Isnin, 3 Oktober 2011

Berita bas Najib dan Nik Aziz paling ramai dibaca

Harakahdaily
(Gambar bas yang dinaiki PM dan MB Kelantan)
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Para peminat Harakahdaily meletakkan berita ringkas yang menggambarkan perbezaan antara bas yang dinaiki Perdana Menteri dan Menteri Besar Kelantan sebagai berita paling popular minggu lalu.

Berita bertajuk 'Naik bas: Antara Najib dengan Nik Aziz' itu  paling banyak dibuka oleh peminat Harakahdaily melalui laman Facebook.

Berita itu dibuka oleh 4,494 dari 202,802 fan Harakahdaily di Facebook. Jumlah itu tidak termasuk jumlah kilk yang dibuat langsung melalui laman Harakahdaily.net.

Berikut adalah berita paling banyak dibaca oleh peminat Harakahdaily melalui laman Facebook.