Hindarkan Sifat Malas Dalam Perjuangan PAS
Saydatuna Aishah r.a.h pernah ditanya oleh para sahabat Rasulullah ﷺ mengenai gambaran akhlak Baginda Nabi. Maka dijawab oleh Ummu al-Mukminin, “Akhlak baginda Nabi ialah akhlak al-Quran” {كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ}. Jawapan ini sudah menjelaskan kepada kita pengertian akhlak yang sebenar menurut ajaran Nabi Muhammad ﷺ. Perkara ini perlu diperbetulkan oleh kerana ramai masyarakat hari ini keliru tentang pengertian akhlak. Sedangkan ciri-ciri akhlak itu mestilah bersifat syumul sebagaimana lengkapnya ajaran al-Quran.
Rasulullah ﷺ adalah sebagai contoh praktikal kepada akhlak Islam. Akhlak Baginda Nabi ﷺ adalah al-Quran sehingga ia dipuji oleh Allah Ta’ala sebagai orang yang memiliki akhlak yang tinggi. Akhlak berada di tahap yang tinggi dalam Islam. Bahkan ia adalah binaan asasi dalam Islam bersama Syariat dan Aqidah. Akhlak adalah syarat yang asasi untuk masuk ke dalam syurga dan jatuh dari api neraka. Bagaimanapun seseorang itu tidak cukup mengaku berakhlak jika seandainya menghayati dalam bentuk nisbi.
Kefahaman ini mesti dibetulkan, kerana masyarakat hanya faham akhlak menurut perspektif norma masyarakat. Misalnya, orang itu dipandang berakhlak kerana dia rajin berpuasa sunat sedangkan dia menentang perjuangan Islam. Ini tidak berakhlak. Tidak cukup dengan hanya solat dan puasa tetapi hubungannya dengan manusia tidak dijaga. Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ mengenai seseorang yang menunaikan solat dan berpuasa tetapi menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Lalu Baginda ﷺ menjawab:
لا خَيْرَ فِيهَا، هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ
“Tiada kebaikan dari perbuatannya, dia termasuk ahli neraka...”
Malas bukan sifat nabi dan pejuang terdahulu dan tidak sepatutnya menjadi pakaian kita pejuang PAS.
Malas juga adalah sifat orang yang tidak berakhlak. Oleh itu sifat malas bukan satu sifat yang mulia menurut ajaran Nabi yang menekankan agar umatnya berusaha. Nabi mengajar di dalam doanya supaya sifat malas tidak menimpa umatnya:
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
“...Dan aku memohon perlindungan-Mu (Ya Allah) daripada sifat lemah dari malas...”
Hal ini kerana malas itu adalah sifat simbiotik dalam diri manusia. Kerana itu Rasulullah mengajarkan umatnya agar dilindungi daripada sifat malas khususnya dalam agenda yang lebih besar dalam mendaulatkan Islam. Sesungguhnya sifat manusia tidak pernah tetap dalam satu keadaan, tidak pernah merasa tenang dalam sesuatu suasana. Ia sentiasa terumbang-ambing oleh perkara baharu, bahkan gemar sekali berubah-ubah dalam seribu macam corak atau menampakkan diri dalam seribu juta ragam. Firman Allah:
وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ
“Di kala manusia itu ditimpa sesuatu bahaya ia lalu memohon kepada Kami, baik waktu tidur, duduk atau berdiri. Tetapi di kala Kami telah melepaskan kesukaran, ia lalu melakukan apa-apa yang seolah-olahnya tidak pernah bermohon kepada Kami untuk menghilangkan kesukarannya tadi.” (surah Yunus, ayat 12 )
Dalam surah al-Ma’arij ayat 19-23 pula Allah berfirman:
إِنَّ الإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا. إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا. وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا. إِلاَّ الْمُصَلِّينَ. الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلاتِهِمْ دَائِمُونَ
“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap (istiqamah) mengerjakan solatnya.”
Sifat malas tidak mendatangkan produktiviti yang baik sama ada untuk diri atau jemaah. Amat malang sekiranya ahli PAS atau pemimpin PAS yang malas untuk melaksanakan amanah parti. Hari ini keprihatinan mendesak ialah parti memerlukan ahli (termasuk pemimpin ) yang rajin bekerja untuk kepentingan Islam. Parti berhadapan dctigan ancaman daripada berbagai sudut maka memerlukan ahli yang rajin memikirkan gerak kerja supaya matlamat perjuangan tercapai.
Islam tak akan sampai ke sini jika ada sifat malas. Kalaulah pedagang dari kepulauan India bersifat malas, duduk di rumah saja atau datang utk berniaga saja dan tak tidak menyebarkan dakwah...munkin juga kita masih menyembah patung dan sebagainya..
Kalau malas maka semua tidak menjadi. Malas belajar apakah seorang pelajar boleh mencapai kejayaan yg diharapkan ?.. begitu jugalah dalam perjuangan menegak kalimah Allah dimuka bumi sifat malas tidak seharusnya menjadi pilihan pejuang.
Pedagang datang ke Malaysia sebarkan islam, hasilnya kita tauhid kpd Alllah. Jauh dari menyembah patung berhala..
Sifat malas wajib kita jauhi..
Malulah kita, sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita untuk meneruskan perjuangan Nabi ﷺ tiba-tiba kita menjadi ahli dan pemimpin yang malas. Walaupun perjuangan kita suci, jika kita malas Allah tidak bantu untuk kemenangan. Kita mesti malu dengan pihak yang menyaingi kita, yang bekerja siang malam, walaupun perjuangan mereka untuk melawan kebenaran. Konspirasi musuh-musuh terhadap Islam dan ummahnya akan berterusan dan sesungguhnya ia akan berlanjutan sehingga Allah menentukan keputusannya. Pun begitu ia menuntut pejuang Islam untuk terus bekerja.
Pembelaan terhadap maruah kaum muslimin adalah suatu tugas yang wajib dan bekerja untuk mengembalikan semula maruah Islam ini dan kegemilangan ummahnya adalah suatu tugas wajib bagi setiap Muslim yang telah menyerah dan meletakkan ketaatannya kepada Allah dan Rasul. Firman Allah:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
“Dan hendaklah ada dari kalangan kamu suatu kumpulan umat yang menyeru kebaikan, mengajak kemakrufan dan mencegah kemungkaran...” (surah Aali-Imran, ayat 104)
Bekerja untuk kemenangan Islam hendaklah sentiasa dimuhasabah agar ia sentiasa selaras dengan tuntutan ilmu dan akhlak Islam. Demi menjamin keberkesanan gerakan dakwah dan perjuangan Islam, kerja yang tersusun dan berterusan dalam gerakan adalah merupakan faktor yang terpenting.
Tiada lorong di Mekah yang tidak diziarahi Baginda Rasulullah utk Baginda seru kaumnya..hasilnya islam sampai kepada kita. Nabi Nuh tidak malas dan kecewa, NABI Nuh berdakwah siang malam walau tak ramai mengikut lebih kurang 85 org dlm masa 950 tahun seperti dinukilkan dlm quran.
Jangan dikata tiada kerja nak buat dalam jamaah ni, Banyak kerja yg boleh dilakukan dan perlu dibuat, siapa yang kata tak ada kerja nak buatlah dalam PAS ni..dia penipu besar dan menipu diri sendiri. Buatlah kerja asalkan membawa kebaikan. Setiap kita ada penjuru yg boleh disumbangkan kpd perjuangan ini. Jangan jadi penganggur kpd perjuangan ini dan bersikap tunggu dan lihat dan biarlah orang lain buat.
Yang tak buat kerjalah selalunya yg ada masa utk mencari kesilapan dan memperlekeh kawan seperjuangan sebab tidak merasa susah payah perjuangan.. dan asyik mencari kelemahan. Yang tak buat kerja dan malas inilah selalunya akan jadi pengkritik dan pencari kesalahan org dalam jemaah.. lupa pada diri sendiri.
Kita tak akan jumpa seorang yang sempurna eg nak cari isteri sempurna 100%, tak kan munkin. Yang cantik melecun tapi munkin tak reti kemas rumah pula. Yang pandai mengemas rumah munkin tapi tak reti masak...begitu juga dalam jemaah pun tiada yg sempurna bahkan sepatutnya.. Dlm jemaah saling tampung menampung , saling membantu, bukan mengkritik saja..tak akan boleh membawa kemajuan parti.
Pemikiran yang silap setengah ahli PAS
1. Aku tak pandai ceramah tak boleh sumbang,
2. Aku kena pegang jawatan pusat, kawasan bukan jawatan rendah dicawangan
3. Aku dah tua, biar org muda jelah buat
Sepatutnya gunakan sepenuhnya semua cabang dan alat dlm PAS utk keberhasilan kerja jamaah eg
K-10 incharge pegang kita belum berjaya buat cari 10 org utk lihat kecenderungan sokongan
Bukan semua ahli perlu berceramah kesana kemari, buat itu dan ini tetapi buat atas kemampuan.. tetapi jangan malas. Yang ada cadangan dan idea sumbang idea. Yang punya kepakaran dlm pendidikan Yang kerja kerajaan dan munkin tak boleh terjun secara terus munkin hanya mampu beri sumbangan duit jangan pula kedekut. Yang boleh jaga PASTI buat terbaik jangan serah sepenuhnya kepada guru Pasti yg mendapat elaun yg tak seberapa disetengah tempat, Pemuda perlu pantau sebab Pasti dibawah pemuda.
Jangan wal hasil kerja semua tak menjadi disebabkan orang yg sama memegang berbagai potfolio, tugas dan jabatan dalam PAS dan kerja tak jalan bukan disebabkan dia tak berkebolehan tetapi sebab terlalu banyak pegang jawatan dek kerana orang lain lihat saja tak mahu buat disebabkan sifat malas.
Orang yang rajin walau pun tak cerdik akhirnya jadi hebat dlm jemaah.. tapi yg malas walau pun pandai tidak akan kemana dalam jemaah ini.
Walau pun PAS dasarnya betul tapi kalau kita malas akan kalah juga. Dikalahkan oleh oleh yg batil dek kerana kerja terancang dan rajin mereka.
Beza PAS dgn UMNO sebab ambik Islam dgn kesyumulannya. Bagi UMNO Islam sebagai modal pilihan raya. e.g Malay Dilema
Mahadir dia tulis dan ungkit program perikatan guna agama dalam pilihan raya tapi lepas jadi PM itulah yg dibuat oleh beliau
Punca sifat malas dalam diri:
1. Memang sifat malas diri i.e jenis pemalas eg nak urus diri pun malas eg sikat rambut pun malas, nak mandi pun malas
2. Sikap biar suruh org lain buat eg SU buat jadi aku tak payah buat. Bila semua orang harap orang lain buat dia tak buat satu kerja tak jalan.. satu kerugian kpd jemaah.
3. Berkawan dengan org malas - penyakit malas berjangkit darì berkawan dgn sipemalas eg ketua JPRu dah lama suruh buat tapi masih sibuk di kedai kopi
4. Tidak rasa bersalah sedangkan dia istirehat di rumah
5. Tidak mahu turun status eg nak pegang jawatan atas saja
6. Tak ingat bekalan utk mati - satu amalan soleh eg ujudkan PASTI memberi manafaat kpd masyarakat.
Melayu sebagai teras politik Malaysia
Malaysia multi racial jadi kita perlu politik matang dan sejahtera. DAP tak boleh memerintah Malaysia tetapi dia boleh jadi play maker. Masihkah kita bersikap malas?
Kita berjuang bukan kerana orang tapi sebab dasar perjuangan.
Marilah berubah menjadi Rajin.Tinggalkan sifat dan perangai Malas....
Ahli PAS masih beruntung, kerana mempunyai ikon tok guru yang gigih bekerja walaupun uzur dari segi fizikal tetapi mempunyai semangat yang sangat tinggi. Mereka bekerja mengalahkan orang muda. Kehidupan mereka adalah mewakafkan diri untuk perjuangan Islam. Inilah pemimpin yang berakhlak, laksana apa yang mereka kata. Terus berjihad dan bekerja tanpa jemu-jemu. Sabar menghadapi kritikan musuh dan karenah ahli.
Wallahu alam.