1) MENDAPAT NAUNGAN ARASY PADA HARI KIAMAT
Rasulullah bersabda: “Tujuh orang yang akan berada dalam naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya ; penguasa yang adil,pemuda yang membesar dalam ketaatan Dan lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid”. (Riwayat al-Bukhari Dan Muslim)
2) ALLAH MENYAMBUTNYA
Sabda Rasulullah: “Tidaklah seseorang mendatangi masjd untuk melakukan solat melainkan Allah bergembira menyambutnya semenjak ia keluar dari rumah, seperti gembiranya orang yang sedang menyambut tetamu yang telah lama tidak ditemui”. (Ibu Majah)
3) ALLAH MENJAMIN HIDUPNYA
Rasulullah bersabda: ” Tiga orang yang berada dalam jaminan Alah : Jika hidup, ia akan diberikan rezeki Dan kecukupan. Jika ia mati ,ia akan dimasukan ke dalam syurga. Pertama, sesiapa yang masuk ke rumah sambil mengucapkan salam, maka ia berada dalam jaminan Allah. Sesiapa yang keluar berjihad di jalan Allah, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (Riwayat Ibn Hibban)
4) DISEDIAKAN RUMAH DI SYURGA
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang keluar pada waktu pagi Dan petang ke masjid, maka Allah telah menyediakan baginya sebuah rumah di syurga yang akan ia datangi setiap pagi Dan petang”. (Riwayat al-Bukhari Dan Muslim)
5) DIGUGURKAN DOSA DAN DITINGGIKAN DARJAT
Sabda Rasulullah: “Mahukah aku beritahukan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Menyempurnakan wuduk, sering melangkah ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu ialah ribat”.(Riwayat Muslim)
6) SETIAP LANGKAH DIGANJARI SEPULUH PAHALA
Rasulullah bersabda: “Jika seseorang bersuci di rumahnya, lalu ia melangkah ke masjid untuk menunggu solat, maka dua malaikat menulis baginya bagi setiap langkah 10 kebaikan”.(Riwayat Ibn Hibban)
7) CAHAYA TERANG PADA HARI KIAMAT
Rasulullah bersabda:” Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid bahawa ia akan mendapat cahaya yang sangat terang pada kiamat nanti” (Riwayat Abu Dawud)
*Petikan dari majalah al-ustaz