bagi mencapai kemenangan setiap kerusi yang dipertandingkan. Kerana itu, PAS berdaftar sebagai sebuah parti politik. Bukan semacam jamaah dakwah lain.
Kerana mendapatkan kekuasaan adalah sebahagian dari kesempurnaan penghayatan Islam. Kuasa ialah alat bukannya matlamat akhir perjuangan PAS.
Inilah yang membezakan kita dengan parti politik lain.
Mereka yang hanya berfikir mengenai kerusi pilihanraya akan meroyan apabila hanya memikirkan soal menang kalah perjuangan berdasarkan pilihanraya sahaja.
Aspek kemenangan pilihanraya hanyalah sebahagian daripada wasilah perjuangan PAS yang luas.
Penetapan tiga tonggak utama perjuangan iaitu dakwah, tarbiyah dan siasah membuktikan jauhnya pandangan politik PAS.
Di saat kita memburu kemenangan pilihanraya, kita wajib memperkasakan kesemua dimensi perjuangan iaitu dakwah dan tarbiyyah.
Ketiga-tiga tonggak ini mestilah seimbang, bagi mempastikan perubahan secara seimbang dan bersepadu.
Fokus yang besar kepada gerak kerja politik sahaja, dengan mengabaikan tarbiyyah akan hanya melahirkan golongan yang kecewa dan putus asa apabila tewas dalam pilihanraya hatta pemilihan parti di muktamar.
Ia akan mula menyalahkan pelbagai pihak atas kekalahannya, lantas ia menjadi golongan yang mudah futur dalam perjuangan. Di saat inilah syaitan akan menghasutnya dan menjauhkan ia dari perjuangan dan jihad.
Andainya ukuran kejayaan hanya kepada kalah atau menang pilihanraya sahaja, maka sangat murahlah perjuangan ini. Hampir tiada beza dengan parti lain yang dasarnya tidak berpijak kepada aqidah dan syariat Allah.
Memantapkan tonggak dakwah
Apabila Lujnah Dakwah dipisahkan dari lujnah penerangan, maka ia telah menghantar isyarat jelas perlunya diperkasakan peranan dakwah dalam PAS.
Lujnah kanan dalam parti ini mempunyai fungsinya tersendiri. Ia berkait rapat dengan hala tuju parti dan pemerkasaan organisasi parti.
Lujnah ini menjadi pilihan kepada ahli yang berminat dalam medan dakwah melebihi medan politik pilihanraya. Ia mesti menyediakan ruang dan peluang yang terbuka kepada petugasnya.
Medan dakwah yang sangat luas ini memerlukan kesungguhan kerja dan mujahadah yang sangat tinggi.
Medan ini memerlukan dana yang besar bagi menggerakkan aktiviti samada di kalangan umat Islam atau mereka yang belum menerima Islam sebagai aqidah mereka.
Kita mesti bekerja sebagai sebuah kerajaan menanti yang tersusun teguh samada fizikal jamaah (organisasi) atau rohiyyah jamaah yang dibuktikan melalui kepatuhan, ketaatan, dan keikhlasan dalam perjuangan.
Bahtera besar ini mesti terus belayar, di saat gelombang besar, mungkin perjalanannya perlahan dan lebih berhati-hati, manakala di saat lautan tenang ia boleh meluncur laju ke destinasi.
Nakhoda kapal akan memastikan laluan kapal akan belayar dengan betul walau sesekali membelok ke kiri atau kanan bagi mengelak batu karang atau gelombang besar. Ia tahu apa yang perlu dilakukan.
Anak-anak kapal tidak perlu mengambil alih tugas nakhoda. Kerana nakhoda jamaah ini mempunyai pasukan bagi membincang, merangka dan membuat keputusan bagi membantu tepatnya keputusan dan benarnya tindakan.
Tarbiyyah adalah tonggak utama dalam parti. Ia bukan hanya berlegar di sekitar kepimpinan melalui medan sedia ada, seperti usrah, tamrin, rehlah, muqayyam dan liqa fikri.
Tarbiyyah meliputi pendidikan politik Islam kepada rakyat. Mendidik agar berfikir secara Islam agar boleh bertindak secara Islam.
Apabila PAS memperkenalkan BPMS (Budaya Politik Matang dan Sejahtera), ia bukan sekadar anjakan pendekatan politik, tetapi ia adalah perubahan cara berfikir di kalangan masyarakat.
Ia dijadikan dorongan untuk mendidik rakyat agar berfikir secara Islam, berdasarkan wahyu Ilahi. Penilaiannya bukan hanya hitam dan putih. Tetapi yang hak sebagai hak, yang batil sebagai batil.
Anjakan ini bersifat mendidik rakyat agar berani menyokong kebenaran seandainya ia sesuatu yang benar, walaupun ia dilakukan oleh pihak yang tidak disukai mereka.
Gambaran bahawa pembangkang perlu membangkang kerajaan secara totok, dan kerajaan perlu mempertikaikan segala cadangan pembangkang adalah cara lapuk dan ketinggalan.
BPMS membuat anjakan besar bahawa kita perlu menyokong apa jua tindakan yang betul dan tepat walaupun ia daripada pihak yang tidak disukai seperti kerajaan memerintah, selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Namun kita perlu bangkit menentang sesuatu yang bercanggah dengan syarak, walau dilakukan oleh pihak yang disukai, seperti parti sendiri.
Penentangan terhadap kemungkaran tidak semestinya dalam bentuk menyerang peribadi atau memaki hamun dan mencerca. Lagi tidak munasabah jika kemungkaran dijawab menggunakan fitnah atau fitnah diguna untuk menjawab satu fitnah yang lain.
Ia boleh dilakukan dengan menegur, menasihati, memberi cadangan, menyerah memo, demonstrasi, atau menggerakkan rakyat agar mengundi dengan betul di dalam pilihanraya.
Pendekatan yang lebih matang ini inshaAllah menjadikan perubahan yang dicari tidak mendatangkan kemudharatan yang lebih besar kepada rakyat dan negara. Tragedi perubahan yang malang yang telah banyak berlaku di pelbagai negara perlu dijadikan panduan.
Betapa banyak rakyat yang lebih menderita selepas perubahan yang dicari. Mereka ditekan dengan kezaliman pemimpin, rasuah dan salahguna kuasa, penyelewengan harta negara sehingga sangat membebankan rakyat lalu mereka bangkit.
Sayangnya selepas berjaya dilakukan pertukaran kerajaan yang zalim dan menindas itu, mereka baru sedar penggantinya sebenarnya jauh lebih teruk menjadikan mereka lebih menderita dari sebelumnya. Inilah yang berlaku di Iraq, Libya dan Mesir.
Ini semua memberi petunjuk bahawa mengurus perubahan lebih penting dari perubahan itu.
Anjakan pendekatan BPMS, malangnya telah menyebabkan PAS dilihat mesra Umno-BN. Lalu pelbagai serangan dihalakan kepada parti dan kepimpinannya untuk terus menanam persepsi tersebut.
Pimpinan PAS menyedari dan sudah menjangkakan hal ini, kerana rata-rata pembangkang masih berfikiran lama, dan hanya selesa dengan politik warisan penjajah yang berpaksi kepada politik sekular yang tidak ada kawalan akhlak dan adab Islam.
Ceramah yang tradisinya mesti ada maki hamun, cerca dedah keaiban peribadi, dan sengaja mewujudkan persepsi negatif walaupun berdasarkan fakta yang tidak betul sekalipun.
Permohonan maaf atau menarik balik tuduhan menjadi perkara murah yang boleh dijualbeli dalam politik. Satu-satu fitnah hari ini sanggup dipertahankan sehingga ia dibicarakan di mahkamah bertahun kemudian sebelum meminta maaf. Bagi golongan ini, yang penting ialah membina persepsi semasa bagi meraih sokongan pada waktu itu sahaja.
Beginilah budaya politik negara bertahun lamanya yang semakin menjadi-jadi saban hari kerana adanya media sosial sehingga memualkan. Tidak hairan bila munculnya gambaran bahawa politik itu kotor. Politik yang tiada kena-mengena dengan agama. Politik suku agama suku dan sebagainya.
Negara dikatakan sedang menuju kepada negara maju. Kemajuan bukan hanya dalam aspek pembangunan, ia juga mesti meliputi politik kepartian.
Kalau di negara maju menjadi kebiasaan Perdana Menteri boleh menjemput ketua pembangkang hadir mendengar taklimat sesuatu projek besar negara. Peruntukan yang sama akan diberi kepada parti kerajaan atau pembangkang yang memenangi pilihanraya.
Pembangkang juga akan dilantik dalam sesuatu jawatankuasa bagi memantau perjalanan kerajaan.
Tanpa budaya BPMS, ini mustahil diamalkan di negara ini. Jika ada ahli parlimen setempat daripada pembangkang yang hadir dalam program kerajaan seperi majlis bantuan kepada nelayan di bawah parlimennya, mereka terus dicop kononnya hendak bersama kerajaan. Ini yang terjadi pada PAS.
Apabila pimpinan PAS menghadiri majlis menentang kezaliman umat Islam Rohingya, pelancaran kapal Flotilla maka terus diserang sebagai ' PAS dan Umno sekapal'. Beginilah cara berpolitik hari ini sehingga melahirkan kenaifan fikiran sebahagian masyarakat kita.
Namun begitu, PAS akan terus membudayakan BPMS.
PAS berbangga bahawa kita telah berjaya membuat anjakan cara berfikir dan berpolitik di negara ini.
Apa-apa yang baru yang melanggar amalan hari ini akan pasti mendatangkan pelbagai reaksi. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya dengan izin Allah.
PAS percaya bahawa budaya BPMS ini sangat diperlukan sebelum negara boleh bergerak ke depan, dan supaya perubahan yang dicari tidak akan bersifat separa dan tergantung.
Hampir semua rakyat bersetuju, negara memerlukan pemandu baru.
Pemandu yang lama ini sengaja mengekalkan rakyat dalam keadaan sakit, pada masa yang sama berlakon menjadi doktor tunggal yang dapat memberikan panadol menyebabkan rakyat terpaksa bergantung padanya. Itulah kaitan sebenar antara GST dan BR1M.
Kita mengakui bahawa kepimpinan negara yang diterajui oleh Umno-BN adalah punca kepada masalah negara. Namun, perkara yang lebih penting pada waktu ini ialah membantu rakyat bagi memahami situasi yang berlaku dalam negara kini.
Rakyat memerlukan pemandu baru yang bukan sahaja tahu jalan yang ingin dilalui, tetapi turut memahami jalan mana yang selamat bagi rakyatnya di dunia dan akhirat.
Pemandu ini tidak hanya sibuk membina dunia, tapi juga sibuk membina akhirat bagi negara dan rakyatnya.
Oleh itu, pemandu yang baru mesti juga bertindak mengikut panduan Al-Quran dan Hadis.
PAS telah mengutarakan kerajaan teknorat sebagai penyelesaian.
Kerajaan teknokrat adalah satu langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara manakala parti dan ahli politik menjadi wadah perubahan tersebut.
Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan yakni kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada Perdana Menteri hingga ke peringkat terbawah.
Sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan PM dan menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihan raya.
Kuasa politik yang didapati melalui pilihanraya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan professional untuk mentadbir negara.
Berdasarkan sejarah politik negara, kita harus menerima hakikat bahawa bukan semua teknokrat tahu berpolitik dan bukan semua ahli politik itu berminda teknokratik.
Seperti BPMS, PAS akan berusaha melanjutkan idea kerajaan teknorat ini sebagai satu model pentadbiran untuk negara. InshaAllah.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
4 Jun 2017
Selasa, 30 Mei 2017
Politik Persepsi Yang Jijik.
Politik persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno Perikatan, kemudian Umno Bn. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin pakatan harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak masuk umno". inilah tag line yang paling popular.
Paling kelakar sekali menuduh PAS, sekiranya BN menang PRU 14, semuanya berpunca daripada PAS kerana PAS tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini. Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baru, kemudian sertai Pakatan Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN. Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi PAS yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan.
Cyber trooper mereka cukup cekap dibantu pula oleh portal popular yang memang dulu kini selamanya tidak pernah bersama dengan PAS untuk agenda Islam. Ucapan pemimpin PAS akan diambil sekerat dan diletakkan tajuk supaya memburukkan PAS. Isi keseluruhan tidak diambil. Etika kewartawanan sudah dibuang ke laut China Selatan. Manakala ucapan pemimpin mereka akan disucikan seperti air mutlak oleh cyber trooper mereka. Walau pun kadang -kadang mengguris perasaan hati umat Islam.
Jika ada gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin Umno walau pun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk umno. Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan umno. Jika ada pemimpin Dap, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah. Maka terus cyber trooper mereka akan membersihkan tindakan ini, seperti suci di dalam debu. Ini program kerajaan tidak ada masalah. Jika pemimpin kesayangan mereka tidak apa, kalau pemimpin PAS, maka macam-macam ayat yang dihemburkan. Sehingga ada yang menuduh akan disambar oleh api neraka, kerana hadir program kerajaan. InsyaAllah pengikut PAS tidak sebodoh itu hendak melebelkan seorang kerana berpegang tangan dan berlaga perut di dalam program kerajaan.
Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada umno selepas kalah PRU 14. Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana.
Generasi muda yang berumur 20-30 tahun tidak menerima kaedah ini. Mereka mahu penyelesaian. PAS akan buktikan dengan amalan walau pun tidak sempurna tetapi lebih baik daripada pemimpin BN dan Pakatan Harapan. Biar rakyat menjadi saksi. Walau pun mereka nampak gagah tetapi tidak kekal. Benar kata Syed Qutb "Kebatilan walau pun nampak kuat, ia akan musnah. Manakala kebenaran walau pun nampak lemah ia akan menang". Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat.
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2 Ramadhan 1438/ 29 Mei 2017
Selasa, 23 Mei 2017
HUBUNGAN DAP DENGAN DOMINIONISM DAN CHRISTIAN ZIONISM?
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengalu-alukan pendedahan yang dibuat oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Fellow Institut Kajian Strategi Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini. Pendedahan yang bertujuan mendedahkan hipokrasi DAP dalam mengamalkan politik sekular, telah diheret oleh media massa untuk melihat hubungan DAP dengan gerakan Kristianisasi. Secara umumnya, maklumbalas yang diberikan oleh pimpinan DAP khususnya Hannah Yeoh terhadap isu yang digembar-gemburkan oleh media, ialah dengan cuba menafikan keterlibatan DAP dengan gerakan Kristianisasi di Malaysia.
Berkaitan dengan isu ini, PPP melihat DAP tiada kesungguhan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan-tuduhan tersebut. Dengan sikap berlepas tangan pimpinan-pimpinan DAP yang lain dan meletakkan beban untuk menjawab isu ini hanya kepada Hannah Yeoh, menunjukkan DAP bimbang isu ini akan meletup. Tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP, bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut sedar. Sekiranya tuduhan ini benar, DAP akan kehilangan undi yang lebih besar dari kalangan pengundi-pengundi Islam, malah berkemungkinan juga akan kehilangan undi dari pengundi-pengundi masyarakat Tionghua.
DAP sepatutnya membersihkan nama mereka lebih awal lagi terutamanya selepas penerbitan sebuah buku bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” pada awal tahun 2015. Buku ini ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand, Iain Buchanan, yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World. Buchanan juga sebelum ini menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “The Armies of God: A Study in Militant Christianity”. Di dalam kedua-dua buah buku ini, penulis cuba menggambarkan kewujudan gerakan Kristianisasi global yang melampau, digunakan oleh kuasa Imperialisme untuk mendominasikan politik dunia termasuk di negara-negara umat Islam seperti Malaysia.
Penulis telah memuatkan dalam kedua-dua buku ini bukti-bukti yang sarat tentang teori yang cuba beliau ketengahkan, iaitu wujud gerakan Kristianisasi melampau yang dipelopori oleh Imperialis, bukan sekadar penyebaran agama Kristian yang biasa seperti yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian yang lain. Berdasarkan pengamatan PPP, gerakan Kristianisasi melampau ini seperti yang difahami daripada tulisan Buchanan telah disekat di beberapa negara umat Kristian sendiri seperti Russia yang kuat berpegang kepada Ortodoks. Terdapat juga beberapa negara yang telah menghalang penyebaran gerakan seumpama ini, demi untuk menghalang campurtangan kuasa Imperialisme di negara-negara tersebut.
Sehubungan dengan itu, PPP mendesak supaya DAP menjawab buku Buchanan yang bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” kerana di dalam buku tersebut secara jelas menyebut keterlibatan pimpinan-pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dan lain-lain. Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.
Buku yang ditulis oleh Buchanan ini, sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism. PPP juga mengambil perhatian bahawa penulis pernah membentang kajiannya berkaitan dengan gerakan Kristianisasi melampau ini dalam satu persidangan di Malaysia, yang dirasmikan ketika itu oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Melihat kepada kesan besar gerakan Kristianisasi melampau yang didedahkan oleh penulis ini, PPP sekali lagi mendesak supaya DAP memberi jawapan terhadap pendedahan buku tersebut yang telah berlegar di dunia maya sejak 2015 lagi.
Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pegarah Pusat Penyelidikan PAS
16 Mei 2017
20 Sha`ban 1438



