Khamis, 19 Oktober 2017

Menghadap ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong Sultan Muhammad V dan Majlis Raja-Raja Melayu,

::: DAULAT TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN :::

Menghadap ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong Sultan Muhammad V dan Majlis Raja-Raja Melayu,

Daulat Tuanku,

Nama patik, Amir Muttakin bin Haji Ab Ghani. Patik hanya rakyat marhaen biasa. Patik minta maaf terlebih dahulu sekiranya kandungan surat patik tidak menepati piawaian bahasa istana. Patik hanya ingin menyampaikan apa yang terbuku pada isi hati patik dan mungkin hamba rakyat yang lain.

Daulat Tuanku,

Kami menjunjung titah DYMM Sultan Johor atas kemurkaan Baginda Sultan berkenaan isu dobi. Kami juga menjunjung titah DYMM Sultan Selangor atas kemurkaan Baginda terhadap isu Ustaz Zamihan, Pegawai Kader JAKIM dan isu keharmonian rakyat jelata di bawah payung pemerintahan tuanku keduanya.

Namun, terbuku di hati patik alangkah besarnya rahmat bagi hamba rakyat sekiranya Tuanku  YDP Agong, Sultan Muhammad V bersuara akan isu yang melibatkan sensitiviti umat Islam yang bermain selama ini. Kami hamba rakyat sudah tidak tahu ingin mengadu kemana-mana lagi melainkan mengharapkan teguran dan titah daripada Majlis Raja-Raja berkenaan dengan isu;

i. Siti Kasim, penghinaannya terhadap hukum Allah dan isu korban.

Sedangkan DYMM TYDP Agong sendiri mencemar duli menyembelih lembu korban tetapi ibadah ini dipertikaikan oleh Siti Kasim sebagai ibadat yang sia-sia. Sehingga saat ini, Siti Kasim sombong dan bongkak kerana tiada sebarang akta yang boleh mengheret beliau ke muka pengadilan atau sekurang-kurang menghentikan lidahnya daripada bercakap tentang Islam yang mulia.

Alangkah indahnya kalau DYMM SPB YDP Agong dan Majlis Raja-Raja mencampuri urusan ini demi nama baik Islam dan Raja Melayu itu sendiri.

Kami tidaklah berniat agar saudara kami (sekiranya dia masih Islam) itu dihukum bunuh atau dipenjarakan, cukuplah sekiranya dia dihukum agar tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Daulat Tuanku,
Isu seterusnya adalah;

ii. Pesta Arak, penghinaan parti politik dan hotel yang ingin meneruskan festival.

DYMM SPB YDP Agong merupakan Ketua Agama dan payung buat kami hamba rakyat yang beragama Islam. Ke mana lagi ingin kami bawa protes apabila kerajaan yang ada hanya memikirkan tentang soal undi dan hati bukan Muslim sehingga sanggup membiarkan kami hanya bermonolog kosong dan memprotes dengan suara yang lantang tanpa didengari.

Alangkah indahnya sekiranya DYMM SPB YDP Agong dan Majlis Raja-Raja mencampuri urusan ini demi nama baik Islam dan Raja Melayu itu sendiri.

Daulat Tuanku,
Isu seterusnya adalah;

iii. Pusat Perjudian, Pusat Pelacuran dan Lambakan Rumah Urut.

Untuk maklumat DYMM SPB YDP Agong dan Majlis Raja-Raja, pihak PDRM sendiri telah beberapa kali mengeluarkan arahan dan ancaman kepada pihak yang dimaksudkan namun seakan-akan ada kuasa yang luar biasa menjadi benteng kepada mereka sehinggakan mereka tidak gentar dengan amaran dan ancaman daripada pihak polis.

DYMM Tuanku boleh semak melalui laporan OPS DADU KHAS yang dijalankan saban tahun. Walaupun telah banyak pusat perjudian haram yang ditumpaskan namun seolah-olah mereka kebal dengan ancaman pihak polis.

Alangkah indahnya sekiranya DYMM SPB YDP Agong dan Majlis Raja-Raja mencampuri urusan ini nama baik Islam dan Raja Melayu itu sendiri.

Daulat Tuanku,

Cukuplah setakat ini dahulu patik menulis buat tatapan Tuanku dan Majlis Raja-Raja.

Patik hamba rakyat tidak bermaksud mengheret institusi Diraja ke lembah pacal yang hina. Namun, sekiranya Tuanku sudah mencemar duli tentang isu dobi, maka sudilah kiranya menyelesaikan permasalahan kami ini demi kemaslahatan hamba rakyat yang bernaung di bawah payung Tuanku.

Kalau isu remeh sekecil isu dobi pun boleh dibincangkan meluas sehingga menarik perhatian Majlis Raja-Raja melalui kecaman Ustaz Zamihan, maka kami hamba rakyat mohon Majlis Raja-Raja campurtangan isu yang besar dan sedang bermain dikalangan kami hamba rakyat.

Daulat Tuanku,
Sembah patik harap diampun,
Patik hanya cuba berkata benar,
Sekurang-kurangnya patik terlepas dari tanggungjawab nasihat.

Amir Muttakin bin Ab Ghani

#bernama
#utusanmalaysia
#beritaharian
#sinarharian
#majlisrajaraja
#sultanmuhammadV

Rabu, 18 Oktober 2017

SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN ROH AJARAN ISLAM

PERIHAL WINS 2051 (SIRI 3)

1. WINS 2051 meletakkan Sejahtera dan Berkebajikan sebagai dasar bagi segala agenda yang dirangka. Kedua dasar ini bukanlah mimpi baru PAS, sebaliknya ia merupakan kesinambungan daripada pendekatan-pendekatan yang telah lama PAS perkenalkan.

2. Sejahtera menjadi sebahagian daripada tajuk ucapan dasar terbaru Presiden PAS dalam muktamar yang lalu, "Sejahtera Bersama Islam". Sejahtera juga menjadi pendekatan politik terkini yang diperkenalkan PAS, "Budaya Politik Matang dan Sejahtera" (BPMS).

3. Sejahtera sebenarnya adalah maksud dari agama Islam itu sendiri, yang datang daripada perkataan salam (سلام). Islam adalah agama kesejahteraan. Dan Allah SWT memerintahkan orang beriman untuk masuk ke dalam kesejahteraan secara total, dengan maksud berpegang kepada ajaran Islam keseluruhannya menerusi FirmanNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam kesejahteraan  (Islam) secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[Al-Baqarah:208]

4. Menerusi dokumen WINS 2051, PAS mentaarifkan sejahtera dengan lebih menjurus kepada realiti Malaysia, iaitu "Negara yang menjamin kesenangan, ketenangan dan kemakmuran kepada rakyat. Ini terhasil daripada gabungan prinsip Rukun Negara, pembangunan manusia dan ekonomi yang menekankan aspek keadilan kepada semua rakyat."

5. Kepentingan membawa konsep sejahtera ke dalam negara adalah sangat penting supaya perubahan yang dituntut tidak menjadi huru-hara. Ini mengambil iktibar daripada perjuangan menuntut perubahan yang berlaku sepanjang sejarah  hingga ke hari ini, seperti Arab Spring yang telah mencetuskan huru-hara sehingga negara menjadi lebih kucar-kucar daripada sebelumnya.

6. Kesejahteraan yang dibawa oleh PAS adalah dengan mengajak supaya kembali berpegang kepada prinsip dan nilai yang telah disepakati bersama. Contohnya lima prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, kedaulatan undang-undang, keluruhan perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan. PAS yakin sekiranya semua pihak dalam negara menghormati prinsip ini, kesejahteraan akan dicapai walaupun dalam memperjuangkan reformasi mahupun menjayakan transformasi.

7. Sebagai contoh, kita boleh memahami pembawaan PAS menerusi 7 kriteria BPMS, iaitu:
  • Politik Bertunjangkan Prinsip
  • Politik Dakwah & Amar Makruf Nahi Mungkar
  • Politik Penyelesaian Berasaskan Islam
  • Politik Utamakan Rakyat
  • Politik Damai dan Diplomasi
  • Politik Benar bukan Persepsi
  • Politik Rasional dan Profesional

8. Berkebajikan pula menjadi istilah yang begitu sinonim dengan PAS sejak lama dahulu. PAS pertama kali memperkenalkannya melalui tajuk Ucapan Dasar Presiden PAS tahun 2011,  "Membangun Negara Berkebajikan". Tahun yang sama juga, PAS mengeluarkan Dokumen Negara Berkebajikan yang menterjemahan asas-asas yang telah dinyatakan oleh Presiden PAS.

9. Kebajikan merupakan manifestasi pembawaan ajaran Islam. Perkara ini difahami menerusi tafsiran kalimah 'khair' dalam firman Allah:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
[Aal-E-Imran:104]

10. WINS 2051 mendefinisikan berkebajikan sebagai "Pemerintah dan rakyat saling bekerjasama melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap dan memberi manfaat kepada semua golongan tanpa mengira agama dan bangsa."

11. Dari taarifan di atas, dapat difahami bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza daripada konsep Negara Kebajikan (Welfare State) yang diperkenalkan oleh barat, di mana "Welfare State" memfokuskan kerajaan semata-mata sebagai pembuat kebajikan. Negara Berkebajikan menuntut rakyat dan kerajaan sama-sama mengembeling bahu melakukan kebajikan kepada semua pihak yang memerlukan.

12. Dengan maksud yang lain, Selain mengakui peranan sebuah kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, PAS turut menyedari sebelum ini telah banyak institusi dan aktiviti yang diusahakan oleh rakyat tanpa peruntukan dan bantuan dari pihak kerajaan. Bahkan institusi dan akitiviti sebegini semakin bertambah dan maju kerana mereka diselenggara oleh anggota masyarakat sendiri.

Justeru PAS merasakan keperluan untuk kerajaan turut menghulurkan tangan membantu institusi rakyat terus maju. PAS juga akan melibatkan rakyat dari seluruh lapisan dalam memberikan buah fikiran dan cadangan bagaimana untuk membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat negara ini dari berbagai aspek.

13. Maksud Berkebajikan ini tidak terhad sekadar soal memberi bantuan kepada yang memerlukan sahaja sebagaimana istilah yang difahami ramai. Tetapi ia memberi maksud lebih umum iaitu segala kebaikan yang perlu untuk sebuah negara yang baik. Justeru di dalam Dokumen Negara Berkebajikan yang dilancarkan dahulu, PAS memfokuskan kepada 10 agenda utama:

  • Memperkukuh sistem Federalism
  • Menambah Infastruktur sosial dan masyarakat.
  • Mewujudkan Ekonomi Mampan
  • Pendidikan Yang Berkualiti
  • Perkhidmatan Kesihatan yang Cekap
  • Agenda Kebajikan Langsung
  • Memupuk Gaya Hidup Kekeluargaan .
  • Meningkatkan Produktiviti Belia Negara
  • Memujudkan Kemudahan Prasarana Yang Berkualiti
  • Menghijaukan Alam Sekitar

14. Kesimpulannya, PAS masih mengekalkan visi dan misi dalam keberadaannya di arena negara. Dengan WINS 2051, visi PAS semakin jelas dan pencapaiannya semakin dekat. Walaupun pernah berlaku ribut dan pasang surut sepanjang memburu visi ini, tetapi PAS tidak pernah memberhentikan langkahnya, jauh sekali untuk memusingkan tumitnya.

25 Muharram 1439
16 Oktober 2017

Alang Ibn Shukrimun

Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
Facebook:
fb.com/AlangShukrimun

Selasa, 17 Oktober 2017

Kuliah Maghrib oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man | 17 Okt 2017



Kuliah Maghrib oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man | 17 Okt 2017

DAP SEMAKIN KETERLALUAN MENGHINA ISLAM

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
17 Oktober 2017 | 26 Muharam 1439

1.    DAP menyerlahkan sikap kurang ajar, angkuh, biadab dan celupar apabila terus menyindir serta memperlekehkan Islam dengan ungkapan yang mengejek dan menghina. Malah sangat keterlaluan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengungkapkan bantahan ke atas pesta arak dengan label ‘pelampau’ Taliban.

2.    Bahkan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sewajarnya memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu. Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan.

3.    Besar kepala yang ditunjukkan DAP itu semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”. Keberanian DAP berperangai jelek demikian membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti serta sempadan yang tidak sewajarnya disentuh.

4.    Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam, kerana sebaliknya pemimpin DAP spontan telah campur tangan dalam banyak hal berkaitan. Kami percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam.

5.    Kedekatan yang cuba ditunjuk DAP kononnya bersama Islam, hanyalah bermotif dan beragenda serta memperkakas dan memperalas untuk tujuan politik semata-mata. Walhal, DAP berterusan menginjak maruah Islam, ajaran dan umatnya bukan lagi secara tertutup atau berselindung disebalik pihak tertentu, malah juga terang-terangan.

6.    Provokatif dan penghinaan seperti ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan pelbagai rasa kurang senang. Sehubungan itu kami menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu ini, seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi.

7.    Kami juga berharap pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) dapat meneliti semula kedudukan DAP memandangkan parti itu mengesampingkan beberapa teras utama dari Perlembagaan Negara. Malah, terbukti DAP telah banyak kali menyuarakan hasrat dan cita-citanya atas Malaysia yang bersifat menyangkal asas Perlembagaan.

Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

AL-QURAN SEMAKIN DILUPAKAN

Hakikat zaman sekarang ramai yang suka kelekaan berhibur. Tidak salah jika ia berlandaskan Islam. Ramai orang Islam sendiri suka dengan kemegahan dunia dan isinya seperti harta benda dan hidup bersenang senang tanpa memikirkan kepentingan amalan cara hidup Islam. Mereka lebih suka dengan harta benda yang melalaikan. Bahkan menjadi satu budaya yang menjadi amalan harian untuk terus berhibur. Sama ada tua atau muda telah menjadi asam garam hidup mereka.

Hadis tentang membaca Al-Quran

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” (HR Baihaqi dari Ibn Umar)

Sudah cukupkah dengan sekali khatam al-quran? Adakah kita mengambil tahu kepentingan al-quran di dalam hidup seharian. Rasulullah s.a.w meninggalkan al-quran dan hadis untuk pegangan hidup Islam untuk diamali. Sedikit atau banyak terpulang pada individu masing-masing. Kita lebih suka membaca novel,majalah hiburan berjam-jam lamanya tetapi mengapa tidak membaca al-quran? Al-quran bukan untuk dipertandingkan siapa lebih merdu suaranya tetapi lebih tepat tidak berlaku riak dan mengamalinya. Berapa ramai yang membacanya setiap hari sebagai satu tabiat? Kita hanya menggunakan al-quran ketika waktu hendak menikah, kematian, dan ketika susah. Sungguh sempit pemikiran orang Islam kerana menghadkan penggunaanya. Bahkan orang Islam kini dijamu dengan juadah laman web sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Rata-rata kita lihat penggunaan siang dan malam berhibur dengan melayari web tersebut sama ada melalui komputer peribadi,komputer riba atau telefon bimbit yang semakin luas penggunaannya. Apakah kita sedar bahawa kelalaian ini boleh menggundang padah jika tidak dimanafaatkan dengan betul. Kita sebok dengan dunia sehingga kita abaikan nilai Islam dalam diri kita. Kita berketawa tanpa had menjadikan kita lupa dan tidak serius dalam hal-hal keagamaan.

Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya : “Bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya dia datang memberi syafa’at bagi pembacanya di hari Kiamat” [1]

[1]. Dikeluarkan oleh Muslim no. 804, dalam Solat Al-Musafirin wa Qashruhu, bab II dari hadis Abu Umamah Al-Bahili Radhiyallahu ‘anhu

Membaca Al-Qur’an merupakan ibadah yang paling utama dan dicintai Allah. Dalam hal ini para ulama sepakat, bahawa hukum membaca Al-Qur’an adalah wajib ‘ain. Maknanya, setiap individu yang mengaku dirinya muslim harus mampu baca Al-Qur’an dengan baik dan benar. Kalau tidak, maka ia berdosa. Kerana bagaimana mungkin kita mengamalkan al-Qur’an tanpa mahu membaca dan memahaminya.Beriman terhadap Al-Qur’an bukan sekadar percaya sahaja, namun mesti dibuktikan dengan perbuatan yang nyata sebagai tuntutan dari iman tersebut yaitu membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Al-Qur’an merupakan pedoman, konsep, dan aturan hidup manusia. Dalam konteks hablum minallah, Al-Qur’an mengatur hubungan hamba dengan khaliqnya. Hubungan ini dalam bahasa syariat disebut ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji. Sedangkan dalam konteks hablum minan naas, Al-Qur’an menjelaskan tatacara pergaulan dan hubungan manusia dengan dirinya, manusia lain dan makhluk Allah lainnya. Hubungan ini dikenal dengan sebutan muamalah. Konkritnya, Al-Qur’an memberi petunjuk bagaimana mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Mengamalkan al-Qur’an merupakan kewajipan bagi setiap muslim, bahkan menjadi syarat utama menjadi seorang yang beriman. Allah swt dan Rasul-Nya saw telah memerintahkan kita untuk mengamalkan ajaran al-Qur’an dan as-Sunnah, agar kita selamat dunia dan akhirat. Bahkan Rasulullah saw mengingatkan kita akan penting pengamalan terhadap al-Qur’an dan sunnah Rasul saw dengan sabdanya,

“Aku tinggalkan kepada kamu sekalian dua hal, jika kamu berpegang teguh kepada keduanya niscaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu al-Qur’an dan Sunnah Rasul saw.” (H.R. At-Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan bahwa orang yang sesat itu orang meninggalkan ajaran al-Qur’an dan As-Sunnah. Jika kita perhatikan kehidupan orang-orang yang soleh, mereka menjadikan al-Qur’an sebagai buku bacaan hariannya. Mereka tidak pernah bosan dan kenyang dengan al-Qur’an, sebagaimana diungkapkan oleh Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu,

“Kalau hati kita bersih, maka kita tidak pernah kenyang dengan al-Qur’an.”

Kerana dengan senantiasa membaca al-Qur’an, kita akan mendapatkan banyak kebaikan.Asy syahid Sayyid Quthub mengatakan dalam muqaddimah tafsirnya, “Hidup dalam naungan al-Qur’an adalah nikmat. Nikmat yang hanya diketahui oleh siapa yang telah merasakannya. Nikmat yang akan menambah usia, memberkahi dan menyucikannya.”

Sungguh banyak keutamaan dan keuntungan yang diperoleh bagi orang yang membaca al-Qur’an. Keuntungan tersebut tidak dimiliki oleh bacaan lainnya seperti surat kabar, majalah dan buku. Diantara keutamaan dan keuntungan orang yang membaca al-Qur’an iaitu;

Pertama: orang yang membaca Al-Qur’an akan mendapatkan syafaat (pertolongan) pada hari Kiamat nantinya berdasarkan sabda Rasulullah saw bersabda:

”Bacalah al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti memberi syafaat bagi orang yang membacanya.” (H. R. Muslim).

Tentunya tidak hanya sekadar membaca, juga mengamalkannya. Namun demikian, tanpa membaca al-Qur’an maka tidak mungkin kita mengamalkannya. Selain Rasulllah saw, tidak seorangpun yang mampu memberikan pertolongan kepada seseorang pada hari hisab, kecuali al-Qur’an yang dibaca selama ia hidup di dunia.

Kedua, Rasulullah saw menegaskan bahawa orang yang terbaik di antara manusia adalah orang yang mau mempelajari dan mengajarkan Al-Qur’an, sesuai dengan sabdanya,

”Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Qur’an dan yang mengajarkannya” (H.R. Bukhari).

Oleh kerana itu, orang yang terbaik di dunia ini bukanlah orang yang punya memiliki harta yang melimpah, jabatan mahupun pangkat yang tinggi. Namun, disisi Allah Swt orang terbaik itu adalah orang yang mahu belajar al-Qur’an dan mengajarkan kepada orang lain.

Ketiga, orang yang pandai membaca Al-Qur’an akan disediakan tempat yang paling istimewa di syurga bersama para malaikat yang suci. Sedangkan orang yang membaca terbata-bata (belum pandai), maka ia akan diberi dua pahala yaitu pahala mahu belajar dan kesungguhan membaca, sesuai dengan sabda Rasulullah saw,

”Orang yang pandai membaca Al-Qur’an akan ditempatkan bersama kelompok para Malaikat yang mulia dan terpuji. Adapun orang yang terbata-bata dan sulit membacanya akan mendapat dua pahala.” (H.R Bukhari & Muslim).

Keempat, kejayaan suatu umat Islam itu dengan membaca al-Qur’an dan mengamalkannya. Namun sebaliknya, musibah yang menimpa umat ini disebabkan kerana sikap acuh tak acuh kepada al-Qur’an dan meninggalkannya. Rasulullah saw bersabda:

”Sesungguhnya Allah Swt meninggikan (darjat) ummat manusia ini dengan Al-Qur’an dan membinasakannya pula dengan Al-Qur’an” (H.R Muslim).

Inilah rahsia mengapa generasi awal umat Islam (generasi sahabat, tabi’in dan tabi’itabi’in) menjadi generasi terbaik umat ini sebagaimana dinyatakan oleh Rasul saw. Mengapa demikian?

Jawapannya adalah kerana mereka mengamalkan al-Qur’an dan sunnah Rasul saw. Maka Islam pun berjaya pada masa-masa mereka, sehingga tersebar keseluruh penjuru dunia. Namun, setelah generasi tersebut sampai saat ini umat Islam meninggalkan al-Qur’an sehingga umat Islam menjadi lemah dan hina kerana dijajah oleh orang kafir, bahkan dizalimi dan dibunuh sewenang-wenangnya oleh orang kafir akibat meninggalkan al-Qur’an.

Kelima, orang yang membaca dan mendengar Al-Qur’an akan mendapatkan sakinah, rahmah, doa malaikat dan pujian dari Allah. Nabi saw bersabda:

”Tidaklah suatu kaum berkumpul dalam salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah (al-Qur’an) dan mempelajarinya, melainkan ketenangan jiwa bagi mereka, mereka diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan para Malaikat yang ada di sisi-Nya.” (H.R Muslim).

Memang, membaca dan mendengarkan ayat-ayat al-Qur’an menentramkan hati kita sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah Swt,

“...Ingatlah, hanya dengan zikir (mengingat) Allah hati menjadi tenang”. (Q.S Ar-Ra’d: 28).

Al-Qur’an merupakan zikir yang paling afdhal (utama). Oleh kerana itu, ketenangan tidaklah diperoleh dengan harta yang banyak, pangkat dan jabatan, namun diperolehi dengan sejauh mana interaksi kita dengan al-Qur’an.

Keenam, mendapat pahala yang berlipat ganda. Rasulullah Saw bersabda:

”Barangsiapa yang membaca satu huruf Kitabullah maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tapi alif itu satu huruf (H.R at-Tirmizi)

Membaca “alif lam mim” saja kita mendapatkan pahala sebanyak 30 kebaikan, maka bagaimana dengan membaca sejumah ayat-ayat yang dalam satu halaman al-Qur’an? Bahkan berapa jumlah pahala yang kita peroleh bila kita mampu membaca 1 juz dengan jumlah huruf ribuan atau ratusan ribu? Tentu pahalanya sangat banyak, bahkan kita tidak sanggup menghitungnya.Sekadar kefahaman bukan mengira pahala. Terlebih afdhal adalah ikhlas tanpa mengiranya. Melakukan perbuatan lillahi ta’ala.

SUMBER:
Pengurus Dewan Dakwah Aceh & pengurus Komite Penguatan Aqidah & Peningkatan Amalan Islam (KPA-PAI) kota Banda Aceh

Isnin, 16 Oktober 2017

KEINGINAN ORANG KAFIR MEMADAM CAHAYA AGAMA ALLAH

Kaum Muslimin tidak perlu untuk membuat analisa politik dari apa yang orang-orang kafir inginkan dari umat Islam dengan membaca surat kabar mereka atau menyaksikan apa yang mereka tayangkan di TV. Melainkan Allah (swt) telah menyokong kita, kaum Muslimin dengan Islam yang telah disampaikan kepada kita, melalui Al Qur’an, tentang semua rencana mereka. Untuk mencegah dari pandangan yang sempit kita harus mengambil manfaat dari jendela yang ‘unik’ ini kedalam sesuatu yang tidak terlihat untuk mengekspos rencana mereka dan dengan tujuan untuk memberikan kepada kita sebuah pandangan yang lebih baik tentang masa depan. Terbukti bahwa media orang-orang kafir tidak pernah mengalami kegagalan untuk merusak kemurnian pemahaman Islam dengan membanjiri kita dengan kebudayaan mereka, ide-ide, teori konspirasi, sejarah yang telah di distorsi dan sebagianya.

1. INGIN AGAR ORANG-ORANG ISLAM MENJADI KAFIR SEPERTI MEREKA

Allah (swt) berfirman:

Mereka mengingikan (Wadd) kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)…. (QS Al Baqarah 2 : 89)

Disini Allah (swt) menggunakan kata Al Wudd yang berarti bahwa orang-orang kafir akan mencintai kita dengan tujuan agar mereka manjadikan kita (kaum Muslimin) sama seperti mereka yang tidak mempunyai ke-ridho-an dari Allah (swt) pada hari pengadilan nanti. Sebagaimana Rasulullah (saw) tidak pernah berkata kaum Muslimin bahwa mereka tidak seperti orang-orang kafir, tetapi beliau berkata : ‘Islam itu adalah tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya’. Lebih lanjut kaum Muslimin seharusnya tidak akan boleh membungkukkan diri di level orang-orang kafir melainkan harus tetap berdiri tegap pada Dien Islam, tak peduli betapa banyak cobaan dan kesengsaraan yang menimpa kita dan tak peduli pada yang dikonspirasikan oleh orang-orang kafir. Orang-orang Non-muslim selalu akan murka pada tindakan orang-orang Islam sebagai bentuk dari keimanannya dan mereka yang enggan untuk berkompromi sama sekali pada apa yang di beritakan di dalam teks-teks ketuhanan (wahyu – Al Qur’an dan Sunnah).

2. MEMERANGI ORANG-ORANG ISLAM SAMPAI MEREKA MENJAUH DARI DIEN (IDEOLOGY)NYA

Allah (swt) berfirman:

…Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran)… (QS Al Baqarah 2 : 217)

Dengan kata lain kita diinformasikan bahwa nonmuslim akan terus-menerus memerangi umat Islam, sekalipun itu berarti mereka membunuhnya, sebagaimana di Afghanistan dan di Irak, jika mereka tidak menjauh dari Dien Al-Islam dan menjadi non-muslim seperti mereka. Tetapi Allah (swt) memperingati orang-orang Islam : ‘….siapa saja yang berpaling dari Dien Al-Islam kemudian mati dalam keadaan kafir (tidak beriman) maka amal perbuatan mereka akan sia-sia dalam hidupnya dan nanti di hari akhir mereka orang-orang yang berada di nereka, kekal di dalamnya.’

3. AGAR MENDAPATKAN KAUM MUSLIMIN UNTUK MENGIKUTI KEINGINAN MEREKA LEWAT MENGGODA DENGAN SHAHAWAH

Allah (swt) berfirman dalam Al Qur’an:

…sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). (QS An Nisa 4 : 27)

Ayat ini di turunkan kepada Nabi Muhammad (saw) tentang seseorang yang ingin menikah tetapi tidak menurut pada tradisi (Sunnah) Rasulullah (saw) tetapi menurut pada hukum dan tradisi buatan manusia. As Sahawah disini adalah perbuatan buruk yang bisa merangsang naluri dan kebutuhan hidup seperti naluri untuk melangsungkan keturunan sampai promosi pelacuran, pornografi, pergaulan bebas, homoseksual, dan perzinahan dan kebutuhan seperti glamorosasi makanan, pakaian dan tempat tinggal yang mewah. Maka tak heran jika kita melihat bahwa industri terbesar di dunia kapitalis adalah industri pornografi, perjudian, obat-obatan terlarang dan alkohol, kosmetik dan fashion dan lain-lain.

4. UNTUK MENYERANG DENGAN MENANGKAP MEREKA (KAUM MUSLIMIN) DENGAN SEENAKNYA

Allah (swt) berfirman:

…orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu… (QS An Nisa 4 : 102)

Oleh karena itu ini bukanlah sesuatu hal yang mengejutkan bahwa orang-orang kafir saat ini menuntut agar kaum Muslimin menyerahkan senjata mereka di Iraq dan tempat lainnya seperti Pakistan. Dengan jelas Allah (swt) mengatakan kepada kaum Muslimin untuk menyiapakan sebanyak mungkin dari senjata yang terbaik untuk menakut-nakuti musuh, memerangi mereka jika memerangi kita dan sebagai kekuatan penghalang. Sesuatu hal yang dilarang bagi umat Islam untuk memberikan rincian senjata mereka kepada orang-orang kafir, membiarkan dengan sedirinya diberikan kepada orang-orang kafir. Padahal bahwa Allah (swt) berkata pada ayat ini bahwa kaum Muslimin harus waspada ketika mereka shalat, menjaga senjata mereka tetap dengan mereka setiap waktu dan bergantian untuk shalat pada saat yang lain menjaganya. Sebagai tambahan Rasulullah (saw) berkata bahwa ‘senjata adalah perhiasan kaum Muslimin’, itu di sarankan kepada kaum Muslimin laki-laki untuk membawa sebuah senjata dengannya di setiap waktu dengan tujuan untuk menakut-nakuti musuh dan memerangi jika mereka menyerang kita (kaum Muslimin).

Kita bisa lihat konsekuensi dan kaum Muslimin yang memberikan senjatanya di Bosnia, ketika UN mengambilnya dari kaum Muslimin dan megizinkan orang-orang kafir Serbia membantai kaum Muslimin dalam skala masa.

5. UNTUK MELIHAT KAUM MUSLIM MERASA SEDIH DAN MENDERITA

Allah (swt) berfirman:

…mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi…. (QS Ali Imran 3 : 11 8)

Lebih Lanjut kita bisa melihat bagaimana orang-orang kafir merasa senang ketika kaum Muslimin di pearngi dan di bunuh. Hanya kemarin menunjukan sebuah konfrensi di Wales pelaku fasis Tony Blair mengatakan bahwa ia merasa ‘bangga’ pada apa yang dia (dan US) lakukan di Afghanistan, ketika mengunakan B52 untuk membom sekitar 200.000 kaum Muslimin telah membunuh secara membabi buta dan sekarang ini menghilang! Dia mengatakan bahwa permasalahan di Kashmir adalah karena ‘teroris’, yang berarti Mujahidin Muslim yang mempertahankan kaum Muslimin yang tidak bersalah, wanita dan anak-anak dari pembunuhan yang dilakukan oleh pendudukan Hindu, pada gerombolan yang tidak segan-segan untuk memperkosa wanita Muslim. Lebih dari itu barbar US dan Inggris tidak mempunyai permasalahan politik, pengadaan militer dan dukungan ekonomi terhadap Negara perampok Israel yang dilakukan secara terang-terangan di tanah kaum Muslimin dan kekejaman yang dilakukan untuk melawan kaum Muslimin

6. MEMADAMKAN CAHAYA ALLAH (SWT)

Allah (swt) berfirman:

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. (QS At Taubah 9 : 32-33)

Allah (swt) disini menginformasikan kepada kita bahwa orang-orang kafir akan melakukan apapun untuk merugikan kaum Muslimin. Maka kita lihat pada hari ini bahwa ada sekitar 250.000 orang-orang US dan Inggris memaksa untuk berjaga-jaga dan siap menyambar kaum Muslimin di Timur Tengah. Namun Allah (swt) menjajikan kepada kaum Muslim kemenangan pada akhirnya. Kita mungkin kalah dalam sebuah pertempuran atau lebih tetapi kita tidak akan kalah pada peperang yang terakhir antara kebenaran dan kebatilan. Bukanlah senjata-senjata dan jumlah yang menjamin kita kemenangan, melainkan kemenangan itu di tangan Allah (swt) yang akan di berikan kepada siapa-siapa yang dikehendaki.

Oleh karena itu kita harus bersiap sebanyak mungkin seperti mereka yang bisa untuk memerangi para agressor yang meliputi untuk meletakkan kepercayaan mereka secara penuh kepada Allah (swt) atas hasilnya nanti. Senjata kaum Muslimin adalah Iman (kepercayaan teguh), tawakkal (yakin sepenuhnya kepada Allah) seperti halnya persiapan fisik. Kaum Muslimin juga harus menghargai kepada mereka yang berusaha untuk menerapkan Syariah @ Khilafah pada setiap wilayah dan setiap level masyarakat. Ini adalah satu-satunya cara bagi kaum Muslimin untuk hidup dengan kehidupan yang adil, dan jadilah ekonomi, sosial, peraturan, pengadilan kita dan lain-lain untuk diatur berdasarkan Syariah (hukum Islam) yang di manifestasikan dalam Negara Islam (Khilafah Islamiyah). Sekerang 80 tahun lebih kita hdup tanpa penerapan Syariat Islam atas kaum Muslimin di seluruh belahan Bumi. Selama lebih dari 80 tahun dibiarkan terpecah menjadi Negara yang tidak Islami, masing-masing menguasai dengan kekuasaan yang kejam menerapkan hukum yang tidak Islami seperti demokrasi, kediktatoran, Monarki, Kapitalisme, Sosialisme dan sebagianya. Kehadiran Khilafah berarti bahwa kaum Muslimin sekali lagi mempunyai prisai untuk melindungi diri mereka dan dari mereka yang berperang untuk melindungi kehidupan, kekayaan, dan kehormatan kaum Muslimin. Itu juga membentuk sebuah pengertian dengan membentuk kedaulatan Islam yang dapat menyebar dengan menghancurkan rintangan pada jalan yang dilaluinya untuk mengimplementasikan Syari’ah yang memuncak dalam kesatuan negeri kaum Muslimin dibawah satu hukum, tujuan, dan kedaulatan. Ini tentunya akan berarti sebuah super-power baru di dunia, dengan tentara-tentera yang akan mencintai kematian seperti cintanya orang-orang kafir pada dunia ini dan juga akan muncul orang-orang yang cinta kepada perjuangan dan mati karena Allah (swt) untuk meninggikan namaNya setinggi-tingginya. Ini adalah sebuah ketakutan orang-orang kafir yang nyata dan itu sebabnya mengapa mereka menghentikan Taliban ketika mereka mengadopsi ‘proyek’ ini. Disamping usaha-usaha orang-orang kafir, Allah (swt) menjajikan kita di dalam Al Qur’an bahwa Dia akan memberikan kaum Muslimin kemengan dan kedaulatan dengan cara memberikannya kepada mereka yang telah memenuhi perintahNya dan meletakkan kepercayaan mereka padaNya (swt). NB dengan demikian bagaimana bisa seseorang memilih (teman) orang-orang kafir atau berpertisiapsi di dalam parlement mereka?

7. MERUBAH KALIMAH ALLAH (SWT)

Allah (swt) berfirman :

…mereka hendak merobah kalimat Allah…. (swt). (QS Al Fath 48 : 15)

Cara bahwa orang-orang kafir merubah kalimat Allah sebelumnya, di dalam Taurat dan Injil, mereka ingin membuat distorsi pada kalimat Allah (swt) di dalam Al Qur’an. Namun Al Qur’an adalah mu’jizat dengan dengan sendirinya dan tidak bisa di rubah, Allah (swt) berjanji untuk memeliharanya sendiri. Lebih lajut kita melihat para Orientalis (mereka yang belajar Islam dari prespektif barat) di Universitas SOAS dan banyak lagi institut-institut mencoba untuk melatakkan keraguan di benak kaum Muslimin tentang kemurnian Al Qur’an dan kerasulan terakhir Muhammad (saw).

8. MENYESATKAN KAUM MUSLIMIN

Allah (swt) berfirman:

Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri,… (QS Ali Imran 3 : 69)

Kita melihat orang-orang kafir mencoba kepada kaum Muslimin dengan ide kesamaan beragama (pluralisme) adalah sebuah gagasan yang terkutuk – salah jika kaum Muslimin, orang-orang Nasrani dan yahudi akan mempunyai sebuah tempat tempat ibadah sama dan kitab yang satu, dengan perkataan bahwa ‘kita semua adalah umat dari Ibrahim (as)’, adalah yang menganut monotheist dan bukan polytheist. Lebih lanjut Ibrahim (as) datang beribu-ribu tahun sebelum Yahudi dan Nasrani dan kemudian itu bukanlah Yahudi dan bukan juga Nasrani.

Ide Pluraslisme adalah ide yang yang tidak lebih dari usaha untuk merusak umat Islam dan kemurnian keyakinan mereka. Kaum Muslimin yang teguh tidak akan pernah bisa di tipu dengan rencana seperti itu.

9. AGAR KEBURUKAN MENIMPA KAUM MUSLIMIN

Allah (swt) berfirman:

Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata “Kami beriman”, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari antaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): “Matilah kamu karena kemarahanmu itu.” Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu… (QS Ali Imran 3 : 119-120)

Ini seharusnya sudah menjadi pelajaran yang sudah mengkristal kepada siapa saja yang menyukai gerombolan-gerombolan orang-orang kafir bagi kaum Muslimin seperti MCB dan CAIR (di US). Allah (swt) disini mengatakan kepada kita kenyataan perasaan orang-orang kafir yang membenci kaum muslimin untuk mempunyai sesuatu yang baik dan yang gembira pada penderitaan dan siksaan kaum Muslimin seperti di Afghanistan, Chechnya, Palestina, Kasymir dan lain-lain. Melainkan hanya kaum Muslimin yang tulus hatinya yang sungguh-sungguh mempertahankan, melindungi dan bersekutu dengan kaum Muslimin saja bukan pada PBB, USA dan Inggris.

Ahad, 15 Oktober 2017

Malas bukan sifat nabi dan pejuang terdahulu

Oleh : Ustaz YB Idris Ahmad Sabtu 14 Okt 2017

Hindarkan Sifat Malas Dalam Perjuangan PAS

Saydatuna Aishah r.a.h pernah ditanya oleh para sahabat Rasulullah ﷺ mengenai gambaran akhlak Baginda Nabi. Maka dijawab oleh Ummu al-Mukminin, “Akhlak baginda Nabi ialah akhlak al-Quran” {كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ}. Jawapan ini sudah menjelaskan kepada kita pengertian akhlak yang sebenar menurut ajaran Nabi Muhammad ﷺ. Perkara ini perlu diperbetulkan oleh kerana ramai masyarakat hari ini keliru tentang pengertian akhlak. Sedangkan ciri-ciri akhlak itu mestilah bersifat syumul sebagaimana lengkapnya ajaran al-Quran.

Rasulullah ﷺ adalah sebagai contoh praktikal kepada akhlak Islam. Akhlak Baginda Nabi ﷺ adalah al-Quran sehingga ia dipuji oleh Allah Ta’ala sebagai orang yang memiliki akhlak yang tinggi. Akhlak berada di tahap yang tinggi dalam Islam. Bahkan ia adalah binaan asasi dalam Islam bersama Syariat dan Aqidah. Akhlak adalah syarat yang asasi untuk masuk ke dalam syurga dan jatuh dari api neraka. Bagaimanapun seseorang itu tidak cukup mengaku berakhlak jika seandainya menghayati dalam bentuk nisbi.

Kefahaman ini mesti dibetulkan, kerana masyarakat hanya faham akhlak menurut perspektif norma masyarakat. Misalnya, orang itu dipandang berakhlak kerana dia rajin berpuasa sunat sedangkan dia menentang perjuangan Islam. Ini tidak berakhlak. Tidak cukup dengan hanya solat dan puasa tetapi hubungannya dengan manusia tidak dijaga. Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ mengenai seseorang yang menunaikan solat dan berpuasa tetapi menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Lalu Baginda ﷺ menjawab:

لا خَيْرَ فِيهَا، هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ

“Tiada kebaikan dari perbuatannya, dia termasuk ahli neraka...”

Malas bukan sifat nabi dan pejuang terdahulu dan tidak sepatutnya menjadi pakaian kita pejuang PAS.

Malas juga adalah sifat orang yang tidak berakhlak. Oleh itu sifat malas bukan satu sifat yang mulia menurut ajaran Nabi yang menekankan agar umatnya berusaha. Nabi mengajar di dalam doanya supaya sifat malas tidak menimpa umatnya:

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

“...Dan aku memohon perlindungan-Mu (Ya Allah) daripada sifat lemah dari malas...”

Hal ini kerana malas itu adalah sifat simbiotik dalam diri manusia. Kerana itu Rasulullah mengajarkan umatnya agar dilindungi daripada sifat malas khususnya dalam agenda yang lebih besar dalam mendaulatkan Islam. Sesungguhnya sifat manusia tidak pernah tetap dalam satu keadaan, tidak pernah merasa tenang dalam sesuatu suasana. Ia sentiasa terumbang-ambing oleh perkara baharu, bahkan gemar sekali berubah-ubah dalam seribu macam corak atau menampakkan diri dalam seribu juta ragam. Firman Allah:

وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ

“Di kala manusia itu ditimpa sesuatu bahaya ia lalu memohon kepada Kami, baik waktu tidur, duduk atau berdiri. Tetapi di kala Kami telah melepaskan kesukaran, ia lalu melakukan apa-apa yang seolah-olahnya tidak pernah bermohon kepada Kami untuk menghilangkan kesukarannya tadi.” (surah Yunus, ayat 12 )

Dalam surah al-Ma’arij ayat 19-23 pula Allah berfirman:

إِنَّ الإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا. إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا. وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا. إِلاَّ الْمُصَلِّينَ. الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلاتِهِمْ دَائِمُونَ

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap (istiqamah) mengerjakan solatnya.”

Sifat malas tidak mendatangkan produktiviti yang baik sama ada untuk diri atau jemaah. Amat malang sekiranya ahli PAS atau pemimpin PAS yang malas untuk melaksanakan amanah parti. Hari ini keprihatinan mendesak ialah parti memerlukan ahli (termasuk pemimpin ) yang rajin bekerja untuk kepentingan Islam. Parti berhadapan dctigan ancaman daripada berbagai sudut maka memerlukan ahli yang rajin memikirkan gerak kerja supaya matlamat perjuangan tercapai.

Islam tak akan sampai ke sini jika ada sifat malas. Kalaulah pedagang dari kepulauan India bersifat malas, duduk di rumah saja atau datang utk berniaga saja dan  tak tidak menyebarkan dakwah...munkin juga kita masih menyembah patung dan sebagainya..

Kalau malas maka semua tidak menjadi. Malas belajar apakah seorang pelajar boleh mencapai kejayaan yg diharapkan ?.. begitu jugalah dalam perjuangan menegak kalimah Allah dimuka bumi sifat malas tidak seharusnya menjadi pilihan pejuang.

Pedagang datang ke Malaysia sebarkan islam, hasilnya kita tauhid kpd Alllah. Jauh dari menyembah patung berhala..

Sifat malas wajib kita jauhi..

Malulah kita, sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita untuk meneruskan perjuangan Nabi ﷺ tiba-tiba kita menjadi ahli dan pemimpin yang malas. Walaupun perjuangan kita suci, jika kita malas Allah tidak bantu untuk kemenangan. Kita mesti malu dengan pihak yang menyaingi kita, yang bekerja siang malam, walaupun perjuangan mereka untuk melawan kebenaran. Konspirasi musuh-musuh terhadap Islam dan ummahnya akan berterusan dan sesungguhnya ia akan berlanjutan sehingga Allah menentukan keputusannya. Pun begitu ia menuntut pejuang Islam untuk terus bekerja.

Pembelaan terhadap maruah kaum muslimin adalah suatu tugas yang wajib dan bekerja untuk mengembalikan semula maruah Islam ini dan kegemilangan ummahnya adalah suatu tugas wajib bagi setiap Muslim yang telah menyerah dan meletakkan ketaatannya kepada Allah dan Rasul. Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ

“Dan hendaklah ada dari kalangan kamu suatu kumpulan umat yang menyeru kebaikan, mengajak kemakrufan dan mencegah kemungkaran...” (surah Aali-Imran, ayat 104)

Bekerja untuk kemenangan Islam hendaklah sentiasa dimuhasabah agar ia sentiasa selaras dengan tuntutan ilmu dan akhlak Islam. Demi menjamin keberkesanan gerakan dakwah dan perjuangan Islam, kerja yang tersusun dan berterusan dalam gerakan adalah merupakan faktor yang terpenting.

Tiada lorong di Mekah yang tidak diziarahi Baginda Rasulullah utk Baginda seru kaumnya..hasilnya islam sampai kepada kita. Nabi Nuh tidak malas dan kecewa, NABI Nuh berdakwah siang malam walau tak ramai mengikut lebih kurang 85 org dlm masa 950 tahun seperti dinukilkan dlm quran.

Jangan dikata tiada kerja nak buat dalam jamaah ni, Banyak kerja yg boleh dilakukan dan perlu dibuat, siapa yang kata tak ada kerja nak buatlah dalam PAS ni..dia penipu besar dan menipu diri sendiri. Buatlah kerja asalkan membawa kebaikan. Setiap kita ada penjuru yg boleh disumbangkan kpd perjuangan ini. Jangan jadi penganggur kpd perjuangan ini dan bersikap tunggu dan lihat dan biarlah orang lain buat.

Yang tak buat kerjalah selalunya yg ada masa utk mencari kesilapan dan memperlekeh kawan seperjuangan sebab tidak merasa susah payah perjuangan.. dan  asyik mencari kelemahan. Yang tak buat kerja dan malas inilah selalunya akan jadi pengkritik dan pencari kesalahan org dalam jemaah.. lupa pada diri sendiri.

Kita tak akan jumpa seorang yang sempurna eg nak cari isteri sempurna 100%, tak kan munkin. Yang cantik melecun tapi munkin tak reti kemas rumah pula. Yang pandai mengemas rumah munkin tapi tak reti masak...begitu juga dalam jemaah pun tiada yg sempurna bahkan sepatutnya.. Dlm jemaah saling tampung menampung , saling membantu, bukan mengkritik saja..tak akan boleh membawa kemajuan parti.

Pemikiran yang silap setengah ahli PAS
1. Aku tak pandai ceramah tak boleh sumbang, 
2. Aku kena pegang jawatan pusat, kawasan bukan jawatan rendah dicawangan
3. Aku dah tua, biar org muda jelah buat

Sepatutnya gunakan sepenuhnya semua cabang dan alat dlm PAS utk keberhasilan kerja jamaah eg
K-10  incharge pegang kita belum berjaya buat cari 10 org utk lihat kecenderungan sokongan

Bukan semua ahli perlu berceramah kesana kemari, buat itu dan ini tetapi buat atas kemampuan.. tetapi jangan malas. Yang ada cadangan dan idea sumbang idea. Yang punya kepakaran dlm pendidikan Yang kerja kerajaan dan munkin tak boleh terjun secara terus munkin hanya mampu beri sumbangan duit jangan pula kedekut. Yang boleh jaga PASTI buat terbaik jangan serah sepenuhnya kepada guru Pasti yg mendapat elaun yg tak seberapa disetengah tempat, Pemuda perlu pantau sebab Pasti dibawah pemuda.

Jangan wal hasil kerja semua tak menjadi disebabkan orang yg sama memegang berbagai potfolio, tugas dan jabatan dalam PAS dan kerja tak jalan bukan disebabkan dia tak berkebolehan tetapi sebab terlalu banyak pegang jawatan dek kerana orang lain lihat saja tak mahu buat disebabkan sifat malas.

Orang yang rajin walau pun tak cerdik akhirnya jadi hebat dlm jemaah.. tapi yg malas walau pun pandai tidak akan kemana dalam jemaah ini.

Walau pun PAS dasarnya betul tapi kalau kita malas akan kalah juga. Dikalahkan oleh oleh yg batil dek kerana kerja terancang dan rajin mereka.

Beza PAS dgn UMNO sebab ambik Islam dgn kesyumulannya. Bagi UMNO Islam sebagai modal pilihan raya. e.g Malay Dilema

Mahadir dia tulis dan ungkit program perikatan guna agama dalam pilihan raya tapi lepas jadi PM itulah yg dibuat oleh beliau

Punca sifat malas dalam diri:

1. Memang sifat malas diri i.e jenis pemalas eg nak urus diri pun malas eg sikat rambut pun malas, nak mandi pun malas

2. Sikap biar suruh org lain buat  eg SU buat jadi aku tak payah buat. Bila semua orang harap orang lain buat dia tak buat satu kerja tak jalan.. satu kerugian kpd  jemaah.

3. Berkawan dengan org malas - penyakit malas berjangkit darì berkawan dgn sipemalas eg ketua JPRu dah lama suruh buat tapi masih sibuk di kedai kopi

4. Tidak rasa bersalah sedangkan dia istirehat di rumah

5. Tidak mahu turun status eg nak pegang jawatan atas saja

6. Tak ingat bekalan utk mati - satu amalan soleh eg ujudkan PASTI memberi manafaat kpd masyarakat.
Melayu sebagai teras politik Malaysia
Malaysia multi racial jadi kita perlu politik matang dan sejahtera. DAP tak boleh memerintah Malaysia tetapi dia boleh jadi play maker. Masihkah kita bersikap malas?
Kita berjuang bukan kerana orang tapi sebab dasar perjuangan.

Marilah berubah menjadi Rajin.Tinggalkan sifat dan perangai Malas....

Ahli PAS masih beruntung, kerana mempunyai ikon tok guru yang gigih bekerja walaupun uzur dari segi fizikal tetapi mempunyai semangat yang sangat tinggi. Mereka bekerja mengalahkan orang muda. Kehidupan mereka adalah mewakafkan diri untuk perjuangan Islam. Inilah pemimpin yang berakhlak, laksana apa yang mereka kata. Terus berjihad dan bekerja tanpa jemu-jemu. Sabar menghadapi kritikan musuh dan karenah ahli.

Wallahu alam.

Jumaat, 13 Oktober 2017

HUBUNGAN KEPADA ALLAH DAN MANUSIA

Ada banyak tuntutan yang harus dilaksanakan oleh setiap muslim dalam kehidupan di dunia ini, salah satunya adalah keharusan menjalin habulum minallah (hubungan yang baik kepada Allah) dan hablum minannas (hubungan yang baik dengan manusia). Hal ini ditekankan karena manusia sangat memerlukan Tuhan dan Tuhan yang sesungguhnya adalah Allah Swt, disamping itu manusia juga tidak bisa hidup sendirian, karenanya ia memerlukan manusia lain yang dapat berinteraksi secara baik untuk bisa mewujudkan kehidupan yang baik. Di dalam Al-Qur’an, Allah Swt berfirman:

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, orang yang dalam perjalanan dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri (QS 4:36).

HUBUNGAN KEPADA ALLAH SWT

Menjalin hubungan baik kepada Allah Swt bagi manusia merupakan sesuatu yang sangat mendasar. Manusia telah dicipta oleh Allah Swt, bagaimana mungkin ia tidak mau menyembah dan mengabdi kepada sang pencipta, bukankah hal itu menunjukkan bahwa ia tidak pandai bersyukur kepada Allah Swt?. Oleh karena itu, di dalam ayat di atas, manusia harus menyembah Allah Swt dan menunjukkan pengabdian kepada-Nya dengan semurni-murninya sehingga ia tidak boleh mensekutukan Allah dengan apapun dan siapapun juga, inilah yang disebut dengan syirik.

Sebagai muslim, kita tidak dibenarkan melakukan syirik, baik syirik yang besar maupun syirik yang kecil. Namun Rasulullah Saw ternyata tidak begitu khawatir akan kemungkinan kita melakukan syirik yang besar yakni menuhankan atau menyembah selain Allah Swt, karena rasanya hal itu tidak mungkin orang yang mengaku muslim tapi menuhankan selain Allah Swt. Yang sangat dikhawatirkan oleh Nabi Muhammad Saw justeru adalah apabila kita melakukan syirik yang kecil, karena hal ini membuat nilai amalnya menjadi terhapus. Dalam satu hadits, Rasulullah Saw bersabda:

Sesungguhnya yang aku sangat khawatirkan atas kamu adalah apabila kamu melakukan syirik yang kecil. Sahabat bertanya: “Apakah syirik yang kecil itu ya Rasulullah?”. Beliau menjawab: “Riya” (HR ).

HUBUNGAN DENGAN SESAMA

Manusia antara yang satu dengan lainnya saling membutuhkan, karena itu seharusnya sesama manusia bisa menjalin hubungan yang sebaik-baiknya. Di dalam ayat di atas, disebutkan contoh-contoh kepada siapa saja manusia harus menjalin hubungan yang sebaik-baiknya, yakni kepada delapan kelompok orang.

Pertama, Berlaku baik kepada kedua orang tua. Setiap orang tua, pasti ingin agar anaknya dapat berlaku baik kepadanya. Orang tua disamping telah melahirkan dan membesarkan juga  mendidik dengan pengorbanan harta dan jiwa sehingga seorang anak tumbuh dan besar dengan baik. Karena itu, setiap anak harus mampu menunjukkan kebaikan dengan sebaik-baiknya kebaikan kepada orang tuanya, ini karena sebaik apapun perbuatannya kepada orang tua, tetap saja hal itu tidak akan mampu membalas jasa dan kebaikan orang tua.

Kedua, Berlaku baik kepada kerabat. Kerabat, keluarga atau famili, baik hubungannya dari pihak suami atau isteri, dari bapak atau ibu merupakan orang yang sangat kita perlukan dalam kehidupan ini. Kerana itu hubungan kekerabatan yang sering disebut dengan silaturrahim harus disambung dan dikuatkan. Karenanya sangat tidak dibenarkan di dalam Islam bila seorang muslim memutuskan hubungan silaturrahim, bahkan hal itu bisa menyebabkan seseorang terhalang untuk masuk ke dalam surga. Hal ini menjadi sangat penting karena bagaimana mungkin seseorang bisa berlaku baik kepada orang lain bila dengan keluarganya saja ia tidak berlaku baik.

Ketiga, Berlaku baik kepada anak yatim. Setiap anak pasti membutuhkan perhatian, pendidikan dan nafkah dari orang tuanya. Namun bila orang tuanya telah wafat yang menyebabkan si anak menjadi yatim, maka kaum muslimin dituntut menggantikan apa yang harus dilakukan orang tua terhadap anaknya. Oleh karena itu, Rasulullah Saw memberikan perhatian yang begitu besar kepada anak yatim sehingga ada anak yang tidak yatim, tapi ingin menjadi yatim karena iapun ingin mendapatkan perlakuan yang begitu baik dari Nabi sebagaimana yang didapat oleh temannya yang yatim. Penghargaaan Rasulullah Saw kepada orang yang mengurus anak yatim juga sangat besar, yakni mendapatkan tempat yang dekat dengan beliau di dalam surga sebagaimana dekatnya jari telunjuk dengan jari tengah. Rasulullah Saw juga menyatakan bahwa rumah yang terbaik adalah yang di dalamnya ada anak yatim yang diasuh dan diurus dengan baik, sedangkan rumah yang buruk adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim tapi tidak diurus anak itu dengan baik.

Keempat, Berlaku baik kepada orang miskin. Menjadi miskin merupakan keadaan yang tidak disukai oleh manusia. Karena itu, kemiskinan harus diatasi meskipun pada masyarakat kita semakin banyak orang yang menjadi miskin.  Kemiskinan satu orang belum bisa diatasi, tapi sudah muncul orang miskin yang baru. Oleh karena itu, seorang muslim harus berlaku baik kepada orang miskin, apalagi bila sampai bisa membantu mengatasi kemiskinan yang  dialaminya. Banyaknya orang miskin merupakan ladang amal shaleh bagi kita bila kita bisa berlaku baik dengan sebaik-baiknya.

 Kelima, Berlaku baik kepada tetangga. Keberadaan tetangga sangat kita butuhkan dalam hidup ini. Karena itu, setiap manusia apalagi sebagai muslim harus berlaku sebaik mungkin kepada tetangga. Raasulullah Saw bercerita bahwa beliau sering didatangi malaikat Jibril, tiap kali dating Jibril seringkali berwasiat kepada Nabi agar berlaku baik kepada tetangga hingga Nabi merasa seolah-olah antar tetangga bias saling mewarisi. Itu berarti, antar tatangga seharusnya bias diperlakukan seperti keluarga sendiri. Karenanya berlaku baik kepada tetangga menjadi salah satu bukti keimanan yang sejati.

Keenam, Berlaku baik kepada teman sejawat. Teman atau sahabat merupakan salah satu yang sangat kita perlukan dalam kehidupan ini. Seenak-enak dan sekuat-kuatnya manusia dalam hidup ini, ia tidak akan bisa hidup sendirian, ia membutuhkan teman yang sejati, karena itu dalam persahabatan dengan orang lain, seorang muslim harus bersahabat dengan persahabatan yang sebaik-baiknya, persahabatan yang bisa berbagi dan merasakan penderitaan maupun kebahagiaan.

Ketujuh, Berlaku baik kepada Musafir. Orang yang dalam perjalanan untuk suatu urusan yang baik disebut dengan ibnu sabil. Ketika melakukan safar (perjalanan) bisa jadi seseorang merasakan kesulitan meskipun tidak selalu berupa kesulitan ekonomi, misalnya tersesat jalan yang perlu kita membantu menjelaskan rute perjalanan yang harus ditempuhnya, bukan malah sengaja menyesatkannya.

Kedelapan, Berlaku baik kepada Hamba sahaya. Hamba sahaya atau budak seharusnya diperlakukan dengan baik, karena ia banyak membantu majikannya. Dalam kehidupan sekarang, kita menyebutnya dengan permbantu rumah tangga meskipun ia berbeda kedudukannya dengan hamba sahaya. Oleh karena itu, sangat tercela bila seseorang tidak bias berlaku baik kepada pembantu rumah tangganya yang dalam kehidupannya sehari-hari bersama keluarga sangat besar manfaatnya.

 JANGAN SOMBONG.

 Dalam rangkaian penyebutan kepada siapa saja manusia harus berbuat baik, selanjutnya Allah Swt menutup ayat di atas dengan kalimat: “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri”.  Kesan yang bias kita tangkap dari kalimat ini adalah manusia jangan sombong kepada orang tuanya, meskipun ia lebih pintar dan kaya, ia juga tidak boleh sombong dengan kerabatnya, meskipun mereka orang yang lemah, miskin dan bodoh, jangan smbong kepada anak yatim karena anak saat dimana anak kita juga menjadi yatim. Jangan sombong kepada orang miskin karena ada saat dimana kitapun bisa menjadi miskin secara tiba-tiba. Jangan sombong kepada tetangga karena merekalah orang yang pertama memberikan pertolongan atau kita mintalak pertolongan saat kita kesulitan. Jangan sombong kepada teman karena kita sangat membutuhkannya. Jangan sombong kepada musafir karena ada saat dimana kitapun menjadi musafir dan jangan sombong kepada pembantu rumah tangga karena mereka besar bantuannya kepada kita meskipun tidak besar upah yang kita berikan.

Dengan demikian, menjadi jelas bagi kita bahwa manusia antara satu dengan lainnya saling memerlukan, karenanya harus dijalin hubungan yang baik dengan sesamanya, tapi semua itu harus dilandasi pada hubungan yang baik kepada Allah Swt. Sehingga setiap kita harus menjalin hubungan baik kepada Allah lalu dibuktikan dengan menjalin hubungan baik dengan sesame manusia, sedangkan hubungan yang baik dengan sama manusia harus didasari atas hubungan baik epada Allah Swt. Bila ini bisa kita wujudkan, maka kebahagiaan dan kedamaian hidup manusia bisa diperoleh.

 Muhammad Haikal, S.Ag

Khamis, 12 Oktober 2017

PAS: parti politik Gerakan Islam yang perjuangannya untuk memartabatkan Islam sebagai Ad-Deen secara total

PAS adalah satu-satunya parti politik Gerakan Islam yang perjuangannya untuk memartabatkan Islam sebagai Ad-Deen secara total iaitu bagi memartabatkan Firman Allah SWT iaitu 

إِنَّ الدّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلإِسْلَـٰم

Itulah sebabnya PAS dalam Fasal 7(1) dalam Perlembagaannya meletakkkan hukum tertinggi pegangan PAS ialah "Kitabullah, Sunnah Rasul, Ijmak Ulama dan Qias yang terang dan nyata".

Justeru Kesatuan Ulamak Sedunia mengiktiraf PAS sebagai sebuah parti Gerakan Islam dan mengangkat Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Haji Hadi Awang sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia itu.

Parti-parti politik lain yang aktif walau pun parti-parti itu majoriti ahlinya adalah orang-orang Melayu adalah parti-parti politik sekular dan dalam perlembagaan parti masing-masing tidak menyebut Kitabullah dan Sunnah Rasul sebagai hukum tertinggi sebagai pegangannya walau pun majoriti ahli parti adalah orang-orang Melayu beragama Islam.

Oleh kerana parti-parti politik sekular tidak meletakkan “Kitabullah, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata” menjadi pegangan sebagai hukum tertinggi maka itulah sebabnya parti-parti politik tersebut menerima orang-orang non-muslim sebagai ahli dan dijadikan mereka sebagai teman rapat seperjuangan yang melanggar Perintah Allah SWT iaitu:

FIRMAN ALLAH SWT

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali." [Surah Aal-i-Imran, 3 : 28]

FIRMAN ALLAH SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا

Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu ?”.  [Surah An-Nisaa, 4 : 144].

Maka dengan sebab itu parti-parti politik sekular tersebut tidak mengiktiraf Perintah Allah SWT tersebut itu.  Parti-part politik sekular dasarnya adalah parti-parti politik yang meletakkan “politik suku agama suku”.  Oleh kerana sifatnya sebagai parti-parti politik sekular maka dengan sendirinya parti-parti politik sekular yang memusuhi parti politik ISLAM.

PRU14 nanti di Malaysia akan menyaksikan pertembungan di antara pihak parti-parti politik SEKULAR dengan pihak politik ISLAM dan para penyokongnya.

http://www.tarbawi.my/2016/01/permusuhan-sekular-terhadap-gerakan.html

Selasa, 10 Oktober 2017

Ikuti Ulama Yang Dibenci Orang Kafir dan Munafik

Ketika kita bingung mau mengikuti ulama' lantaran banyaknya pertentangan ulama dalam sebuah pemerintahan. Maka ikutilah ulama yang dibenci kaum kafir dan orang orang munafik. Kita tidak perlu menyebut siapa yang munafik, tapi nilailah dari sikapnya terhadap agama dan bagaimana mereka membenci saudaranya sendiri.

Saudara, kita diperintahkan untuk taat kepada pemerintahan. Hanya saja jangan lupa, bahwa sebagai orang yang beriman percaya kepada Allah Swt. Serta percaya kepada Al Quran. Disana ada batasan tentang bagaiamana kita harus patuh pada pemerintah. Ketika negara lagi tidak aman, banyak pertikaian dan pelecehan saling menyalahkan satu sama lainnya. Tandanya negara itu sedang sakit.

Ketika Rezim pemerintahan sedang kacau balau. Maka akan banyak kebencian dan permusuhan. Disana akan ada kelompok yang membenci islam. Sadarilah sejatinya mereka bukan benci kepada wajah anda yang tampan atau cantik jelita, tidak pula benci kepada rasa anda sebagai orang jawa atau sunda atau lainnya, tidak pula karena anda kaya atau pandai.

Satu hal yang menjadikan mereka murka dan benci kepada anda, ialaha karena anda hanya sudi mengabdi dan tunduk kepada Allah Ta’ala semata. Menjauh dari budaya dan penguasa yang menyimpang.

 قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ تَنقِمُونَ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِاللّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلُ وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ

Katakanlah: “Hai Ahli kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang-orang yang fasik? (QS. Al Maidah: 59).

Sebuah kisah tentang Imam Syafi'i yang ditanya oleh muridnya akan membuka hati nurani kita tatkala banyaknya orang yang memusuhi saudaranya sendiri, dan lebih menjilat kepada penguasa.

Imam Syafi'i pernah berkata: Nanti di akhir jaman akan banyak Ulama yang membingungkan Umat, sehingga Umat bingung memilih mana Ulama Warosatul Anbiya dan mana Ulama Suu yang menyesatkan Umat.

Lantas murid Imam Syafi'i bertanya "Ulama seperti apa yg kami harus ikuti di akhir zaman wahai guru?"

Beliau menjawab: "Ikutilah ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik. Dan jauhilah ulama yg disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik"

وسئل الإمام الشافعي رحمه الله تعالى: كيف تعرف أهل الحق في زمن الفتن؟! فقال: اتبع سهام العدو فهي ترشدك إليهم

Juga Imam Syafi'i pernah ditanya oleh salah satu muridnya tentang bagaimana caranya kita mengetahui pengikut kebenaran di akhir zaman yang penuh fitnah? Jawab beliau " Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa) maka akan menunjukimu siapa pengikut kebenaran"


Jadi pilihlah dan ikutilah ulama dengan ciri berikut agar selamat di jaman penuh fitnah ini:

  • Ulama yang paling dibenci dan tidak disukai orang kafir
  • Ulama yang paling tidak disukai orang munafik
  • Ulama yang keras terhadap orang kafir yang mengganggu
  • Ulama yang lemah lembut terhadap orang IslamUlama yang selaras antara ucapan dan perbuatan
  • Ulama yang tidak peduli dengan caci maki orang kafir sejauh ia menyuarakan kebenaran
  • Ulama yang jika kita memandangnya dan mendengar petuahnya semakin membuat hati kita semangat untuk lebih rajin beribadah

Semoga kita diselamatkan dari fitnah dunia dan fitnah dajjal yang sepertinya semakin dekat kemunculannya.

Isnin, 9 Oktober 2017

AKIDAH AHLI SUNNAH YG BERTENTANGAN DGN ALIRAN WAHABI


1) Apakah pengertian golongan Wahabi?


Golongan Wahabi adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun yang ke 12H di Najd Jazirah Arabiyyah.

Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada tahun 30an, 40an dan 50an.

Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang dari Ulama' mazhab Hambali. Telah menjadi adat Kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada bapa, datuk dan ke atas.

Seperti Mazhab Syafi'e adalah aliran Mazhab yang dinisbahkan kepada moyangnya, sedangkan nama pengasas yang sebenar adalah Muhammad bin Idris. Begitulah adat kaum Arab dalam menisbahkan sesuatu.

Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak selesa dengan gelaran Wahabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan Kaun Salaf atau kaum Ahli Sunnah.

Kenapa begitu? Ini kerana istilah Wahabi pada hari ini diketahui ramai  akan kesesatannya dalam Akidah dan cabang yang lain.

Oleh kerana itu harus berhati2 dengan kaum ini kerana mereka terkadang mempergunakan nama Ahli Sunnah, Salaf dan pelbagai yang baik-baik untuk mengaburi orang awam dari mencium kesesatan
pegangan golongan ini.

2) Apakah di antara ajaran Wahabi yang bertentangan dengan Akidah  Ahli Sunnah wal Jamaah?

Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bida'ah dalam masalah-masalah Furu'(cabang) semata-mata sedangkan sebenarnya golongan ini membawa sebesar-besar bida'ah dalam masalah Akidah.

Oleh kerana itu ramai dari kalangan mereka yang berwajib, para ulama', para pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani dengan sungguh2.

Di antara ajaran golongan ini yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah al Jamaah ialah menolak dan merendah-rendahkan pengajian sifat 20.

Sebaliknya mereka membawa kaedah Tauhid yang baru iaitu pembahagian Tauhid yang tiga.

Tauhid Rububiyyah

Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala. Kononnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sementara berhala merupakan pengantara2 hamba dan Tuhannya.

Tauhid Uluhiyyah

Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.

Tauhid Asma wa Sifat

Beriman dengan ayat-ayat mutasyabihat secara zahirnya. Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.

Bagaimana mungkin Tauhid itu terbahagi kepada tiga?

Sedangkan Tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama sekali membeda2kan Tauhid seperti Tauhid yang tiga ini.

Dengan menerima konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah mengikut pentafsiran seperti ini, maka banyak amalan-amalan yang diperakui baik menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya. Seperti amalan Maulid Nabi, marhaban, berdiri sewaktu selawat, tabarruk (ambil berkat), tawassul (berwasilah) , ziarah makam Nabi-nabi, Rasul-rasul, Auliya' dan solihin.

Sementara tauhid asma' wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan (visual) dan mentasbihkan (menyamakan) zat Allah SWT dengan mahkluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan anggota (jarihah) -spt menyatakan Allah itu bersemayam di atas arasy.

Ini adalah akidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun yang ke 4H dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke 7H dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun ke 12H.


3) Adakah kita boleh mengikut sebahagian daripada ajaran / amalan wahabi atau kita diminta meninggalkan keseluruhan ajaran tersebut?

Pada saya (penulis) penjelasan tentang akidah dan amalan agama telah jelas dan nyata seperti matahari di siang hari. Para Ulama' telah meninggalkan penjelasan agama dengan sejelas-jelasnya dalam seluruh bidangnya di dalam kitab2 yang disampaikan kepada kita.

Kalau begitu tiada keperluan lagi merujuk kepada saranan dan amalan aliran Wahabi kerana telah dibuktikan dalam banyak hal di mana mereka telah menyelewengkan pengertian ayat2 al-Quran, Hadith dan pandangan para Alim Ulama' silam.

Bahkan telah dibuktikan mereka melakukan pemalsuan terhadap kitab2 ulama' silam dengan tujuan supaya dapat mengelirukan umat Islam dan mengikut telunjuk mereka.

Berkemungkinan terdapat juga amalan2 mereka yang betul, akan tetapi kalaulah kebenaran sudah bercampur baur dengan kebatilan, akan menjadi kesusahan pada orang awam untuk menentukan yang mana satu betul dan salah! Mungkin perkara benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar dan diamalkan sehingga ke akhir hayat. Maka ini akan mengundang kita kepada kemurkaan Allah di dunia sehingga akhirat.

Oleh itu jauhilah ajaran ini dengan berpeganglah dengan amalan2 yang disepakati Ulama', insyaAllah selamat dunia akhirat.


4) Apakah akibat yang kita dan masyarakat akan hadapi jika mengamalkan ajaran2 Wahabi dari segi akidah, ibadah dan sosial?

Akibat dari sudut akidah, pastinya sangat bahaya kerana bila tergelincir seseorang muslim dalam akidah akan membawa kegelinciran dalam soal2 yang lain.

Selain itu konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah di sisi Kaum Wahabi
membawa implikasi kepada syiriknya amalan Maulid Nabi, bacaan ber-zanji, berdiri ketika selawat Nabi, marhaban, memuji2 Nabi saw, menziarahi kubur Nabi saw, amalan tabarruk (ambil berkat) dan lain2 lagi.

Dari sudut ibadah pula banyak amalan2 baik yang tergolong di dalam bida'ah hasanah di anggap sebagai buruk dan seterusnya masyarakat mula meninggalkannya.

Contohnya amalan membaca Yasin di malam Jumaat adalah merupakan amalan yang baik. Sekurang2nya kita ada membaca al-Quran dalam seminggu.

Ini adalah implikasi dari penta'rifan bid'ah yang telah di salah ertikan oleh golongan Wahabi, di mana mereka mengatakan pengertian bid'ah itu segala amalan yang Nabi saw tidak lakukan sewaktu hayatnya.

Sedangkan kita jumhur ulama menta'rifkan dengan segala amalan yang baru yang hanya bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma' dan Qias sahaja dikatakan sebagai bid'ah yang dhahalah (sesat) dan dilarang untuk diamalkan.

Sementara amalan2 yang ada sandaran dari dalil2 sama ada dari nas2 yang bersifat khusus atau umum adalah dianjurkan untuk diamalkan selama mana tidak terdapat nas2 yang melarang amalan tersebut.

Dari sudut sosial pula dengan munculnya golongan ini akan menimbulkan
perpecahan, perbalahan di dalam masyarakat dan perpecahan itu sangat dilarang di dalam agama. Yang lebih membimbangkan fahaman golongan ini sudah menjadi kenyataan dan telah mendorong para pengikutnya kepada Islam militan.

Jauhilah golongan ini demi keselamat akidah, ibadat dan keharmonian dalam bermasyarakat.


5) Bagaimanakah kedudukan pengikut Wahabi dari segi pandangan Islam, samada mereka termasuk dalam golongan musyrik atau sebagainya?

Di dalam akidah Ahli Sunnah wal Jamaah kita diajarkan supaya bersikap tidak membudayakan sikap kafir mengkafir. Walaupun telah jelas para Alim Ulama menggolongkan mereka sebagai golongan yang sesat, namun tidak mengkafirkan mereka.

Ramai dari kalangan ulama yang menggolongkan mereka sebagai ahli bida'ah. Namun Rasullullah saw. menegaskan di dalam hadithnya betapa golongan sesat itu dijanjikan neraka untuknya.

Terkadang golongan ini mendabik dada mengaku sebagai Ahli Sunnah sedangkan hakikat yang sebenar adalah pembohongan yang nyata. Telah terbukti aliran ini bertentangan dengan pengajian Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kita menyarankan kepada para mengikut golongan ini agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Oleh: Al-Haqir Mahfuz Muhammad al-Khalil
terbitan: Majlis Agama Islam Negeri Johor.

*WAWASAN INDUK NEGARA SEJAHTERA (WINS)* – Halatuju Negara Bersama PAS



1. ALHAMDULILLAH, PAS telah selamat melancarkan dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) pada program FASTAQIM 2.0 di Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini. Ianya telah dilancarkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS dengan memaparkan montaj penerangan ringkas tentang kandungan WINS 2051.

2. Sebagai maklumat umum, WINS 2051 merupakan satu model baru yang dicetuskan oleh PAS sebagai panduan asas untuk mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip-prinsip Islam dalam realiti moden. Model ini bermula dengan menawarkan solusi kepada berbagai masalah kronik yang membelenggu negara, juga cadangan untuk membawa negara maju ke hadapan sehingga menjadi contoh kepada negara lain di seluruh dunia terutamanya dunia Islam.

3. Falsafah WINS 2051 bertepatan dengan matlamat penubuhan PAS sendiri seperti yang termaktub di dalam perlembagaan iaitu 'membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam'. Menunjukkan PAS sehingga kini beristiqamah dengan perjuangan asal daripada awal penubuhan pada tahun 1951. WINS 2051 ibarat terjemahan kepada matlamat penubuhan PAS sendiri. Ini kerana PAS mempercayai hanya dengan penyelesaian Islam yang universal sahaja masalah negara boleh diselesaikan dan membawa negara ke arah kemajuan.

4. Atas sebab itu, sebagaimana rujukan PAS juga, WINS 2051 menjadikan al-Quran sebagai panduan utama disamping Hadith, Ijmak dan Qiyas. Secara lebih khusus, WINS 2051 berpaksikan kepada ayat 13 Surah al-Hujurat, ayat 15 Surah Saba', ayat 96 Surah al-A'raf dan ayat 4 Surah Quraisy. Selain itu setiap prinsip, perancangan, program utama dan kunci capaian WINS 2051 menitikberatkan perbahasan syariah Islam.

5. Dasar WINS 2051 pula tertumpu kepada dua (2) perkara iaitu Sejahtera dan Berkebajikan. WINS bakal dijalankan dengan berpegang kepada dasar ini. Setiap program yang bakal dijalankan mengikut kerangka WINS 2051 perlu mengambil kira kedua aspek ini. Sejahtera dengan maksud mengamalkan konsep keadilan yang sebenar, toleransi serta keharmonian antara agama dan kaum, kecekapan dan ketelusan pentadbiran serta ketenteraman awam. Berkebajikan pula adalah konsep taawun atau kerjasama antara semua institusi dalam negara samada di peringkat rakyat atau pemerintah dalam berlumba-lumba membuat kebajikan serta memberi manfaat kepada orang lain. Masing-masing mengembelingkan tenaga bagi menggalas tanggungjawab memelihara dan memakmurkan Malaysia. Juga bermotifkan agar mengutamakan kebajikan setiap pihak secara saksama.

6. Sepanjang menjalankan program-program utama WINS 2051, ianya akan sentiasa berpandu kepada 10 prinsip umum iaitu:

i. Pematuhan kepada prinsip dan penyelesaian Islam.

ii. Insan berkualiti rohani dan fizikal adalah aset terpenting negara.

iii. Kekayaan dan hasil tempatan adalah milik bersama negara, bukan dimonopoli oleh sebahagian pihak sahaja.

iv. Pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab bersama kerajaan pusat, negeri dan rakyat/komuniti.

v. Pengasingan antara kuasa Politik dan kuasa Ekonomi. Kuasa Politik sebagai penentu halatuju negeri, Perancang Program, dan Pemantau. Kuasa Ekonomi melaksanakan perancangan yang diputuskan tanpa campur tangan kuasa politik.

vi. Pemisahan kuasa Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judisiari tanpa ada campur tangan di antara satu sama lain.

vii. Menaiktaraf golongan miskin dan pengurangan kos sara hidup.

viii. Penstrukturan sistem percukaian berdasarkan sistem fiskal Islam.

ix. Pembangunan negara berasaskan prinsip lestari dan mapan.

x. Kehidupan beragama sebagai asas kestabilan dan keharmonian antara kaum.

7. Dalam melaksanakan matlamat WINS 2051 pula, ianya bakal dibahagikan kepada tiga (3) fasa utama. Fasa pertama (1) bermula daripada tahun 2018 sehingga 2030 bakal menekankan pendekatan transformasi ke arah menyelesaikan masalah yang membelenggu negara. Ia dinamakan sebagai program Transformasi Negara Sejahtera. Fasa kedua (2) pula bermula tahun 2031 hingga 2040 bagi membangunkan Malaysia memacu menuju negara maju. Seterusnya Fasa ketiga (3) akan bermula pada tahun 2041 sehingga 2051, yang melonjakkan negara sebagai pemimpin dunia sesuai dengan cita-cita perjuangan agar tertegaknya negara yang mengamalkan prinsip Islam yang adil dan saksama untuk semua manusia.

8. Lujnah Pemerkasaan telah memperincikan rangka kerja WINS 2051 pada peringkat fasa pertama. Ia bakal menekankan penyelesaian masalah pada 9 teras utama kenegaraan iaitu berkaitan pentadbiran awam, pendidikan, ekonomi, kesihatan, keselamatan, pertanian, sosiobudaya, alam sekitar dan prasarana. 9 strategi perlaksanaan dirancang dalam menangani permasalahan di setiap sektor tersebut. Daripada setiap strategi yang dirancang, WINS 2051 menetapkan 9 program induk yang bakal menjadi program utama negara yang perlu dijayakan sepanjang fasa pertama.

9. Bagi kesemua perancangan di fasa pertama ini telah ditetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang sesuai bagi setiap program tersebut. KPI ini akan mengukur tahap kejayaan sesebuah program yang dijalankan. Setelah kesemua KPI berjaya dicapai, secara tidak langsung ianya bakal merealisasikan enam (6) kunci capaian kepada sebuah kehidupan yang sejahtera dan berkebajikan iaitu:

i. Pengukuhan rohani (Penghayatan Nilai Taqwa/Insaniah)

ii. Keharmonian dan berkebajikan

iii. Ketelusan, Kecekapan dan Keberkesanan Urustadbir

iv. Keadilan dan Kelestarian Sumber

v. Keberkesanan Pembinaan Insan

vi. Keselamatan dan Kesejahteraan Awam

10. Apabila keenam kunci ini dicapai, maka ia menandakan proses transformasi negara sejahtera sudah berjaya direalisasikan. Namun fasa ini memakan masa yang paling lama diantara ketiga fasa WINS 2051 dengan mengambil kira proses Research and Development (RnD), mengenalpasti instrumen yang terlibat dalam transformasi dan juga penentuan agensi yang bakal menjalankannya.

11. WINS 2051 merupakan satu harapan yang diletakkan oleh PAS untuk menyelamatkan negara dan seluruh rakyatnya daripada terus hanyut dengan pelbagai kepincangan. Diakui masih banyak yang perlu dibangunkan dalam mencapai matlamat WINS 2051 ini. Justeru Lujnah Pemerkasaan Parti terbuka untuk mengadakan dialog atau perbincangan dengan mana-mana jua pihak yang ingin membantu mengukuhkan lagi aspirasi WINS 2051.

12. Di kesempatan ini juga, sekretariat Lajnah Pemerkasaan ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, buah fikiran mahupun wang ringgit sehingga dokumen WINS 2051 berjaya dilancarkan. Semoga Allah memberkati sedikit usaha yang dilakukan ini demi meraih keredhaanNya.

Haji Mohd Nurkhuzaini (Hj Khuzz)
Setiausaha Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat


Ahad, 8 Oktober 2017

Jika Islam Mentadbir


Islam mengikut bahasa Al-Quran daripada perkataan Al-Din, tidak mampu ditakrifkan oleh perkataan agama dan ideologi dalam bahasa lain, kerana tidak menepati kesempurnaan maksud dan objektifnya secara ilmu dan amali.

Islam mampu membawa perubahan yang holistik yang tidak boleh dilakukan oleh agama dan ideologi lain, kerana semua sifat dan ciri yang positif dalam skop agama dan ideologi ada di dalam Islam dan menolak semua aspek negatif daripada semua pihak. Malahan Islam itu lebih sempurna daripada kedua-duanya, kerana banyak perkara dalam Islam tidak termasuk dalam lingkungan agama dan ideologi yang diketahui umum mengikut bahasa mereka.

Maka Islam menolak teori sekularisma, Malaysian Malaysia dan cauvinis perkauman tanpa menafikan wujudnya kehidupan duniawi. Adanya kaum dan sifat kasih tehadap kaumnya adalah naluri kemanusiaan, namun sikap cauvinis boleh mencetuskan pertembungan di antara kaum, sehingga boleh merosakkan konsep Masyarakat Madani yang saksama dan menjadi naluri manusia. Tegasnya, Islam mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri dengan konsep tanpa paksaan dalam beragama dan berbangsa.

Islam mampu membawa perubahan holistik kerana datangnya daripada Allah Pencipta Alam yang Maha Mengetahui akan fitrah manusia dan tujuan mereka diciptakan di alam dunia ini.

Firman Allah S.W.T:

۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠ الإسراء

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’: 70)

Naluri dan fitrah manusia itu bercirikan jasad, roh, akal, bersendirian (individualistik) dan hidup bermasyarakat madani. Tujuan ciptaan manusia itu adalah beribadah, berkhilafah dan beramanah. Kesemua aspek ini termasuk dalam takrif Islam secara tidak berpisah dan tidak mampu disempurnakan oleh maksud perkataan agama dan ideologi lain.

Ciri-ciri rohani dalam Islam yang tidak terpisah daripada jasad dan akal manusia adalah berwawasan kepada adanya balasan selepas kematian, bukan sahaja sekadar hukuman undang-undang negara di alam dunia semata-mata.

Ini menjadikan setiap orang tidak mengira di mana sahaja kedudukannya, sama ada dalam keluarga rumah yang kecil sehinggalah masyarakat manusia yang berkeluarga besar dalam negara dan dunia berkewajipan memelihara keharmonian dan menegakkan keadilan terhadap semua. Keadilan yang syumul merangkumi aspek politik, ekonomi dan undang-undang syariat yang dikawal oleh kuasa pemerintahan Islam yang berdaulat.

Kedaulatan negara yang hanya dipimpin oleh penganut Islam yang bertaqwa sahaja dapat mewujudkan kerajaan yang adil terhadap semua dan bersih daripada salah urus, salah laku dan tidak rasuah.

Kerajaan PAS Kelantan yang memerintah lebih dua puluh tahun, walaupun menghadapi sekatan dan himpitan kerajaan pusat dahulunya boleh bertahan sehingga kini, dengan ciri kerajaan bersih tanpa rasuah, berkonsepkan pentadbiran Islam, walaupun sekadar mempunyai bidang kuasa kerajaan negeri yang menghadapi kerajaan pusat yang mencabuli konsep federalisma mengikut Perlembagaan.

PAS kini mampu mewujudkan kepimpinan politik Islam dalam kerajaan bermula dari perlantikan calon melalui penapisan oleh Majlis Syura Ulama dengan memastikan sifat ‘adalah (adil) mengikut istilah politik Islam, bersyaratkan seboleh-bolehnya tidak fasik, iaitu tidak melakukan dosa besar atau tidak mengekali dosa kecil, seterusnya diikat dengan Baiah dan Qasam (sumpah) mengikut Islam. Tindakan PAS mendahului cadangan terkini supaya ditapis oleh SPRM.

Dalam aspek mengurus ekonomi negara, Islam mengutamakan hasil bumi dan pungutan yang diwajibkan daripada rakyat yang berada di tahap kemampuan sahaja. Maka konsep cukai yang membebankan semua termasuk si miskin dan penganggur tidak digalakkan kecuali dalam keadaan darurat. Adapun pengagihannya ditetapkan berdasarkan konsep Allah dengan firman-Nya:

مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧ الحشر

“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad S.A.W) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa (tanpa peperangan), maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Hasyr: 7)

Sejarahnya, Islam pernah mengurus negara yang besar mencecah tiga benua dan memimpin masyarakat majmuk berbagai agama, bangsa dan budaya, telah berjaya membangunkan Tamadun Islam (Hadharah Islamiyyah) berpandukan Ilmu Wahyu (Al-Quran), Hikmah Kerasulan (Sunnah) dan ilmu duniawi yang positif daripada semua bangsa yang bernaung di bawah Kerajaan Islam.

Islam berjaya mewujudkan keamanan dan keselamatan rakyat dengan melaksanakan kehaibatan undang-undang syariat yang sukar menjatuhkan hukuman tetapi menakutkan penjenayah dan penyangak, serta mendidik masyarakat, bukannya menggunakan kekuatan undang-undang yang sering menghukum, tetapi gagal mewujudkan keamanan dan keselamatan, tanpa menakutkan penjenayah dan tidak mendidik masyarakat. Inilah maksud tawaran Allah sekiranya bersama Islam:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥ النور

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka para khalifah (pemimpin) yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang pernah berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan Al-Din mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman penjenayah dan musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Surah An-Nur: 55)

Islam menyanggah konsep sekularisma yang memisahkan agama daripada urusan duniawi, sama ada yang mengharamkan semua agama atau yang membenarkan agama tanpa kuasa terhadap urusan duniawi. Maka PAS tidak boleh bersama dengan mana-mana parti yang nyata sekularismanya atau yang bersikap pragmatik dan oportunis tanpa istiqamah sehingga mahu merungkai prinsip Islam atau melanggar sempadannya yang dipertahankan oleh PAS.

PAS yakin mampu memimpin negara Malaysia bermasyarakat majmuk ini, berbekalkan kontrak sosial (Perlembagaan Persekutuan Malaysia) yang telah sedia ada sekarang dengan penafsiran Islam yang sebenar tanpa meminggirkan berbagai kaum dan agama yang diwakili di masa perjuangan bersama menuntut kemerdekaan.

PAS mengajak rakyat supaya menolak mana-mana parti dan sesiapa sahaja yang mahu merungkai asas Perlembagaan tersebut. PAS menganggapnya sebagai pengkhianat negara yang wajib disingkirkan oleh rakyat, sama ada melalui pilihanraya atau tindakan undang-undang yang berani, demi menyelamatkan negara dan rakyat.

Walaupun adanya kelemahan dalam pengurusan atau bersifat penyelewengan sekalipun, PAS menolak tindakan membakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Sepatutnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 jangan diulang lagi, begitu juga ruang campurtangan asing yang berlaku di negara lain oleh pihak yang menjemput mereka hendaklah dihalang lebih awal.

PAS boleh bersabar lebih daripada setengah abad sejak negara mencapai kemerdekaan, walaupun dalam keadaan pasang sehingga berjaya memerintah negeri dan penah menyertai kerajaan pusat dan paling surut sehingga ditendang keluar daripada kerajaan dan jatuh kerajaan negeri dan tinggal satu kerusi di Parlimen laksana bertongkat paruh sahaja, namun semangat PAS seluruhnya terus mara bersama Islam.

PAS terus mempersembahkan kepada rakyat hidangan penyelesaian Islam dalam mentadbir negara. Sila lakukan penilaian terhadap semua kerajaan negeri dan pusat dengan perbandingan yang jujur dan ikhlas.

PAS terus beristiqamah bersama Islam berkonsepkan petunjuk daripada firman Allah:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣ هود

“(Oleh itu), hendaklah engkau (wahai Muhammad S.A.W) sentiasa beristiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul bersama Islam) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan (112). Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)” (Surah Hud: 112-113)

Tegasnya PAS tetap istiqamah, berdiri dan menuju ke arah Islam tanpa berganjak, tidak melampau dan tidak tunduk kepada kezaliman, walaupun sukar dan jauh perjalanannya, kerana luas dan jauh wawasannya daripada dunia sehingga akhirat.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Muharram 1439 / 8 Oktober 2017

Jumaat, 6 Oktober 2017

Bila Jahiliah DiPuja Islam DiHina

Oleh : Zarif Alimin

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat banyak dan nyata sekali. Kadang-kadang kita kurang peka untuk menilainya sehingga kita melihat semuanya dalam keadaan baik. Namun, bila kita teliti dengan mendalam, kita akan menjumpai banyak keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman ini. Keajaiban yang dimaksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik lainnya. Tetapi mengenai cara berfikir manusia di akhir zaman ini.

Berikut adalah sebagian kecil dari sifat-sifat manusia sekarang ini. Di antaranya :

1. Bila seorang ketua atau pemimpin melakukan korupsi berbilion dan bahkan trilion dollar, maka mahkamah dengan mudah mengatakan kes tersebut tidak mempunyai bukti untuk menahan dan mengadilinya.

Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan (lemah), dengan mudah dia ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara, sedangkan mereka hanya mengambil sekeping roti, itupun kerana lapar.

2. Bila ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam, Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya, di negara-negara Islam, maka dengan bersengaja orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan kepelbagaian menafsir ilmu agama.

Namun, apabila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten mengamalkan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebagai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak mampu berdakwah dengan hikmah, dan dicurigai sebagai seorang pengganas.

3. Apa saja yang dicatatkan dalam Quran, dengan mudah orang mempercayainya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.

Akan tetapi, apa yang tercantum di dalam Al-Qur’an belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Qur’an itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang tidak diragui lagi. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari setiap sudut ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan bahawa mengajarkan Al-Qur’an membuatkan seseorang menjadi pengganas.

4. Sebilangan besar masyarakat termasuk yang mengaku Islam, yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka tidak tenang dan mereka selalu menghadapai perbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para pemimpin mereka. Mereka masih boleh berkata : inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.

Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu adalah tidak sesuai di zaman moden, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat dan Allah tidak menzalimi hamba-Nya.

5. Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya.

Namun, jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang dicurigai, khususnya ketika berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.

6. Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya, orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya.

Namun, apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden. Padahal yang menuduhya itu adalah para pendokong demokrasi, yang mempunyai prinsip setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.

7. Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya, mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki.

8. Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.

Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka.

9. Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah untuk mengasah bakat, kecerdasan dan kreativiti anak tersebut.

Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.

10. Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke negeri Islam khususnya di Paestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.

Akan tetapi, apabila kaum Muslim melawan Yahudi untuk mempertahankan Palestin, atau Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.

11. Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.

Namun, bila orang Palestin melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari keganasan tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel, atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari kerakusan pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Muslim.

12. Bila anak-anak Yahudi diajar perang dan menggunakan senjata untuk membunuh kaum Muslimin Palestin, maka orang akan mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri mereka.

Namun, bila anak Palestin belajar melomparkan batu menghadapi tentera Yahudi yang dilengakapi dengan kereta kebal dan senjata canggih lainnya ketika menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka melakukan kejahatan dan perlu ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.

Inilah sekelumit keajaiban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita menentukan yang baik dan yang jahat, atau kita akan menjadi korban keajaiban akhir zaman?