Memaparkan catatan dengan label Pas parti penyelesaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pas parti penyelesaian. Papar semua catatan

Ahad, 30 April 2017

Keperluan Kesatuan Fikrah dan Amal Umat Islam

Kesatuan Ummah adalah harapan para pejuang Islam yang ikhlas dalam perjuangan. Ini adalah pasti. Kesatuan ummah amat diperlukan untuk membina kekuatan umat Islam masa kini.

Sekarang  pula wujud kepelbagaian jemaah Islam, sama ada di dalam Malaysia atau di peringkat antarabangsa. Tidak dinafikan, setiap jemaah ada ciri dan kelebihan tersendiri yang membezakannya dengan jemah-jemaah Islam yang lain. Walau bagaimanapun, perbezaan yang wujud adalah akibat perbezaan cara berfikir dan berijtihad (berdasarkan nas, sudah pasti) dan metod dakwah yang digunakan oleh sesebuah gerakan Islam.

Perbezaan JIM, ABIM, Hizbut Tahrir, Tabligh dan beberapa gerakan Islam yang lain dengan gerakan Islam PAS adalah penglibatan PAS secara langsung di dalam medan politik tanah air. Ini perbezaan ketara antara PAS dan gerakan-gerakn Islam yang lain kerana gerakan Islam lain menafikan penglibatan mereka secara terus di dalam medan politik kepartian di Malaysia.

Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya PAS juga akan mengikut jalan seperti jalan-jalan dakwah yang dilalui oleh NGO-NGO Islam yang lain.

Siapakah yang akan berusaha mendaulatkan Islam secara berhadapan dengan parti-parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka yang berpolitik?

Siapa yang akan menjadi suara dominan yang mempertahankan kesucian Islam melalui perundangan-prundangan atau dasar-dasar yang diputuskan di dalam dewan mulia Parlimen?

Adakah NGO-NGO Islam berpeluang untuk duduk dikerusi Parlimen dan mempertahankan kesucian serta menyebarkan dakwah Islam di dalam dewan Parlimen? Sudah tentu tidak, kerana mereka tidak terlibat dengan politik kepartian dan layak untuk menjadi calon.

Ini berbeza dengan PAS yang merupakan wadah keberlangsungan dakwah Islam di tanah air Malaysia yang mengguankan politik sebagai salah satu wasilah disamping wasilah-wasilah dakwah yang lain.

Dari pengamatan saya, dalam situasi semasa, PAS mampu menjadi wadah penyatuan ahli-ahli gerakan Islam dari pelbagai jemaah atau gerakan-gerakan Islam yang lain untuk bersama-sama mempertahankan Islam di Malaysia daripada musuh-musuh Islam. Kekuatan umat Islam dari pelbagai pecahan jemaah Islam yang lain harus di salur dakn diperkasakan melalui satu tanzim yang tersusun. Adalah tidak releven untuk mewujudkan gerakan Islam yang baru untuk menentang musuh-musuh Islam melalui medan politik kepartian sedangkan sudah ada yang berjuang melaluinya. Apa yang perlu sekarang adalah kesatuan ummah.

Ya, dari sudut jemaah masing-masing, ada metod pentarbiyyahan dan dakwah tersendiri, sedikit berbeza dari satu dengan yang ain, tapi yang pastinya, untuk melihat syariat Allah tertegak di diri setiap muslim dan bumi Malaysia adalah menjadi impian da cita-cita bagi setiap gerakan Islam yang wujud. Boleh sahaja, pada saya, setiap gerakan Islam memainkan peranan dengan melaksanakan amal-amal islami melalui gerakan Islam masing-masing, tetapi untuk penyatuan yang lebih besar dan lebih utama, adalah diharapkan agar ahli-ahli gerakan Islam dari pelbagai gerakan Islam lain utuk berpayung di bawah satu payung yang diharapkan mampu menjalankan syariat slam secara syumul di bumi Malaysia melalui medan politik tanah air.

Saya ingin memetik salah satu bab atau pelajaran oleh Ustaz Sa’id Hawwa di dalam bukunya, ‘Beberapa pelajaran Dalam Amal ISlami 1’:

PERLUNYA MENCARI SUATU CORAK PENYUSUNAN DEMI UNTUK

HARAKAH ISLAMIYYAH YANG SATU

 Allah Subhanahu Wata‘ala memerintahkan kepada orang-orang Islam supaya mereka menjadi seperti tangan yang satu. FirmanNya di dalam Al Qur’an:

 “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (ugama) Allah, dan jangan berceraiberai.”

(Surah Ali-Imran: Ayat 103)

 “Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar

dan hilang kekuatan.”

(Surah Al-Anfal: Ayat 46)

 Orang-orang Islam secara keseluruhannya berkewajipan untuk bekerja bagi melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala ini. Tetapi bagaimanakah dapat kesemua orang-orang Islam di dalam sesuatu negeri bersatu sehingga menjadi seperti tangan yang satu, dan bagaimanakah pula seluruh orang-orang Islam di dalam suatu daerah dapat bersatu sehingga menjadi seperti tangan yang satu; dan bagaimana pula semua orang-orang Islam di dalam sesuatu benua atau di seluruh dunia dapat bersatu menjadi seperti tangan yang satu, menjadi blok yang satu?

 Sesungguhnya kita berkewajipan untuk mencari dan memeriksa corak-corak penyusunan ( الصيغ التنظيمية ) yang dengannya matlamat di atas, dapat dicapai, serta berkewajipan memeriksa dan mencari individu-individu yang dapat bergerak ke arah pencapaian matlamat-matlamat ini. Begitu juga kita berkewajipan menyelidiki halangan-halangan yang merintangi usaha-usaha ke arah ini sehingga dapat kita membersihkannya. Orang-orang Islam tidak akan lemah dengan fadilat Allah untuk mencapai satu tahap yang sempurna di dalam usaha ini. Dan mereka mestilah bersatu buat mengahadapi sesiapa sahaja yang menghalang dan terlaksananya suruhan ini. Sesungguhnya di antara perkara-perkara yang membantu kita ke arah ini adalah dengan adanya langkah-langkah permulaan penyusunan yang tunggal di kalangan orang-orang Islam.

 Oleh itu hendaklah wujud kesedaran Islam ( وعي الاسلامي ) yang luas terhadap apa yang semestinya kita kerjakan. Telah pun kita perkatakan dan Insyã’ALlah akan kita perkatakan lagi di dalam kitab ini sesuatu yang dapat membantu kita dalam usaha ke arah pencapaian matlamat-matlamat yang disebutkan di sini adalah merupakan satu ijtihad yang boleh diperbahaskan Ianya bukanlah merupakan satu-satunya corak yang tunggal, malah corak yang paling istimewa sekali adalah sesuatu yang dihasilkan melalul perbahasan dan sesuatu yang dilahirkan oleh pengalaman. Apa yang perlu ialah setiap orang-orang Islam menghulurkan tangan masing-masing kepada satu sama lain dan mendapatkan tahap minima dan maksima supaya kesemuanya dapat dipertemukan.

 

Ingatlah, selagi mana seluruh orang-orang Islam tidak dapat disusun dan selagi mana penyusunan-penyusunan Islam tidak dapat bertemu pada matlamat—matlamat yang tertentu, maka sesungguhnya satu pengabaian yang sangat merbahaya telah berlaku. Untuk itu orang-orang Islam perlu memiliki ‘aqal yang menyusun ( العقلية المنظمة )di mana ‘aqliyyah ini mampu melahirkan suatu tanzim yang sihat dan yang mampu kelahirkan perubahan-perubahan; semuanya ini mestilah bermula dari sekarang. Tanpa kesemuanya ini, kedudukan orang kafir akan bertambah kukuh dan lebar betapa ngerinya natijah di masa hadapan : Betapa sukarnya untuk mengelakkan bencana ini dan betapa banyak pula dosanya…


Ini antara saranan beliau untuk melihat umat Islam dapat bersatu, dalam konteks sekarang, kepelbagaian gerakan Islam agar dapat bersatu untuk merealisasikan matlamat Islam yang jelas dan besar. Tindakan ke arah penyatuan ini memerlukan kelapangan dada untuk menerima kepelbagaian perbezaan pandangan yang bersifat furu’ akan tetapi adalah perlu untuk disatukan dari sudut fikrah dan amal secara menyeluruh.

 Sebelum ini atau sekarang, mungkin wujud secara rasmi atau tidak rasmi hebahan-hebahan kononnya ‘jemaah sekian-sekian dipihak kita’ atau ‘jemaah sekian-sekian puak sana’. Ini adalah apa yang selalu didengari. Walau bagaimanapun, saya belum melihat wujudnya kesepakatan yang konkrit untuk menyatukan amal Islami mengikut kepakaran dan kebolehan masing-masing. Kesatuan kehebatan umat Islam dari pelbagai ahli jemaah-jemaah Islam, masih belum dapat dilihat secara jelas pada ketika ini. Yang ada hanyalah kritikan dari jauh, rendah-merendahkan jemaah lain dan yang seangkatan dengannya.

 Secara peribadi, saya ada keinginan yang tinggi untuk melihat bersatunya gerakan-gerakan Islam serta ahli-ahlinya di bawah satu payung utama sebagai jalan awal untuk melihat kejayaan umat Islam bersatu di dalam satu wadah, fikrah dan amal. Dari sudut NGO, memang bergerak ikut perancangan, tetapi sangat diharapkan agar perancangan tersebut dapat mencapai matlamat yang besar dan tidak ‘clash’ atau langsung jauh dari keutamaan yang perlu dicapai. Kesepaduan ini hanya dapat dicapai melalui berlakunya kesepaduan yang besar untuk capai matlamat yang lebih jelas.

 Bersediakan kita bersatu?

 P/S: Belajar berlapang dada dengan perbezaan pandangan sesama ahli gerakan Islam, tetapi ukhwah tetap dijaga, sifat tajarrud tetap terpelihara.

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

Jumaat, 28 April 2017

“Islam itu suci dan bersih. PAS boleh membawa isu seperti ini ke peringkat yang lebih tinggi.”

KOTA SARANG SEMUT, 30 Rejab 1438H, Khamis – “Islam itu suci dan bersih. PAS boleh membawa isu seperti ini ke peringkat yang lebih tinggi.”

Demikian kata wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Kumutha Raman ketika memberi ucapan pada Muktamar Dewan Muslimat PAS, malam tadi.

“Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar,” kata Kumutha yang memetik ayat 17 surah Al-Hujurat ketika memberi ucapan.

Kumutha memang tidak asing lagi di kalangan perwakilan dan penyokong PAS, khususnya di Johor

Beliau turut teruja untuk terus bekerjasama dengan muslimat PAS dan menyokong apa yang dibawa oleh parti itu, seperti Akta 355 dan hukum hudud yang hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja.

Katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang mengikhtiraf masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama.

Beliau turut mengingatkan betapa pentingnya untuk sama-sama menyoroti penindasan masyarakat negara lain, terutama etnik Rohingya, di mana umat Islam dibunuh dengan kejam, wanita dirogol, tidak diberikan peluang pendidikan, malah dinafikan hak untuk tinggal di sana dan akhirnya terpaksa menjadi pelarian di negara lain.

“Muslim di sana juga tidak dibenarkan menunaikan haji dan melaksanakan korban sedangkan ia merupakan tuntutan utama untuk orang Islam,” katanya.

Kumutha mencadangkan Malaysia bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menghentikan kekejaman dan meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya, seperti mana pergolakan di Syria yang meraih simpati masyarakat seluruh dunia.

Yang kalah jangan buat perangai!

*Yang kalah jangan buat perangai!*
_Oleh Hj. Subky Latif_

TAHNIAH buat TG Presiden Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menang tanpa bertanding untuk terus memimpin PAS sekali lagi. Khusus buat Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim. Kemenangan tanpa bertandingnya untuk jawatan itu adalah kali pertama sejak TG Haji Hadi menjadi Presiden lebih 10 tahun lalu.
Sejak PAS di bawah konsep kepimpinan ulama awal tahun 80-an dulu, jawatan Presiden tidak dicabar hinggalah sekali tahun 2015 dulu TG Haji Hadi dicabar Ustaz Ahmad Awang. Entah apa kena padanya!

Timbalan Presiden, sejak ketiadaan Ustaz Fadzil Noor lebih sepuluh tahun lalu, entah apa kenanya bertanding, hinggalah giliran Tuan Ibrahim, tiada dicabar bagi mempertahankn jawatannya.

Tahniah buatnya dan ia petanda baik bagi masa depan pimpinan parti Islam itu. Dan dipercayai pemilihan baru kali ini dengan mereka yang terpilih nanti, adalah permulaan bagi memperkasa kepimpinan ulama yang tercabar beberapa tahun kebelakangan ini dan ia juga wajar mengorak langkah memperkasa rukun jemaah parti itu.

Adapun tiga Naib Presiden yang terpaksa bertanding kerana seorang pendatang baru bersetuju bertanding bagi tiga jawatan saja yang ada. Pencabar itu pula bukan orang luar pimpinan tetapi Ketua Penerangan, Ustaz Nasruddin Tantawi. Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan pula mengundur diri. Dan sekitar 40 orang lagi merebut 18 kerusi yang diperuntukkan bagi Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat.

Sekadar ingatan kepada mereka yang bertanding. Jika tidak terpilih nanti terimalah ketentuan Allah itu dan kebijaksanaan perwakilan yang membuat keputusan. Semua setuju bahawa Muktamar adalah badan pembuat dasar terpenting parti dan semuanya menerima ia adalah syura yang bijaksana.

Maka ingatan kepada yang kalah jangan buat perangai lagi, merajuk daripada parti, minta cuti panjang yang tidak bertempoh, suatu yang tidak pernah dibuat oleh ahli jemaah dan orang politik sejak zaman berzaman.

Atau buat perangai menubuhkan parti baru.

Jangan merajuk. Ia bukan pembawa orang laki-laki. Lainlah yang merajuk itu orang perempuan. Kalau perempuan itu Muslimat, ia bukan yang wajar bagi jemaah Islam. Dan kalau yan merajuk itu orang tua lagilah huduh rupanya.

Menang adalah amanah. Kalah adalah satu kesempatan yang baik terlepas daripada tanggungjawab yang berat. Yang menang bukanlah bererti yang terbaik daripada semua. Mereka dipilih bagi memikul amanah besar, yang jika boleh Saidina Abu Bakar Sidiq dan Saidina Umar al-Khatab suka jika amanah itu diberi kepada orang lain. Yang tidak menang, ada amanah lain untuknya.
Yang merajuk dan lari adalah kurang sabar dan lari daripada amanah. Amanah ada di dalam, bukan di luar.

Yang menyebab jemaah bercempera sedikit hari lalu, mungkin rukun jemaah itu terlepas pandang dan tidak diperkasa. Cara mana rukun jemaah itu hendak diperkasakan. Ia boleh dijawab jika kepimpinan ulama dapat diperkasakan.

Mungkin mahu membuat contoh yang tidak popular. Syiah demi Syiahnya dapat memperkasa rukun jemaahnya. Pengikutnya tinggi bai’ah dan walaknya kepada pemimpin. Mungkin ia boleh dipelajari.
Mempelajari rukun tidak mengapa. Jika kita boleh mempelajari demokrasi daripada Greek dan Rom purba serta Eropah yang berkembang bersama Kristian bagi mencari dasar demokrasi terbaik dan terkini, mengambil rukun jemaah Syiah tidaklah merugikan asal tidak mengambil fiqahnya.

Pemilihan baru ini ibarat robohnya Kota Melaka, bersatulah umat seluruh belaka, membangun PAS yang perkasa.