Sistem Demokrasi Adalah Haram Dalam Islam
oleh Akhi Tariq Ziyad pada pada 14hb Oktober 2011 pukul 6.49 pagi
Pertentangan inilah yang menimbulkan konflik dan mewujudkan satu sistem yang pincang yang mementingkan kuasa dengan mengeksploitasi dan memanipulasikan masyarakat bagi kepentingan kelompok yang memerintah. Politik adalah sumber kuasa.
1. Sumber Kebenaran
Sesungguhnya kebenaran itu hanyalah datang dari Allah s.w.t., walaupun ia hanya didukung oleh satu orang di bumi ini, maka kalau datangnya dari Allah s.w.t., maka ia tetaplah kebenaran, firman Allah s.w.t. :
Katakanlah: "Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjuki kepada kebenaran?" Katakanlah: "Allahlah yang menunjuki kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (Yunus 10 : 35)
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. (Al Baqarah 2 : 147)
Oleh yang sedemikian itu adalah kerana Allah s.w.t. telah menurunkan Al Kitab dengan membawa kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) Al Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh. (Al Baqarah 2 : 176)
Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu iaitu Al Kitab (Al Quran) itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat (keadaan) hamba-hambaNya. (Faathir 35 : 31)
Kebenaran tidak bergantung kepada sokongan yang majority besar yang diterima daripada rakyat secara tidak jujur ditekan, diugut dan dipaksa secara langsung atau tidak langsung kerana Allah s.w.t. tidak sama sekali membebankan kita untuk mendukung kebenaranNya dan Allah s.w.t. tidak rugi apa-apa kalau kita meninggalkanNya, tetapi kitalah yang sebenar-benarnya yang rugi, firman Allah Ta’ala :
Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikit pun) kerana sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa 4 : 170)
Perbedaan:
i. Demokrasi merujuk kepada sokongan majority yang diterima untuk membenarkan sesuatu perkara, walaupun perkara itu pada hakikatnya adalah salah dan bertentangan dengan akhlak dan moral apatah lagi dengan ajaran Islam. Demokrasi juga tidak selalu membenarkan apa yang dibenarkan Allah s.w.t., menjadi kebiasaan dan lumrah dalam kehidupan seharian dan bahkan sering terjadi demokrasi menghalalkan apa yang di haramkan Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah s.w.t.
Sebagai contoh, pada tahun 2003, diadakan konsert di Stadium Bukit Jalil untuk mengutip derma bagi membantu mangsa perang Iraq. Niat dan matlamatnya baik untuk mengutip derma bagi membantu mangsa peperangan di Iraq, tetapi caranya haram dari segi hukum Islam. Hiburan tidak diharamkan oleh Islam, tetapi mesti mematuhi kaedah yang ditetapkan.
Begitu juga apabila ingin mengekalkan kuasa memerintah, sanggup melakukan pelbagai penipuan dan penyelewengan, rasuah, politik wang dan sebagainya yang terang-terang tergelincir dari rel panduan Islam. Ajaran dalam konsep matlamat menghalalkan cara adalah bertentangan dengan Islam. Kita tidak boleh memberi pujian dan memberi tahniah di atas kepandaian kita menipu untuk mencapai kemenangan. Salah tetap salah, tidak ada kewajaran untuk menghalalkan orang yang merompak harta orang lain kerana niat hendak menunaikan fardu haji ke Mekah.
Kemenangan melalui cara ini tidak ada keberkatannya. Allah s.w.t. akan menurunkan dengan pelbagai bala walaupun tidak sehebat ombak Tsunami ke atas rakyat yang sebahagian besarnya tidak menyedarinya seperti kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berterusan mengakibatkan seluruh rakyat merasa bebannya. Hidup rakyat menjadi bertambah miskin akibat daripada kenaikan kos belanja hidup yang tinggi berbanding dengan pendapatan yang tidak meningkat seiring dengan kenaikan kos tersebut.
Rakyat dihadiahkan oleh Allah s.w.t. dengan pemimpin-pemimpin yang kejam dan zalim, pengamal budaya rasuah untuk mengejar kemewahan hidup, melupakan rakyat yang memilihnya kerana asyik mengejar projek, rakyat menjadi hamba kepada pemimpin, pemimpin jadi tuan kepada rakyat dan pemimpin-pemimpin pula boleh dijual-beli melalui politik wang yang akhirnya rakyat akan menerima bahananya.
ii. Kebenaran yang hakiki adalah yang datang dari Allah s.w.t., tidak memerlukan sokongan sesiapapun kerana Allah s.w.t. Maha Kaya dan Maha Menguasai segala sesuatu semuanya. Allah tidak perlu pendukung untuk mendukung kekuasaannya, tetapi dalam demokrasi terpaksa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari dukungan dan sokongan sehinggakan terpaksa menggunakan tindakan undang-undang untuk menutup saluran orang lain untuk sama-sama berusaha mencari pengaruh dan sokongan. Terpaksa menggunakan apa sahaja kaedah yang tercapai untuk meraih sokongan dan terus berkuasa.
2. Suara Majoriti
Demokrasi selalu mengetengahkan bahawa suara terbanyak adalah yang menang, tidak peduli apakah suara terbanyak ini membawa akibat yang buruk terhadap manusia. Dalam konteks amalan demokrasi di Malaysia, sesuatu dasar yang akan dilaksanakan akan dibincangkan di parlimen untuk mencapai kata muafakat. Jika perbincangan ini gagal maka akan dilakukan pengundian untuk mengambil keputusan.
Suara terbanyak akan menentukan keputusan yang akan diambil dalam pengundian ini, tidak peduli apakah keputusan ini benar atau salah. Apakah suara terbanyak ini baik untuk manusia dan boleh dianggap benar? Jawapannya adalah sesuai dengan firman Allah Ta’ala :
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (Al An’aam 6 : 116)
Sesuai ayat di atas ini berpandukan kepada pandangan majority, maka keputusan itu boleh menyesatkan manusia dari jalan Allah. Inilah sunnatullah dan larangan dari Allah agar kita tidak hanya mengikuti majority kerana sesungguhnya majority itu menjadikan manusia itu hanya mengikuti prasangkaan sahaja. Padahal prasangkaan itu tidak akan berguna untuk mencapai kebenaran.
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali prasangkaan sahaja. Sesungguhnya prasangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Yunus 10 : 36)
Katakanlah: "Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)".(Ar Ruum 30 : 42)
Ketika kita diberitahu Allah (melalui ayat di atas) bahawa majoriti manusia adalah musyrik, apakah kita akan tetap mengikuti majoriti orang sedangkan Nabi telah berpesan kepada umatnya bahawa di akhir zaman kelak terdapat 77 golongan umat Islam, hanya satu golongan sahaja yang selamat. Golongan yang selamat itu ialah golongan yang menjadikan al-Quran dan al-Hadith sebagai panduan hidup, bukan merujuk kepada konsep Islam Hadhari yang sesat lagi menyesatkan kerana membiarkan ulama Astora Jabat menulis menyesatkan masyarakat.
3. Hak Menentukan Undang-undang
Demokrasi membenarkan penggubalan undang-undang mengikut kesesuaian dan kemahuan manusia [baca : pemimpin yang berkuasa], asalkan undang-undang tersebut mendapat persetujuan majority. Apakah Allah membolehkannya seperti ini? Firman Allah
:
Katakanlah: "Sesungguhnya aku (berada) di atas hujah yang nyata (Al- Quran) dari Tuhanku sedang kamu mendustakannya. Bukanlah sewewenang Aku (untuk menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik. (Al An’aam 6 : 57)
Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih. (Asy Syuuraa 42 : 21)
Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah (orang-orang kafir), lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisab-Nya. (Ar Ra’d : 41)
Cuba perhatikan ayat-ayat yang menyatakan bahawa hak menentukan hukum adalah hanya milik Allah, maka apakah kita mengatakan bahawa kita boleh bersama-sama menentukan hukum [termasuk menentukan hukum yang berbeza dengan yang telah diatur oleh Allah s.w.t.]? Contohnya hukum berzina hanya didenda dan dipenjarakan sahaja. Hukum Allah sebat 100 kali bagi orang yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi orang-orang yang sudah berkahwin.
4. Kekuasaan Tertinggi/kedaulatan undang-undang
Menurut demokrasi kekuasaan tertinggi berada di tangan rakyat melalui parlimen yang mana Perlembagaan menjadi rujukan terpenting. Mana-mana undang-undang yang digubal atau dipinda bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia akan terbatal setakat mana ia bercanggah dengan Perlembagaan. Padahal kekuasaan tertinggi hanyalah di tangan Allah s.w.t.:
Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajipannya. (Al An’aam 6 : 61)
5. Menghalalkan Yang Haram Dan Sebaliknya
Cukuplah dikatakan syirik bagi orang-orang yang mengikuti menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. Diceritakan oleh Adi bin Hatim ra. bahawa ia mendengar Nabi s.a.w. membaca ayat berikut:
Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al- Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (At Taubah 9 : 31)
Lalu aku katakan kepada Nabi: "Kami tidak menyembah kepada mereka." Nabi bersabda: "Tidakkah mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, kemudian kamu juga mengharamkannya, dan mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah, kemudian kamu menghalalkannya juga?" Aku menjawab: "Ya". Beliau bersabda: "Yang demikian itu bererti menyembah mereka". (H.R. Ahmad At-Tirmidzi dengan derajat hasan).
...Itulah hukum-hukum Allah dan barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu suatu hal yang baru. (Ath Thalaaq 65 : 1)
6. Berkumpul di dalam forum Demokrasi
Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita jika berkumpul dengan suatu kaum, jika mereka sedang mengolok-olokkan ayat-ayat Allah, perhatikanlah firman Allah yang berikut ini :
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang - orang munafik dan orang - orang kafir di dalam jahannam. (An-nisa 4:140)
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat - ayat dari tuhannya lalu dia berpaling daripada (ayat-ayat
Tuhannya)nya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama–lamanya”. (Al-kahfi 18:57)
Sayang seribu kali sayang, ada pemimpin di Negara ini terang-terang menghina Nabi dan al-Quran tidak diambil tindakan. Seluruh rakyat sunyi sepi, termasuk orang-orang yang menjaga kepentingan Islam. Sanggup membiarkan Islam dihina, tetapi apabila pemimpin itu dicabar, sebahagian rakyat bangun mempertahankan pemimpin itu.
Demokrasi itu HARAM!!
Mari kita melihat dan mengkaji pandangan dari Grakan Islam lain
Wawancara YB Dr. Dzulkefly Ahmad: "Islam dan ...
youtube.com13 Jul 2011 - 40 min - Uploaded by hasanhusaini09
Wawancara Ekslusif bersama AJK PAS Pusat, YB Dr. Dzulkefly Ahmad bertajuk : "Islam dan Demokrasi".
Nik Aziz komen konsep 'Malaysian Malaysia' dan ...
youtube.com20 Jun 2008 - 3 min - Uploaded by nuraflahvideo
Komen Nik Aziz terhadap kehendak rakyat pelbagai etnik di Malaysia.
Pulihkan Demokrasi dan Keadilan demi ...
youtube.com29 Dec 2007 - 4 min - Uploaded by abdullahyoong
Penglibatan PAS sebagai sebuah jemaah di peringkat global, perbincangan, dan hubungan ukhuwah ...
Nik Aziz membicarakan mengenai demokrasi
youtube.com26 Jul 2008 - 3 min - Uploaded by pembururimau
Kalau demokrasi sebut benda yang tak serupo dengan Islam, maka ISLAM LAH YANG BETUL ...
Penutup Pelancaran- PAS Rep. Council UK&Eire ...
youtube.com26 Dec 2010 - 4 min - Uploaded by mrmiji82
-Penutup majlis pelancaran oleh Tok Guru Presiden ""Sebagaimana kita mengamalkan demokrasi di ...
Demokrasi: Barat vs Islam « Think Tank
bobex.wordpress.com/.../demokrasi-barat-vs-islam... - Translate this page
1 Mar 2007 – Amalan-amalan di dalam demokrasi anjuran Islam adalah merujuk kepada al-Demokrasi Dalam Pandangan Islam « Nana Sudiana
nsudiana.wordpress.com/.../demokrasi-dalam-pand... - Translate this page
19 Jan 2008 – Umat Islam seringkali kebingungan dengan istilah demokrasi. Di saat yang samaal-Fikrah.net › Merumuskan Kembali Demokrasi Islam
al-fikrah.net/index.php?name=News&file... - Translate this page
24 Ogos 2010 – Di dalam dunia Islam, perdebatan ini memberikan cabaran dalam mentakrifkan demokrasi Islam bagi memenuhi tuntutan keterlibatan politik yang ...