Pada Rabu 6 April 2016 = 27 Jamadil Akhir 1437H, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di 11 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11.
Pengisytiharan yang dibuat oleh Yang Berhormat (YB) Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang menyaksikan PAS menawarkan calon-calon yang berkaliber dan berdaya saing terdiri daripada anak tempatan dan pelbagai latarbelakang. Pesuruhjaya PAS Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee mendahului senarai tersebut dengan diamanahkan bertanding di kerusi DUN N74 Pujut.
Calon-calon PAS kali ini terdiri dari gabungan profesional, aktivis dan agamawan serta campuran tokoh berpengalaman dan anak muda (5 orang darinya berusia di bawah 40 tahun dengan yang termuda berusia 26 tahun). Lebih menarik PAS turut menampilkan seorang calon wanita dan seorang calon bukan Islam berbangsa Iban dalam Pilihanraya Negeri kali ini.
Turut hadir dalam Majlis Pengisytiharan Calon PAS Sarawak tersebut termasuklah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden), YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden), YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah (Naib Presiden), YB Dato' Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung), Dato' Mustafa Ali (Ketua Pengarah Pilihanraya), Sdr Mukhtar Suhaili (AJK PAS Pusat dan Setiausaha PAS Sarawak), pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Sarawak dan ahli serta penyokong PAS.
Berikut merupakan calon-calon PAS yang telah diumumkan beserta profail mereka:
✅ N74. PUJUT
▶ Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee
Jawatan Dalam PAS: Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri
Umur: 51 Tahun
Bangsa: Melayu Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Miri, Sarawak
Pendidikan: Advanced Diploma Pengurusan Logistiks, The Chartered Institute of Logistics and Transport, UK.
Pengalaman Kerjaya: Penyelia Pengurusan dan Perancangan Penyelenggaraan, Syarikat Minyak & Gas Nasional.
✅ N72. LAMBIR
▶ Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Jawatan Dalam PAS: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 32 Tahun
Bangsa: Kedayan-Jawa
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Limbang, dan menetap di Miri, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Eksekutif IT PETRONAS.
✅ N70. SAMALAJU
▶ Engr. Zharudin Bin Narudin
Jawatan Dalam PAS: Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 31 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Selangor (UNISEL)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Jurutera Malaysia LNG Sdn. Bhd.
✅ N67. JEPAK
▶ Tuan Haji Kiprawi Bin Aman
Jawatan Dalam PAS: Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu
Umur: 67 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens, Universiti Malaya (UM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Kerajaan
Anugerah: Dikurniakan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Kerajaan Negeri Sarawak (PPS).
✅ N60. KAKUS
▶ Encik Clement Bayang
Jawatan Dalam PAS: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak
Umur: 59 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Kristian
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pengalaman Kerjaya: Tuai Rumah (Ketua Kaum), Petani dan Seniman
Pengalaman Politik: Pernah bertanding di Kerusi DUN Kemena.
✅ N29. BETING MARO
▶ Cik Hamidah Binti Mokhtar
Jawatan Dalam PAS: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak
Umur: 26 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Bujang
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan Muda, Pengarah Butik Pakaian Muslimah.
✅ N27. SEBUYAU
▶ Ustaz Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad
Jawatan Dalam PAS: Aktivis PAS di Sebuyau di bawah PAS Kawasan Batang Lupar
Umur: 44 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Kpg Seberang, Sebuyau, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Pendakwah Bebas.
✅ N24. SADONG JAYA
▶ Cikgu Asan Bin Singkro
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batang Sadong
Umur: 63 Tahun
Bangsa: Melayu-Bugis
Keluarga: Berkahwin dan 5 orang anak
Asal: Sadong Jaya, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Sains/ Master Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Guru dan PPD, kini Pensyarah Sambilan.
✅ N16. MUARA TUANG
▶ Encik Zulkipli Bin Ramzi
Jawatan Dalam PAS: Bendahari & Setiausaha Kerja (SUK) Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kota Samarahan
Umur: 38 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Niah, Miri dan kini menetap di Kota Samarahan, Sarawak
Pendidikan: Diploma Elektronik Industri dan Instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal Sarawak (YDTC)
Pengalaman Kerjaya: Peniaga dan Pekerja Swasta.
✅ N7. SAMARIANG
▶ Ustaz Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi
Jawatan Dalam PAS: Penyelaras Urusan Ulamak PAS Kawasan Petrajaya, Pengerusi Lajnah Tarbiyah dandan Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
Umur: 30 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Diploma Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran JAKIM & Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar As-Shariff, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Imam dan Khatib Masjid, Qari Al-Quran dan Pendakwah Bebas.
✅ N4. PANTAI DAMAI
▶ Encik Zainal Abidin Bin Yet
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Yang Dipertua (TYDP) dan Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Santubong
Umur: 49 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Sijil Pelajaran LCE
Pengalaman Kerjaya: Pekerja Swasta.
TAWARAN SEJAHTERA PAS UNTUKMU SARAWAK MENJELANG PRN SARAWAK KALI KE-11
Berikut merupakan Tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11 yang telah dilancarkan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang pada Sabtu, 12 Mac 2016 = 3 Jamadil Akhir 1437H di Kuching, Sarawak.
✅ TUJUAN PAS MENYERTAI PRN SARAWAK
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) komited dan konsisten untuk:
1⃣ Menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan yang pelbagai kepada rakyat Sarawak memilih mana-mana calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN).
2⃣ Memperkukuhkan sistem semak dan imbang dalam urus tadbir negeri Sarawak melalui penyertaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, seterusnya memantau perjalanan pentadbiran negeri melalui DUN.
✅ TAWARAN PAS SARAWAK
1. PAS Sarawak akan MEMPERTAHANKAN HAK ANAK NEGERI SARAWAK sebagaimana yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyokong dan mendokong usaha mempertahankan hak tersebut mengikut saluran undang-undang dan demokrasi sedia ada.
2. PAS Sarawak komited MEMELIHARA HAK PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA di negeri Sarawak. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS tidak akan memberi ruang kepada isu-isu yang mengganggu-gugat hak setiap kaum dan agama di negeri ini dengan mengamalkan budaya harmoni dan sejahtera.
3. PAS Sarawak KONSISTEN MENUNTUT ROYALTI 20% MINYAK DAN GAS. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan konsisten menuntut hak tersebut dikembalikan kepada rakyat Sarawak secara adil dan saksama.
4. PAS Sarawak TEGAS DALAM CAPAIAN MENYELURUH KEMUDAHAN ASAS RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyuara dan memperjuangkan hak tersebut untuk dilaksanakan secara menyeluruh untuk rakyat Sarawak.
5. PAS Sarawak SEDIA MENDENGAR ADUAN RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menubuhkan Pusat Aduan Rakyat yang aktif di DUN PAS menang dengan komitmen mendengar suara dari seluruh lapisan masyarakat di DUN berkaitan.
✅ KERUSI-KERUSI DUN
PAS Sarawak in shaa Allah akan bertanding di 11 Kerusi DUN berikut:
1. Samariang
2. Pantai Damai
3. Muara Tuang
4. Sadong Jaya
5. Sebuyau
6. Beting Maro
7. Kakus
8. Jepak
9. Samalaju
10. Lambir
11. Pujut
✅ PENUTUP
✳ Sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, PAS sentiasa beramanah, berintegeriti dan berpegang kepada janji. Sekiranya calon-calon PAS terpilih sebagai ADUN, kami akan berusaha sedaya-upaya menyempurnakan kesemua tawaran yang telah dijanjikan.
Dikeluarkan Oleh:
Mukhtar Hj. Suhaili,
Setiausaha,
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS).
(Sebarang pertanyaan, maklumbalas dan hal-hal berkaitan PRN Sarawak, sila hubungi Sdr Mukhtar Suhaili, Setiausaha PAS Negeri Sarawak selaku Jurucakap Rasmi PAS bagi PRN Sarawak Kali Ke-11 di talian +6016-2339117).
Selasa, 26 April 2016
Sabtu, 23 April 2016
MENGHAYATI POLITIK MATANG
Pepatah Arab ada mengatakan, "penduduk Mekah lebih tahu segala lorong dan lurahnya". Maka kenyatan Dr Zakir Naik secara ikhlas perlu dilihat mengikut pengamatan kita sendiri, di samping kita menghormati keilmuannya dalam bidang perbandingan agama, dalam masa yang sama menunjukkan betapa beliau juga menjadi pengamat politik yang peka terhadap ummatnya, menunjukkan beliau seorang yang tidak memisahkan politik daripada agama dan dakwah.
Beliau bukan sahaja memahami perbandingan agama-agama dengan Islam, bahkan beliau memahami perbandingan Islam dengan Ideologi. Oleh kerana itu beliau mencadangkan kerjasama PAS dan Umno berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
PAS sudah lama meletakkan Al-Quran, As-Sunnah bersama Ijmak Ulamak dan Qias yang nyata menjadi rujukan tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) PAS (Fasal 5). Bagi merealisasikannya secara kenyataan PAS mewujudkan Majlis Syura Ulamak yang bukan hanya mengiyakan semua keputusan PAS Pusat, bahkan boleh membatalkannya sekiranya menyanggah hukum tertinggi.
PAS telah berjaya melaksanakan politik matang sejak dahulu sehingga sekarang, menjadikan PAS tidak mencetuskan ketegangan dalam satu Negara, satu Ummat, satu Bangsa dan satu Masyarakat Majmuk, menjadikan PAS tidak terikut-terikut dengan parti-parti lain, termasuk Parti Islam di luar negara.
Mereka yang mengikut PAS secara tumpangan tanpa membaca sejarah dan menghayati dasar dan konsepnya, pasti terpelanting atau dicampak keluar daripada PAS.
PAS berpengalaman melaksanakan kerjasama dengan semua pihak, kumpulan Islam dan bukan Islam, bersama kerajaan dan pembangkang, diperingkat negeri dan pusat.
PAS pernah meyertai persidangan APRO ASIA bersama UMNO dan beberapa perbincangan di zaman penjajahan dan PAS bersendirian selepas kemerdekaan, bersama kerajaan campuran pada tahun1973 dan bersama menubuhkan Barisan Nasional pada tahun 1974 dan menyertainya sehingga 1979.
Semua pelaksanaan pendekatan tersebut dengan muzakarah para ulamak dan pimpinan di peringkat tertinggi mengikut perhitungan Islam dan politik. Kebiasaannya, pendekatan dan strategi dahulu tidak diulangi dengan cara yang sama, kerana perlu dipelajari segala kesilapan dan kelemahannya.
Amat penting bagi perjuangan Islam seperti PAS ialah memandu ummat dan negara, bukannya menjulang tokoh dan kumpulan tertentu. Terkini PAS mengambil pendekatan kerjasama dan membangkang secara terpilih dengan konsep "Ta’awun Siyasi" berpandukan konsep umum yang ditegaskan di dalam Al-Quran :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Bertolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa dan jangan sekali-kali bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan."
(Surah Al-Maidah, ayat 2)
Maka, PAS menyokong cadangan meninggikan martabat Mahkamah Syariah, memperkasakan bahasa kebangsaan dan tidak menyokong pelaksanaan GST dan TPPA. Sepatutnya difahami pendekatan ini. Pandangan Dr Zakir Naik adalah pengamatan secara ilmu dan prihatin terhadap ummat yang wajib dihormati.
Adapun pelaksanaannya mengikut kewajipan, situasi dan realiti secara Fiqh Politik. Ini adalah sebahagian daripada cara poitik matang yang tidak jumud dan degil tanpa perhitungan. Politik mencari kawan sebanyak mungkin bukannya berlawan secara fanatik, walaupun politik menjadikan alam ini harus berubah secara positif bukannya mustahil berubah. Politik mendahulukan perdamaian bukan suka berperang. Politik menerang lebih baik daripada menyerang.
"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Rejab 1437H / 23 April 2016M
Jumaat, 22 April 2016
DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Duduk antara dua sujud merupakan salah satu rukun fi‘li (perbuatan) yang pendek. Duduk antara dua sujud adalah wajib dan tidak sah sembahyang jika ditinggalkan dengan sengaja. (Al-Majmuk: 3/367)
Kewajiban thuma’ninah ketika ruku‘, sujud, i‘tidal (bangkit daripada ruku‘) dan duduk antara dua sujud, berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Apabila engkau berdiri untuk menunaikan sembahyang hendaklah bertakbir, kemudian bacalah yang mudah olehmu daripada ayat Al-Quran. Kemudian ruku‘ dengan thuma’ninah, kemudian bangkit sehingga berdiri tegak (i‘tidal), kemudian sujud dengan tuma’ninah, kemudian bangkitlah daripadanya dengan thuma’ninah, dan lakukanlah yang sedemikian itu dalam setiap sembahyangmu". (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Dari Malik bin Huwairits, bahwasannya ia lihat nabi saw. Shalat, yaitu apabila ada di (rakaat yang) ganjil daripada shalatnya, tidak bangun (berdiri) hingga ia duduk dengan tetap. Diriwayatkan oleh Bukhari (Bulughul Maram : 323)
Kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud
Dari Ibnu Umar, bahwasannya Rasulullah saw. Adalah apabila duduk tasyahud ia letakkan tangannya yang kiri atas lututnya yang kiri,dan yang kanan atas yang kanan, dan ia menggenggamlima puluh tiga dan ia isyaratkan dengan jari telunjuk. Diriwayatkan dia oleh Muslim (Bulughul Maram : 332)
Dari Aisyah. Ia berkata: Rasulullah saw. Memulai shalat dengan takbir dan (memulai) bacaan dengan “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin …”, dan apabila ia ruku’ tidak ia dongakkan kepalanya, dan tidak ia tundukkannya, tetapi diantara itu, dan apabila bangkit dari ruku’, tidak ia sujud hingga berdiri tegak betul-betul, dan apabila ia angkat kepalanya dari sujud, tidak ia sujud (lagi) hingga duduk betul-betul, dan ia membaca Attahiyat ditiap-tiap dua rakaat, dan adalah ia bentangkan kaki kirinya dan mendirikan yang kanan; dan adalah ia melarang seorang membentangkan dua lengannya (di bumi) sebagai bentangan binatang buas, dan adalah ia menyudahi shalatnya dengan salam.
Dikeluarkan dia oleh Muslim, tetapi ada baginya ’ Illat (Bulughul Maram : 448)
Punggung didudukkan di atas tapak kaki kiri, sementara itu didirikan tapak kaki kanan dengan melipatkan anak-anak jari kaki kanan menghala ke kiblat. Inilah kaifiyat duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Humaid As-Sa‘idiy yang bermaksud :
"Telah berkata Abu Humaid As-Sa‘idiy: "Aku adalah orang yang paling hafal (mengetahui) akan shalatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku melihat ketika Baginda bertakbir, Baginda mengangkatkan tangan Baginda sejajar dengan dua bahunya. Apabila ruku‘, Baginda letakkan kedua tangannya pada kedua lutut. Kemudian Baginda membungkukkan punggung. Apabila Baginda mengangkat kepala (dari ruku‘) Baginda tegak sehingga setiap tulang belakangnya kembali ke tempatnya. Apabila sujud Baginda letakkan kedua tangan Baginda dengan tidak mencengkam dan tidak pula menggenggam, dan Baginda hadapkan hujung jari-jari Baginda ke arah kiblat. Apabila Baginda duduk pada raka‘at ke dua, Baginda duduk di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada raka‘at akhir maka Baginda julurkan kaki kiri dan ditegakkannya kaki kanan dan Baginda duduk di atas tempat duduk Baginda (tikarnya)".
Hadis riwayat Al-Bukhari (Bulughul Maram : 284)
Dari Maimunnah ra., isteri Nabi saw, katanya: Apabila Rasulullah saw sujud, direnggangkannya kedua sikunya dari rusukny, sehingga kelihatan putih ketiaknya. Dan Apabila duduk antara dua sujud dan pada tasyahud awal, beliau duduk tenang diatas pahanya yang kiri. (Shahih Muslim Hadist : 448)
Cara duduk yang juga diamalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah duduk iq‘a iaitu dengan punggung didudukkan di atas kedua-dua tapak kaki dan tumit, sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya:
"Abu Zubair mendengar daripada Thawus mengatakan: "Kami bertanya kepada Ibnu ‘Abbas mengenai duduk (dengan cara iq‘a) di atas dua kaki. Ibnu ‘Abbas menjawab: "Itu adalah sunnat". Lalu kami berkata kepadanya: "Kami melihat (cara duduk sedemikian) menyusahkan orang tersebut". Ibnu abbas menjawab: "Itulah sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam".
(Hadis riwayat Muslim) (Shahih Muslim Hadist : 491)
Cara duduk menurut riwayat daripada Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum ialah dengan duduk di atas dua tumit dan jari kaki, adalah juga termasuk duduk antara dua sujud. (Al-Majmuk: 3/399) Perkara ini disebutkan dalam satu riwayat daripada Az-Zubair yang maksudnya :
"Sesungguhnya dia (Az-Zubair) melihat ‘Abdullah bin ‘Umar apabila sujud, kemudian beliau mengangkat kepalanya daripada sujud yang pertama (lalu) duduk di atas jari-jari kakinya dan beliau berkata: "Sesungguhnya (duduk seperti ini) adalah sunnah".(Riwayat Al-Baihaqi)
Al-Baihaqi dalam kitab Sunan Al-Kubra (2/464) menjelaskan bahawa duduk iq‘a seumpama ini adalah disunatkan sebagaimana yang diriwayatkan kepada kami daripada Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar Radiallahu ‘anhum. Beliau seterusnya menjelaskan cara duduk tersebut iaitu yang bermaksud : "(Cara duduk itu) ialah meletakkan jari-jari kaki di atas bumi dan meletakkan punggung di atas dua tumit serta meletakkan lutut di atas bumi"
Menjadikan kedua punggungnya atas tumitnya ketika melakukan duduk di antara dua sujud. Inilah cara duduk yang disunatkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Duduk di dalam sembahyang itu ada empat iaitu
1. Duduk antara dua sujud,
2. Duduk tasyahhud awwal,
3. Duduk istirahat (duduk sebelum bangkit/berdiri bagi raka‘at seterusnya), dan
4. Duduk tasyahhud akhir.
Begitu juga bagi orang yang masbuq, sunat duduk dengan iftirash. Menurut Imam An-Nawawi, jika dilakukan kesemua duduk dalam sembahyang dan menjadikan kaki-kakinya itu dengan cara duduk iftirash, iq‘a atau tawarruk tidak akan membatalkan sembahyang sekalipun duduk itu berbeda-beda. (Shahih Muslim Syarh An-Nawawi: 2/133-134)
Dari hadist-hadist yang diuraikan diatas bias disimpulkan bahwa:
- Duduk iftirash adalah bagi duduk yang tidak disudahi dengan salam (ketika tahiyyat awal.
- Duduk tawarruk adalah dilakukan bagi duduk yang disudahi dengan salam (ketika tahiyyat akhir).
- Duduk lainnya disunnahkan adalah duduk Iq’a (ketka duduk diantara dua sujud & duduk istirahat)
“Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruknya tempat kembali (QS An-Nisa : 115)
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS An-Nisa : 59)
(Studi Islam Intensif An-Nur)
Selasa, 19 April 2016
Sabda Nabi saw : “Hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu merupakan azab”
1. PENGERTIAN JEMAAH
Jamaah dari segi Bahasa berasal dari Bahasa Arab bererti bilangan yang ramai dari manusia tertentu yang berkumpul di atas satu tujuan.
Dari segi syara’ berdasarkan al-Qur’an dan AsSunnah, Jamaah Islamiyyah ialah satu jamaah (perkumpulan umat Islam) yang dibentuk oleh ulama’ yang terdiri daripada ahli al-Halli wa al-aqdi yang berhimpun di atas mandat seorang khalifah (Amir, imam atau ketua daripada kalangan orang Islam ) bagi seluruh umat Islam. Ia hendaklah dibina di atas kesepakatan dalam urusan Islam yang dipimpinoleh ahli-ahli Islam dan jamaah ulama’ mujtahidin dengan seorang ketua atau amir. Pendapat ini mengambil kira tentang kewibawaan ulama’ dalam mengawasi dan menasihatinya supaya tidak terkeluar dari landasan syariat Islam.
2. KEPERLUAN KEPADA SEBUAH JAMAAH ISLAMIYYAH
a) Jamaah Islam merupakan satu institusi yang bergerak memperjuangkan Islam dari sebarang ancaman musuh-musuh Islam. Oleh itu jemaah diperlukan untuk membina individu, keluarga, masyarakat, pemerintahan dan perlaksanaan undang-undang Islam.
b) Umat Islam yang berorganisasi dengan jemaah Islam yang benar-benar mempoerjuangkan Islam tidak akan dapat disesatkan oleh musuh kerana mereka sentiasa dilindungi oleh ajaran Al-Qur’an dan Hadis Nabi saw. Nabi saw bersabda:-
“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan dari kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”
Sabda Nabi saw lagi:
“Hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu merupakan azab”
c) Jemaah Islam merupakan satu tempat melatih kita berkepimpinan dengan cara memberi wala’ dan baiah kepada seseorang ketua pimpinan. Sebagaimana Sabda Nabi saw:-
“Apabila berangkat tiga orang dalam musafir, maka salah seorang daripada mereka hendaklah menjadi ketua”
d) Berjemaah merupakan jalan pelaksanaan cita-cita Islam untuk memakmurkan bumi Allah ini, berlandaskan kaedah usul fiqh.
“Tidak sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya maka ia adalah wajib.”
e) Berjemaah boleh menambahkan keutuhan hubungan antara mukmin dengan mukmin yang lain. Mereka juga saling mempercayai, menyayangi serta bekerjasama dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Firman Allah swt:-
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan mengeleluarkan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allah” (Surah At Taubah : 71)
f) Bagi orang yang berada dalam jemaah Islam, mereka adalah syuhada’ dan pejuang Islam yang sanggup bekerja dan beramal untuk keredhaan Allah.
g) Beriltizam dengan kepatuhan, ketaatan dan disiplin jemaah. Setiap anggota jamaah mestilah beriltizam dengan memberi sepenuh keyakinan, ketaatan dan komitmen dengannya. Kesetiaan dan kepatuhan ini terpancar dari dalam diri ahli-ahli sendiri dengan kerelaan dan kecintaan kepada jamaah.
h) Jemaah Islam sebagai pembentuk masyarakat berakhlak. Sesungguhnya kekuatan sesebuah jamaah bukan hanya bergantung kepada pencapaian dalam bidang ekonomi, politik, teknologi, perhubungan dan sebagainya tetapi juga kepada kekentalan semangat beragaman dan akhlak mulia. Seringkali organisasi yang tidak berasaskan keredhaan Allah mengalami kehancuran akibat keruntuhan moral ahli-ahlinya seperti pecah amanah, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Jamaah Islam adalah pemangkin masyarakat kea rah melahirkan masyarakat yang bermoral.
i) Jamaah sebagai pelantar masa depan ummah. Masyarakat Islam kini menghadapi pelbagai masalah sama ada dari dalaman atau luaran, ditambah pula dengan kemunduran berbanding dengan Negara-negara lain. Jamaah Islam perlu menyatukan semula umat Islam dan membuat perancangan mengenai arah tuju dan corak pentadbiran Islam pada masa depan, umat Islam bukan sahaja ditelan arus kemajuan tetapi menjadi mangsa kemusnahan dari musuh-musuh Islam.
3. DALIL DAN KEWAJIPAN BERJEMAAH
Jamaah Islam adalah untuk merealisasikan segala tuntutan Islam yang diwajibkan. Tujuannya adalah untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Adalahmustahil untuk laksanakan hasrat itu dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.
Oleh kerana merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal jamaie. Keperluan kepada sebuah jamaah Islamiyyah dan amal jamaie adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:
a) Dalil daripada al-Qur’an
Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalh orang yang berjaya” (Ali Imran ; 104)
Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘toifah atau jamaah’. Jelas bahawa ianya bukan beerti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar sekelompok manusia. Ummah disini bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang ada pada diri seseorang.
Firman Allah swt;
“Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, kamu menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat mungkar dan kamu beriman kepada Allah” (Ali Imran ayat 110)
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (As Saff ayat 4)
‘Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan lengkap.
b) Dalil daripada hadis Rasulullah saw:
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”
“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”
Hujah berikutnya yang menekankan kepentingan amal jamaie’ adalah waqi’ atau realiti yang kita hadapi sekarang. Realiti memberikan pengajaran bahawa usaha berseorangan walaupun ikhlas sekalipun tidak dapat meninggalkan kesan yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Allah menjadikan dunia ini berjalan diatas hukum sebab dan akibat. Dimana kelalaian dalam sesuatu perencanaan atau tindakan itu menjadi sebab sesuatu akibat buruk yang terjadi kepada kita.
Jika diperhatikan pada golongan yang menentang Islam, maka didapati mereka itu bekerja secara jamaah, parti dan kesatuan-kesatuan yang tersusun. Kerana itu tidak dapat diterima syara’ dan akal musuh-musuh ini dapat dihadapi dengan jayanya oleh usaha-usaha individu-individu yang terpancar-pancar.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEBUAH JAMAAH ISLAMIYYAH
1. Membentuk kesedaran dan penghayatan Islam terhadap masyarakat.
Jamaah Islamiyyah adalah berperanan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap ubudiyyah kepada Allah. Kesedaran ini pula hendaklah diasaskan kepada hakikat bahawa Islam tidak dapat wujud bersama jahiliyyah. Perubahan yang dipimpin oleh jamaah Islam adalah satu perubahan yang menyeluruh. Perubahan ini bermula dengan memberi penjelasan kepada manusia berkenaan aqidah Islam yang kukuh supaya mereka dapat membezakan di antara hak dan batil.
2. Mentarbiyyah dan menyusun du’at di dalam sebuah gerakan untuk berperanan sebagai penggerak dakwah di dalam masyarakat.
Setiap usaha kea rah perubahan memerlukan penggerak. Penggerak ini perlu terlebih dahulu disediakan untuk memikul tugas kepimpinan da’wah dan risalah. Peranan ini hendaklah dilaksanakan oleh jamaah agar persediaan yang sepatutnya telah dilakukan sebelum ianya terus terjun ke kancah perjuangan yang lebih luas.
Kesedaran Islam yang disebarkan oleh jamaah Islam di dalam masyarakat semestinya dapat mendorong beberapa orang di kalangan masyarakat yang sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk terlibat dalam perjuangan Islam. Unsure-unsur inilah yang mesti dikumpulkan oleh jamaah Islamiyyah bagi menguatkan soffnya untuk melaksanakan tugas-tugas penyusunan tanzim dan penyebaran da’wah kepada masyarakat.
3. Mengepalai risalah perjuangan Islam dan berfungsi sebagai Negara Islam.
Jamaah Islamiyyah yang tegak di atas prinsip untuk menghancurkan taghut dan menegakkan aqidah dalam mengepalai risalah Islam yang syumul. Ia hendaklah benar-benar menonjolkan ciri-ciri Islam yang sepenuhnya dari segi aqidah, syariat, ibadah dan akhlak.
4. Menentang dan menghancurkan jahiliyyah dari akar umbinya hingga kepada seluruh manifestasinya.
Perubahan yang dilaksanakan oleh jamaah Islamiyyah adalah perubahan yang menyeluruh. Perubahan ini adalah yang dapat mewujudkan tuntutan asas terhadap penerimaan manusia dan masyarakatnya terhadap Islam. Tuntutan asas ini ditegaskan oleh al-Qur’an:
“Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata” (Surah Al Baqarah : 208)
5. Menegakkan Daulah Islamiyyah di atas keruntuhan jahiliyyah dan terus berjuang untuk berperanan sebagai pemimpin umat sejagat.
Jamaah Islam mestilah mencabut jahiliyyah ke akar umbinya sebelum menegakkan Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah mesti ditegakkan di atas keruntuhan jahiliyyah. Ini kerana selagi jahiliyyah mempunyai tapak dalam masyarakat, maka selagi itulah perubahan yang total tidak dapat diwujudkan oleh Jamaah Islam.
Tertegaknya Negara Islam beerti tugas-tugas da’wah dan jihad yang dahulunya tidak dapat dilaksanakan melalui kuasa pemerintahan dan perundangan kini dapat dilaksanakan melalui kuasa Negara. Tujuan Daulah Islamiyyah bukan hanya mewujudkan suasanan damai, melindungi keselamatan rakyat dan menentang pencerobohan musuh dari luar, tetapi juga untuk melaksanakan hokum-hukum Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan da’wah Islam di seluruh pelusuk Negara.
CIRI-CIRI JAMAAH ISLAM HAKIKI.
Di antara ciri-ciri yang ada pada sebuah jamaah Islamiyyah adalah:
1. Jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semula ummah.
Jamaah ini dapat membebeaskan semula golongan mustad’afin (golongan yang lemah) dan menyelamatkan dunia dari kehuru-haraan dan kehancuran.
2. Jamaah yang lahir dari kesedaran sendiri.
Jamaah ini lahir daripada tuntutan al-Qur’an dan as-Sunnah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada timur ataupun barat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari melakukan segala perbuatan yang salah. Dan mereka ialah orang-orang yang berjaya” (Surah Ali Imran : 104)
Sabda Nabi saw yang diriwayatkan dari Huzaifah Ibnu Yaman:
“Wajiblah kamu bersama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka”
3. Jamaah yang meyakini akan kesejagatan Islam.
Kedatangan Islam ialah untuk memberi kebahagiaan kepada sekalian makhluk terutamanya terhadap manusia. Ianya tidak ditentukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu, Turki dan bangsa-bangsa tertentu sahaj bahkan ianya untuk seluruh manusia.
4. Jamaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh tidak kurang dan tidak melampau.
Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam agama Islam dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata” ( Surah Al Baqarah: 207)
5. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan Islam.
Jamaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia berterus-terang dalam menyatakan kebenaran walaupun di saat orang lain membisu seribu bahasa. Meskipun mereka ditindas, namun Jamaah Islamiyyah tetap diteruskan dengan perjuangannya yang suci.
Jamaah Islam itu sentiasa wujud di sepanjang sejarah dan ia berperanan menjaga Islam dan memeliharanya dengan lengkap dan sempurna sama ada dalam hal-hal aqidah, akhlak, perjalanan hidup serta kewajipan beriltizam dengan Islam sebagai cara hidup.
6. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang membolehkan umat Islam bersatu.
Jamaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatupadukan para anggotanya pada prinsip dan dasar sekalipun mereka berbeza di dalam masalah furu’.
7. Di antara sifat-sifat Hizbullah ialah:
– Cintakan Allah dan Allah cintakan mereka
– Merendah diri sesama mukmin
– Bersikap tegas dengan orang-orang kafir.
– Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencelanya.
– Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasul dan para mukmin (pimpinan).
– Mendirikan solat.
– Menunaikan zakat
– Sentiasa ruku’ kepada Allah
Sifat mereka tersebut selari dengan Firman Allah di dalam Al-Qur’an:
“Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya(murtad), maka Allah akan mendatangkan pula satu kaum yang Allah kasihkan kepada mereka dan mereka kasih kepada Allah, bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersifat tegas terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Allah amat luas limpah kurnianya lagi meliputi pengetahuanNya” (Surah Al-Maidah : 54-56)
REALITI JAMAAH ISLAM MASA KINI.
Gerakan islam yang muncul di beberapa Negara telah memainkan peranan amat penting dalam mencetuskan perubahan sosial di dalam lingkungan operasinya. Dengan pelbagai pendekatan, gerakan Islam bergerak ke arah mencapai cita-cita membangunkan kegemilangan dan keagungan Islam.
Kemunculan gerakan-gerakan sememangnya ditunggu-tunggu kehadirannya. Tetapi realiti yang berlaku, gerakan-gerakan yang septutnya mengungguli konsep al-ta’awun fil birr- wa al taqwa dalam membangunkan Islam tidak mengikut acuan sepatutnya. Bahkan persefahaman yang sepatutnya dijadikan penghubung antara mereka diganti dengan perbalahan dan perlumbaan yang tidak menguntungkan. Hasilnya agenda membangunkan Islam terpaksa dikongsi dengan agenda perseteruan sesame gerakan Islam yang dengan sendirinya melemahkan kembali Islam.
Pertembungan yang berlaku sedikit sebanyak menimbulkan kesan buruk terhadap Islam dan umatnya. Umat Islam semakin kabur tentang Islam ditengah-tengah pertembungan gerakan Islam. Anggota-anggota gerakan Islam juga tidak sekata di dalam menghadapi situasi ini. Bahkan kebanyakan mereka mengambil jalan mudah dengan bertindak berkecuali dan escape daripada gerakan dakwah.
Umat Islam perlu menyedari keunikan mereka sebagai umat yang satu (ummatan wahidah). Usaha-usaha ke arah itu perlu dirancang dan difikirkan semula dengan mengenepikan segala kepentingan dan hawa nafsu dan meletakkan kepentingan ummah sebagai agenda utama. Justeruj, gerakan Islam perlu nmengambil beberapa langkah dalam usaha mewujudkan perpaduan dengan penuh rasa pengorbanan dan pengharapan agar perpaaduan ummah wujud sekali lagi untuk menerangi alam yang gelap gelita.
TA’ADDUD JAMAAH: PENGERTIAN, FAKTOR PENYEBAB, KESAN DAN PENYELESAIANNYA.
Ta’addud Jamaah bermaksud berbilang-bilang jamaah.
Menurut Al-Imam Asy Syafie di dalam kitabnya ‘ Ar-Risalah’ merengakan bahwa : mengikut fahaman saya terhadap Rasulullah saw:
“Wajiblah kamu bersama-sama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka”
Bahawa gerakan Islam itu sepatutnya satu sahaja. Walaupun demikian sabda junjungan dan pendapat para ulama’ yang muktabar tetapi kenyataannya tidak sedemikian khususnya di Negara kita. Di Negara kita ini terdapat bermacam-macam jamaah yang menamakan jamaah mereka dengan gerakan Islam.
HAKIKAT PERBEZAAN DAN PERSELISIHAN
Sebenarnya, apabila diteliti sebab wujudnya pelbagai jamaah dan memerhati tabiat kemunculannya, kita akan dapati bahawa kebanyakannya berpunca dari perbezaan manhaj dan cara bekerja para daie. Mereka memilih jalan yang difikirkan paling sesuai dan lebih dekat untuk mencapai matlamat, berpandukan nas-nas al-Qur’an dan al-hadith dan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa.
Para nabi telah diutuskan ke atas muka bumi ini dengan manhaj dan syariat mereka yang berbeza. Firman Allah swt dalam Al-Maidah 5:48.
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,”
Kita meyakini bahawa perbezaan ijtihad yang didasarkan kepada al-Qur’an an as-Sunnah samalah dengan perbezaan manhaj para nabi dan syariat mereka dalam sesetengah perkara, sedangkan agama mereka sama. Firman Allah swt Al-An-am 6:161
“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik”.”
dan surah an-Nahl 16:123.
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif.” dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”
Kepelbagaian manhaj inilah yang telah mempengaruhi cara berfikir para pendakwah hai ini. Hal ini telah mengajak mereka untuk berijtihad berdasarkan pemahaman mereka terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Hadith. Ijtihad ini sendiri mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Jadi ia mempunyai ruang untuk perbincangan dan kritikan.
Hasil daripada perbincangan di atas menjelaskan bahawa di sana terdapat kepelbagaian dan perbezaan yang telah menjadi fitrah manusia. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan perpaduan yang dituntutserta larangan perpecahan ummah kerana perbezaan dalam persepsi ini sememangnya suatu yang diharuskan oleh syara’ dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA TA’ADDUD JAMAAH.
Banyak jamaah yang muncul dengan faktor-faktor (dakwaan) tersendiri, antaranya ialah:
1. Gerakan Islam sedia ada telah kehabisan matlamat dan tujuannya sedangkan matlamat dan cita-cita Islam belum tercapai.
2. Gerakan Islam sedia ada tidak lengkap dan menyeluruh.
3. Gerakan Islam sedia ada mempunyai kekeliruan dan seribu satu persoalan. Justeru mewujudkan Gerakan Islam baru dapat menyelamatkan mereka yang bekerja dalam lapangan Islam daripada pelbagai tuduhan dan subahat serta persoalan yang pelbagai itu.
4. Gerakan Islam sedia ada banyak melakukan kesalahan.
NATIJAH BERBILANG JAMAAH.
1. Tuduhan, cabaran dan kesalahan yang dijangka tidak mengenainya juga turut dihadapi.
2. Mereka tidak sedar bahawa yang ditentang ialah Islam sekalipun atas nama apa jamaahnya.
3. Kecacatan yang mereka lihat ada pada orang lain hinggakan menubuhkan jamaah baru sebenarnya telah berada pada mereka. Sedangkan apa yang mereka lakukan adalah sebahagian pemecahan kepada umat Islam.
4. Jamaah baru itu hanya seperti gerakan dhirar yang mengelirukan orang ramai terhadap kemampuan Islam menyelesaikan masalah ummah.
SOALAN PERBINCANGAN
1. Bincangkan jamaah-jamaah di sekitar kampus dan bezakan manhaj perjuangan (ideology) setiap jamaah tersebut.
2. Huraikan penyelesaian terhadap ta’addud jamaah di dalam kampus.
3. Huraikan apakah kaedah terbaik di dalam melakukan amal jamaie
Rujukan :
1. Kertas Kerja Jemaah Islamiyyah (UM)
2. Kertas Kerja Amal Jamaie dan Tuntutannya (UM)
3. Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)
4. Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi).
5. Manhaj Daurah Tadribiyyah (tajuk Akhlak dan Adab Berjemaah).
Ahad, 17 April 2016
KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)
Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.
“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”
BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.
2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.
3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.
4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat. Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.
5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...
6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.
7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.
8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.
9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.
10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."
11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”
12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."
13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "
14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.
15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.
16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.
17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.
18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.
19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."
20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.
21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”
22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.
23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).
24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”
25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.
27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.
28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”
29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.
30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).
31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."
32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat
33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.
34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.
35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).
KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.
36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.
37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”
“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)
38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.
BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.
Ditulis & disusun Oleh:
Ruslan Mamat
Teks penuh setebal 61 mukasurat boleh di download dari
www.E-KEDAI.com.my/info/38kesilapanumumdisekitarsolat.pdf
http://www.slideshare.net/nizamkem/38-kesilapanumumdisekitarsolat
Sila Share dan Panjangkan supaya kita semua berkongsi ilmu.

Jumaat, 15 April 2016
NON MUSLIM ANTARA DAP DAN DHPP
Ekoran isu Dr Zakir Naik yang mendapat perhatian berbagai pihak, saya tertarik untuk mengulas sedikit perbandingan antara non muslim yang berada di dalam Democratic Action Party (DAP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini berikutan orang yang paling lancang mengkritik Dr Zakir sehingga mengeluarkan kata-kata kesat adalah non muslim dari DAP. Secara tidak langsung, sebenarnya DHPP juga ada kaitan dengan DAP.
Keduanya punya persamaan dari sudut pengaruh non muslim di dalam organisasinya. Walaupun DAP jua mempunyai keahlian muslim, tetapi majoritinya dikuasai oleh non-muslim terutama bangsa Cina yang menganut agama Kristian. DHPP pula memiliki kepelbagaian agama yang lebih luas melibatkan penganut Budhha, Hindu, Sikh dan Kristian. Penguasaannya pula tidak bersifat sektarian.
Kaitan terbesar antara DHPP dan DAP adalah kewujudan DHPP bermula setelah PAS bertahaluf bersama DAP. Ini fakta yang harus diakui. Walaupun sebelum ini PAS sudah lama bermunaqasyah soal membuka ruang dalam parti kepada non-muslim, seperti mewujudkan Chinese Consultative Council (CCC) tahun 1986 sebagai jambatan PAS mendekati non muslim dan non malay, namun hanya selepas diadakan tahaluf bersama DAP melalui Barisan Alternatif tahun 1999, barulah anggota PAS bersedia menerima penyertaan bukan Islam. Ini berikutan penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) setelah Jabatan Antara Budaya diperkenalkan akhir abad yang lepas.
Inilah matlamat tahaluf PAS dan DAP, iaitu dakwah. Ramai orang menyangka PAS matlamat PAS untuk kekal sehingga berjaya menawan PR, tetapi itu hanya sampingan. Sebagai parti paling lama terlibat di kancah politik nasional dan interbasional, PAS sudah lama mengetahui siapa DAP dan apa pendiriannya dan matlamatnya terhadap Islam. Tetapi PAS masih meneruskan agenda tahaluf atas dasar dakwah, untuk menjadikan DAP sebagai batu loncatan mendekati non muslim.
Sebelum ini PAS dipandang serong oleh Non Muslim. Dek permainan media BN, PAS dilihat sebagai parti keagamaan yang membenci orang bukan Islam. Setelah bekerjasama dengan DAP, PAS kerapkali muncul sepentas dengan non muslim, serta dijemput ke program-program bersama bukan Islam. Dari situlah tanggapan buruk terhadap PAS berjaya dikikis satu persatu. Non muslim berjaya didekati oleh PAS.
Setelah lama bertahaluf, ditambah dengan DAP yang mula buat perangai tidak setuju dengan agenda Islam, PAS sudah mampu berdiri dengan sendiri apabila tertubuhnya KPP. KPP berperanan mengumpulkan non muslim yang tertarik dengan ajaran Islam dan agenda perjuangan PAS. Ini kerana PAS tahu bukan semua non-muslim memusuhi Islam. Malah ada di kalangan mereka yang memahami dan menyintai Islam lebih dari sebahagian muslim lain. Cuma hidayah belum tiba.
Beberapa tahun kemudian, setelah perlembagaan PAS dipinda maka muncullah sayap terbaru parti dinamakan sebagai DHPP. PAS merupakan gerakan Islam pertama yang membuka keahliannya kepada non-muslim. DHPP memberikan kuasa dan peranan yang lebih luas kepada non muslim di dalam organisasi parti.
Itu serba sedikit perkaitan antara kedua entiti tersebut. Dari sudut perbezaan pula, kita dapat melihat sendiri melalui pendirian setiap mereka. Telatah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy terhadap Dr Zakir Naik menyokong lagi tanggapan masyarakat terhadap sikap sebenar parti tersebut kepada Islam. Ini bukanlah reaksi pertama daripada kepimpinan dalam isu umat Islam. Sebelum ini sudah timbul isu-isu keagamaan seperti isu kalimah Allah, hak murtad, isu perlaksanaan syariah Islam Kelantan, isu pakaian menutup aurat, dan beberapa lagi yang menggugat kedudukan Islam di negara ini.
Keadaan ini sangat kontra dengan DHPP. DHPP adalah golongan yang menerima dasar Islam. Walaupun mereka juga bukan Islam seperti kepimpinan DAP, tetapi mereka adalah golongan yang percaya bahawa hanya Islam yang mampu menyelesaikan segala masalah negara. Mereka sangat mesra Islam dan berharap agar undang-undang Islam dapat diterapkan dalam negara. Mereka turut mendokong kepimpinan Ulama.
Persamaannya, kedua-duanya yakin bahawa pemerintahan negara hari ini adalah zalim, lemah dan perlu diubah. Tetapi bezanya, DAP mahu merubah negara ini dari sistem yang ada kepada sistem demokrasi sekular yang dirasakan lebih adil dan berdaya. Ataupun mereka sekadar mahu menukar individu tanpa sistemnya. Sedangkan DHPP meyakini kezaliman dan kelemahan sistem yang ada hanya dapat diubah dengan sistem Islam dan individu yang kuat berpegang kepada ajaran Islam.
kenapa DAP sanggup bersama PAS tatkala bertahaluf dulu? Ini kerana mereka juga bermatlamatkan untuk memecahkan tembok perkauman dan agama yang menghalang DAP mendapat sokongan melayu muslim. Selain itu, mereka mahu meyakinkan pengundi non muslim bahawa mereka mampu menandingi peranan MCA dan MIC dalam mempengaruhi parti melayu.
DAP dahulu sanggup lakukan apa saja demi memastikan mereka meraih sedikit sokongan melayu. Kononnya pandai membaca al-Quran, tidak menghalang hudud dilaksanakan, menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai khalifah dan sebagainya. Tetapi setelah selesa berkuasa, mereka mula berubah sikap. Daripada tidak mengganggu syariah Islam, kepada menjadi penentang utama perlaksanaannya di Kelantan.
Kalau sudah tahu siapa DAP, mengapa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dahulu? Inilah dunia politik. Walau berisiko, PAS harus bijak memanfaatkan peluang dan menukar mudarat menjadi manfaat. Apatah lagi sekiranya andaian kerugian hanya melibatkan urusan politik, tetapi keuntungannya besar dari sudut dakwah.
Pasca tahaluf PAS-DAP, kini DHPP terus maju dan berjaya melebar luaskan sayapnya ke dalam komuniti non-muslim. Berita seorang non muslim keturunan Iban sebagai calon PAS di Sarawak, yang sebelum ini telah didahului dengan calon-calon lain dari DHPP dalam PRU13 menunjukkan PAS tidak pernah menutup ruang untuk non muslim membangunkan negara bersama Islam.
DAP kini boleh dianggap ancaman kepada agenda memperkasakan syariah di Malaysia. Sedangkan DHPP pula adalah aset berharga umat Islam untuk menjadi duta menyampaikan kebaikan syariah Islam. DHPP punya peranan besar untuk memberitahu non-muslim lain bahawa hak mereka sebagai non-muslim tetap tidak akan terabai jika Islam tertegak dengan sepenuhnya. Bahkan, nasib mereka sebagai rakyat akan lebih terpelihara.
Berbanggalah umat Islam, berbanggalah Malaysia, kita memiliki DHPP.
(Alang Ibn Shukrimun)
Khamis, 14 April 2016
MUHASABAH INDEKS SYARIAH MALAYSIA
Sungguh menarik perhatian saya dalam perbincangan hangat dengan Mursyidul ‘Am, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, walaupun dalam keadaan beliau menahan kesakitan mengambil rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Doakanlah untuknya, doa orang-orang soleh di zaman dahulu supaya diberi kesihatan, ditingkatkan taqwa dan dipanjangkan umur disertakan amal yang soleh, dengan peranan menjadi Mursyidul ‘Am kepada PAS dan Ketua Kluster Dakwah yang menasihati kerajaan, bukan mengampu. Tetapi melaksanakan Jihad Akbar di katil hospital tanpa berada di parlimen dan tidak turun berdemonstrasi di jalan raya.
Perbualan khusus berkenaan Indeks Syariah Malaysia supaya menjadi perhatian kepada sesiapa sahaja yang berkenaan. Sangat baik dilakukan muhasabah, sejauh mana amal syariat dilaksanakan berpandukan pesanan Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A.
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
“ Hisablah diri kamu (didunia ini) sebelum kamu dihisab (dihadapan Allah pada hari kiamat ”. Mursyidul ‘Am bukan menjadi sembarangan berada dalam kluster dakwah, bahkan telah menyampaikan mesejnya kepada pihak yang berkenaan, supaya menyedari bahawa kaedah statistik bukan semuanya boleh ditentukan kepada ajaran Islam, dan tidak sama dengan hisab di hari akhirat, kerana kadang-kadangnya 100% tolak 1% menjadi kosong, bukannya 99%. Perlu disedari bahawa Islam pula meletakkan amalan dunia adalah jambatan menuju alam akhirat.
Al-Quran menegaskan betapa hisab di hari akhirat itu mensyaratkan iman yang ikhlas tanpa syirik terhadap Allah, sama ada terang atau nyata, kecil atau besar dan wajib mengikhlaskan niat kerana-Nya. Allah berfirman kepada manusia paling agung pilihan-Nya, Nabi Muhammad S.A.W:
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (65) الزمر.
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu wahai Muhammad S.A.W. dan rasul sebelummu, jika sekiranya kamu melakukan syirik (menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya terhapuslah amalan kamu, dan nanti kamu termasuk dikalangan orang-orang yang rugi”
Menunjukkan syirik yang nyata dan syirik yang tersembunyi menghapuskan pahala amalan seseorang. Syirik yang nyata itu bukan sahaja menyembah yang lain daripada Allah dalam perkara yang dikenali dengan ibadat, bahkan termasuk juga perkara hukum syariat dalam urusan lapangan yang luas merangkumi cara hidup (way of life) yang termasuk di dalam perkara Al-Din.
Firman Allah:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21)الشورى.
“Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (Tuhan yang lain daripada Allah) yang mengadakan hukum syariat dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah? Kalau tidak kerana adanya kalimah yang menjadi keputusan Allah (untuk dilakukan pada hari kiamat nanti) nescaya mereka telah dihukum di atas dunia ini dikalangan mereka. Dan Sesungguhnya disediakan bagi orang-orang yang zalim itu azab yang sangat pedih”
Maka jangan juga mengadakan undang-undang ciptaan sendiri dalam perkara yang tidak diizin Allah kerana Allah telah menetapkannya secara nas merangkumi perkara ibadat, munakahat, muamalat dan jenayah. Allah memberi kelonggaran berijtihad dengan ilmu dan kebijaksanaan yang adil dalam lapangan yang sangat luas selagi dunia tidak kiamat dalam perkara yang tidak ada nas.
Hisab di hari akhirat juga mengambil kira niat yang ikhlas. Di antaranya dinyatakan oleh Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا (264) البقرة.
“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu membatalkan segala sedekah (sumbangan) kamu dengan ungkitan dan perkara yang menyakitkan seperti mereka yang memberi sumbangan hartanya kerana riya’ (menunjuk kerana kemegahannya) dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka jadilah laksana batu hampar (batu besar yang rata dan lebar) yang kelihatan tanah di atasnya, maka apabila ditimpa hujan menjadikannya kosong (tiada air sedikit pun). Mereka tidak mendapat apa-apa pahala daripada apa-apa yang dilakukannya”
Rasulullah S.A.W. telah menegur Khalid bin Al-Walid R.A. yang bertengkar dengan Abdul Rahman bin ‘Auf R.A.
لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ (صحيح البخارى ومسلم).
“Jangan sekali-kali kemu memaki hamun para sahabatku, Kalaulah seseorang kalangan kamu menyumbang emas sebesar Bukit Uhud, nescaya tidak boleh menyamai secupak dan separuh yang dibelanjakan oleh kalangannya” Menunjukkan sumbangan para sahabat yang berjuang dengan ikhlas di zaman Islam belum berkuasa memerintah negara yang melaksanakan seluruh syariatnya tidak sama dengan selepas hijrah dan tegaknya negara yang kuat berkuasa sehingga melaksanakan seluruh syariatnya.
Perhitungannya juga hendaklah merangkumi tiga aspek daripada ajaran Islam yang disoal oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah S.A.W. dikhalayak para sahabat R.A. iaitu Islam, Iman dan Ihsan yang merangkumi aqidah, syariat dan tasawuf yang diperincikan oleh Imam Malik bin Anas R.A.
من تصوف ولم يتفقه فقد تزندق. ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق. ومن جمع بينهما فقد تحقق. إيقاظ الهمم شرح متن الحكم (ص: 2، بترقيم الشاملة آليا)
“Sesiapa yang bertasauf ( ilmu dari segi rohani ) dalam keadaan tidak berfeqah ( memahami aqidah, syariat dan akhlak ), dia menjadi zandiq (sebahagian kufur). Sesiapa yang berfeqah tanpa tasawufnya, dia menjadi fasiq dan barangsiapa yang mengumpulkan kedua-duanya nescaya dia mencapai hakikat ( ajaran Islam )”.
Di sinilah Allah berfirman supaya menerima dan menegakkan Islam seluruhnya, jangan menunggu untuk sedar setelah mengadap Allah pada hari kiamat nanti.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (208) فَإِنْ زَلَلْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْكُمُ الْبَيِّنَاتُ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (209)هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ (210)البقرة.
“ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam semuanya dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu. Maka jika sekiranya kamu tergelincir setelah datang kepada kamu segala keterangan yang nyata (daripada seluruh ajaran Islam) maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Adakah kamu menunggu (sehingga hari kiamat) apabila Allah datang (dengan sifatnya yang tidak sama dengan makhluknya) disertai kumpulan awan dan para malaikat lalu dikendalikan (hisab dan hukuman) dalam keadaan kepada Allah dikembalikan semua perkara? ”
Begitu juga amalan Islam, sama ada urusan dunia atau akhirat, yang diletakkan syarat dan rukun pula, mestilah memenuhi setiapnya seperti amalan solat, walaupun sudah dilaksanakan 99% syarat, rukun yang wajib, sunat dan adabnya, tiba-tiba membatalkan wudu’ ketika solatnya atau meninggalkan satu rukun yang penting dengan sengajanya seperti hanya tidak mahu mengucapkan salam menamatkan solatnya, maka sembahyang itu tidak sah dan wajib ditunaikanya semula.
Begitulah juga yang menunaikan ibadat haji, walaupun 99% peratus dilaksanakan, tiba-tiba mempermainkan rukunya tanpa ditunaikan, seperti tidak mahu bertawaf di Kaabah atau berwukuf di Arafah maka hajinya kosong.
Begitulah kalau berjual beli secara paksaan tanpa reda, walaupun bayarannya 100% tetapi hukumnya kosong.
Alangkah baiknya melakukan perkara yang ringkas sahaja, tetapi menambah nilai kedudukan Islam yang sebenar seperti meletakkan Islam dalam perlembagaan negara mengikut tafsiran Al-Din daripada bahasa asal Al-Quran, bukannya agama sahaja mengikut semua bahasa yang lain yang salah maksudnya, serta melaksanakan langkah memperkasakan hukum syariat ditempatnya yang mulia sehingga mengatasi segala hukum ciptaan manusia yang bercanggah dengannya, supaya mencapai kemerdekaan yang sebenarnya daripada belenggu penjajahan yang masih ada .
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
6 Rejab 1437H / 14 April 2016M
Jumaat, 8 April 2016
Sujud Syukur, Sujud Sahwi dan Sujud Tilawah
Sujud Syukur
Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.
Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:
" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".
Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat
Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah dudu
Sujud Sahwi
Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi
Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG
Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.
Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :
Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”
Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:
Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”
Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.
Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)
Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj. Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.
Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.
(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)
Rabu, 6 April 2016
IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA
Dia tinggalkan jawatan korporat yang selesa serta bergaji lebih tinggi daripada gajinya sekarang untuk membela rakyat. Kini dia ditahan polis pun kerana isu berkenaan pembelaan rakyat. Semoga YB Rafizi dilindungi Allah dan semuanya didalam keadaan selamat.
YB Rafizi: Saya mendapat tahu ada 3 siasatan polis serentak ke atas saya: pendedahan saya mengenai Tabung Haji, pendedahan saya mengenai bayaran pencen yang lambat dan siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Hari ini juga saya dimaklum ada satu lagi laporan polis terhadap saya oleh Ali Tinju.
Maknanya ada 4 siasatan baru di samping lebih 10 siasatan sedia ada oleh pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Jika setiap satu siasatan menggunakan 4 orang polis, maka ada 16 anggota polis yang tugasnya menyiasat saya.
Kalaulah 16 orang anggota polis ini digunakan untuk memberkas pencuri, perompak, pembunuh dan lain-lain, bukankah lebih baik?
Saya juga dimaklumkan akan disaman oleh LTAT berikutan pendedahan saya mengenai bayaran caruman yang tertunggak; padahal jawapan Pengerusi LTAT mengiyakan bahawa memang berlaku kelambatan pembayaran (saya akan mengeluarkan kenyataan akhbar esok mengenai perkara ini).
Termasuk yang ini, saya sudah melalui lebih 8 saman.
Saya akan terus lalui saman-saman oleh sang penguasa sebegini. Cuma saya cabar CEO LTAT, Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi LTAT, Anwar Mohd Noor menyaman saya atas kapasiti peribadi dan tidak menggunakan satu sen pun duit caruman anggota tentera di dalam LTAT.
Saya akan terus lawan.
IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA .
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
“Sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA,” tulis Khalid di twitter.
Akta Rahsia Rasmi adalah akta yang diwujudkan khusus untuk mengelakkan kebocoran rahsia rasmi yang "memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara".
Seseorang yang didapati bersalah di bawah Seksyen 8 (1) dan (2) OSA boleh dipenjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun.
Rafizi ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972.
Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.
Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang medianya kerana kekangan undang-undang.
Khalid yang memberi respon perkara itu berkata sekiranya terbukti bahawa dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai rahsia, polis juga akan menyiasat pihak yang membocorkannya.
Rafizi turut menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah OSA dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berdepan hukuman sama sama.
Anggota Parlimen Pandan itu turut mendesak Khalid memberi jaminan tersebut kepadanya.
Selain Rafizi, ahli PAC dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga adalah pengkritik lantang 1MDB, yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
1MDB, bagaimanapun, mendakwa tuduhan terhadap firma itu adalah bermotifkan politik.