Sabtu, 30 Julai 2011
AKIBAT KEJI ULAMAK
“Barang siapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah membimbingnya di jalan ke syurga dan sesungguhnya ulama diminta ampun oleh mereka di langit dan mereka di bumi, hingga ikan-ikan di dalam lautan. Sesungguhnya ulama-ulama itu pewaris para nabi.”Al-Hadis dari Abi Dzarrin.Alim ulama adalah menjadi penyambung para Nabi. Mereka memikul amanah untuk memancar dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada umat manusia. Selagi ada alim ulama selama itulah dunia ini seperti terang benderang, iaitu tidak tenggelam dalam kejahilan.Setiap orang mukmin dan mukminat dituntut oleh Allah supaya menghormati alim ulama dan sesiapa yang menghina dan mencerca atau memusuhi alim ulama lambat laun akan menerima akibat dari perbuatannya itu di dunia, iaitu sebelum dia menerima balasan dosanya di akhirat kelak.
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Papar versi mudah alih