Isnin, 18 Januari 2021

Berbagai Cara Syaitan Menyesatkan Manusia

 

- Pertama: Menghias hal-hal kebatilan sebagai suatu kemuliaan.
 
قَالَرَبِّ بِمَآأَغْوَيْتَنِيلأُزَيِّنَنَّلَهُمْ فِيالأَرْضِوَلأُغْوِيَنَّهُمْأَجْمَعِينَ
 
Iblis berkata: `Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya (Al-Hijr: 39)
 
-Kedua: Menamakan perkara kemaksiatan dengan nama-nama yang menggemarkan hati
 
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَى
 
Tetapi syaitan telah berbisik kepadanya, dengan berkata, "Wahai Adam, biarkanlah aku tunjukkan kepadamu sebuah pokok yang dapat memberikan kerajaan yang berkekalan dan yang tidak ada akhirnya." (Thoha: 120)
 
- Ketiga: Menamakan perkara ketaatan dengan nama penyisihan
 
قَالُوا إِنْ هَذَانِ لَسَاحِرَانِ يُرِيدَانِ أَنْ يُخْرِجَاكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ بِسِحْرِهِمَا وَيَذْهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ الْمُثْلَى
 
Mereka berkata: "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama (Thoha: 63)
 
أَوْ يُلْقَى إِلَيْهِ كَنْزٌ أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأْكُلُ مِنْهَا وَقَالَ الظَّالِمُونَ إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَسْحُورًا
 
atau (mengapa tidak) diturunkan kepadanya perbendaharaan, atau (mengapa tidak) ada kebun baginya, yang dia dapat makan dari (hasil)nya?" Dan orang-orang yang zalim itu berkata: "Kamu sekalian tidak lain hanyalah mengikuti seorang lelaki yang kena sihir". (Al-Furqan: 8)
 
- Keempat: Pembolosan masuk ke dalam jiwa manusia paling digemari
 
Contohnya berjumpa tukang tenung, merancang projek jahat dan lain-lain.
 
- Kelima: Mengadakan kronologi penyesatan
 
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:21)
 
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ
 
(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) shaitan ketika dia berkata kepada manusia: "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, karena sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta Alam". (Al-Hasyr: 16)
 
- Keenam: Memesongkan manusia dari kebenaran
 
Imam Ahmad dan an Nasaie meriwayatkan sebuah hadis dari Saburah ibnu Abi al Fakah bahawa Rasulullah bersabda:
 
“Sesungguhnya syaitan menghalang manusia dengan caranya. Dia menghalang manusia dengan cara islam, Maka kata syaitan: Adakah kamu ingin mejadi islam sedangkan kamu meninggalkan agama kamu dan agama nenek moyang kamu? Lalu manusia itu tidak mengendahkannya dan menjadi islam, 
 
Nabi bersabda: kemudian syaitan menghalang manusia melalui cara hijrah, maka tanya syaitan: Apakah engkau mahu berhijrah dan meninggalkan bumi dan langit kamu?Dan sesungguhnya orang yang berhijrah itu seperti kuda yang diikat dengan tali untuk menjagnya, lalu manusia mengabaikannya dan berhijrah. Kemudian syaitan menghalang manusia dengan cara jihad, jihad hawa nafsu dan harta, lalu syaitan bertanya: Apakah kamu akan berjihad kemudian kamu membunuh dan selepas itu berkahwin dengan wanita, dan kemudiannya membahagi harta??Sabda rasul s.a.w; manusia juga tidak mengikutinya dan berjihad.
 
Sabda rasulullah s.a.w: Maka sesiapa di antara mereka yang melakukan itu semua dan kemudiannya mati, Adalah Allah s.w.t berhak memasukkannya ke dalam syurga, dan sekiranya dia dibunuh, Allah s.w.t berhak memasukkanya ke dalam syurga, dan sekiranya dia tenggelam, maka Allah s.w.t memasukkannya ke dalam syurga, ataupun tunggangannya mematahkannya_mencampakkannya lalu mematahkan lehernya_adalah Allah s.w.t berhak memasukkannya ke dalam syurga”. (Al-Hafiz al-Iraqi)
- Ketujuh: Menzahirkan nasihat baik terhadap manusia
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ
 
Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua", (Al-A'raaf:21)
 
- Kelapan: Menyuruh meminta khidmat bantuan syaitan-syaitan dari kalangan manusia
 
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
 
Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik. (Al-An'aam: 121)