Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.
Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.
Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.
“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.
Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.
Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.
Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.
Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.
“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.
“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.
Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.
“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.
Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.
Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.
Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.
BUKTI UMNO PISAHKAN AGAMA DAN POLITIK
Ditulis oleh TAMU
Ulama terkenal Dr Yusof Al Qardawi pula pernah menyatakan dalam bukunya bahawa barangsiapa memisahkan agama dengan politik atau mengatakan agama dan politik tidak boleh dicampuradukan, maka dia jadi sesat. Sebagai seorang Islam yang beriman, adalah wajib untuk meyakini bahawa apa saja yang kita lakukan di dunia ini samada yang sekecil-kecilnya atau sebesar-besarnya akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
Ini termasuk dalam urusan mentadbir Negeri atau Negara, dalam soal memilih pemimpin atau ketua adalah merupakan persoalan yang amat besar yang wajib akan ditanya oleh Allah kelak. Dalam memilih pemimpin atau ketua, Allah dan rasul telah memberi amaran supaya memilihnya dari kalangan orang yang berilmu dengan ilmu Tauhid, Fekah dan sekurang-kurangnya ada asas Tasawuf. Orang yang beriman dan benar-benar takut dengan ancaman dan azab Allah.
Dalam urusan mentadbir negeri atau Negara, memegang amanah rakyat pula setiap sesuatu yang hendak dilakukan mestilah dirujuk dahulu kepada agama samada ianya itu bercanggah atau tidak dengan syariat Allah. Dalam mentadbir, agama mestilah dijadikan sebagai pengawal dan rujukan dalam semua tindakan.
Sekiranya seseorang pemimpin atau ketua itu ingin mengambil atau menerima rasuah, dia merasakan dalam agama adalah haram, berdosa dan akan diazab oleh Allah kelak, maka dia tidak akan melakukanya.
Menguatkuasakan undang-undang, seorang pemimpin yang beriman akan melihat apakah hukuman atau undang-undang yang hendak dilaksanakan itu bertepatan dan tidak bercanggah dengan ajaran Nabi dan Quran, jika didapati bercanggah, dia tidak akan sanggup melaksanakanya kerana akan ditanya dan diazab oleh Allah kelak.
Apabila berdepan dengan rakyat, ketua atau pemimpin yang beriman tidak akan berani menipu, mungkir janji apatahlagi untuk merompak harta rakya, merampas tanah rakyat atau merobohkan rumah rakyat secara paksa kerana mereka tahu ini bercanggah dengan ajaran Islam.
Apabila hendak diluluskan lesen atau membina kilang arak, tempat judi dan tempat maksiat, mereka secara tegas akan menolaknya kerana mereka akan ditanya nanti. Inilah yang dikatakan Islam dan agama itu tidak boleh dipisahkan walau dalam apa situasi sekali pun. Seandainya agama dipinggirkan dalam urusan mentadbir Negara atau perjuangan jemaah atau parti, maka mereka akan melakukan apa saja tanpa mengira dosa atau pahala, samada untuk terima rasuah, berzina, berjudi, mendapat kuasa secara menipu dalam pilihanraya dan sebagainya.
PENJELASAN OLEH UST ISMAIL KAMUS
Maka ianya tidak ada bezanya dengan amalan agama Kristian yang menetapkan bahawa puak gereja dengan urusan mereka tanpa boleh mengganggu atau menegur golongan pemerintah dan begitulah sebaliknya. Dan inilah yang berlaku dalam UMNO dan pentadbiran negeri atau Negara yang dikuasai oleh UMNO.
Maka tidak pelik dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa Islam ala UMNO tidak akan dapat masuk syurga, bagi penulis pula nak cium bau syurga pun UMNO ni tak layak. Kalaulah asas dan kepercayaan mereka bahawa agama dan politikmesti dipisahkan itu sudah dinyatakan kufur dan sesat oleh Dr Hamk dan Doktor Yusof Qardawi, nak masuk macamana ke syurga?
Perjuangan dan dasar pentadbiran mereka selari dengan ajaran kristian, nak bau syurga
macamana?
UMNO larang dalam masjid, dalam khutbah Jumaat membicarakan persoalan politik, pentadbiran
negeri atau Negara, cara memilih pemimpin dengan alasan itu politik, apakah mereka lupa semua ini tertulis dalam Quran dan dalam Hadis Nabi, jadi bagaimana ianya dikatakan tidak boleh dibicarakan
dalam rumah Allah?
Kalau begitu dibicarakan dimana? Di kelab dangdut? di bar? Atau dimeja judi? Yang sebenarnya ayat-ayat Allah yang dibacakan dalam masjid dan khutbah-khutba h Jumaat kerana ia dianggap
menyusahkan dan menghalang pergerakan mereka yang sentiasa ingin melanggar perintah Allah
itu.
Maka jelaslah bahawa UMNO itu kufur dan sesat. Barangsiapa yang menyokong dan mempertahankan UMNO juga termasuk puak kufur dan sesat tak kiranya mereka itu mufti, ustaz
atau Yang Di Pertua majlis Agama negeri sekali pun atau pun hafiz.
Cara halus yang digunakan oleh UMNO untuk menyesatkan aqidah umat Islam ialah dengan menuduh dan membuat fitnah kononya PAS menggunakan masjid dan khutbah Jumaat untuk berpolitik yang kononya juga salah dari ajaran Islam.
Apabila ditanya apakah politik salah yang dibuat oleh PAS itu?
UMNO tak dapat jawab.UMNO memang mahu melihat umat Islam jahil dan buta agama, buta syariat dan buta melihat mana yang benar dan mana yang salah dari pandangan Islam kerana dengan ini rakyat yang jahil dan buta hati akan terus menyokong UMNO dan akan tetap mempertahankan UMNO kononya apa yang UMNO buat tidak salah dari ajaran Islam sedangkan apa yang berlaku ialah UMNO melaksanakan apa yang dituntut oleh syaitan.
Ingatlah, Nabi tidak pernah berjuang untuk bangsanya tetapi berjuang untuk Islam. Maka mana-mana penganut Islam akan beruasaha mempertahankan agama, aqidah serta syariat Allah dan dalama masa yang sama golongan bukan Islam dilindungi dan diberikan hak-hak yang sepatutnya mereka berhak tanpa sebarang penindasan dan kezaliman. Islam tercemar dan dipersenakan oleh malahan bangsa Melayu pun mereka tindas, tipu dan hina.
Oleh itu teruskan perjuangan untuk menjatuhkan UMNO sehingga kiamat agar ramai umat Islam dapat diselamatkan aqidah mereka dan ramai rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat diselamatkan dari kezaliman dan penipuan UMNO yang sesat dan kufur itu.
Ustaz Azhar Idrus-PAS Ganti UMNO-Sesat Kembali Ke Pangkal Jalan
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tuduhan Umno bahawa PAS sesat “amat berat” tetapi ia jauh lebih berbeza daripada komponen BN itu kerana tiga faktor, antaranya Umno tidak berani bermuzakarah ataupun menjelaskan tuduhan-tuduhannya.
Kata Nik Abduh, oleh kerana beliau begitu faham dengan tuduhan PAS terhadap Umno sejak kecil lagi sehingga sudah menjadi kalih dengan isu sesat-menyesat ini bahawa “Umno adalah parti sesat.”
“Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila — bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu,” katanya.
“Maka, saya begitu mudah untuk menjelaskan maksud ‘tuduhan’ PAS tersebut. Saya perturunkan di sini agar anda dapat melihat isi penting pertuduhan yang ingin sangat PAS perjelaskan kepada rakyat, sama ada ahli PAS atau ahli Umno agar semua rakyat memahami kedudukan pertelagahan Umno-PAS,” katanya.
Kata Nik Abduh, jika Umno tidak bertanggungjawab di atas tuduhannya mengatakan PAS parti sesat dengan mengelak penjelasan atau muzakarah atau debat untuk menilai kebenaran tuduhan mereka, PAS pula adalah sebaliknya.
“Setelah menuduh Umno sebagai sesat, palsu, batil, salah, menyeleweng, fasiq, zalim dan sebagainya, PAS tampil untuk menjelaskan dan bersedia bersemuka dengan apa cara sekalipun asalkan tuduhannya itu diikuti pula dengan penjelasan yang difahami sebaiknya oleh orang yang memerlukan kefahaman dan kejelasan,” kata beliau dalam tulisan blognya.
Kata Nik Abduh, ayahnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS biasa melontarkan “peluru yang panas-panas” ke atas Umno dan semua tahu bahawa ia bertujuan menimbulkan polemik dan “kepanasan yang akan memaksa semua untuk memohon penjelasan beliau.”
“Adakah anda melihat beliau senyap, bersembunyi dan enggan menjawab dan mengulas lagi? Tidakkan?
“Sebelah Umno pula, macam contoh terdekat, Datuk Shafie Apdal yang menuduh PAS sebagai sesat, ke mana beliau apabila rakyat meminta penjelasan?
“Muka depan Harakah segera menuntut penjelasan, hujah dan bukti daripadanya dan Umno juga, tetapi tiada apa-apa selain kesepian dan senyap,” kata Nik Abduh dalam tulisan mempertahankan ayahnya dan PAS dalam isu tuduhan sesat-menyesat ini.
Sehubungan itu Nik Abduh turut mempertahankan pendirian PAS bahawa Umno adalah parti sesat kerana tiga faktor.
“Pertama, Umno sesat dari sudut dasar. PAS konsisten berhujah bahawa dasar kebangsaan atau nasionalisme adalah sesat, salah dan terseleweng daripada agama.
“Oleh kerana Umno secara jelas menjadikan kebangsaan sebagai dasarnya, maka Umno sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia.
“Bagi PAS, dasar parti hendaklah Islam. Islam tulen sebagaimana dibawa Rasulullah,” katanya.
Selain itu tegas beliau, Umno sesat dari sudut matlamat manakala PAS konsisten berhujah bahawa membina negara demokrasi sekular yang menjadi matlamat Umno adalah sesat, salah dan menyeleweng daripada agama.
“Maka, Umno sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, matlamat hendaklah Islam juga dan matlamat Islam adalah menegakkan khilafah dengan membina sebuah negara Islam,” kata Nik Abduh.
“Ketiga, Umno sesat dari sudut wasilah dan cara membangunkan negara. Menghalalkan riba, arak, judi, pergaulan bebas dan mengharamkan hukum hudud misalnya adalah gambaran cara dan wasilah Umno menyusun, membentuk dan menyelesaikan masalah negara yang jelas keluar daripada pengajaran agama dan sunah nabi.
Justeru jelas beliau, kesediaan PAS memuzakarahkannya adalah bukti pertanggungjawaban PAS atau tuduhannya itu.
“Itu adalah persaksian yang sungguh gagah dan berani. Hujah adalah kemenangan dan mukjizat,” katanya.
Sambil mendakwa tuduh-menuduh sesama umat Islam adalah memilukan, memalukan dan merugikan, Nik Abduh menyoal mengapakah PAS yang mendakwa sebagai parti Islam terus membuat tuduhan terhadap Umno.
“Mengapa tidak dibiarkan Umno sahaja yang menuduh dan memfitnah?
“Ya, jawabannya adalah kerana amar makruf nahi munkar. Senyap melihat kemungkaran adalah satu dosa yang akibatnya telah diperlihatkan Allah kepada kita atas apa yang berlaku ke atas Bani Israel yang tidak mencegah kemungkaran sesama mereka,” katanya.
Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS berkata Umno kata PAS sesat dan PAS kata Umno pula sesat dan disebabkan saling sesat-menyesatkan, maka mereka saling bercakaran walaupun sebab utama percakaran bukanlah kerana tindakan saling lempar-melempar itu, tetapi kerana dasar perjuangan mereka yang berbeza.
Maksudnya jelas beliau, jika tak saling menuduh, tak sesat-menyesatkan pun mereka akan tetap bercakaran juga kerana percanggahan ideologi itu.
“Dari dulu lagi PAS kata Umno sesat dan dari dulu yang sama tempohnya juga Umno kata PAS sesat.
“Tak tahulah bila nak berhenti. Memang bila dah sesat, memang susah nak sampai ke penghujung, apatah bila dah saling sesat-menyesatkan, lagi-lagilah susah nak ketemu hujung habisnya.
“Hari ini saya tak kisah pun jika mendengar orang PAS kata Umno sesat dan begitulah jika saya dengar Umno kata PAS sesat juga. Sebabnya, dah kalih, dah lama sangat dengar cerita saling sesat-menyesatkan ini,” kata beliau.