Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan

Isnin, 12 Februari 2018

DAP ANTI ISLAM

PH SEKAT PENCERAMAH DI PENANG SENTUH ISU POLITIK DI MASJID, TAKUT RAKYAT TAHU DAP ANTI ISLAM

Tindakan Exco hal ehwal agama Islam Abdul Malik Abul Kassim Pulau pinang dari PKR memberi amaran kepada pentadbiran masjid di seluruh negeri itu agar tidak membenarkan ceramah yang diadakan menyentuh bab politik adalah satu tindakan yang tidak demokrasi.

Mereka meniru perangai Umno BN yang pernah mengharamkan Ceramah Politik di Masjid dalam negeri Selangor sebelum ditumbangkan pada PRU 12.

Abdul Malik berkata "Masjid tidak boleh digunakan untuk parti politik apatah lagi untuk melemparkan pelanggaran lisan dan memainkan isu perkauman dan agama"

Nampak sangat barua DAP ini takut dengan penceramah - penceramah yang turun ke masjid surau menceritakan sikap sebenar DAP yang anti Islam.

Mereka takut rakyat tahu:

1. DAP tolak hudud;

2. DAP tak sokong pindaan RUU355 berkaitan Mahkamah Syariah dibentangkan oleh PAS;

3. DAP sokong pindaan RUU 164 mengenai perkahwinan dan perceraian yang membolehkan Mahkamah Sivil membicara kes perceraian mualaf dan bukan Islam serta over rule segala keputusan Mahkamah Syariah.

4. Ahli Parlimen DAP, Kulasegaran bela kes Indira di Mahkamah yang menyebabkan 3 anaknya Murtad;

5. DAP persoal hukum larang Murtad dalam mahkamah syariah

6.DAP tekad menjadikan Malaysia Negara Sekular;

7. DAP gelar pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik sebagai "syaitan";

8. DAP arah azan di Pulau pinang tidak mengunakan speaker yang kuat. Kononnya ganggu yang bukan Islam.

9. DAP pertikai peruntukkan kerajaan kepada JAKIM

10. DAP pertikai kewujudan JAKIM yang atas alasan tiada dalam Perlembagaan. Penyokong DAP, Siti Kasim mahu JAKIM dihapuskan.

11. DAP bantah Applikasi cegah maksiat "Amar" di Selangor yang memudahkan orang ramai buat aduan kes Khalwat.

12. DAP beri peruntukkan lebih kepada sekolah Cina berbanding sekolah Agama.

13. DAP mahu mata pelajaran Tamadun Islam di hapus di Universiti.

14. DAP tolak bantahan pesta arak dan bangga melaksanakan pesta arak dinegeri itu.

15. Penyokong DAP hina ulama' dengan memberikan pelbagai gelaran buruk.

16. DAP juga takut rakyat tahu kes salah urus tadbir kerajaan Pulau Pinang dalam kes pembinaan terowong, 3 lebuhraya dan laluan basikal dengan kos yang tinggi yang tidak munasabah.

17. DAP gadai tanah negeri atas alasan diberikan kepada pemaju sebagai gantian bayaran tunai untuk projek kerajaan negeri.

18. DAP melakukan projek-projek yang tidak menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar hingga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.

19. DAP merasuah pemimpin Melayu dalam PKR dan PAN dengan jawatan untuk menyembunyikan kejahatan mereka. Ini termasuklah Mat Sabu, Wan Ji, Saifuddin dan Sebagainya.

Banyak lagi dosa-dosa DAP yang mereka takut rakyat tahu jika penceramah menyentuh isu-isu politik. Sewajarnya DAP bersikap gentelmen dan menghormati hak demokrasi untuk rakyat tahu apa yang mereka lakukan terhadap Islam.

Dulu PAS pernah bagi ruang pemimpin DAP, Hannah Teoh memasuki surau di Selangor untuk menyentuh bab politik termasuk berkongsi dasar-dasar kerajaan Negeri.

Tapi bila kita nak dedah kezaliman DAP pula mereka hidupkan balek dasar UMNO yang sudah lama dikuburkan. Perangai double standard ini memang sangat menyedihkan.

Nampaknya Kerajaan DAP pulau pinang sama sahaja dengan Umno. Takut rakyat mengetahui kebenaran.

Kerajaan DAP ini harus diajar dengan orang Islam dinegeri itu menolak mereka dan rakan mereka dalam PAN, PKR dan PPBM dalam PRU-14  Umat Islam pulau pinang perlu bangkit melawan DAP agar mereka tidak sewenang-wenangnya mencampuri urusan umat Islam dan menyebarkan dakyah sekular mereka.

#up #tolakph #tolakbn #hancurdap #pankhianat #pkrbadut #ppbmbiadap

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
4 Februari 2018

Ahad, 4 Februari 2018

WAJAH SEBENAR PAKATAN HARAPAN YANG DIKETUAI DAP

Wahai rakyat Malaysia, itulah wajah sebenar pembangkang yang diketuai DAP. Bayangkan apa akan terjadi kepada orang Melayu dan agama Islam sekiranya pakatan berkuasa. Nauzubillah..

Kini Penguam DAP Siti kassim sudah berani mengugat JAKIM agar dibubarkan bagi kes² hanya dibawa kpd mahkamah sivil sahaja.
Cukup berani Siti kassim memberitahu kepada media..

Aku nak tanya selaku kerajaan UMNO nie tidakkah terasa tergugat dengan tindakkan Siti Kassim dr penguam DAP itu..
Kini mereka bangga kerana sebelum ini berjuang utk kebebasan beragama..kini hak yg mereka berjuang sudah berjaya kerana apa yg ditentang dan dilawan kini telah berjaya memurtadkan 3 ank mualaf utk kembali ke agama asal...

Adakah orang melayu Islam dr PH kamu gelar diri kamu Islam apabila ada seagama kamu mengeluarkan kata² atau tindakkan yg mengugatkan keharmonian Islam kita..begitu juga dgn UMNO kenapa bab² Islam kamu hanya senyap walaupun yg mengugat keharmonian Islam adalah dtg dr PH sendiri..
Adakah kamu bersama PH utk tidak meletakkan Islam dalam pentadbiran kerajaan..bagi kamu UMNO jika cara Islam akan menyebabkan kamu susah utk bekerja..

Oleh itu, tidak menghairankan apabila Siti Kasim mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin kononnya demi kesejahteraan negara.Siti Kassim sering “memperjuangkan” hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender memandangkan tindakan tersebut mampu memperlekehkan kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia menurut perlembagaan...

RAKYAT Malaysia harus tahu bahawa peguam pro pembangkang Siti Kasim membawa suara DAP dalam setiap langkah dia. Dan kita tahu betapa DAP amat benci kepada agama Islam dan orang Melayu.
Jadi utk PRU ini x payah kita bersusah payah nak mengundi PH atau UMNO..
Kerana melayu dalam PH duduk sebantal dgn Siti kassim yg memperjuangkan menentang Islam..
Jika UMNO mereka menyokong Islam maka jgn senyap dalam hal² yg membabitkan Islam..
Jgn jd "KHADAM" kpd kapiaq..
Jgn takut hilang undi dr bangsa bukan Islam..

Kita bukan rasict tetapi jika ianya mengugat agama Islam akan kita tentang...selama ini sudah lama kita bersabar dgn karenah pengkhianat agama ini...

SAL NASIR
03 FEB 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1996012320652509&id=1405388713048209

Khamis, 7 September 2017

DAP Jangan Berlakon Sokong Islam

1. Saya sangat tertarik dengan tajuk berita "DAP sokong Islam" dalam Sinar Harian dengan isi beritanya sebagaimana dilaporkan daripada Lim Kit Siang bahawa "DAP menyokong prinsip Islam dalam perlembagaan".

2. Kalau benar begitu, kenapa DAP menentang sekeras-kerasnya pengislaman anak bawah umur 18 tahun oleh salah seorang ibu atau bapa yang memeluk Islam yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dan selaras dengan fatwa-fatwa peringkat kebangsaan dan fatwa negeri? Tidakkah ia merupakan peruntukan dalam perlembagaan yang selaras dengan Islam?

3. Ketika pindaan Akta 164 berlangsung di Dewan Rakyat lalu sangat ketara, yang dipertikaikan oleh ahli-ahli Parlimen DAP ialah kenapa tidak dimasukkan cadangan pindaan 88a yang membolehkan agama anak ditentukan secara bersama oleh ibu dan bapa sedangkan mereka tahu cadangan pindaan itu bercanggah dengan perlembagaan dan bercanggah dengan Islam?

4. *DAP tidak perlu berlakon untuk menyokong Islam*. Perjuangan DAP ialah Malaysia sebagai negara sekuler. Pemikiran itu sudah tentu bercanggah dengan prinsip Islam dalam pemerintahan.

5. Tindakan dan perlakuan DAP jelas menunjukkan penentangan mereka terhadap Islam. Sejak 2015 khususnya, DAP kembali menunjukkan penentangan terhadap usaha menegakkan undang-undang jenayah Islam di Kelantan. Usaha memperkasakan RUU 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam juga ditentang keras oleh DAP.

6. Para pengundi Islam tidak perlu terpedaya dengan kata-kata manis DAP bagi memenangi PRU ke 14. Kegagalan Umno/Bn menguruskan negara secara berhemah berasaskan prinsip Islam telah menjadi modal DAP untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Namun, percayalah Islam tidak akan selamat di bawah pemerintahan DAP.

7. PAS hadir bersama Gagasan Sejahtera menawarkan alternatif berkerajaan kepada rakyat Malaysia pada PRU ke 14. "Sejahtera bersama Islam" menjadi moto PAS bagi menyelamatkan negara daripada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial.

Sekian.

"sejahtera bersama Islam"

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu 6hb September 2017

Isnin, 10 Julai 2017

KUTUK PAKATAN HARAPAN

Terkejut besar saya bila membaca buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, yang baru sahaja diterbitkan bertajuk "Malaysia's 14th General Elections: The Big Issues".

Keterkejutan saya ini pula bukanlah disebabkan oleh kritikan Dr Kua Kia Soong terhadap Pakatan Harapan, termasuk DAP, kerana saya sedia tahu sikap kritikal beliau, yang bertindak keluar dari DAP pada tahun 1996, ke atas Pakatan Harapan dan DAP.

Perkara yang sebenarnya mengejutkan saya mengenai buku Dr Kua Kia Soong ini ialah kerana kandungan buku ini, yang sangat kritikal ke atas Pakatan Harapan dan DAP, disokong oleh seorang pemimpin tinggi DAP sendiri!

Seperti diketahui, Dr Ariffin Omar, penulis kata-kata aluan buku ini, adalah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Dewan Negara (Senator) DAP mewakili Kerajaan Pulau Pinang.

Mengikut adat dan kebiasaan, disiplin parti tidak membolehkan seseorang ahli parti, apatah lagi seorang pemimpin tinggi parti seperti Dr Ariffin Omar, mengkritik secara terbuka parti atau pakatan politik yang disertai oleh parti itu.

Mengkritik secara terbuka keputusan dan tindakan parti sendiri sudah pastilah merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan kepentingan parti kerana ia merugi dan menjejaskan kedudukan parti di mata rakyat.

Bagaimanapun, inilah yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar melalui tulisan beliau di dalam kata-kata aluan buku Dr Kua Kia Soong ini yang menyatakan:

(1) Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "Indeed both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) have such serious shortcomings that any thinking Malaysian might feel that in the coming elections it is basically a choice between Lucifer and Beelzebub".

(2) Pakatan Harapan mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "the issues dealt with by Kua as well as the questions raised by him have shown that both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) face major issues around good governance, transparency and corruption".

(3) Pakatan Harapan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "nor do they (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) seem to have a clear sense of direction as to how to improve race relations, foster national unity and a sense of nationhood as well as redistribute wealth fairly and enhance justice and democratic values through good educational policies".

(4) Pakatan Harapan bersifat opportunistik. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) have embraced opportunism to the point whereby the various component parties express interests that are at times in conflict with each other".

(5) Kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "the Pakatan Harapan alliance with Mahathir who brought the country to such dire straits in his 22 years as Prime Minister and their preparedness to overlook his transgressions is indeed mind boggling" dan "yet this 'unity' is a mere facade".

(6) Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Harapan yang menimbulkan soalan mengenai apa akan berlaku selepas Datuk Seri Najib Razak digulingkan sedangkan ini yang rakyat mahu tahu. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi "not one of the leaders of Pakatan Harapan has raised the question of what happens next after Najib Razak is removed" dan "yet this is what Malaysians want to know".

Sungguh kelakar sekali membaca kenyataan-kenyataan Dr Ariffin Omar ini kerana tidak mungkin beliau tidak sedar bahawa bila beliau mengkritik Pakatan Harapan beliau sebenarnya sedang mengkritik DAP, sebuah parti yang beliau sendiri bukan setakat anggotai tetapi adalah Naib Pengerusi Kebangsaan.

Hanya mereka yang kurang siuman sahaja yang tidak tahu bahawa bila Dr Ariffin Omar mengkritik pemimpin Pakatan Harapan beliau sebenarnya sedang mengkritik bukan setakat pemimpin DAP tetapi juga mengkritik diri beliau sendiri kerana beliau juga, di atas kedudukan beliau selaku Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, adalah pemimpin Pakatan Harapan.

Bila Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia, juga mengkritik Pakatan Harapan di dalam cara yang sama seperti saya lakukan sebelum ini maka apakah lagi yang boleh pemimpin Pakatan Harapan lakukan untuk membela diri mereka?

Dr Kamarul Zaman Yusoff