Berikut adalah tempat-tempat yang banyak dikunjungi syaitan, di antaranya:
1. TEMPAT ISTIREHAT UNTA
Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW: "Solatlah
kalian di tempat peristirahatan (kandang) kambing dan janganlah kalian
solat di tempat peristirahatan (kandang) unta kerana sesungguhnya unta
itu diciptakan dari syaitan." [HR Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya)]
Berkata
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan
di dalam "Majmu Fatawa" (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab
dilarangnya solat di tempat peristirahatan unta. Yang benar bahawa
penyebab (dilarangnya solat) di kamar mandi, tempat peristirahatan unta
dan yang semisalnya adalah kerana itu adalah tempat-tempat para syaitan.
2. TANDAS & BILIK MANDI
Dari Zaid bin Arqam r.a., bahawa Rasulullah SAW, bersabda: "Sesungguhnya
tempat-tempat buang hajat ini dihadiri (oleh para syaitan, pen), maka
jika salah seorang dari kalian hendak masuk kamar mandi, ucapkanlah "Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari syaitan laki-laki dan
syaitan perempuan." [Ahmad (4/373), Ibnu Majah (296), Ibnu Hibban ( 1406), Al Hakim (1/187)]
الْخُبُثِ adalah syaitan laki-laki dan الْخَبَائِثِ adalah syaitan perempuan. Demikian banyak orang yang terkena gangguan jin adalah di tandas-tandas.
3. LEMBAH-LEMBAH
Sesungguhnya
jin dan syaitan mengunjungi lembah-lembah dan tidak di pergunungan.
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam "Majmu Fatawa"
(19/33): "Lembah-lembah
adalah tempatnya kaum jin kerana sesungguhnya mereka lebih banyak
ditemukan di lembah-lembah daripada di dataran tinggi."
4. TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH / KOTORAN
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam "Majmu Fatawa" (19/41): "(Para syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti kamar mandi dan tandas, tempat sampah, kotoran serta perkuburan."
5. KAWASAN PERKUBURAN
Telah datang dari hadis Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW, bersabda: "Permukaan bumi itu semuanya masjid (boleh dijadikan tempat untuk bersolat, pen) kecuali perkuburan dan kamar mandi." [HR Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251)]
Berkata
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan
di dalam "Majmu Fatawa" (19/41) ketika berbicara tentang tempat-tempat
jin: "Pada
perkuburan itu terdapat sarana menuju kesyirikan sebagaimana perkuburan
juga menjadi tempat mangkalnya para syaitan (Lihat ucapan beliau
sebelumnya). Para syaitan menuntut orang yang hendak menjadi tukang
sihir untuk selalu tinggal di perkuburan. Dan di sanalah para syaitan
turun mendatanginya dan tukang sihir itu bolak balik ke tempat ini. Para
syaitan menuntutnya untuk memakan sebahagian orang-orang mati.”
6. TEMPAT YANG TELAH ROSAK & KOSONG
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam "Al Adab Al Mufrad" (579) dari Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW, berkata kepadaku: "Janganlah
kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di
tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di kuburan."
Hadis
ini hasan. Berkata lebih dari satu ulama bahawa Al Kufuur adalah tempat
yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang
lalu di situ. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang
disebutkan dalam "Majmu Fatawa" (19/40-41) ketika berbicara tentang jin:
"Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemukan di tempat yang telah rosak dan kosong."
7. LAUTAN
Dalam hadis Jabir r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya
iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di
atar air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” [HR Muslim (2813)]
Dan
juga datang dari hadis Abu Musa r.a. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban
dan yang lainnya dan hadis ini sahih. Sebahagian ulama menyebutkan
bahawa lautan yang dimaksudkan ialah samudera "Al-Haadi" kerana di
sanalah tempat berkumpulnya semua benua.
8. CELAH-CELAH BUKIT
Telah datang hadis Ibnu Sarjis r.a. dia berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Janganlah salah seorang diantara kalian kencing di lubang…"
Mereka berkata kepada Qatadah: "Apa yang menyebabkan dibencinya kencing di lubang?" Dia berkata: "Disebutkan bahawa itu adalah tempat tinggalnya jin".
Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An-Nasai (34),
Al-Hakim (1/186) dan Al-Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang
membenarkan bahawa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a.
(Lihat kitab "Jami' At Tahshiil.)
Hadis ini disahihkan oleh Al-Walid Al-Allamah Al-Wadi'i dalam "Ash Shahih Al Musnad Mimma Laisa fii Ash Shahihain" (579).
9. TEMPAT-TEMPAT KESYIRIKAN, BID'AH DAN MAKSIAT
Para
syaitan mengunjungi setiap tempat yang di dalamnya manusia melakukan
kesyirikan, bid'ah dan kemaksiatan. Tidaklah dilakukan kebid'ahan dan
penyembahan kepada selain Allah SWT, kecuali syaitan melakukan kejahatan
yang cukup besar di dalamnya dan memesongkan para pelakunya.
10. RUMAH-RUMAH YANG DIDALAMNYA MAKSIAT BERLELUASA
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar."
[HR Bukhari (3226) dan Muslim (2106) dari hadis Abu Thalhah dan Aisyah
Radhiyallahu 'anhuma dan datang pula dari para sahabat yang lain).
Jika
malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk kerana
malaikat adalah tentara-tentara Allah SWT yang diutus untuk menjaga kaum
mukminin dan menolak kemudaratan dari mereka. Termasuk kebodohan adalah
jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan
masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan
zikir kepada Allah SWT, ibadah serta membaca Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah
kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai perkuburan kerana
sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan
Surah Al-Baqarah." (HR. Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya)
11. PASAR-PASAR
Telah datang dari Salman r.a., berkata: "Janganlah
engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan
jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana
pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan di sanalah
ditancapkan benderanya." [HR Muslim (2451)]
Ucapan ini memiliki hukum marfu (disandarkan kepada Rasulullah SAW, pen). Yang dimaksud dengan ا لمعر كة dalam kata " معركة الشيطان
" adalah tempat peperangan para syaitan dan mereka menjadikan pasar
sebagai tempat perang tersebut kerana dia mengalahkan majoriti
penghuninya disebabkan kerana mereka lalai dari zikrullah dan gemar
melakukan kemaksiatan.
Dan ucapannya " وبها ينصب رايته
" (dan dengannya dipasang benderanya), untuk menunjukkan perbuatan
syaitan untuk melaga-lagakan sesama manusia. Oleh kerana itu, pasar
merupakan tempat yang dibenci oleh Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar." [HR Muslim (671)]
Demikianlah syaitan-syaitan berkumpul di tempat-tempat yang di dalamnya banyak berlakunya perbuatan maksiat dan kemungkaran.
12. JALAN-JALAN / LORONG-LORONG
Dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika telah datang malam, maka cegahlah anak-anak kalian untuk keluar kerana sesungguhnya jin itu berkeliaran dan melakukan penculikan. Matikan lampu di saat tidur kerana sesungguhnya binatang fasik itu kadang-kadang menarik sumbu lampu sehingga membakar penghuni rumah tersebut." [HR Bukhari (3303) dan Muslim (2012)]