Memaparkan catatan dengan label pas pilihanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas pilihanku. Papar semua catatan

Rabu, 14 Julai 2021

KENAPA AKU KEKAL DENGAN PAS

Untuk kekal dengan sesuatu kita perlu ada sebab yang kukuh.
Apatah lagi memilih suatu tempat untuk berintimak beramal soleh. 
Maka suka aku ingin kongsikan 5 sebab mengapa aku KEKAL dengan PAS.

1. DASAR DAN TUJUAN PERJUANGAN YANG JELAS

Dengan dasar dan tujuan yang jelas lah yang membolehkan sesiapa sahaja kekal beristiqamah. Dasar PAS adalah ISLAM manakala seruan adalah Allahuakbar.

Tujuan PAS pula adalah

a. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

b. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Maka sudah terang lagi bersuluh. Selagimana semua ini tidak lari dari perjuangan. Maka tiada sebab untuk aku berpindah bahtera.

2. DI TUBUHKAN HASIL IJTIMAK ULAMA TANAH MELAYU

Korang boleh singkap sejarah penubuhan PAS. Siapa yang berijtimak bersama-sama walau datang dari pelbagai ceruk tanah melayu? Mereka inilah begitu gigih untuk bersama dan menggerakkan satu gerakan islam demi mendaulatkan islam di tanah melayu. Mereka ini tidak lain adalah ulama’ tanah melayu ketika itu. Aku yakin dan percaya dengan keputusan bersama ulama’ melayu ketika itu insyallah ada barakahnya.

3. MEMPUNYAI 3 ELEMEN DALAM PERGERAKAN

Ini yang paling ketara yang membezakan PAS dengan gerakan islam lain mahupun parti politik lain. Boleh dikatakan semua gerakan islam memilih Dakwah dan Tarbiah sahaja. Parti Politik pula memilih Siasah sahaja. Namun berlain dengan PAS. PAS membawa ketiga-tiga elemen tersebut sekaligus tanpa meninggalkan salah satu. Dakwah , tarbiah dan siasah berjalan seiring bersama!. Aku yakin 3 perkara inilah yang mampu menjadi formula untuk membawa islam ini ke puncaknya.

4. PAS BUKAN SEMPURNA

Ya. Betul. Aku setuju 100% mengatakan PAS bukannya sempurna. PAS bukan baik sangat pun. Ahli dalamnya pun bukannya semua malaikat. Namun aku percaya PAS yang paling baik dan sempurna antara kesemua parti politik. Kelemahan-kelemahan yang ada pada PAS ini lah yang lebih menguatkan azam aku untuk bersama dengan Gerakan Islam ini. Bukan nya apa. Kelemahan-kelamahan ini lah yang membuka ruang kepada aku untuk beramal soleh sedaya mampu.

5. DI PIMPIN OLEH ULAMA’ SIASI

Semua mengetahu bahawa politik adalah suatu bidang yang sangat licik. Dalamnya ada kekotoran. Oleh itu untuk memastikan langkah politik kekal dilapik dengan nas agama, Perlu ada golongan yang mampu memandu kita dan membuat bacaan politik dalam neraca agama. Tidak dapat tidak mereka adalah dari golongan ulama’. Bukan sahaja ulama’ yang faqih ilmu agamanya. Malah ulama’ yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang siasah ini. Antara contoh paling mudah untuk kita ambil Tuan Guru Hj hadi Awang. Benar. kadangkala langkahnya tidak populis dalam masyarakat kita. Namun langkahnya jelas berdasarkan ilmu agama bersulam pengalaman luas beliau. Moga Allah panjangkan umur beliau.






Sabtu, 2 Disember 2017

10 SEBAB PAS PILIHANKU

1➖ AL-QURAN DAN AL-SUNNAH SEBAGAI RUJUKAN TERTINGGI

- Sejak PAS ditubuhkan, PAS telah menetapkan dalam perlembagaan PAS bahawa dasar PAS adalah islam.  Manakala rujukan tertinggi PAS seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS adalah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

2➖ PARTI DIPIMPIN OLEH ULAMAK

- Halatuju PAS  dipandu oleh badan tertinggu dikenali sebagai MAJLIS SYURA ULAMA' dianggotai oleh pakar dalam pelbagai bidang agama.

3➖ PROFESIONAL & CENDEKIAWAN BERSAMA PAS

- PAS tidak hanya disertai oleh golongan agamawan, malah ramai pimpinan serta penggeraknya dalam kalangan pakar ekonomi, perubatan, sains, teknologi dan pelbagai bidang lain

4➖ MENJALANKAN KEWAJIPAN ISLAM

- PAS tidak hanya berpolitik sepanjang masa, malahan PAS juga terlibat dalam bidang pendidikan, dakwah, tarbiah, kebajikan dan kemanusian.

5➖ MENEGAKKAN KERAJAAN ISLAM YANG ADIL

- Kelemahan umat islam hari ini berpunca dari hilangnya kuasa Khalifah Islamiah.  Pas memilih untuk memperjuangkan Islam kembali ke tampuk kekuasaan.

6➖ MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI DASAR NEGARA

- PAS percaya hanya Islam boleh menyelesaikan segala masalah.  Andai pemerintahan yang ada mengamalkan Isam secara menyeluruh, maka PAS bersedia membubarkan partinya.

7➖ HUBUNGAN ANTARABANGSA DENGAN UMAT ISLAM SEDUNIA TERMASUK GERAKAN ISLAM

- Penglibatan aktif Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang di dalam Kesatuan Ulamak Sedunia sehingga dilantik oleh Sheikh Dr Yusof Qardawi (Presiden Persatuan Ulamak Sedunia) sebagai Naib Presiden Kesatuan tersebut.  Presiden dan pimpinan PAS juga sering dijemput ke pelbagai forum dan seminar membincangkan masalah umat Islam.

8➖ BERI CADANGAN PENYELESAIAN KEPADA NEGARA

- PAS bukan sekadar mengkritik kesilapan kerajaan tetapi turut menawarkan penyelesaian kesilapan tersebut dengan penyelesaian secara islam termasuk menyelesaikan masalah rakyat.

9➖ PEMBANGKANG YANG MATANG

- PAS tidak membangkang semua idea kerajaan dan tidak menyokong semua.  Apa yang bermanfaat untuk negara dan rakyat, PAS sentiasa sokong tidak kira dari sesiapa.

10➖ MENGAMBIL BERAT NASIB UMAT ISLAM SERATA DUNIA

- Selain dari mendesak kerajaan membantu umat Islam, PAS turut menghantar pasukan kemanusian ke kem Pelarian membantu mangsa perang.  PAS turut terlibat ke meja rundingan dalam mencari penyelesaian secara diplomatik.  PAS juga banyak membuka pusat-pusat bantuab saudara muslim yang menjadi pelarian di negara ini.

#SejahteraBersamaIslam #PAS
#Bersama_Kepimpinan_Ulamak
#BudayaPolitikMatangSejahtera
#PASpilihanku #MaraMenujuCita

Sabtu, 28 Oktober 2017

Perjuangan PAS Kerana ALLAH dan ISLAM.

PAS pada pengamatan saya adalah parti yang jelas dengan perjuangannya.  PAS sanggup buat apa sahaja asalkan kalimah ALLAH tertegak utuh di bumi ini dan supaya kebaikan dapat ditegakkan.

Pendapat dan pandangan PAS terhadap sesuatu isu jarang sekali jauh dari pendapat dan pandangan saya.  Saya serasi dengan PAS.  Walaupun saya bukan seorang yang aktif dan terlibat secara langsung dengan PAS, namun PAS tetap di hati.

Ia di hati bukan kerana namanya PAS, bukan kerana labelnya label ISLAM.  Tetapi telah jelas sejak dahulu sampai sekarang, perjuangannya kerana ALLAH, kerana ISLAM.

Nasihat Saya

Saya bukanlah orang yang layak untuk memberikan nasihat.  Namun, sebagai seorang muslim memang tanggungjawab kita untuk saling tegur-menegur.

Para pimpinan PAS hendaklah sentiasa mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah.  Dan mentarbiyyah ahli-ahlinya dengan ajaran ISLAM yang benar.  Tarbiyyah ISLAM adalah merupakan perkara asas dan pokok yang mesti dikukuhkan di dalam setiap jiwa ahli2nya.  Saya rasa inilah yang telah menjadi aset utama dan resepi asas kejayaan dan istiqamahnya PAS hingga hari ini.

Pimpinan, pendokong dan penyokong PAS hendaklah sedar bahawa kekuatan PAS bukanlah pada pandainya berpolitik dan banyaknya kerusi dalam Parlimen dan DUN.  Tetapi ia kuat kerana berlandaskan ISLAM.  Jadi semua warga PAS mesti selalu bercakap tentang ISLAM yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.  Banyakkan cerita tentang kebaikan ISLAM.

Warga PAS mesti menumpukan usaha menanamkan keyakinan masyarakat Malaysia kepada ISLAM.   Usah terikut-ikut dengan rentak kawan atau lawan dalam memburuk-burukkan peribadi dan parti lawan.  Kerana sokongan yang diperolehi hasil dari benci tidak bertahan lama.  Binalah sokongan itu berasaskan keyakinan yang jitu.  Apabila masyarakat telah terbina di dalam diri mereka akan keyakinan terhadap ISLAM, mereka nakkan ISLAM, insyaALLAH secara automatik sokongan dan dokongan akan datang kepada pihak yang memperjuangkan ISLAM.

Buat ahli masyarakat yang tidak bergerak di dalam PAS, saya menyeru agar kalian cuba sedaya mungkin untuk berbaik sangka dengan PAS.  Media cetak dan elektronik yang kadang-kala memaparkan pelbagai kisah keburukan PAS telah dengan sengaja dipergunakan oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan kredibiliti PAS.  Janganlah terima berita tersebut bulat-bulat.  Sekurang-kurangnya, jangan percaya 100%.  Yang paling baik ialah double-check dengan media PAS.

Buat ahli masyarakat yang tidak bergerak di dalam PAS, disarankan juga agar kalian menegur apa-apa yang buruk dan kelemahan yang kalian nampak di dalam PAS.  InsyaALLAH, teguran kalian akan memberikan kesan yang baik.  Dari segi politik Malaysia, PAS adalah satu-satunya parti politik yang kita boleh harapkan untuk berjuang dari pihak kita, ummat ISLAM.

Buat rakan pakatan Gagasan Rakyat, saya menyeru agar kalian bersungguh-sungguh bekerjasama dengan PAS.  PAS adalah parti yang kalian boleh harapkan.  PAS adalah parti yang kalian boleh letakkan kepercayaan.  Janganlah dirosakkan kepercayaan dan hormat yang telah PAS letakkan pada kalian.  Nilai agama yang ada pada pimpinan PAS akan memberikan kalian extra-mileage dalam perjuangan membina Malaysia yang sejahtera.

Buat rakan-rakan seagama di dalam Pakatan Pembakang, saya faham bahawa sebahagian kalian mempunyai agenda perjuangan yang bagus.  Tidak dinafikan ada yang ingin berjuang untuk rakyat, berjuang kerana agama, berjuang kerana bangsa dan betul-betul ikhlas dengannya.  Justeru, saya sarankan agar kalian tidak mewujudkan permusuhan dengan PAS.  Apa yang baik dari PAS, sokonglah.  Dan jika ada yang tidak baik dalam PAS, tegurlah dengan semangat ukhwah.  Dan di dalam doa kalian, doalah agar kita semua ummat ISLAM dapat berukhuwwah dengan ukhuwwah Islamiyyah.

Dan buat rakan2 seagama, berhentilah dari membuat fitnah dan tipu terhadap PAS.  Berhentilah dari menghasut dan memutar-belitkan fakta dan cerita demi keuntungan kalian.  Sungguh, kita semua akan dikumpulkan pada hari akhirat.  Masing-masing akan dihitung.  Dan akan ditempatkan berdasarkan amalan masing-masing semasa hayat di kandung badan.

Saya ingin ulangi semula bahawa sokongan saya terhadap PAS bukanlah kerana partinya parti berlabelkan ISLAM, bukanlah kerana namanya Parti Islam, bukanlah kerana taksub dengan pemimpinnya, tetapi saya nampak apa yang telah PAS perbuat selama ini terhadap ISLAM.  PAS memperjuangkan ISLAM.  Jika PAS tidak lagi memperjuangkan ISLAM, tiadalah sokongan diri ini lagi pada PAS!

Wallahu Ta’ala A’lam.