Sabtu, 25 Januari 2014

AL-FATIHAH - USTAZ HARUN TAIB TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Malam semalam, anak kepada Allahyarham Datuk Harun Taib telah mengirimkan satu pesanan ringkas kepada kenalan bapanya itu menyatakan bahawa Datuk Harun Taib telah meninggal dunia pada jam 12.00 tengah malam.

Allahyarham pernah menuntut di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Sesuai dengan latar belakang pendidikan agama dan pengalaman menuntut di al-Azhar, Allahyarham diberikan tanggung jawab sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS. Seorang yang tegas dalam pendiriannya, Allahyarham sering mengeluarkan kenyataan yang pro kepada Islam. Atas ketegasannya, Allahyarham tidak disukai oleh rakan-rakannya dari DAP terutamanya Karpal Singh.


Allahyarham juga pernah menyentuh tentang Tahalluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS yang dilihat sebagai merugikan PAS dan juga Islam. Atas dasar tersebut, Allahyarham telah dikecam oleh ahli PAS sendiri iaitu Khalid Samad dan Mat Sabu. Allahyarham juga pernah menegur bekas mufti Perlis, Dr. Asri atas kenyataannya yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.

Usaha untuk menyatukan antara orang-orang Islam di dalam negara kita ini seperti menemui jalan kesukaran selepas pemergiannya ini. Diharapkan, agar Ketua Ulamak PAS yang baharu dapat menyambung perjuangan Allahyarham dan merealisasikan harapannya untuk melihat Islam itu berjaya.


Di bawah ini dalah 10 kenyataan Allahyarham yang akan sentiasa diingati dan dijadikan renungan untuk kita semua.

1. ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2. ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3. ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4. HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5. HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6. MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7. MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,” 

8. HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9. HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10. HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum.


FAKTA MENARIK MENGENAI ALLAHYRHAM....

1) arwah merupakan kawan baik yang sependapat dengan haron din yang turut sama menentang penggunaan kalimah Allah oleh DAP

2) arwah merupakan individu yang menolak campurtangan DAP dalam parti PAS

3) pada PRK Sg Limau Arwah telah tidak hadir mesyuarat dua hari sebelum hari mengundi kerana menolak campurtangan DAP pada kempen PAS di Sg limau.

4) arwah pernah mengesa pucuk pimpinan PAS menarik diri dari Pakatan ekoran sikap keterlaluan DAP dalam mencampuri urusan PAS

5) arwah merupakan rakan dan sekutu umno dalam mempertahankan Kalimah Allah dan nasib bangsa Melayu.

6) selepas pru13 arwah pernah melahirkan kebimbangan akan ancaman Ultra DAP yang mahukan kuasa dan mengesa pucuk pimpinan parti pas mengadakan hubungan dengan umno bagi menyelamatkan islam.

7) Yang paling jelas Arwah mahu matabatkan perjuangan Islam dan bukannya menjadi barua DAP

8) Pemergian arwah bermakna semakin kurang golongan ulamak dalam PAS maka lebih mudah DAP untuk mereka menguasai dan menjadikan PAS barua mereka.

9) Kawan rapat arwah iaitu ustaz Haron Din dikhabarkan tidak berapa sihat dan pastinya DAP akan mengambil peluang melalui golongan bukan ulamak untuk menguasai kedudukan dalam kepimpinan PAS. Memang Benar arwah telah meninggalkan kita namun dalam politik namun jasa Arwah terlalu hebat dan penutupnya cukup cantik seolah-olah semasa hidupnya Arwah sedar akan pembetulan dalam PAS harus dilakukan sebelum sampai masa semalam.




Rabu, 22 Januari 2014

Penguasaan Yahudi dan Nasrani: Umat Islam Akan Hancur Binasa

Wajah pengkianat bersama pembunuh penjajah umat Islam

Ingatlah, Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. Al-Maidah :51)


Hari ini berapa banyak para pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang meminta perlindungan, pertolongan, dan memberikan wala' (loyal) nya kepada Yahudi dan Nasrani, dan bahkan mengikuti cara hidup mereka. Mengapa para pemimpin Islam dan orang-orang Islam bersikap demikian? Kerana di dalam dada mereka sudah tertanam adanya : "khauf" (rasa takut).




Maka Allah Rabbul Alamin menurunkan hukuman (undang-undang) yang bersifat tegas, final dan baku, yang menjadi hukum dasar bagi para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, bagaimana berhadapan golongan Yahudi dan Nasrani. Dalam seluruh aspek kehidupan yang ada. 
Firman-Nya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. Al-Maidah :51)


Najib upah Israel
kegiatan Yahudi akhir zaman dibantu Nasrani
Harus berhati-hati muslihat mereka
Jesuit (luaran Kristian) juga dicipta Yahudi
Yahudi Nasrani akhir zaman adalah musuh Islam
 
Dalam tafsir Ath-Thabari, menjelaskan, bahwa menurut riyawat As-Suddi, ketika terjadi perang Uhud, dan suasana semakin mencekam, ada sebagian orang Islam yang merasa takut tertawan oleh orang-orang kafir. Mereka pun bermaksud mencari perlindungan kepada orang Yahudi di negeri Dahlak, dan orang-orang Nasrani di Syam, dan bersedia mengikuti cara hidup mereka. Maka turunlah ayat Al-Maidah : 51, yang melarang mereka melakukan perbuatan itu.

Menurut Ath-Thabari ayat ini menjelaskan urusan wala’ (loyal). Allah melarang orang-orang beriman untuk berwala' kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani dengan cara menjadikan mereka pemimpin, penolong, teman setia, dan mengikuti cara hidup mereka. Karena barangsiapa melakukan hal itu, maka Allah akan menggolongkan ke dalam golongan orang-orang yang diikuti baik itu Yahudi ataupun Nasrani.

Maka, orang-orang Mukmin (beriman) hendaknya tidak menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin, pelindung, dan teman setianya. Apalagi bila telah nampak sikap permusuhan dari orang-orang Yahudi dan Nasrani itu kepada Allah, Rasulullah dan orang-orang Mukmin. Barangsiapa lebih memilih orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai penolong, pelindung, dan teman setianya, maka dia berarti telah menjadi musuh Allah, Rasulullah dan orang-orang Mukmin. Hal itu merupakan perbuatan zalim dan Allah tidak akan memberi pentunjuk kepada orang-orang zalim.

Disisi lain, Ibnu Katsir, menjelaskan surah Al-Maidah ayat 51 itu, menegaskan bahwa Allah melarang hamba-hamba-Nya yang beriman untuk menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia. Kaum Yahudi dan Nasrani merupakan musuh Islam dan umat Islam seluruhnya.

Tidak amanah kepada rakyat

Kemudian, selain menjelaskan kaum beriman (orang Mukmin) satu sama lainnya saling melindungi, Allah juga mengancam siapapun yang melanggar larangan-Nya itu. Dia Ta’ala berfirman: "Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka".

Ibnu Abu Hatim meriwayatkan bahwa Umar meminta Abu Musa untuk mengusulkan atau melaporkan setiap hal yang ia lakukan dalam satu rumusan. Abu Musa memiliki juru tulis (sekretari) dari Nasrani dan melaporkannya kepada Khalifah Umar. Umar merasa hairan. Umar bertanya kepada Abu Musa : "Dia seorang juru tulis yang seharusnya menjadi orang kepercayaan". Apakah kamu boleh membaca surat yang datang dari Syam di dalam masjid-masjid?". Abu Musa menjawab, "Dia tidak boleh melakukannya". Tanya Umar lagi: "Apakah dia orang asing?". "Bukan. Dia seorang Nasrani", jawab Abu Musa. Lalu Umar menghardik saya (Abu Musa), dan menepuk paha saya. "Bawa dia keluar", ujar Umar. Kemudian, Umar membacakan ayat : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu".

Dalam Al-Qur'an, yang termaktub dalam surah Al-Maidah ayat 51 itu, bersifat kekal, yang menyangkut sikap dan bagaimana melihat orang Yahudi dan Nasrani. Mereka adalah musuh Allah Rabbul ‘Alamin. Mereka menjadikan ‘Uzair dan Isa sebagai anak Tuhan dan Tuhan, yang merupakan sikap yang menduakan Allah Azza Wa Jalla, dan merupakan perbuatan syirik, yang dilaknat oleh Allah.

Sepanjang sejarah Yahudi dan Nasrani melakukan permusuhan yang sangat nyata terhadap orang-orang Mukmin, yang tidak pernah selesai. Permusuhan antara ahlul haq dengan ahlul bathil. Selamanya.

Bagaimana mungkin orang-orang Mukmin, termasuk para pemimpin Islam, bermesraan, meminta pertolongan, perlindungan, dan memberikan wala' kepada mereka, sedangkan mereka adalah musuh Allah dan Rasul-Nya.

Banyak para pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang meminta pertolongan kepada Amerika, Eropah, dan negara-negara kafir lainnya, yang sudah nyata-nyata mereka menjadi musuh, dan menumpahkan darah orang-orang mukmin, yang tanpa haq, seperti yang terjadi di bumi Palestina, Iran, Irak, Afghanistan, Somalia, Chechnya, dan Bosnia. Mereka sangat nyata-nyata permusuhannya.

Ketika para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, yang sudah hatinya terkena penyakit "khauf"dan "wahn", maka mereka, para pemimpin Islam dan orang-orang Islam datang berbondong-bondong kepada Yahudi dan Nasrani meminta pertolongan, perlindungan, dan berwala' kepada mereka. Bukan hanya sekadar menghadiri upacara Natal dan mengucapkan Natal, tetapi sudah menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia mereka.

Kerana itu, hari ini para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, termasuk mereka yang berada dalam "Harakah Islamiyah" (Gerakan Islam) telah menjadi hina, dan bertekuk lutut dihadapan Yahudi dan Nasrani, dan menjadikan "demokrasi" sebagai agama mereka, dan diikuti dengan sembahan lainnya, yang disebut kata, "sekongkol", menyebabkan mereka menjadi "tasyabbuh" (menyerupai) atau" talbis", menyerupai dan bercampur dengan Yahudi dan Nasrani dalam bab aqidah dan muamalah. Mereka sudah tidak berani lagi menyatakan identiti, jati diri secara terang-terangan sebagai Mukmin, dan menegaskan Islam sebagai agama yang syumul (sempurna), dan menegakkan prinsip (mabda') Islam dalam seluruh aspek kehidupan, dan memilih untuk menggunakan prinsip dari Yahudi dan Nasrani.

Sebahagian sumber dari acehloensayang.com

Ahad, 19 Januari 2014

MENGAPA SAYA DAN ANDA PILIH PAS?


KENAPA PAS DITUBUHKAN?

Parti Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Penubuhan PAS menempuh satu proses yang panjang sesuai dengan fitrah perjuangan Islam itu sendiri yang terpaksa melalui pelbagai liku-liku dan rintangan. PAS lahir bukan untuk mendapatkan habuan dunia atau kerana kehendak mana-mana individu. la juga bukan lahir kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu dalam perebutan jawatan politik dalam parti. PAS lahir di atas sahutan untuk menyempurnakan arahan Allah SWT tentang perlunya sebuah jemaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi sesuai dengan firmanNya yang bermaksud; "Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)"(Ali-Imran, 3:104)

SIAPAKAH DI BELAKANG PENUBUHAN PAS?


PAS bukanlah merupakan parti Islam yang pertama ditubuhkan. Tetapi di kalangan para pengkaji dan sarjana, mereka sependapat bahawa PAS merupakan parti Islam yang paling tua dan berpengaruh di negara ini. Sejarah penubuhannya diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang menarik. Kontroversi berhubung isu kemerdekaan dan kedudukan orang Melayu telah mendorong persidangan ulama yang ketiga diadakan pada 24 November 1951. Persidangan yang diadakan di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Privince Wellesley (kini dikenali sebagai Seberang Prai) merupakan lanjutan kepada persidangan ulama kedua yang diadakan di Kuala Lumpur.

DARI MANA PAS MENDAPAT NAMANYA?


Persidangan itu telah dihadiri oleh lebih 200 perwakilan dan pemerhati termasuk 20 orang wanita dari seluruhTanah Melayu dan Singapura.Dalam ucapan dasarnya yang dibacakan oleh Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Fuad menyatakan betapa sebuah kesatuan ulama atau Parti Islam Tanah Melayu harus ditubuhkan untuk menggabung dan menyatukan ulama serta umat Islam bagi membangunkan agama, ummah dan tanah air. Beberapa nama telah dicadangkan untuk menubuhkan kesatuan Islam ini. Daripada tujuh cadangan yang dikemukakan, akhirnya nama Partai Islam Se-Malaya (PAS) atau Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) telah dipersetujui secara majoriti oleh perwakilan yang hadir dalam persidangan itu.

SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?


Haji Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah belajar di sekolah agama rakyat Ma'ahad Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Semasa di sana, Haji Ahmad Fuad Hassan banyak menyumbangkan tulisannya dalam akhbar-akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu dan kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat Islam. Beliau pernah mencadangkan betapa pentingnya sebuah'kesatuan ulama' atau sebuah 'Parti Islam Tanah Melayu' ditubuhkan bagi menyatukan ulama dan umat Islam untuk membangunkan agama, ummah dan tanah air.

BAGAIMANA PAS BERKEMBANG SEBAGAI ORGANISASI POLITIK?


Sebagai sebuah organisasi politik PAS telah menggariskan empat objektif perjuangan yang utama. Pertama, untuk mewujudkan satu ikatan persaudaraan !slam untuk membentuk satu tenaga koiektif bagi menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi. Kedua, menumpukan usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Ketiga, memelihara dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat Islam. Keempat, bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan matlamatnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.

BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?


Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada 9 Mac 1952 diikuti dengan penubuhan cawangan di Perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan sayapnya ke Perlis pada 2 Mei 1952, Selangor pada 13 Julai 1952 dan Kelantan dua bulan kemudiannya. Sehingga Disember 1952, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di Tanah Melayu dan Singapura. Setahun selepas penubuhannya, PAS mengadakan muktamarnya yang pertama di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, Province Wellesley pada 3 dan 4 Januari 1953. Dalam muktamar itu, Haji Ahmad Fuad dilantik semula sebagai Yang Dipertua PAS.

KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?


Bagaimanapun menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatannya dan menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28 Februari 1954, Dr. Haji Abbas Alias telah dilantik untuk memangku jawatan Yang Dipertua PAS yang dikosongkan oleh Haji Ahmad Fuad. Tugasnya sebagai doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik.Namun begitu, di bawah kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa perkembangan yang pesat khususnya di Pantai Timur. Program lawatan ke seluruh negeri Kelantan oleh Othman Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asri telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan parti di Pasir Mas, Kota Bahru dan Pasir Puteh.

APAKAH SUMBANGAN DR. HAJI ABBAS?


Di bawah kepimpinan Dr. Haji Abbas ibu pejabat PAS telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Meskipun Dr. Haji Abbas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa dengan parti tetapi di mana sahaja beliau bertugas, di situlah benih-benih PAS tumbuh. Pada Muktamar PAS ketiga yang diadakan di Madrasah al-Tahzib ad-Diniyyah,Titi Serong, Parit Buntar, Perak pada 12 hingga 14 Ogos 1954, Dr. Haji Abbas telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS.

BILAKAH PAS MULA MENYERTAI PILIHANRAYA?


Selang setahun kemudian, kerajaan Bristish telah mengadakan Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik diluluskan sehari sebelum penamaan calon diadakan. Pada pilihan raya itu, PAS telah meletakkan calon di 11 kawasan daripada 52 kawasan yang dipertandingan. PAS telah menang satu kerusi Parlimen di Kerian, Perak melalui calonnya, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Perak di Parit Buntar menerusi Ahmad Kamal.

APAKAH CITA-CITA PAS?


PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahyu munkar. Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

BENARKAH PAS MENCAMPUR-ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?


Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’ dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.

APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?


Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan sebarang bentuk kemungkaran yang lain.

APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?


Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Risalah Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.

APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?


Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Is¬lam. PAS sebagai sebuah parti politik dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang bersifat akademik sahaja.

APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?


Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga sering kali berubah.

SELUAS MANAKAH DIMENSI PERJUANGAN PAS?


PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang Iuas. Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun.Sejarah tidak pernah membohongi kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.

BENARKAH PERJUANGAN PAS TERBATAS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA?


Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua orang Islam tanpa membataskannya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh sesetengah parti politik.Walaupun PAS adalah didokong oleh orang¬orang Islam tetapi dimentii perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama IsIam.PAS meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengenepikan perjuangan yang bersifatkan perkauman. PAS mendokong prinsip-prinsip keadilan Islam dengan memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya.

BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?


PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat dan perjuangan Is¬lam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.

APAKAH BENTUK PAKATAN LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?


Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa. Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.

APAKAH HASIL DARIPADA KERJASAMA ITU?


Pakatan APU telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. lni membolehkan PAS kembali berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990. Pada Pilihan Raya Umum 1999, PAS telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PRM dalam Barisan Alternatif (BA). Kerjasama dan pakatan itu telah menamatkan penantian PAS selama 40 tahun untuk memerintah Terengganu. Malahan kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan bilangan kerusi dan undi popularyang diperolehi oleh PAS di seluruh negara.

APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?


Kepimpinan ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal PAS ditubuhkan. Cumanya istilah kepimpinan ulama hanya digunakan secara meluas pada tahun 1980an apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan parti kepada golongan pemimpin yang berpendidikan agama. Kalau dahulu ulama sering dilabelkan sebagai tuan guru atau golongan ustaz yang mengajar di pondok, madrasah dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan membuktikan betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan memerintah negera. Di bawah kepimpinan golongan ulama yang kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, PAS telah muncul sebagai parti kedua terbesar di negara ini selepas UMNO dengan keahlian yang hampir mencecah satu juta orang. Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan, dasar dan matlamat perjuangannya.

KENAPA HARUS SOKONG PAS?


Sementelahan itu, PAS tidak sekadar melibatkan diri dalam hal¬hal yang berkaitan dengan politik dan dakwah tetapi turut menawarkan khidmatnya kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk aktiviti sosial dan kebajikan. PAS sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat bukan Islam bagi memenuhi tuntuhan dakwah serta kegiatan politiknya. Dengan melibatkan diri dalam PAS,seseorang bukan sahaja dapat melibatkan diri dan memberikan sumbangan perjuangan Islam tetapi turut serta dalam pelbagai kegiatan dan program kemasyarakatan yang diadakan. Bagi yang meminati bidang dakwah, mereka boleh menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya. Ini kerana PAS menyediakan gelanggang pergerakan dakwah yang lebih luas sejajar tanpa melakukan pemisahan pada agama dan politik serta persoalan yang melibatkan dunia dan akhirat. Kedua-dua aspek itu diperjuangkan secara bersepadu sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad deen yang lengkap lagi syumul.

APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?


Penglibatan PAS dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS tidak sekadar untuk merancakkan suasana pilihanraya tetapi dengan harapan untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam. Dengan kata lain, PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai matlamat perjuangannya tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk membolehkan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dapat dilaksanakan dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem Islam dapat diterima oleh semua pihak sekira dasar-dasar yang dibawanya difahami dan dihayati dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan kepentingan serta permainan emosi yang melampau.

APA ERTINYA MENYERTAI PAS?


PAS merupakan di antara parti yang paling lama bertapak di Ma¬laysia. Sepanjang penubuhannya selama lebih separuh abad, PAS telah berdepan pelbagai krisis dan cabaran di dalam perjuangan. Permasalahan dan liku-liku yang berduri yang dihadapinya adalah satu proses biasa dan merupakan suatu tribulasi di dalam perjuangan Islam. Di sebalik setiap krisis dan perpecahan mengandungi hikmah yang tersembunyi. Krisis yang melanda PAS tidak pernah melemahkan parti dan perjuangannya. Sebaliknya ia menjadikan kedudukan PAS bertambah kuat dan mantap dengan pertambahan bilangan keahlian yang sekarang sudah melebihi 800 ribu orang. Kebanyakan yang menyertai PAS adalah kerana mereka mencintai dan meminati perjuangan Islam serta yakin dengan dasar-dasar yang dibawakan oleh parti. Mereka menyertai PAS sebagai pernyataan sokongan dan mahu bersama-sama memberikan sumbangan mengiku kadar kemampuan untuk memenangkan Islam.

KENAPA ADA AHLI PAS KELUAR PARTI?


Namun dalam mana-mana perjuangan, sering kali wujud beberapa kelompok dan kalangan yang menyertai parti dengan sebab dan niat yang tertentu. Apabila hasrat mereka tidak tercapai, mereka bertindak keluar daripada parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan partinya sendiri. Terdapat juga di kalangan mereka yang sudah lama menyertai PAS tetapi meninggalkan parti bila timbul perasaan tidak puas hati. Mereka tidak sahaja meninggalkan parti tetapi bertindak memburuk-burukkan parti yang pernah didokonginya selama berpuluh-puluh tahun. Tindakan golongan berkenaan menunjukkan mereka tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan Islam yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan kebijaksanaan di dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Meninggalkan parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan yang sedia ada bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah dan halangan yang lain yang akan menggagalkan perjuangan Islam. Perjuangan perlu diteruskan selama parti tidak terkeluar daripada landasan Islam.

BAGAIMANA PAS MENTARBIAH AHLINYA?


Terdapat juga di kalangan yang menyertai PAS dengan semangat perjuangan Islam yang berkobar-kobar. Mereka begitu fanatik dengan perjuangan dan ada kalanya keterlaluan di dalam tindak ¬tanduk. Namun selang beberapa ketika, semangat mereka menjadi luntur dan kendur begitu sahaja. Semasa mula-mula menyertai PAS mereka begitu aktif tetapi kemudiannya menjadi pasif. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk menjayakan sesuatu perjuangan. la harus dilandasi oleh ilmu pengetahuan dan pemahaman terhadap sejarah serta dasar perjuangan parti. Sebab itu, PAS sentiasa menekankan tentang kepentingan tarbiah dan majlis ilmu sama ada yang berbentuk ceramah, kuliah, forum, diskusi, dialog, seminar, konvensyen dan sebagainya.

BENARKAH PROGRAM PAS HANYA BERCERAMAH SAHAJA?


Ceramah hanya merupakan salah satu program penerangan yang diadakan oleh PAS. la menjadi alat dan wasilah untuk menyampaikan dasar dan sikap perjuangan parti kepada ahli-ahlinya dan masyarakat umum.PAS juga mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu bertujuan untuk memberikan kesedaran, kefahaman, keinsafan dan pengetahuan berhubung dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Majlis ilmu yang diadakan oleh PAS sentiasa menyeru manusia kembali ke jalan Allah di samping mendedahkan berbagai-bagai kepincangan, penyelewengan, kemungkaran, kemaksiatan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya mereka tidak terlibat di dalam perkara¬-perkara yang disebutkan itu. Sebagai alternatifnya, PAS telah mengemukakan jalan penyelesaian mengikut acuan Islam bagi mengatasi segala masalah yang diutarakan itu. Keikhlasan PAS di dalam membangunkan Islam telah terbukti nyata. PAS harus disokong dan didukung bersama-sama oleh semua ahlinya.

KENAPA PAS MENGANJURKAN DERMA JIHAD DALAM CERAMAHNYA?


Dalam setiap ceramah yang diadakan, PAS mengalu-alukan sumbangan dan derma daripada orang ramai. Sebagai sebuah organisasi politik, PAS memerlukan sumber kewangan bagi menggerakkan aktivitinya dan membiayai perjuangan Islamnya. Sumbangan itu penting bagi menggerakkan markas-markas PAS yang terdapat di seluruh negara. Perlu diingatkan bahawa PAS mempunyai markas di peringkat negeri, kawasan dan kadang-kala juga cawangan. Markas itu selain berperanan sebagai pejabat pentadbiran parti, ia juga berfungsi untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk usrah, ceramah dan sebagainya. Sumbangan itu juga digunakan untuk menampung kos operasi markas dan membayar gaji kepada kaki tangan yang menguruskan pejabat.

DI MANA LAGI WANG KUTIPAN ITU DISALURKAN?


Kutipan daripada derma jihad itu turut digunakan untuk membantu umat Islam di Palestin, Bosnia, Rohingya dan terbaru kerajaan Hamas yang sedang ditekan oleh pihak barat serta para sekutunya. Sebahagian daripada kutipan tabung dan derma diqunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu umat Islam yang hidup dalam kemiskinan dan ditimpa oleh musibah seperti mana yang berlaku kepada penduduk Acheh dan Kashmir baru-baru ini. Bantuan yang disalurkan oleh PAS adalah tidak mengenal batasan sempadan dan keturunan tetapi dilakukan atas dasar tuntutan ajaran Islam dan nilai kemanusiaan.

APAKAH PAS TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN?


Walaupun PAS dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi pada hakikatnya PAS juga merupakan sebuah gerakan dakwah yang turut melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan PAS dalam kerja-kerja amal dan kebajikan dapat dilihat dalam pelbagai program yang dilaksanakan seperti sukaneka, khidmat perubatan, kaunseling, ziarah, gotong-royong, membantu mangsa kebakaran dan banjir, membela golongan setinggan, memperjuangkan nasib para tahanan ISA dan keluarganya, menjadi juru bicara kepada golongan tertindas dan banyak lagi. PAS turut bersikap prihatin di dalam hal-hal yang berkaitan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang melanda golongan remaja. Berbagai-bagai seminar telah diadakan bertujuan untuk membincangkan dan mengemukakan penyelesaian terhadap masalah kemerosotan akhlak yang dihadapi golongan yang terbabit.Wakil rakyat PAS juga acap kali membangkitkan isu-isu yang berkaitan di dalam Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Semua itu dilakukan atas dasar tanggungjawab sosial sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang mendukung nilai-nilai luhur dalam kehidupan lain.

APAKAH KEGIATAN PAS DALAM BIDANG PENDIDIKAN?


PAS tidak pernah mengabaikan aspek pendidikan di dalam perjuangannya. Pendidikan bukan sahaja penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu tetapi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan negara. Hubungan di antara sekolah agama rakyat (SAR) dan PAS amat sinonim sekali. Selain terlibat secara langsung dalam penubuhan SAR, PAS juga menubuhkan pelbagai institusi pendidikan di peringkat pra sekolah sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT). PAS mempunyai 7, 000 pusat pendidikan pra sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam atau singkatannya, PASTI di seluruh negara. Di Kedah khasnya, PAS mendukung penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SERIDU),Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SEMIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Di Kelantan pula di mana parti PAS memerintah, sekolah agama telah dimartabatkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sekolah-sekolah agama seumpama ini juga terdapat di negeri -negeri lain.

BAGAIMANA PULA DENGAN SUMBANGAN PAS DIPERINGKAT ANTARABANGSA?


Penglibatan PAS di dalam memperjuangkan isu-isu di peringkat global telah mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak. PAS secara konsisten telah memperjuangkan isu yang menyentuh nasib dan kepentingan umat Islam khususnya di Palestin. Hubungan PAS dengan pelbagai pertubuhan Islam dan gerakan dakwah di negara-negara telah terjalin dengan baik. Sebagai buktinya, PAS sering kali dijemput hadir dan mengambil bahagian di dalam perhimpunan, persidangan dan pertemuan yang diadakan oleh kerajaan dan pertubuhan Islam diTimurTengah, Afrika, Amerika Syarikat, Australia (AS) dan Eropah. PAS sendiri pernah menganjurkan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 9 September 1988 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. ljtimak itu telah berjaya menghimpunkan puluhan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara. PAS juga pernah menghantar dua wakilnya untuk misi damai ke negara yang berkrisis di negara Arab. Undangan itu dibuat oleh Majlis Gerakan Islam Sedunia dan pemilihan PAS dilakukan atas kedudukannya sebagai jemaah yang mewakili umat Islam di Malay¬sia dan rantau Asia Tenggara.

APAKAH LANDASAN TERBAIK UNTUK MENYERTAI PAS?


Penyertaan dalam PAS harus dibuat dengan kesedaran dan komitmen untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Jika tidak, penyertaan mereka di dalam PAS mungkin tidak dapat bertahan kerana dalam perjuangan Islam terdapat banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya sama ada dalam bentuk tekanan ekonomi, politik atau penahanan tanpa bicara. Mereka yang menyertai PAS kerana pemimpin tertentu, mengikut arus gelombang dan tiupan angin perubahan pasti akan kecewa apabila perjuangan yang disertai tidak membuahkan hasil seperti mana yang diharapkannya. Begitu juga dengan mereka yang menyertai PAS kerana jawatan, kedudukan atau kerana mahu menonjolkan diri akhirnya akan bertindak meninggalkan parti setelah segala usahanya tidak mendatangkan kejayaan. Mereka yang menyertai PAS kerana ajakan kawan dan mengikut orang lain juga lambat-laun akan mengambil tindakan yang serupa.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENYERTAI PAS?


PAS adalah parti siasah dan gerakan dakwah yang mempunyai perlembagaan. Mereka yang menyertai PAS harus mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Di dalam parti, ahli-¬ahli mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan memberikan pendapat malahan melahirkan kritikan. Semua itu harus dibuat secara syura dan musyawarah yang menjadi pegangan parti PAS. Justeru itu, semua ahli PAS harus memiliki fikrah perjuangan yang sama dan berkongsi matlamat perjuangan Islam yang satu. Mencampur-baurkan perjuangan Islam dengan kepentingan peribadi dan duniawi akhirnya akan menyebabkan seseorang terlontar jauh daripada landasan yang digariskan oleh al-Quran dan as-sunnah.

APAKAH TUNTUTAN DAN KOMITMEN SEBAGAI AHLI PAS?


Penyertaan dalam PAS menuntut seseorang memberikan seluruh komitmen, tenaga dan jiwa raganya untuk menjayakan perjuangan Islam. Orang yang berjuang harus mempunyai nawaitu yang betul, keikhlasan dan kesungguhan untuk berkhidmat untuk agama dan ummah. Semua itu harus dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Setiap sumbangann yang diberikan kepada perjuangan Islam mempunyai nilaian dan pahala. Kalau ia dilakukan dengan niat yang betul maka ia akan menjadi satu ibadah. Kalau ia dilakukan dengan nawaitu yang songsang, yang bakal menantinya ialah padah dan musibah.Setiap muslim wajib menyertai perjuangan Islam dan dalam konteks negara kita, parti yang mempunyai perlembagaan Islam ialah PAS. Jadi, tidak ada sebab kenapa orang Islam menolak daripada menyertai PAS. Mereka harus bersama-sama dengan PAS dan mengajak saudara selslam mereka untuk turut serta untuk sama-sama melaksanakan Islam secara syumul dalam seluruh ruang kehidupan tanpa sebarang pengecualian.

KESIMPULAN


Setiap umat Islam harus mempunyai cita-cita walaupun sedikit untuk menegakkan Islam. Mereka juga mempunyai kewajipan untuk menyampaikan Islam meskipun dengan sepatah perkataan. Kalau mereka tidak mampu sampaikan melalui tangan atau perbuatan, mereka boleh melakukannya melalui perkataan atau lisan. Jikalau masih tidak mampu maka mereka sekurang-kurangnya perlu mendoakan di dalam hati. Berdasarkan kepada cita-cita tersebut, PAS ditubuhkan sebagai wadah dan wasilah untuk umat Islam menzahirkan cita-cita tersebut dalam bentuk yang nyata. Oleh itu, tidak ada alasan kenapa umat Islam tidak boleh merealisasikan cita¬cita tersebut dalam sebuah negara yang berbagai kaum dan agama ini apatah lagi bagi bilangan orang Islam yang majoriti. Umat Islam mempunyai ruang yang seluas-luasnya untuk melibatkan diri dalam parti PAS. Mereka boleh membantu Islam dengan membantu PAS. PAS adalah parti Islam, matlamatnya Islam, pendokongnya orang Is¬lam dan asas perjuangannya jelas IsIam. Mari sama-sama sokong PAS dan jom ramai-ramai sertai PAS.

DARI: JABATAN PENERANGAN PAS PUSAT

Sabtu, 11 Januari 2014

Isu Kalimah Allah oleh Ustaz Robby bekas Mubaligh Kristian




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selasa, 31 Disember 2013

Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya.


Allah Subhanahuwa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad shallallahu wasallam. Mentaati Allah bermaksud mentaati al-Qur’an al-Karim manakala mentaati Rasulullah bermaksud mentaati sunnahnya yang membentuk hukum syari‘at.  Firman Allah Subhanahuwa Ta‘ala:
Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]

Perintah ketaatan ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala kaitkan dengan sifat iman dan taqwa seseorang kerana iman dan taqwa tidak boleh berpisah daripada ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Firman-Nya:
Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman. [al-Anfal 08:01]


Persoalan keimanan sekali lagi dihubung-kaitkan dengan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]

Dalam ayat di atas kita dapati Allah Subhanahu Ta‘ala memerintahkan ketaatan kepada Ulil Amri juga, iaitu para ulama’ dan pemimpin negara. Akan tetapi perhatikanlah bahawa Allah tidak meletakkan perkataan ‘taat’ sebelum perkataan Ulil Amri sebagaimana Allah meletakkannya sebelum perkataan Allah dan Rasulullah. Ini tidak lain membawa maksud bahawa ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya adalah mutlak manakala ketaatan kita kepada Ulil Amri hanya apabila mereka melakukan perkara-perkara yang selari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.Hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita akan diberikan ganjaran Syurga sebagaimana janji Allah:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. [al-Nisa’ 4:13]


Mereka yang taat kepada al-Qur’an dan al-Sunnah akan bergembira di dalam Syurga bersama-sama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Salihin sebagaimana keterangan ayat berikut:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). [al-Nisa’ 4:69].


Lebih dari itu hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita dijanjikan Rahmat oleh Allah sebagaimana janji-Nya:


Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat. [‘Ali Imran 3:132].

Dengan mengikuti dan mencontohi sunnah Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kita akan memperolehi keampunan Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:


Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.”
[‘Ali Imran 3:31].

Dengan mentaati dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kita juga dijanjikan hidayah petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala:


Dan jika kamu taat kepadanya (Muhammad) nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk.
[al-Nur 24:54].


Dengan mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah dengan sebenar-benar taat dan ikhlas, seseorang muslim itu akan beroleh kejayaan dan kemenangan yang hakiki sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala melalui firman-Nya:
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan.Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah maka merekalah orang yang beroleh kemenangan. [al-Nur 24:51-52]


Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzab 33:36].


Allah ‘Azza wa Jalla juga mengingatkan umat Islam yang sengaja beramal dengan sesuatu yang tidak dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah bahawa amalan mereka itu akan menjadi batal. Amaran Allah dalam al-Qur’an:


Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada
Allah dan taatlah kepada Rasul,dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! [Muhammad 47:33].


Allah Ta‘ala juga mengingatkan umat Islam yang mengingkari ajaran serta perintah Rasul-Nya dengan amaran:


Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Muhammad), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya
. [al-Nur 24:63].


Amaran ini diteruskan kepada balasan api neraka kepada yang tetap berdegil dan enggan bertaubat. Mereka ini dijanjikan Allah dengan:


Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan  memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115].


Demikianlah peritnya azab yang dijanjikan Allah kepada mereka yang enggan mentaati ajaran al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Di kalangan umat Islam ada yang keterlaluan dalam mentaati ajaran mazhab sehingga mereka membelakangkan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Sikap seperti ini dikenali sebagai Syirik fi Tawhid al-Ittiba’ yang bermaksud menyekutukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai penyumber syari‘at dengan sesuatu yang lain.  Ini kerana ketaatan dalam hal syari‘at hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Apabila seorang manusia menjadikan manusia yang lain sebagai sumber syari‘at Islam yang ditaatinya, maka dia telah menjadikan sesuatu yang lain setaraf dengan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Yusuf al-Qaradhawi berkata:
Telah diketahui dengan pasti bahawa tidak ada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas …… Tindakan (mentaati ajaran mazhab) bererti menempatkan para imam mazhab sebagai pembuat syari‘at atau menganggap pendapat mereka sebagai dalil syari‘at yang tidak boleh dibantah …… sehingga menyerupai perbuatan para Ahli Kitab yang menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah.

Mentaati ajaran mazhab sehingga membelakangkan dalil al-Qur’an dan al-Sunnah adalah juga merupakan suatu perbuatan yang membatalkan iman seseorang berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Maka demi Tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau  (wahai Muhammad) hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah dihukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. [ al-Nisa’ 4:65]


Ayat ini menerangkan bahawa jika seorang Muslim itu tidak menerima atau merasa berat dan tidak rela dengan apa yang dihakimi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam urusan agama maka dia tidak disifatkan beriman.

Justeru itu kita sering dapati para imam mazhab yang empat sentiasa berpesan kepada umat Islam agar mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan mazhab dan ajaran mereka. Para imam mazhab juga berpesan agar ditinggalkan mana-mana ajaran mereka yang tidak tepat atau tersalah berbanding dengan keterangan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.


Mereka juga berpesan agar mana-mana hadis yang tidak mereka temui atau keluarkan hukum daripadanya, maka hendaklah diambil hadis tersebut dan diamalkan. Mereka juga berpesan agar jangan mentaati atau mengikuti secara membuta terhadap ajaran-ajaran mereka. Ketaatan dan sifat ikutan membuta sedemikian hanyalah dibolehkan kepada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.


Rabu, 25 Disember 2013

BAHAYA MEMANGGIL DENGAN KAFIR ATAU FASIQ




عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إِلَّا كَفَرَ وَمَنِ ادَّعَى مَا لَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ


Dari Abu Dzar, dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Tidak ada seorang lelakipun yang mengakui bapak kepada orang yang bukan bapaknya padahal ia tahu (kalau itu bukan bapaknya), kecuali dia telah kufur. Barangsiapa yang mengaku sesuatu yang bukan haknya, berarti dia tidak termasuk golongan kami dan hendaklah ia menempati tempat duduknya dari api neraka. Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh.


TAKHRIJ HADITS


Hadits dari sahabat yang mulia Abu Dzar Al Ghifari ini, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam shahihnya di dua tempat; kitab Al Manaqib, Bab Nisbatul Yaman Ila Isma’il, hadits no. 3317 dan kitab Al Adab, Bab Ma Yanha Minas Sibab Wal La’ni, hadits no. 5698 dan Imam Muslim dalam shahihnya, kitab Al Iman, Bab Bayan Hali Iman Man Raghiba An Abihi Wahua Ya’lam, hadits no. 214.


SYARAH HADITS


1. Sabda Rasulullah yang artinya: Tidak ada seorang lelakipun yang mengakui bapak kepada orang yang bukan bapaknya padahal ia tahu, kecuali dia telah kafir.


Mengakui orang lain sebagai orang tua kandung, padahal bukan orang tuanya termasuk dosa besar. Kebiasaan seperti banyak dilakukan oleh orang kafir Quraisy pada zaman dulu untuk mencari popularitas. Kemudian kebiasaan ini dilarang oleh agama Islam. Bahkan dalam hadits di atas, perbuatan seperti ini dianggap sebuah kekufuran. Kata kufur disini mengandung dua makna. Pertama, kafir yang sebenarnya jika perbuatan ini dianggap halal. Dan makna kedua, yaitu kufur (tidak bersyukur) terhadap nikmat, kebaikan, hak Allah dan hak orang tua.

Kekufuran yang disebutkan dalam hadits ini bukanlah kekufuran yang mengakibatkan seseorang murtad dari agama ini. Kata kufur disini, bermakna sama dengan kata kufur yang terdapat dalam sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.


أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ


Aku diperlihatkan neraka, tiba-tiba (aku lihat) kebanyakan penghuninya adalah perempuan yang kufur. Beliau ditanya,”Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab,”Mereka kufur kepada suami dan kebaikannya. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang diantara mereka selama setahun, kemudian melihat sesuat yang mengecewakan, dia akan berkata,’Saya tidak pernah melihat kebaikanmu sedikitpun’. [HR Bukhari].


Rasulullah menjelaskan kata kufur disini dengan kufur kepada suami dan kebaikan. [1]
Jadi orang yang mengakui orang lain sebagai bapaknya, padahal dia tahu itu bukan bapaknya, maka dia telah kufur terhadap orang tuanya. Padahal orang tuanya merupakan orang yang paling berhak padanya. Orang tuanya telah melahirkan, mendidik dan memeliharanya. Karenanya Allah meletakkan kewajiban bersyukur kepada kedua orang tua setelah kewajiban bersyukur kepada Allah. Sebagaimana firmanNya,

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ

Hendaklah kamu bersyukur kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. [Luqman :14 ]


2. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang artinya : Barangsiapa yang mengakui yang bukan haknya, berarti dia tidak termasuk golongan kami dan hendaklah ia menjadikan tempat duduknya dari api neraka.

Kata da’wa ( الدعوى ) , maksudnya seseorang mengakui sesuatu sebagai miliknya, haknya atau yang sejenisnya.
Sedangkan menurut syar’i, da’wa adalah mengaku berhak atas sesuatu yang sedang berada dalam tanggungan seseorang, atau berada di tangan orang lain atau yang sejenis nya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam diatas memiliki makna yang umum. Mencakup semua pengakuan, baik mengaku memiliki, mengaku berhak, mengaku anak atau yang lainnya. Semua itu masuk dalam pengertian hadits tersebut.

Adapun sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, berarti dia bukan golongan kami, maksudnya ialah ia tidak berada di atas sunnah kami dan tidak berada di atas jalan kami yang indah. Beliau tidak bermaksud mengkafirkan orang ini, meskipun secara dhahir ucapan ini mengkafirkan.

Dalam masalah pengakuan ini, terdapat juga hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

لَوْ أُعْطِيَ النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعَى


Kalau seandainya orang-orang itu diberi sesuai dengan pengakuan mereka, tentu mereka akan mengaku berhak atas darah atau nyawa orang dan harta orang, akan tetapi wajib atas orang yang mengaku mendatangkan bukti.

Maksudnya, jika seseorang diberikan hanya berdasarkan pengakuan saja, maka boleh jadi ada orang yang mengaku berhak atas nyawa seseorang dengan tuduhan sebagai pembunuh atau sejenisnya.

Maka wajib atas orang yang mengaku atau menuduh untuk mendatangkan bukti nyata dan wajib atas orang yang tertuduh itu bersumpah untuk membela diri, jika memang dia tidak benar.

Dalam hadits yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ

Penuduh wajib mendatangkan bukti dan orang yang tertuduh wajib bersumpah. [HR Tirmidzi].

Mengenai sabda Beliau, hendaklah dia menempati rumahnya dari api neraka, para ulama berpendapat, bahwa ungkapan itu berkisar antara do’a Beliau atau pemberitahuan. Tetapi dengan lafadz perintah. Imam Nawawi mengokohkan pendapat yang kedua, Beliau berkata, ”Itu pendapat yang paling jelas diantara dua pendapat.”

Maksudnya orang yang mengaku-ngaku terhadap sesuatu yang bukan haknya, maka dia akan mendapatkan balasan berupa tempat tinggal dari api neraka. Namun ini bukan berarti, bahwa balasan itu pasti akan didapatkan, karena boleh jadi ia bertaubat sebelum mati, lalu Allah menerima taubatnya dan mengampuni orang tersebut sehingga terbebas dari siksa.



3. Sabda Rasulullah yang artinya: Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh.

Dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda,

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ


Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Tidaklah seseorang menuduh orang lain dengan kata fasiq, dan menuduhnya dengan kata kafir, kecuali tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh jika orang yang tertuduh tidak seperti yang dituduhkan. [HR Bukhari]

Dua hadits diatas menjelaskan kepada kita bahaya ucapan kafir. Tuduhan kafir yang ditujukan kepada seorang muslim, pasti akan tertuju kepada salah satunya, penuduh atau yang dituduh.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا


Apabila ada seseorang yang mengkafirkan saudaranya (seiman-red) maka salah satu dari keduanya akan tertimpa kekufuran. [HR Muslim].

أَيُّمَا امْرِئٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلَّا رَجَعَتْ عَلَيْهِ

Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, “hai orang kafir,”
maka kata itu akan menimpa salah satunya. Jika benar apa yang diucapkan (berarti orang yang dituduh menjadi kafir); jika tidak, maka tuduhan itu akan menimpa orang yang menuduh.
[HR Muslim].


Jika panggilan itu keliru, artinya orang yang dipanggil kafir tidak benar kafir, maka kata kafir akan kembali kepada orang yang memanggil. Wal iyadzu billah. Jika benar, maka dia selamat dari resiko kekafiran atau kefasikaan, namun bukan berarti ia selamat dari dosa. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar. [2] Maksudnya, orang yang memanggil saudaranya dengan kata kafir atau fasiq, meskipun benar, namun boleh jadi ia menanggung dosa. Misalkan jika maksud dan tujuannya untuk mencela, membongkar aib orang di masyarakat atau memperkenalkan orang ini. Perbuatan seperti ini tidak diperbolehkan. Kita diperintahkan untuk menutupi aib ini kemudian membimbing dan mengajarinya dengan lemah lembut dan bijaksana. Sebagaimana firman Allah,

اُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ


Berserulah ke jalan Rabbmu dengan hikmah dan dengan nasihat yang baik. [An Nahl:125]
Selama masih bisa dibimbing dengan lemah lembut, maka jalan kekerasan tidak boleh ditempuh. Dan juga, panggilan kafir dan fasiq sering membuat orang menjadi marah. Lalu syaithan mendorongnya untuk terus-menerus melakukan perbuatan dosa. Sehingga kadang ada yang mengatakan,“Ya saya ini kafir,” kemudian terus-menerus berbuat dosa.

Adapun jika orang yang mengucapkan, hai kafir atau hai fasiq, bertujuan untuk menakut-nakuti orang yang dipanggil agar menghindari perbuatan-perbuatan dosa, atau untuk menasihatinya dan atau untuk menasihati orang lain agar menjauhi perbuatan yang dilakukan orang ini, maka orang ini jujur dan pada saat yang sama dia mendapatkan pahala.

BAGAIMANA DENGAN KEIMANAN YANG MENUDUH ?

Permasalahan yang muncul selanjutnya ialah keimanan orang yang memanggil saudaranya dengan kafir. Sesuai dengan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ


Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh. [HR Muslim].

لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ


Tidaklah seseorang menuduh orang lain dengan kata fasiq, dan menuduhnya dengan kata kafir, kecuali tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh, jika orang yang tertuduh tidak seperti yang dituduhkan. [HR Bukhari].


Apakah ia menjadi kafir sebagaimana dhahir hadits di atas ataukah tidak? Para ulama berbeda pendapat dalam menjelaskan makna maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh.


Pendapat Pertama mengatakan : Dia menjadi kafir jika diikuti dengan keyakinan halalnya mengkafirkan orang muslim.


Pendapat Kedua mengatakan : Yang kembali ke penuduh ialah dosa mencela dan mengkafirkan saudaranya.

Pendapat Ketiga mengatakan : Ini ialah haknya orang-orang Khawarij yang mengkafirkan kaum muslimin (karena melakukan dosa besar, pent). Pendapat ini dinukil oleh Qhadhi Iyadh dari Imam Malik bin Anas. Namun pendapat ini dilemahkan oleh Imam Nawawi, karena menurut pendapat yang shahih sebagaimana ucapan banyak ulama dan para pen-tahqiq, bahwa orang Khawarij tidak boleh dikafirkan, seperti juga semua ahlul bid’ah tidak boleh dikafirkan.

Pendapat Keempat mengatakan : Bahwa perbuatan mengkafirkan itu akan menyeret kepada ke-kufuran. Maksudnya, perbuatan ini (merusak kehormatan kaum muslimin dan mengkafirkan tanpa alasan yang benar), dapat menyeret pelakunya kepada kekufuran. Pendapat ini didukung oleh hadits yang diriwayatkan oleh Abu Awanah.

وَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَ إِلاَّ فَقَدْ بَاءَ بِالْكُفْرِ


Jika kenyaataannya sebagaimana ucapannya (maka dituduh kafir) dan jika tidak benar, maka dia kembali dengan membawa kekufuran.

Pendapat Kelima mengatakan : Bahwa yang kembali kepada penuduh ialah dosa mengkafirkan. Bukan kekufuran yang hakiki, tapi hanya dosa mengkafirkan, karena mengkafirkan saudaranya. Maka seakan-akan mengkafirkan dirinya sendiri atau mengkafirkan orang yang sama dengannya. Wallahu a’lam. [3]

Singkat kata, perkataan seperti ini sangat berbahaya untuk diucapkan. Sudah sewajarnya (seharusnya) kita berhati-hati menggunakan kalimat tersebut. Janganlah terburu-buru menggunakan kata kafir, fasiq atau yang sejenisnya. Karena kekufuran merupakan hukum syar’i yang berdasarkan nash-nash Al Qur’an dan As Sunnah. Janganlah mengkafirkan seseorang, kecuali yang telah dikafirkan oleh Allah dan RasulNya. Mengkafirkan seseorang karena perbedaan pendapat atau karena emosi merupakan dosa besar.

KESIMPULAN
Mengkafirkan seseorang harus berdasarkan dalil syar’i, yaitu dari Al Qur’an, Al Hadits yang shahih dan Ijma’. Disamping harus mengetahui syarat-syaratnya, juga harus mengetahui tentang ketiadaan hal-hal yang bisa menghalangi dari takfir (mengkafirkan). Karena takfir itu merupakan hukum syar’i yang memiliki syarat-syarat dan mawani’ (faktor-faktor yang menghalangi takfir). Jika syarat-syarat sudah terpenuhi dan mawani’ sudah tidak ada lagi, maka barulah seseorang itu boleh dikafirkan dan boleh dianggap murtad dari Islam. Tidak semua orang yang melakukan perbuatan kufur itu kafir. Karena boleh jadi dia melakukannya karena tidak mengetahui, bila itu merupakan perbuatan kufur. Wallahu a’lam.

PELAJARAN DARI HADITS
• Larangan mengakui orang lain sebagai oang tua kandung (Adopsi, admin).
• Perbuatan seperti ini termasuk kekufuran yang mengakibatkan pelakunya bisa masuk neraka, kecuali jika ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya.

• Larangan mengakui sesuatu yang bukan haknya.
• Larangan mencela kaum muslimin dengan berbagai macam celaan. Seperti menyebutnya kafir atau fasiq.

• Peringatan agar kita waspada terhadap penggunaan kata kafir atau sejenisnya yang dapat merusak harga diri seorang muslim.
Maraji’
- Syarah Sahih Muslim, oleh Imam Nawawi.
– Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari, oleh Al Hafidz Ibnu Hajar.
– Majalah Al Furqan, edisi 172 dan 173.
[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 02/Tahun VII/1420H/1999M ]

_______
Footnote
[1]. Lihat Syarah Shahih Muslim, 2/237
[2]. Fathul Bari, Kitabul Adab, 12/84
[3]. Lihat Syarah Shahih Muslim, oleh Imam Nawawi, 2/237




Selasa, 24 Disember 2013

Wahabi Konspirasi Yahudi Menghancurkan Islam Dari Dalam


Apa itu Wahabi?

Wahabi merupakan suatu pemahaman yang di asaskan oleh Muhammad Ibn Abdul Wahab, faham ini di nisbahkan kepada nama bapaknya Abdul Wahab sebagai Wahabi tidak kepada namanya sendiri sebagai Muhammadi, ini adalah sebagai ijtihad para ulama supaya umat islam tidak keliru dengan ajaran islam sebenarnya yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Muhammad Ibn Abdul Wahab 1701-1793) lahir di kampung Ainiya Najd Arab Saudi, ibnu Abdul Wahab adalah seorang yang lemah pikirannya dan gagap, ayah dan abangnya menganggapnya sebagai anak yang tidak siuman. Ibnu Abdul Wahab sangat terpengaruh dengan ajaran Ibn Taimiyah yang mengasaskan pemahaman mujassimah. Kemudian dia mengembara dan belajar di Basrah berguru kepada Syeikh Muhammad Al Majmui, Syeikh Muhammad Al Majmui adalah Mr. Hempler, Yaitu seorang orientalis dan agen Yahudi dari British. Dia adalah seorang fakar ilmu Islam berbahasa Arab, Turki, Parsi dan lama mempelajari Islam di Turki dan Iraq, Mr. Hampler memberikan Ibn Abdul Wahab dengan hadiah kahwin mutaah 2 orang agen perempuan Yahudi yang menyamar sebagai muslimah maka akan lebih mudah Yahudi mencatur Ibnu Abdul Wahab dengan semaunya, mengajarkan aliran baru dalam Islam sesuai dengan perancangan Yahudi. Dengan ajaran baru itu Ibnu Abdul Wahab. Kembali ke kampung halamannya namun di tentang dan di usir oleh bapaknya yang seorang ulama sunny.

Ulama Thaghut Saudi Saya Tidak Menyarankan Para Pemuda Pergi Jihad Ke Suriah

RAJA SAUDI

Ahad, 22 Disember 2013

Diari Untuk Ahmad Ammar - Universiti Sains Malaysia (Video Penuh)

Video Sajak
Inilah Sajak Jalaluddin Ar-Rumi bertajuk Ketika Aku Mati yang dideklamasikan oleh pakcik Şehıdımız
MENZIARAHI PUSARA ANAKANDA



Jalaluddin Ar-Rumi - "Ketika Aku Mati"

Ketika aku mati
Ketika keranda jenazahku dibawa keluar
Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini
Jangan kau titiskan airmata
Jangan kau mengeluh atau menyesal
Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan

Ketika kau melihat jenazahku diusung
Jangan kau tangisi kepergianku
Aku bukannya pergi
Aku baru tiba menemui cinta yang abadi

Ketika kau tinggalkan aku di kubur
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai
Yang melindungi syurga di sebaliknya
Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad

Sekarang saksikanlah aku bangkit
Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam
Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari
Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma

Ketahuilah...
Ketika kuburan mendakap dirimu
Saat itu jiwamu benar-benar bebas

Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi,
tidak menumbuhkan kehidupan baru?
Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia?

Apakah kau pernah melihat timba yang diturunkan ke dalam telaga,
dinaikkan kembali tanpa ada apa-apa di dalamnya?

Mengapa meratap untuk jiwa yang pergi?
Sedangkan dia akan kembali seperti Yusuf muncul dari telaga.

Ketika untuk kali terakhir kau menutup mulutmu
Kata-kata dan jiwamu akan menjadi milik dunia