Kitab yang membicarakan hukuman terhadap orang yang menghina Nabi ﷺ berjudul:
(السيف المسلول على من سب الرسول ﷺ)
As-Saif al-Maslul ‘ala man sabba ar-Rasul ﷺ hasil karangan Al-'allamah al-Mujtahid Taqiyuddin Ali bin Abd Kafi as-Subki.
Al-Mujtahid as-Subki membahagikan kitab-nya kepada 4 bahagian iaitu:
(1) Hukuman orang Islam yang menghina Nabi ﷺ
(2) Hukuman orang zimmah atau kafir lainnya yang menghina Nabi ﷺ
(3) Penerangan berkaitan pengertian penghinaan.
(4) Kemuliaan Sayyidina Rasulillah ﷺ.
Ulama’ sepakat menjatuhkan hukuman BUNUH ke atas Muslim penghina Sayyidina RasuliLlah ﷺ,...
1. “Ummat Islam sepakat menyatakan hukuman bunuh ke atas orang Islam yang memperkecilkan dan menghina Baginda ﷺ”. Qadhi Iyadh menyebut dalam as-Syifa jilid 2 muka 211.
2. “Secara umum-nya ahli ilmu berpendapat bahawa orang yang menghina Sayyidina RasuluLlah ﷺ dijatuhi hukuman bunuh. Ini juga pendapat Malik ibn Anas, al-Laith, Ahmad, Ishaq dan pendapat mazhab Syafi'e”. Al-Mujtahid Ibn al-Munzir menyebutnya dalam beberapa kitab seperti al-Iqna’, al-Isyraf ‘ala mazahib ahlil ilm dan al-Ijma’.
3. Telah sepakat ulama’ mengatakan, penghina Nabi ﷺ dihukumkan kafir, azab dan seksa bagi-nya. Dan insan yang ragu-ragu akan kekafiran si-penghina Nabi dan azab-nya maka dia juga dihukumkan kafir. Ibn Dehyah menyebut dalam Nihayah as-Sul fi Khosais ar-Rasul. Mukasurat 261.
4. Dibawa penghina Nabi ﷺ di hadapan Khalifah kedua Sayyidina 'Umar, lalu beliau membunuh-nya. Kemudian beliau berkata; “Barangsiapa yang membunuh ALlah dan Rasul-Nya maka bunuhlah”. Al-Kirmani menyebut dalam Masa'il-nya dan Ibn Taimiyah (ulama idola Wahabi sendiri) dalam as-Saif as-Shorim.
5- Berkata Sayyidina Ibn Abbas, "Barangsiapa dari orang Islam yang menghina ALlah dan menghina salah seorang dari utusan-Nya, sesungguhnya dia telah mendustai RasuluLlah ﷺ juga, maka terkeluar dari Islam, dan diminta untuk bertaubat, jika tidak maka dibunuhlah…”. Al-Kirmani menyebut dalam Masa'il-nya dan Ibn Taimiyah dalam as-Saif as-Shorim.
6. “Al-Qur'an dan as-Sunnah menunjukkan, barangsiapa yang berniat menghina, memperkecilkan, memperlekehkan Sayyidina RasuluLlah ﷺ maka diwajibkan hukuman bunuh ke atas-nya”. Fatwa Ibn Attab. Mufti negara Qurtubah wafat 462H.
7. “Barangsiapa yang menghina Nabi ﷺ hendaklah dibunuh dan terkeluar dari Islam”. Riwayat Abdullah anak Imam Ahmad ibn Hanbal disebut dalam Masa'il Imam Ahmad jilid 3 muka 1292.
8. Seorang pendeta berselisih dengan Sayyidina Ibn Umar, lalu diberitahu bahawa pendeta tersebut menghina Sayyidina RasuluLlah, berkata Ibnu Umar; “Andaikata aku mendengar-nya nescaya akan ku bunuh dia, aku tidak beri dia perlindungan untuk menghina Nabi kita”. Disebut dalam kitab al-Jami’ karya al-Kholal.
9. Hasil kajian juga mendapati bahawa Mufti, Qadhi juga ulama’ dalam mendepani permasalahan ini dengan menjatuhkan hukuman BUNUH ke atas PENGHINA SAYYIDINA RASULULLAH ﷺ.
Adapun zaman mutakhir ini syariat Islam dicampak ke tepi, hanya ambil yang bersesuaian dengan hawa syaitani. Hukum ahkam tidak mampu untuk dilaksanakan sepenuhnya bahkan yang mencela agama diangkat, disanjung dan dimuliakan. Jadilah Islam itu asing walaupun di negara yang majoritinya Muslim.
10. Hari ini ummat islam sendiri hilang ghairah untuk mempertahankan agama mereka sendiri. Yang punya kuasa untuk mencegah si-penghina hanya berdiam diri kerana takut harta dan pangkat dicabut dari-nya sedangkan telah dicabut mahabbah RasuluLlah dari diri-nya tanpa disedari.
" اللَّهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالعمَل الَّذِي يُبَلِّغُني حُبَّكَ، اللَّهُمَّ اجْعل حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِن نَفسي، وأَهْلي، ومِن الماءِ البارِدِ "
"اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُك مِن خَيرِمَاسأَلَكَ مِنْهُ نبيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ، وأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعاذَ مِنْهُ نَبيُّكَ مُحمَّدٌ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم، وَأَنْتَ المُسْتَعَانُ، وعليْكَ البلاغُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه ِ"
" اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِباتِ رحْمتِكَ، وَعزَائمَ مغفِرتِكَ، والسَّلامَةَ مِن كُلِّ إِثمٍ، والغَنِيمَةَ مِن كُلِّ بِرٍ، وَالفَوْزَ بالجَنَّةِ، وَالنَّجاةَ مِنَ النَّارِ. "
Rijal'ul Dakwah