Saya masih ingat pada tahun lepas, PAS memecat keahlian beberapa orang anggotanya yang turun ke Syria menyertai jihad di sana. Walaupun PAS menentang keras tindakan rejim Asad ke atas rakyatnya, PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam konfontasi bersenjata yang menimbulkan lebih banyak fitnah dari kebaikan.
Semasa saya duduk bersembang dengan Ayah Chik pada suatu ketika, saya ajukan soalan "bagaimana PAS boleh pecat orang pergi berjihad di Syria?" Soalan saya bukan untuk mempertikai. Cuma ingin tahu apa pandangan beliau.
Ayah Chik pantas menjawab. "Ya. Kita memang pecat dia. Kalau ada lagi lepas ini kita akan pecat lagi!"
Tersentak saya. Tiba-tiba beliau yang sedang bersembang ceria bertukar nada tegas. Melihatkan saya dengan muka terkejut, Ayah Chik menyambung lagi.
"Tindakan mereka bersalahan dengan prinsip PAS. Mereka sendiri tak tahu latar belakang kumpulan yang disertai. Lawan dengan siapa pun mereka tak tahu. Jangan-jangan bertembak sesama Islam sendiri. Ini yang bahaya. Kita dah pesan supaya jangan, tapi mereka teruskan juga hasrat. Nanti yang ada masalah PAS juga."
Angkara dua pemimpn Pan yang timbulkan isu IS, hari ini baru saya merenung kembali nostalgia singkat tersebut. Ulama ini walaupun dilihat keras oleh sesetengah pihak, sebenarnya dia cukup berhati-hati dalam tindak tanduknya. Ucapannya menggerunkan musuh, tapi tindakannya amat profesional. Dia menjaga jemaah Islam umpama menjaga nyawanya sendiri. Diplomasi menjadi asas politiknya, sunnah Nabi sebagai panduannya dan al-Quran itu dasarnya.
Jangankan ISIS, ahli PAS yang disyaki terlibat dengan kumpulan mujahidin selain ISIS pun tidak dibenarkan. Dalam iklim politik Malaysia dan suhu politik dunia yang tidak menentu ini, PAS perlu kekal sebagai gerakan yang mengambil pendekatan jihad silmi supaya tidak difitnah lebih dahsyat. Kalau PAS dikatakan ekstrim, awal-awal lagi PAS angkat senjata pada kerajaan Umno BN yang pernah menyerang Memali hingga gugur syahid seorang pimpinan PAS Kedah bersama 11 orang muridnya.
Tapi hairan juga. Yang kata PAS IS itu tahun lepas adalah AJK PAS Pusat. Mereka sendiri ada ketika Presiden PAS ambil keputusan memecat keahlian individu tersebut. Mereka juga masih sempat dengan peristiwa Memali itu.
Jahat sungguh orang-orang ini, sengaja mereka-mereka tuduhan demi kelangsungan politik sempit parti mereka.
Berkenaan tuduhan takfiri, acapkali saya dengar Ayah Chik sebut jangan mudah-mudah mengkafirkan orang. Beliau selalu mengulang kata-kata Imam Malik, kalau ada 100 bukti menunjukkan seseorang itu kafir, 99 darinya sahih, hanya 1 yang diragui, maka masih belum boleh dihukumkan kafir. Hatta menghukum semua Syiah sebagai kafir juga dia tidak bersetuju.
"Walaupun pegangan Syiah ini tak betul, tapi bukan semua mazhab mereka merosakkan akidah. Ada yang tidak mencerca sahabat. Ada yang hanya menyokong Saidina Ali atas dasar pandangan politik sahaja bukan akidah. Menuduh orang kafir bukan benda main-main." Nyata beliau penuh teliti. Tidak perlulah saya tulis satu persatu berkenaan Syiah pula kerana sudah banyak saya coretkan dalam tulisan-tulisan yang lepas.
Sebagai tambahan, PAS sejak dahulu sentiasa dipimpin alim ulama. Tidak hairan PAS boleh menjadi antara parti Islam paling lama dan berjaya bertahan di dunia, dalam keadaan gerakan Islam lain yang lahir pasca kejatuhan khilafah diharamkan satu persatu di tanahair masing-masing. Ini semua kerana kehebatan buah fikiran alim ulama menidakkan asbab musabbab yang mampu mengheret PAS kepada bahaya pengharaman.
Saya yakin ulama seperti Presiden PAS hari ini mampu mengemudi bahtera PAS, malah bahtera Islam sejagat dalam mengharungi setiap ombak muslihat musuh dengan selamat dan sukses. Beliau punya kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah hanya kepadanya buatasa ini.
Dan insyaAllah selepas ketiadaannya, PAS akan terus dijaga Allah dengan melahirkan tokoh Ulama yang lain pula sebagai pengganti. Islam tidak akan matinya dengan matinya seorang tokoh.
Semoga Ayah Chik terus diberi kesihatan dan keselamatan oleh Allah.
سر على بركة الله، يا أمير جنود الله!
(Alang Ibn Shukrimun)