Memaparkan catatan dengan label Krisis Mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Mesir. Papar semua catatan
Selasa, 24 September 2013
Syeikh Al-Qur’an yang Lumpuh Ini Dianiaya dan Ditangkap
Kairo. Namanya Syeikh Muhammad Awadh. Beliau adalah seorang syeikh dalam bidang Al-Qur’an yang mengalami kelumpuhan dan harus selalu duduk di kursi roda. Banyak orang mendatangi beliau dari berbagai penjuru Mesir untuk mengambil ijazah (sertifikat kompetensi) dalam bidang A-Qur’an dan Ulumul Qur’an.
Di kampungnya, Kafr Hijazi, Mahallah Kubra, orang biasa memanggilnya “sayyidana” dan mencium tangannya untuk memuliakan. Pekan lalu, beliau diserang oleh sekelompok preman hingga kepala terluka dan mengeluarkan banyak darah. Saat diserang, tidak ada yang berani membela beliau.
Setelah puas menyiksa, para preman itu menelpon polisi untuk datang dan menangkapnya. Beliau akhirnya ditahan dengan tuduhan menulisi dinding dengan tulisan yang menjelek-jelekkan militer dan pemerintah kudeta.
Semua orang di Mahallah Kubra mengetahaui beliau. Bahkan banyak di antara mereka menyamakan beliau dengan Syeikh Ahmad Yasin di Palestina. Walaupun cacat, beliau tak pernah absen dalam setiap perhelatan baik demonstrasi maupun pawai untuk menentang kudeta militer. Kini beliau ditahan selama 15 hari untuk pemeriksaan. (msa/dakwatuna/klmty)
Khamis, 8 Ogos 2013
Sayyed Al Esawi pembunuh saudara-saudara perempuan kita di Mansurah.
Medan Nahdhah dari pandangan atas ketika Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah tadi.
Gambar di bawah ialah seorang samseng pembunuh, Sayyed Al Esawi pembunuh saudara-saudara perempuan kita di Mansurah.
Allah telah menimpakan ke atasnya dengan kelumpuhan separuh badan dan limpanya perlu dibuang ekoran terkena tiga tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja (silap tembak) oleh rakan-rakan samsengnya ketika mereka melakukan serangan ke atas perarakan pro demokrasi kedua di Mansurah.
Laknat darah Asy Syahidah Halah Mohamed Abu She'sha dan saudara-saudara perempuan kita yang dibunuh di tangan mereka.
Adakah berguna perisai dan senjatamu ?
Allahu akbar, benarlah janji Allah "Dan ia menyembuhkan dada (kesedihan) kaum Mukminin"
Sumber : Mohamed Niazy
https://www.facebook.com/MesirKini
Kisah tragedi serangan terhadap wanita di Mansurah boleh ikuti di sini :
- http://on.fb.me/11Odcd3
- http://on.fb.me/19508lE
Ahad, 28 Julai 2013
Mesir: Pro Sisi dijamu makan, pro Morsi dijamu peluru.

Mesir: 280 terkorban, 7000 cedera sejak rampasan kuasa tentera.
(Serangan di Masjid Qaid Ibrahim, Iskandariah malam tadi yang menyaksikan 7 terkorban)
MESIR: Ikhwan Muslimin mengecam tindakan 'double standard' pihak
tentera yang menyerang penyokong Morsi dibeberapa kawasan awal pagi tadi
sehingga mengakibatkan puluhan lagi terkorban.
Sebaliknya, penyokong Al-Sisi yang diarah berkumpul di Dataran Tahrir diberi layanan lima bintang.
Pemimpin Ikhwan, Dr.Mohammed El-Beltaji dalam temubual secara langsung
sebentar tadi dengan stesen Al-Jazeera berkata, pihaknya tidak akan
berganjak biarpun berdepan pelbagai ancaman.
"Kami bangga menjadi antara mereka yang dipilih untuk berkata "Tidak" kepada perampas kuasa.
"Kami diperlakukan begini sedang penyokong As-Sisi dan tentera di
Tahrir dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pasukan tentera dengan
biayai wang rakyat, dicetak poster dan diedar gambar Sisi dan dijaga
keselamatan mereka oleh polis sedang kami 'dihujani' dengan peluru hidup
menjelang sahur tadi," katanya ketika ditemubual di Hospital Raba'ah
pagi tadi.
Dalam kejadian menjelang sahur pagi tadi, kumpulan
penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran
Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup.
(Samseng upahan mengepung Masjid Qaid Ibrahim, ratusan penyokong Morsi terperangkap)
Sekurang-kurangnya 10 telah dilaporkan terkorban termasuk lebih 300
lagi cedera. Angka korban dijangka terus meningkat ekoran ramai
mengalami cedera parah.
"Jika anda melihat, lokasi himpunan
kami di Raba'ah ini terletak tidak jauh dengan Pejabat Perisikan Perang
Askar, bersebelahan ini bangunan Unit Kewangan Majlis Tentera, hanya
beberapa meter terletaknya Bilik Operasi Majlis Tentera.
"Jika
kami inginkan keganasan sudah lama kami kepung dan ceroboh
bangunan-bangunan tentera tersebut dengan jumlah kami yang mencecah
jutaan tapi kami tidak lakukannnya. Sudah hampir 30 hari kami berhimpun,
jika kami inginkan keganasan maka hari pertama kami berhimpun sudah
kami rempuh bangunan milik tentera ini," katanya lagi.
Sementara itu, seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital
Raba'ah, Dr.Hisyam Ismail melalui Al-Jazeera sebentar tadi berkata,
setiap detik akan tiba di hospital itu mangsa yang cedera dan sehingga
kini sudah 700 orang.
7 terkorban di Iskandariah
Dalam
perkembangan berkaitan, tujuh lagi penyokong Morsi terkorban dalam
serangan di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah malam tadi.
Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata.
Menurut web Ahram, pasukan tentera menembakkan gas air mata di sekitar lokasi himpunan untuk menyuraikan para peserta himpunan.
Dalam kejadian itu,seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya.

Mesir: 280 terkorban, 7000 cedera sejak rampasan kuasa tentera.
(Serangan di Masjid Qaid Ibrahim, Iskandariah malam tadi yang menyaksikan 7 terkorban)
MESIR: Ikhwan Muslimin mengecam tindakan 'double standard' pihak tentera yang menyerang penyokong Morsi dibeberapa kawasan awal pagi tadi sehingga mengakibatkan puluhan lagi terkorban.
Sebaliknya, penyokong Al-Sisi yang diarah berkumpul di Dataran Tahrir diberi layanan lima bintang.
Pemimpin Ikhwan, Dr.Mohammed El-Beltaji dalam temubual secara langsung sebentar tadi dengan stesen Al-Jazeera berkata, pihaknya tidak akan berganjak biarpun berdepan pelbagai ancaman.
"Kami bangga menjadi antara mereka yang dipilih untuk berkata "Tidak" kepada perampas kuasa.
"Kami diperlakukan begini sedang penyokong As-Sisi dan tentera di Tahrir dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pasukan tentera dengan biayai wang rakyat, dicetak poster dan diedar gambar Sisi dan dijaga keselamatan mereka oleh polis sedang kami 'dihujani' dengan peluru hidup menjelang sahur tadi," katanya ketika ditemubual di Hospital Raba'ah pagi tadi.
Dalam kejadian menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup.
(Samseng upahan mengepung Masjid Qaid Ibrahim, ratusan penyokong Morsi terperangkap)
Sekurang-kurangnya 10 telah dilaporkan terkorban termasuk lebih 300 lagi cedera. Angka korban dijangka terus meningkat ekoran ramai mengalami cedera parah.
"Jika anda melihat, lokasi himpunan kami di Raba'ah ini terletak tidak jauh dengan Pejabat Perisikan Perang Askar, bersebelahan ini bangunan Unit Kewangan Majlis Tentera, hanya beberapa meter terletaknya Bilik Operasi Majlis Tentera.
"Jika kami inginkan keganasan sudah lama kami kepung dan ceroboh bangunan-bangunan tentera tersebut dengan jumlah kami yang mencecah jutaan tapi kami tidak lakukannnya. Sudah hampir 30 hari kami berhimpun, jika kami inginkan keganasan maka hari pertama kami berhimpun sudah kami rempuh bangunan milik tentera ini," katanya lagi.
Sementara itu, seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Raba'ah, Dr.Hisyam Ismail melalui Al-Jazeera sebentar tadi berkata, setiap detik akan tiba di hospital itu mangsa yang cedera dan sehingga kini sudah 700 orang.
7 terkorban di Iskandariah
Dalam perkembangan berkaitan, tujuh lagi penyokong Morsi terkorban dalam serangan di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah malam tadi.
Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata.
Menurut web Ahram, pasukan tentera menembakkan gas air mata di sekitar lokasi himpunan untuk menyuraikan para peserta himpunan.
Dalam kejadian itu,seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya.

Ahad, 7 Julai 2013
Krisis Mesir: Wajah sebenar AS terdedah - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

SAYA
membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin,
Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan
simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu
ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah
uzur untuk menentang kekuatan tentera
Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi
kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau
ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun
menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam
gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.
Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Mursi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika AS yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat AS di Timur Tengah.
ALLAH SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal ALLAH SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. ALLAH SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.
Israel mewakili Yahudi dan AS mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya ALLAH SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan sekular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.
Saya yakin, AS dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?
Itulah Yahudi dan AS. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan AS. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihan raya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.
Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.
Salam hormat.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (Pas)

- Ucapan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin.. Dr Muhammad ...
- Robohnya Masjid Bilal Bin Rabah Angkara Regim Bash...
- Terkini Isu Semasa Mesir - Jumaat I 05 Julai 2013 ...
Langgan:
Catatan (Atom)