Sabtu, 26 November 2011

JANGAN SEKEKALI LUPA HANYA ALLAH ADALAH TUHAN

BISMILLAH.



….Mereka telah melupakan Allah, jadi Dia akan melupakan mereka… (Surah at-Tawba:67)

Ini adalah justifikasi biasa: Jika kita melihat istana yang diperbuat daripada pasir sepanjang pantai, kita pasti seseorang telah membinanya. Hanya orang yang bodoh saja yang menyatakan ianya berlaku secara tidak sengaja akibat daripada angin dan ombak. Kesemua yang wujud di alam semesta ini ada bukti rekabentuk. Lebih-lebih lagi, rekabentuk itu ternyata dengan perincian setiap benda yang tercipta tiada tandingan daripada kesempurnaan, kehebatan dan kerumitan lebih daripada istana pasir itu. Oleh itu, kita berkonfrontasi dengan fakta yang sudah jelas: alam semesta adalah diciptakan oleh Pencpita Yang Maha Hebat. Pencipta itu adalah Allah, Tuhan Sekelian Alam.
Kewujudan aturan yang tanpa cacat di alam semesta ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan. Dunia yang kita tinggal ini telah diciptakan untuk kita tinggal. Kadar kuasa graviti, jarak antara bumi dan matahari, kadar oksigen dalam atmosfera, beratus macam haiwan seni yang seimbang, tentu tidak terjadi secara spontan atau tidak sengaja. Terdapat, tanpa ragu-ragu, penciptaan Allah, yang mengawal segala sesuatu, daripada mikroorgansima seni kepada sebesar planet-planet di dalam sistem solar. Adalah Allah yang menciptakan alam semesta dengan kebijaksanaan dan kekuasaan dan merekbentuk secara spesifik dunia ini sebagai tempat tinggal kita:

Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-maisng berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaanNyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. (Surah Fatir: 13)


Menukar perhatian kita dari angkasa, marilah kita mempertimbangkan tentang badan kita. Badan manusia adalah satu struktur dengan keajaiban yang begitu banyak. Otak manusia yang sempurna dan berfungsi adalah lebih daripada perbandingan komputer, produk paling maju di zaman teknologi. Tambahan pula, setiap organ menjalankan funsgi yang khusus secara sempurna, dan bekerja secara harmoni dengan setiap organ lain.

Sebagai contoh ketika kita menyedut udara, mulut seseorang, hidung, trakea, paru-paru, hati dan setiap saluran darah, mesti berfungsi secara serrentak. Tiada berhenti sekejap atau menjadi penat. Mereka semua patuh dan tunduk kepada Penciptanya dan mematuhi dengan taat apa yang diarahkan kepadanya. Air udara, ditapis dan dihangatkan apabila melalui hidung, kemudiannya dibawa ke paru-paru melalui trakea. Oksigen kemudianya diguna oleh jantung dan saluran darah,oleh setiap sel di dalam badan kita. Organ yang terlibat dalam proses ini berkemahiran menjalankan banyak proses tanpa keliru, kesalahan atau kelewatan dalam keadaan apapun. Jika terdapat kecacatan dalam harmoni ini, sama ada tiada pernafasan ataupun tiada kehidupan.

Begitu juga dengan proses pengelihatan. Mata adalah ciptaan paling jelas. Pada mata manusia dan binatang adalah contoh istimewa satu rekabentuk yang sangat sempurna. Organ yang menarik ini menyediakan kualiti pengelihatan, yang masih tidak dapat ditandingi oleh teknologi abad ke dua puluh satu. Tetapi, jangan sekalipun lupa yang mata hanya berfungsi dengan komponen sempurnanya.

Sebagai contoh, jika komponen-komponen mata seperti kornea, konjuktiva, iris, pupil, lensa, retina, koroid, otot dan saluran lakarikmal tidak rosak, tetapi tertinggal satu kelopak mata, mata tersebut akan rosak dan tidak dapat melihat. Dalam pada masa yang sama, kegagalan pengeluaran air mata akan menyebabkan mata kering dan seterusnya akan menyebabkan kebutaan. Fakta tersebut menghasilkan persoalan tentang kehidupan: siapakah yang mencipta mata dan kebolehannya daripada tiada?
Tentu sekali, ianya bukan kepunyaan mata itu sendiri yang menentukan untuk terjadi sendiri. Kerana ianya tentu sekali secara tidak logik menganggap yang kehidupan tidak sedar akan konsep ‘penglihatan’ boleh menentukan sendiri keperluan dan ciptaan mata pada badannya sendiri. Ini menjadikan kes, realitinya adalah dengan kebijksanaan yang hebat, yang menciptakan kehidupan dengan fakulti pengelihatan, pendengaran dan sebagainya. Ada sebilangan manusia yang tidak dapat menilai Allah dengan penilaian yang sebenarnya mendakwa yang sel yang tidak sedar diri memerlukan pengelihatandan pendnegaran, fakuilti yang memerlukan kesedaran, dengan kemahuan dan kemahiran tersendiri. Walaubagaimanapun, adalah jelas buktinya yang ia tidak mungkin berlaku. Quran menjelaskan oleh siapa yang memberi pengelihatan, seperti berikut:

Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, pengelihatan dan hati,” (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur! (Surah al-Mulk: 23)


Seperti yang dilihat dalam petikan di atas, Allah yang mencipta semua sistem yang berfungsi dalam kesempurnaan dan harmoni antara satu sama lain. Tanpa mengira butiran yang terdapat dalam badan kita dan organisma-organisma bagaimana kekuasaan dan kehebatan Allah, yang menyingkap kebenaran kepada kita yang Dia meliputi segala sesuatu dengan pengetahuanNya. Namun begitu, manusia lebih mudah engkar daripada realiti ini. Bagaimanapun, Allah menyuruh manusia untuk melihat ke sekeliling untuk menyaksikan kehebatanNya.

Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu. (Surah at-Talaq: 12)

Jangan lupa bertapa dekatnya Allah dan Dia boleh melakukan apa sahaja. Apa sahaja yang terlintas di fikiran manusia ketika ini, sesuatu yang dialami semasa kecil ataupun rancangan pada masa dua tahun yang akan datang semuanya tersimpan di dalam pengetahuan Allah. Kehebatannya terhadap mekhlukNya tidak terbatas. Allah menyatakannya di dalam Quran sebagaimana berikut:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya. (Surah Qaf: 16)

Allah mengetahui perkara tersembunyi, termasuk segala rahsia dan perkara yang tidak terfikir oleh manusia. Allah, Dia Maha Mengetahui tentang manusia dari semua sudut, sentiasa bersama kita tidak kira di mana kita berada atau apa yang sedang kita lakukan.

Kamu tidak berada di dalam satu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari Al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz). (Surah Yunus: 61)


Begitupun, manusia tetap menganggap yang Allah itu jauh. Ini berdasarkan rasional manusia sendiri bahawa Allah berada jauh di planet lain dan hanya sekali sekala campur tangan dalam urusan duniawi atau tidak langsung menghiraunya terus. Mereka fikir bahawa Allah mneciptakan alam dan lalu tidak menghiraukannya tanpa sebarang kawalan (tentu sekali Allah tidak begitu) Bagaimanapun ini adalah pemikiran yang nyata salah. Allah berada di mana-mana dan kehadirannya menyeliputi segalanya. Dia berada di setiap tempat, dari timur ke barat dan dari selatan ke utara.




Kepunyaan Allah –lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah dalam (pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu. (Surah an-Nisa': 126)


Kemana sahaja kita pergi, Allah berada di situ, walaupun di tempat paling jauh di atas muka bumi ini. Dia berada dekat dengan kita pada saat ini. Dia lebih dekat daripada urat tekak. Dia metadbir tubuh badan kita, bilik kita, bandar yang kita diami, seluruh alam semesta dan dunia yang kita tidak mampu melihatnya; malah pengetahuan segala perkara dahulu dan akan datang. Sesetengah orang akan mengabaikan fakta ini, boleh menyembunyikan pemikiran dan kesalahan yang mereka lakukan terhadap orang lain. Tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak boleh menyembunyikannya daripada Allah. Realitinya, Allah bersama mereka walaupun mereka sedang merancangnya.

Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya. (Surah Ta Ha : 110)


Kita tidak tahu apa yang akan kita lakukan dalam masa terdekat ini tetapi Allah Maha Mengetahuinya. Oleh itu, kita telah pasrah dan memberikan diri kita pada Allah sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita membongkar apa yang terpendam di dalam diri kita atau kita merahsiakannya, Allah tetap mengetahuinya. Tidak ada satu perkataan pun yang kita bisikkan dirahsiakan daripada Alllah. Tiada rahsia untuk Allah. Dia mengatahui rahsia kita dan segala fikiran yang kita sembunyikan.
Jangan sekalipun lupa yang setiap perkara di atas muka bumi ini memerlukan Allah. Sebaliknya Dia Yang Maha Tinggi daripada segalanya dan jauh dari sebarang kelemahan. Allah tidak memerlukan apa-apa pun. Dia di atas segala kelemahan manusia seperti tidur, lapar, dahaga dan letih. Semua orang pasti akan mati, tetapi Allah sentiasa hidup dan kekal abadi.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah al-Baqara: 255)


Jangan sesekali lupa yang segala berlaku di bawah pengetahuan Allah. Seperti yang dinyatakan di dalam Quran, "Tiada daun yang jatuh tanpa Dia mengetahuinya"(Surat al-An'am: 59). Segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan menurut perintahnya. Seperti juga segala urusan daripada lamgit ke bumi. Kebanyakan orang lebih mengandaikan yang konsep segala urusan ini tertakluk kepada fenomena semulajadi seperti kejadian hidup dan mati. Sebenarnya segala yang berlaku kerana Allah memerintahkan sebegitu. Begitu juga apa yang berlaku dan sistem yang berfungsi kerana Allah menghendakinya begitu.

Penemuan teknologi, pentadbiran di dunia, undang-undang sosial dan eknomi, seni, perniagaan, pencapaian tahunan, bayi yang membuka matanya dan setiap saat yang manusia lakukan di dunia adalah di bawah kawalan Allah. Tiada keputusan, penting atau tidak signifikan, boleh terjadi tanpa izin Allah. Begitu juga halnya fungsi di dalam sel badan kita, fungsi setiap organ dan pelbagai perkara yang rumit dan terjadi di dalam badan kita berada di bawah urusan Allah. Fakta ini dijelaskan dalam Quran:

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesunggunya Tuhanku di atas jalan yang lurus. (Surah Hud: 56)


Semua manusia adalah dibawah kuasa Allah. Allah yang Maha Mengetahui meliputi segala perkara. Dialah yang memberi pengetahuan kepada kita, daripada bayi kecil hingga seorang saintis. Dia yang mengetahui perkara zahir dan batin. Dia yang menentukan segala bilangan di langit dan bumi termasuk bintang, pokok, binatang, manusia dan bilangan hujan yang jatuh ke bumi.

Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. (Surah Maryam: 93-94)


Setiap perkara yang berlaku di atas muka bumi ini di bawah pengawasan Allah. Dia yang mengetahui segala aspek kehidupan, yang rahsia dan yang terbuka. PengetahuanNya bukan setakat tentang kita tetapi juga tentang langit dan bumi dan benda di antaranya. Allah adalah Pemilik alam buana. Untuk itu, janganlah lupa yang tiada apapun, walau ianya kecil atau besar, tersembunyi daripada pengetahuan Allah, segala pemikiran dan perbuatan kita, kesemuanya di dalam kawalan Allah. Ini kerana Allah mengetahui segala yang kita alami sepanjang hidup, dan Dia menyimpan catatan secara lengkap. Allah tidak pernah lupa apa-apa pun.

Jangan sesekali lupa bahawa Allaah yang memberikanmu segalanya. Pandanglah di sekeliling kita; Setiap benda yang kita lihat, disediakan dengan rapi untuk memenuhi keperluan kita dan juga sebagai servis untuk kita. Sekarang, padanglah ke langit dan cuba mengenal pasti semua benda yang kita lihat di sekeliling. Ini ialah caranya untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik bahawa Allah-lah yang memberi kita pelbagai perkara sama ada kita boleh lihat atau tidak, dan hanya pada Allah sahajalah kita harus bersyukur. Allah yang mencipta badan manusia yang masih banyak menyimpan misteri walaupun sudah terdapat teknologi canggih dan menjadikan fungsi badan kekal baik dan hamoni.

Allah juga yang menjadikan ternakan untuk berkhidmat kepada manusia; Yang menyediakan daging, susu, pakaian, kulit dan menjadikan ianya sesuai untuk ditunggang dan membawa barang; Yang menjadikan siang sesuai untuk aktiviti dan malam untuk berehat; Yang menjadikan matahari di atas orbitnya untuk menyesuaikannya dengan kehidupan; Yang mencipta air laut dalam bentuk yang paling sempurna yang membolehkan manusia memperolehi makanan dan belayar di atasnya. Seperti yang dinyatakan:

Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata. Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatan dan berbagai-bgaai manafaat dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh pemandangan yang indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kami melepaskanya ke tempat pengembalaan. Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal, dan keldai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakannya apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia mengkehendaki, tentulah Dia memimpin kamu semunya (kepada jalan yang benar). Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagian (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang ada pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakanmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buhahan. Sesunguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memikirkan. Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan binatang-binatang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memahami (nya). Dan Dia menundukkan pula apa yang Dia ciptakan untuk kami di bumi ini dengan berlainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasan Allah) bagi kamu yang mengambil pelajaran. Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan dan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurniaNya, dan supaya kamu bersyukur. Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya ia tidak goyang bersama kamu (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nahl: 4-18)


Setiap nikmat yang tidak terhingga dalam hidup kita wujud dengan izin Allah, dia menetapkan segalanya. Allah mengingatkan kita tentang realiti ini dengan contoh yang sangat jelas:

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Luqman: 27)


Jangan sekalipun lupa bahawa Allah yang memberikan kita segala benda dan segala yang kita miliki dan Dia lah Pemilik yang sebenarnya kepada semua benda tersebut. Ini ialah kerana kerajaan langit dan bumi dan segala yang berada di antara keduanya milik Allah. Dia membahagikan apa yang Dia mahu kepada sesiapa yang Dia inginkan. Apabila Dia menamatkan riwayat hidup seseorang, hanya Allah Pewaris yang sebenar. Pemilik sebenar segala rumah, kereta, dan aset-aset ialah Allah.




Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah al-Ma'ida: 120)


Apabila kematian datang menjemput, kita akan meninggalkan segala yang kita miliki. Harta, pangkat, wang dan segala yang kita nikmati di dunia ini tidak akan dibawa bersama kita ke kubur. Badan yang hanya dibaluti oleh kain kapan akan dikuburkan di dalam lahad. Hanya jiwa kita akan kembali kepada Allah. Kesemua pangkat dan harta tidak akan memberi sebarang makna lagi. Ianya hanya sebagai dugaan hidup kepada kita. Kita bukanlah pemilik sebenar kerana semua benda adalah milik Allah yang dipinjamkan. Jika Allah mengambilnya semula, kita tidak mampu menghalangnya.

Ingatlah, tiada apa yang akan berlaku kepada kita, kecuali apa yang telah ditetapkan Allah ke atas kita. Allah mempunyai pengetahuan ke atas semua perkara yang berlaku. Kesemuanya sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Setiap apa yang berlaku adalah berdasarkan takdir seseorang. Seseorang yang bangkit pada waktu pagi memulakan hari barunya tidak pernah tahu apa yang menunggunya pada hari tersebut. Walaupun dia mungkin merancang dengan teliti rancangan pada hari itu, ia tidak pernah berlaku seperti apa yang dirancangkan. Tambahan pula, dia mungkin akan berhadapan dengan situasi yang tidak disangkakan. Dikelilingi dengan pelbagai kebarangkalian yang tidak pasti, seseorang hanya boleh merasa lega dengan menyedari bahawa setiap perkara yang dihadapinya telah ditakdirkan oleh Allah khas untuknya, percaya kepada Allah, dan akur pada takdir-Nya. Allah mengetahui tentang rancangan yang kita belum merancang dan segalanya berlaku dibawah kuasa-Nya. Berdasarkan cara yang sama, perkara-perkara yang kita rancang juga adalah dibawah kuasanya.
Sesungguhnya, tiada tempat atau saat diatas muka bumi ini yang tidak bergantung kepada Allaah. Tiada satu pun yang bebas daripada kuasa Allah.

Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal." (Surah at-Tawba: 51)


Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku, berlaku dengan izin Allah dan pastinya berlaku dengan sesuatu sebab. Ingatlah bahawa manusia tiada jalan lain selain daripada memohon perlindungan kepada Allah; dan dia tidak mempunyai sebarang pelindung atau penolong selain daripada Allah:

Tidakah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong. (Surah al-Baqara: 107)


Dialah Allah yang menolong kita untuk menyelesaikan sebarang masalah pada setiap hari atau apabila kita hendak menyelesaikan sesuatu tugas. Selain memudahkan tugas untuk kita, Allah jugalah yang merekacipta  tugas itu dan membolehkan kita menyelesaikannya. Sebaliknya, seseorang yang lupa kehebatan Allah menganggap rakan sekerja, keluarga atau gurunya yang boleh menolongnya.
Pastinya, golongan ini mungkin boleh menyediakan bantuan melalui pengetahuan dan pengalaman mereka. Namun, kita perlu ingat bahawa mereka hanyalah kaedah semata. Ini kerana, di dunia ini, Allah telah menciptakan satu sistem, sebab dan akibat. Sebagai contoh, untuk menanam pokok epal, petani perlu menanam benih, menyiram dan membajai tanah itu. Ini semua adalah faktor-faktor dimana Allah menyebabkan sesuatu berlaku. Hanya dengan memenuhi semua syarat-syarat ini, petani tersebut boleh mengharapkan tuaian yang banyak. Sambil melaksanakan tugas kita perlu menyedari  bahawa kita boleh mencapai keputusan yang diinginkan hanya dengan izin Allah, dan kita juga perlu menunjukkan sikap syukur yang ikhlas dengan apa yang Dia takdirkan.

Ingatlah, hanya Allah yang melindungi kita daripada sebarang bahaya, penyakit, perasaan sedih, dan kesusahan. Jika tidak, ia hanya boleh menjadi suatu perkara yang dalam sekelip mata bencana boleh menyerang kita. Kita mungkin akan berfikir bahawa doktor atau ubat yang diambil yang menyembuhkan kita. Semestinya, ini ialah kaedah dimana Allah menyembuhkan kita. Tiada sebab mengapa kita tidak perlu mengambil peluang daripada kaedah-kaedah ini, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu beringat bahawa akhirnya Allah sahaja yang menyembuhkan kita. Sekiranya Allah tidak mengizinkan, maka doktor yang paling hebat sekalipun atau ubat yang paling mahal, atau hospital yang paling bagus tidak mampu menolong kita. Jangan sekalipun lupa bahawa Allah yang meletakkan penyakit kepada sesiapa yang Dia mahu tanpa sebarang sebab sebagaimana dia menyembuhkan penyakit seseorang tanpa sebarang sebab. Al-Qur'an merekodkan kata-kata Nabi Ibrahim:

...dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku. (Surah ash-Shu'ara': 80)


Lupa bahawa Allah yang menguasai segalanya, dan dengan demikian, meminta pertolongan daripada sesuatu yang tidak boleh memberi pertolongan sama ada pada dirinya sendiri atau kepada orang lain, keputusannya hanyalah kegagalan, di dunia ini dan selepasnya:

Dan berhala-berhala yang kamu seru selain Allah tidaklah sanggup menolongmu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri. (Surah al-A'raf: 197)


Ingatlah bahawa kita perlu merasa takut pada Allah dan mahukan keredhaan Allah sahaja. Tiada sesiapa yang kita mungkin hormat atau menganggap mereka penting dan berkuasa sebenarnya mempunyai kuasa yang hakiki. Oleh yang demikian, ketakutan atau kecintaan terhadap seseorang yang diiringi dengan perasaan takut, kagum dan cinta yang sepatutnya ditujukan kepada Allah adalah salah satu bentuk syirik, iaitu suatu dosa yang besar:

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah;mereka mencintai Allah,Adapun orang-orang yang beriman sagat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semunaya dan bahawa Allah amat ebrat siksaanNya (nescaya mereka menyesal) (Surah al-Baqara: 165)


Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) juga memberi amaran kepada manusia tentang amalan syirik ini:

“Barang siapa yang berjumpa Allah tanpa menyekutukan-Nya, akan masuk syurga; dan sesiapa yang berjumpa Allah sambil menyekutukan-Nya  akan masuk neraka” [Muslim]

Ini ialah konsep yang penting untuk difahami. Sekiranya hidup seseorang berlandaskan konsep ini, dia akan sedar bahawa tiada apa-apa pun yang patut ditakuti, disembah atau diperlukan selain daripada Allah. Dengan demikian, seseorang itu akan mencapai kebebasan yang hakiki, dan kejayaan, mendapat perlindungan daripada yang Maha Mencipta, yang Maha Berkuasa. Individu tersebut mengharapkan kebaikan daripada Allah yang Maha menyempurnakan segala keperluan makhluk-Nya, menurunkan keselamatan kepada hamba-Nya, menolong mereka yang lemah dan miskin, membalas dengan sepenuhnya untuk setiap usaha yang dilakukan seseorang:

Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Surah at-Tawba: 109)


Salah satu kesalahan yang besar kebanyakan manusia lakukan ialah mereka meletakkan kehidupan mereka sepenuhnya untuk mengembirakan manusia lain. Walau bagaimanapun setiap saat yang digunakan dan setiap perbuatan yang dilakukan untuk mengembirakan orang lain, sambil melupakan keredhaan Allaah, akhirnya akan membawa kepada penderitaan. Mereka yang faham, Allah telah memberikan contoh di dalam al-Quran:

Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang lelaki (saja)? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka  tidak mengetahui. (Surah az-Zumar: 29)


Allah menganugerahkan kepada hamba-Nya yang hidup berlandaskan hukum-Nya suatu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun, mereka yang jauh daripada perkara-perkara yang diredhai-Nya, mereka yang mengharapkan pertolongan daripada hamba-hamba Allah yang lemah, sama sepertinya, akan akhirnya menderita. Perkara ini diterangkan dalam satu ayat:

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri. (Surah Yunus: 44)


Tambahan pula, mereka yang menyekutukan Allah akan ditinggalkan dan dibiarkan di dalam keaiban dan kemiskinan.

Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah) (Surah al-Isra': 22)


Mereka yang cuai dan tidak menyedari kewujudan Allah dalam dunia ini menjalani hidup yang sukar. Hati mereka tidak mungkin menemui kedamaian dan kegembiraan dalam dunia ini. Malah, kesengsaraan ini seolah-olah balasan kerana mereka mengaitkan kewujudan sistem yang sempurna ini kepada suatu kebetulan. Sebagai balasan kepada rasa tidak bersyukur, api yang panas membara menunggu mereka di akhirat.

Jangan sekalipun lupa bahawa takwa kepada Allah ialah rukun yang asas dalam Islam. Allah hanya mengurniakan kepandaian untuk menilai benar dan batil kepada mereka yang bertakwa kepada Allah. Anugerah ini sememangnya nikmat yang besar dikurniakan kepada manusia:

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan (petunjuk) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Surah al-Anfal: 29)


Al-Qur'an juga ada menyebut tentang golongan manusia yang tidak bersyukur kepada Allah dengan yang sepatutnya ditunjukkan kepada-Nya dan juga mereka yang tidak takut kepada-Nya walaupun mengetahui akan kewujudan-Nya:

Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakahnyang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengyluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab, Allah!. Maka katakanlah: mengapa kami tidak bertakwa (kepadaNya)? Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)? (Surah Yunus: 31-32)


Orang yang disebut didalam ayat di atas sedar akan kewujudan Allah malah, meyakininya. Tetapi, dia tidak berasa takut kepada Allah. Mukmin yang sebenar, mempunyai perasaan takut dan hormat kepada Penciptanya. Perasaan takut pada Hari Pembalasan membuatkan mereka sensitif terhadap perintah-perintah-Nya. Akibatnya, sama ada seseorang itu mematuhi segala perintah Allah dan menjadi hamba-Nya yang taat atau mengingkarinya, ia tidak akan mengubah realiti yang dia akan bergegas kepada Hari yang dia akan kembali kepada Tuhannya.

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhamu, maka pasti kamu akan menemuiNya. (Surah al-Inshiqaq: 6)


Jangan sekalipun lupa bahawa tiada kuasa selain Allah yang Maha Berkuasa, Yang mempunyai segala kuasa. Mereka yang tidak sedar akan fakta ini akan meyembah selain daripada Allah dan selain itu mereka juga takutkan sembahan itu sebagaimana mereka takutkan Allah. Walau bagaimanapun tiada seseorang pun atau sesuatu masyarakat yang mempunyai kuasa selain daripada Allah. Semua bergantung kepada Allah. Segala yang di langit dan di bumi berada di bawah kuasa Allah secara sukarela atau tidak sukarela. Daripada  satu sel kepada berjuta-juta galaksi, daripada manusia kepada haiwan, daripada gunung kepada angin, semuanya dibawah kuasa Allah. Oleh sebab itu, jangan sekalipun lupa untuk bersyukur kepada Allah sebagaimana yang telah dinasihatkan di dalam ayat dibawah: 

...Supaya kamu duduk di atas punggungmu kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan; Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. (Surah az-Zukhruf: 13)


Sekiranya bukan daripada kehendak Allaah, tiada sesiapa pun boleh membuat atau mengucapkan sesuatu. Sebab itulah setiap perkataan yang kita dengar atau setiap peristiwa yang kita saksikan adalah daripada Allah, Yang Maha Pelindung dan satu-satunya wali kita. Sekiranya kita seorang yang beriman, maka segala kebaikan dan kecantikan yang mutlak adalah tersembunyi bahkan di belakang perkara yang sebaliknya nampak buruk pada kita. Allah mengetahuinya walaupun kita tidak mengetahui. Tidak kira apa yang kita hadapi di dalam hidup ini, jangan sesekali lupa untuk mengatur tingkah laku kita dengan fakta ini di dalam minda.

Ingatlah, Allah Maha Pengampun dan peluang keampuanan sentiasa terbuka. Tidak kira apa kesalahan yang kita lakukan, jika kita kembali kepada Allah dengan ikhlas, rasa kesal dan azam yang kuat untuk tidak mengulanginya lagi, maka kita akan sentiasa mendapati Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Allah menyatakan bahawa Dia mengampuni segala dosa dan kesalahan asalkan hamba-Nya meninggalkan dosa dan kesalahan itu:

“Katakanlah: hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar: 53)


Dalam dunia ini, peluang untuk bertaubat dan harapan untuk diampunkan untuk kesalahan dan dosa yang dilakukan sentiasa terbuka. Dalam agama Allah, seseorang itu tidak perlu untuk menanggung beban untuk kesalahannya yang lampau. Mengharapkan keampunan daripada Allah, dan kembali kepada-Nya dengan ikhlas, akan meringankan beban seseorang. Pada saat itu, dia akan bertanggungjawab atas perbuatan dan fikirannya bermula pada saat itu. Dalam masa yang sama, ingatlah bahawa Allah hanya menerima taubat yang ikhlas dan bukannya taubat seseorang yang berada diambang kematian. Malah Fir'aun yang kejam dan bongkak disebut didalam al-Quran, mengambil keputusan untuk beriman apabila dia hampir lemas. Allah menyatakan di dalam al-Quran tentang taubat ketika saat kematian:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian meraka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di anatar mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesunguhnya saya bertaubat sekarang: Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (Surah an-Nisa': 17-18)

Ingatlah bahawa Allah Maha Penyabar. Dia memberi peluang kepada seseorang walaupun selepas mereka melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, sekiranya pesalah itu tidak dihukum serta-merta dia tidak sepatutnya membiarkan ia menipu dirinya. Ini ialah kerana Allah memberi peluang kepadanya. Sekiranya dia sedar akan kesalahannya dan bertaubat, dia akan mendapati Allah Maha Pengampun. Sebaliknya, sekiranya dia tetap dengan kesalahannya dan berkeras, dia pasti akan merasai akibat buruk daripada perbuatan-perbuatannya:

Jikalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkanNya di muka bumi sesuatupun dari makhluk ang melata, tetapi Allah menagguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya. (Surah an-Nahl: 61)


Jangan sesekali lupa yang kita tidak boleh menjadi selain daripada hamba kepada Allah; kerana Allah menciptakan manusia untuk beribadat kepada-Nya:

Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Surah adh-Dhariyat: 56)

Patuh kepada Allah yang memberi kita segala yang kita miliki, yang menciptakan kita dan menganugerahkan kehidupan yang mana Dia akan menamatkan riwayat hidup kita apabila dikehendaki-Nya, adalah seperti berpegang dengan cengkaman yang paling teguh yang tidak akan longgar:

Dan barangsiapa yang menyerahkan sirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada tali yang paling kukuh. Dan hanya Allah-lah kesudahan segala urusan. (Surah Luqman: 22)

Jadi, jangan sekalipun lupa "ALLAH, ADALAH TUHAN KITA"...

(Yang memiliki sifat-sifat yang)demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala pengelihatan itu dan Dia Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An'am: 102-103)

http://www.harunyahya.com/