Melatih Cara Berfikir Yang Cerdas Dan Kreatif Ala Islami
Hukum menghina Rasulullah dan teguran untuk orang yang menghina rasulullah.....
Mencela, mengolok-olok, mencaci-maki ataupun merendahkan Rasulullah SAW dalam terminologi fiqih Islam dikenali dengan istilah sabba ar-Rasul atau syatama ar-Rasul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kata-kata atau kalimat-kalimat seperti apa yang dikategorikan sabba ar-Rasul maka perlulah kita meneliti deskripsi berkenaan sabba ar-Rasul. Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul menerangkan tentang batasan orang-orang yang menghina Nabi SAW, iaitu "kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah SAW tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah SAW" [Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul hlm 528].
Di dalam kitab tersebut juga beliau menukilkan pendapat Qadhi Iyadh tentang berbagai bentuk penghinaan terhadap Nabi SAW. Di jelaskan demikian: Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah SAW ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah SAW. Apakah hukum Islam ke atas orang-orang yang menghina Nabi SAW? Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi SAW dengan kata-kata yang nyata.” [Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215].
Di dalamnya terdapat dua hadis sebagai berikut:
(1) "Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya". [Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud].
(2). "(Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi SAW mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah SAW ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Ku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, mamun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah SAW bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal” [HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].
Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi SAW adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah SAW adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.
Islam menggolongkan para pencela, pengejek dan penghina Nabi SAW sebagai kafir. Bahkan lebih dari itu Islam secara nyata menolak taubat (permintaan maaf) mereka seandainya mereka bertaubat di atas penghinaannya terhadap Rasulullah SAW. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Tidak usah kamu meminta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman” [TMQ Surah Taubah (9):66]
Hal ini menunjukkan kekhususan hukum orang yang mencela atau menghina Nabi SAW - meskipun orang-orang yang menghinakan Nabi SAW itu bertaubat dan meminta maaf, namun hukuman mati tetap akan dikenakan ke atasnya. Allah SWT menjelaskan penolakan taubat mereka di dalam firmanNya:
“Sama sahaja bagi mereka kamu memintakan ampunan atau tidak bagi mereka. Allah tidak akan mengampuni mereka” [TMQ Surah Al-Munafiqun (62):6].
Sesungguhnya tidak ada hukuman lain bagi penghina Nabi SAW, baik Sherry Jones, Geert Wilders, Salman Rushdie dan lain-lain, kecuali hukuman mati. Namun begitu, suatu perkara yang perlu diperhatikan adalah siapakah pihak yang berhak melaksanakan hukuman bunuh itu? Hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Ketua Negara Islam yakni Khalifah, atau orang yang telah diberi izin oleh Ketua Negara tersebut untuk membunuh si penghina tadi. Di dalam kedua-dua hadis di atas, ternyata Rasulullah, sebagai Ketua Negara telah memberi keizinan kepada pembunuh yang telah membunuh orang yang menghina baginda.
Salah satu dalil lain kepada perkara ini adalah kes pembunuhan Asma’ binti Marwan, seorang wanita Yahudi yang amat membenci Islam dan kerap menghina Rasulullah. ‘Umair bin ‘Auf, salah seorang sahabat Nabi mendatangi rumah Asma’ lalu membunuhnya. Dalam kejadian tersebut Rasulullah SAW mendiamkannya. Dari kes ini dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh itu dilakukan dengan izin dari Rasulullah SAW dalam kapasiti baginda sebagai Ketua Negara Islam.
Berdasarkan hukum syarak yang jelas, apa yang justeru sewajibnya dilakukan oleh Ketua Negara Islam adalah memerintah untuk menangkap dan membunuh penghina Nabi tersebut. Hanya dengan cara ini sahajalah tidak akan muncul lagi siapa pun yang berani untuk menghina Rasulullah SAW.
Namun malangnya, pemerintah yang ada hanya diam terpaku atas nama kebebasan bersuara. Paling tinggi pun apa yang mereka ‘berani’ lakukan hanyalah mengecam penghina Nabi., kecaman yang langsung tidak bermakna dan bukan berdasarkan kehendak Islam. Oleh sebab adanya pemimpin-pemimpin bacul seperti ini, maka para penghina Nabi seperti Sherry Jones ini tentunya akan terus bermunculan. Oleh sebab kebaculan pemimpin ini jugalah, maka hanya umat Islam yang betul-betul prihatin sahaja yang bangkit untuk mempertahankan Rasulullah.
Jadi, apa pun reaksi/langkah yang telah dan sedang diambil oleh umat Islam, tentunya tidak akan memberi penyelesaian yang tuntas, kerana satu-satunya penyelesaian tuntas itu adalah apabila kita berhukum dengan hukum Islam. Dan hukum Islam menyatakan bahawa penghina Nabi mesti dibunuh, dan orang yang sepatutnya melaksanakan atau mengarahkan atau mengizinkan pembunuhan ini adalah pemerintah. Namun pemerintah yang ada sekarang tidak pernah menerapkan hukum Islam dalam pemerintahan mereka. Oleh kerana itulah, pemerintah yang ada sekarang mesti digantikan dengan seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum Allah dan Rasul, yang akan menjaga kehormatan dan kesucian Rasulullah dan agama Allah. Khalifahlah nanti yang akan mengeluarkan perintah agar penghina Nabi ini dihukum bunuh, sesuai dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah sendiri.
Apakah kita? Reaksi dari kita adalah, kami tidak pernah berdiam diri dari berusaha untuk menegakkan hukum Allah dengan menegakkan Daulah Khilafah, agar hukum Allah dapat dilaksanakan secara kaffah. Dalam masa yang sama, kami tidak pernah berdiam diri setiap kali Rasulullah dihina. Demonstrasi-demonstrasi aman dan seruan-seruan terbuka terus dilakukan oleh Umat Islam di dalam mempertahankan Rasulullah dan juga menyeru agar pemerintah menerapkan hukum Allah dan membunuh para penghina Nabi SAW. Semoga dengan tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi, para penghina Nabi ini akan lenyap dari muka bumi ini. Insya Allah.
Memaparkan catatan dengan label menghina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menghina. Papar semua catatan
Selasa, 26 Julai 2011
Jumaat, 22 Julai 2011
TAJUK: LARANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA
TARIKH: 28 JANUARI 2000 (21 SYAWAL 1420)
Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah " Larangan menghina sesama manusia "
Sidang jumaat yang berbahagia,
Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah untuk selama-lamanya. Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85
Maksudnya : " Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi "
Kaum muslimin yang berbahagia,
Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2
Maksudnya : "" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain""
Sidang jumaat yang dimuliakan,
Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama : Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"
Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "
Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "
Sidang jumaat yang berbahagia,
Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.
Ketiga : Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "
Kaum muslimin yang dimuliakan,
Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."
Sidang yang jumaat yang berbahagia,
Mimbar jumaat yang hari ini sekali lagi berpesan kepada jemaah sekalian supaya berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :
Maksudnya : " ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu""
Langgan:
Catatan (Atom)