Jumaat, 3 Februari 2012
IKUT NABI, BUKAN ORANG PUTIH
Puji Allah Tolak Agama
IKUT NABI, BUKAN ORANG PUTIH
“Dalam solat, kita baca doa iftitah. Dalam doa iftitah, disebut ‘aku menghadap wajahku kepada tuhan yang cipta langit dan bumi’. Umno mari royak, politik suku, agama suku. Agama hak tuhan, politik hak kita” ”bangun dari lubang kubur esok, demo nak cari orang putih ke, nak cari Nabi Muhammad?”
IKUT NABI, BUKAN ORANG PUTIH
“Dalam solat, kita baca doa iftitah. Dalam doa iftitah, disebut ‘aku menghadap wajahku kepada tuhan yang cipta langit dan bumi’. Umno mari royak, politik suku, agama suku. Agama hak tuhan, politik hak kita” ”bangun dari lubang kubur esok, demo nak cari orang putih ke, nak cari Nabi Muhammad?”
Khamis, 2 Februari 2012
NAMA NABI MUHAMMAD SAW DI DALAM KITAB² AGAMA HINDU

Jika umat Islam mempercayai ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW di dalam Kitab Taurat & Injil, bagaimana pula dengan kitab suci Umat Hindu? Mungkinkah kedatangan Nabi Muhammad SAW juga sudah diramalkan oleh kitab suci Umat Hindu? Itulah yang akan kita bahaskan di sini.
Di Antara Firman² Allah SWT Di Dalam AlQuran:
Dalam surah Asy-Syu’ara (26) ayat 196:
“Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) di dalam kitab-kitab orang² yang terdahulu”.
~Maka di dalam kitab² sebelum Al-Qur’an juga telah terdapat wahyu² daripada Tuhan (Allah SWT) sepertimana Taurat & Injil.
Dalam surah Fatir (35) ayat 24:
~ Dinyatakan bahawa tiada satu kaum pun pada masa dahulu yang berlalu tanpa diberikan seorang pemberi peringatan tentang perintah dan larangan Tuhan (Allah SWT).
Dalam surat Al-Ahzab (33) ayat 40:
~ Dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah merupakan Utusan Tuhan dan juga merupakan penutup kepada semua para nabi (Utusan Terakhir)
Dalam surat Al-Anbiya (21) ayat 107:
~ Dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah diutuskan melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam semesta.
Dalam surat Saba’ (34) ayat 28:
~ Dinyatakan bahawa Tuhan telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat manusia sebagai pembawa khabar gembira dan peringatan tentang dosa, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Juga yang terdapat di dalam hadis Bukhari vol 1. Di dalam kitab Solat bab 56, hadis no.429, yang bermaksud Nabi Muhammad telah bersabda:
“Kesemua rasul yang telah diutuskan sebelumku hanya dipertanggungjawabkan untuk umat/bangsanya sahaja tetapi aku telah diutuskan untuk kesemua umat manusia”.
Sekarang kita akan melihat pula ke dalam kitab suci agama Hindu. Terdapat banyak kitab di dalam ajaran Hindu yang diakui sebagai kitab suci mereka. Daripada kesemua kitab tersebut, kitab yang dianggap paling suci sekali adalah kitab yang bernama Kitab Veda (Weda). Apabila di antara kitab² tersebut terdapat percanggahan pendapat berkaitan sesuatu isu, maka pendapat yang harus menjadi rujukan utama pada ajaran Hindu adalah Kitab Veda (Weda) yang juga masih terbahagi lagi kepada beberapa jenis kitab. Kitab² lain selain Kitab Veda (Weda) adalah seperti Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, Bhagavat Gita, Puranas dan lain-lain.
Ayat² Ramalan Kedatangan Nabi Muhammad SAW Di Dalam Kitab² Agama Hindu
Disebutkan di dalam Bhavisa Purana –> dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27:
“Aryadarma akan datang ke muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia. Aku telah diutuskan oleh Isyparmatma. Dan para pengikut aku adalah orang² yang berada di dalam lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucirkan (tidak ditocangkan). Mereka akan memelihara janggut dan akan mendengar wahyu. Mereka akan mendengar panggilan solat (azan). Mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi. Mereka tidak akan disucikan dengan tanaman semak²/umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
Jikalau anda membaca tulisan di atas dengan baik, maka anda akan mendapati bahawa kesemua ciri² daripada pengikut 'agama kebenaran' yang disebutkan di atas adalah ciri² yang umumnya terdapat pada umat Islam (muslim).
Di dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14:
~ Dinyatakan pula tentang Kuntupsuktas yang telah mengisyaratkan bahawa Nabi Muhammad SAW akan terungkap dikemudiannya.
Mantra 1 mengatakan:
Beliau akan digelarkan sebagai Narasangsa. “Nars” membawa maksud orang, “sangsa” membawa maksud “yang terpuji”. Maka Narasangsa bermaksud "orang yang terpuji". Istilah “Muhammad” di dalam bahasa arab juga membawa bermaksud "orang yang terpuji". Maka istilah Narasangsa di dalam bahasa Sansekerta adalah sangat mirip dengan istilah Muhammad di dalam bahasa arab yang juga membawa maksud "orang yang terpuji". Oleh yang demikian, ini telah memberikan sebuah gambaran bahawa kemungkinan besar Narasangsa juga adalah tokoh yang sama dengan seorang manusia hebat di Tanah Arab iaitu Nabi Muhammad SAW. Dan berdasarkan kajian ini, sememangnya Narasangsa itu adalah Nabi Muhammad SAW.
Beliau akan dipanggil sebagai “Kaurama" yang boleh membawa maksud pangeran kedamaian, dan juga boleh memberi maksud orang yang berpindah (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yang telah berhijrah dari Makkah ke Madinah. Beliau akan dilindungi daripada musuh yang akan dikalahkannya yang kesemua musuhnya itu berjumlah 60.090 orang. Jumlah itu adalah bersamaan dengan jumlah penduduk Makkah pada masa Nabi Muhammad SAW hidup iaitu sekitar 60.000 orang.
Mantra 2 mengatakan:
Beliau adalah orang suci yang menaiki unta. Ini membawa maksud beliau bukanlah seorang bangsawan India kerana dinyatakan di dalam Mansuriti (11):202 bahawa Brahma tidak menaiki unta ataupun keldai. Maka tokoh ini jelas bukanlah daripada golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu) tetapi beliau adalah orang yang asing daripada bangsawan India.
Mantra 3 mengatakan:
Beliau adalah “Mama Rishi” atau "orang suci yang agung". Ini bersepadanan dengan nabi agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.
Mantra 4 mengatakan:
Beliau adalah Washwereda (Rebb) iaitu "orang yang terpuji". Nabi Muhammad SAW juga telah dipanggil dengan nama Ahmad yang membawa maksud “orang yang terpuji” yang seandainya diterjemahkan ke dalam bahasa Sansekerta, ia akan membawa makna Rebb (orang yag terpuji).
Dalam Beberapa Ramalan Lainnya :
Di dalam Atharvaveda book 20 hymn 21:6;
~ Dinyatakan bahawa di sana ia disebutkan dengan istilah;“akkaru" yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Beliau akan mengalahkan 10.000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada Perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad SAW telah mengalahkan musuh yang berjumlah 10.000 orang tanpa pertumpahan darah.
Di dalam Atharvaveda book 20 hymn 21:7;
~ Dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 orang ketua. Abandu juga membawa maksud seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Sesungguhnya hal ini juga telah merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang anak yatim semenjak dilahirkan dan ditambah pula dengan maksud istilah Muhammad/Ahmad yang membawa maksud "terpuji", yang akan mengalahkan ketua² suku kaum daripada suku² kaum yang terdapat di sekitar Makkah yang kesemuanya berjumlah sekitar 20 suku kaum.
Di dalam Rigveda book 1 Hymn 53:9;
~ Nabi dipanggil dengan gelaran “Suslama” yang juga membawa maksud "orang yang terpuji" yang juga telah memberikan maksud yang seerti dengan kata nama "Muhammad" daripada bahasa arab iaitu "orang yang terpuji".
Di dalam Samaveda Agni Mantra 64;
~ Dinyatakan bahawa beliau tidak disusui oleh ibunya. Hal ini sama kisahnya dengaan sirah (sejarah) hidup Nabi Muhammad SAW yang tidak disusui oleh ibunya tetapi sebaliknya telah disusui oleh seorang wanita yang bernama Halimatul Saadiah.
Di dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500:
~ Dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugerahi dengan sebuah undang² abadi yang jelas merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang telah dianugerahi dengan sebuah kitab suci Al-Qur’an dengan segala undang² yang termaktub di dalam Al-Quran akan diguna pakai sehingga menjelangnya Hari Kiamat.
Namun disebabkan orang India yang berbahasa sansekerta tidak memahami istilah "Ahmad", maka mereka telah menterjemahkan “a” dan "mahdi” kepada maksud“saya sendiri” yang sekaligus telah mengubah maksud ayat tersebut menjadi “saya sendiri yang akan menerima undang² abadi”. Padahal seharusnya maksud ayat terbabit ialah “Muhammad sendiri yang akan dianugreahi undang² abadi”.
Nabi Muhammad SAW telah diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bahagian di dalam Kitab Veda (Weda). Nabi Muhammad SAW juga telah diramalkan tidak kurang daripada 16 tempat yang berbeza di dalam Kitab Veda (Weda) dengan istilah nama Narasangsa yang maksudnya adalah sama dengan maksud istilah nama Muhammad di dalam bahasa arab iaitu “yang terpuji”.
Kalky Avtar
Salah satu ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW yang sangat terkenal yang juga telah membuatkan seorang professor bahasa dari Universiti ALAHABAD India telah mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam adalah kerana terdapatnya sebuah ramalan penting di dalam kitab suci agama Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu daripada seorang Kalky Avtar (baca : autar). “av” membawa maksud "turun". “tar” membawa maksud "melewati". Maka maksud istilah "Avtar" adalah “diturunkan atau diutuskan untuk turun” . Sementara maksud Kalky Avtar adalah “Utusan Terakhir”.
Pundit Vaid Parkash iaitu seorang professor (yang menulis sebuah buku yang berjudul “Kalky Avtar”) secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiahnya telah mengajak kesemua para penganut agama Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW kerana menurutnya, Nabi Muhammad SAW adalah tokoh yang dinanti-nantikan sebagai tokoh pembaharuan spiritual di dalam agama Hindu selama ini.
Dinyatakan di dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad SAW diramalkan kedatangannya dengan nama Kalky Avtar (Utusan terakhir) dan "Amtim Rishi". Sedangkan di dalam Kitab Puranas disebutkan tentang Kalky Avtar dan perihal kedatangannya.
Diantara ayat² yang menyebutkan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah:
Di dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20:
~Dinyatakan di dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang diramalkan akan menjadi penguasa dunia yang sangat terkenal dengan sifat²nya yang baik & menonjol. Beliau akan diberikan tanda²nya. Beliau akan diberikan oleh malaikat sebuah kenderaan yang sangat pantas pergerakkannya. Beliau akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Beliau akan mengalahkan orang² jahat dan beliau akan terkenal di seluruh pelusuk dunia.
Di dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25:
~ Dinyatakan akan datangnya seorang penyelamat di rumah Visnuyash
Di dalam Kalki Purana (2) : 4;
~ Dinyatakan bahawa di dalam rumah Visnuyash, pemimpin kampung Sambala akan lahirnya Kalki Avtar.
Di dalam Kalki Purana (2) : 5;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) untuk mengalahkan orang² jahat
Di dalam Kalki Purana (2) : 7;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan dijaga oleh malaikat di medan perang
Di dalam Kalki Purana (2) : 11;
~ Dinyatakan bahawa di dalam rumah Visnuyash dan di dalam rumah Summati, Kalki Autar akan dilahirkan
Di dalam Kalki Purana (2) : 15;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan dilahirkan pada tanggal 12 bulan pertama Madhop
Sesungguhnya kesemua ramalan yang disebutkan di atas tadi tiada lain melainkan merujuk kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bagi Umat Islam. Penjelasannya adalah sepertimana di bawah:
Di dalam rumah Visnuyash telah membawa maksud di dalam "rumah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan)" sedangkan ayah Nabi Muhammad SAW adalah bernama Abdullah yang bermaksud "pengikut Allah (pengikut Tuhan)". Orang Islam menyebut “Allah” sebagai Tuhan, sedangkan orang Hindu menyebut “Vishnu” sebagai Tuhan. Maka di dalam rumah Visnuyash adalah membawa maksud di dalam rumah Abdullah iaitu ayah Nabi Muhammad SAW.
Summati pula di dalam bahasa sansekerta bermaksud "orang yang sangat setia". Sedangkan ibu Nabi Muhammad SAW adalah bernama Aminah yang jika diterjermahkan daripada bahasa arabnya akan membawa bermaksud "orang yang setia".
Sambala di dalam bahasa arabnya adalah tempat yang aman & damai. Sementara Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di Makkah yang terkenal dengan nama “Darul Aman” iaitu tempat yang aman & damai. Akan lahirnya di antara ketua² suku Sambala : bermaksud bahawa nabi akan dilahirkan di antara ketua² suku di Makkah.
Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada tanggal 12 Rabiulawwal.
Sebagai Amtim Rishi (orang suci terakhir). Nabi Muhammad SAW adalah juga nabi terakhir daripada deretan nabi² yang dikirimkan Tuhan sepertimana yang tercatat di dalam QS. Al- Ahzab : 40.
Beliau akan memperolehi bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad SAW memperolehi wahyu pertamanya di Gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur bermaksud Gunung Cahaya kemudian akan kembali semula ke Makkah.
Beliau akan memiliki sifat² yang sangat mulia. Ia jelas sama sepertimana sifat² Nabi Muhammad SAW sebagimana yang telah terkadung di dalam QS. Al-Qalam : 14 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar seorang yang berbudi pekerti yang luhur”.
Kalki Avtar akan diberikan 8 kemampuan spiritual iaitu kebijaksanaan, punyai kendali diri (kemampuan mengawal hawa nafsu), keturunan yang dihormati, mempunyai pengetahuan tentang wahyu, seorang yang berani, perkataannya menumpukan pada kurikulum, sangat dermawan dan sangat ramah. Kesemua sifat² yang dinyatakan dimiliki oleh Kalki Avtar itu juga telah dibuktikan dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.
Kalki Avtar jug akan diberikan sebuah kenderaan yang sangat pantas bergerak oleh Shiva. Nabi Muhammad SAW juga telah diberikan sebuah kenderaan yang bernama bouraq yang sangat pantas bergerak oleh Allah SWT yang telah membawa Nabi Muhammad SAW ke langit di dalam peristiwa Israj Dan Mikraj.
Beliau akan menaiki kuda putih dengan tangan kanannya sedang memegang pedang. Nabi Muhammad SAW juga telah mengambil bahagian didalam peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang pedang melalui tangan kanannya.
Beliau akan menjadi penyelamat umat manusia. Di dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang pembawa berita gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Beliau akan menjadi pembimbing ke jalan yg benar. Nabi Muhammad SAW telah hidup pada zaman jahiliyah yang penuh dengan kegelapan dimana Nabi Muhammad SAW kembali membawa umatnya ke jalan yang terang benderang melalui agama Islam yang diperintahkan Tuhan (Allah SWT).
Beliau akan dibantu oleh 4 orang sahabat di dalam menyebarkan misinya. Sepertimana yang telah kita umat Islam ketahui, terdapat 4 orang khalifah yang diberikan gelaran Khulafa Ar-Rashidin yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu : Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.
Beliau akan dibantu oleh malaikat di medan pertempuran. Di dalam perang Badr, Nabi Muhammad SAW telah dibantu oleh para malaikat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 & 125 :
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa kemudian mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga nescaya Allah SWT akan menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda”.
Juga yang terdapat di dalam surah QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi:
“…. sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”
Subhanallah, ternyata setelah sekian banyak ayat tersebut (yang sebenarnya belum kesemuanya pun ditampilkan di dalam artikel ini) yang meramalkan kedatangan seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu yang begitu sepadan dengan gambaran kisah hidup Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir bagi umat Islam.
Mungkin ini juga merupakan pembuktian yang telah diberikan oleh Allah SWT bagi umat manusia termasuk bagi masyarakat India, Cina, Nasrani (Kristian), Yahudi dan lain² bagi menunjukkan bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah sememangnya telah diutuskan oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia di alam semesta ini.
Sumber:
https://ceritasatumalam.blogspot.com/2010/09/muhammad-adalah-nabi-umat-hindu.html
NABI MUHAMMAD ADALAH NABI TERAKHIR YANG DITUNGGU OLEH UMAT HINDU
Hormati Tok Guru / Ulama 1 of 2 - Ustaz Kazim Elias
Tempat: Surau Al-Muttaqin, Ulu Klang Huraian Kitab BAHRU AL-MADZI" Jilid 19
Rabu, 1 Februari 2012
Kuliah Magrib Khas Bersama Ustaz Azhar Idrus @ Masjid Negeri Shah Alam
Kemenangan ialah ketaatan kepada Allah dan kepada Rasul itu suatu kemenangan yang besar di sisi Allah.
28012012 Petikan Ceramah DSAI Di Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil
"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," kata Encik Anwar, WALAUPUN dia berhenti pendek dan berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya KEKAL BERGANTUNG ke atas Israel untuk menghormati aspirasi rakyat Palestin
Selasa, 31 Januari 2012
Bicara Asia Barat - Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
Point2 penting terbaru dari TGHA:-
* 2 Batu yg.sgt.pejal
* kebangkitan umat Islam mesti melalui mazhab SUNNI.(majoriti)
* teguran terhadap pimpinan IRAN kerana menyebarkan mazhab SYIAH.
* kena bersatu dalam satu sahaja wadah politik.
* tahaluf siyasi dgn.kumpulan2 Islam/non Islam yg.sederhana.
* kuasa2 besar & Israel tak kan beri kemenangan percuma kpd.kebangkitan Islam di seluruh dunia.
* siapa di belakang Ghadafi & Al Qaeda ???
* Syiah Zaidiyah.
* perlu faham ilmu fekah dalam JIHAD.(utamakan pendekatan damai)
* orang PAS kena paham bagaimana bila berdepan dgn.orang UMNO.
* pihak kita ada peranan menyelesaikan konflik/krisis di Asia Barat.
* agenda Israel KUBRO.
Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat
"Benteng yang paling ampuh pada diri seseorang ialah iman yang padu terhadapTuhan dan hari akhirat."
Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat `toleransi` terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.
Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.
Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat- jahat manusia kepada `khairunnas` - sebaik-baik manusia.
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:
Pertama :
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka."
Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.
Kedua :
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama . Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari Alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan.Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.
Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.
Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini.Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini.Tentulah tidak sanggup berlalai-Ialai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.
Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: "Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapakamu berbuat iaitu kepada Allah." Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.
Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.
JanganSalahkan Musuh
Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah
Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat toleransi terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.
Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan.
Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.
Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada khairunnas - sebaik-baik manusia.
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:
Pertama:
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka.
Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.
Kedua:
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.
Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.
Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.
Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu:
Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah. Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya.
Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.
Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.
- Mejar (B) Abu Zarim
Presiden PAS Haji Hadi Awang "bercerita" tentang Syiah
Bahaya Syiah Sesat. Ziarah Kubur Para Nabi dan Wali Bida'ah Syirik? Pendapat Ahlussunnah
Isnin, 30 Januari 2012
Rahmat Allah SWT Berada Bersama Jemaah Islam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah dan sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri." (Hadis Riwayat Tabarani)
Berdasarkan hadis diatas terdapat tiga perkara pokok untuk dihuraikan :
Pertama : Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW).
Kedua : Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah.
Ketiga : Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri.
Huraiannya :
Pertama : Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW).
Nabi SAW tidak akan mengaku sebagai umatnya apabila berlaku pecah belah di kalangan umat Islam. Apa saja perbuatan yang boleh mendatangkan salah faham dan timbul syak wasangka dikalangan umat Islam maka ianya dikira sebagai memecah belahkan umat.
Termasuk juga dianggap berpecah belah apabila ada di kalangan umat Islam telah menjauhkan diri daripada kebenaran dan petunjuk lalu dia menghina ulama dan pemimpin Islam dan membenci amal-amal Islami yang dijalankan. Memecah belahkan perpaduan umat Islam dengan menaburkan fitnah, mendatangkan huru-hara, mengadu domba, mengaibkan orang lain, mengumpat dan menimbulkan kebencian sesama umat Islam. Perkara kecil diperbesarkan semata-mata untuk membalas dendam sikap seperti ini adalah sikap orang fasik.
Nabi SAW memberi ancamannya yang keras kepada umatnya yang tidak menjaga lidahnya dan suka membuat "road show" untuk menjatuhkan orang lain kerana hasad dengki, iri hati, ego, sombong dan sifat ujub yang bersarang di dalam hatinya. Apabila fakta-fakta yang diberikan tidak tepat dan tidak ada bahan bukti yang sahih , ianya lahir daripada emosi yang tidak terkawal (marah) untuk menghukum seseorang maka perkara ini di anggap fitnah.
Terdapat beberapa hadis yang melarang sama sekali perbuatan fitnah memfitnah (untuk memecah belahkan umat Islam)
1. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Nabi SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)
3. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya" (Hadis riwayat Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)
4. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah SAW. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat" (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya)
5. Abu Darda berkata : Rasulullah SAW. bersabda "Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannya di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka".
Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.
Kedua : Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah.
Allah SWT akan sentiasa memberi rahmatnya kepada jemaah Islam yang berusaha untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT, mengahyati ajaran Islam dan berusaha untuk melaksanakan kerja-kerja amal makruf dan mencegah kemungkaran. Seseorang yang telah terkeluar daripada Jemaah Islam (kerana melanggar peraturan) perlulah kembali kepangkuan jemaah bukannya terus keluar dan menabur fitnah.
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
Ketiga : Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri.
Sesiapa yang telah terkeluar daripada jemaah ianya umpama kambing yang terkeluar daripada kandangnya maka amat mudah ianya di baham oleh serigala yang berada diluar kandang kambing.
Memang benar suasana diluar terdapat banyak serigala-serigala yang berkeliaran iaitu orang-orang fasik, munafik dan kafir yang akan mengambil kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan jemaah dan umat Islam . Mereka tidak akan duduk diam akan mencari peluang dan akan menggunakan orang yang telah kecewa untuk dijadikan "tokoh" untuk menyekat tarbiah, dakwah dan amal Islami . Akhbar arus perdana akan mengambil peluang keemasan ini untuk menghidupkan "fitnah-fitnah baru" yang menjadi bahan-bahan berita yang sensasi. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang mempromosikan diri merka dan umat Islam yang tidak berdosa untuk menjadi "muflis" di hari akhirat.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama berhati-hati dan berwaspada di atas segala berita dan peristiwa yang berlaku disekeliling kita supaya tidak terhapus segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita. Amat malang dan rugi sekiranya sekian lama kita beramal soleh tiba-tiba ianya di hapuskan hanya dengan berita fitnah dan berita palsu yang kita dengar samaada melalui media massa , internet, TV, radio dan sembang-sembang dikedai kopi. Syaitan amat suka semakin ramai anggota masyarakat kita menjadi agen membawa fitnah kerana syaitan tidak payah bekerja keras kerana mereka semuanya tidak dapat masuk syurga dan menjadi kawannya di neraka. Berdoalah kita semuga Allah SWT selamatkan kita daripada fitnah dunia akhir zaman yang menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT.
oleh Abu Basyer pada pada 29hb Januari 2012 pukul 10.54 pagi
Ahad, 29 Januari 2012
INGATAN BUAT YANG TERLUPA
- Mohd Hazmi Dibok : Kuantan, Pahang, Malaysia
WALAU MENDUNG MENYELUBUNGI, MENTARI TETAP BERSINAR.. HILANG KABUT TAMPAKLAH IA!
Menyelusuri
sunnah perjuangan, hari tidak selalunya cerah... Ada ketikanya mendung
berarak kelabu... Ada ketikanya ribut, banjir kilat tidak menentu...
Namun bertenanglah! Mentari tetap terus bersinar... hilang kabut,
tampaklah ia...
MEHNAH ADALAH SUNNAH
Bilakah
jalan perjuangan sepi dari mehnah atau tribulasi? Kalau ada orang yang
ingin berjuang dan bersungguh-sungguh membariskan dirinya dalam sebuah
saf perjungan Islam, tetapi nafsunya ingin agar sentiasa nyaman tanpa
sebarang mehnah, sesungguhnya dia bermimpi dan berangan-angan.
Tanpa mehnah,tribulasi, ibtila’, ujian atau apa istilah sekali pun, bagaimana seorang pejuang Islam dapat merealisasikan erti jihad dan pengorbanan, menghayati makna thabat dan sabar. Itulah sunnah perjuangan. Mehnah akan datang dengan pelbagai wajah dan arah. Atas bawah, kiri kanan, dalam dan luar…
Kadang-kadang ia datang seperti angin ribut yang menggemparkan, kadang-kadang ia bertiup halus seperti bayu lembut yang menghanyutkan. Kadang-kadang ia menerpa ganas dari luar, sesekali menikam senak dari dalam. Adakah memang terlalu susah untuk memahami hakikat ini? Ataukah sudah terlalu lama tercicir usrah sehingga atas bawah semua melatah?
Lupakah
kita pada teks usrah fiqh sirah? Atau sudah terlalu jauh berlalunya
diskusi Al-Hujurat? Ke mana menghilangnya ingatan kita terhadap
pengajaran Peristiwa Ifk (fitnah Aisyah)? Bercempera seperti tiada
pedoman, bertempiaran umpama hilang akal, tersesat seperti hilang arah! Sekali lagi, Tarbiyah! Tarbiyah! Tarbiyah!
INGATAN BUAT YANG TERLUPA
Jamaah
Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sepanjang 23 tahun
menghadapi mehnah demi mehnah bertali arus. Jika kita meneliti catatan
sirah, membacanya sahaja pun kita sudah merasa letih.
Alangkah hebatnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat generasi awal Islam
mengharungi badai perjuangan dengan penuh kesabaran demi kesabaran.
Mehnah bukan sahaja datang dari musuh luar internasional, dari kalangan Empayar Kristian Rom dan Majusi Parsi malah di peringkat nasional,
Musyrikin serta ahli kitab Yahudi dan Nasrani samada di Makkah atau
Madinah. Juga tidak sedikit ketenangan jamaah pimpinan Nabi s.a.w.
berkocak di sebabkan oleh konflik yang ditimbulkan tidak putus-putus
oleh musuh dari dalam jamah di kalangan munafik samada
dalam peristiwa Fitnah Ifk yang melibatkan Ummul Mukminin Aisyah, jarum
halus yang memecahbelahkan kesatuan jamaah di saat-saat genting dalam
Perang Uhud, agenda jahat dalam pembinaan Masjid Dhirar dan sebagainya.
Tidak kurang juga mehnah atau konflik yang timbul disebabkan oleh sikap negatif dan kesilapan yang dilakukan oleh ahli jamaah sendiri dari kalangan orang-orang yang beriman seperti
hampir tercetusnya pertembungan semula di antara Aus dan Khazraj,
kealpaan dalam melaksanakan arahan seperti Kaab Bin Malik dan 2 orang
sahabat dalam peristiwa Perang Tabuk, pembongkaran rahsia oleh bekas
pejuang Badar – Hatib bin Abi Balta’ah, sesetengah sahabat yang
terpedaya dengan fitnah ke atas Aisyah dan lain-lainnya.
Lebih dari itu, dalam mengharungi ranjau perjuangan, terkadang kesilapan turut berlaku di kalangan Kibar As-Sohabah (sahabat besar) selaku pimpinan kanan
yang bersama Nabi s.a.w. seperti tindakan tidak puas hati Saiyyidina
Umar dan beberapa orang sahabat dalam peristiwa MOU Hudaibiyah. Malah
jika kita meneliti lebih jauh, Nabi s.a.w. yang terpelihara dari dosa
itu pun ditakdirkan Allah s.a.w. untuk melakukan beberapa kesilapan yang
terkandung padanya hikmah dan pengajaran yang sangat banyak.
Jika anda memahami hakikat tersebut, pelik sangatkah anda bila melihat berlakunya konflik, fatal dan kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan sesebuah jamaah?
Boleh untuk merasa sedikit terganggu, tetapi jangan berlebih-lebihan
sehingga menghilangkan fokus kerja yang perlu dilunaskan di peringkat
masing-masing. Orang-orang yang memahami serta menghayati tabiat dan
sunnatullah ini, mereka mendepani dan menanganinya mengikut panduan
wahyu. Tidak cepat melatah bersama-sama orang-orang yang latah.
Mungkin antara hikmahnya,
Allah s.w.t. ingin mendidik pimpinan dan anggota jamaah bagaimana
kaedah yang paling baik untuk menangani konflik seperti ini sebelum di
beri kuasa sepenuhnya oleh Allah s.w.t. Mungkin juga Allah s.w.t. sedang
melakukan proses penapisan berperingkat bagi menjernihkan saf dari
sebarang virus lantas memperteguhkan bangunan jamaah. Boleh jadi juga
berlaku check and balance dalam isu-isu yang dibangkitkan, moga
sesetengah kita tidak hanya terpegun dengan keindahan sinar bulan hingga terlupa kegelapan pekat di belakangnya.
Firman Allah s.w.t., mafhumnya : “Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami
telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami
telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang dusta. [Al-Ankabut : 2-3]
Firman Allah s.w.t., mafhumnya : “Maka sesungguhnya pada setiap kesulitan pasti akan muncul sesudahnya kemudahan. [Al-Insyirah : 5]
Dan firmanNya lagi, mafhumnya : “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar [Al-Baqarah : 153].
Rasulullah
s.a.w. pernah ditanya : “Siapakah manusia yang paling banyak diuji
Allah?” Nabi menjawab : “Para Nabi.” Baginda ditanya lagi : “Kemudian
siapa lagi?” : Jawab Nabi : “Orang-orang soleh”. Selanjutnya Nabi s.a.w.
bersabda : “Semakin kuat pegangan agama seseorang, maka semakin banyak
ujian yang akan dihadapinya.” [HR Tirmidzi – Sahih]
PEDOMAN WAHYU MENDEPANI KRISIS DALAMAN
Pedoman (1)
Firman Allah Subhanahu wa Taala Mafhumnya : “Dan
apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau
kecemasan, mereka terus menghebahkannya ; padahal kalau mereka
kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (para
pemimpin) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh
orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka
dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada
kamu, tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu
orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).” [Surah An-Nisa’: 83]
Pengajaran dari ayat tersebut secara ringkasnya ialah :
1.
Kita dari kalangan penyokong, ahli, pendokong, penggerak atau pimpinan
peringkat bawahan kumpulan Islam tidak sepatutnya melatah, terlalu cepat
mengeluarkan kenyataan, memberi komentar atau segera menyebarkan
sesuatu isu yang berlaku melibatkan kepentingan jamaah.
2.
Kita sewajibnya merujuk kepada pimpinan tertinggi atau menunggu
kenyataan rasmi pimpinan dalam isu-isu seumpama ini. Kenyataan rasmi
kepimpinan tertinggi yang disokong oleh badan tertinggi (majlis syura
ulama’) adalah menjadi sikap dan pendirian kita. Ulasan dan komentar
kita setelah dari itu mesti selari dan dipastikan tidak bercanggah
dengan kenyataan rasmi tersebut walaupun berbeza dengan pandangan kita
secara peribadi!
3.
Kita wajib bermuhasabah dengan apa yang berlaku. Jauhnya sikap dan
tindakan kita berbanding panduan nas Al-Quran tersebut. Ada yang
bermulut lancang meremehkan si A atau si B sedangkan dia sendiri tidak
mengetahui secara terperinci isu sebenar dari sumber yang pertama.
Pedoman (2)
Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur ayat 11-16, mafhumnya :
“Sesungguhnya
orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari segolongan kamu
juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan
ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat
balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang
mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu
baginya azab yang besar. [11] Mengapakah di waktu kamu mendengar berita
bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berprasangka baik
terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah
suatu berita bohong yang nyata?! [12] Mengapa mereka (yang menuduh itu)
tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?! Oleh
karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada
sisi Allah orang-orang yang dusta. [13] Sekiranya tidak ada karunia
Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya
kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita
bohong itu. [14] (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu
dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu
ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja.
Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [15] Dan mengapa kamu tidak
berkata, di waktu mendengar berita bohong itu : Sekali-kali tidaklah
sepatutnya bagi kita memperkatakan hal seperti ini. Maha Suci Engkau (Ya
Tuhan kami), ini adalah dusta yang amat besar.”[16]
Secara
ringkasnya, beberapa panduan Rabbani dapat kita rujuk dari peristiwa
Ifk (peristiwa fitnah ke atas Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w. dengan
seorang sahabat) tersebut :
1. Tidak Mencari-Cari Keburukan & Menyebarkan Isu
Ada
di antara ahli jamaah dan kepimpinan kadang-kadang ditimpa bencana
memiliki hati yang berpenyakit. Mereka ini amat suka mendengar, memberi
perhatian dan mencari-cari keburukan-keburukan sesama anggota. Seronok
kerana kononnya memiliki banyak rahsia buruk ahli jamaah maupun pimpinan
dan merasa bangga apabila boleh menceritakannya kepada orang lain.
Merasa diri hebat sebab boleh bercerita tentang keburukan pimpinan itu,
kelemahan pimpinan ini, kesilapan ahli itu, kejahatan ahli ini dan
sebagainya. Lebih seronok lagi jika ceritanya itu mendapat sambutan dan
bilangan pelawat blog-nya semakin meningkat.
2. Berprasangka Baik dan Berusaha Melihat Sisi Positif
Salah
satu sikap yang mesti dimiliki oleh anggota jamaah dalam hubungannya
sesama ahli atau kepimpinan ialah sikap ber-husnuzon (berprasangka baik)
kepada saudara kita sesama mu’min – siapa pun dia dan dari kelompok
apapun mereka - sepanjang ia atau mereka dikenal keikhlasannya dan
perjuangannya untuk Islam dan meninggikan kalimatulLah. Lihatlah
kesilapan dan kelemahan yang berlaku dari sisi yang positif agar dapat
memelihara hati kita dari kotor dan prasangka. Kemungkinan pimpinan
tersebut tersilap, tapi mungkin dalam situasi tersebut hanya itulah
pilihan yang terbaik yang ada menurut pendapatnya. Kita berusaha semampu
mungkin bersangka baik bahawa tindakan-tindakan tidak popular yang
diambil oleh sesetengah pimpinan kita tersebut datangnya dari jiwa
mereka yang ikhlas dan cinta kepada perjuangan. Cuma, tindakan tersebut
mungkin bukanlah yang terbaik. Apakah berbaloi kita mencemuh kesilapan
tersebut sampai berlebihan meremehkan keikhlasan dan kecintaan mereka
terhadap perjungan???
3. Berlapang Dada Terhadap Kesilapan & Bersikap Pemaaf
Mana-mana
ahli atau kepimpinan jamaah adalah kumpulan manusia yang pasti tidak
terkecuali dari tersilap atau melakukan kesilapan. Setiap ijtihad,
pandangan dan pendekatan strategic, tetap terdedah kepada kesilapan
sebagaimana perkataan Imam Asy-Syafi’i rahimahulLah ; “Ra’yi shawaab
walakin yahtamilul khatha’ wa ra’yu ghairi khatha’ walakin yahtamilush
shawaab (pendapatku benar tapi mungkin saja salah, dan pendapat selainku
adalah salah tapi mungkin saja benar). Kepimpinan peringkat mana pun
mereka tetap terdedah kepada kesilapan. Walaubagaimana pun, air yang banyak melimpah lebih dari dua kolah tidak terjejas dengan sedikit najis yang jatuh ke dalamnya. Kesilapan
kecil yang dilakukan oleh kepimpinan tersebut tidaklah sepatutnya
menjejaskan segala jasa baktinya, sumbangan tenaga dan pengorbanan yang
melimpah ruah, kesetiaan dan segala kelebihan yang dimiliki yang
melayakkan dia duduk di level tersebut…
4. Jangan Memandang Remeh Budaya Penyebaran Isu Liar
Menganggap
sinis dan membiarkan isu-isu liar tersebar di kalangan anggota jamaah
hanya akan melukakan ukhuwwah islamiyyah, mencarik rasa hormat sesama
sendiri, menebalkan sikap kepuakan, memecah belahkan saff perjungan dan
boleh melemahkan organisasi jamaah. Jamaah yang lemah ini akan semakin
hilang upayanya untuk menanggung beban perjuangan yang berat dan semakin
mencabar!
Pilu
rasanya apabila melihat ahli-ahli saling meremeh, merendahkan,
menyindir dan menempelak antara satu sama lain atas isu-isu yang mereka
sendiri pun tidak beberapa jelas.... Lebih menyedihkan apabila ada ahli
dan kepimpinan bawahan turut terjebak dalam memperlekeh, merendah dan
meremehkan kepimpinan atasan jamaah atas isu-isu yang mereka sebenarnya
juga tidak berapa jelas dan pasti hakikatnya! Marilah kita kembali
kepada akhlak Islam dalam menanganinya dengan meletakkan – kelapangan
hati, kerendahan jiwa, kemaafan, husnuz zon (sangka baik), kasih sayang,
thiqah, kepercayaan dan tuntutan ukhuwwah – sebagai asas terpenting
mendahului segala-galanya..
LEBIH SUDU DARI KUAH
Khusus
bagi anggota jamaah di peringkat bawahan dan menengah, tidak perlulah
kita bersikap lebih sudu dari kuah. Berilah mandat kepada pucuk pimpinan
yang tertinggi dan badan yang berautoriti mencari jalan menyelesaikan
isu-isu berbangkit. Demikian juga jangan cepat kita menghukum sebelum bukti, kenyataan, saksi dan penghakiman dijalankan. Usah
ambil jalan mudah dengan menghukum si A tidak taat arahan jamaah, si B
tidak sayang pada patuh pada pimpinan dan pelbagai lagi cercaan demi
cercaan yang tidak menguntungkan sesiapa dan apa-apa melainkan sekadar
melempiaskan kepuasan nafsu kita sahaja.
Muhasabahlah
diri masing-masing adakah kita sendiri itu sudah cukup wala’nya? Hebat
ketaatannya? Sempurna komitmennya? Ataukah berapa banyak arahan pimpinan
di peringkat masing-masing yang kita engkar? Berapa kali arahan
mesyuarat yang kita tidak hadir dengan sengaja? Berapa kali arahan hadir
usrah yang kita tidak komit kerana memilih rehat walau pun lapang?
Berapa banyak tuntutan jamaah di peringkat masing-masing yang kita
sendiri pun taat dan komit secara berpilih? Tepuk dada tanyalah diri
masing-masing..
Kemudian
renunglah dengan jujur, adakah dengan bercempera membawa mulut ke hulu
ke hilir, menulis di sana di sini, menjaja ke selatan ke utara, sms ke
timur mms ke barat, komen di facebook kutuk di twiter akan dapat
menyelesaikan isu yang berlaku? Atau menambah hangatkan suasana? Mungkin
bara hampir padam, ramai pula yang curah minyak! Di antara keelokan
seorang Islam itu ialah, meninggalkan apa-apa yang sia-sia (tidak ada
makna). Kalau dengan melatah itu tidak boleh menyumbang apa-apa, diam
lagi baik.. kerana anda pendokong jamaah Islam!
PANDANGAN MASYARAKAT LUAR
Mungkin
inilah yang dirungsingkan oleh pendokong jamaah di atas konflik dan isu
yang berlaku. Munasabah untuk merasa bimbang, namun jangan resah dan
rungsing yang tidak berpedoman kerana kita sudah sepatutnya faham bahawa
itulah sunnah dalam perjuangan. Soalnya sekarang, apa yang terbaik
boleh kita lakukan untuk jamaah dan perjuangan Islam, bukan untuk
merosakkan jamaah atau memuaskan hawa nafsu amarah kita? Kepada sesama
ahli jamaah, panduan di atas jadikan sebagai sandaran dan panduan.
Ada pun kepada masyarakat awam di luar, pelbagai pendekatan boleh digunakan, antaranya :
Ada pun kepada masyarakat awam di luar, pelbagai pendekatan boleh digunakan, antaranya :
1)
Nyatakan pada mereka bahawa jangan mudah percaya kepada kesimpulan dan
rumusan yang dijaja oleh media masa perdana yang menjadi penyambung lidah-lidah syaitan. Sifat prejudis, berlebih-lebihan dan berniat jahat yang menjolok mata dalam pemberitaan mereka sudah tersedia maklum.
2)
Pimpinan jamaah bukan maksum dan terpelihara dari berbuat silap.
Perjuangan Islam, dasar dan prinsip berjamaahnya lebih utama dari
pandangan seseorang walau siapa pun dia. Dalam perjuangan, pemimpin
boleh datang dan pergi, tokoh boleh timbul dan tenggelam. Walau pun kita
tidak menginginkannya, itu semua boleh berlaku kerana ia pernah
tercatat dalam tinta sejarah perjuangan Islam. Namun kebenaran bukan berasaskan individu atau batang tubuh sesiapa, kebenaran adalah pada kebenaran itu sendiri.
3)
Perbezaan pendapat boleh berlaku di mana-mana. Di dalam mana-mana
kumpulan. Salah atau benar bukan disebabkan oleh perbezaan pendapat
dalam sesebuah organisasi. Tetapi kebenaran adalah pada apa yang
diperjuangkan. Perjuangan Nabi s.a.w. yang bertunjangkan wahyu tetap
benar, walau ada orang seperti arab badwi yang kencing di dalam masjid,
walau ada pembocor rahsia seperti Hatib Bin Abi Balta’ah, walau ada
golongan munafik menganggotainya.
Adakah Islam tidak benar hanya kerana keburukan sebahagian penganutnya?
Perjuangan Islam dianggotai oleh manusia, bukan para Malaikat!
4)
Ini bukan bermakna kita bersikap Tabrir (membenarkan) sesiapa yang
melakukan kesalahan. Sesiapa sahaja di dalam Islam dan jamaah Islam
berisiko terjebak di dalam kesalahan dan dosa. Si A mahupun si B, si C
atau si D semuanya mungkin melakukan kesilapan. Namun
kesilapan itu adalah kesilapan batang tubuhnya bukan kesilapan Islam
atau Jamaah Islam yang bertunjangkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias,
berasaskan konsep syura yang dibimbing oleh para Ulama’ Amilin. Masakan
pendapat individu lebih utama dari semua kekuatan tersebut! Dalam
setiap organisasi ada badan yang berautoriti untuk menangani isu
tersebut, makan biarlah mereka yang menanganinya.
5)
Jangan hilang fokus kepada usaha menentang kezaliman, penyelewengan
kuasa yang menjolok mata, penipuan dan korupsi yang berleluasa,
penghinaan terhadap hukum Islam yang bermaharaja lela dan lain-lain isu
besar negara dan bangsa yang perlukan pembelaan sewajar dan sewajibnya! Masakan
hanya kerana masalah sikap sebahagian pemimpin atau tokoh dalam Jamaah
Islam, menjadikan pencabulan hak, kezaliman, penyelewengan kuasa,
penindasan, kemungkaran, penolakan dan pelecehan terang-terangan
terhadap hukum Islam oleh segerombolan penjahat menjadi halal dan
baik??? Mudah benar sifirnya? Masakan dengan menyiarkan muka
depan isu ada orang tidak puas hati dengan pendekatan terkini Jamaahnya
menjadi lebih berat dan mudharat dari berbilion harta awam dibaham oleh
kroni?
KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT
Kepercayaan
sepenuhnya wajar diberikan kepada pimpinan tertinggi jamaah yang telah
diberi mandat dengan bimbingan majlis syura di kalangan para Ulama’
Amilin untuk menangani permasalahan tersebut dengan kaedah yang terbaik
dan berhikmah serta memohon petunjuk Ilahi di atas setiap keputusan yang
dilakukan. Siiruu ala
BarakatilLah, usah bimbang dan usah berdukacita.. sesungguhnya Allah
bersama-sama kita… Marilah secara terpimpin, kita bersama harungi dugaan
ini.. Allahuakbar!
bidadari bermata jeli bersenang-lenang bergeli-geli... Klip 1
Sabtu, 28 Januari 2012
Setiap Kaum Yang Derhaka Kepada Allah SWT Pasti Mendapat Balasannya
TERRIBLE NEW FOOTAGE of 2011 TSUNAMI IN JAPAN!
Merenung Sejenak Isi Al-Quran : Setiap Kaum Yang Derhaka Kepada Allah
SWT Pasti Mendapat Balasan dari Allah....
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya aku mampu melihat apa yang tak sanggup kalian lihat. Kudengar suara gesekan dilangit (berkriut-kriut) , langit sedemikian padatnya, tak ada tempat kosong bahkan seluas empat jari sekalipun karena langit dipenuhi para malaikat yang sedang bersujud kepada Allah SWT.
Demi Allah ! Sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui (tentang akhirat), niscaya kalian tidak akan pernah tertawa sedikitpun, bahkan kalian pasti akan banyak menangis (karena takut).
Dan niscaya kalian tidak akan pernah bisa bersenang-senang dengan istri-istri kalian, dan niscaya kalian akan keluar berhamburan ke jalan-jalan (berteriak) untuk memohon (ampun) dan memanjatkan doa kepada Allah (meminta perlindungan dari bencana akhirat) yang akan Dia timpakan” (HR Tirmidzi & Al-Bukhari)
Kisah Nabi Nuh
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)"
Ketua-ketua dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata".
Nabi Nuh menjawab: "Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?".
Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)
Kisah Nabi Hud
Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? "
Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan, dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta".
Nabi Hud menjawab: "Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.
"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".
Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu".
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.
Kisah Nabi Soleh
Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya".
Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".
Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)".
Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".
Kisah Nabi Lut
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
Kisah Nabi Syuaib
Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.
"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.
"Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya, dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukumNya di antara kita semua, dan Dia lah jua sebaik-baik hakim".
Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?
"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".
Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi".
Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.
Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)". [7:59-93]
Banyak sekali kisah kaum yang derhaka telah diceritakan kepada kita. Bagaimana mereka dibinasakan dan diazabkan Allah. Renungan untuk kita bersama.
Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).Selepas ayat 102 ini, ada diceritakan kisah Nabi Musa,Firaun dan Bani Israel pula.
Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?
Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.
Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.[7:93-102]
Renunglah diri kita.Ubahlah sikap kita. Kembalilah kepada jalan Allah. Jangan sayangkan sangat dunia ini. Menyesal kelak (di akhirat) tiada gunanya.
Peringatan untuk diriku sekeluarga. wassalam
Jangan Dilupakan Tugas Sebagai Manusia Di Bumi Allah
Kebangkitan Islam, sudah sampaikah masanya (Video)
Oleh: Zaharuddin Abd Rahman
Jangan Dilupakan Tugas Sebagai Manusia Di Bumi Allah
Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita semua tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.
Jika kita ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.
Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang melupakannya sebagai 'bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,
"Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"
Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.DIRI TIDAK SEMPURNA
Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.
Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.
Justeru itu, Allah ta'ala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :
كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)
Dari Ibn Mas'ud r.a :Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)
لما
وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم
وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى
ابن مريم
Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa. ( Riwayat Ahmad)
Nabi menyebut :Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa. ( Riwayat Ahmad)
والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم
Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan. (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)
Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan. (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)
SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI
Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak baik', 'tidak soleh' dan 'belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.
Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.
Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.
Nabi juga bersabda :
الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر
Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah. (Riwayat Abu Daud)
Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah. (Riwayat Abu Daud)
Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.
Allah menyebut:
إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ
Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya). ( Al-Syura : 48)
Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya). ( Al-Syura : 48)
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. ( Yusuf : 103)
Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. ( Yusuf : 103)
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah al-Taubah : 38)
Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah al-Taubah : 38)
Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan kaedah mengikut kesesuaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.
Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung, felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar serta banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.
- Artikel iluvislam.com
Langgan:
Catatan (Atom)

