Bagi orang-orang yang beriman, al-Qur'an menegaskan yang mafhumnya:
“Maka orang-orang
yang beriman kepada-Nya, menolong-Nya dan mengikuti cahaya yang terang yang
diturunkan kepadanya (al Quran) merekalah orang yang beruntung.” (Al-A'raf:
157)
“Dan orang yang
membawa kebenaran (Muhammad) serta orang orang membenarkannya mereka itulah
orang-orang yang bertaqwa.”(Az-Zumar:
33)
“Kerana itu
barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak
akan terungkai. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Allah pelindung
orang-orang yang beriman. Dan mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran)
kepada cahaya (iman). "
(Al-Baqarah: 256-257)
Bagi orang-orang yang tidak
beriman, Allah menjelaskan yang mafhumnya:
"Dan barangsiapa yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Al-Qasas: 50)
"Katakanlah
apakah tidak kami beritahukan kepada kamu tentang orang-orang yang paling rugi
'amatannya. Iaitu orang yang telah mensia-siakan amalannya dan kehidupannya di
dunia ini. Sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaikbaiknya. Mereka
itu ialah orang-orang yang kufur terhadap ayat ayat Allah dan perjumpaan
dengan-Nya maka hapuslah amalanamalan mereka pada Hari giyamat. Demikianlah
balasan mereka itu Jahannam, disebabkan kekafiran mereka menjadikan ayat ayat
Ku dan rasul-rasui Ku sebagai olok-olok." (Al-Kahf
103-106
)
"Orang-orang yang kafir amal mereka itu
adalah seperti fatamorgana di tanah yang datar (padang pasir), orang yang
kehausan menyangka air, setelah datang ke sana didapati tidak ada apa-apa.”
(An-Nur: 39)
"Mereka itu
tidak lain hanya mengikuti persangkaan, sedangkan persangkaan itu tidak ada
gunanya terhadap kebenaran.” (An-Najm: 28)
Merelakan Berleluasanya Kemungkaran
Merelakan Berleluasanya Kemungkaran
"Tidak seorang
pun nabi yang diutuskan sebelumku metainkan terdapat di kalangan umatnya
pengikut dan sahabat-sahabat yang menjalankan sunnahnya dan menurut perintahnya.
Kemudian golongan pengikut dan sahabat ini digantikan oleh orang yang
terkemudian dari mereka. Golongan ini memperkatakan sesuatu
yang tidak diperintahkan untuk dilakukan. Siapa yang memerangi mereka
dengan kekuatan, beliau adalah orang yang mu'min, siapa yang memerangi mereka
dengan lidahnya, beliau adalah orang yang mu'min dan siapa yang memerangi mereka
dengan hatinya, beliau adalah
orang yang mu'min. Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun
sebesar biji sawi." (Muslim)
Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran
hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan
lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya dan yang demikian itu adalah
selemah-lemah iman.” (Muslim)
Hadith-hadith
di atas membuktikan bahawa sebahagian dari tuntutan iman itu ialah mengingkari
kemungkaran melalui cara-cara yang telah disebutkan di atas tadi; iaitu dengan
tangan atau kekuatan, kemudian dengan lidah dan akhir sekah dengan hati.
Mengingkari kemungkaran dengan tangan bererti menghapuskan kemungkaran itu
dengan kekuatan, manakala mengingkari kemungkaran dengan lidah pula adalah
dengan menentang kemungkaran dengan ucapan atau penulisan, mengingkari
kemungkaran dengan hati membawa erti merasa benci dan memusuhi kemungkaran dan
juga pelaku mungkar itu sendiri. Difahamkan daripada hadith ini bahawa mereka
yang tidak mengingkari kemungkaran dan pelakunya walaupun dengan hati, maka
tidak lagi dia dianggap sebagai mu'min, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Setelah
yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji
sawi."
Hadith ini bahawa mereka
yang tidak mengingkari kemungkaran dan pelakunya walaupun dengan hati, maka
tidak lagi dia dianggap sebagai mu'min, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Setelah yang
demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar byi sawi."
Ibn Taimiyyah berpendapat
jika telah hilang rasa membenci kepada yang mungkar dari dalam hati seseorang
muslim, itulah tanda murtad terhadap Islam. Orang yang murtad adalah orang yang
menyekutukan Allah atau orang yang benci kepada Rasulullah s.a.w dan kepada apa
yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan tidak mengingkari dengan hati, apa yang
diingkari oleh Rasulullah s.a.w.
Hati yang boleh dikatakan
redha terhadap kemungkaran sekiranya ia tidak membencinya sedikit pun. Apabila
pengi'tirafan terhadap kemungkaran itu tercantum dengan perasaan redha, kasih
dan patuh terhadapnya, maka telah terhimpunlah dua jenayah di dalamnya, iaitu;
kufur dan melakukan halangan pada jalan Allah.