Memaparkan catatan dengan label Mursi diguling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mursi diguling. Papar semua catatan

Ahad, 28 Julai 2013

MURSI DITAHAN ATAS TUDUHAN BERSEKONGKOL DENGAN HAMAS



Wajah2 para syuhada' yg mula berguguran di bumi Mesir itu.. motto mereka.. "biarkan mereka membunuh kita, manakala kita usah membunuh mereka!!" Allahuakhbar, kejahatan Assyisi dan perampas dan pengkhianat di bumi mesir itu..




Serangan itu bermula bagi membunuh ummah Islam di Mesir, kini perampas negara itu menunjukkan kezaliman mereka.. doakan untuk ummah di ardul kinanah itu..
KAHERAH- Setelah lebih dari tiga minggu penahanan beliau, Mahkamah pengadilan tinggi Mesir akhirnya memerintahkan penahanan Presiden Mohamed Mursi dengan dakwaan berkerjasama dengan Hamas, sebuah langkah yang dilihat seakan kembalinya ideologi rejim Mubarak.

Keputusan yang dikeluarkan pada hari Jumaat oleh hakim siasatan mengatakan Mursi akan disiasat atas tuduhan melaksanakan "tindakan bermusuhan" terhadap Mesir dan merencanakan serangan terhadap penjara dengan Hamas di tahun 2011 yang menyebabkan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

Mursi akan menghadapi interogasi lebih lanjut di bawah perintah pengadilan sebagai sebahagian dari penyelidikan lanjutan oleh pengadilan, untuk menentukan bagaimana puluhan pemimpin Ikhwanul Muslimin boleh melarikan dari penjara tersebut pada Januari 2011.

Perintah pengadilan muncul saat penyokong pro-Mursi terus melakukan protes meminta mengembalikan kedudukan Mursi.

Demontrasi tandingan juga dilancarkan oleh Ketua militer Abdel Fattah al-Sisi, yang menggulingkan presiden Mesir pertama yang dipilih secara bebas pada 3 Julai dan diganti pemerintah dengan pemerintahan sementara.Pada awal nya,Pihak militer telah menahan Mursi tanpa tuduhan, di sebuah lokasi yang dirahsiakan sejak menggulingkannya dari kekuasaan pada 3 Julai lalu.

Awal minggu ini, keluarga Mursi mengancam akan mengambil tindakan undang-undang antarabangsa terhadap para pegawai tinggi Mesir atas "menculik" ayah mereka.


HAMAS SANGKAL TUDUHAN.

Hamas sendiri mengkritik perintah pengadilan itu dan mengatakan Mesir saat ini tidak peduli pada kepentingan nasional bangsa mereka sendiri.

"Hamas mengutuk dan mengecam langkah (tuduhan) ini kerana didasarkan dari pemikiran yang gerakan Hamas adalah gerakan permusuhan," kata jurucakap rasmi Hamas Sami Abu Zuhri kepada Agence France Presse (AFP) Jumaat, 26 Julai.

"Ini adalah perkembangan yang berbahaya, yanag menunjukkan bahwa kekuatan saat ini di Mesir tidak peduli pada masalah nasional dan bahkan menggunakan isu ini untuk berurusan dengan pihak lain. Pertama di antara mereka tentang masalah Palestina."

"Kami menyerukan kepada Liga Arab untuk menegakkan tanggung jawabnya di belakang perkembangan berbahaya ini dan juga menyerukan kepada orang-orang Arab untuk memainkan peranan dan posisi mereka dalam menghadapi hasutan berbahaya ini terhadap pejuang dan rakyat Palestina," tambah Abu Zuhri.

Sementara itu jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad menyebut tuduhan pengadilan ini sebagai signal kembalinya rejim Mubarak.

"Isi tuduhan ini seolah-olah seperti ''balas dendam'' dari rejim terdahulu,tambah beliau lagi.

di terjemahkan ke bahasa Malaysia melalui pautan MuslimDailly.News



Sabtu, 13 Julai 2013

Suasana di Medan Rabiatul Adawiyah petang semalam.



Anggaran jumlah mereka yang keluar berdemonstrasi semalam sempena 'Jumaat Kemaraan' di beberapa kawasan :

- 3 Juta demonstran di Medan Rabiatul Adawiyah
- 2 Juta demonstran di Dataran Nahdhah hadapan Universiti Kaherah
- 350 Ribu demonstran di Dataran Ramsis
- 150 Ribu di hadapan Istana Ittihadiyyah
- Jutaan demonstran pro Legitimasi di Iskandariah
- Berpuluh ribu demonstran di Al Minya
- 100 Ribu demonstran di Qena
- 30 Ribu di Aswan
- Ratusan ribu demonstran di Assiut

Nah, As Sisi! Lihatlah apa kehendak rakyat Mesir yang sebenar!

Gambar : Suasana di Medan Rabiatul Adawiyah petang semalam.

Sumber : RNN


Kebangkitan rakyat Mesir di seluruh negara menentang rampasan kuasa tentera terhadap Presiden yang sah, Dr Muhammad Mursi.

Sumber : نبض رابعة


Suasana di Medan Tahrir (tempat demonstrasi anti Mursi) sekarang.


Jumaat, 5 Julai 2013

Terkini Isu Semasa Mesir - Jumaat I 05 Julai 2013 I 08.05 pagi



Jumaat I 05 Julai 2013 I 08.05 pagi
Suasana dataran Rabaah Adawiyyah yang dipenuhi jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.


Jumaat I 05 Julai 2013 I 01.16 petang
Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika solat jumaat.


Jumaat I 05 Julai 2013 I 03.43 petang

Para ulamak Al-Azhar turun padang menyatakan sokongan bersama Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah serta menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh askar.

Telah masuk waktu asar bagi cawangan Kaherah, Mesir dan cawangan sewaktu dengannya. Pohon doa daripada semua agar Allah SWT memelihara Mesir dan rakyatnya.

Pemimpin Ini Digelar Diktator Oleh TV3



Pemimpin Ini Digelar Diktator Oleh TV3.....Aduh !

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7. Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah

Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim.



SIAPA MORSI..??




MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.
...
Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Khamis, 4 Julai 2013

[TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Mesir Bakal Menjadi Iraq & Libya?


[TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Mesir Bakal Menjadi Iraq & Libya?

Akhirnya Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr. Mursi telah diguling oleh tentera dketuai oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah al-Sisi dengan merampas kuasa secara rasmi. 

Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihanraya baru diadakan semula.Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh AFP, Khamis (4/7/2013). 

Selain itu, Abdul Fattah juga mengumumkan pembekuan perlembagaan Islam yang disusun sebelumnya oleh Mursi. Fattah berharap pemerintahan yang kuat akan segera terbentuk. Kenyataan beliau mendapat dokongan dari pemimpin pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei. 

"Itu sesuai dengan keinginan rakyat," kata Baradei. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di bawah tahanan tentera. “Mursi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Mursi, Gehad El-Haddad. 

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Mursi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.Sebelumnya, ribuan warga Mesir menuntut Mursi meletakkan jawatannya. Penentangan itu telah berkembang hingga mendapat dukungan tentera. Kelmarin, pihak tentera yang mewakili golongan sekular Mesir telah memberi katadua kepada Mursi agar segera meletakkan jawatannya. 

Namun Mursi telah menolaknya. Akhirnya pasukan tentera dan kereta perisai mendatangi istana presiden hingga membuat Mursi terkepung. Sementara itu Dr. Mursi telah menolak rampasan kuasa dan penggulingan dirinya sebagai ketua negara Mesir dan menyatakan akan tetap mempertahankan keabsahannya sebagai Presiden Mesir. 

"Saya menolak tegas penggulingan dari kedudukan presiden. Dan saya tetap sebagai presiden sah di negara ini," kata Mursi dalam pidato yang disiarkan oleh television Aljazeera, Kamis. Pidato Mursi itu tidak disiarkan television setempat, dan tempat penyampaian pidatonya pun tidak diketahui. 

Pernyataan Mursi itu dihantarkan ke Internet dan disiarkan oleh jaringan television Aljazeera sekitar satu jam setelah Angkatan Bersenjata mengumumkan peta jalan untuk menggulingkan dirinya. Mursi mengatakan, ia siap melakukan dialog dengan semua kekuatan politik untuk memecahkan persoalan bangsa. 

Ia juga menyerukan semua pihak termasuk pendukungnya untuk tidak melakukan tindakan ganas dan tetap memelihara keamanan negara. Mursi yang digulingkan setelah setahun menjabat presiden itu juga meminta tentera dan polis melindungi seluruh rakyat dan menjaga kestabilan dan keamanan. Ruang tempat pidato presiden itu dilatari oleh kaligarafi Arab dan di sisinya sebuah bendera nasional Mesir. 

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut. Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar. Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka. 

Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.Ketika berita ini disiarkan, pendukung Mursi masih bertahan di Bundaran Rabiah Adawiyah. Pasukan tentera rukun kedua tentera Mesir telah mengumumkan ketidaksetujuan mereka kepada rampasan kuasa yang berlaku dan menyatakan taat setia mereka kepada Ketua Angkatan Tentera yang sah yang merupakan Presiden Dr. Mursi. 

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour telah menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara. Di dalam perkembangan berkaitan, Raja Arab Saudi, Abdullah, dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat "kritis" sejarah bangsa Mesir. 

"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. "Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam. 

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan". 


Ucapan Dr Morsi : 

Sesungguhnya,Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,

Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,Kerana dalam setiap apa pun,Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,Kaffah menyeluruh,Kita bukan islam biasa-biasa. 

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,Segala macam korupsi yang ada,Apakah dianjurkan islam?Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,Apakah itu yang islam anjurkan?Itulah yang mahu aku baiki,Untuk semua rakyat di negara ini,Kita ada agama yang memimpin hidup kita,

Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini,Aku mengetahui batasan aku,Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,Namun,ku mengharapkan,kamu membantu aku,Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,

Jika tidak ada sokongan kamu,Aku tidak akan berada di sini,Ku hanya memohonkan sabarmu,Ku hanya memohonkan komitmenmu,Ku hanya memohonkan bantuanmu,Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,Dia adalah milik kita bersama,Tetapi keadaannya tidak demikian,Kau malah menuduh aku bermacam-macam,Sikapmu yang tidak sabar,

Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,Untuk membantu perjuanganku ini,Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,untuk memimpin negara ini,Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,la haula wa la quwwata illa billah!

[TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Mesir Bakal Menjadi Iraq & Libya?

Akhirnya Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr. Mursi telah diguling oleh te...ntera dketuai oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah al-Sisi dengan merampas kuasa secara rasmi.

Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihanraya baru diadakan semula.Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh AFP, Khamis (4/7/2013).

Selain itu, Abdul Fattah juga mengumumkan pembekuan perlembagaan Islam yang disusun sebelumnya oleh Mursi. Fattah berharap pemerintahan yang kuat akan segera terbentuk. Kenyataan beliau mendapat dokongan dari pemimpin pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei.

"Itu sesuai dengan keinginan rakyat," kata Baradei. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di bawah tahanan tentera. “Mursi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Mursi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Mursi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan. Sebelumnya, ribuan warga Mesir menuntut Mursi meletakkan jawatannya. Penentangan itu telah berkembang hingga mendapat dukungan tentera. Kelmarin, pihak tentera yang mewakili golongan sekular Mesir telah memberi katadua kepada Mursi agar segera meletakkan jawatannya.

Namun Mursi telah menolaknya. Akhirnya pasukan tentera dan kereta perisai mendatangi istana presiden hingga membuat Mursi terkepung. Sementara itu Dr. Mursi telah menolak rampasan kuasa dan penggulingan dirinya sebagai ketua negara Mesir dan menyatakan akan tetap mempertahankan keabsahannya sebagai Presiden Mesir.

"Saya menolak tegas penggulingan dari kedudukan presiden. Dan saya tetap sebagai presiden sah di negara ini," kata Mursi dalam pidato yang disiarkan oleh television Aljazeera, Kamis. Pidato Mursi itu tidak disiarkan television setempat, dan tempat penyampaian pidatonya pun tidak diketahui.

Pernyataan Mursi itu dihantarkan ke Internet dan disiarkan oleh jaringan television Aljazeera sekitar satu jam setelah Angkatan Bersenjata mengumumkan peta jalan untuk menggulingkan dirinya. Mursi mengatakan, ia siap melakukan dialog dengan semua kekuatan politik untuk memecahkan persoalan bangsa.

Ia juga menyerukan semua pihak termasuk pendukungnya untuk tidak melakukan tindakan ganas dan tetap memelihara keamanan negara. Mursi yang digulingkan setelah setahun menjabat presiden itu juga meminta tentera dan polis melindungi seluruh rakyat dan menjaga kestabilan dan keamanan. Ruang tempat pidato presiden itu dilatari oleh kaligarafi Arab dan di sisinya sebuah bendera nasional Mesir.

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut. Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar. Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka.

Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.Ketika berita ini disiarkan, pendukung Mursi masih bertahan di Bundaran Rabiah Adawiyah. Pasukan tentera rukun kedua tentera Mesir telah mengumumkan ketidaksetujuan mereka kepada rampasan kuasa yang berlaku dan menyatakan taat setia mereka kepada Ketua Angkatan Tentera yang sah yang merupakan Presiden Dr. Mursi.

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour telah menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara. Di dalam perkembangan berkaitan, Raja Arab Saudi, Abdullah, dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat "kritis" sejarah bangsa Mesir.

"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. "Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam.

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan".


Ucapan Dr Morsi :

Sesungguhnya, Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat, Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera, Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat, Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga, Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,

Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama, Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja, Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja, Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama, Kerana dalam setiap apa pun,Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku, Kaffah menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita, Segala macam korupsi yang ada, Apakah dianjurkan islam? Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar, Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan, Apakah itu yang islam anjurkan? Itulah yang mahu aku baiki, Untuk semua rakyat di negara ini, Kita ada agama yang memimpin hidup kita.

Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita, Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini, Aku mengetahui batasan aku, Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara, Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku, Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,

Jika tidak ada sokongan kamu, Aku tidak akan berada di sini, Ku hanya memohonkan sabarmu, Ku hanya memohonkan komitmenmu, Ku hanya memohonkan bantuanmu,Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, Kerana ianya bukan hak mutlak diriku, Dia adalah milik kita bersama,Tetapi keadaannya tidak demikian, Kau malah menuduh aku bermacam-macam, Sikapmu yang tidak sabar,

Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu, Untuk membantu perjuanganku ini, Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya, Maka aku hanya berpegang dengan taliNya, Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini, Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!

PAS kesal Morsi digulingkan, kutuk tentera guna ulama